Anda di halaman 1dari 3

Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anak-

anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang
daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental,
sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat
mereka. Ini adalah satu jihad.

Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada anak -anak. Mereka
perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan
tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar
kependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi yang
sihat , dinamik , produktif serta mempunyai nilai -nilai hidup dan moral
yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran
positif.

Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak


-kanak , strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku
supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak
mereka sepertimana yang di cita -citakan. Faktor -faktor yang
mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak
itu bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor persekitaran luar dan
faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi
suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor
seperti taraf sosioekonomi , budaya serta hubungan dengan adik -beradik
serta kawan -kawan di sekelilingnya , peralatan di rumah atau di sekolah
dan media massa. Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan ,
taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar ,
pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau
sebaliknya ) , dan ciri -ciri serta bakat semula jadinya yang sedikit
sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya . Setiap komponen yang
memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku
seseorang kanak -kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa.

Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada pada
anak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang
kelemahan yang ada pada seseorang kanak -kanak itu boleh diatasi atau
sekurang -kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi -strategi
tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dan
dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak
itu meningkatkan potensinya .
Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam
kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu
suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk
memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk
menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang,
makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan
kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat
disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.

Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalah
dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk
keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezeki
yang halal.

Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam
pekerjaan. Tunaikan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang
berkat dari sumber yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi
darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika sumbernya halal dan berkat, mudah-
mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat
membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi
pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadi
anak yang soleh.

1. KEPRIHATINAN IBU BAPA DALAM MELUANGKAN MASA UNTUK


MENYEMAK KERJA SEKOLAH ANAK - ANAK MEREKA, SAMA ADA SIAP
ATAU SEBALIKNYA.

2. KEMAMPUAN DAN KESANGGUPAN IBU BAPA MENYEDIAKAN


KEMUDAHAN PEMBELAJARAN ANAK - ANAK MEREKA, SEPERTI BILIK
BELAJAR, BUKU RUJUKAN, KELAS TAMBAHAN, BELANJA
PERSEKOLAHAN DAN SEBAGAINYA.

3. KEPEKAAN IBU BAPA DALAM MEMBUAT PEMERHATIAN SECARA


BERPANJANAGAN DAN BERTERUSAN TERHADAPA PENCAPAIAN
AKADEMIK ANAK - ANAK MEREKA.

4. KESUNGGUHAN DAN KERJASAMA IBU BAPA KEPADA SEKOLAH


KHUSUSNYA GURU KELAS, GURU MATA PELAJARAN, GURU DISIPLIN
DAN PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH DALAM MEMASTIKAN
PENGAWASAN BERTERUSAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK
- ANAK MEREKA.

5. KEUPAYAAN IBU BAPA DALAM MENGAWASI PERUBAHAN TINGKAH


LAKU SERTA KEUPAYAAN MEMBERIKAN MOTIVASI ATAU DORONGAN
KEPADA ANAK - ANAK MEREKA.

6. KEWUJUDAN PENGETAHUAN ASAS IBU BAPA BERKAITAN MATA


PELAJARAN YANG DI PELAJARI OLEH ANAK - ANAK MEREKA.
7. KEUPAYAAN IBU BAPA MEMBENTUK SIKAP DAN SAHSIAH ANAK
MEREKA AGAR MENJADI KUTU BUKU DAN BUKANNYA KUTU
RAYAU...MAKLUMLAH ZAMAN SEKARANG.

8. KESEDARAN KENDIRI IBU BAPA TERHADAP KONSEP HUBUNGAN


MEREKA DENGAN ANAK MEREKA BERKAITAN PROSES
PEMBELAJARAN....SEPERTI ADAKAH MERE BERTINDAK SEBAGAI
GURU...ATAU SEBAGAI KAWAN... ATAU SEBAGAI IBU BAPA DALAM
MELAYANI KERENAH PEMBELAJARAN ANAK - ANAK.

9. KESANGGUPAN DAN KEMAMPUAN IBU BAPA MEMBERI CONTOH


TELADAN KEPADA ANAK - ANAK DENGAN MENGAMALKAN SENDIRI
BUDAYA BERUNSUR AKADEMIK SEPERTI BUDAYA SUKA MEMBACA DAN
SEBAGAINYA.

Anda mungkin juga menyukai