Anda di halaman 1dari 8

JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA ARAS 6 BLOK D4, KOMPLEKS D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62530

PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
KOD NAMA DAN PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME TAHAP/ LEVEL No. DAN TAJUK MODUL/ MODULE No. AND TITLE EE-020-2 ASSISTANT SEMICONDUCTOR TECHNICIAN L2 DES1143 ELECTRONIC 1 01.01 CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT CONDITION CHECK 01.02 CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT SAFETY CHECK 01.03 TROUBLESHOOT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT FAILURE 01.04 CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT PARTS/COMPONENTS FAILURE REPAIR/REPLACEMENT
CARRY OUT SEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT AND COMPONENTS MAINTENANCE USING STANDARD OPERATING PROCEDURE, EQUIPMENT MANUFACTURER SPECIFICATION, EQUIPMENT DATA BOOK, LOGBOOK, CHECKLIST, HAND TOOLS, REPORT FORMS, PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE), RECORDING PROCEDURE SO THATSEMICONDUCTOR PACKAGING EQUIPMENT RECORDED AND REPORTED, FAULTY COMPONENTS REPAIRED, FUNCTIONALITY TESTED AND MAINTENANCE ACTIVITY REPORTED IN ACCORDANCE WITH MANUFACTURER MANUAL. EE-020-2/DES1143/LE01/P

No. DAN PERNYATAAN TUGASAN TASK (S) No. AND STATEMENTS

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE

No. KOD / CODE No.

Muka : 1 Drp : 8

NO KOD / CODE NO
TAJUK :

EE-020-2/DES1143/LE01/P

Muka:2Drp:8

TRANSISTOR DWIKUTUB

TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan tentang transistor dwikutub bermula dengan binaan asas diod, tatarajah penyambungan dan jenis pincang transistor dalam litar.

PENERANGAN : 1.0 PENGENALAN KEPADA TRANSISTOR DWIKUTUB

Transistor dwikutub adalah antara komponen terpenting dalam litar elektronik. Komponen ini telah direka pada tahun 1948 oleh Schokley, Bardeen dan Brattain dari Amerika Syarikat. Kebanyakan transistor dwikutub pada hari ini diperbuat daripada bahan separuh pengalir silikon dan germanium. Fungsi utama transistor dwikutub ialah sebagai penguat. Selain itu, komponen ini juga berfungsi sebagai litar pensuisan dan komponen pemecah fasa. Rajah 1 menunjukkan contoh transistor yang terdapat dalam litar elektronik.

Rajah 1: Contoh transistor yang terdapat dalam litar elektronik.

NO KOD / CODE NO
2.0

EE-020-2/DES1143/LE01/P

Muka:3 Drp:8

BINAAN ASAS TRANSISTOR DWIKUTUB

Transistor dwikutub diperbuat daripada tiga lapisan bahan separuh pengalir dan mempunyai dua simpang. Apabila bahan P diapit di antara dua lapisan bahan N, transistor jenis ini dinamakan transistor NPN. Sebaliknya, apabila bahan N diapit di antara dua lapisan bahan P, transistor ini dinamakan transistor PNP. Oleh sebab komponen ini diperbuat daripada tiga lapisan bahan., maka setiap lapisan mempunyai tamatan iaitu tapak (B), pengeluar (E), dan pemungut (C).

Rajah 2: Struktur binaan transistor PNP dan simbol.

Rajah 3: Struktur binaan transistor NPN dan simbol.

Rajah 2 menunjukkan binaan dan symbol transistor dwikutub jenis PNP. Simpang BE terletak di antara dan pengeluar manakala simpang BC terletak di antara pemungut dan tapak. Rajah 3 menunjukkan struktur binaan dan symbol transistor dwikutub jenis NPN yang mempunyai dua simpang iaitu BE dan simpang BC. Perhatikan perbezaan antara kedua-dua symbol transistor pada Rajah 2 dan Rajah 3. Perbezaannya terletak pada arah anak panah di pengeluar. Transistor PNP mempunyai arah anak panah ke dalam, manakala transistor NPN mempunyai arah anak panah ke luar.

NO KOD / CODE NO
3.0

EE-020-2/DES1143/LE01/P

Muka:4 Drp:8

TATARAJAH PENYAMBUNGAN TRANSISTOR DWIKUTUB

3.1

TAPAK SEPUNYA

Rajah 4: Tatarajah Tapak Sepunya.

Rajah 4 menunjukkan litar transistor yang disambung secara tapak sepunya. Isyarat masukan dikenakan antara pengeluar dan tapak manakala isyarat keluaran pula diambil dari pemungut dan tapak. Arus pengeluar IE dalam litar ini bergantung pada isyarat masukan. Apabila gandaan arus rendah dan gandaan voltan tinggi, fasa isyarat masukan dan isyarat keluaran adalah sama. Gandaan kuasa dalam litar tapak sepunya adalah tinggi. Litar jenis ini biasanya digunakan sebagai penguat pengayun.

