Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN MEI 2013 SEMESTER

KOD MATA PELAJARAN NAMA MATA PELAJARAN PROGRAM : : EPE 211 FALSAFAH PENDIDIKAN

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

: :

ROSLAN BIN MAMAT E 3020912733

FASILITATOR AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN

EN FAHRUL IRFAN ISHAK

: AEU JOHOR BARU

Falsafah Pendidikan Saya

MINDA BERKUALITI INSPIRASI KEHIDUPAN

Modal Insan berminda kelas pertama adalah teras pembangunan negara u n t u k m e n c a p a i W a w a s a n 2 0 2 0 . Selaras dengan tema Guru Malaysia bagi tahun 2013 iaitu GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA di mana guru mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sebagai seorang guru saya mempunyai falsafah pendidikan tersendiri berdasarkan tema hari guru bagi tahun 2013 iaitu Minda Berkualiti Inspirasi Kehidupan.

Minda berkualiti bermaksud generasi modal insan yang berkualiti , mempunyai daya pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin dan berwawasan. Inspirasi bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu atau dikenali sebagai ilham. Oleh yang demikian sebagai seorang guru seharusnya kita perlu berusaha mendidik pelajar agar menjadi generasi yang berdaya pemikiran tinggi dari segi rohani dan jasmani untuk masa depan.

Sebagaimana yang kita s e d i a m a k l u m b a h a w a M a l a ys i a m e m p u n ya i pelbagai kemudahan infrastruktur, kini menumpukan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta etika yang positif. Kemajuan sesebuah n e g a r a i t u a k a n h a n ya d a p a t d i k e c a p i o l e h r a k ya t a p a b i l a m o d a l i n s a n n ya mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan kerohanian. Walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dibuat demi mencapai impian tersebut seharusnya perlu ada penambahbaikan dilakukan kerana kita sebagai insan yang sentiasa bertakwa amat berkeyakinan bahawa manusia hanya dapat merancang tetapi Allah yang menentukannya. Dengan itu setiap usaha murni mestilah disertai dengan tekad dan iltizam supaya apa yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri akan dapat dicapai dengan jayanya seterusnya kehidupan yang berkualiti.

B e r d a s a r k a n k e n ya t a a n d i a t a s j e l a s m e n u n j u k k a n b a h a w a P e r d a n a Menteri bukan sahaja ingin modal insan sebagai teras utama untuk pembangunan negara tetapi apa yang lebih penting ialah melahirkan modal ins an yang

berkualiti dalam semua aspek kehidupan mereka baik dari segi pendidikan, tingkah laku (moral), pekerjaan, cara berfikir dan bertindak, kesedaran sivik yang tinggi serta menyedari peranannya kepada negara, masyarakat dan agama bagi menjamin kesejahteraan hidup. Ciri-ciri insan seperti ini dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama sebagaimana yang dinyatakan dalam perutusan beliau sempena Hari Pekerja 2006.

Selain dari itu saya berusaha mengamalkan nilai-nilai murni dalam Tonggak Dua Belas dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas dalam melahirkan pelajar yang mempunyai minda berkualiti. Di antara nilai-nilai murni yang patut diterapkan kepada pelajar adalah menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, kewajipan menjalankan tugas, peningkatan bakat dan nikmat mencipta. Guru seharusnya bijak menghargai masa pelajar agar pelajar mendapat ilmu yang berkesan dengan penggunaan masa secara optima dan terhad. Nilai-nilai positif seperti gigih, rajin, tekun, sabar, berdisiplin, cekal dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak rintangan perlu dipupuk kepada pelajar dalam membuat sesuatu perkara agar melahirkan generasi yang berkualiti dan hidup lebih bermakna.

