Anda di halaman 1dari 12

BAB 1

PENGENALAN Gaya pembelajaran telah dikenal pasti sebagai faktor yang memberi sumbangan kepada gaya pembelajaran yang memberi sumbangan yang besar di dalam pencapaian akademik seseorang individu. Kajian di Barat telah mengenal pasti empat gaya pembelajaran dalam Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford iaitu Aktivis, Reflektor, Teoris dan Pragmatis. (Ee Ah Meng, 1996)

1.1

Cabang-cabang Gaya Pembelajaran

1.1.1 Gaya Pembelajaran Teoris Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat teoris gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara. Pelajar mengintegrasikan hasil-hasil pemerhatian dalam satu susunan logik serta memikirkan sesuatu masalah mengikut langkah-Iangkah yang tertentu dan bersifat logik. Mereka ini lebih berdisiplin, memiliki objektif kendiri, berfikiran rasional dim logik, kurang kreatif kerana menitikberatkan penggunaan otak kiri, gemar mencari sebab serta akibat sesuatu perkara yang berlaku berminat mengkaji fenomena-fenomena yang berlaku dalam alam sekitar (Honey dan Mumford,1992).

1.1.2 Gaya Pembelajaran Aktivis Menurut Honey dan Mumford (1992), seseorang yang memiliki gaya pembelajaran Aktivis suka melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti pembelajarannya.

Golongan ini biasanya mempunyai sikap tidak sabar dan tergesa-gesa. Ini adalah kerana perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara baru. Mereka juga gemar mencari pengalaman baru, sentiasa bersemangat, berfikiran terbuka, mempunyai motivasi diri yang kuat dan sentiasa mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri. Pelajar dalam golongan ini cenderung melakukan sesuatu sebelum memikirkan kesan dan akibatnya. Mereka akan berusaha memenuhi masa harian mereka dengan membuat pelbagai aktiviti.

Selain itu, pelajar dalam golongan ini suka melibatkan diri dalam kerja-kerja amali, sukan dan aktiviti kokurikulum.

1.1.3 Gaya Pembelajaran Reflektif Honey dan Mumford, (1992) mengelaskan pelajar yang memiliki gaya pembelajaran reflektif lebih suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang ada di persekitaran. Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati, menyoal siasat, mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir. Pelajar dalam golongan ini mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan, prinsip, keputusan atau projek, membuat refleksi kendiri, sentiasa berhati-hati, memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti serta mendalam sebelum membuat sebarang kesimpulan, belajar dan membuat kerja secara sistematik.

1.1.4 Gaya Pembelajaran Pragmatis Honey dan Mumford (1992) menyatakan pelajar yang bersifat pragmatis lebih praktikal dan mementingkan kebenaran daripada teori, hukum atau prinsip yang sedia ada. Mereka mengutamakan aplikasi teori, hukum atau prinsip yang sedia ada dalam situasi sebenar, dan berusaha sedaya upaya merealisasikan idea, teori atau sesuatu teknik. Selain itu, mereka juga lebih bersifat ekspesif daripada kreatif serta suka membuat perbandingan. Pelajar dalam gaya pembelajaran pragmatis suka menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

BAB 2 KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF 2.1 Gaya berfikir secara kritis Gaya berfikir secara kiritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Seseorang boleh membanding dan membeza sesuatu situasi atau faktor dan mengkategori sesuatu permasalahan atau input sebelum dianalisa. Seseorang yang berfikiran kritis terlebih dahulu akan meneliti bahagian-bahagian kecil dan seterusnya secara
2

keseluruhan. Sesuatu peristiwa atau tindakan akan dibuat sekuen atau secara urutan. Mereka boleh membuat ramalan dan menerangkan sebab kerana telah diperiksa segala usul dan andaian terlebih dahulu. Seseorang yang berfikiran kritis pandai membuat inferens dan mengesahkan sumber-sumber maklumat selepas dibuat penilaian.

