Anda di halaman 1dari 21

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Tajuk 1

ANALISIS

KURIKULUM

KEMAHIRAN

HIDUP

SEKOLAH RENDAH

Hasil Pembelajaran Di akhir topik ini diharap pelajar akan dapat: 1. Menerangkan maksud dan konsep kurikulum 2. Menghurai jenis-jenis kurikulum 3. Menceritakan sejarah perkembangan KHSR 4. Memperincikan Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 5. Menjelaskan inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Kerangka Konsep Tajuk 1 Analisis Kurikulum KHSR

Analisis Huraian Sukatan Pelajaran KHSR

Inovasi Kurikulum KHSR

Analisis Sukatan Pelajaran KHSR

Analisis PekelilingPekeliling Ikhtisas berkaitan

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.0

Pengenalan

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawanan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk menyediakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran.

Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula memberi peluang kepada murid memupuk sifat-sifat dan unsur-unsur keusahawanan.

Aspek inovasi dalam kurikulum kemahiran hidup sentiasa diberi fokus bagi memastikan modal insan yang dibina mempunyai kemahiran yang kontemporari.

1.1

Analisis Sukatan Pelajaran KHSR

Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) yang dibentuk menyediakan ruang dan peluang kepada murid membangun sikap positif melalui penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang disalurkan secara komprehensif (tidak terpecah-pecah). Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.1.1 Definisi Kurikulum

Sebelum kita berbincang dengan lanjut, kita lihat beberapa definisi kurikulum:

Menurut Smith et al (1957),kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan.

Neagley & Evans (1967) pula menyatakan, kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancangkan dan dikemukakan oleh pihak sekolah. Pengalaman tersebut diutarakan untuk membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran yang ditetapkan terlebih dahulu mengikut kadar keupayaan masing-masing dengan keadaan yang paling baik.

Menurut Stenhouse (1975), kurikulum ialah menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukakan dengan berkesan.

Seterusnya Shepherd dan Ragan (1993) menyatakan, kurikulum adalah sebagai mata pelajaran atau kandungan pelajaran ( seperti Sains, matematik, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya) bagi tahun, gred, kelas atau tingkatan tertentu.

Definisi-definisi kurikulum di atas menunjukkan ada pihak yang mendefinisikan kurikulum secara sempit dan ada pula secara luas. Rumusan yang boleh dibuat ialah fokus kurikulum adalah untuk membangunkan modal insan secara optimum. Di negara kita, sistem pendidikan adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bermakna, Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menjadi asas kepada kurikulum pendidikan. Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum pendidikan kita pada umumnya adalah untuk membentuk pelajar yang berketrampilan melalui perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.

Justeru, bagi memberikan gambaran yang jelas dan memandu arah tindakan semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan di Malaysia, KPM memperhalusi definisi kurikulum dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai;

Segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsurunsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid pada akhir tempoh persekolahan masingmasing.

Definisi tersebut menjelaskan bahawa kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.

Renung sejenak. Apakah kesan definisi kurikulum yang pelbagai kepada bidang

pendidikan?

1.1.2 Konsep dan jenis kurikulum.

Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan. Pelbagai penerokaan dan penemuan baharu diketengahkan oleh ahli-ahli kurikulum untuk menjadikan bidang pendidikan lebih dominan dan pragmatik. Justeru, lahir pelbagai fahaman konsep kurikulum. Apa yang boleh dirumuskan, konsep kurikulum meliputi elemen-elemen berikut: Kurikulum: Kurikulum: Kurikulum: Kurikulum: Kurikulum: Kurikulum: Kurikulum: Kurikulum: Kurikulum: Apa yang diajar di sekolah Suatu set pelajaran Suatu kandungan pelajaran Suatu program pengajian/pendidikan Suatu set bahan Suatu urutan kursus Suatu set objektif pencapaian/prestasi Kursus pengajian Semua perkara yang berlaku di sekolah termasuk kelas tambahan, kaunseling, dan hubungan inter-personal Kurikulum: Kurikulum: Kurikulum: Kurikulum: Perkara-perkara yang diajar di dalam dan luar sekolah atas arahan pihak sekolah Kesemua perkara yang dirancang oleh kakitangan sekolah Beberapa siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah Pengalaman yang dilalui pelajar hasil daripada persekolahan

Antara konsep-konsep kurikulum adalah seperti paparan berikut:

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Konsep Pertama Konsep Kelima Kurikulum sebagai pengalaman yang dikecap dibawah jagaan sekolah adalah kurikulum tersisat Kurikulum sebagai kursus pengajaran yang menjadi dokumen khas & panduan sumber bercatat untuk kurikulum - merangkumi cadangan-cadangan untuk guru berhubung dengan: matlamat objektif pelajar pengalaman pelajaran isi kandungan pelajaran kaedah bahan dan cara penilaian

KONSEP KURIKULUM
Konsep Kedua Kurikulum selalunya dikaitkan dengan isi kandungan mata pelajaran dan dengan ini lazimnya terdiri daripada mata pelajaran yang diajar kepada pelajar Konsep Keempat Kurikulum sebagai pengalaman pembelajaran terancang. Kurikulum adalah kaedah-kaedah yang digunakan oleh institusi yang menyediakan peluang kepada pelajar mengecap pengalaman pembelajaran yang diingini (kung, 1956)

Konsep Ketiga Kurikulum sebagai program pengajian yang merujuk kepada mata pelajaran yang diajar di sekolah mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Konsep Kesembilan Beberapa pakar kurikulum & pendidikan berpendapat definisi kurikulum harus dipelbagaikan @ diperluaskan. Schawb (1969) berpendapat bidang kurikulum terbantut seandainya terlalu bergantung kepada isi teori yang terperinci dan semakin terpencil (contoh- definisi kurikulum yang tepat sahaja)

Konsep Keenam Kurikulum sebagai siri hasil pembelajaran yang berstruktur. ( konsep ini bersandarkan kepada Johnson (1967) - Kurikulum adalah suatu panduan arahan & dianggap suatu yang sudah dijangkakan

KONSEP KURIKULUM
Konsep Kelapan Taba(1962) konsep kompromi kurikulum melewati pendidikan dan kurikulum moden. Konsep ini bergantung pada penialaian yang subjektif dan fleksibel kerana tiada pemisah yang jelas antara kontinum kurikulum yang terlalu umum dan spesifik

Konsep Ketujuh Kurikulum sebagai pelan tindakan bertulis. Ditegaskan oleh McDonald (1965) mencadangkan supaya sekolah mempunyai sistem yang saling berinteraksi dan melengkapi antara satu sama lain iaitu: sistem personaliti individu yang bertindak secara profesional tindakan oleh pelajar yang dianggap oleh guru sebagai tugasan berkaitan sistem pengajian dan pembelajaran sistem kurikulum sosial

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Kurikulum operasi Kurikulum yang digunakan dalam bilik darjah

Kurikulum Rasmi Kurikulum yang terdapat dalam dokumen rasmi

Kurikulum tersembunyi Ko Kurikulum Pengalaman terancang di luar bilik darjah

JENIS-JENIS KURIKULUM

Perkara-perkara yang diajar dalam bilik darjah tetapi tidak terdapat dalam kurikulum rasmi

Kurikulum Nol Subjek yang tidak diajar

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.1.3

Sejarah perkembangan KHSR

Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk menetapkan mata pelajaran Pendidikan Kemahiran Hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua pelajar tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Perkembangan ini adalah ekoran daripada pendapat ramai bahawa sistem pendidikan di Malaysia pada ketika itu sudah tidak releven lagi kerana terlalu banyak memberi penekanan kepada mata pelajaran berbentuk akademik dan peperiksaan semata-mata.

Justeru, mata pelajaran KH telah dimasukkan dalam satu kurikulum baharu yang dinamakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan pada masa itu. KBSR dirancang dan dibentuk supaya aktiviti pelajar dan pendidikan peringkat rendah adalah bercorak pendidikan asas. Justeru, matlamat pendidikan adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh. KBSR dibentuk berlandaskan kepada perakuan 57 (a) Laporan Kabinet iaitu ; Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan Murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengn keperluan minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu, (halaman 242).

Pusat Perkembangan Kurikulum telah ditugaskan untuk merancang satu sukatan pelajaran KH untuk Tahun IV hingga VI yang dinamakan Tahap Dua dan kurikulum Kemahiran Hidup ini merupakan salah satu bidang yang ditawarkan di bawah Kurikulum Teknik dan Vokasional. Program KBSR ini telah diuji pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah yang terpilih dan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. Maka, tahun 1983 merupakan detik sejarah yang amat penting bagi mata pelajaran KH di Malaysia. Pelancaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982 telah memartabatkan mata pelajaran KH sebagai mata pelajaran yang wajib di semua sekolah rendah.

