Anda di halaman 1dari 20

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN GUNAAN

SEMESTER MEI TAHUN 2012

MPW1143/2143

PENGAJIAN ISLAM

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

790404105191001 790404105191 019-3658221 zullman@oum.edu.my eijul_sel@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN :

PUSAT PEMBELAJARAN SHAH ALAM

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN

DEFINISI JIHAD

CIRI PELAKSANAAN JIHAD

KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN JIHAD

HUKUM JIHAD

JENIS-JENIS JIHAD

KAEDAH MENGAPLIKASI JIHAD PADA MASA KINI

14

KESIMPULAN

15

RUJUKAN

16

PENGENALAN Ramai ulama yang mengatakan Islam dan Jihad tidak boleh dipisahkan. Malah di dalam Al-Quran tidak dapat memisahkan antara Islam, Iman dan Jihad. Ia dapat disebutkan dalam Surah Al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan rasulnya, kemudian mereka (terus peraya dengan) tidak ragu-ragu lagi serta berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Daripada ayat tersebut, dapat dilihat dengan jelas bahawa orang yang beriman adalah orang yang mampu melaksanakan jihad ke jalan Allah tanpa wujud perasaan was-was dan syak prasangka. Malah, keimanan yang tinggi sanggup menyerahkan segala bentuk harta benda demi melihat perkembangan Islam dan iman.

Namun, pada hari ini, senario tanggapan masyarakat melihat jihad yang dilakukan oleh orang Islam adalah berbentuk perang dan keganasan. Adakah jihad itu hanyalah perang sematamata? Inilah yang akan dibincangkan seterusnya bagi mendalami maksud sebenar jihad.

DEFINISI JIHAD Asasnya, jihad berasal dari kalimah Bahasa Arab Juhd. Mengikut makna dari segi istilah arab itu sendiri, ia membawa maksud kemampuan, susah payah dan bersungguh-sungguh. Kebanyakan ulama menyatakan jihad berasal dari kalimah Al-Juhd iaitu kata nama terbitan atau isim masdar (Erwandi Tarmizi, 2007) yang lebih membawa maksud keberatan dan kesusahan. Masdar dalam bahasa arab adalah kata nama yang menunjukkan proses sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlaku tanpa terikat dengan aspek masa, sama ada dahulu, kini ataupun masa hadapan. (Azlan Abd. Rahman, 2007). Perkataan jihad pada maksud bahasa adalah di dalam Surah Luqman ayat 15 yang bermaksud : Dan sekiranya mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganku sesuatu yang engkau (dengan fikiran yang sihat engkau) tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepadanya.

Dari segi syariat, ramai ulama menafsirkan jihad dengan pelbagai maksud. Antaranya Haron Din (2000) menafsirkan jihad adalah usaha dan kekuatan yang ditentukan demi mencapai sesuatu matlamat suci pada pandangan Islam serta mendapat keampunan dari Allah SWT. Abdul Qadir Djaelani (2001) menyimpulkan jihad sebagai usaha dan perjuangan yang bersungguhsungguh untuk mengerti dan mengamalkan Islam dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, Negara ataupun antara negara lain, perjuangan dan mengembangkan Islam, perjuangan menghadapi musuh-musuh Islam dari segi hawa nafsu, kezaliman, kefasikan orang kafir dan juga melaksanakan amar maruf nahi mungkar. Daripada penafsiran ulama dari segi bahasa dan istilah, dapat dirumuskan bahawa jihad adalah kekuatan usaha yang dikumpulkan yang suci dan bersungguh-sungguh dalam

melaksanakan ajaran Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan Negara serta mengekalkan keamanan sejagat demi memelihara kehidupan dunia tanpa gangguan daripada musuh Islam.