2.2

Definisi Gaya pembelajaran kreatif Pemikiran kreatif pula dapat membentuk individu lebih inovatif, mempunyai daya

kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Gabungan pemikiran kritis dan kreatif ini dapat membentuk pembangunan sahsiah, intelektual dan moral individu yang mantap. Menurut Sharifah Alawiah (1992), kebolehan atau kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting untuk perkembangan intelek yang sempurna .Pemikiran kreatif adalah kecekapan atau keupayaan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan Kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan, menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif. Pemikiran kreatif dimiliki oleh semua individu dan dibekali oleh Allah sejak dilahirkan yang memerlukan latihan dan amalan yang konsisten dari semasa ke semasa. Kemahiran ini memerlukan keberanian yang besar dan dipupuk serta dicerna menjadi budaya. Menurut Ainon dan Abdullah, (1996) berpendapat, terdapat beberapa cara dan pendekatan mikro yang digunakan bagi menjana idea kreatif untuk menghasilkan pelbagai idea, saranan, konsep, teori, produk dan sebagainya. Antaranya:

2.2.1 Gaya lateral Ia diperkenalkan oleh Edward de Bono, (1976). Pemikiran lateral adalah kaedah yang menerbitkan idea yang baru sama sekali. Gaya ini melihat suatu penyelesaian masalah dan kaedah membuat suatu keputusan dengan menggunakan teknik-teknik agresif untuk menerbitkan idea-idea yang luar biasa.

2.2.2 Gaya projektiviti Gaya projektiviti menggunakan pendekatan meramalkan apa-apa yang belum dan akan berlaku. Seseorang boleh menggambarkan sesuatu yang jelas akan berlaku pada masa depan. 2.2.3 Gaya konstruktif Gaya konstruktif menekan kepentingan pembinaan dan pembaikan suatu idea. Gaya ini melihat perbubahan memerlukan pembaharuan, pembaikan dan usaha seperti memberi cadangan, memikirkan sesuatu dan menyokong dan dapat menaikkan kualiti sesuatu barangan. Konsep Kaizen misalnya menekankan kepada pembaikan yang berterusan. 2.2.4 Gaya positif Gaya positif melihat sesuatu idea itu dengan sangka baik. Gaya ini boleh meneroka dan mencari ciri-ciri . sifat-sifat, kegunaan dan kesan yang mendatangkan kebaikan daripada pelbagai sudut. 2.2.5 Gaya emotif Gaya emotif menggunakan perasaan gembira, suka, marah, penting kurang penting dan sebagainya. Dalam setiap keputusan dan penyelesaian masalah , unsur-unsur emotif turut disertakan. Gayaini sensitif dengan situasi dan kondisi orang lain. 2.2.6 Gaya intuitif Gaya intuitif banyak menggunakan gerak hati dalam membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan masalah. Gaya ini memerlukan maklumat berkaitan perkara yang hendak difikirkan dan daripada maklumat yang mencukupi. Gaya ini seakan mencuba nasib. 2.2.7 Gaya imaginatif Gaya imaginatif menekan peranan imaginasi minda. Dapat membuat gambaran secara visual. Stail ini menekan fungsi persekitaran, mood, sikap dan motivasi diri. Gaya ini menggunakan banyak otak kanan. Ada yang bersifat melampaui sesuatu trend.

