Anda di halaman 1dari 18

_____________________________________________________________________

DILEMA GURU DENGAN BEBANAN TUGAS

1.0 Pendahuluan

Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa.

Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus

perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut

konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik.

Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan

untuk menyediakan warga Malaysia yang bersedia dengan cabaran masa depan yang

serba canggih sebagai jentera penggerak negara.Tanggungjawab profesion perguruan

menjadi semakin berat kerana warga Malaysia di masa hadapan yang hendak dihasilkan

itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-matanya,

tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dalam segi moral dan etika

yang murni. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

terdapat pelbagai tahap kesedaran di kalangan penjawatan awam mengenai etika kerja.

TAHAP

1. Kesedaran tentang Pekeliling

• Pernah baca : 17 – 20%

• Tidak pernah baca Arahan No. 1 Tahun 1988 : 81.7%

• Tidak pernah baca Arahan Siri 2, No.

1 Tahun 2000: 78.3%

2. Kefahaman dan kesedaran amalan nilai dalam organisasi

Sederhana – 66.7%

3. Kesedaran mengenai aktiviti ceramah nilai dijalankan

Tinggi – 41.7%

1
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
4. Tahap kepatuhan kepada arahan dan peraturan, pegangan prinsip kebenaran serta

ketulusan

Baik – 49.2%

5. Tahap amalan nila-nilai teras dalam organisasi

Tinggi – 72.5%

1.2 Definasi delima etika

Menurut Kamus Dewan (2002) ‘dilema’ ialah suatu keadaan yang menyebabkan

sukarnya membuat pilihan antara dua alternatif (benda, orang, situasi dan lain-lain) atau

lebih; keadaan serba salah. Manakala “etika” pula ialah, ilmu berkaitan prinsip-prinsip

akhlak atau moral; atau. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi

pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dan lain-lain)

Menurut Dale Lugenbehl (2000) pula teori asal etika berasal daripada teori keperibadian

mulia. Aristotle mengatakan bahawa adalah suatu keperluan insan untuk mempraktikkan

teori keperibadian mulia dalam segala urusan demi melancarkan urusan sehariannya.

Teori ini juga menekankan konsep 'the golden mean' iaitu mencari kebaikan dalam

keadaan keseimbangan di antara keinginan ini agar tidak melampau dalam setiap

perilaku.

Dalam setiap kerjaya kebanyakkannya akan menghadapi dilema etika, keadaan di mana

perlunya membuat pilihan di antara dua atau lebih alternatif yang tidak diingini. Oleh itu

Dalam situasi dunia pendidikan hari ini terlalu banyak perkara yang boleh dikatakan guru

berada dalam dilema.

2
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________

1. Menghuraikan mengenai suatu delima etika yang pernah dihadapi di


tempat kerja

2.0 Apakah dilema yang dihadapi ?

Bebanan tugas guru hari ini yang semakin bertambah. Guru hari ini sering ditugaskan

dengan begitu banyak dalam satu masa. Ini termasuklah tugas-tugas pengkeranian,

tugas-tugas di luar waktu persekolahan dan kadangkala ianya menganggu tugas hakiki

sebagai seorang guru.

Seorang guru sepatutnya menghabiskan masa terluang (free period) dengan penyediaan

pengajaran dan pembelajaran, menyemak hasil kerja murid , membimbing murid secara

individu bagi yang masih kurang memahami tajuk yang sedang dipelajari.

Malangnya masa terluang seorang guru sering dihabiskan denga pelbagai data yang perlu

diisi dan kadangkala dengan kadar segera sehingga guru tersebut terpaksa membuat

kerja lebih masa (overtime) di rumah sendiri dengan percuma.Inilah dilema yang pernah

saya lalui sepanjang tempoh saya dalam dunia pendidikan.

Berikut adalah kajian kes berkaitan dengan seorang guru (Cikgu Y) yang di dalam delima:

”Situasi itu berlaku lebih kurang empat tahun yang lalu. Pihak pentadbir sekolah

selalunya menyerahkan sesuatu tugasan kepada guru yang dipercayainya boleh

melakukannya. Memandangkan saya merupakan salah seorang daripadanya, saya telah

dbebankan dengan tugasan yang banyak pada tahun tersebut.

