Anda di halaman 1dari 9

KEPIMPINAN

Pengenalan
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkatkan tekad dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada sesuatu barang pun yang dibeli tercicir. Beg plastik seperti sesuatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pengawasan seorang pemimpin. Kemahiran seorang pemimpin merupakan sesuatu yang boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kemahiran bekerjasama amat ditekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan. Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini dipatuhi oleh orang yang menerima arahan. Di dalam masyarakat ini terutamanya masyarakat melayu, konsep malu alah boleh digunakan untuk mendapatkan kerjasama daripada pekerjanya. Apabila diberikan perhatian sewajarnya kepada mereka, mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpin, mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah diperlakukan baik kepadanya. Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam sesuatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan. Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.

Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan. Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak. Dengan melihat masa hadapan, pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi beliau memimpin organisasi tersebut. Keadaan ini dapat disaksikan bagaiman Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah. Pendek kata, pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya.Caranya adalah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan. Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan.Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja. Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting. Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kapada teknologi sematamata tetapi seorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dalan teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu di dala m mempercepatkan kerja dan member keberkesanan terhadap kerja di dalam organisasinya. Dari sinilah beliau akan dianggap sebagai pemimpin yang berkebolehan dlam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan, beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja yang kompleks untuk pekerja-pekerja melakukannya. Selain untuk merialisasikan kecemerlangan didalam sesuatu organisasi,seseorang pemimpin itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik. Gelagat yang ada pada pekerja boleh dikesan dan dikenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan perlu diserap ke dalam sanubari mereka. Sebagai contoh,beberapa model yang dikemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh disesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja mengikut keadaan, masa dan suasana.

Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makhluk yang mempunyai peringkat yang tertentu dan ia dimulakan dari peringkat fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan danperinkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati. Oleg yang demikian, model tingkat Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada pekerja. Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut. Pada kesimpulannya, untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika dimana ia perlu merumus, memperjelas dan menghayati budaya kerja didalam organisasi. Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang. Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu dirangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasina kea rah mencapai matlamat kecemerlangan yang diinginkan. Sesungguhnya, pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya. Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyempurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi. Terdapat juga kajian yang pernah dilakukan mengenai aspek-aspek kepimpinan dan prestasi organisasi. Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.

RUJUKAN

1. Siri pengurusan dan Pentadbiran Utusan, PENGURUSAN ORGANISASI, -Mustafa Haji Daud. 2. Siri Pengurusa Dan Pentadbiran Utusan, PENGURUASAN ORGANISASI, -Ahmad Atory Hussain. 3. Siri Pengurusan Dan Pentadbiran Utusan, ASAS PENGURUSAN, -Rahim Abdullah. 4. Modul Latuhan 1, PERKHIDMATAN PENYAYANG KE ARAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN, - Institut Kesihatan Umum KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

JENIS-JENIS KEPIMPINAN
Kepimpinan Otokratis Dalam gaya otokratis,pengambilan keputusan adalah hak prerogatif dari pemimpin. Semuanya yang dilakukan ditentukan oleh pemimpin itu sendiri tanpa campu tangan dari sesiapa pun.

Kepimpinan Birokrasi Ini adalah gaya kepimpinan dalam organisasi yang diperlukan perusahaan, tepatnya mengikut kebijakan dan prosedur yang telah ditetapkan sebelumnya. Ini adalah tugas pemimpin untuk memastikan bahawa semua aturan dipatuhi oleh pekerja. Gaya kepimpinan dalam organisasi ini efektif jika pekerja melakukan tugas-tugas rutin sehari-hari. Namun tidak ada ruang untuk pemecahan masalah yang inovatif dalam gaya kepimpinan birokrasi.

Kepimpinan Partisipatif Gaya partisipatif mengarah kepada pengembangan kepercayaan dan loyalti para bawahan kepada pemimpin kerana pemimpin membawa mereka ke dalam pertimbangan penuh menggunakan ketrampilan dan pengetahuan mereka dan mengambil masukan mereka sebelum tiba pada suatu keputusan. Gaya partisipatif bekerja dengan sangat baik dimana pemimpin baru sahaja bergabung dengan organisasi.

Kepimpinan Laissez-faire Ini adalah daya otokratis.Dalam hal ini,para bawahan diberikan kebebasan mutlak oleh pemimpin untuk menentukan tujuan mereka sendiri dan cara-cara untuk mencapainya. Gaya ini sedikit berdasarkan pada prinsip interferensi. Hal ini dapat menjadi kejayaan besar jika pekerja bawahan berpengalaman dan trampil dan boleh menjadi sebaliknya jika mereka tidak dapat dipercayai.

Kepimpinan Transaksional Kepimpinan ini bekerja pada prinsip bahawa ketika bawahan menandatangani kontrak untuk terlibat dalan projek tertentu, mereka mengikuti semua keputusan pemimpin mereka sebagai otoriti tertinggi. Jika kerja bawahan baik, mereka akan dihargai dan jika kerja mereka di bawah standard yang diharapkan, mereka akan dikenakan tindakan sesuai dengan kontrak yang telah tertulis.

Kepimpinan Transformasional Pemimpin menjual visinya kepada bawahannya dengan cara yang paling menarik.Kepimpinan dalam organisasi yang bersifat transformasional memotivasi bawahannya dalam bekerja untuk tugas yang diberikan dengan antuasiasme yang besar. Pemimpin benar-benar peduli untuk kesejahteraan pekerjanya dan ingin mereka untuk mempelajari hal-hal yang baru dan sesuai visinya.

Kepimpinan Melayani Pemimpin bertindak sebagai seorang yang membantu orang lain untuk tumbuh. Dengan bertindak sebagai pemimpin yang melayani, pemimpin memberikan bawahan kebebasan untuk tumbuh, memelihara semangat mereka dan juga komitmen secara keseluruhan.

Kepimpinan Karismatik Seorang pemimpin karismatik dengan menggunakan pesona dan kemampuannya untuk membuat orang lain berasa penting, menggunakan kata-kata cerdas untuk mengatasi masalah dan mampu mengumpulkan banyak pengagum. Orang-orang tertarik ke arahnya dan dengan demikian ingin bekerja untuknya.

Kepimpinan Situasional Hal ini diapdaptasi oleh seorang pemimpin sesuai dengan situasi yang berlaku. Beberapa faktor penentu dari jenis kerjasama yang ada antara anggota kumpulan dan berbagai sumber daya yang tersedia

Kepimpinan Tenang Ini adalah bertentangan dengan gaya karismatik. Dalam hal ini pemimpin memotivasi kumpulannya melalui tindakannya dan bukan kata-kata.

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (MAPM 2131)

NAMA

MOHD FAUWAZ BIN MOHD NAZIR

NO MATRIK BPP 2012-1178