Anda di halaman 1dari 17

Soalan (A)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Islam

Falsafah Barat

Falsafah Timur

1) Al-Imaniyah 2) Al-Khuluqiyah 3) Al-Jismiyah 4) Al-Aqiliyah 5) Al-Nafsiyah 6) Al-Ijlimaiyah 7) Al-Jinisiyah

1) Froebel 2) John Stuart 3) John Dewey 4) Maria Motessoru 5) T.H Huxley

Kung Fu Tze Rabindranath Tagore

1.1 Pengenalan
Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, telah mendefinisikan falsafah adalah sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu. Jadi, falsafah merupakan satu sistem cambahan idea-idea yang mendalam mengenai fitrah manusia dan makna realiti bergantung kepada tempat, keadaan sosial dan ekonomi. Selain itu, pendidikan pula dapat diterjemah sebagai proses memperkembang kebolehan manusia kepada pencapaian maksimum. Hal ini dipersetujui oleh John dewey (1859-1952) dalam Choong Lean Keow (2008) yang menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses yang bertujuan mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Dengan ini, gabung jalin kedua-dua perkataan falsafah dan pendidikan ini melahirkan satu maksud baru yakni satu bidang ilmu yang mengkaji mengenai penyatuan ilmu pengetahuan bagi memperkembang potensi manusia yang bertujuan proses sosiolisasi, pembentukan budaya dan penempatan sosial. Tampahan pula, falsafah pendidikan telah menjadi salah satu perbincangan hebat dari dahulu sehingga sekarang oleh para ilmuan. Oleh itu, wujudnya pelbagai falsafah pendidikan yang diguna pakai dahulu sehinggalah sekarang seperti Falsafah Pendidikan Islam, Timur, dan Barat. Secara tidak langsung, Malaysia sebagai negara membangun telah mencedok pelbagai falsafah pendidikan dari ketiga-tiga falsafah pendidikan tersebut.

1.2 Falsafah Islam


Dalam Falsafah pendidikan Islam, ia memberikan keutamaan terhadap aspek keagamaan. Perkembangan individu dari segi intelek, rohani dan emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Griffen Encharang, 2009). Ia juga mempunyai beberapa prinsip yang menekankan unsur kerohanian. Falsafah Pendidikan Islam berkonsepkan proses memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani, dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam ini berunsurkan unsur keagamaan yang bertujuan untuk membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta melengkapkan diri sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T (Mok Soon Sang, 2003). Mengikut Falsafah Pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani dan emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Unsur ini dapat dilihat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam elemennya sendiri iaitu elemn yang berbunyi seperti berikut. ....untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Oleh itu, dalam KBSR dan KSSR yang di Malaysia, Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral mencerminkan ciri-ciri pembelajaran efektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama. Ciri-ciri pembelajaran ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Islam yang bertujuan untuk membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia. Tampahan pula, hasil penekanan terhadap pendidikan Islam dalam kurikulum menyaksikan pelbagai perkembangan pendidikan Islam kini iaitu subjek pendidikan Islam yang diwajibkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Penubuhan sekolah-sekolah agama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pula menjadi tempat penghayatan nilai Islam bagi murid-murid Islam dan mereka didedahkan lebih banyak ilmu-ilmu berkaitan agama Islam berbanding sekolah menengah lain. Sistem ini 3

juga menampakkan keberhasilannya dengan lahirnya ramai tokoh ulama di negara ini. Sehingga kini, terdapat 57 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di seluruh Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, kursus Tamadun Islam ( kini Tamadun Islam Tamadun Asia) telah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab Perguruan ( kini Institut Pendidikan Guru ) sejak 1983 sehingga sekarang. Tujuan kursus ini didedahkan ialah untuk memperkenalkan falsafah pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar. Dengan wujudnya golongan muda yang mendalami agama, maka secara tidak langsung falsafah pendidikan Islam yang mahu melahirkan insan berilmu dan beragama dapat dicapai.

