Anda di halaman 1dari 2

Perayaan Kaum Cina: Perayaan Ching Ming

Hari Ching Ming merupakan hari dimana masyarakat Cina berziarah ke makam orang tua
dan leluhur, membersihkan makam dan juga melakukan ritual sembahyang bagi para
leluhur. Kegiatan Ching Ming biasanya dilakukan sepuluh hari sebelum dan sesudah hari
Cheng Beng. Hari Ching Ming biasanya jatuh pada tanggal 4, 5 atau 6 April dan
dirayakan dalam 10 hari sebelum dan 10 hari selepas Hari Ching Ming. Ini bermakna
kaum Cina ada dua puluh hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi
kehormatan dan peringatan kepada nenek-moyang, ibu-bapa dan ahli-ahli tersayang yang
telah meninggal dunia. Ching Ming bermaksud “bersih” dan “cerah” dalam bahasa Cina.

Asal Usul Hari Ching Ming


Terdapat beberapa kisah tentang Hari Ching Ming. Akan tetapi, yang lebih tepatnya ialah
kisah tentang seorang putera yang melarikan diri bersama dengan pengikutnya kerana
kerajaannya dikalahkan oleh kerajaan lain. Dalam suatu keadaan dimana mereka
kehabisan makanan, Sang Pengikut mengambil sebahagian daging pahanya sendiri untuk
dimakan Putera. Bertahun-tahun berlalu, setelah berhasil merebut kembali kerajaannya,
Putera berjaya mendapat balik takhta Raja dan ingin membalas budi Sang Pengikut. Akan
tetapi ditolak oleh Sang Pengikut tersebut yang ingin migrat ke hutan untuk merawat
ibunya yang sudah tua. Berbagai-bagai cara dilakukan Raja untuk bertemu dengan Sang
Pengikut tetapi tidak berhasil. Akhirnya Raja memerintahkan prajuritnya untuk
membakar hutan tersebut untuk memaksa Sang Pengikut dan ibunya keluar dari hutan.
Ternyata, keduanya sudah terbakar hidup-hidup dalam hutan. Akan tetapi, Raja menemui
sehelai kain dengan sajak yang ditulis oleh Sang Pengikut. Dia berharap Raja dapat
memerintah dengan cekap, bersih, dan cekap, iaitu “Ching Ming” dalam bahasa Cina.
Raja amat menyesali perbuatan beliau, oleh itu hari terbakarnya Sang Pengikut ditetapkan
sebagai hari sembahyang yang menandakan penghormatan bagi orangtua dan lelulur.
Sejak itu, Cheng Beng diperingati setiap tahun sebagai wujud bakti dan syukur kepada
orang tua dan leluhur kita.

Adat Resam dan Cara Perayaan


Kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha, mempunyai kepercayaan
bahawa hidup atau mati, mereka terus bertanggungjawab menjaga makan-minum ahli
keluarga yang telah mati. Ini adalah sebagai tanda sayang kepada yang telah mati dan
bukannya kepercayaan hantu. Majoriti kaum Cina yang menyembah kubur ini adalah
dengan niat murni untuk terus mengingati ahli keluarga yang telah mati. Pembakaran
bahan-bahan kertas adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada nenek moyang
kerana mereka mempercayai bahawa roh-roh akan hidup macam mereka juga. Oleh itu,
bahan-bahan keperluan dalam bentuk kertas akan dibakar untuk digunakan oleh roh-roh
nenek moyang. Kertas perak merupakan duit bagi leluhur. Colok juga dibakar sebagai
satu penghormatan dan bentuk makanan kepada leluhur. Selain bahan-bahan kertas akan
dibakar untuk leluhur, makanan juga disajikan untuk leluhur.
Pada malam yang sama selepas pergi kubur. Di tempat kediaman juga akan diadakan satu
penyembahan di tepi jalan yang biasanya di depan rumah kediaman, lebih kurang waktu
pukul 9.00 malam.

Pantang Larang
1. Biasanya nama batu peringatan untuk Si Mati ditulis dalam warna merah, ada
kepercayaan di khalayak cina bahawa
biasanya kita tidak menulis nama cina dengan warna merah bagi orang yang
masih hidup dalam kehidupan harian, kerana nama merah untuk yang telah
meninggal dunia.
2. Semasa membakar kertas duit dan kertas lain ialah jangan diusikkan kertas yang
sedang dibakar sehingga bentuk abunya berselerak atau berpecah semasa
kertas masih belum habis terbakar, juga hendak memastikan semua kertas
memang betul-betul habis dibakar dan jangan ada yang tertinggal
sebahagian belum dibakar, kononnya kalau diusik menjadi
berselerak/berpecah semasa kertas masih belum habis dibakar, maka apa
yang akan diterima oleh nenek moyang kita juga akan berselerak/berpecah
dan termusnah seperti mana yang telah kita lakukan, hal yang berlainan
kalau kertas sudah habis dibakarkan, bermaksud telah habis dihantarkan
ke 'seberang sana' di mana bolehlah diusikkan kalau mahu untuk kertas
yang bertimbun di bawah di bakar mudah untuk dinyalakan.
3. Pakaian dan bahan keperluan lain dalam bentuk kertas juga akan ditulis nama
penerima supaya bahan-bahan yang dibakar hanya akan diterima oleh Si Mati
tersebut. Dengan berbuat demikian, leluhur yang berkeliaran dan tiada saudara
mara untuk menyembah mereka tidak akan menimbulkan perebutan.

(kubur dibersihkan dan dihiasi dengan


kertas-kertas berwarna-warni (orang tua ini adalah dipercayakan
melambangkan kesetiaan anak-anak, menjaga ‘pintu masuk’ ke dunia, jadi
cucu-cicit kepada simati) wajar meminta kebenarannya untuk
memberi ‘pas keluar’ kepada si mati
untuk keluar dan menghayati
makanan yang disembah)