Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Hasil Pembelajaran 1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikromakro serta Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah. 2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat

membandingbezakan konsep : strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat. 3. Mengaplikasikan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah. 4. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di dalam bilik darjah. 5. Menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerap elemen-elemen bestari. 6. Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah supaya dapat memupuk potensi semula jadi murid.

1.2 Objektif Kerja Kursus 1. Menjelaskan dengan pemikiran yang kreatif dan kritis impak teknik didik hibur dalam pembelajaran dan pengajaran murid-murid di dalam bilik darjah 2. Menghuraikan dengan terperinci cara-cara asperiasi bahasa dalam didik hibur dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. 3. Menjustifikasikan perkaitan antara pendekatan didik hibur dengan teori pemerolehan bahasa dengan mengemukakan hujah-hujah yang tepat, padat dan mantap. 4. Menghasilkan satu rancangan pengajaran harian (RPH), selama 60 minit yang berkaitan dengan teori pemerolehan bahasa seta menerapkan teknik didik hibur secara maksimum untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah.

2.0 PENGENALAN Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan muridmurid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Istilah didik hibur atau 'fun learning' diperkenalkan seiring dengan pelaksanaan KSSR pada tahun 2010. Ia merupakan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti didik hibur boleh dilaksanakan semasa melaksanakan set induksi atau semasa penutup sesi P&P.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.

3.0 IMPAK DIDIK HIBUR

Didik hibur sudah semestinya memberikan impak yang bagus dan mampu mengubah suasana pengajaran dan pembelajaran murid supaya lebih kondusif dan berkeinginan untuk belajar. Impak yang bakal terhasil ini akan menunjukkan kejayaaan bahawa Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu perubahan yang memang patut dilakukan bagi memastikan prestasi murid dalam kurikulum dapat mencapai tahap yang optimum.

Salah satu impak didik hibur kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ialah sesi pembelajaran akan menjadi seronok dan menghiburkan. Ini kerana dalam didik hibur terkandungnya unsur kelakar, kecindan, estetik, permainan muzik, lakonan, dan sebagainya. Unsur-unsur ini mampu menarik minat murid untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan menumpukan perhatian sebaiknya. Jelas di sini bahawa didik hibur mampu memberikan impak yang begitu memberangsangkan untuk menarik minat murid supaya lebih menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Selain itu, didik hibur juga mampu mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid terhadap guru. Dari persepsi murid biasanya, guru merupakan seorang insane yang agak tegas dalam mendidik anak murid. Tambahan pula pelbagai kes yang agak berbahaya sekarang ini melibatkan guru disiarkan di kaca-kaca televisyen. Antara kesnya ialah guru merogol anak murid, murid menampar murid sehingga pekak, guru ditembak mati kerana hutang dan sebagainya. Jadi dengan adanya didik hibur, ia mampu memberikan impak yang baik kepada murid tentang guru sebagai pendidik mereka dan sekali gus mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan mereka terhadap guru.

Di samping itu, impak didik hibur ialah murid-murid akan sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. Ini kerana didik hibur membuatkan murid berasa gembira semasa menimba ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dengan ini, didik hibur mampu memberikan impak yang positif dan baik dalam memastikan murid belajar dengan keadaan yang kondusif dan gembira.

Antara impak didik hibur yang lain ialah penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai semasa sesi pembelajaran. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, didik hibur juga memberikan impak yang lain iaitu, mempelbagaikan cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, tidak akan timbul rasa tidak puas hati di antara murid-murid malahan akan menambahkan lagi keseronokan kepada murid-murid kerana ia mampu mengembirakan hati mereka semua. Lagipun, salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

Di samping itu, impak didik hibur juga ialah mewujudkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi. Ini kerana aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan untuk menjalankan didik hibur ini. Impak ini akan membawa murid ke arah perpaduan selaras dengan hasrat wawasan 2020 yang ingin dicapai. Dalam didik hibur, murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. Ini secara tidak langsung akan memberikan impak positif iaitu murid akan menjana idea dan membuka minda mereka untuk berfikiran lebih jauh.

Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh. Ini memberikan impak yang sangat berguna untuk murid kerana bahasa tubuh tidak dapat dipelajari melalui pembelajaran biasa tetapi memerlukan didik hibur untuk mendalaminya dengan lebih baik. Secara tidak langsung murid dapat mempelajari sesuatu yang sangat berguna dalam kehidupan mereka kerana bahasa tubuh merupakan bahasa yang sering diguna pakai oleh murid-murid untuk memberitahu sesuatu sesame mereka.

Kesimpulannya, didik hibur memberikan impak positif yang begitu bermakna dan menyeluruh kepada seseorang murid. Jadi tidak hairanlah kenapa didik hibur seharusnya diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4

4.0 APLIKASI APRESIASI BAHASA DALAM DIDIK HIBUR Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, apresiasi bahasa merupakan perkara yang perlu diambil tahu bagi memastikan ia dapat diaplikasikan dalam didik hibur.

Antara apresiasi bahasa dalam didik hibur ialah perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau meggerunkan murid. Ini kerana didik hibur itu sendiri merujuk kepada belajar dalam keadaan yang menggembirakan. Apa yang dimaksudkan dengan perwatakan menarik ialah guru pandai memainkan peranan dengan menggunakan nada suara yang betul dan laras bahasa yang sesuai di samping menyelitkan unsur-unsur jenaka yang sesuai dengan tahap murid. Guru tidak boleh membuatkan murid menjadi takut kerana didik hibur tidak dapat dijalankan dengan baik dan secara langsung menunjukkan guru itu tidak pandai dalam mengapresiasikan bahasa dalam didik hibur.

Dalam mengapresiasikan bahasa dalam didik hibur bagi proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara baik, bahasa yang digunakan haruslah sesuai dengan tahap dan aras murid. Ini bagi memastikan murid dapat memahami isi kandungan yang ingin disampaikan melalui laras bahasa yang disampaikan oleh guru. Jika guru mengajar murid tahun 2 tentang gurindam sudah semestinya ia tidak dapat menarik minat murid untuk belajar kerana laras bahasa yang digunakan di dalam gurindam tidak sesuai dengan pemikiran murid dan murid belum mengetahui cara untuk bergurindam. Akan tetapi jika guru mengajar murid tahun 6 tentang pantun enam kerat sudah semestinya mereka dapat menguasai dan rasa terhibur kerana laras bahasa dan cara berpantun sudah mereka kuasai sepenuhnya.

Selain itu, dalam didik hibur guru tidak sepatutnya menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak. Ini bagi memastikan murid tidak terasa rendah diri dan mengelakkan murid daripada menyisihkan diri dari terlibat secara langsung dalam aktiviti didik hibur. Guru seharunya memberikan dorongan dan motivasi kepada murid dalam menjalankan aktiviti didik hibur dengan menggunakan apresiasi bahasa yang baik supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. proses

Dalam menjadi seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik, seorang guru haruslah pandai dalam mengapresiasikan bahasa semasa menjalankan aktiviti didik hibur. Ini kerana untuk memastikan murid memahami dan mematuhi segala arahan yang diarahkan oleh guru. Guru tidak boleh menggunakan nada suara yang lembut dalam menangani murid yang agak nakal kerana arahan tidak akan dihiraukan oleh mereka. Guru harus pandai dalam bermain kata-kata dan menggunakan intonasi nada yang sesuai supaya murid dapat memahami dengan baik setiap arahan yang diberikan.

Di samping itu, apresiasi bahasa dalam didik hibur juga membolehkan guru melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. Dengan ini, murid tidak akan mudah jemu dan selalu terhibur kerana gurunya tidak menggunakan satu perwatakan yang biasa mereka lihat pada setiap hari. Ini merupakan cara yang perlu diaplikasikan oleh guru untuk menarik minat murid untuk belajar di dalam bilik darjah.