1.3 Falsafah Barat


Falsafah Pendidikan Barat mempunyai pengaruh besar dalam sistem pendidikan di Malaysia selepas Tanah Melayu dijajah oleh British. Sama seperti Falsafah Pendidikan Islam dan Timur, ilmu pengetahuan adalah aset penting dalam kehidupan bagi orang-orang barat. Friedrich dalam Choong Lean Keow (2008) berpendapat bahawa pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia. Umumnya, falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada dua kategori iaitu Falsafah Pendidikan Tradisional Barat dan Falsafah Pendidikan Moden Barat. Terdapat banyak pembahagian mazhab di bawah kedua-kedua falsafah pendidikan barat ini namun hanya beberapa mazhab sahaja yang dikaji untuk melihat kesan idea falsafah tersebut ke atas Jadual di bawah merupakan pembahagian mazhab bagi kedua-dua falsafah ini. Jika diteliti semula, perlaksanaan Falsafah Pendidikan Moden Barat mempunyai implikasi yang banyak di Malaysia berbanding Falsafah Pendidikan Tradisional Barat. Hal ini kerana kaedah pengajaran bagi Falsafah Pendidikan Moden Barat lebih bersifat praktikal di Malaysia untuk melahirkan individu yang kreatif dan kritis dalam pemikiran. Tiga aspek yang dilihat dalam falsafah ini ialah aspek kurikulum, pendidik dan kaedah mengajar. Mazhab progresivisme menekankan pembelajaran yang berbentuk induktif dimana pembelajaran tersebut memerlukan penerangan yang diberikan oleh guru sendiri tanpa memerlukan teori. Kurikulum mazhab ini memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Kurikulum KBSM (kini KSSM) Malaysia melaksanakan perkara ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan Satu di sekolah menengah dengan memberi kebebasan memilih elektif pengkhususan dalam subjek Kemahiran Hidup dengan empat pilihan iaitu ekonomi rumah tangga, perdagangan, pertanian dan kemahiran teknikal. Selain itu, perlaksanaan kurikulum ini juga diterapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat dengan memberi pilihan beberapa aliran seperti aliran sains tulen agama, sastera dan vokasional. Perkara sebegini memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar untuk memilih bidang kemahiran sesuai dengan minat mereka.

Selain itu, dalam mazhab progresivisme, guru berfungsi sebagai pembimbing


dan pengurus untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam kelas. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang selesa serta merangsang pemikiran anak muridnya supaya pelbagai idea yang kreatif dapat dicambah. Hal ini sudah pun dipraktikkan oleh guru-guru di sekolah yang melaksanakan KSSR di mana guru-guru bertindak sebagai pencetus kreativiti di dalam kelas untuk merangsang pemikiran murid dengan berbekalkan pendekatan didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru juga dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Tampahan pula, disebabkan kaedah induktif digunakan dalam proses mengajar, jadi murid diberi peluang untuk mencari keterangan bagi setiap soalan yag dicetuskan oleh guru untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung melahirkan murid-murid yang aktif dalam kelas. Terdapat beberapa kaedah mengajar yang disyorkan bagi mazhab progresivisme ini iaitu menyelesaikan masalah berdasarkan kaedah saintifik dan pendekatan induktif, melakukan eksperimen untuk meneroka alam sekeliling, dan pengalaman langsung dengan penglibatan murid. Ketiga-tiga kaedah ini mampu mewujudkan budaya belajar yang kondusif dan kompetetif kerana para pelajar akan bersaing untuk memberi respons terhadap soalansoalan guru. Aplikasi daripada mazhab progresivisme dapat dilihat dalam salah satu tunjang KSSR yang menekankan mengenai Sains dan Teknologi dimana guru-guru perlu mendedahkan murid terhadap asas disiplin ilmu Sains melalui pembelajaran dalam kelas, makmal mahupun pembelajaran berdasarkan pengalaman langsung di luar kelas.

1.4 Falsafah Timur


Falsafah pendidikan Timur digubal berkonsepkan pencapaian kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan juga memenuhi kehendak-kehendak sosial dan ekonomi. Di dalam falsafah pendidikan Timur, aspek emosi, intelek dan jasmani yang mana kebijaksanaan dalam bidang muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara, kelakuan yang baik, seni, drama dan tarian dan pendidikan diberi keutamaan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, unsur ini ada diterapkan yang mana para pelajar diajar mata pelajaran yang tidak teras seperti muzik serta seni untuk menjadikan pelajar seimbang dari segi emosi (Mok Soon Sang, 2009). Salah seorang ahli falsafah yang terkenal di Timur ialah Confucius, ahli falsafah China. Falsafah pendidikan Confucius mengatakan bahawa pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengira status sosio-ekonomi atau kedudukan sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan di Malaysia. Di Negara ini, pendidikan diberikan kepada semua orang tidak kiralah mereka orang yang berupaya atau kurang berupaya. Falsafah pendidikan Confucius amat menekankan pengajaran pendidikan Moral. Banyak nila-nilai yang ditekankan dalam aspek moral seperti menghormati ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, ketekunan, kesetiaan, jimat cermat, tolak ansur, kebijaksanaan, dan keberanian. Nila-nilai ini amat penting dalam kehidupan seharian memandangkan seorang manusia yang mampu mengamalkan nilai-nilai murni akan mendapat rasa dihormati dalam kalangan penduduk setempat. Disebabkan itulah, kurikulum di Malaysia juga menekankan aspek nilai-nilai murni diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajara. Seawal dari darjah satu lagi, murid-murid diperkenalkan dengan pendidikan Moral bagi murid-murid bukan Islam dan pendidikan Agama Islam bagi murid-murid beragama Islam. Hal ini amat jelas bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sekadar mahu melahirkan ilmuan yang bijak pandai sahaja, tetapi mereka mahu melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berbudi bahasa. Sesuai dengan tunjang kemanusiaan yang ditekankan dalam KSSR, nilai murni mengenai kemasyarakatan ditekankan supaya murid-murid mempunyai penghayatan terhadap ilmu akademik dan ilmu kemasyarakatan. Tunjang keterampilan diri dalam 7