Saya merupakan guru kelas tahun enam yang diarahkan untuk mengajar subjek Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu Sains, Bahasa Melayu Pemahaman dan

Bahasa Melayu Penulisan. Dalam tempoh yang sama juga saya telah ditugaskan sebagai

guru data , guru penyelaras makmal komputer, setiausaha peperiksaan dan setiausaha

kecemerlangan UPSR.
3
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
Tugas-tugas tersebut tidak termasuk tugas sebagai guru ko-kurikulum, dan juga guru

disiplin. Pihak pentadbir menetapkan target iaitu seramai 20 orang pelajar untuk

mendapat 5A dalam UPSR nanti, sedangkan sekolah tersebut hanya pernah mempunyai

rekod seramai empat orang pelajar sahaja yang mendapat 5A, walaupun telah sepuluh

tahun beroperasi.

Bagi saya tahun tersebut merupakan tahun yang amat sukar dalam kehidupan saya

sebagai warga pendidik. Cabarannya begitu hebat. Terdapat juga desas –desus di

kalangan guru lain kononnya ,saya yang hendakkan semua jawatan dan tugas tersebut.

Dalam masa yang sama saya juga perlu memberi tumpuan kepada keluarga terutamanya

anak saya yang baru berusia lima bulan ketika itu. kadang-kala saya terpaksa

meninggalkan keluarga kerana berkursus di luar kawasan.

Saya sering menghadapi delima etika antara kepentingan tugasan hakiki, keperluan

menyiapkan tugasan sampingan dan pembahagian masa yang secukupnya keluarga

tersayang.

4
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
2. Terangkan bagaimana anda menyelesaikan masalah etika tersebut.
_____________________________________________________________________

3.0 Bagaimana menyelesaikan dilema tersebut

Secara umumnya, apa jua dilema yang dihadapi sudah pasti ada jalan penyelesaian

dengan menggunakan pelbagai alternatif yang dipilih mengikut situasi dilema tersebut.

Walaubagaimana sukarnya sesuatu dilema, setiap individu perlu bijak mengatasi dilema

yang dihadapi.

Pertamanya,untuk mengatasi dilema yang hadapi tentang bebanan tugas yang banyak

tadi, Cikgu Y mulakan dengan niat yang murni dan keikhlasan serta menganggap ianya

adalah ibadah. Sekurang-kurang ringanlah sedikit bebanan yang ditanggung . Ini sesuai

sebagaimana yang disarankan melalui artikel etika kerja Islam oleh Tn Hj Nik Mustapha

Bin Nik Hassan ,Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(2005)

Dengan mengganggap kerja adalah ibadah .

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri

kepada Ku” [ Adz Dzaariyat (51):56]

Seterusnya, untuk mengurangkan beban tugas tersebut, Cikgu Y telah pun berbincang

dengan pihak pentadbir tentang beban tugas yang diamanahkan kepadanya.

Bagaimanapun setelah berbincang dengan pihak pentadbir,mereka tetap mahu

melakukan seperti yang telah dipersetujui oleh semua guru . Cikgu Y telah mendapat

kata-kata semangat daripada Guru Kanan Pentadbiran “ Saya yakin cikgu boleh lakukan

yang terbaik” . Akhirnya Cikgu Y mengalah dan cuba lakukan sebaik mungkin amanah

tersebut.

Langkah seterusnya, Cikgu Y mula banyak membuat rujukan daripada guru-guru senior

dan membaca bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan kerjaya pendidik seperti

5
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
Majalah Pendidik. Di situ saya dapat rasakan masih banyak perkara yang saya tidak tahu

dan boleh lakukan seperti yang disarankan oleh Cikgu Rosnah melalui Didik 14-20 Mei

2007. Beliau menyeru warga pendidik sepertinya ‘mendidik anak murid seperti mengajar

anak sendiri’.Beliau begitu tabah mendidik anak bangsa yang terdiri daripada murid Orang

Kurang Upaya (OKU), sedangkan dalam masa yang sama beliau juga menghadapi

pelbagai masalah keluarga.

Selain itu untuk mengatasi dilema yang dihadapi Cikgu Y juga menggunakan pelbagai

pendekatan seperti ‘pendekatan kasih sayang’ sebagaimana yang disarankan oleh

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom melalui ucapannya

semasa sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2007 yang lalu.Ucapannya

dtulis oleh Syuhada Choo Abdullah menerusi ruangan DIDIK 14-20 Mei 2007.