Saya berpendapat minda berkualiti atau lebih dikenali sebagai minda kelas pertama mampu memikirkan strategi mengekalkan imej diri sendiri atau percaya diri dan secara tidak langsung meningkatkan mutu perkhidmatan saya sebagai pengajar secara berterusan. Kemampuan bertindak balas dalam pelbagai suasana dan halangan menggambarkan ketinggian sikap, personaliti dan keperibadian seseorang. Sikap ini menjadikan saya lebih bersemangat dalam menjalankan tugas seterusnya merasakan hari-hari yang ditempuhi digunakan dengan sempurna. Minda ini berhubung kait dengan cirri-ciri minda hikmah yang ditekankan oleh Al-Quran dan oleh Rasulullah iaitu merujuk kepada sesuatu kebaikan dan faedah kepada kehidupan manusia termasuklah pelbagai bidang yang membawa kesejahteraan.

Justeru, dalam melahirkan pelajar yang mempunyai minda berkualiti, cara dan proses berfikir yang betul dan baik melalui pembelajaran sepanjang hayat perlu terus digalakkan di tempat kerja demi kehidupan yang sempurna selaras dengan dasar falsafah saya Minda berkualiti, Inspirasi kehidupan.

Bahagian B 1. Menurut Al-Farabi manusia yang sempurna ialah manusia yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi teladan kepada orang lain. Bincangkan secara kritis.

PEMIKIRAN FALSAFAH AL FARABI

Nama sebenar Al Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn alSariy. Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

Menurut Al Farabi

seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya

daripada sains dan politik, sebaliknya seseorang falsafah itu perlulah menguasai keduaduanya untuk menjadi seorang falsafah yang sempurna. Mengenai teori politik, Al-Farabi berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu dan sebarang percubaan untuk memisahkan antara satu sama lain hanya akan melahirkan sebuah negara yang pincang. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur. Al-Farabi mempunyai banyak idea dalam menghujahkan sesuatu falsafah dan pemikiran beliau. Antara pemikiran beliau ialah mengenai negara kota, perlunya masyarakat, masyarakat yang sempurna, kebahagian, ke arah kecemerlangan, pendidikan, ketua negara atau pemimpin, negara ideal, negara setentang dengan negara terbaik dan akhir sekali beliau ada membahaskan tentang hak individu ideal.

Menurut Al-Farabi manusia yang sempurna ialah manusia yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai murni dan seterusnya menjadi teladan kepada orang lain. Penyataan ini membawa maksud bahawa manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan akan menerapkan nilai murni dalam dirinya akan menjadi model kepada masyarakat sekeliling. Pendidikan menurut Al-Farabi adalah peranan seorang guru ialah untuk

mendisplin, melatih, membimbing, mengajar, mengasuh, pembelajaran, mentaksir dan mengasuh.

Tugas guru adalah untuk membentuk pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan kerana manusia dicipta untuk tujuan tersebut. Al-Farabi menekankan bahawa matlamat utama pendidikan ialah penguasaan nilai, pengetahuan dan kemahiran ke arah mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan. Manusia yang sempurna ialah individu yang telah memperoleh budi mulia teoretikal dan budi mulia praktikal yang diamalkan dalam masyarakat seterusnya menjadi teladan kepada orang lain. Dengan adanya pendidikan dan pengetahuan makan akan terbentuk suatu komuniti idea di mana orang tolong-menolong dan bekerjasama ke arah mencapai kebahagiaan kerana tanpa pendidikan manusia tidak akan mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan yang diingini.

Pendidikan amat penting untuk memastikan pelajar menguasai nilai-nilai yang menjadikan seseorang itu berbudi mulia di mana manusia akan melakukan perkaraperkara baik dan bermurah hati. Dengan tertanam nya sifat mulia ini maka akan wujudlah suatu komuniti yang mempunyai sifat kesederhanaan, keberanian, murah hati, keadilan dan pelbagai lagi sifat mulia. Pendidikan menurut Al-Farabi ialah pembentukan manusia yang tidak taksub dengan keterlaluan dan kebendaan. Oleh sebab masyarakat memainkan peranan yang begitu penting dalam asuhan individu ke arah mewujudkan insan mulia makan pendidikan berperanan melahirkan masyarakat yang mulia. Sesuatu masyarakat ideal dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai perlakuan yang berhemah dan bermoral tinggi. Pemimpin juga memainkan peranan mengurus dan menggalakkan masyarakat ke arah mencapai kebaikan dan mengatasi kejahatan. Al-Farabi juga berpendapat adalah menjadi kewajipan negara memperuntukkan bajet untuk pendidikan agar dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai akhlak baik dan berpengetahuan tinggi.

