Anda di halaman 1dari 9

770516145149001

KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT


CBCT 2203

1.0 KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC)

1.1 Maksud Koridor Raya Multimedia

Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah satu kawasan khas yang dibina oleh

kerajaan Malaysia untuk memandu Malaysia ke era maklumat dan pengetahuan. Ia

meliputi kawasan seluas 15 x 50 km² yang merentasi Menara Berkembar Petronas

dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Di dalam lingkaran ini terdapat

dua buah Bandar Pintar iaitu Putrajaya (pusat pentadbiran kerajaan yag baru) dan

Cyberjaya (pusat teknologi). Pada 7 Disember 2006, kawasan koridor raya ini

diperluaskan lagi sehingga meliputi Lembah Kelang.

Pembangunan MSC meliputi tiga fasa yang dimulakan pada tahun 1996 dan akan

berakhir pada tahun 2020. Dalam fasa I (1996-2003), segala langkah-langkah yang

dirancang bagi penubuhan MSC telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Dalam

fasa II (2004-2010), satu jaringan dengan koridor raya yang serupa akan

diwujudkan. Undang-undang siber (cyberlaws) yang global akan digubal. Sekurang-

kurangnya empat bandar pintar akan dihubungkan dengan bandar-bandar global

yang lain di seluruh dunia. Fasa III ( 2011-2020) pula bakal menyaksikan Malaysia

sebagai sebuah Koridor Raya Multimedia. Sebuah mahkamah Keadilan Siber

Antarabangsa akan diwujudkan dan sebanyak 12 bandar pintar akan dihubungkan

dengan lingkaran maklumat global.

Komponen utama pembangunan MSC ialah pelaksanaan, penyepaduan dan

peningkatan beberapa aplikasi multimedia iaitu pembangunan aplikasi Kerajaan

Elektronik, Teknologi Kad pintar, Sekolah Bestari, Teleperubatan, e-dagang dan

Program Keteknoushawan bagi membentuk persekitaran multimedia.

1
770516145149001
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT
CBCT 2203
Melalui kerajaan elektronik, pentadbiran kerajaan akan berhubung secara rangkaian

komputer dengan menutamakan konsep kurang kertas (paperless). Semua jabatan

kerajaan akan dihubungkan dengan pangkalan data sepunya untuk memudahkan

aliran maklumat. Dengan itu kecairan maklumat (information solvency) akan

meningkat. Ini bertujuan untuk memperbaiki operasi kerajaan dalam menjalankan

perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dan memperbaiki kemudahan serta kualiti

interaksi dengan rakyat dan perniagaan.

MSC akan menjadi pusat ujian untuk penggunaan kad pintar pertama di dunia dan

kad ini akan dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia. Kad Pintar ini akan

bertindak sebagai kad pengenalan kebangsaan, dompet elektronik, kad kredit dan

urusniaga berelektronik dengan kerajaan. Kad ini bakal dilahirkan dan digunakan

menjelang tahun 2020 kelak. Selain daripada itu diharapkan juga kad bijak ini

menjadi satu kad yang boleh digunakan di seluruh pelusuk dunia masa kini.

Dengan MSC, teknologi maklumat akan dimasukkan ke dalam sistem kesihatan

Malaysia. Eleman utama teleperubatan ialah adalah pembelajaran jarak jauh,

diagnoksis dan rawatan, rekod maya pesakit dan rangkaian perubatan elektronik.

Kejayaan teleperubatan ini adalah bergantung kepada Kluster Penyelidikan dan

Pembangunan (R&D) yang diwujudkan oleh universiti atau syarikat untuk

mengeluarkan aplikasi yang berkaitan. Seterusnya ia akan meletakkan Malaysia

sebagai pusat kecemerlangan teleperubatan.