Menjadi harapan besar agar semua pihak memainkan peranan secara berkesan terhadap pelaksanaannya kerana ia merupakan satu usaha menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, satu semakan semula telah dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyemakan kurikulum ini bertujuan untuk memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum pendidikan KH KBSR yang digubal semula ini mendukung hasrat mulia negara iaitu menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.

Kandungan mata pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah telah diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kedua-

dua bidang pembelajaran tersebut terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan yang telah disepakati oleh panel penggubal. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

1.2 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Kemahairan Hidup Sekolah Rendah

1.2.1

Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid : a. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat kerja b. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul c. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D d. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk e. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen f. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mudah daripada pelbagai bahan kitar semula g. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik h. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah, perabot dan bahagian bangunan i. j. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan

k. memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran l. Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan

m. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan n. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan bertanggungjawab o. Meminati bidang perniagaan p. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif q. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.2.2

Organisasi Kandungan

Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi, dan Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan.

a. Bidang Reka Bentuk dan Teknologi Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Pembentukan minda yang kreatif dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi serta mereka bentuk produk mengikut kesesuaiannya. Pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi memantap serta membentuk minda yang kreatif dan inovatif. Murid juga melakukan aktiviti menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin mudah di samping menjalankan kerja-buat-sendiri. Murid juga didedahkan kepada amalan penanaman tanaman hiasan dan sayuran serta pemeliharaan ikan hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan di tempat kerja dan pengurusan bengkel juga diserapkan semasa melakukan aktiviti ini.

b. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk memupuk minat dan kesedaran murid dalam perniagaan dan keusahawanan melalui aktiviti jual beli. Kemahiran yang diperoleh menerusi unit pembelajaran ini termasuklah merancang, mengurus dan merekod jualan. Murid juga didedahkan beberapa risiko dalam mengusahaniaga barang. Selain itu murid turut didedahkan cara untuk menguruskan perbelanjaan diri dan merancang perbelanjaan harian dengan lebih bijak. Unsur keusahawanan dan sikap pengguna yang bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga dan kehidupan harian. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

1.2.3

Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

a.

Penekanan

Pembelajaran Kemahiran Hidup memberikan penekanan pembelajaran melalui pengalaman. Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya. Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran:

10

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

membuat lakaran bentuk asas mereka bentuk dan penghasilan projek mengenal pasti dan membezakan litar elektrik menyenggara dan membaik pulih alatan menghasilkan tumbuhan hiasan mengusahaniaga barang

Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan berkualiti dengan kemahiran yang hendak dikuasai. Guru seharusnya mengintegrasi penyampaian pengetahuan dengan aktiviti murid. Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir (cekap), dan berminat menjalankan kerja-buat- sendiri.

b.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.

Guru berpeluang menggunakan pelbagai kaedah yang merangsang minda murid secara optimum Antaranya ialah tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbangsaran, main

peranan, permainan, temu bual, tinjauan dan lawatan. Pemilihan kaedah seharusnya bergantung kepada beberapa faktor, antaranya objektif pelajaran, kemudahan, saiz kelas dan taraf kebolehan murid dan kemahiran guru itu sendiri. Yang penting, guru harus mewujudkan suasana pembelajaran terbuka untuk menggalakkan pembelajaran yang mencabar dan berkesan.

Dalam mereka bentuk aktiviti dan projek, guru digalakkan menggunakan kaedah yang membangun kreativiti dan menggunakan seberapa banyak bahan terbuang yang boleh didapati di persekitaran. Ini bermakna aktiviti dan projek tidak hanya bergantung kepada bahan yang dibeli sahaja. Penggunaan bahan terbuang secara tidak langsung menanamkan sifat jimat cermat dan membangunkan sifat kreatif, inovatif dan pemikiran kritis dalam kalangan murid. Murid akan sedar kepada sumber yang ada disekeliling mereka dan

berupaya menggunakannya untuk mendapat faedah. Antara bahan tersebut termasuklah buluh, kotak, botol plastik, cengkerang, reja kayu, reja paip plastik, bahagian atau komponen mesin yang sudah dugunakan seperti skru, bolt dan nat, alas bebola dan roda.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu dijadikan landasan dalam pengajaran dan pembelajaran KHSR untuk menyediakan murid menjadi insan yang dilengkapi dengan kemahiran untuk hidup. Justeru pemilihan kaedah perlu mengambilkira keupayaan untuk membangunkan daya imaginasi dan kreativiti murid dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Antara kemahiran berfikir yang diberi tumpuan dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi termasuk:

11

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Menghubungkait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk Menjana idea kreatif dan inovatif melalui penyelesaian masalah Mereka bentuk dan menghasilkan projek Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek Membuat keputusan, memilih projek, alatan tangan dan bahan yang diperlukan dan mengkelas jenis tanaman

Selain itu, pemilihan kaedah juga perlu mengambilkira keupayaan menyerapkan unsur kajian masa depan bagi merangsang daya intelek dan mengupaya murid dalam menghasilkan produk yang dapat dimanfaat dan memberi sumbangan kepada kehidupan masa depan yang lebih sempurna. Contohnya dalam proses mereka bentuk, murid mengkaji keadaan sedia ada, mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya menghasilkan produk yang lebih baik cirinya selepas menjangka dan meramal impak produk yang dicipta dalam senario masa depan.

Setiap kaedah yang dipilih perlu disepadukan dengan amalan sikap positif dan nilai murni serta budaya kerja yang cemerlang merentasi setiap aktiviti yang dikendalikan. Pemupukan sifat berhemah dalam berinteraksi serta penggunaan sumber harus diberi penekanan untuk membentuk kebiasaan dalam pengendalian dan pengurusan hidup.

Aktiviti amali seharusnya disepadukan dengan penguasaan pengetahuan dan sepatutnya dikaitkan dengan amalan dalam kehidupan dan pekerjaan. Cara begini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, menyeronokkan dan lebih berguna kepada murid.

Murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seoptimum mungkin bagi memberi peluang membangunkan keupayaan diri yang seiring dengan keperluan zaman. Keupayaan penggunaan ICT boleh dipupuk melalui pengumpulan, pemilihan dan pemprosesan maklumat malah boleh dikembangkan kepada melayari laman web, menggunakan perisian dan berkomunikasi secara elektronik.

1.2.4

Pengendalian aktiviti dan Penilaian

Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini kepada penguasaan kemahiran, pencapaiannya hendaklah diukur melalui aktiviti. Ada aktiviti yang dijalankan secara tersendiri. Pada ketika yang lain gabungan beberapa aktiviti dijalankan untuk menghasilkan projek.

12

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

a. Pengendalian aktiviti Aktiviti yang dibangunkan termasuklah mereka cipta projek baik secara individu atau secara kumpulan. Cadangan pengendalian aktiviti adalah mengikut peringkat berikut: i Perancangan merancang aktiviti atau projek merancang bahan dan alatan merancang kaedah pengajaran motivasi tunjuk cara kemahiran arahan aktiviti pelaksanaan penyeliaan dan bimbingan dapatan dari segi kemahiran, pengetahuan, dan nilai hasil kerja

ii

Penyampaian

iii

Penilaian

Dalam membangun aktiviti aspek yang perlu diberi perhatian termasuk: ahli kumpulan adalah heterogen dari segi kebolehan aktiviti seboleh-bolehnya dapat diselesaikan dalam dua waktu pengajaran termasuk aktiviti mengemas alatan dan tempat kerja aktiviti melibatkan penggabungan beberapa unit

Semasa murid menjalankan kerja, guru perlu memastikan murid: sentiasa mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain, alatan dan bahan; memilih alatan dan bahan yang sesuai dan menggunakannnya dengan betul dan cermat; sedar tentang kos alatan dan bahan serta menggunakannya secara tidak membazir;menjalankan kerjaa mengikut urutan yang betul; dan menggunakan alatan dan bahan dengan tidak membiarkannya bersepah-sepah.

