Anda di halaman 1dari 4

SIMULASI Simulasi berasal dari kata simulate yang artinya berpura-pura atau berbuat seakan-akan.

Sebagai metode mengajar, simulasi dapat diartikan cara penyajian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu. Simulasi bermaksud mengajuk/ meniru keadaannya atau suasananya seolah- olah betul atau hampir dengan keadaan baru. Model pembelajaran simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang nyata, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses. Model pembelajaran ini dirancang untuk membantu siswa mengalami bermacam-macam proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan. Simulasi mempunyai elemen- elemen dunia sebenar dan boleh dipersembahkan di dalam bilik darjah. Untuk memastikan pelajar dapat menguasai konsep yang diajar dan mampu memindahkannya ke situasi benar, guru harus melakukan percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar.

Kebanyakkan simulasi direka bentuk seolah- olah keadaaan sebenar walaupun dimodifikasikan untuk tujuan mengajar. Pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti untuk mencapai matlamat simulasi seperti dalam simulasi memasak di mana pelajar dapat mencuba memasak. Dalam proses mencapai hasil pembelajaran, pelajar perlu melalui tugasan yang terdapat dalam simulasi serta membentuk konsep atau kemahiran yang diperlukan dalam pencapaian sesuatu aspek atau bidang. Selain itu, simulasi boleh dalam pelbagai bentuk seperti permainan, koperatif dan lain- lain. Sebagai contoh, simulasi melalui komputer iaitu City Ville, pelajar boleh main bersendirian ataupun bersama rakan dan

membandingkannya dengan pencapaian sendiri untuk mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik.

Tambahan pula terdapat empat prinsip yang harus dipegang oleh fasilitator/guru. Bagi yang pertama adalah penjelasan. Untuk melakukan simulasi, murid harus benar- benar memahami peraturan mainnya, oleh kerana itu sebelum permainan dimulai, guru/ fasilitator harus menjelaskan tentang peraturan permainan dalam simulasi. Kedua pula adalah mengawasi (refeereing). Simulasi dirancang untuk tujuan tertentu dengan aturan dan prosedur permainan tertentu. Oleh kerana itu, fasilitator harus mengawasi jalannya permainan agar dapat berjalan sesuai dengan ketentuan. Manakala bagi ketiga adalah melatih (Coaching). Dalam simulasi, murid akan melakukan kesalahan. Oleh hal demikian, fasilitator harus memberikan bimbingan dan petunjuk agar murid tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bagi keempat adalah diskusi. Dalam simulasi, refleksi menjadi bagian yang penting. Oleh itu, setelah simulasi selesai, fasilitator harus membincangkan beberapa hal antara ialah kesulitan- kesulitan, hikmah yang biasa diambil, bagaimana memperbaiki kekurangan simulasi dan sebagainya. Di samping itu, Wina Sanjaya (2007) menyatakan bahwa terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan dengan menggunakan simulasi sebagai metode mengajar. Antara kelebihannnya ialah simulasi dapat dijadikan sebagai bekal bagi siswa dalam menghadapi situasi yang sebenarnya kelak, baik dalam kehidupan keluarga, masyarakat, maupun menghadapi dunia kerja. Kemudian, simulasi dapat mengembangkan kreativitas siswa, karena melalui simulasi siswa diberi kesempatan untuk memainkan peranan sesuai dengan topik yang disimulasikan. Simulasi juga dapat memupuk keberanian dan percaya diri siswa. Tambahan pula, simulasi boleh memperkaya pengetahuan, sikap, dan keterampilan yang diperlukan dalam menghadapi berbagai situasi sosial yang problematis serta dapat meningkatkan gairah siswa dalam proses permbelajaran.

Namum begitu, simulasi juga terdapat kelemahannya iaitu pengalaman yang diperoleh melalui simulasi tidak selalu tepat dan sesuai dengan kenyataan di lapangan. Selain itu, pengelolaan yang kurang baik, sering simulasi dijadikan sebagai alat hiburan, sehingga tujuan pembelajaran menjadi terabaikan. Manakala, faktor psikologis seperti rasa malu dan takut dalam diri seseorang sering mempengaruhi siswa dalam melakukan simulasi.

ii Penjelasan / huraian pelaksanaan dalam bilik darjah Guru boleh menjalankan aktiviti jual beli iaitu dalam situasi pasar. Guru boleh membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang terdapat ialah peniaga dan pembeli. Murid boleh menjalankan jual beli dengan menggunakkan duit palsu yang dibuat oleh guru. Sebelum memulakan aktiviti ini, guru juga harus menjelaskan peraturan dalam aktiviti ini supaya murid dapatn mematuhinya. Peraturannya seperti mesti menghormati orang lain dan sebagainya. Dengan aktiviti ini murid dapat merasa situasi benar dalam pasar dan juga boleh mencuba menjadi seorang peniaga. Situasi ini juga dapat menerapkan kecerdasan interpersonal kerana murid dapat mudah bergaul dan berinteraksi dengan orang lain melalui proses jual beli. Selain itu, penglibatan aktif juga akan berlaku kerana murid akan berasa seronok kerana mereka dapat mencuba sesuatu yang baru. Kemudian kemahiran mengira juga akan ditambahbaikkan kerana murid dapat mempratikkan kemahiran mengira semasa membuat jual niaga dan ini juga dapat menarik perhatian mereka bagi waktu Matematik. Aktiviti yang lain yang boleh dijalankan seperti membuat satu teater ataupun drama. Guru boleh membahagikan murid mengikut wataknya. Teater atau drama yang boleh dijalankan ialah keadaan yang berada di rumah. Guruboleh memberikan satu situasi seperti hubungan antara anak dengan ibu bapa. Dengan ini, murid dapat mempersembahkan dengan baik kerana hampir

dengan keadaaan sebenar. Melalui aktiviti ini juga dapat mecungkilkan bakat murid yang terpendam. Penglibatan murid juga akan aktif kerana kebanyakkan mereka sudah biasa dengan keadaan ini. Selain itu, murid juga dapat meniru tingkah laku yang positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watakwatak semasa simulasi. Oleh hal demikian, guru harus memilih keadaan yang sesuai untuk dipersembahkan oleh murid.