Sekolah Bestari ditubuhkan atas pegangan bahawa konsep IT bermula di sekolah,

maka kerajaan mahu kegiatan dan penggunaan IT aktif di sekolah dan dianggarkan

dalam masa dua tahun akan datang semua sekolah akan mempunyai akses kepada

internet yakni rangkaian global sedunia. Ini juga adalah untuk memastikan tenaga

kerja mahir tempatan yang diperlukan oleh MSC dapat dipenuhi dan mencapai

2
770516145149001
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT
CBCT 2203
sasarannya. Syarikat-syarikat yang berada dalam MSC boleh membentuk konsep

sekolah pintar dengan membina perisian aplikasi, kurikulum, bahan kursus,

infrastruktur, melatih guru dan kakitangan.

Malaysia merancang untuk menjadi peneraju dalam Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D) untuk teknologi multimedia. Ini dilakukan dengan membina pusat (R&D)

kerjasama di antara universiti dan syarikat-syarikat besar. Permulaannya, sebuah

Universiti Multimedia yang terletak di dalam pusat MSC akan dibina. Ini bertujuan

untuk menjadi pemangkin kepada komuniti penyelidikan yang dinamik dan mampu

menghasilkan satu suasana yang unik. Pusat kluster ini juga akan menjadi pusat

latihan khas untuk menghasilkan para kakitangan terlatih untuk MSC. Dengan

adanya penubuhan kelompok institusi kajian serta institusi pendidikan di MSC ini, ia

dapat meningkatkan kemahiran sumber manusia tempatan serta menjalankan kajian

tentang teknologi maklumat yang canggih.

Dalam program teknousahawan, syarikat-syarikat di MSC boleh

menggunakan MSC sebagai pemangkin untuk mengawal, mengawasi dan

menjalankan bantuan operasi kepada pelbagai rangkaian lain. Rangkaian-rangkaian

tersebut adalah reka bentuk, pengilang dan pusat pengedaran. Dengan kos yang

rendah di MSC, sistem maklumat berteknologi tinggi dan rangkaian logistik serta

sambungan pelbagai operasi di seluruh dunia 24 jam sehari. Pada masa depan,

rangkaian telekomunikasi akan membolehkan syarikat-syarikat MSC mengadakan

operasi kawalan dalam talian secara langsung. Dengan itu MSC sebagai pusat

lokasi utama kepada penghasilan produk, pengilangan, pemasaran dan pengedaran

barangan dari seluruh dunia kepada seluruh dunia. Malah dengan cara itu juga,

sesuatu barangan itu juga boleh dihasilkan di tempat yang lain.

3
770516145149001
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT
CBCT 2203
Dalam e-dagang, undang-undang, polisi dan infrastruktur MSC akan disatukan

dengan keupayaan pelbagai bahasa dan bangsa rakyat Malaysia. Malah ia juga

akan digabungkan dengan syarikat-syarikat MSC untuk memberikan perkhidmatan

kepada pasaran Asia Pasifik yang sedang rancak membangun. MSC juga akan

bertindak sebagai platform yang sesuai untuk semua syarikat mengadakan operasi

pelanggan seperti telepemasaran, bantuan teknikal, pemprosesan data dan

mengadakan bahan pemasaran. Dengan ini juga MSC akan menjadi pusat

pengawalan aliran perdagangan berteknologi tinggi dan pusat penyelidikan utama

dalam dunia berteknologi tinggi..