Antara persamaan Falsafah Pendidikan Negara dengan Falsafah Pendidikan AlFarabi adalah dalam fasa: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Ini bermakna, Falsafah Pendidikan Negara, berhasrat melahirkan insan yang berpegang teguh pada agama. Falsafah Pendidikan Negara perlu dijadikan teras kepada pendidikan di negara ini bermula daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan negara dan falsafah pendidikan yang dibawa oleh Al_Farabi membawa mesej yang jelas bahawa manusia perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi untuk kesempurnaan hidup. Terdapat persamaan antara Falsafah Pendidikan Al - Farabi dengan Falsafah Pendidikan Negara ialah mengenai kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Ini bermakna seseorang individu itu yakin bahawa manusia dan alam semula jadi tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada penciptanya dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum tuhan dan manusia dianjurkan untuk mengkaji fenomena alam. Manusia hendaklah memikul amanah dan bertanggungjawab kepada tuhan untuk mentadbir dan memakmurkan alam. Manusia hendaklah berusaha meningkatkan kepercayaan agama, mengamalkan ajaran agama serta sentiasa melakukan kebaikan. . Selain itu dalam fasa di bawah juga menjelaskan persamaan antara kedua-duanya. iaitu dalam fasa: Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Secara umumnya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Menurut perspektif Islam, tujuan dan matlamat pendidikan adalah untuk membentuk

akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi mencapai keredaan Allah (Hasan Langgulung, 1986). Manakala menurut Harun Din dan Rakan-Rakan (1985), tujuan pendidikan adalah untuk membina individu yang bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini. Selain itu, masyarakat memainkan peranan penting jadi persamaan antara Falsafah Pendidikan Negara dan falsafah Pendidikan Al- Farabi iaitu mengenai negara kota yang membawa mesej jelas bahawa masyarakat hanya terbentuk dengan adanya ilmu pengetahuan. Dengan adanya masyarakat yang berakhlak mulia, berketerampilan, berdisplin, beramanah, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri makan akan lahirlah sebuah negara.

Falsafah

Pendidikan

Al-Farabi

berbeza

dengan

falsafah

pendidikan

yang

dikemukakan oleh Locke. Pada pandangan Al-Farabi pendidikan adalah berlandaskan alQuran, beliau menekankan bahawa matlamat utama pendidikan ialah penguasaan nilai, pengetahuan dan kemahiran ke arah mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan. Manusia yang sempurna ialah manusia yang menguasai ilmu dan nilai-nilai murni seterusnya menjadi teladan kepada orang lain. Al Farabi menekankan peranan penting pemimpin untuk membentuk masyarakat. Tugas guru adalah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan kerana manusia dicipta untuk tujuan tersebut. Dalam erti kata lain, matlamat pendidikan adalah pembentukan suatu komuniti ideal di mana orang membantu antara satu sama lain dan bekerjasama kea rah mencapai kebahagiaan. Menurut Al- Farabi pendidikan adalah penting untuk semua orang kerana tanpa pendidikan , manusia tidak akan mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan sejati.

Manakala pada pandangan falsafah pendidikan Locke pula menekankan bahawa minda kita adalah suatu tabula rasa yang membawa maksud batu tulis bersih. Seperti sehelai kertas putih yang tidak mempunyai apa jua sensasi atau pengalaman. Menurut Locke perbezaan personaliti, kebolehan mental, sikap dan persepsi adalah hasil pendedahan daripada persekitaran dan bukan semula jadi. Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini.

