Anda di halaman 1dari 1

Setelah menunaikan Solat Fardhu Isyak dan setelah solat sunat badiahnya maka sebaiknya

lakukan Solat Sunat Witir. Paling kurang satu rakaat atau tiga rakaat dengan dua salam. Dan
Seafdal-afdalnya 11 rakaat .

Lafaz niat :

Usolli Sunnatal Witri Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar"

"Sahaja aku Solat Sunat Witir, dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah dan surah Al-A'la

Pada rakaat kedua baca al-Fatihah dan surah Al-

Kafirun Setelah memberi salam,beridiri lagi dan lakukan satu


rakaat witir

Lafaz niat

Usolli Sunnatal Witri Rak atan Lillaahi Ta'ala, Allahu Akhbar

"Sahaja aku solat sunat witri satu rakaat kerana Allah Ta'ala

Ucap Al-Fatihah dan selepas itu ucapkan surah Al-Ikhlas,An Nas dan Al Falaq .

Bila mendirikan Solat sunat Witir 11 rakaat, maka hendaklah dilakukan setiap dua rakaat dengan
satu salam dan satu rakaat lagi dengan satu salam , jadi jumlah seluruhnya enam salam

Solat Sunat Witir dalam bulan Ramadan (bulan puasa) iaitu selepas 15 Ramadan disunatkan
mengucapkan doa Qunut pada rakaat terakhir iaitu setelah bangun dari ruku' :

Selepas itu berdoalah tiga kali:

Ertinya: "Ya Allah aku berlindung dengan keredhoaanMu dari kemurkaanmu dari siksaanmu dan
aku berlindung denganmu dari tidak mampu memujimu seperti engkau memuji dirimu "