Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU MARLINA BT MAJIH (830627-12-5708) PPG JUN 2011 MATEMATIK 6 SJH 3103

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan projek yang telah diberikan ini. Kerja khusus ini merupakan Tugasan Projek bagi subjek SJH3103 di mana ianya terbahagi kepada dua kategori iaitu berkumpulan dan individu. Secara berkumpulan, kami dikehendaki menghasilkan nota dengan menggunakan pengurusan grafik manakala tugasan individu pula dikehendaki menghasilkan esei tentang cara-cara menerapkan nilai dan unsur ptriotisme daripada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sebelum memulakan tugasan ini, pensyarah iaitu Encik Baharullah bin Adam, telah memberikan peneranga kepada kami. Penerangan yang diberikan itu adalah jelas dan sangat membantu kami dalam pelaksanaan tugasan ini. Segala persoalan yang kami ajukan kepada beliau telah diterangkan sehingga kami mula memahami kehendak tugasan ini. Saya begitu teruja untuk menyiapkan tugsasan ini kerana ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan dan kami telah berbincang dah berpakat untuk menyiapkan tugasan ini bersama-sama. Tindakan kami yang pertama ialah memahami dan berbincang mengenai kehendak tugasan yang perlu dilaksanakan. Saya percaya bahawa, sesuatu perbincangan dapat menyuntik seberapa banyak idea dan buah fikiran bagi membantu pelaksanaan tugasan ini. Setelah itu, kami telah membuat pembahagian tugas mengikut persetujuan bersama. Kekuatan yang terpapar jelas melalui pelaksanaan kerja kursus ini ialah daripada faedah yang telah saya peroleh terutamanya ketika membuat analisis serta bersama-sama . Hal ini adalah kerana, kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan adalah sangat baik.

Melalui tugasan yang kedua iaitu secara individu, kekuatan yang saya peroleh ialah cetusan idea dan buah fikiran untuk mempelbagaikan cadangan pengajaran semasa di sekolah nanti. Penyerapan nilai dan unsur patriotisme harus dipupuk semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Pada pendapat saya, guru yang bertanggungjawab akan selalu peka terhadap segala keadaan atau situasi yang berlaku disekitarnya. Murid-murid merupakan peniru yang terbaik, maka dengan adanya contoh atau teladan yang boleh diikut sudah pastinya sikap untuk bersatu-padu itu akan menjelma. Sebagai seorang guru, saya perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemajuan dan mendalami seberapa banyak ilmu agar tidak ketinggalan dalam arus permodenan. Saya akui bahawa, saya merupakan individu yang sangat kurang membaca dan ia menyebabkan wujudnya kelemahan semasa hendakmenjalankan tugasan. Ilmu atau pengetahuan mengenai isu semasa dan sejarahnegara kita merupakan keperluan yang mana menjadi tempat untuk rakyat Malaysia bersandar. Sebagai contoh, sekiranya kita tidak tahu asal usul diri kita, ada kemungkinan kita akan menjadi kosong dan tiada fokus dalam hidup. Walaupun kita tahu terlalu banyak masalah dan isu pertikaian kepentingan berlaku dalam negara kita,namun di segenap itu masih terdapat ruang untuk kita menilai dan berfikir untukmembuat satu anjakan serta perubahan daripada bawah. Penguasaan ilmu yang meluas boleh dikatakan sebagai tuntutan bagi setiapguru agar sifat berpengetahuan itu menjadi pegangan utama dan menjadi aset untuk membimbing murid ke arah yang lebih positif. Sesungguhnya kerja kursus ini begitu mendekatkan diri saya dengan keadaan sebenar senario negara kita dan tindakan guru untuk memperbaiki keadaan tersebut. Akhir sekali, dapat saya simpulkan disini bahawa guru yang sentiasa bersedia, peka serta bergiat aktif dalam menguasai sebarang aktiviti pengajaran dan berusaha meningkatkan kemajuan diri adalah tidak menjadi sesuatu kemusykilan jika mempunyai semangat yang kuat untuk mendidik serta mengubahpandangan anak bangsa.

Anda mungkin juga menyukai