Di akhir setiap pelajaran guru hendaklah memastikan murid; mengemaskan alatan dan bahan yang telah digunakan; membersihkan alatan dan menentukan bilangannya cukup sebelum disimpan; dan membersihkan tempat kerja dan diri. 13

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

b. Penilaian Penialaian yang bersesuaian bagi mata pelajaran ini ialah penilaian secara berterusan. ini akan dapat membantu guru mengatasi kelemahan murid serta mengukuhkan dan mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran melalui tindakan susulan. Justeru penilaian bagi mata pelajaran ini boleh dijalankan melalui: pemerhatian lisan penulisan

Ketiga-tiga cara penialaian tersebut boleh digunakan untuk menilai proses kerja mahupun hasil kerja. Penilaian yang dijalankan hendaklah mencakupi semua objektif pengajaran dan pembelajaran dan ianya sepatutnya menekankan samada murid telah menguasai aspek yang dinilai ataupun belum bukan penilaian yang mengkategorikan murid kepada lulus-gagal. Penilaian juga sepatutnya membandingkan kepada standad kemahiran yang perlu dikuasai murid - bukannya membanding pencapaian antara seorang murid dengan murid lain.

Penilaian merangkumi aspek penguasaan dan pencapaian murid dari segi kemahiran, perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dan sikap murid melalui pemerhatian aktiviti dan projek yang dijalankan. Perekodan amat penting untuk dijadikan asas laporan tahap penguasaan. Instrumen-instrumen penilaian yang membantu teknik penilaian perlu dibentuk (contoh: senarai semak) bagi memastikan penilaian sistematik dapat dilaksanakan.

1.2.5

Pemetaan dan Kesinambungan Kandungan

Masa yang diperuntukan untuk pengajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah ialah dua waktu seminggu dan minit dalam sewaktu ialah tiga puluh minit. Jadual pemetaan dibentang di dalam Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah sebagai rujukan kesinambungan kandungan dari tahun 4 hingga tahun 6.

14

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Pemetaan Bidang/Unit/Tajuk Pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Bidang/Unit/tajuk/Pembelajaran 1. Reka Bentuk dan Teknologi 1.1 Keselamatan Organisasi Bengkel a. Peraturan Keselamatan b. Organisasi bengkel 1.2 Kreativiti dan Reka Cipta a. Pengenalan kreativiti b. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk c. Penyelesaian masalah d. Penghasilan projek reka cipta e. Pendokumentasian 1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam b. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula 1.4 Elektrik dan Elektronik a. Penghasilan projek elektrik b. Penghasilan projek elektronik 1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan a. Penyenggaraan alatan tangan b. Penyenggaraan bahagian bangunan c. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabot 1.6 Jahitan a. Membaiki pakaian b. Penghasilan artikel 1.7 Tanaman Hiasan a. Pengenalan b. Pemilihan biji benih c. Penanaman d. Penjagaan 1.8 Ikan Hiasan a. Pengenalan b. Penyediaan bekas 8 ^ ^ ^ ^ 8 ^ ^ 15 2 ^ ^ ^ 2 1 ^ ^ ^ 4 ^ ^ 1 ^ 5 4 5 ^ ^ 5 ^ ^ 5 Tahun 4 27 1 ^ ^ 8 ^ ^ ^ ^ ^ ^ 7 7 Tahun 5 27 Tahun 6 27

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

c. Pengurusan 1.9 Tanaman Sayuran a. Penyedaain tapak b. Penanaman dan penjagaan c. Pemungutan hasil 2. Perniagaan dan Keusahawanan 2.1 Barang Jualan a. Kumpulan sasaran b. Jenis barang yang sesuai dijual c. Sumber bekalan 2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan a. Membuat rancangan jualan b. Menyediakan barang jualan 2.3 Mempromosi Jualan a. Promosi melalui pembungkusan b. Promosi melalui poster c. Promosi melalui katalog 2.4 Mengurus Jualan a. Melayan pelanggan b. Mendapatkan pesanan c. Menyusun atur barang 2.5 Merekod Jualan a. Merekod barang b. Merekod perbelanjaan dan pendapatan c. Mengira untung atau rugi 2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan b. Merancang perbelanjaan 2.7 Risiko Dalam Perniagaan a. Risiko dan cara mengurangkannya 2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak a. Mendapatkan maklumat barang b. Etika perniagaan dan hak pengguna JUMLAH 35 2 ^ ^ ^ 1 ^ 8 2 ^ ^ ^ 2 ^ ^ 1 ^

^ 8 ^ ^ ^ 8 8

2 ^ ^ 2

2 ^ ^ 2

^ ^ 2 1

^ ^

2 ^ ^ 1 ^ 2 ^ ^ 35 35

16

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.2.6

Format Huraian (Bidang/Unit/Tajuk; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti)