CIRI PELAKSANAAN JIHAD Dilihat daripada penakrifan jihad dari sudut bahasa dan istilah, Haron Din (2007) menyatakan pengertian jihad ada tiga ciri iaitu unsur daya dan tenaga yang terpaksa dicurahkan, matlamat dan cita-cita yang ideal, suci dan tinggi serta unsur musuh yang menghalang dan menentang usaha dan perjuangan itu. Melihat dari unsur daya dan tenaga, Md Akhir Hj Yaacob (1986) menyatakan syaratsyarat untuk jihad iaitu Islam, cukup umur (baligh), berakal, lelaki, tidak cacat anggota dan berkeupayaan dari segi tubuh badan dan harta. Ianya adalah syarat yang di mana keadaan umat dan Negara Islam itu kuat. Namun sekiranya peperangan berlaku apabila Negara Islam diserang, maka seluruh rakyat Negara Islam wajib melawan musuh-musuh tersebut. Kekuatan daya dan tenaga penting untuk melakukan jihad. Apabila kekuatan dan keupayaan hilang ataupun lemah, maka ia tidak diwajibkan seperti ke atas kanak-kanak, orang gila, perempuan, orang sakit, orang yang cacat anggota, orang yang lumpuh, hamba atau orang yang tiada peralatan perang. Persediaan kelengkapan perang ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran tatkala Allah memerintahkan umat Islam di Madinah menyediakan kelengkapan perang di dalam surah AlAnfal ayat 60 yang bermaksud : Dan sediakanlah bagi (menentang) mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada (pasukan-pasukan) berkuda yang lengkap sedia bagi menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya. Jihad dilihat daripada sudut matlamat dan cita-cita, ianya adalah jihad fi sabilillah iaitu jihad kerana takutkan Allah, kerana keredhaan Allah dan mendapat rahmat dari Allah serta mendapat keampunan dari Allah. Sebagai contoh, ketika sebelum hijrah ke Madinah kaum mukmin diminta untuk menjaga, memelihara dan menyelamatkan akidah dan iman mereka.

Apabila selepas berhijrah ke Madinah dan diterima sebagai saudara, mereka pula diwajibkan memelihara dan mempertahankan diri dengan menggunakan kekuatan senjata. Keupayaan seseorang dalam mempertahankan iman dan akidah adalah disebabkan musuh-musuh yang sentiasa mahu melihat Islam lemah. Jadi, unsur musuh yang menghalang dan menentang usaha jihad itu patut menjadi kekuatan seseorang dalam melaksanakan jihad. Maka penentangan terhadap musuh-musuh Islam yang sentiasa mahu melihat kehancuran Islam adalah merupakan faktor penting. Ia seperti kaum mukmin yang mempertahankan agama dan akidah ketika musuh Islam bersungguh-sungguh menghapuskan Islam. Allah mengizinkannya seperti dicatat dalam Surah Al-Haj ayat 39 hingga 40 yang bermaksud : Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh) kerna sesungguhnya mereka dianiayai dan sesungguhnya Allah berkuasa menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampong halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata Tuhan kami adalah Allah.

KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN JIHAD Jihad Fi Sabilillah adalah yang utama. Hadis Rasulullah daripada Riwayat Imam Bukhari menyebutkan : Barangsiapa yang dua telapak kainya berdebu dalam sabilillah Allah mengharamkan api neraka padanya.

Perumpamaan seorang mujahid fi sabilillah laksana seorang yang berpuasa secara serius dan terus menerus dan solat malam, sampai ia kembali dari berjihad Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Allah S.W.T menyebutkan di dalam Al-Quran tentang berjihad. Seperti di dalam Surah Al-Ankabut ayat 6 yang bermaksud : Dan sesiapa Yang berjuang (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.

HUKUM JIHAD

Hassan Al-Bana menyatakan Allah telah mewajibkan jihad kepada setiap individu muslim dan orang yang melakukan jihad akan diberikan pahala mujahid dan syuhada iaitu orang yang benar-benar berjuang di jalan Allah seperti para mujahid dan syuhada. Darah yang mengalir dari para syuhada pula adalah sebagai tanda kemenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Jihad dalam Islam adalah mempertahankan agama dan akidah, melindungi kebebasan beragama, berakidah dan berdakwah, melindungi orang yang berakidah itu daripada pencerobohan, kezaliman dan penindasan.