BAB 3 KAJIAN KES 3.1 FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN PUTRAJAYA 2013 FLORIA PUTRAJAYA 2013

Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar buat keenam kalinya menganjurkan Festival Bunga dan Taman, Putrajaya atau FLORIA Putrajaya 2013 pada 22 Jun hingga 30 Jun 2013 bertempat di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. FLORIA Putrajaya 2013 pada kali ini telah memilih bunga Orkid sebagai bunga tema dengan slogan Orkid-Khazanah Tropika. Festival Bunga dan Taman Putrajaya bertaraf antarabangsa ini mempamerkan keunikan bunga-bungaan tropika yang berwarna-warni diadun dan disusun dengan menarik di dalam suasana landskap dan taman. Selain dari itu, festival ini memberi peluang kepada penggiat dalam industri landskap, hortikultur, taman dan bunga-bungaan untuk mempamer dan mempromosikan produk bunga-bungaan dan tanaman hiasan tropika kepada orang ramai. Sempena FLORIA Putrajaya 2013, pihak Perbadanan Putrajaya menjemput sekolah kami untuk menyertai pertandingan bagi kategori terbuka untuk Sekolah Rendah. Mereka menyediakan ruang untuk membina pameran taman bersaiz 2.5 meter x 2.5 meter yang disediakan secara percuma kepada sekolah yang layak. Peruntukan insentif sebanyak RM3,000.00 kepada setiap lima belas (15) buah sekolah rendah yang terpilih pada peringkat akhir berasaskan cadangan pelan konsep dan pelan rekabentuk taman yang dihantar kepada Jawatankuasa Taman Sekolah dan Universiti FLORIA Putrajaya 2013. Masa diberi masa selama dua minggu sebelum tarikh tutup pada 13 Mei 2013. Jangkamasa pengemukaan pelan konsep sehingga menjadi taman seterusnya tarikh penjurian keseluruhannya selama sebulan adalah seperti berikut:

3.2

Jangkamasa Pelaksanaan Kerja Jumlah Hari 1 13 1 9 5 1 30 Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

1 2 3 4 5 6

Taklimat Pengemukaan Pelan Konsep Pemilihan Akhir Mula & Akhir Kerja Kasar Pemindahan di Tapak dan Menghias Penjurian

3.4

Guru Penyelaras : Norlida Mahmud : Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1), Presint 8, Putrajaya. : Ketua Penyelaras Pertandingan Taman Floria : Ketua Panitia Kemahiran Hidup : 5 orang guru, 10 orang murid, 2 ibu bapa :16 tahun mengajar Kemahiran Hidup dan 4 tahun menjadi pengurus Pertandingan Taman Floria dan 11 tahun di SK Putrajaya P 8(1)

Nama Guru Nama Sekolah Tugas Guru Pasukan Pengalaman

Pendidikan

: Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban: Perdagangan Politeknik Ungku Omar, Ipoh : Kursus Perakaunan Maktab Tuanku Bainun : Sijil Perguruan Kemahiran Hidup

3.5

Pencapaian sepanjang penglibatan dalam Pertandingan Floria: : Tahun 2010 - Pingat Emas : Tahun 2011- Terpilih ke peringkat akhir : Tahun 2012 - Pingat Perak dan Anugerah Taman Kreatif : Tahun 2013- Pingat Gangsa dan Anugerah Taman Kreatif

BAB 4 4.1 REFLEKSI CIRI KRITIS DAN KREATIF Atas pengalaman dan beberapa gaya pembelajaran yang diperoleh saya mampu menjalankan tugasan yang dipertanggungjawabkan ke atas diri saya. Pemilihan saya sebagai penyelaras dan pengurus pertandingan taman ini adalah kerana saya mempunyai ciri-ciri ketua pasukan yang kreatif dan mampu membawa kemenangan kepada pihak sekolah. Gaya pembelajaran dalam mengurus projek ini ialah antaranya saya telah menggunakan semua Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Howard Gardner, (1983). Kecerdasan Verbal linguistik iaitu membuat persembahan peta konsep kepada pihak perbadanan dan juri mahupun menyampaikan taklimat kepada pasukan kerja saya. Saya menggunakan kecerdasan logik di mana boleh mengatur jadual kerja dan mengira kos perbelanjaan di samping kebijaksanaan menyusun ruang untuk dihiasi pasu serta pencahayaan. Kecerdasan kinestetik adalah penting kerana tenaga dan pergerakan yang banyak untuk membina taman. Kecerdasan emosi amat penting kerana jiwa yang stabil dan tenang mampu melaksanakan kerja dengan baik. Saya juga mengawal kecerdasan interpersonal dengan rakan sepasukan dan pesaing. Kecerdasan intrapersonal pula dapat membuatkan muhasabah diri kerana segala usaha telah dibuat tetapi kemenangan bukanlah agenda utama.

