Anda di halaman 1dari 7

Maktubat Imam Rabbani

Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Al-Faruqi An-Naqshbandi Quddisa Sirruhu

m
 
 
  

  !"#
‫ﺭﺣﻤﺔ ﺍﷲﻋﻠﻴﻪ‬

MAKTUBAT IMAM RABBANI


HADHRAT MUJADDID ALF TSANI
SYEIKH AHMAD FARUQI SIRHINDI
RAHMATULLAH 'ALAIH

TERJEMAHAN BAHASA MELAYU:


'ABDU DHAIF HAQIR FAQIR MISKIN
KHAK PAEY BUZURGAN LA SYAIK
HADHRAT MAULAWI JALALUDDIN AHMAD
AR-ROWI AN-NAQSHBANDI AL-MUJADDIDI AL-UWAISI
'UFIYALLAHU 'ANHU WALI WALIDAIHI
WALI MASYAIKHIHI WALI JAMI'IL MUSLIMIN

KHANQAH NAQSHBANDIYAH
1430 H / 2009 M

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi 'Ufiya Allahu 'Anhu
Maktubat Imam Rabbani
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Al-Faruqi An-Naqshbandi Quddisa Sirruhu

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi 'Ufiya Allahu 'Anhu
Maktubat Imam Rabbani
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Al-Faruqi An-Naqshbandi Quddisa Sirruhu

Dengan Nama
Nama Allah Yang Maha Penyayang Yang Maha Pengasih.

Segala pujian bagi Allah Tuhan Pemelihara sekelian alam dengan gandaan sebanyak mana yang
sekelian makhlukNya telah memujiNya sepertimana yang dicintai oleh Tuhan pemelihara kita
dan yang diredhaiNya, dan Selawat serta Salam ke atas dia yang telah dihantarkanNya sebagai
Rahmat untuk seluruh alam selama mana orang"orang yang berzikir tetap mengingatiNya dan
selama mana orang"orang yang leka terus leka dari mengingatiNya sepertimana yang layak dan
sesuai baginya, dan ke atas Ahli Keluarganya dan Para Sahabatnya yang baik, bertaqwa dan suci.

Setelah mengucapkan pujian dan Selawat;

Adapun sesungguhnya ini merupakan himpunan Jilid Pertama dari Maktubat Qudsiyah yang
mengandungi ayat"ayat perkataan Hadhrat Ghauts Para Muhaqqiqin, Qutub Para 'Arifin, Bukti
Wilayat Muhammadiyah, Hujjah Syari'at Mustafawiyah, Syaikhul Islam dan Muslimin, Syeikh
kami dan Imam kami, As"Syeikh Ahmad Al"Faruqi An"Naqshbandi, semoga Allah Ta'ala
menyelamatkannya dan mengekalkannya.

Orang yang hina lagi sedikit barang perniagaannya ini, yang paling lemah pada mencapai tempat
tanah kedudukan yang suci ini, Yar Muhammad Al"Jadid Al"Badkhashi Al"Talaqani, semoga
Allah merahmatinya, telah menghimpunkan dan memperbaikkan karangannya ini dengan
harapan supaya para penuntut kebenaran Haqq yang agung lagi tinggi dapat memperolehi
manafaat darinya.

Dan yang dimohonkan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah pemeliharaan dan TaufiqNya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi 'Ufiya Allahu 'Anhu
Maktubat Imam Rabbani
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Al-Faruqi An-Naqshbandi Quddisa Sirruhu