1.2 Mengapakah Malaysia memerlukan MSC?

Menurut Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam Program Bersama PM di RTM
pada 26 Februari 1997, MSC ialah satu rancangan untuk menangani masalah
perubahan daripada zaman industri kepada zaman teknologi maklumat. Dunia
sekarang berada dalam era teknologi maklumat. Seiring dengan perubahan ini,
negara juga perlu berubah supaya kita tidak dipandang rendah oleh negara-negara
besar yang lain. Kita harus menunjukkan kemampuan kita setanding dengan mereka
khasnya dalam dunia teknologi maklumat yang menjadi pemangkin pembangunan
ekonomi negara.
Pada masa ini MSC menjadi hos kepada 48 syarikat operasi perkongsian
perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO) berkelas dunia, yang mewujudkan kira-
kira 11,200 peluang pekerjaan. Justeru, bertepatan dengan keadan ini, sebagai
langkah menghasilkan tenaga kerja yang berpengetahuan luas bagi memenuhi
standard ICT yang diperlukan, kerajaan turut mengambil inisiatif dengan
menubuhkan Institut Pembangunan Bakat MSC-ICT dengan harapan, agar budaya
ICT ini dapat membawa negara ke arena pasaran sumber manusia yang lebih
kompetatif dan berkualiti di samping memiliki ciri-ciri inovatif, kreatif dan berteraskan
pengetahuan tinggi dalam menghadapi permintaan global yang sentiasa
berkembang. Ini secara tidak langsung membariskan sumber manusia tempatan
setanding dengan kumpulan sumber manusia terbaik dunia.

4
770516145149001
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT
CBCT 2203
Usaha kerajaan ini secara tidak langsung turut dilihat sebagai satu promosi bagi

negara dalam membawa peranan sebagai pintu masuk ke pasaran global di

samping menonjolkan peranan serta kedudukan Koridor Raya Multimedia (MSC)

sebagai hab industri berasaskan ICT.

Menerusi usaha ini, negara, syarikat-syarikat berasaskan ICT antarabangsa yang

beroperasi di sini berupaya mengakses pasaran global tanpa sebarang sempadan

termasuk negara-negara anggota ASEAN, China, India dan negara Asia Barat. Pada

masa ini, beberapa syarikat multinasional (MNC) telah menjadikan Malaysia sebagai

landasan memasuki pasaran ke negara China. Malah syarikat-syarikat terkemuka

seperti Disney, Sony, Nintendo, Gameboy, Channel V dan beberapa studio di

Hollywood turut menunjukkan kepercayaan mereka terhadap usaha kerajaan ini

menerusi penawaran perkhidmatan mereka kepada syarikat-syarikat ICT tempatan.

Keadaan ini sudah pasti akan melahirkan syarikat tempatan yang berstandard

antarabangsa. Syarikat ini bukan sahaja berupaya menaikkan ekonomi dan taraf

hidup sumber manusia tempatan malah ia juga mampu menonjolkan nama negara

ke persada dunia menerusi nama negara; Malaysia.

Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam usaha melaksankan

pembangunan dan perkembangan IT yang bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap

pelbagai aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Zaman IT akan mendorong kita

megubah cara hidup dan cara bekerja. Lebih awal kita menyesuaikan diri dan lebih

cepat kita mempelajari ilmu IT, maka lebih mudah kita menjadikan masa depan

negara lebih cemerlang. Justeru, MSC dijadikan sebagai platform untuk mencapai

hasrat tersebut.

5
770516145149001
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT
CBCT 2203
1.3 Bil Jaminan yang akan diterima oleh syarikat yang berstatus MSC

Untuk menarik syarikat supaya beroperasi di MSC, kerajaan telah menyediakan Bil

Jaminan (Bill of Gurantees). Bil Jaminan tersebut ialah:

i. Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia.

ii. Membenarkan tanpa sekatan pekerja tempatan dan luar.

iii. Memastikan kebebasan pemilikan dengan pengecualian syarikat berstatus

MSC daripada keperluan pemilikan tempatan.

iv. Memberikan syarikat MSC kebebasan untuk menyediakaan modal daripada

pinjaman tempatan dan dunia untuk infrastruktur MSC.

v. Menyediakan insentif kewangan yang menarik.

vi. Menjadi ketua serantau dan perlindungan Hakmilik Intelektual dan undang-

undang siber.

vii. Memastikan tiada tapisan (censorship) Internet.

viii. Menyediakan tariff telekomunikasi yang bersaing sejagat.

ix. Memberi tender kontrak prasarana MSC utama kepada syarikat yang ingin

menjadikan MSC sebagai hub serantau.

x. Menyediakan agensi berkuasa untuk bertindak sebagi pusat sehentian ( one-

stop supershop) untuk memastikan MSC memenuhi keperluan syarikat.