4.1.1 Penggunaan Teknik Cort oleh Edward Bono Bil 1 2 3 4 5 6 7 Teknik PMI CAF C&S AGO FIP APC OPV Langkah Pelaksanaan Taman Floria Meluaskan pemikiran dengan mencari idea dan membuat keputusan Berdasarkan tema orkid maka faktor-faktor kesegaran dan kecantikan menjadi tarikan utama. Meneliti kesan jangka untuk membuat taman yang boleh diguna pakai semula di sekolah untuk keceriaan Perlu fokus objektif bertanding untuk menanam semangat cintakan alam sekitar Merancang perbelanjaan terhad kepada RM 3000 sahaja sebaik yang mungkin Menilai kekurangan pelaksanaan projek Mengambilkira idea dan pandangan orang lain sebagai semakan untuk lebih berdaya saing.

4.2

Ciri ciri Kritis dan Kreatif Berupaya mengembang dan menggilap bakat sedia ada individu. Saya mampu dan berpeluang untuk menonjol dan mempamerkan kebolehan atau bakat sedia ada di

dalam bidang seni reka taman. Kemahiran melakar idea dan melukis gambaran taman dapat mengembangkan bakat semulajadi saya yang kreatif untuk

menghasilkan projek taman ini. Idea ini datangnya dari pengalaman, lawatan, kajian dan pemerhatian saya. Bersifat fleksibel Saya mesti bersifat fleksibel di mana, ianya secara tidak langsung saya, rakan guru, ahli PIBG serta sekumpulan murid-murid menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi menghadapi masalah dengan keyakinan yang optimis. Saya dapat menangani sebarang masalah secara individual dan mampu untuk menyerap apa sahaja permasalahan yang dihadapi dan dapat diatasi dengan mudah. Contohnya adalah seperti kekangan masa, kekurangan tenaga dan modal pembinaan taman yang terlalu terhad di atas tapak yang juga terhad iaitu sebesar 2.5 meter persegi. Lebih yakin Saya secara tidak langsung akan bertindak aktif dalam semua aktiviti dan sekaligus dapat menambah keyakinan pihak pentadbir sekolah, pihak penganjur malah dapat meyakinkan pihak juri terutamanya semasa membentangkan hasil kerja. Memupuk semangat kerja berkumpulan Secara tidak langsung memupuk semangat kerja berkumpulan yang baik di kalangan rakanrakan guru dan kakitangan sekolah, murid dan PIBG yang saling bantu membantu dan berbincang dalam menghasilkan kerja yang terbaik. Bebas memberi dan menjana idea dan idea alternatif yang luar biasa. Melalui pengalaman bertanding sebanyak 4 kali semenjak 4 tahun lalu, saya bebas untuk memberi dan menjana idea sendiri dan idea baru yang kreatif secara terbuka dan lebih yakin, sekaligus menjadikan kerja bertambah menarik tanpa berasa terkongkong atau bosan. Tugasan saya menjadi lebih mudah kerana dibimbing oleh

para profesional seperti Arkitek dan Arkitek Landskap. Saya dapat mengembangkan idea asas menjadi idea yang lebih produktif. Menurut Alex Osbon, (1963) contohnya dalam pemilihan warna pentas, pencahayaan, bahan, pemilihan pelbagai spesis bunga dan rupa bentuk yang kreatif.

Bersifat daya saing Tugasan ini berjaya mewujudkan sifat saling berdaya saing diantara sekolah sekolah dari negeri lain amnya dan dari Putrajaya khususnya, terutamanya dalam menghasilkan hasil kerja yang menarik. Ini bermakna saya akan terus berusaha menghasilkan sesuatu yang lebih baik berbanding rakan pesaing dari kumpulan lain di samping mewujudkan susana pertandingan yang lebih kompetetif. Mencipta anologi The Orchid Maze adalah nama yang dipilih bagi taman kami yang berkonsepkan Taman Inggeris atau lebih dikenali sebagai Garden Maze. Konsep ini ditransformasi daripada Taman Maze luar negara seperti dari negara England, Perancis dan Australia. Taman ini berkonsepkan pencarian misteri yang diadaptasi daripada permainan Labirynth. Idea ini dicetuskan melalui rujukan dan pengalaman selama menyertai pertandingan ini.