PEMIKIRAN FALSAFAH JOHN LOCKE John Locke FRS ( lahir pada 29 Ogos 1632 meninggal 28 Oktober 1704 ), dikenali secara meluas sebagai Bapa Liberalisme, merupakan seorang ahli falsafah dan pakar perubatan Inggeris yang dianggap sebagai salah seorang pemikir Zaman Kesedaran paling berpengaruh. Locke menekankan pentingnya pendekatan empiris dan juga pentingnya eksperimen-eksperimen di dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.

Falsafah John Locke merangkumi ilmu pengetahuan iaitu mengenai sekitar persoalan epistemologi. Locke amat berminat membincangkan tentang asal usul ilmu pengetahuan dan kesahihannya. Namun begitu, Locke menolak pendapat yang diutarakan oleh golongan Rationalisme. Hal ini adalah kerana pemikir golongan rationalisme mengemukakan konsep innate ideas yang amat ditentang oleh Locke. Innate ideas dapat ditafsirkan sebagai sumber atau alat utama manusia untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Locke amat menentang konsep innate ideas ini adalah kerana Locke beranggapan adalah mustahil bagi suatu benda itu ada dan tiada pada waktu yang sama. Locke juga beranggapan kebenaran seperti itu bukanlah berbentuk innate kerana idea sedemikian bukan diberikan kepada seseorang ketika dilahirkan. Locke turut menegaskan bahawa untuk memastikan sesuatu fakta itu adalah tepat dan benar, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu mengkaji asal-usul idea tersebut. Hal ini juga boleh menentukan had pengetahuan kita. Menurut Locke lagi, hanya mental fakulti atau kuasa sahaja yang dianggap innate (semula jadi) dalam proses mendapatkan dan mencari ilmu pengetahuan, sedangkan ilmu pengetahuan yang aktual itu sendiri diperoleh melalui pancaindera dan pengalaman. Minda (mind) pula mendapatkan ilmu pengetahuan daripada kelima-lima pancaindera dan kemudiannya mencetak semua ilmu pengetahuan pada fikiran seolah-olah minda sebelumnya hanya merupakan tabula rasa (black tablet) atau umpama sekeping kertas yang tidak mempunyai apa-apa tulisan di atasnya dan tanpa sebarang idea. Oleh yang demikian, semua bahan yang digunakan untuk berhujah dan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan datangnya daripada pengalaman. Justeru itu, falsafah John Locke telah dipanggil sebagai Empericisme. Prinsip-prinsip moral. Contohnya, konsep keadilan tidak merupakan konsep sejagat. Semua manusia menguasai pengetahuan atau ilmu daripada pengalaman seharian.

Perkembangan mental, kerohanian dan fizikal kanak-kanak adalah berdasarkan pengetahuan tentang falsafah, psikologi, perubatan dan pegangan agama. Beliau menekankan pentingnya memerhati kanak-kanak dan menyesuaikan pendidikan dengan keperluan dan keupayaan mereka. Menurutnya pembentukan keperibadian seseorang kanak-kanak adalah berdasarkan pendidikan awal yang diterima. Ibu bapa adalah contoh teladan atau model yang baik kepada anak-anak. Pemakanan seimbang dan berkhasiat adalah amat penting kepada perkembangan kanak-kanak. Pada pendapat Locke pelajar hendaklah dididik oleh tutor dan tidak dihantar ke sekolah. Apabila kanak-kanak telah mula pandai bercakap adalah digalakkan orang dewasa yang cerdik pandai mengelilingi supaya mendorongnya kepada perkara-perkara positif. Walaupun pendapat Locke lebih kepada golongan berada, namun falsafah pendidikannya boleh diaplikasikan kepada semua. Pendapat beliau tentang kepentingan memupuk nilai-nilai murni dan harga diri sejak diawal kanak-kanak adalah sesuatu yang boleh diambil perhatian oleh semua lapisan. Menurut pendapat Locke, pembentukan keperibadian seseorang kanak-kanak adalah berdasarkan pendidikan awal yang diterima. Ibu bapa adalah contoh teladan atau model yang baik kepada anak-anak. Pemakanan seimbang dan berkhasiat adalah amat penting kepada perkembangan kanak-kanak.