SURAT PERTAMA
PERTAMA
Pada menerangkan Ahwal yang sesuai
sesuai dengan Isim Az"
Az"Zahir dan penerangan tentang zahirnya
bahagian yang khas dari Tauhid dan penerangan tentang kenaikan 'Uruj yang berlaku pada Fauq
Al""Muhaddi
Al Muhaddid darjat""darjat Syurga dan
d iaitu di atas 'Arash dan membuka penjelasan tentang darjat
zahirnya martabat sebahagian AAhli
hli Allah, yang telah dituliskan kepada Syeikhnya yang agung
As""Syaikh Al
dan beliau adalah As Al""Kamil Al
Al""Mukammal yang sempurna lagi menyempurnakan,
yang menyampaikan kepada darjat Wilayat,
Wilayat, yang memberikan petunjuk kepada jalan
jalan untuk
maju ke penghujung
penghujung di permulaan jalan,
jalan, pengukuh Agama yang diredhai, Syeikh kami dan
Imam kami, As"
As"Syaikh Muhammad Al" Al"Baqi An"
An"Naqshbandi Al"
Al"Ahrari Qaddasallahu Ta'ala
Sirrahul Aqdas, semoga Allah Ta'ala mensucikan rahsianya yang amat suci dan semoga Allah
Subhanahu Wa Ta'ala
Ta'ala menyampaikannya ke penghujung Maqam sepertimana
sepertimana yang telah
diharapkannya.

PERMOHONAN

Hamba yang paling lemah, Ahmad dengan debu tanah, memohon ingin menyatakan
ceraian dari Ahwalnya sebagai menurut perhitungan perintah yang mulia yang mana ianya
mungkin berupa suatu celaan, dan ingin menjelaskan hal kesedihannya bahawa dalam menjalani
perjalanan ini, telah berlaku Tajalli yakni penzahiran Isim Allah Az"Zahir dengan suatu kadar
tertentu dalam keseluruhan perkara dengan Tajalli khas yang terzahir secara berasing"asingan,
secara khususnya pada pakaian wanita bahkan pada juzuk"juzuknya yang berlainan juga turut
terzahir, dan dengan kadar tercela yang telah daku nyatakan tentang golongan ini apakah yang
dapat kita pohonkan terhadap mereka? Dan daku terpaksa menzahirkan tentang pakaian mereka
ini sebagai mengikuti pengajaran, dan segala penzahiran yang telah terhasil pada tempat ini tidak
berlaku pada tempat yang lain.

Kekhususan Lataif dan keindahan menakjubkan yang terzahir pada pakaian ini tidak
terzahir pada tempat penzahiran yang lain. Seterusnya daku berasa seperti air di hadapan mereka.
Dan begitu juga pada setiap makanan, minuman dan pakaian berlaku Tajalli secara berasingan.
Kehalusan dan kebagusan dalam kelazatan makanan yang disediakan dengan susah payah tidak
terdapat pada makanan yang lain, dan dalam air yang manis dan yang tidak manis juga terdapat
perbezaan yang sedemikian, bahkan pada setiap kelazatan dan kemanisan terdapat suatu
kesempurnaan yang khusus atas perbezaan darjat masing"masing. Kekhususan Tajalli yang
berlaku ini tidak dapat daku menghuraikannya. Jika daku dapat hadir berkhidmat pada tuan
yang tinggi martabat, sudah pasti daku akan memohon bertanya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi 'Ufiya Allahu 'Anhu
Maktubat Imam Rabbani
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Al-Faruqi An-Naqshbandi Quddisa Sirruhu

Adapun pada pertengahan Tajalliyat ini daku begitu mengharapkan Rafiq A'la yakni
Kekasih Haqiqi dan dalam keadaan ini daku tidak memberikan sebarang tumpuan perhatian
untuk melihat kepada sesuatu apa pun yang mungkin kerana telah ditewaskan dengan keadaan
Ghalbah Hal, maka daku tidak mengendahkannya.

Pada ketika berlakunya hal keadaan ini dapatlah diketahui bahawa Tajalli ini adalah tidak
bertentangan dengan Nisbat Tanzihi yakni suatu kaitan pensucian dan pada batin juga terdapat
takluk dengan Nisbat Tanzihi tersebut yang mana ia langsung tidak memberikan sebarang
tumpuan Tawajjuh atau perhatian terhadap perkara yang zahir, dan pada zahir diriku yang
kosong dari sebarang Nisbat Tanzihi ini serta mengingkarinya sebelum ini telah menerima
kemuliaan Tajalli tersebut.