Fardhu Kifayah : Jumhur ulama menafsirkan fardhu kifayah adalah tanggungjawab yang telah diambil oleh sebahagian umat Islam dalam melaksanakan jihad, maka umat Islam yang lain terlepas daripada kewajipan melakukannya. Tetapi, sekiranya tiada mana-mana pihak yang tidak melakukan kewajipan jihad, maka keseluruhan umat Islam akan berdosa. Namun sebenarnya, konsep fardhu kifayah adalah konsep penting terhadap individu dan masyarakat. Fardhu AIn adalah kewajipan setiap individu, maka fardhu kifayah adalah kewajipan yang pasti ke atas masyarakat melaksanakannya. Sekiranya ia tidak tertunai melalui sekumpulan daripada masayarakt itu, maka masyarakat itu bartanggungjawab rasa bersalah kepada Allah SWT. KOnsep fardhu Kifayah mencerminkan kesdaran hidup bermasyarakat. Masyarakt mempunyai cita-cita yang

tinggi dan berjiwa besar, teguh nilai moral yang tinggi, subur dengan amalan yang soleh, hidup dalam aman dan makmur, bahagia dan sejahtera.

Fardhu Ain : Hukum berjihad menjadi fadhu ain apabila seoarang Islam ditentukan atau dipilih oleh orang Islam untuk menyertai pasukan perang atau arahan daripada Imam atau ketua yang mengarahkan seseorang pergi berperang. Jihad boleh menjadi fardhu ain apabila musuh menyerang Negara Islam dan pada waktu ini, semua penduduk wajib bangun menentang musuh. Hukum Fardhu Ain juga boleh terjatuh apabila sesorang hendak membebaskan orang Islam yang ditawan dari tangan orang kafir yang menawan mereka ataupun seseorang itu bernazar untuk berperang jihad.

JENIS-JENIS JIHAD KH. S Ali Yasir (2005) mengkatogarikan jihad kepada tiga iaitu Jihad Akbar iaitu Jihad Terbesar, Jihad Kabir (Jihad Besar) dan Jihad Saghir ( Jihad Kecil). Beliau menyatakan Jihad Akbar itu adalah Jihad Nafsu, Jihad Kabir itu adalah jihad untuk menyebarluaskan ajaran AlQuran kepada kaum kafir dan musyrik. Manakala Jihad Asghar atau Jihad Kecil adalah jihad dengan senjata untuk mempertahankan agama Islam. Namun, Haron Din (1988) menyatakan ada lima jenis jihad iaitu Jihad Nafsu, Jihad Hati, Jihad Lisan, Jihad Ilmu, Jihad Wang dan Harta dan Jihad Diri dan Nyawa.

Jihad Nafsu

Allah SWT adalah menyatakan di dalam Al-Quran dalam Surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud : Sesungguhnya nafsu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Begitu juga hadis menurut riwayat Imam Baihaqi, dari Sabda Nabi S.A.W kepada sahabat ketika perjalanan pulang dari Perang Badar pada tahun ke 2 Hijrah: Kita balik dari jihad yang kecil menuju jihad yang besar. Sahabat bertanya : Adakah lagi jihad yang lebih besar daripada ini?, Ya Rasulullah ? Nabi S.A.W menjawab Ya, iaitu jihad melawan nafsu.

Daripada dalil tersebut, maka jelas kepada kita jihad yang terbesar sekali adalah jihad melawan hawa nafsu. Allah SWT melengkapkan diri kita dengan nafsu agar dapat digunakan sebaik-baiknya ke jalan Allah. Namun sifat manusia yang selalu menyalahgunakan nafsu dengan lebih tunduk kepada hasutan syaitan, menyebabkan pelbagai perkara buruk terjadi dan menyebabkan pelbagai malapetaka. Banyak perkara negatif berlaku sekiranya nafsu digunakan untuk kepentingan sendiri dan bermatlamatkan dunia, tidak kepada akhirat. Perasaan marah, hasad dengki, dendam, tamak, sombong, tidak adil dan bermaca-macam lagi akan mengakibatkan kehancuran institusi masyarakat dan seterusnya Negara akan menjadi tidak tenteram. Maka jihad nafsu adalah dengan menahan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok dan menjadi lebih bersabar kerana bagi seseorang yang mampu melawan nafsunya, maka orang itulah yang berjaya dalam jihadnya. Haron Din (1988) menyatakan bahawa jihad nafsu diletakkan di dalam Jihad Akbar adalah kerana kesusahan dan kepayahan seseorang itu melaksanakan dan melawan nafsunya. Bukanlah kerana jihad-jihad lain tidak penting apabila seseorang itu berjaya melawan nafsunya. Jihad nafsu ini memerlukan ilmu, kefahaman dan latihan serta perlukan tindakan yang konsisten atau istiqamah kerana jihad nafsu ini luas dan tidak terbatas, masa perjuangannya tidak terhad,