Cikgu Y juga sentiasa percaya kepada etika kerja Islam “ kerja merupakan ibadah dan

mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga serta tanggunggan kita adalah suatu

kewajipan”.Oleh itu bagi orang Islam terdapat balasan daripada Allah sekiranya kita

berpegang kepada konsep tersebut. Antara balasan yang dapat dilihat ialah balasan

dalam bentuk material seperti digandakan rezeki keluarga dan kenikmatan kesihatan.

Kedua , balasan dalam bentuk kepuasan kerana telah menyelesaikan kejanya. Ketiga,

mendapat pahala untuk hari akhirat kelak. Dengan itu Cikgu Y lebih dirangsang untuk kuat

bekerja, menjadi lebih proaktif, bertambah disiplin kerja dan pengurusan masa lebih

sistematik.

Banyak perkara pula perlu dilakukan dengan menggunakan pelbagai model pembuat

pilihan untuk menganalisa dilema etika dan menilai altenatif yang boleh digunakan dalam

menyelesaikan dilema itu. Sebagai seorang warga pendidikan Cikgu Y rasakan sepanjang

kerjayanya sebagai guru, dilema bebanan tugas yang diamanahkan untuk dilakukan

6
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
sebaik mungkin . Berkat kesabaran, bimbingan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan guru

yang lain masalah ini dapat dikurangkan.

Natijah pengorbanan yang tidak berbelah bahagi terhadap amanah yang dipikul, akhirnya

Cikgu Y mendapat kepuasan hasil dari usaha yang bersungguh-sungguh.Target yang

telah dibuat pada tahun tersebut menepati sasaran. Sebanyak 20 orang pelajar 5A pada

tahun tersebut. Alhamdullah! Itulah hadiah sebuah keikhlasan kerja terhadap anak

bangsa.

3. Kemudian dengan menggunakan teori-teori etika seperti utilitarian, hak ,


7
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
keadilan atau lain-lain teori etika, terangkan teori manakah yang paling sesuai

menghuraikan bagaimana anda menyelesaikan delima tersebut.


_____________________________________________________________________

4.0. Teori etika yang sesuai untuk mengatasi dilema yang dihadapi.

Etika dan moral adalah suatu perilaku yang dianggap perlu dan dianggap sebagai

'common knowledge' bagi manusia sejak pra sejarah sehingga kini. Mana-mana negara

bangsa yang bertamadun serta yang ”kurang” peradaban sekalipun seperti Amerika

Syarikat, tetap menerima teori ini sebagai pendasaran aplikasi kerja, pengurusan,

pentadbiran dan penerapan di dalam kualiti kekeluargaan.

4.1 Teori hak asasi.

Teori ini adalah teori umum bagi setiap insan. setiap manusia inginkan kebebasan dan

kemakmuran sendiri. Hal ini mengajar manusia agar mempertimbangkan hak orang lain

dalam tugasan kerja kita. Dilema boleh terjadi apabila bertembung dengan kepentingan

hak individu tertentu dengan matlamat utilitarian kita yang inginkan kebaikan secara

umumnya kepada masyarakat. Di dalam Islam hak dan nilai keperluan peribadi adalah

dijamin oleh Islam. Hal ini dunyatakan dalam Maqasid syariah (tujuan syariah) iaitu Islam

datang untuk menjaga agama, nyawa manusia, akal manusia, harta manusia dan

maruahnya agar tidak dicemari.

Hari ini kita melihat manusia sendiri yang memusnahkan nyawanya dengan peperangan,

akalnya dengan minum arak serta mencabul maruahnya sendiri apabila mendedahkan

auratnya untuk menjadi tontonan orang lain. Di dalam Islam hak asasi kita tidak akan

diiktiraf sehingga kita boleh menganggu hak orang lain. Hak kita adalah hak yang

dibataskan kepada hak kita semata-mata tanpa memudaratkan orang lain. Teori

kesederhanaan Islam meneutralkan nilai kapitalis yang melebarkan perniagaan,

pemasaran sehingga boleh menindas orang lain, menekan manusia secara 'halal' tanpa
8
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
boleh dinafikan (konsep pasaran bebas). Bagi Islam kesemuanya perlu sederhana dan

berhemah.