Secara umum Huraian Kurikulum diperincikan seperti berikut: BIDANG/UNIT/TAJUK PEMBELAJARAN Pernyataan bidang/unit/tajuk pembelajaran Pernyataan pembelajaran, kedalaman skop mengenai keluasan yang HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN PEMBELAJARAN hasil Membantu guru merancang dan dan membekalkan AKTIVITI

dihuraikan pengalaman pengajaran dan yang sesuai

dalam bentuk perlakuan yang boleh pembelajaran diukur

dan bermakna kepada murid. boleh mengubahsuai

Hasil pembelajaran dibahagi kepada Guru tiga aras secara berperingkat.

Ia dan mereka bentuk aktiviti

akan menjadi panduan guru untuk tambahan melaksana P & P yang lebih berkesan dengan mengambil kira kadar

pembelajaran dan keupayaan murid. Aras 1 aras asas yang mesti dikuasai oleh semua murid sebelum meneruskan pembelajaran ke aras 2. Aras 2 mesti dikuasai murid selepas menguasai kandungan aras 1 Aras 3 aras pengayaan

Anda boleh rujuk Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup cetakan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.3 Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1992: Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993 bertarikh 24 April 1992 a. Memaklumkan pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mulai sesi persekolahan 1992/1993 untuk Tahun 4 seterusnya 1993/1994 untuk Tahun 5 dan sesi persekolahan 1994/1995 untuk Tahun 6. b. Memaklumkan peruntukan masa untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. c. Memaklumkan bahawa mata pelajaran ini menggantikan Kemahiran Manipulatif dan Amalan Perdagangan.

17

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.4 Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Banyak perubahan yang telah dilakukan pada kurikulum KHSR dan yang paling ketara ialah berlakunya perubahan pada isi kandungannya. Beberapa tajuk KHSR telah disusun semula untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskini kandungannya.

Antara konteks inovasi dalam kurikulum KHSR ialah ia telah memberikan fokus yang lebih kepada elemen reka bentuk, penambahan dalam elemen kreativiti dan reka cipta serta membahagikan kurikulum kepada dua bidang iaitu reka bentuk dan teknologi dan perniagaan dan keusahawanan. Antara tajuk-tajuk yang ditambah dan difikirkan bersesuaian dengan keperluan semasa serta menambahkan kemahiran murid sekolah rendah ialah reka bentuk dan penghasilan projek, elektrik dan elektronik, sayuran dan tanaman hiasan, ikan hiasan, jahitan, serta baik pulih dan penyenggaraan. Bagi perniagaan dan keusahawan murid didedahkan beberapa risiko dalam

mengusahaniaga barang. Unsur keusahawanan dan sikap pengguna yang bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga.

Dapat dilihat, bahawa segala perubahan dan penambahbaikan dalam isi kandungan yang dilakukan di dalam kurikulum KHSR ini adalah baik bagi menjadikan murid sekolah rendah mempunyai kemahiran asas yang baik di dalam elemen teknologi mahu pun di dalam bidang keusahawanan sekaligus dapat memupuk serta menarik minat mereka untuk terus menceburi bidang-bidang teknologi dan keusahawanan yang mereka minati.

Selaras dengan perkembangan yang berlaku dalam keperluan negara, inovasi kurikulum mata pelajaran ini membantu membangunkan masyarakat yang dilengkapi dengan kemahiran manipulatif dan kemahiran tingkah laku menjadikan modal insan yang dibentuk berketrampilan dari segi interaksi dan penggunaan teknologi serta berupaya menjadi masyarakat pengeluar. 1.4.1 Pelaksanaan inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Ahli profesional kurikulum telah menyedari bahawa mereka yang tidak terlibat dengan secara langsung dalam projek perkembangan kurikulum biasanya memberi hasil yang kurang sempurna berbanding mereka yang terlibat secara langsung. kurikulum KHSR memberi fokus kepada aspek berikut: Justeru, kaedah pelaksanaan inovasi

a.