kedudukan musuhnya tidak dapat dilihat dan dirasa oleh pancaindera. Jihad nafsu adalah asas kepada jihad-jihad yang lain terutamanya jihad di medan perang yang lebih menggunakan senjata. Maka dengan demikian, jihad nafsu adalah jihad mentaati Allah dengan sujud dan patuh terhadap segala perintah Allah dengan harapan segala yang dilakukan pendapat keredhaan Allah SWT. Jihad Nafsu juga bertujuan untuk membersihkan jiwa dan menyucikan hati dengan mewujudkan sifat rendah hati, menghindari dari perkara-perkara yang membawa kepada kegelapan dan kotor. Ia juga untuk mencapai kemuliaan tauhid kepada Allah, keikhlasan beribadah, kesucian akhlak dan ketinggian budi pekerti.

Jihad Hati Abu Said Al-Kudri meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W ada bersabda yang bermaksud : Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, dan jika tidak berkuasa (berbuat demikian) hendaklah ia menegahnya dengan lidah, dan jika tidak berkuasa dengan lidah, maka ubahlah dengan hati, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. Berdasarkan hadis tersebut, dapat difahamkan bahawa jihad dengan hati adalah serendahrendah jihad ataupun jihad yang paling lemah. Ini kerana perjuangan jihad melalui hati dilakukan sekiranya timbul ketidakupayaan seseorang menjalankan jihad dengan menggunakan tangan ataupun lidahnya. Namun, ia bukanlah bererti merelakan sesuatu perbuatan mungkar yang berlaku. Kemungkinan seseorang itu tidak dapat melakukannya adalah disebabkan merasa yakin dia akan menerima kesan negatif atau mudharat sekiranya dia melakukannya. ( Haron Din, 1988). Dia juga tetap berjihad untuk menegah dan mengubahnya dan tidak merelakan perbuatan mungkar itu berlaku.

Jihad Lisan Allah SWT menjelaskan di dalam Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud :

10

Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengn hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.

Begitu juga di dalam Surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud : Berjihadlah terhadap musyrikin dengan harta kamu dan dengan diri kamu, juga dengan lidah kamu.

Ayat-ayat Al-Quran di atas menyatakan tentang kedudukan dan kewajipan Jihad Lisan. Jihad lisan atau Jihad Kalam ini adalah jihad yang tergolong di dalam Jihad Kabir seperti yang dikategorikan oleh KH. S. Ali Yasir sebelum ini. Ia adalah keupayaan seseorang untuk menyampaikan risalah Allah SWT dan menyatakan sesuatu yang baik serta menerangkan sesuatu yang buruk dengan jelas. Jihad ini adalah jihad yang terbuka kepada semua umat Islam. Haron Din (1988) meletakkan tiga peringkat dalam melaksanakan jihad ini. Peringkat pertama adalah menyampaikan dan menerangkan mengenai ajaran Islam dengan mengemukakan kebenaran Islam melalui bukti dan hujah. Ini termasuk di dalamnya mengenai akidah, akhlak, sistem perundangan syariah dan kedudukannya berkaitan ideologi, teori-teori manusia, falsafah serta menjelaskan tentang penyelewengan, pendustaan dan kekeliruan yang timbul yang ditimbulkan samada orang Islam ataupun orang bukan Islam. Peringkat kedua adalah jihad lisan dengan memberikan nasihat yang baik atau mauizatul hasanah, kasihan. Peringkat ketiga adalah dengan menakutkan mereka terhadap Allah SWT dengan penuh hikmah dan bijaksana. Kemudian menyampaikan berita gembira dan memberikan kepada mereka harapan yang baik. peringatan ( at-tazkir), mengadakan perbincangan yang baik, berwasiat dengan perkara yang baik dan dalam perkara kesabaran, serta dalam berkasih sayang dan belas

11

Melalui ketiga-tiga peringkat ini, jihad melalui lisan atau kalam ini perlu dilaksanakan dengan penuh jelas dan sesuai agar dapat mencapai matlamat dan tujuan.