4.2 Etika di dalam Islam

Menurut Dwight M. Donaldson (1963) terdapat beberapa konsep umum tentang

etika dan moral yang digariskan oleh Allah s.w.t. melalui Al Quran iaitu :

4.2.1 Duty to Allah : iaitu tanggungjawab dan rasa kehambaan kita kepada Allah. hal ini

dijelaskan dalam surah Az Zalzalah ayat 58.

“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah


(Kaabah) ini”

4.2.2 Moderation : iaitu konsep wasatiyyah atau kesederhanaan. sikap melampau

(ghullu) dalam takalluf (memberat-beratkan) serta taa'suf (bermudah-mudahkan) kerja

kita adalah dilarang. Kita perlu sederhana dan istiqamah (berterusan) dalam beretika dan

menjalankan kerja dengan baik. Islam bukannya agama yang memaksa dan menekan.

Sifat 'sawwabit' ( pillar atau teras) adalah disertakan juga sifat 'mutaghaiyyirat'

(akomondatif atau anjal) dalam pelaksanaan syariat. Jadi contohilah syariat dalam budaya

kerja kita.

4.2.3 Forgiveness : Segala kesalahan di dalam Islam ada pengampunannya. Seperti

juga kesalahan dalam berorganisasi, juga perlu mengikuti prosedur syarikat untuk

mendapat kemaafan. Allah Maha pengampun dan Maha mendengar rintihan hambanya.

Begitu juga sikap yang perlu ada pada setiap pengurus manusia yang juga terlibat dalam

hal permasalahan sikap dan etika pekerjanya. Walaubagaimanapun bukan semua

kesalahan mudah untuk dimaafkan dan diberi keampunan seperti dosa syirik. Dalam

syarikat kesalahan membocor rahsia organisasi adalah kesalahan terbesar dan boleh

dibuang pekerja berkenaan.

9
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
4.2.4 Retaliation : Iaitu konsep pembalasan. Bezanya Islam dan sekular adalah

kepercayaan kepada hari kebangkitan. Sikap futuristik Rasulullah dalam menilai akibat

dan natijah segala perilaku kita menyebabkan kita akan selalu berjaga-jaga dalam segala

urusan. Sekular mengajar manusia melihat dunia dan kemewahan sebagai matlamat.

Sekiranya hilang matlamat pembalasan, manusia mula menjadi rakus dan tidak peka

dengan nilai moral.

4.2.5 Limited Liability : Ini adalah konsep had pertanggungjawaban. Setiap manusia

adalah dipertanggungjawabkan kesalahannya sahaja. Manusia tidak mewarisi kesalahan

nenek moyang. Mereka tidak akan ditanya tentang kesilapan orang lain. hal ini menfikan

sikap sesetengah manusia yangs ering mengaitkan kepincangan individu terhadap latar

belakang sosialnya yang mungkin buruk.

4.2.6 Rewards : Iaitu pembalasan baik dan buruk manusia walaupun sekecil atom yang

halus. Hal ini diceritakan dalam surah Al Zalzalah (kegoncangan). Nilai anugerah dan

pengiktirafan terhadap jasa dan kebaikan individu perlu ada pada setiap pengurus sumber

manusia. Inilah yang mengharmoniskan hubungan majikan dan pekerja.

Cikgu Y menggunakan ‘Teori Keperibadian Mulia” dan pendekatan etika menurut Al Quran

dan sunnah dalam menyelesaikan dilema yang dihadapi. Sehingga kini, Cikgu Y begitu

gembira dan berpuas hati dengan tugas yang telah diamanahkan. Masalah bebanan tugas

dan beberapa isu dilema tidak lagi menjadi masalah buatnya Ini bersesuaian

sebagaimana yang ditulis oleh Saudara Muhammad Nasuruddin Bashah melalui blog

‘http://munawwarah.blogdrive.com/’

”Sebagai penganut Islam yang menceburkan diri dalam bidang profesional atau

bekerja dalam apa-apa lapangan sekalipun, jangan lah kita melupakan nilai vertikal yang
10
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
menjadi sumber motivasi primer iaitu wahyu dan ketuhanan. Inilah nilai yang membezakan

generasi rabbani yang progressif dengan generasi yang sekular progressif. Islam tidak

mengenepikan elemen hadhari (pembangunan) serta progressif (berpenghasilan) dalam

tindakan. Tetapi Islam mengikat golongan ilmuan dengan nilai kekuatanNya hanya kerana

kedangkalan akal dan pemikiran kita yang terbatas.”