Kepimpinan

Perubahan kurikulum dapat berjalan lancar apabila para pemimpin begitu komited kepada perubahan. Antara pemimpin yang dilibatkan;

18

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

i. Guru besar . Mereka adalah orang yang amat berpengaruh dan merupakan tulang belakang dalam pembentukan suasana profesional sekolah. Apabila inovasi ini melibatkan guru besar, maka dengan sendirinya mereka membentuk suasana terbuka dimana guru bebas berbincang masalah terhadap kurikulum yang diperbaharui dan prospek untuk menerima inovasi adalah lebih baik dan mudah. ii. Pemimpin projek kurikulum. Dalam konteks sekolah mereka merupakan ketua panitia Kemahiran Hidup. Inovasi yang melibatkan kumpulan ini menjadikan mereka mampu menjadi pakar rujuk yang berkesan selain mampu menerangkan secara jelas bagaimana perubahan memberi kesan kepada amalan pengajaran mereka. Mereka juga boleh membentuk pasukan kerja yang dinamik untuk melaksanakan perubahan melalui perbincangan secara terbuka.

b.

Cara pendekatan

Agen pelaksana berperanan sebagai mediator antara mereka yang menyediakan kurikulum baharu dengan mereka yang melaksanakan kurikulum itu. Yang penting, agen ini perlu mempunyai kemahiran untuk mengubah pendirian mereka yang telah sebati dengan kurikulm lama, untuk menerima kurikulum baharu. Agen perubahan yang terdiri daripada guru besar, panitia, institusi pendidikan, prasarana, media serta bahan dan peralatan boleh memilih pelbagai pendekatan dalam menjalankan tugas ini. i. Pendekatan Latihan digunakan untuk memberi penjelasan kepada mereka yang terlibat dengan perubahan dan seterusnya melaksanakannya. Antara latihan latihan dalam perkhidmatan, bengkel dan kaunseling individu. ii. Pendekatan Contoh membantu guru menjadi lebih bersedia mengalami perubahan dengan melihat proses pengajaran yang dilaksanakan oleh rakan. Kejayaan yang

diperoleh rakan guru yang terdekat dijadikan panduan untuk menyokong perubahan. Sebagai contoh guru pakar atau guru kanan mata pelajaran menjadi sumber rujukan kerana golongan ini telah didedahkan dengan kemahiran yang diperlukan. iii. Pendekatan logik mereka yang lebih rapat dengan sistem pendidikan sedia ada seperti pegawai pusat kurikulum, guru sumber, jurulatih utama dan ketua panitia dipertanggungjawabkan untuk memberi penjelasan yang rasional kenapa sesuatu perubahan dan pembaharuan itu dilaksanakan kepada para pelaksana. iv. Pendekatan Birokratik menggunakan kuasa yang ada untuk melaksana perubahan.

19

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.4.2

Pembangunan dan pemupukan pemikiran dalam inovasi kurikulum

Secara amnya bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang statik. disekeliling mempengaruhi perjalanan sistem pendidikan.

Perubahan yang berlaku

Perubahan keperluan negara dan

perkembangan yang berterusan dalam industri, ekonomi, politik, teknologi maklumat dan moral mempunyai impak yang besar dalam pendidikan. Perubahan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup sendiri telah membawa kepada pembangunan sesebuah masyarakat. a. Aspek-aspek yang dibangunkan 1 Cara/teknik pengajaran Lebih moden dan lebih menekankan kepada guru sebagai penunjuk cara. 2 Cara/teknik pembelajaran Banyak menggalakkan murid mencuba sendiri

melakukan aktiviti. 3 Bahan-bahan pengajaran/pembelajaran Bahan-bahan elektronik Menarik minat dan mencabar minda murid. Membudayakan murid dan guru menggunakan IT. Isi kandungan Memberi kepuasan serta memotivasikan murid.

Bahan bukan elektronik Kesinambungan kepada sistem yang sedia ada. Untuk menangani masalah kurangnya

kemudahan bahan elektronik seperti komputer. 4 Sukatan terdahulu lebih kepada seni

pertukangan dan kerja kayu Sukatan terkini tambahan pengenalan asasasas perdagangan serta teknologi maklumat.

20

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

b. Pemupukan pemikiran Mempunyai beberapa peringkat Mengubah sikap Tindakan positif Guna tenaga mahir Latihan berkualiti Utamakan kemahiran Penglibatan sektor swasta Perluasan kuantiti

Tutorial Pilih satu topik di dalam huraian sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 dan rangka Rancangan Pengajaran Harian yang menyepadukan elemen pengetahuan, amali dan nilai-nilai positif.

21

Anda mungkin juga menyukai