Jihad Ilmu Jihad yang dimaksudkan dengan Jihad Ilmu adalah jihad untuk mencari, mengamalkan dan menyebarkan serta menyampaikan ilmu. Ia termasuk memberikan pengetahuan tentang Islam kepada setiap muslim dan generasinya untuk menghayati dan mengamalkan pendidikan Islam yang sebenar dan sempurna. Haron Din (1988) menyatakan ilmu pengetahuan Islam terbahagi kepada dua iaitu Ilmu Al-Quran dan Ilmu Al-Bayan. Ini berdasarkan ayat Al-Quran dari Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4 yang bermaksud : (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

Ilmu Al-Quran adalah ilmu yang secara langsung daripada Al-Quran yang menjadi panduan dan hidayah kepada manusia, ilmu yang tiada kesilapan dan sempurna. Ia meliputi hakikat Allah dan Rasul, akidah, tentang sejarah Nabi dan Rasul dan juga ilmu yang menyeluruh kepada pengisian keperluan dan tuntutan manusia dalam hidup. Ilmu Al-Bayan pula adalah nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia berupa akal fikiran. Iaitu ilmu yang yang mampu dan terdaya oleh akal manusia ataupun ilmu yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia untuk mengkaji, mencari, menyelidik dan menemuinya. Dengan kata lain, ia adalah ilmu berkaitan segala ilmu yang dipelopori oleh akal manusia.

12

Oleh itu, umat Islam wajib menguasai kedua-dua ilmu ini untuk meningkatkan martabat keunggulan dan kedudukan Islam itu sendiri. Jihad Ilmu ini ada dinyatakan di dalam Surah AlBaqarah ayat 159 yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Jihad Harta Al-Quran banyak kali dan berulang-ulang menyatakan tentang jihad ini. Ini membuktikan betapa pentingnya Jihad Harta. Jihad tanpa harta atau wang, ia dianggap jihad yang gagal dan tidak sempurna kerana syarat yang tidak lengkap. Apa jua jenis jihad, ianya sangat berkait rapat dan memerlukan jihad harta dan wang. Dalam Surah Al-Hujurat ayat 15 ada dinyatakan tentang Jihad harta yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang sebenarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

Juga Allah SWT menyatakannya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 195, maksudnya : Dan belanjakanlah ( apa yang ada pada kamu ) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil).

Jihad Harta bermaksud membelanjakan harta ke jalan Allah yang bukanlah mementingkan diri sendiri semata-mata, bahkan untuk kepentingan orang lain juga. Ia juga

13

diistilahkan sebagai Infak Fi Sabilillah. Jihad dengan harta akan membuktikan seseorang itu tidak terlalu mementingkan harta dan kekayaan serta mengelakkan dari sifat bakhil kerana rezeki adalah ditangan Allah untuk memberikan kekayaan yang berlimpah-ruah. Ia juga akan menjadikan sifat semulajadinya yang tidak akan susah untuk menghadapi jihad pada bila-bila masa diperlukan. bermaksud : Maka apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki. Maka, Jihad Harta bukanlah semata-mata untuk peperangan, tetapi juga mempunyai kepentingan lain. Ia adalah untuk bantuan yang diperlukan samada bantuan sara hidup, pakaian ataupun pelajaran terhadap ahli keluarga, masyarakat, anak-anak yatim, fakir miskin dan orang lain. Selain itu, ia membantu membebaskan hamba-hamba dan tawanan perang, memperkuatkan persahabatan kepada sahabat handai dan jiran tetangga. Seterusnya membangunkan masyarakat dan Negara melalui nilai-nilai seperti pembinaan masjid, sekolah, institusi pengajian tinggi, pembangunan ekonomi umat Islam, hospital dan lain-lain. Seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran, Surah Saba ayat 39 yang

Jihad Diri dan Nyawa Jihad ini boleh dikatakan sebagai jihad untuk mempertahankan diri dan nyawa daripada sebarang ancaman. Ancaman yang diberikan termasuklah ancaman dari pihak musuh yang ingin memusnahkan agama ataupun Negara. Pada ketika itu, setiap orang wajib mempertahankan diri dan Negara dari serangan tersebut. Jihad bukanlah semata-mata berperang. Peperangan yang dimaksudkan adalah perang kerana jalan Allah atau Fi Sabilillah. Cetusan perang berpunca daripada dua iaitu berpunca dari umat Islam sendiri dan yang kedua berpunca dari luar masyarakat Islam. Peperangan yang berpunca dari dalam itu ada dua iaitu peperangan bagi memerangi puak pemberontak atau penderhaka kepada kerajaan Islam. Yang kedua adalah peperangan bagi memerangi puak-puak pengacau dan pelaku huru-hara atau menghapuskan perompak dan lanun yang melakukan keganasan, kerosakan dan kehancuran di muka bumi. ( Haron Din, 1988).