Kemahiran menyelesaikan masalah Dalam tempoh masa kerja yang diberikan, saya sering membuat penilaian berdasarkan jadual jangkamasa perlaksanaan kerja. Penilaian dibuat pada setiap peringkat dan mengenalpasti masalah yang berlaku dan yang akan berlaku. Contohnya menghadapi kekangan cuaca panas ditambah pula keadaan berjerebu. Dengan cuaca panas saya menutup membuat teduhan tambahan pada bumbung sebagai jaring perlindungan cuaca panas. Idea kreatif Saya mengetahui kemenangan kami antaranya kerana kreatif

menggunakangabioniaitu sangkar batu untuk menyusun orkid dan dedaun hijau. Idea vertical garden yang kami tanam taugeh menarik hati juri.
9

Menilai kesan perlaksanaan Sepanjang pelaksanaan tugas, saya berhadapan dengan beberapa masalah yang dapat diatasi dengan idea dan semangat kerja berpasukan. Saya mempelajari apa yang perlu dan yang tidak sepatutnya dilakukan. Kesan gaya pembelajaran ini sangat baik dan membina daya pemikiran kreatif. Kami berbangga walaupun hanya mendapat pingat gangsa pada kali ini.Ini kerana taman kami mendapat tumpuan dari pada bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi dari luar negara. Persaingan pada kali ini sangat kompetetif.ami mendapat pingat gangsa. Daripada hasil kerja berkumpulan ini mewujudkan semanaat kerja berpasukan serta penyatuan minda dan sumbangsaran (brainstorming) sesama ahli kerja. Pada masa akan datang saya mestilah lebih berani mengeluarkan hail yang baru, asli, segar dan kreatif untuk menjaga nama baik sekolah. Ini pasti terhasil sekiranya ada peluang mendapatkan lebih pendedahan contohnys melawat luar Pertandingan Floria Antarabangsa.

BAB 5 RUMUSAN Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran kritis dan kreatif masingmasing.Sebagai guru yang bermatlamat tinggi untuk berjaya saya telah menerima dan mematuhi segala prosuder dan polisi yang ditetapkan. Saya akur dengan pemilihan saya sebagai ketua penyelaras pertandingan taman sempena Floria 2013. Menerusi pengalamanpengalaman yang lalu saya telah berjaya menaikkan nama baik sekolah .Pujian diterima bertalu-lau daripada banyak pihak. Pelbagai idea dan kreativiti yang diwujudkan menambah keyakinan untuk kami bertanding setiap tahun. Saya belajar bagaimana merancang jadual kerja, menyampaikan idea dari kertas ke taman dengan berasaskan teori kecerdasan pelbagai dan dapat menguruskan tugasan dengan mengaikan teori pemikiran Cort. Sememangnya pendedahan mengurus projek mendedahkan saya dalam berfikr secara kritis dan kreatif yang membantu menjana idea seterusnya membantu meluaskan persepsi bagi menyelesaikan masalah dengan pelbagai cara. Pemikiran kreatif banyak kegunaan untuk pembangunan negara ini. Melalui sumbang saran , satu bentuk pemikiran kreatif mampu dicetus. Dengan itu penyatuan idea orang lain dengan idea kita untuk mendapat idea baru dan sebagai ransangan pembinaan idea yang bernilai . Terutama seorang pendidik berperanan besar melahirkan generasi dan masyarakat yang dinamik, kreatif dan inovatif.

10

BIBLIOGRAFI Ainon dan Abdullah.(1996). Seni Berfikir Kreatif: Utusan Publications & Distributors Sdn. BhdEe Ah Meng. (2000). Psikologi Pendidikan II (Semester II). Edisi Kelima. Shah Alam: Fajar Edward de Bono .(1976). Lateral Thinking.penguin Books; London Honey dan Mumford. (1992). The Manual of Learning Styles. Maidenhead; Peter Honey. Horwed Gadner, (1983)Multiple Intelligens, Mok Soon Sang. (2009). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1 dan 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sharifah Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan:Pedagogi.Kuala Lumpur:Helnemann Asia Sumber Internet: http://www.pskt.com.my/index.php/aktivti/program-jom-terokai-sains/pemikiran-kreatif

11

12

Anda mungkin juga menyukai