Dan secara kebenarannya daku telah dapati bahawa yang batin tidak terkesan dengan
kesesatan pandangan mata bahkan ia telah berpaling meninggalkan kesemua maklumat dan
segala penzahiran. Dan telah zahir bahawa pada setiap penumpuan yang diberikan terhadap
perkara yang banyak dan perkara yang berpasang"pasangan juga adalah merupakan bahagian"
bahagian dari Tajalliyat ini.

Setelah beberapa lama kemudian, daku mendapati Tajalliyat ini menjadi semakin
tersembunyi dan tertutup, manakala yang tinggal hanyalah Nisbat Hairat yakni suatu kaitan yang
mengelirukan dan kejahilan tentang hal keadaannya. Dan Tajalliyat itu menjadi semakin hilang
seolah"olah tidak pernah diingati sebelumnya.

Sesudah itu berlakulah suatu keadaan Fana khas yang mana ianya adalah Ta'ayin 'Ilmi
yakni suatu penentuan yang bersifat ilmiah yang terzahir setelah kembali kepada penentuan
Ta'ayin, lalu ia hilang dalam Fana ini dan tidak ada tinggal sebarang kesan daripada sangkaan
keakuan diri. Dan pada waktu ini, bermulalah terzahirnya tanda"tanda keagungan Islam dan
bermulalah usaha untuk menghapuskan kesan"kesan tanda Syirik Khafi.

Begitulah juga diri ini merasakan kekurangan amalan dan sangat merasakan bahawa
niatku serta khayalan dan kekhuatiran fikiranku hanya layak untuk dicerca. Dan secara
keseluruhannya terzahirlah sebahagian tanda"tanda perintah pengabdian dan penafian diri.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan menerusi keberkatan Tawajjuh Tuan Guru akan
menyampaikan kami kepada Maqam Haqiqat 'Ubudiyah yakni hakikat pengabdian yang
sebenar.

Dan terdapat banyak 'Urujat kenaikan martabat yang berlaku sehingga ke atas 'Arash:

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi 'Ufiya Allahu 'Anhu
Maktubat Imam Rabbani
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Al-Faruqi An-Naqshbandi Quddisa Sirruhu

MARTABAT PERTAMA: Setelah menempuh suatu jangkamasa, apabila daku mencapai


'Arash maka berlaku satu kenaikan di mana daku merasakan bahawa Darul Khuld yakni tempat
yang kekal di dalam Syurga berada di bawahku. Pada ketika ini, di dalam hatiku merasakan
bahawa daku ingin melihat kedudukan sebahagian orang. Apabila daku mula memberikan
Tawajjuh penumpuan, maka Maqam kedudukan mereka pun mula kelihatan dan daku juga
mendapati bahawa terdapat perbezaan kedudukan Maqam menurut darjat pada orang"orang ini.

MARTABAT KEDUA: Kemudian berlaku satu lagi 'Uruj kenaikan pada martabat yang kedua
yang mana ianya merupakan Maqam Para Masyaikh yang agung dan Para Imam Ahlul Bait yang
mulia dan Para Khulafa Ar"Rasyidin yang memberikan petunjuk kepada manusia dan suatu
Maqam yang khas bagi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam. Begitulah juga terdapat Maqam"maqam baki sekelian Para Nabi dan Para Rasul atas
kedudukan yang berbeza dan terdapat Maqam"maqam kumpulan Para Malaikat Tertinggi yang
Maqam mereka telah dipersaksikan berada di atas 'Arash.

Dan dari atas ‘Arash berlaku satu lagi ‘Uruj kenaikan dengan kadar antara markaz Tanah
di bumi sehinggalah ke ‘Arash atau kurang sedikit daripada itu sehinggalah daku berhenti ke
Maqam Hadhrat Khwajah Bahauddin Naqshband Qaddasallahu Ta’ala Sirrahu. Dan di atas
Maqam tersebut, terdapat sebahagian Para Masyaikh yang agung bahkan pada kedudukan
Maqam itu terdapat suatu kedudukan yang agak tinggi sedikit seperti Syeikh Ma’aruf Al"Karkhi
Rahmatullah ‘Alaih dan Syeikh Abu Sa’id Al"Kharraz Rahmatullah ‘Alaih. Dan Maqam"
maqam Para Masyaikh yang lain, sebahagian berada di bawahnya dan sebahagian lagi berada
pada kedudukan Maqam tersebut.