14

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 33 yang bermaksud : Bahawasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan kerosakan di muka bumi, ialah dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tanpa merampas) atau dipotong tangan dan dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). (hukuman) yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka.

Perang Jihad yang berpunca daripada luar Negara atau masyarakat Islam pula adalah kerana mempertahankan pencerobohan dan kezaliman dari pihak musuh, ataupun pembelaan orang muslim yang dihalau dari tanah air sendiri. Selaras dengan perintah Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 39 maksudnya : Diizinkan berperang bagi orang-orang ( Islam ) yang diperangi (oleh golongan perceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai, dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamnnya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata : Tuhan kami ialah Allah.

Begitu juga perang jihad kerana membalas dan mempertahankan pencerobohan musuh. Ini dinyatakan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 194 yang bermaksud : Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu dan bertakwalah kepada Allah, serta ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orangorang yang bertakwa.

15

Seterusnya, perang jihad fi sabilillah yang dibenarkan adalah peperangan kerana membela kaum muslimin yang terzalim, lemah dan tidak terdaya. Allah SWT menyatakannya dalam Surah An-Nisa ayat 75 : Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dan berkata): Wahai Tuhan Kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihak Mu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihak Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).

Seterusnya adalah peperangan jihad kerana melemahkan kekuatan musuh atau orang kafir yang menisytiharkan permusuhan terhadap Islam dengan segala apa pun caranya. Ini selaras perintah Allah di dalam Surah Al_Baqarah ayat 191 yang bermaksud : Perangilah mereka dimana-mana pun yang kamu dapati mereka itu.

KAEDAH MENGAPLIKASI JIHAD PADA MASA KINI Jihad di kalangan umat Islam pada hari ini perlulah meliputi pelbagai perkara dan perbuatan. Perkara pertama yang dinyatakan menurut Haron Din (2000) adalah jihad dalam gerakan menyedarkan mental dan spiritual, akal dan hati, lisan terhadap gerakan Radikal Marxisme, Feudalisme dalam politik, sekularisme, gerakan freemason dan sebagainya. Gerakan Radikal Marxisme adalah gerakan yang menentang Islam secara total dan akan menggunakan segala jalan bagi menghapuskan agama secara terang-terangan. Mereka juga akan menghapuskan Islam dengan cara terbuka terutama penumpuan diberikan kepada golongan buruh dan petani dalam masyarakat. Golongan sekularisme adalah golongan yang memisahkan antara kehidupan dunia dan beragama. Mereka akan menumpukan usaha penentangan kepada umat Islam melalui bidang pendidikan sehingga dapat membentuk aliran masyarakat terpelajar dan intelek yang

16

memisahkan antara agama dan dunia. Mereka akan mengasingkan terus agama dan kehidupan seharian, menganggap kehidupan dunia tiada kaitan dengan agama. Manakala gerakan freemason adalah golongan yang diasaskan dari golongan Yahudi dan pemikiran Yahudi yang sentiasa berusaha untuk menghapuskan dan menghancurkan kesejahteraan dunia melalui politik, ekonomi dan sosial. Mereka merancang memusuhi semua agama, namun mereka mengalih pandangan dunia dengan menyatakan Islam adalah musuh utamanya. Satu fahaman yang jelas dalam Freemason adalah tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak mempunyai agama. Jihad yang kedua adalah jihad wang atau harta bagi membina ekonomi umat Islam. Seperti yang diketahui sebelum ini, jihad wang atau harta adalah menjadi kekuatan asas dalam melaksanakan sesuatu jihad. Tanpa jihad wang dan harta, jihadnya mungkin menemui kegagalan kerana tiada sokongan yang padu. Kekuatan membina ekonomi umat Islam penting kerana kepentingan ekonomi telah diketahui akan meninggikan taraf hidup dan meningkatkan martabat umat Islam. Jihad ketiga adalah Jihad Ilmu. Jihad Ilmu perlu dilaksanakan secara berterusan kerana umat Islam perlu menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi yang berpunca daripada sumber Naqli dan Aqli. Umat Islam perlu mencari, mengamal dan menyebarkannya utk tujuan kegunaan umat Islam samada pada masa kini dan pada masa akan datang. Jihad keempat adalah Jihad Diri dan Nyawa yang mana umat Islam perlu mempertahankan keadaan aman damai yang ada sekarang ini daripada gangguan anasir-anasir jahat yang cuba merosakkan Islam. Ia bukan hanya melibatkan agama, bahkan meliputi pertahanan diri sendiri, masyarakat dan Negara. Kekacauan yang berlaku disebabkan musuhmusuh Islam ini, maka semua orang Islam wajib bangun untuk mempertahankannya.

