Anda di halaman 1dari 3

Lembah Bujang

Tamadun di selatan Kedah atau di Lembah Bujang (Serpent Valley ) di awal abad Masihi
hingga 20 Masihi mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan
maritim di antara beberapa negara di Asia,China, Asia Barat dan India.

Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan


ThalassocracySrivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu
pecahan seramik, kacadan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan,
runtuhan candipengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan
yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan
peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini
sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.

Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman
prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya
telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan
merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan
belum menemui titik pertemuan.

Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi
dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of
Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di
kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat
diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Purba
- Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang.

Sejarah Awal - Lembah Bujang

Kajian mengenai penulisan-penulisan ahli pelayaran Cina dan Arab dan kesusasteraan India
telah dibuat secara meluas oleh Braddle (1949. 1950, 1980) dan Wheatley (1957, 1961).
Di sini saya tidak bercadang untuk mengulang secara terperinci tentang huraian-huraian
yang telah dibuat oleh mereka, hanya memadai kalau diberi rumusan secara umum dengan
ringkas sahaja.

Catatan yang terawal mengenai Negeri Kedah terkandung di dalam sebuah puisi Tamil
berjudul Pattinappalai yang ditulis di antara kurun kedua atau ketiga Masehi yang menyebut
Kedah sebagai Kalagam yang dikatakan mempunyai pengertian yang sama seperti
Kandaram iaitu Kedah. Batu bersurat kerajaan Chola bertarikh 1030 Masehi pula
menunjukkan dengan jelasnya bahawa Kandaram itu adalah adalah sama dengan Kataha
yang terkandung dalam cerita-cerita lama Sanskrit (Puranas) terutamanya di dalam drama
Kaumudimahotsava yang ditulis di antara kurun ketujuh atau kelapan Masehi (lihat
Wheatley 161 : 279-280 dan Braddle 1980 : 41 - 43 untuk keterangan yang lebih
mendalam mengenai perkara ini). Selain dari itu, Kedah juga disebut di dalam karya Prakrit
iaitu Samaraiccakaha yang dihasilkan dalam kurun kelapan Masehi, dan juga di dalam karya
- karya Katha seperti Khatasaritsagara. Di dalam karya - karya tersebut di atas, Negeri
Kedah dibayangkan sebuah negara yang makmur dan gemilang sekali ataupun sebagai "the
seat of all felicities" (Wheatley 1958).

Negeri Kedah juga dikenali sebagai Chieh-ch'a atau Kie-tch'a oleh ahli-ahli pelayaran China
di abad ketujuh Masehi. Pada ketika itu ramai ahli-ahli agama Buddha berulang alik dari
Negeri China ke Negeri India, dan salah seorang dari mereka ialah I-Tsing (I-Ching) yang
telah memulakan pelayaran di dalam tahun 671 Masehi dari Negeri China dan tiba di
Srivijaya (Palembang) dalam tahun 672 untuk mempelajari bahasa Sanskrit. Pada tahun
berikutnya beliau telah pergi ke Kedah melalui Melayu untuk menumpang sebuah kapal
diraja India. Setelah belajar selama 12 tahun di Universiti Nalanda beliau sekali lagi singgah
ke Kedah di dalam tahun 685 semasa di dalam perjalanan pulang ke Negeri China. Daripada
tulisan beliau, kita dapati Negeri Kedah merupakan sebuah pusat perdagangan dan
pelabuhan yang teragung di rantau ini terutamanya untuk Kerajaan Srivijaya. Selain dari
tulisan I-Tsing, Wheatley berpendapat bahawa Kedah juga dikenali sebagai Chia-cha yang
menghantar utusan mengadap Maharaja China di dalam tahun 638 Masehi (Wheatley 1961
: 278).

Bukti-bukti dari ahli pelayaran Arab adalah terhad dan agak lewat dari segi kronologinya,
iaitu tulisan yang dibuat oleh Sulaiman-al-Mahri di dalam kurun kelima belas Masehi yang
menyatakan bahawa Negeri Kedah (dieja Keda) terletak pada garis lintang yang sama
seperti Negeri Kelantan.

Walaupun terdapat keterangan mengenai Negeri Kedah yang dibuat oleh ahli-ahli pelayaran
China dan Arab dan juga terdapat di dalam karya - karya kesusasteraan India, namun
penceritaan dan sebahagian dari penulisan tersebut adalah kabur dan sukar untuk
dinyatakan dengan tepat, apatah lagi di dalam keadaan sekarang di mana terdapat
pertumbuhan bandar-bandar atau perkampungan di setiap muara-muara sungai
semenanjung ini. Kesulitan ini jelas terbukti bila mana Langkasuka dan Kedah pada suatu
ketika dahulu disamakan dengan Kedah (Winstedt. 1920) padahal ianya dimaksudkan
kepada tempat lain (lihat Colles 1969). Kesilapan dalam membuat rujukan nama sesuatu
tempat itu sudah pasti akan mengakibatkan kesilapan di dalam membuat kesimpulan
mengenai perkara tersebut.

Kedah Tua
Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di
Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah,
Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Ching dari negara China, Kedah Tua juga
disebut sebagai Cheh-Cha.

Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Masmerupakan
pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi
oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini
boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di
pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi
tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan
pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan
perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan
yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras,lada
hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan
samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah
yang rata dan luas.

Kerajaan Keda Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-
Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman
Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur
Tengah.