Adapun mereka yang berada pada Maqam di bawah yang disebut sebagai Maqam
Tahtani adalah seperti Syeikh ‘Ala Ad"Daulah As"Samnani Rahmatullah ‘Alaih dan Syeikh
Najmuddin Al"Kubra Rahmatullah ‘Alaih dan mereka yang berada pada Maqam di atas yakni
Maqam Fauqani adalah seperti Para Imam Ahlul Bait dan orang"orang yang berada di atas
mereka adalah Para Khulafa Ar"Rasyidun Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in.

Dan Maqam"maqam sekelian Para Nabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam pula berada pada
suatu arah yang berasingan dari Maqam Hadhrat Baginda Nabi kita Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan begitu juga Maqam"maqam Para Malaikat Tertinggi berada pada
suatu arah yang berasingan dari Maqam Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi 'Ufiya Allahu 'Anhu
Maktubat Imam Rabbani
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Al-Faruqi An-Naqshbandi Quddisa Sirruhu

Adapun kedudukan Maqam Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu


'Alaihi Wasallam adalah yang paling tinggi dan merupakan penghulu bagi sekelian Maqam. Dan
Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah lebih mengetahui tentang Haqiqat sekelian urusan.

Dan pada bila"bila masa jua pun yang daku kehendaki, dengan Inayah Allah Subhanahu
Wa Ta'ala maka 'Uruj pun berlaku dan adakalanya tanpa daku menghendakinya pun ia tetap
berlaku. Dan adakalanya perkara"perkara lain pun turut dipersaksikan kepadaku. Dan dalam
sebahagian 'Uruj, pada kesan natijah juga terdapat kedudukan martabat.

Dan begitu banyak perkara yang daku telah lupa dan daku cuba sedaya upaya agar
sebahagian Hal keadaanku dapat daku tuliskan dan daku cuba sedaya upaya agar daku dapat
mengingatinya apabila waktu membuat permohonan ketika berkhidmat kepada tuan, namun
daku tidak dapat mengingatinya. Kerana itulah daku merasakan bahawa perkataan ini adalah
hina. Ini adalah peluang untuk memohon keampunan dan bukannya bermaksud sekadar untuk
menulis. Ketika daku menghuraikan permohonan ini, sebahagian perkara daku dapat
mengingatinya sehingga akhirnya daku tidak dapat memenuhi janji dan apa jua pun tidak dapat
daku tuliskan. Berlebih"lebihan dalam perkara ini adalah menyalahi adab.

Hal keadaan Hadhrat Mulla Qasim 'Ali Rahmatullah 'Alaih adalah lebih baik. Beliau
telah mencapai Ghalbah penguasaan Istihlak yakni pembinasaan diri dan Istighraq yakni
penenggelaman diri dan bagi setiap Maqamat, beliau telah mendahulukan langkahnya dengan
Jazbah.

Pada awalnya daku telah melihat Sifat sebagai asal, kini daku melihat kewujudan Sifat
adalah berasingan dari DiriNya dan daku mendapati bahawa DiriNya adalah kosong dan begitu
suci. Bahkan cahaya Nur yang Sifat berdiri dengannya juga adalah berasingan dari DiriNya dan
daku mendapati bahawa DiriNya berada pada suatu arah kedudukan yang lain dari cahaya Nur
tersebut. Hal keadaan sahabat"sahabat yang lain adalah semakin hari semakin mencapai
peningkatan.

Dalam surat permohonanku yang lain, Insha Allah Al"'Aziz daku akan memperincikan
permohonanku.

4:40 am
23/06/09

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi An-Naqshbandi Al-Mujaddidi Al-Uwaisi 'Ufiya Allahu 'Anhu