Anda di halaman 1dari 5

Tingkatan Masa Genre Tajuk

Dua 80 Minit Prosa Tradisional Hikayat Anggun Cik Tunggal 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan. Menjelaskan aspek yang menarik dalam karya prosa dan puisi.

Fokus Utama Aras 1 (iii)

Fokus Sampingan

2.0

Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan.

Aras 1 (iii)

Memberikan pendapat dengan mengemukakan contoh yang sesuai.

Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Mengenal pasti latar tempat, masa, dan masyarakat yang terdapat dalam petikan. ii. Melukis gambaran suasana berdasarkan petikan yang diberi. iii. Menulis empat kata adjektif yang terdapat dalam petikan. Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa Pengisian Kurikulum Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran membaca Kemahiran menulis Tatabahasa: Kata adjektif Kosa kata umum: petak jubung, lancang kuning, akur, terkul, tengkolok, istinggar Ilmu: Nilai: Sejarah Bersabar,berbudi pekerti

Objektif

Kajian Masa Depan (KMD)

Langkah Set Induksi

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru menayangkan imej/gambar Zaman Sebelum Merdeka di hadapan kelas. Murid memberikan pandangan masingmasing tentang tempoh masa dan suasana masyarakat berdasarkan peristiwa dalam gambar. Guru mengaitkan perbincangan dalam set induksi dengan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu tentang latar masa, tempat dan masyarakat. Guru mengaitkan perkara yang dibincangkan dengan isi pelajaran pada hari ini.

Penilaian Formatif

KBT / Catatan Gambar

Latar Masa, Tempat Dan Masyarakat. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.Setiap kumpulan akan membincangkan aspek berikut: Kumpulan 1 - Latar masa Kumpulan 2 - Latar tempat. Kumpulan 3 - Latar masyarakat. Guru mengedarkan petikan prosa tradisional Hikayat Anggun Cik Tunggal kepada setiap kumpulan dan murid berbincang untuk mengesan ketiga-tiga jenis latar. Wakil kumpulan membentangkan laporan hasil perbincangan dan murid lain memberikan pendapat tentang laporan kumpulan.

Menggambarkan Suasana Guru mengarahkan murid untuk melukis gambaran suasana seperti yang terdapat dalam petikan. Wakil kumpulan menampalkan rajah yang dilukis mengikut latar yang ditentukan iaitu latar masa,latar tempat dan latar masyarakat. Melukis berdasarkan petikan.

Langkah 3

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Perbandingan Gaya Hidup Guru mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan untuk membuat perbandingan gaya hidup masyarakat sekarang dengan masyarakat yang terdapat dalam petikan. Wakil kumpulan melaporkan hasil perbincangan. Guru dan murid bersoal jawab tentang gambaran masyarakat zaman akan datang dan murid memberikan pendapat sendiri.

Penilaian Formatif

KBT / Catatan KMD

Kata Adjektif Dengan menggunakan petikan,murid berbincang di dalam kumpulan untuk mengesan kata adjektif yang terdapat dalam petikan. Murid mengisi lampiran. Wakil kumpulan menyebutkan hasil perbincangan tentang kata adjektif. Pembelajaran Masteri

Rumusan Murid membuat rumusan pelajaran hari ini tentang aspek latar dalam bahan prosa.

LAMPIRAN LATAR TEMPAT

Raja Anggun Cik Tunggal asyik bergurau senda dengan Tuan Puteri Intan Dikarang. Ketika itu, Bujang Selamat baru keluar dari petak jubungnya. Dilihatnya,sebuah lancang kuning berlabuh bertentangan dengan Dendang Panjang. Dia segera menghadap baginda.

Hai Bujang Selamat,pergilah periksa siapa yang berani berlabuh bertentangan dengan kenaikan beta ini!. Bujang Selamat akur,lantas berlari ke haluan dengan pantas.

Hai tuan-tuan di lancang kuning! Dari mana hendak ke mana dan siapa nakhodanya? Apa muatan yang dibawa dan mengapa pula berlabuh di sini? Tidak tahukah tuan semua akan adat di laut? Bujang Selamat bersuara dengan nyaringnya.

LATAR MASYARAKAT

Dengan pantas, Si Kembang Cina berlari ke haluan dan bercekak pinggang sambil berkata dengan suara yang kuat

Baginda berasa tercabar dan seolah-olah dipermainkan. Baginda memerintahkan orang-orangnya menyediakan kelengkapan perang.

Sekali lagi kedengaran bunyi letupan yang amat kuat dan pelurunya jatuh tidak jauh dari Dendang Panjang. Maka berlakulah berbalas-balas tembak antara keduaduanya.

Mengapa Tuanku? Tuan Puteri Intan DiKarang bertanya apabila melihat Raja Anggun Cik Tunggal dalam keadaan sedemikian itu. Adakah Tuanku terkena peluru musuh? Tuan Puteri cuba menenangkan perasaan baginda.

LATAR MASA

Hai Bujang Selamat,sampai hati Tuanku berbuat begini kepada beta! Hampir saja beta dibunuhnya tadi.Untunglah Allah memelihara beta. Beta sebenarnya tidak membawa sebarang niat jahat.

Seludang Mayang terus belayar hingga malam.Cuaca begitu indah dan aman sekali Setelah tiga hari tiga malam, mereka pun sampai di negeri Tiku Benua.

Sesampainya di istana, Tuan Puteri segera menyembah ayahanda bonda yang sedang bersemayam.

Baginda membalas dengan tenang, Ayuhai adinda, Insya-Allah kakanda akan tunaikan. Ini pula sebiji kapas daripada kakanda untuk adinda membuat pakaian.