Pada pendapat Locke pelajar hendaklah dididik oleh tutor dan tidak dihantar ke sekolah. Apabila kanak-kanak telah mula pandai bercakap adalah digalakkan orang dewasa yang cerdik pandai mengelilingi supaya mendorongnya kepada perkara-perkara positif. Walaupun pendapat Locke lebih kepada golongan berada, namun falsafah pendidikannya boleh diaplikasikan kepada semua golongan masyarakat. Pendapat beliau tentang kepentingan memupuk nilai-nilai murni dan harga diri sejak diawal kanak-kanak adalah sesuatu yang boleh diambil perhatian oleh semua lapisan masyarakat. Potensi ialah bakat dan keupayaan yang dianugerahkan tuhan kepada seseorang individu. Potensi meliputi aspek-aspek intelek ,rohani, emosi dan jasmani yang perlu dicungkil, dikembangkan dan ditingkatkan ke tahap yang cemerlang melalui pendidikan berkualiti.

Menurut Locke, anak-anak tidak seharusnya dimanjakan namun beliau tidak menyokong hukuman fizikal tetapi mencadangkan aplikasi amalan peningkatan harga diridan penghinaan. Ibu bapa hendaklah menjadi contoh teladan yang baik kepada anakanak. Beliau menasihatkan ibu bapa agar mendisiplinkan anak-anak semasa kecil. Beliau

menasihatkan ibu bapa agar meneliti perkembangan anak-anak sejak kecil untuk mengetahui sikap kanak-kanak seterusnya dapat membentuk keperibadian anak-anak tersebut mengikut corak yang diingini.

Falsafah Pendidikan John Locke dapat disamakan dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam fasa: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Pernyataan Falsafah Pendidikan Negara menegaskan sistem pendidikan di Malaysia adalah memberi penekanan terhadap perkembangan potensi individu bagi melahirkan insan yang baik berdasarkan kepada pendidikan yang bermakna. Pendidikan perlu dijadikan teras bermula daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Jelaslah bahawa tujuan ilmu pendidikan adalah untuk memberikan setiap warganegara segala peluang yang ada untuk mencapai kebahagian hidup. Melalui ilmu pendidikan, ia dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan tingkah laku yang baik dan cekap dalam mentadbir serta membangunkan negara (Mak, 1992).

Pendidikan juga merupakan suatu alat yang sangat penting dan dominan dalam proses pencapaian taraf maju masyarakat ke arah matlamat Wawasan 2020. Wawasan dan misi pendidikan pula menjadi alat terpenting ( front runner) kepada Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang ideal seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan, 1996 (Tatacara Pengurusan Kewangan & Perakaunan Sekolah (2000). Tujuan utama pendidikan dalam kepercayaan ini adalah untuk mencapai penyedaran diri, pengetahuan diri dan perkembangan diri supaya fitrah manusia yang berkerohanian dapat diperkembangkan. Pendidikan mestilah bertujuan untuk menyediakan pengalaman bagi setiap individu untuk membantunya mencapai kawalan ke atas diri dan alam sekitarnya.

Falsafah Pendidikan John Locke berbeza dengan falsafah Pendidikan Tagore Pada pandangan Locke pendidikan merupakan proses pembinaan tingkah laku perbuatan agar anak belajar berfikir, berperasaan dan bertindak lebih sempurna dan baik dari pada sebelumnya. Untuk tujuan tersebut maka pendidikan diarahkan pada seluruh aspek

peribadi meliputi jasmani, mental kerohanian dan moral. Sehingga timbul kesedaran peribadi dan rasa tanggungjawab atas apa yang dilakukan. Menurut Tagore pendidikan bertujuan mengembangkan diri dan selalu menggunakan daya kemampuan inisiatif dan aktiviti sesuai kata hatinya. Sehingga anak berkesempatan untuk belajar memikul

tanggung jawab bagi kelangsungan pendidikan dan perkembangan peribadinya.