Selain guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti, guru juga perlu boleh membuat pelbagai suara semasa mengajar murid-murid. Guru sedikit sebanyak perlu mengetahui suara-suara watak kartun mahupun drama atau telemovie yang disukai dan digemari kebanyakkan murid sebagai pengetahuan am. Ini kerana jika guru menggunakan suara watak yang tidak diketahui oleh murid, murid tidak akan terhibur malah akan lebih suram kerana ketidaksampaian mesej yang hendak disampaikan. Lagipun, ini untuk menarik minat murid dan membuatkan murid terhibur di dalam bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Dalam memberikan arahan juga apresiasi bahasa perlu. Ini kerana arahan yang tepat dan menarik akan membuat murid berasa ingin belajar dan seterusnya menarik minat mereka untuk belajar. Jika kita biasa memberikan arahan seperti murid-murid, sila buka buku muka surat 51 maka kita ubahnya kepada murid-murid, cuba cari muka surat yang mengandungi pantun dua kerat. Dengan ini, murid-murid akan lebih bertindak lebih aktif dan mereka lebih bersedia untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, guru juga perlu berkebolehan dalam menukar atau melakukan penysuaian secara mendadak. Ini memerlukan apresiasi bahasa kerana setiap laras bahasa yang digunakan akan berubah mengikut kesesuaian. Jika guru tidak dapat mengapresiasikan bahasa

secara optimum, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas dan terganggu jika berlaku perubahan secara mendadak.

Dalam menjadi guru atau fasilitator, dia perlulah seorang yang fleksibel terutamanya dalam apresiasi bahasa. Ini kerana penggunaan bahasa memainkan peranan penting dalam memastikan kawalan murid atau arahan yang diberikan dapat diikuti oleh semua murid. Kesimpulannya, apresiasi bahasa dalam didik hibur dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah mengikut cara-cara yang telah diterangkan secara terperinci. Jadi di sini menunjukkan apresiasi bahasa diperlukan di dalam melaksanakan didikhibur agar murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan mereka dapat melibatkan diri secara aktif.

5.0 JUSTIFIKASI TEKNIK DIDIK HIBUR DALAM TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Terdapat teori-teori yang memberi pengkhususan kepada pemerolehan bahasa yang dikemukakan oleh Teori Behaviourisme, Teori Mentalis, Teori Kognitif dan Teori

Fungsionalis. Pendapat-pendapat ahli psikologi yang terdiri daripada Skinner, Pavlov, Jean Piaget, Thorndike dalam teori teori bahasa mempunyai kaitan dengan teknik didik hibur.

Teori pemerolehan bahasa yang mempunyai kaitan rapat dengan teknik didik hibur ialah teori behaviourisme. Teori ini dipelopori oleh Bloomfield. Teori behaviourisme ini menganggap bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan melalui rangsangan dan gerak balas. Menurut Bloomfield, pengukuhan perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Murid-murid perlu diberi ganjaran agar murid-murid terus berkeinginan untuk belajar.

Berlandaskan kepada teori pemerolehan ini, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi sangat penting dan berkesan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini bermakna guru- guru perlu menyusun pelajaran dengan baik melalui latihan secara berulangulang. Ini menunjukkan teori ini mempunyai kaitan dengan teknik didik hibur di mana teknik didik hibur memberikan rangsangan kepada murid untuk melibatkan diri dengan membuatkan aktiviti yang akan disertai murid adalah seronok.

Apabila murid mendapat rangsangan daripada teknik didik hibur ini, murid akan secara semula jadi bergerak balas terhadap rangsangan dengan melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti kelas. Murid diberikan ganjaran dengan dapat melibatkan diri secara aktif dalam teknik didik hibur dan ini akan meneruskan keinginan murid untuk terus belajar.

Menurut Bloomfield dalam Teori Behaviourisme, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar. Ini bermakna, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru menggunakan teknik didik hibur, guru perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik seperti penggunaan bahan-bahan makmal bahasa, kad-kad bacaan yang menarik. Bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik minat murid untuk belajar dan tidak bosan dan ini membolehkan latih tubi dilakukan dalam keadaan bermakna. Jadi jelas di sini keberkaitan antara teori pemerolehan bahasa behaviourisme dengan teknik didik hibur.