Hal ini dijelaskan dalam Surah Al Fatir ( ayat 27-28).

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari

langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan

jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai

jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya

(tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;" (27)

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang

yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan

warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar

perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang

berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun".(28).

4.3 Pendekatan nilai murni

4.3.1 Ikhlas dan Amanah

Bekerjalah dengan penuh kerelaan, suci hati untuk mendapatkan keredaan Allah.

Bersyukur dengan kerja yang kita lakukan kerana sekurang-kurangnya kita juga adalah

penyumbang tenaga untuk pembangunan agama dan negara.

11
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
4.3.2 Cekap dan ketekunan

Antara cirri-ciri pekerja yang baik adalah cekap mengendalikan kerja disamping miliki pula

sifat ketekunan. Sabda Rasulullah yng bermaksud ” sesungguhnya Allah suka apabila

seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun” Riwayat Al-Baihaqi

4.3.3 Bantu-membantu dan Bekerjasama

Bak kata pepatah Ibarat Aur dengan Tebing..saling memerlukan. Begitulah juga kita

manusia. kita tidak mungkin dapat melakukan kerja sendirian, sebaliknya kita juga

perlukan insan lain untuk melancarkan kerja kita.

“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan”….Suratul Maidah:2

4.3.4 Mengabdikan diri kepada Allah

Amat penting untuk kita tanamkan dalam hati bahawa apa jua kerjaya kita itu adalah

amanah Allah kerana kerja itu juga adalah sebahagian daripada ibadah kita kepadaNYA.

Jadi, jangan tanamkan niat bekerja itu semata-mata untuk naik gaji, naik pangkat dan naik

segala-galanya. Semua itu akan datang kepada kita sekiranya kerja yang dilakukan penuh

dengan istiqamah dan penuh rasa keabdian kepada Allah.

12
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________

4. Adakah terdapat sumber/peralatan dalam organisasi tersebut yang

membantu anda dalam menyelesaikan dilema etika tersebut? Senaraikan

semua sumber yang ada. Jika organisasi tersebut tidak mempunyai

sumber/peralatan, berikan cadangan sumber-sumber yang boleh

dilaksanakan oleh organisasi tersebut.

5.0 Sumber/ peralatan yang dapat membantu menyelesaikan dilema etika

5.1 Penggunaan Kelas Di Waktu Luar Sessi Persekolahan

Memandangkan begitu banyak tugas yang terpaksa dipikul, Cikgu Y memaksimakan

penggunaan apa jua kemudahan peralatan yang terdapat di sekolah. Antaranya

penggunaan kelas pada waktu petang dan cuti persekolahan untuk mengadakan kelas

tambahan untuk pelajar-pelajar Tahun Enam. Kelas Tambahan untuk murid-murid yang

bakal menghadapi UPSR. Ini amat penting sebagai persediaan tambahan menghadapi

peperiksaan tersebut.

5.2 Penggunaan Makmal Komputer secara maksimum

Pengguna makmal komputer amat penting untuk sesi pengajaran dan pembelajaran

dengan tujuan memberi input tambahan kepada pelajar. Pelajar boleh menambah

pelbagai maklumat dengan mengakses internet. Selain dari itu, penggunaan Cakera

Padat (CD) yang dibekalkan oleh kerajaan digunakan dengan efisyen. Aktiviti yang

berbentuk latihan interaktif amat berkesan untuk menarik minat pelajar.

5.3 Bahan Edaran

Selain itu bahan-bahan edaran untuk aktiviti pelajar turut saya sediakan dengan bantuan

pihak kerani dan pembantu tadbir sekolah. Banyak bahan fotostat telah disediakan dapat

membantu Cikgu Y menjalan sessi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara lebih

berkesan dan lancar.


13
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
5.4 Penggunaan Bahan Teknologi

Cikgu Y juga menggunakan komputer dan ’laptop’ yang dibekalkan oleh pihak sekolah

secara maksimum. Bahan-bahan bantu mengajar dapat saya sediakan lebih awal dan

banyak kerja dapat dilaksanakan dengan tersusun.Semasa di dalam kelas pula, Cikgu Y

banyak menggunakan Projektor (LCD) untuk menayangkan bahan pengajaran yang telah

disediakan. Ini dapat mengelakkan pembaziran masa, menulis berulangkali di papan

hitam. Pelajar juga dapat memahami konsep pengajaran dengan lebih jelas.