Hal ini sesuai pernyataan Tagore bahawa pendidikan sebenarnya pendidikan diri sendiri atau diri peribadi (self education). Pendidikan bertujuan mengusahakan perdamaian dan kesejahteraan dunia dan manusianya, untuk itu usaha-usaha yang mengarah ke sana adalah pembinaan jiwa yang saling kerjasama, menolak fahaman yang sempit, peniadaan doktrin superioritas dan inferioritas ras, pengembangan sikap positif atas kerjasama, pembinaan politik luar negeri dalam prinsip konsultasi, peningkatan taraf mental pendidikan manusia serta pembinaan penghormatan tata hidup yang berasaskan demokrasi individu, masyarakat dan antarabangsa. . Menurut John Locke, manusia dilahirkan putih bersih seperti kertas putih, tidak membawa potensi apa-apa. Perkembangan potensi individu adalah bergantung dari

pendidikan dan atau lingkungannya. Dalam erti kata lain, manusia dapat dididik menjadi apa saja (ke arah yang baik atau sebaliknya), menurut kehendak lingkungan atau

pendidiknya. Dalam pendidikan, pendapat kaum empiris ini terkenal dengan nama optimisme pedagogi. Dalam hal ini pendidik memegang peranan yang sangat penting dengan menyediakan lingkungan pendidikan dan akan diterima oleh anak sebagai pengalaman dan pengajaran. Pendapat dan pandangan John Locke dapat membantu seorang guru untuk memahami asas-asas teori berhubung dengan pendidikan khususnya proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan asas ini mempengaruhi amalan seseorang guru. Contoh : Guru yang berpegang kepada falsafah Froebel yang menyatakan bahawa minda pelajar diumpamakan sebagai 'tabula rasa' (papan putih) berusaha mencorakkan minda pelajarnya agar dilengkapi ilmu, kemahiran dan nilai yang penting melalui pelbagai kaedah, pendekatan, strategi dan teknik pengajaran.

PEMIKIRAN FALSAFAH TAGORE

Menurut Tagore. pendidikan yang tertinggi tidak hanya membekalkan kita dengan maklumat tetapi menjadikan kehidupan kita berharmoni dengan segala yang wujud. Bincangkan secara kritis.

Menurut Rabindranath Tagore (1861-1941), pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna. Falsafah ini banyak dipengaruhi oleh falsafah pragmatisme dan progesivisme. Falsafah ini membentuk kesempurnaan manusia. Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap dan berkemahiran. Pendidikan dalam perkara-perkara semula jadi adalah bertujuan membentuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahuntahun awal formatif.

Rabindranath Tagore, seorang ahli falsafah dan penyair dari India, mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang

berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian, dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu proses yang hidup, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata-

mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah orang yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada

masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalisme yang positif.

Pada pendapat Tagore orang yang dilanda kemiskinan tidak memahami masalah mereka dan dengan itu telah dizalimi oleh oran-orang yang mengambil kesempatan atas kelemahan mereka. Cara Hanya dengan adanya pengetahuan dan pendidikan sahaja orang miskin akan dapat keluar daripada kehidupan miskin mereka.

Beliau menegaskan pentingnya kehidupan berdikari, mengambil inisiatif, kepimpinan tempatan dan hidup dengan bekerjasama sebagai asas menyusun semula masyarakat. Menurut beliau kemiskinan berpunca daripada perpecahan dan kekayaan wujud daripada perpecahan dan kekayaan wujud daripada kerjasama. ( Namashima Rao, 1992).