Selain itu, teori pemerolehan bahasa yang lain iaitu teori mentalis juga mempunyai kaitan dengan teknik didik hibur. Teori Pembelajaran Mentalis yang dipelopori oleh Noam Chomsky berasaskan fungsi mental seseorang manusia. Menurut Chomsky , kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan bermula dari peringkat yang melibatkan deria motor, kemudian pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Ini bermakna, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami dahulu sebelum mereka bertutur.

Teori ini juga menekankan kaedah pengajaran berpusatkan murid. Murid terlibat secara langsung dan guru hanya sebagai pemudahcara. Murid mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran dengan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar. Teori Mentalis ini amat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar bahasa melalui teknik didik hibur. Menurut Chomsky juga, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Seseorang kanak-kanak yang menggunakan struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat sekeliling.

Dengan ini , guru perlu menjalankan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan bagi membolehkan murid-murid menguasai struktur bahasa yang terdapat dalam sistem bahasa dengan baik. Ini mempunyai kaitan dengan didik hibur di mana murid-murid akan menjalankan aktiviti yang melibatkan komunikasi di dalam kelas dan penglibatan murid adalah secara aktif di mana ia berpusatkan murid itu sendiri.

Menurut Chomsky juga, kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tan tatabahasa disamapikan secara formal dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, seseorang guru perlu memulakan sesuatu pengajaran tatabahasa dengan memberi terus rumus-rumus dan konsep tatabahasa kemudian diikuti dengan contoh-contoh. Dalam teknik hibur juga begini, contohnya di mana guru mengajar murid tentang pantun dahulu kemudian barulah murid diminta untuk menyediakan pantun mereka sendiri dan berpantun di dalam kelas.

Teori kognitif juga merupakan teori pemerolehan bahasa yang mempunyai hubungan rapat dengan teknik diidk hibur. Teori kognitif ini dipelopori oleh jean piaget. Menurut Jean Piaget, ia menekankan fungsi otak dalam proses pembelajaran bahasa. Seseorang kanakkanak sejak lahir lagi mempunyai satu alat di dalam otak yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengar. Jean Piaget meletakkan empat faktor untuk membezakan penguasaan bahasa kanak-kanak. Peringkat pertama dipanggil peringkat deria motor ( sejak lahir 2 tahun). Pada peringkat ini seseorang kanak-kanak itu hanya mampu menguasai bahasa melalui bunyi-bunyi di persekitaran. Ia menggunakan deria motor untuk berinteraksi. Peringkat kedua ialah peringkat pra-operasi ( 2 7 tahun ). Pada peringkat ini muridmurid menguasai bahasa dan konsep dengan cepat dan menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan persekitaran. Sebagai guru sudah menjadi keperluan dan tuntutan untuk menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru-guru mestilah bijak memilih aktiviti lisan dan teknik yang menjurus kepada kemahiran menggunakan bahasa untuk berinteraksi. Aktiviti lisan membolehkan murid-murid bertutur dengan fasih di samping memperkayakan kosa kata. Aktiviti lisan di sini merujuk kepada teknik didik hibur di mana murid akan belajar sambil berhibur kerana ia melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Peringkat olahan konkrit ( 7 -12 tahun ) merujuk kepada penggunaan pemikiran logik, warna dan memahami konsep pembalikan. Murid-murid juga sudah boleh bertutur dengan fasih. Oleh itu, guru perlulah mengajar kemahiran bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis. Guru juga mestilah bijak memilih kaedah pengajaran yang menjurus kepada kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis. Dengan menggunakan teknik didik hibur teori pemerolehan bahasa kognitif ini jelas kelihatan semasa murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.