KSSR juga menekankan murid terdidik dan dibimbing untuk mempunyai daya kempimpinan dan sahsiah yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum supaya modal insan kelas pertama dapat dilahirkan. Tampahan pula, Rabindranath Tagore yang merupakan seorang ahli falsafah dan penyair dari India pula mentafsirkan pendidikan sebagai proses melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh bermakna. Dalam FPK, terdapat elemen yang jelas menyebutkan mengenai tafsiran Rabindranath Tagore iaitu : Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, sumbangan Falsafah Pendidikan Timur terhadap FPK ialah mengenai penghasilan rakyat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawa kerana ini terdapat dalam Falsafah Pendidikan Rabindranath Tagore yang menyebutkan bahawa pendidikan untuk perkhidmatan sosial dan kecekapan bertujuan untuk membolehkan individu hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaikbaik dan menghormati di antara satu sama lain (Mok Soon Sang,2010).

Soalan (B) 2.1 Transformasi pendidikan di Malaysia

KBSR (1983-2010)

KSSR (BERMULA 2011)

Linear berasaskan 3 bidang: 1) Komunikasi 2) Manusia dan alam kelilingnya 3) Perkembangan diri individu

Reka Bentuk Kurikulum

Modular berasaskan 6 tanjung: 1) Komunikasi 2) Kerohanian, Sikap & Nilai 3) Kemanusiaan 4) Perkembangan Fizikal & Estetika 5) Sains dan Teknologi 6) Keterampilan Diri

1) Sukatan Pelajaran 2) Huraian Sukatan Pelajaran 1) Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3) -Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan 2) Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6) -Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Bahan Kurikulum

1) Dokumen Standard Kurikulum

Organisasi Kurikulum

1) Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3) -Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif 2) Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6) -Mata pelajaran Teras & Elektif

3M (Membaca, Menulis dan


Mengira)

Fokus

4M (Membaca, Menulis Mengira


dan Menaakul)

Elemen Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

Elemen

Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit.

Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di atas menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bermula pada tahun 2011, semua sekolah menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 pada tahun 2011. Kurikulum ini sesuai untuk perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti pada zaman yang serba maju dan canggih kini. Tampahan pula, reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembang diri individu. Di dalam reka

bentuk komunikasi KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1 dan tahap 2. Contohnya, bagi mata pelajaran Bahasa melayu, berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Pada tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada tahap 2 pula, murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Selain itu, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar pada tahap 1 manakala dua mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan pada 10

tahap 2. Sebagai contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsip-prinsip rukun negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada tahap 1, murid diajar nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lain-lain lagi. Manakala, pada tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa. Oleh itu, murid digalakkan untuk berbincang, membuat keputusan, dan berfikir berhubung dengan isu moral dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, Pendidikan Muzik, serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tetapi, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Tunjang pertama ialah tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran 11

menaakul. Jika kita lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur , membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu menaakul. Hal ini telah menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan dengan jelas. Murid dituntut menguasai kemahirankemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Di samping itu, tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini. Seterusnya ialah tunjang ketiga. Tunjang tersebut ialah tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu, tunjang kemanusiaan ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Tampahan pula, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi.

12

Oleh yang demikian, tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.

Tunjang yang keempat ialah tunjang Keterampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya.

Ciri-ciri tersebut tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan.

Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individumurid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya.

Kesihatan jasmani murid sangat penting untuk menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani danKesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini.

13

Selain dari aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi.

Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran.

Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid.

14

Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak.

Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan sematamata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran KBSR.

Untuk menyelesaikan masalah dan menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan

perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat.

Dalam pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu

15

bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

Pentaksiran formatif tersebut membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang

menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio.

Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan

perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.

Tampahan pula, dokumen tersebut juga membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai 16

persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.

Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah.

Pendek kata, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju dan meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21.

Kesimpulannya, dalam perubahan ini, guru telah memainkan peranan yang paling penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

17