1.4 Insentif-insentif yang dinikmati syarikat-syarikat berstatus MSC adalah:

A. Dalam bentuk kewangan

i. Taraf Perintis dengan pengecualian cukai 100% daripada pendapatan

berkanun untuk tempoh lima tahun bagi pusingan pertama, atau

Elaun Cukai Pelaburan 100%.

6
770516145149001
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT
CBCT 2203
ii. Berkelayakan untuk menerima geran (untuk syarikat-syarikat

berstatus MSC majoriti milik Malaysia).

B. Bukan kewangan

i. Import bebas cukai bagi kelengkapan multimedia.

ii. Perlindungan harta intelek dan satu rangkakerja komprehensif

undang-undang siber.

iii. Tiada penapisan internet.

iv. Infrastruktur IT bertaraf dunia.

v. Tarif dan perkhidmatan tekekomunikasi berdaya saing global.

vi. Agensi pelaksana yang berkuasa penuh, Perbadanan Pembangunan

Multimedia untuk memberikan perundingan dan bantuan di dalam

MSC.

vii. Pembangunan bandar terancang dan berkualiti tinggi.

viii. Kemudahan-kemudahan R&D yang cemerlang.

ix. Persekitaran yang hijau dan terpelihara.

RUJUKAN

http://bobex.wordpress.com/2007/02/14/negara-terbilang-menerusi-ict/

7
770516145149001
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT
CBCT 2203
2.0 Sistem Pengoperasian

2.1 Pengenalan Sistem Pengoperasian


Sistem pengoperasian adalah satu kumpulan aturcara atau atucara sistem yang
mengawal operasi sesuatu sistem komputer. Contoh sistem pengoperasian yang
biasa digunakan adalah seperti LINUX dan Windows98. Sistem pengoperasian
mengawal cara bagaimana sesuatu sistem komputer itu berfungsi.Untuk itu, system
pengoperasian mempunyai aturcara-aturcara yang melaksanakan perkara seperti
memulakan perkakasan bagi sistem komputer, menyediakan rutin-rutin asas untuk
mengawal peranti,input atau output, menyediakan kemudahan pengurusan,
penjadualan dan interaksi kerja atau tugas, menguruskan dan menyelenggara
keutuhan sistem serta mengendali ralat.
Terdapat pelbagai jenis sistem pengoperasian, dan kompleksiti setiap satu
bergantung kepada fungsi-fungsi yang disediakan. Contohnya, sistem
pengoperasian yang mengendalikan ramai pengguna pada rangkaian, di mana ia
perlu memastikan bahawa semua pengguna mendapat perkhidmatan yang cekap
dan efisien. Ini berbeza dengan sistem pengoperasian yang hanya perlu
menguruskan satu tugas atau proses pada satu masa. Terdapat juga sistem
pengoperasian yang tidak menguruskan pengguna iaitu sistem pengoperasian
terdedikasi. Ia direkabentuk untuk melaksanakan fungsi tertentu sahaja dan
biasanya di dapati dalam perkakasan seperti kapal terbang, mesin basuh, dan
perakam video.
Sistem pengoperasian mempunyai beberapa modul yang digunakan untuk
memudahkan pelaksanaan fungsi system pengoperasian iaitu kernel, pengurus
proses, penjadual, pengurus fail. Kernel merupakan bahagian utama dalam system
pengoperasian. Antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh kernel ialah menukarganti
di antara aturcara, kawalan dan pengurusan proses,penjadualan, komunikasi di
antara proses-proses serta pemprosesan sampukan dan kekecualian.

2.1.1 Fungsi Sistem pengoperasian

2.1.2

8
770516145149001
KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT
CBCT 2203