Tagore menganggap kekurangan pendidikan sebagai penghalang utama dalam kemajuan masyarakat. Beliau menekankan pentingnya sains, teknologi dan sains pertanian serta latihan dalam kraf tangan membasmi kemiskinan di kawasan kampung dan kawasan pedalaman. Pada pendapat beliau kedua-dua perkembangan kerohanian dan sins adalah sama penting. Beliau mencadangkan pengajaran sejarah dan geografi untuk menggalakkan objektiviti dalam pemikiran serta memudahkan perubahan sosial yang diingini. Menurut Tagore adalah penting generasi muda sedar tentang warisan dan budaya mereka serta memahami kepentingannya. Menurut falsafah Tagore, pendidikan merupakan proses yang bertujuan untuk

melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani. Dengan adanya pendidikan seorang akan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. Pada pandangan Tagore peranan guru adalah amat penting kerana guru akan bertindak sebagai agen perubahan mendidik anak bangsa agar menjadi lebih rasional dan tidak terlibat dengan aktivitiaktiviti sosial yang kurang sihat. Persamaan antara falsafah Pendidikan Tagore dengan Falsafah Pendidikan Negara adalah dalam rangkap: Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Pernyataan Falsafah Pendidikan Negara, menegaskan sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan terhadap perkembangan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan kepatuhan kepada tuhan. Ini bermakna, Falsafah Pendidikan Negara, berhasrat melahirkan insan yang berpegang teguh pada agama.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan ilmu dan pembangunan negara Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

Hubung kait Falsafah pendidikan Tagore dengan Falsafah Pendidikan Negara adalah pada fasa: usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Jelaslah bahawa ilmu pendidikan amat penting kepada sesiapa sahaja. Kedua-dua falsafah ini menekankan tujuan ilmu pendidikan adalah untuk memberikan setiap warganegara segala peluang yang ada untuk mencapai kebahagian hidup. Melalui ilmu pendidikan, ia dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan tingkah laku yang baik dan cekap dalam mentadbir serta membangunkan negara (Mak, 1992).

Pendidikan juga merupakan suatu alat yang sangat penting dan dominan dalam proses pencapaian taraf maju masyarakat ke arah matlamat Wawasan 2020. Wawasan dan misi pendidikan pula menjadi alat terpenting (front runner) kepada Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang ideal seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan, 1996 (Tatacara Pengurusan Kewangan & Perakaunan Sekolah (2000). Ilmu adalah sesuatu untuk dikongsi bersama, lebih banyak yang kita kongsi lebih banyak yang kita dapat, pelaburan yang hanya bermodalkan keikhlasan dan dimajukan dengan rasa saling memberi dan menerima.

Pendidikan merupakan proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup masing-masing pada masa depan. Program pendidikan disusun agar dapat

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Dengan adanya ilmu pengetahuan maka akan dapat melahirkan individu secara menyeluruh. Untuk mencapai keseimbangan pendidikan adalah penting guru sebagai fasilitator dan penggerak perbincangan murid dan penjana idea kreatif dan bernas.

Rabindranath Tagore yang merupakan seorang ahli falsafah dan penyair dari India pula mentafsirkan pendidikan sebagai proses melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh bermakna. Dalam Falsafah Pendidikan Negara, terdapat elemen yang jelas menyebutkan mengenai tafsiran Rabindranath Tagore iaitu : Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. Pendidikan adalah satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta pengalaman peribadi. Pendidikan dijalankan dalam satu suasana terpilih serta terkawal yang dikenali sebagai "sekolah".

Kesimpulannya, persamaan antara Falsafah Pendidikan Tagore dan Al -Farabi adalah kepentingan ilmu pengetahuan kepada manusia sejagat. Pendidikan merupakan proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani. Dengan adanya ilmu, seorang yang berpendidikan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

BIBLIOGRAFI

Daripada Buku Ee Ah Meng. (1999). Fajar Bakti Sdn Bhd 1999. Shah Alam Fajar Bakti

Daripada Halaman Web atau Sesawang ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Malaysia

Daripada laman Web atau Sesawang id.wikipedia.org/wiki/Rabindranath_Tagore