Anda di halaman 1dari 5

Ayat Tunggal

Ayat yang mengandungi hanya satu kalusa, iaitu satu unit rangkaian perkataan
yang mengandungi satu subjek dan predikat.

Binaan Ayat Tunggal

Subjek (diterangkan) Predikat (menerangkan)


Orang tua itu kuat berjalan

Binaan Subjek

(i) Subjek Kata Nama

Subjek (Nama Am) Predikat


Abangnya juruterbang
Subjek (Nama Khas) Predikat
Si Tompok mencakar dinding
Subjek (Nama Terbitan) Predikat
Kesilapan itu Satu pengajaran

Subjek (Kata Ganti Nama Orang) Predikat


Kami pelajar Tingkatan Enam
Subjek (Kata Ganti Nama Tunjuk Predikat
Umum)
Ini pendapat yang bernas
Subjek (Kata Ganti Nama Tunjuk Predikat
Tempat)
Sini Perhentian bas yang baharu
(ii) Subjek Kata Ganti Nama

(iii) Subjek Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama

Subjek (Kata Kerja) Predikat


Melukis menjadi kegemarannya

(iv) Subjek Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama

Subjek (Kata Adjektif) Predikat


Putih ialah warna pilihan Hasnah

Binaan Predikat

(i) Predikat Frasa Nama


Subjek Predikat (Frasa Nama Am)
Nizam ketua darjah
Subjek Predikat (Frasa Nama Khas)
Bangunan itu Muzium Negara

(ii) Predikat Kata Kerja

Subjek Predikat (Kata kerja asal tidak


berimbuhan)
Bapa Aliah tidur (KK tak transitif)
Monyet itu makan pisang (KK transitif - objek)
Subjek Predikat (Kata kerja asal
berimbuhan)
Para pelancong sedang menari di majlis itu
Dia mengarang sebuah cerita jenaka (KK
transitif)
Subjek Predikat (Kata kerja Terbitan)
Encik Sulaiman menyekolahkan anak bongsunya
Subjek Predikat (kata bantu)
Pesawat itu belum tiba lagi (aspek)
Orang tua itu hendak hendak pergi ke bandar
Subjek Predikat (unsur keterangan)
Mereka bertindak untuk kepentingan diri sendiri

(iii) Predikat Frasa Adjektif

Subjek Predikat (kata adjektif selapis)


Ibu pejabat firma itu besar / amat besar /besar sungguh/
paling besar
Subjek Predikat (kata adjektif ganda)
Bangunan di bandar raya tinggi-tinggi (jamak)

(iv) Predikat Frasa Sendi Nama


Subjek Predikat
Adik saya di rumah

Susunan Konstituen Ayat Tunggal


(i) Susunan biasa
Cth: Guru itu telah memenangi hadiah pertama
• Boleh menerima kata penegas (partikel –lah, -kah, dan –tah)
• Cth: Bapa saya dia  Dialah bapa saya.
(ii) Susunan songsang
(a) pendepanan frasa kerja
• Mereka bekerja setiap hari  Bekerja mereka setiap hari
(b) pendepanan frasa adjektif

Dia sakit pada masa itu  Sakit sia pada masa itu.
(c) pendepanan frasa sendi
• Surat ini daripada Ali  Daripada Ali Surat ini.
Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat aktif
• Ayat yang mengandungi KK yang mengutamakan subjek asal sebagai judul @
unsur yang diterangkan

(i) ayat aktif transitif (mengandungi objek sebagai unsur penyambutnya)


Subjek Predikat
KK transitif Objek Objek sipi

Guru Besar memanggil saya -


Pembantu membawakan saya secawan kopi
rumahnya
Subjek Predikat
Kata Kerja Objek Frasa sendi
nama
(keterangan)

Pembantu membawakan secawan kopi untuk saya


rumahnya

(ii) ayat aktif tak transitif (tidak diikuti objek sebagai penyambutnya)
(a) dengan keterangan yang boleh digugurkan
• Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.  Kanak-kanak sedang mandi.
• Dia menangis sepanjang hari.  Dia menangis.

(b) dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan


• Dia berada di Kuala Lumpur.  *Dia berada
• Kebanyakan mereka tinggal di rumah setinggan.  *Kebanyakan mereka
tinggal.

Ayat pasif
• Asalnya daripada ayat aktif transitif dan mengandungi KK yang
mengutamakan objek asal sebagai judul @ unsur yang diterangkan
(i) ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
(ii) ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua
(iii) ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

Subjek Kata kerja pasif Oleh + frasa Keterangan


nama
Sampah sarap Dibakar (di-) oleh ayah pagi tadi
Mereka kehujanan (ke-…- - sepanjang hari
an)
Baju itu berjahit (ber-) - dengan benang
sutera
Subjek FK pasif dengan Ganti Nama Diri Keterangan
Pertama/Kedua
Kerja itu sudah saya selesaikan semalam
Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya
Subjek kena Kata Kerja Dasar Oleh + Frasa
Nama
Pencuri itu kena tangkap Oleh polis

Unsur pilihan dalam Frasa Predikat

(i) Kata nafi


(ii) Kata pemeri

Kata Nafi
Menyatakan maksud nafi @ negatif kepada unsur utama dalam predikat itu (bukan
& tidak)
• Bukan boleh menafikan semua frasan nama (FN) dan frasa sendi nama (FS)
Cth: Itu bukan sekolahnya (FN)
Faedahnya bukan untuk saya sahaja (FS)
• Bukan boleh hadir bagi menfikan frasa kerja (FK) dan frasa adjektif (FA) jika
kedua-keduanya mendukung maksud pertentangan maklumat.
Cth: Ucapannya bukan menghina kita, tetapi menyatakan kebenaran. (FK)
Ali bukan pandai sangat, tetapi rajin. (FA)
• Tidak boleh menafikan frasa kerja (FK) dan frasa adjektif (FA)
Cth: Mereka tidak datang semalam (FK)
Bapa saya tidak kuat lagi (FA)

Kata Pemeri
Unsur yang menjadi pemeri hal @ penghubung antara subjek dengan frasa-frasa
utama dalam predikat
• Ialah hadir di hadapan frasa nam (FN)
Cth: Warna pinang masak ialah warna rasmi bas sekolah seluruh negara
kita. (FN)
• Adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS)
Cth: Taklimat tentang skim jawatan itu adalah terlalu panjang. (FA)
Matlamat penyelidikan dan pembangunan kebangsaan adalah untuk
kemajuan negara. (FS)
Kata nafi & kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kecuali dalm binaan
adalah + kata nafi + frasa adjektif
Cth: Kita semua sedia maklum bahawa dunia yang dicipta oleh Tuhan adalah tidak
kekal dan suatu hari nanti akan berakhir jua.

einezz