3.2

PENGELUAR SEPUNYA

Rajah 5: Tatarajah Pengeluar Sepunya.

NO KOD / CODE NO

EE-020-2/DES1143/LE01/P

Muka:5 Drp:8

Rajah 5 menunjukkan tatarajah pemungut sepunya. Isyarat masukan adalah antara pengeluar dan tapak. Keluaran diambil melalui perintang beban RL yang disambung antara pengeluar dan pemungut. Perubahan arus pemungut IC akan menghasilkan perubahan isyarat merentangi beban. Litar pemungut sepunya ini mempunyai gandaan voltan yang rendah iaitu kurang daripada 1. Gandaan kuasa tinggi dan tiada pembalikan fasa antara masukan dan keluaran. Litar jenis ini biasanya digunakan sebagai litar penguat.

3.3

PEMUNGUT SEPUNYA

Rajah 6: Tatarajah Pemungut Sepunya.

Rajah 2-48 menunjukkan tatarajah litar pengeluar sepunya. Isyarat masukan dikenakan antara tapak dan pengeluar dan isyarat keluaran diambil antara tapak dan pemungut. Dalam litar pengeluar sepunya, perubahan kecil arus tapak akan menghasilkan voltan dan gandaan kuasa yang tinggi. Pembalikan fasa 180 berlaku antara masukan dan keluaran.

4.0

JENIS-JENIS PINCANG TRANSISTOR DWIKUTUB

Terdapat tiga jenis pincang yang biasa digunakan dalam litar transistor iaitu pincang :-

1. Arus tetap

2. Pemungut ke tapak

3. Arus pengeluar

NO KOD / CODE NO

EE-020-2/DES1143/LE01/P

Muka:6 Drp:8

4.1

PINCANG ARUS TETAP

Rajah 7: Pincang Arus Tetap.

Pincang arus tetap ialah satu kaedah yang mudah untuk memincang transistor. Pincang ini menyebabkan kendalian transistor tidak stabil dan mengeluarkan isyarat herot. Rajah 7 menunjukkan litar penguat pincang arus tetap. Apabila bekalan dikenakan, transistor akan mengalirkan arus dari tapak ke pengeluar dan pemungut ke pengeluar. Pengaliran arus ini akan meninggikan suhu transistor. Perubahan suhu akan menambahkan nilai arus IC, IB dan IE. Perubahan yang tidak terkawal menimbulkan masalah kendalian transistor yang tidak stabil dan mengeluarkan isyarat herot. Pincang jenis ini jarang digunakan dalam litar elektronik .

4.2

PINCANG PEMUNGUT KE TAPAK

Rajah 8 ialah litar pincang pemungut ke tapak. Perintang tapak RB disambung ke pemungut transistor. Pada litar ini, voltan merentas RB bergantung pada VCE. Dengan itu, voltan pincang ditentukan oleh voltan ketika pada pemungut itu. Ini dapat memperbaiki kestabilan voltan AT. Arus yang mengalir akan menyebabkan suhu bertambah. Ini menyebabkan arus IB dan IC bertambah manakala voltan VCE berkurangan. Keadaan ini menyebabkan arus kembali ke keadaan asal dan keluaran menjadi stabil.

NO KOD / CODE NO

EE-020-2/DES1143/LE01/P

Muka:7 Drp:8

Rajah 8: Pincang Pemungut ke Tapak.

4.3

PINCANG ARUS PENGEUAR

Rajah 9: Pincang Arus Pengeluar.

Litar yang ditunjukkan dalam Rajah 9 berbeza dengan litar pincang pemungut ke tapak kerana dalam Rajah 9 terdapat perintang RB2 dan RE. Perintang RB1 dan RB2 digunakan sebagai pembahagi voltan. Apabila suhu bertambah pada transistor, arus IB dan IC bertambah. Pertambahan voltan susut merentasi RE akan menyebabkan VBE menjadi rendah dan arus IB berkurangan. Oleh itu, IC kembali ke nilai asal dan keluaran menjadi stabil.

NO KOD / CODE NO

EE-020-2/DES1143/LE01/P

Muka:8 Drp:8

SOALAN:

1. Lukiskan dan labelkan simbol bagi transistor dwikutub jenis NPN dan PNP.

2. Terangkan dua jenis tatarajah penyambungan transistor dwikutub.

RUJUKAN:

1. W.J Raesch , Discrete component and basic electronic circuit, Leybold didactic, gmbh (1993).

Anda mungkin juga menyukai