Anda di halaman 1dari 7

MUZIK DAN PERGERAKAN KREATIF PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ETD 2232 TARIAN ZAPIN JOHOR

PENGENALAN ASAL-USUL TARIAN ZAPIN Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional.Tarian Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan dan enam puluhan. Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realitinya kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut. Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke16. Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam Tarian Zapin (Jawi: )merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

Tarian Zapin Arab Tarian Zapin Johor Tarian Zapin Lenga Tarian Zapin Pekan Tarian Zapin Tenglu

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola. Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan harihari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab. Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah. Pada setiap kali kita menyebut tentang kebudayaan tarian negeri Johor, ingatan tidak akan pernah terlepas untuk membayangkan Zapin Johor sebagai suatu warisan budaya paling terkenal di negeri ini. Zapin yang semakin dimartabatkan dan diperkembangkan kini terus dikenali di seluruh tanahair, bahkan hingga ke peringkat antarabangsa. Negeri Johor adalah negeri yang masih mempertahankan genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun. Zapin dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Namun kedua-duanya adalah berasal daripada kesenian Arab yang datangnya dari Hadramaut. Tarian Zapin kini menjadi mekanisme yang memeriahkan suasana pelancongan, temasya, pertandingan dan majlis-majlis rasmi di sekitar negeri Johor. Tarian Zapin disertai oleh setiap

golongan termasuk generasi muda dan kanak-kanak sebagai generasi pewaris budaya. Ini menjadikan Zapin lebih terserlah sebagai identiti kebudayaan terkenal di Johor. Apa yang menarik adalah, Zapin Johor terbukti berupaya mewujudkan rasa keharmonian di antara penari, pemuzik dan penonton.Kebudayaan ini adalah simbolik dengan dasar pembangunan menyeluruh negeri Johor yang menitik beratkan pelbagai aspek pembangunan fizikal dan mental.

SEJARAH TARIAN ZAPIN Zapin Pekajang yang berasal dari Kampung Pekajang, Gelang Patah Johor Bahru diasaskan oleh Allahyarham Abd Rashid bin Riona yang telah diturunkan kepada tiga orang anaknya iaitu Allahyarham Mohd Zafin bin Abd Rashid, En. Yaakob bin Abd Rasbid dan Allahyarham En. Ali bin Abd Rasbid. Sebelum meninggal dunia En. Mobd Zafin Abd Rasbid telah mengabadikan Zapin Pekajang kepada enam orang anaknya iaitu Hamzah bin Mobd Zafin, Zulkifli bin Mobd Zafin, Zainal Abidin bin Mobd Zafin, Shamsil Bahrin bin Mobd Zafin, Shamsul Kahar bin Mobd Zafin dan Norzahid bin Mobd Zafin.

Kelima-lima orang anak Allahyarham Mobd Zafin masib giat berzapin terutamanya di majlismajlis keramaian yang diadakan di sekitar Kampung Pekajang. Salah seorang daripada anak Allahyarbam, iaitu Zainal Abidin bin Mobd Zafin berupaya untuk terus menyalakan dan mencerahkan tari Zapin Pekajang ini melalui Yayasan Warisan Johor. Ini kerana Zainal Abidin kini bertugas sebagai salah seorang kakitangan di Yayasan Warisan Johor.

Menurut En. Zainal, Zapin Pekajang yang mengandungi 13 ragam ini kebiasaannya ditarikan di hadapan pasangan pengantin pada malam berinai. Penari-penari zapin ini memegang bunga telur di tangan kanan sambil tangan kiri menyingsing kain samping. Zapin Pekajang ini ditarikan hanya oleh penari lelaki sahaja kerana pergerakan tarian ini agak gagah dan bertenaga. Menurut beliau lagi, Zapin Pekajang ada kemungkinannya juga dibawa dari Kepulauan Riau sekitar tahun 20-an dan diolah semula oleh Allahyarham Abd. Rashid kerana pada ketika itu nendanya sering berulang-alik ke Kepulauan Riau untuk mengunjungi keluarga mereka yang masih berada di sekitar Kepulauan Riau.

Sebagai pendukung seni dan muzik di Yayasan Warisan Johor, En. Zainal Abidin yang dilahirkan pada 13 Disember 1956 seakan-akan mengambil alih peranan mengembangkan Zapin Pekajang ini kepada umum melalui Yayasan Warisan Johor. Justeru, beliau telah menjadi tenaga pengajar Zapin Pekajang kepada Artis Budaya Yayasan Warisan Johor. Selain itu beliau juga telah memperkembangkan zapin ini kepada anak-anaknya dan kepada para belia di Kampung Pekajang dan sekitar ZAPIN DI BRUNEI Manakala di Brunei, tarian Zapin pelbagai juga jenis dan ragamnya seperti rentak dan geraknya. Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan "Jipin". Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:

Zapin Laila Sembah (Jipin Laila Sembah) Zapin Tar (Jipin Tar)

Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan Sharif Ali, sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Zapin berasal dari segi bahasa arab iaitu "Zafn"

yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan. Tarian ini juga kadang-kadang ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas Nabi. Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang tabur dan tar. FUNGSI TARIAN ZAPIN Pada zaman dahulu fungsi tarian zapin hanyalah untuk menghiburkan para golongan raja sahaja.Tetapi sekarang fungus tarian zapin untuk mempererat tali silatulrahim dan persaudaraan.Tarian zapin banyak disukai oleh golongan muda-mudi kerana dapat mengespresikan diri disamping tari zapin berfungsi sebagai media cari jodoh. Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor terserlah

Contoh Tarian Zapin