Anda di halaman 1dari 2

Bila timbul masalah dalam sesuatu perkara maka mintaklah pertolongan dari Allah dengan

mendirikan Solat Sunat Hajat. Solat Hajat banyak macam bentuknya dari segi bacaan dan tertib
cara mengerjakannya. Rukun tetap sama .

Solat Hajat

Waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat ini boleh siang atau malam,pagi atau petang

Lafaz niat :

Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar

Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al -Ikhlas

Teruslah lakukan hingga cukup 12 rakaat dan bererti mempunyai 6 salam

Pada rakaat yang terakhir(rakaat ke 12) sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir ,
sujud kembali dengan bertakbir. Dan membaca:

a) Al- Fatihah (7 kali )

b) Ayatul Kursi(7 kali)

c) Baca : (10 kali)

"Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa Dia tiada sekutu baginya. Kepunyaan nyalah segala
kerajaan / kekuasaan dan bagi nyalah segala pujian. Dan dia atas segala sesuatu Maha
Berkuasa"
d) Kemudian baca:

" Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan daripada
Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama engkau yang terapung
dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat engkau yang maha sempurna, bahawa
engkau penuhilah hajatku "

Setelah membaca doa tersebut mintakan apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh,dengan


penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup di sebut dalam hati. Kemudian bangkit dari
Sujud sambil bertakbir dan terus memberi salam.