10

Di samping itu, teori interaksionalisme juga ada kaitan dengan teknik didik hibur. Teori Interaksionalisme menekankan pembelajaran bahasa adalah sebagai alat komunikasi dan satu proses melibatkan mental dan linguistik. Menurut Halliday, pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Dalam pembelajaran bahasa, teori ini menghendaki guru memberikan banyak latihan kepada murid kerana pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur tetapi yang penting ialah mempelajari makna untuk belajar berinteraksi. Guru-guru perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang bermakna dan dengan ini murid boleh menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar. Apa yang dimaksudkan dengan aktiviti yang bermakna ialah dengan menggunakan teknik didik hibur di mama murid akan melibatkan diri secara aktif dan aktiviti itu mampu mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran yang diikuti murid.

Teori pemerolehan bahasa yang membicarakan tentang bagaimana bahasa diperolehi ialah Teori Interaksionalisme. Teori ini menyatakan bahawa pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi di mana melibatkan mental dan linguistik. Makna dan struktur bahasa adalah penting untuk membolehkan murid-murid berkomunikasi. Berlandaskan teori ini, guru bukan sahaja mengajar struktur bahasa tetapi mengajar cara untuk murid berinteraksi. Guru perlulah bijak memilih teknik yang sesuai seperti lakonan, simulasi, bercerita dan sebagainya untuk melatih murid menguasai bahasa dalam berinteraksi dengan rakan, guru dan masyarakat. Dan ini semua merujuk kepada teknik didik hibur.

11

6.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Bahasa Melayu Kelas : 2 Bestari Masa : 10.30 Pagi - 11.30 Pagi Tema : Pertanian Tajuk : Buah-Buahan Tempatan Standard Kandungan : 4.1- Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. Standard : 4.1.1- Menyebut suku kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat :1. 2. Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian. Menamakan buah-buahan tempatan.

Langkah

Isi pelajaran

Aktiviti Pembelajaran

Catatan

Buah-buahan Tempatan Set induksi ( 5 Minit ) Cempedak Ciku Manggis Rambutan

1)Guru

berlakon

sebagai BBB -buah-buahan asli

penjual buah-buahan.

2)Murid tampil membeli buah yang dibawa guru.

atau tiruan.

3)

Murid

diminta

menyebut TKP

nama buah-buahan yang ingin 12

Langsat Rambutan pulasan

dibeli oleh mereka.

Interpersonal

Langkah 1 ( 10 minit)

Lagu buah-buahan 1)Murid menonton video lagu BBB tempatan tentang buah-buahan tempatan. -carta lagu -skrin 2)Murid melihat senikata lagu yang dipaparkan pada skrin. -LCD

3)Murid menyebut senikata lagu dengan jelas secara kelas.

Langkah 2 ( 15 minit )

Senikata lagu dan 1)Murid muzik

manyanyikan

lagu BBB -carta lagu -skrin

dengan bimbingan guru.

2)Murid

diminta

menyanyi lagu kelas, TKP -Verbal Linguistik -Kecerdasan Muzikal -LCD

berdasarkan dengan jelas

senikata secara

kumpulan dan individu.

13

Langkah 3 ( 15 minit )

Lakonan jual beli 1)Murid dibahagikan kepada 4 BBB mengikut kumpulan. kumpulan. -Buahan tiruan/asli -kad gambar 2)Setiap kumpulan dikehendaki menjalankan aktiviti jual beli sambil menyanyi lirik lagu TKP -Interpersonal

melalui lakonan.

Langkah 4 ( 10 minit )

Nama buah-buahan

Latihan pengayaan: 1)Murid diminta klik pada BBB -slaid -lembaran kerja

gambar atau perkataan yang betul dalam latihan yang

dipaparkan pada slaid.

Latihan pemulihan: 2)Murid jenis diminta

Kemahiran berfikir

menyatakan -menjana idea buah-buahan yang

terdapat dalam senikata lagu berdasarkan jawapan diberi.

3)Murid senikata tempatan.

diminta lagu

lengkapkan buah-buahan

14

Penutup ( 5 minit )

Nyanyian

dan 1)Murid semula tempatan bebas.

diminta lagu sambil

menyanyi bergerak

BBB -senikata lagu TKP -Muzikal -kinestetik

gerakan bebas.

Buah-Buahan

Refleksi : ____________________________________________________________________

15

Anda mungkin juga menyukai