5.5 Peranan Pusat Sumber Sekolah

Pelaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) amat baik untuk memupuk

minat membaca di kalangan pelajar. Dengan pembacaan yang meluas, kosa kata pelajar

akan bertambah.Ini amat penting untuk memastikan pelajar dapat menghasilkan karangan

yang bermutu. Cikgu Y menggunakan segala kemudahan yang disediakan di Pusat

Sumber Sekolah (PSS). Selain dari kemudahan kepelbagaian bahan bacaan, PSS juga

menyediakan Pusat Akses Kendiri (PAK) Ini dapat dapat membantu guru melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Bilik ini menyediakan pelbagai

bahan bacaan dan latihan yang boleh membantu pelajar melakukan tugasan secara

kendiri dengan bantuan minima dari guru.

5.6 Surau dan Kantin

Memandangkan faktor kesuntukan masa, kemudahan seperti surau dan kantin yang

disediakan di dalam kawasan sekolah sekolah juga turut menyumbang kepada

penyelesaian dilema yang dihadapi. Cikgu Y tidak perlu keluar dari kawasan sekolah

untuk bersolat dan menjamu selera.

14
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________
5.7 Kerjasama daripada rakan sekerja dan ibu bapa

Tidak dapat dinafikan kerjasama daripada kedua pihak ini membantu menjayakan

matlamat sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut menjayakan pelbagai

program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

5.8 Memahami tugas sebagai kakitangan awam

Sebagai penjawat Awam Cikgu Y sedar yang dia terikat dengan Akujanji Perintah Am Bab

D 4 (1) - Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika

memberikan taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan

Kerajaan”. “Perintah Am Bab D 4 (2) - Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan

tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya”.

5.9 Memahami Nilai Teras Penjawat Awam

1. Nilai teras – nilai induk yang menjadi nilai sepunya

Enam nilai:

• amanah,

• benar,

• bijaksana,

• adil,

• telus dan

• bersyukur

15
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________

5. Kesimpulan bagi keseluruhan tugasan

6.0 Rumusan

Bagi seorang guru yang kebanyakkannya kakitangan awam perlu selalu merujuk kepada

Perintah Am dan Pekeliling yang diedarkan dari masa ke semasa untuk memastikan

setiap individu guru memahami hasrat dan cita-cita kerajaan. Guru sebagai barisan

hadapan amat penting untuk menjana masyarakat Hadhari di masa hadapan.

Guru perlu meletakkan tugas dan amanah sebagai pendidik merupakan satu cabaran

yang dipikul dengan penuh tanggungjawab dan beretika. Hakikat bahawa status profesion

perguruan dan pengiktirafan masyarakat terhadap profesion itu adalah unsur terpenting

menentukan keupayaan untuk merealisasikan tujuan dan objektif pendidikan. Kerjasama

semua pihak amat penting demi merealisasikan “Falsafah Pendidikan Kebangsaan” iaitu:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara

16
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI

Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi. Tanggungjawab Pekerja kepada Organisasi/Jabatan

Dari Perspektif Islam http://www.ikim.gov.my/

Bernama.com. Kaji Nisbah Guru Dan Pelajar Untuk Kurangkan Beban Guru

.http://www.bernama.com/
Marzita Abdullah. Tugas Guru:NUTP Gariskan Beban Tanggungan.

http://www.tutor.com.my/
Cikgu Komando. Beban Tugas Guru Dan Motivasi Kerja Guru Sebagai satu Isu. http://

marhaen.ngepeng.com/

Muhammad Nuruddin Bashah. Perbandingan Teori Etika dan Moral Diantara Pandangan

Aliran Barat dan Islam. http:munawwarah.blogdrive.com

Rosniza Mohd Taha. (2007, Mei 14-20). Mengajar Seperti Anak Sendiri. Didik, p.D19.

Shuhada Choo Abdullah. (2007, Mei 14-20). Guru Digesa Guna Pendekatan Kasih

Sayang. Didik, p.D2

Dwight M. Donaldson, Studies in Muslim Ethics (London: S.P.C.K., 1963)

The Golden Mean* by Dale Lugenbehl

https://teach.lanecc.edu/lugenbehld/rel_202_religions_of_china_and_japan/files/Golden_Mean.htm

17
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL
_____________________________________________________________________

18
OUM3203 ETIKA PROFESIONAL