KESIMPULAN Daripada perbincangan tersebut, jelas kita telah membincangkan tentang definisi jihad iaitu kekuatan usaha yang suci dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ajaran Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan Negara serta mengekalkan keamanan sejagat demi memelihara kehidupan dunia tanpa gangguan daripada musuh Islam. Daripada takrifan tersebut,

17

wujud pula ciri-ciri pelaksanaan jihad. Kemudiannya dibincangkan pula tentang kepentingan jihad mengikut hukum yang dipetik daripada sumber dalil Naqli iaitu Al-Quran dan Hadis yang terdapat di dalamnya hokum fardhu ain dan fardhu kifayah. Seterusnya pula dibincangkan mengenai bentuk-bentuk jihad yang terdiri daripada Jihad Nafsu, Jihad Hati, Jihad Lisan, Jihad Ilmu, Jihad Harta dan Jihad Diri. Seterusnya pula adalah perbincangan mengenai pelaksanaan jihad pada masa kini. Sesungguhnya jihad dalam Islam tidak didasarkan pada permusuhan dan dendam. Peperangan di dalam Islam adalah disebabkan menolak dan mencegah dari timbulnya permusuhan terhadap Islam. Jihad di dalam Islam adalah semata-mata untuk menyucikan hati dengan mengharap keredhaan dari Allah SWT demi untuk melakukan amar makruf nahi mungkar selain untuk mempertahankan kesucian agama, diri, masyarakat dan Negara serta seluruh umat Islam sejagat.

( 3,699 patah perkataan )

RUJUKAN

Abul Ala Maududi, Hasan Al-Bana, Sayyid Quthb. (terj. Asep Hikmat & Bahrun Abu Bakar)1985. JIHAD. Penerbit Risalah Bandung. Indonesia

Abdul Qadir Djaelani. 2007. Gerakan Jihad Fi Sabilillah & Cabarannya. Pustaka Dini Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

18

Azlan Abd. Rahman. 2007. Masdar Bahasa Arab: Fungsi & Penggunaan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Dato Dr. Haron Din. 2007. Islam Jihad Sebagai Survival Insan. PTS Millenia Sdn. Bhd. Batu Caves, Selangor.

Erwandi Tarmizi. 2007. Konsep Jihad Dalam Islam. Maktab Dakwah dan Bimbingan Jaliyat Rabwah, Riyadh, Arab Saudi. http://www.islamichouse.com.

KH. S. Ali Yasir. 2005. Jihad Masa Kini. Penerbit Darul Kutubil Islamiyah. Jakarta, Indonesia.

Md. Akhir Hj Yaacob. 1986. Jihad: Kaedah dan Pelaksanaannya. Dewan Pustaka Fajar. Shah Alam, Selangor.

Murtadha Mutahhari (terj. M. Hashem). 1987. JIHAD. Penerbit YAPI. Bandar Lampung, Indonesia.

Prof. Dr. Haron Din. Manusia Dan Islam. 1988. Percetakan Watan Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Sayyid Abul Ala Al-Maududi.(terj. Wan Jaffree Wan Sulaiman) 1983. IMAN, ISLAM, JIHAD. Penerbitan Hizbi, Shah Alam, Selangor

19

Taufiq Ali Wahbah. 1985. Jihad dalam ISLAM. Penerbit Media Dakwah. Jakarta, Indonesia.

20