Anda di halaman 1dari 6

PENGAPLIKASIAN PELBAGAI TEKNIK PENGAJARAN BAHASA (SASTERA) : MESTAMU

Pengenalan Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan. Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri. Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan

membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya, ke arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan masyarakat. Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Definisi Mestamu Mestamu adalah salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk mempelajari KOMSAS, khususnya sajak. Menurut Rahman Shaari (2001) dalam bukunya yang bertajuk Bimbingan Istilah Sastera , mestamu meliputi penyampaian puisi secara berirama tanpa bantuan alat muzik. Mestamu ialah akronim kepada melodi sajak tanpa alat muzik. Hal ini bemaksud mestamu masih lagi dalam komponen sastera kerana menggunakan puisi seperti sajak. Namun cara yang digunakan lebih unik dan berlainan daripada pendeklamasian sajak seperti sebenar.

Teknik Mestamu Teknik mestamu iaitu melagukan puisi tanpa muzik boleh dijalankan ketika mengajar komponen sastera dalam Bahasa Melayu. Mestamu bermaksud melagukan puisi tanpa muzik, namun begitu, melodi muziknya diambil dan diolah supaya boleh dilagukan mengikut puisi yang telah disediakan. Teknik mestamu boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Tahap yang paling mencabar mestilah apabila teknik ini diakukan secara bersendirian kerana orang atau individu yang sama akan mendeklamasikan sajak sekali gus melagukan bait demi bait puisi yang dibacanya itu. Susunan pendeklamasian dan melagukan sajak tidak terikat. Hal ini bermaksud para pendeklamasi boleh memilih sendiri sama ada mahu

mendeklamasikan sajak seterusnya melagukannya ataupun sebaliknya. Jika dilakukan secara berpasangan atau berkumpulan, seorang daripada ahli kumpulan harus membaca atau mendeklamasikan puisi manakala pasangan atau ahli kumpulan yang lain pula akan melagukan puisi tersebut.

Irama yang dilagukan boleh diadaptasikan daripada puisi-puisi yang sedia ada ataupun melalui pemilihan sendiri lagu oleh individu atau kumpulan masing-masing.

Kebiasaannya, mestamu menggunakan irama melayu yang lembut, syahdu dan mendayu-dayu kerana penyampaiannya lebih berkesan, mudah dan menarik. Contoh

komponen sastera lain yang boleh menggunakan teknik ini seperti sajak, pantun, gurindam dan seloka. Teknik mestamu tidak seperti teknik lain yang mementingkan persembahan dari segi maksud puisi tersebut. Contohnya, teknik Dikon memerlukan penghayatan sepenuhnya maksud sesebuah puisi seperti sajak. Langkahnya juga sedikit berlainan dengan mestamu, seorang murid mendeklamasikan puisi (sajak) manakala pasangan atau ahli kumpulan lain melakonkan aksi berkenaan dengan maksud sajak tersebut. Teknik mestamu tidak mementingkan penghayatan secara mendalam keatas sesebuah puisi seperti teknik Dikon ini.

Langkah Perlaksanaan Teknik Mestamu Langkah perlaksanaan teknik mestamu boleh berubah-ubah mengikut sesi pengajaran dan pengajaran dijalankan. Berikut merupakan contoh langkah perlaksanaan teknik mestamu yang biasa dijalankan : Guru memperkenalkan teknik mestamu kepada murid (definisi, teknik, langkah dan contoh) Guru memberikan lembaran puisi atau mengikut teks puisi yang terdapat dalam buku teks atau KOMSAS Murid dibahagikan murid kepada enam kumpulan (mengikut kesesuaian bilangan murid) Murid diminta memilih sendiri melodi lagu masing-masing untuk disesuaikan dengan puisi Setiap kumpulan diminta mempersembahkan hasil kerja (lagu puisi) dihadapan kelas Guru menilai setiap persembahan kumpulan dan memberi komen tentang persembahan. Sebagai langkah pengayaan, murid boleh membina sendiri puisi serta melagukan puisi secara berpasangan

Kelebihan Teknik Mestamu

Menarik minat murid untuk mempelajari komponen dalam sastera Memudahkan penghayatan sesuatu puisi Memberi keseronokan kepada murid dengan cara pengajaran baharu

Murid mudah mengingati puisi dengan cara melagukannya

Meningkatkan keyakinan murid di khalayak ramai Menjana idea yang kreatif untuk melagukan puisi dengan cara masing-masing

Teknik mestamu dan kebanyakan teknik-teknik lain memberikan nafas baru kepada pengajaran komponen sastera dalam kelas. Tujuan utamanya adalah menarik minat murid untik mempelajari aspek serta komponen dalam sastera. Tidak semua murid melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran komponen dalam sastera ini. Murid mungkin bosan dengan penyampaian biasa yangdijalankan oleh guru. Dengan menyelitkan teknik ini dalam pengajaran, murid mendapat pengalaman dan pelajaran baharu yang menyeronokkan. Sejurus selepas itu, murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap langkah pengajaran yang dijalankan. Teknik mestamu merupakan salah satu cara untuk mencungkil bakat murid disamping berlatih meningkatkan keyakinan diri di hadapan kelas. Murid yang pemalu boleh diasah supaya mampu bekerjasama dengan rakan-rakan lain semasa menjalankan aktiviti seterusnya meningkatkan keyakinan diri secara perlahan-lahan. Lama kelamaan, murid ini akan terbiasa dengan keadaan sekeliling terutamanya apabila mereka dietakkan di khalayak ramai untuk menyampaikan pesanan atau membuat persembahan. Umum mengetahui teknik mestamu ini memerlukan murik melagukan puisi seperti sajak mengikut melodi lagu yang dipilih. Oleh itu, pencarian lagu yang sesuai memerlukan kretiviti murid untuk berfikir. Sesetengah murid mungkin mampu mendeklamasikan sajak dengan baik, namun apabila diminta untuk melagukan sajak tersebut melalui aplikasi teknik mestamu, mereka gagal. Begitu juga sebaliknya. Apabila bekerjasama dalam sebuah kumpulan, murid dapat berbincang dan berkolaborasi dengan ahli kumpulan untuk menghasilkan persembahan melagukan puisi dengan baik. Selain itu, dengan menggunakan teknik ini juga, murid mudah menghafal dan mengingati puisi yang dilagukan. Pemilihan lagu yang biasa didengar dan diolah semula menggunakan puisi yang diberikan memberikan kemudahan kepada murid untuk mengingat. Selain itu, murid juga dapat menghayati sesuatu puisi yang dilagukan dan tidak terhad kepada pendeklamasian puisi sahaja.

Kelemahan Teknik Mestamu

Murid berasa malu untuk mendeklamasikan sajak Murid sukar dikawal apabila tidak menumpukan perhatian Tidak menekankan maksud sajak secara mendalam

Menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.

Tidak melagukan sajak mengikut irama lagu dengan betul Aktiviti sukar dijalankan apabila murid lemah dalam kemahiran membaca

Anda mungkin juga menyukai