Anda di halaman 1dari 32

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN BESUT TERENGGANU

TAJUK: ISU-ISU MORAL PERINGKAT GLOBAL : BUDAYA GOTHIK

NAMA PELAJAR UNIT JABATAN NO. MATRIK NAMA PENSYARAH

: MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2 : PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL : 5880 : ENCIK AHMAD SHIDKI BIN MAT YUSOFF

1.0 HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan maklumatmaklumat yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya

TANDATANGAN NAMA TARIKH

: .................................................................... : MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN : 9 OGOS 2013

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN sISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 2.0 DEFINISI BUDAYA GOTHIK 3.0 SEJARAH BUDAYA GOTHIK 4.0 KAJIAN LEPAS TENTANG BUDAYA GOTHIK 5.0 PERMASALAHAN 6.0 ANALISIS ISU 7.0 RINGKASAN KAJIAN 8.0 RUMUSAN 9.0 PENUTUP 10.0 PENGHARGAAN 11.0 REFLEKSI 12.0 BIBLIOGRAFI 13.0 LAMPIRAN 2 3 4 5 7 8 9 11 19 20 22 27 28 31 32

1.0 Pendahuluan Dewasa ini kebudayaan barat sudah mendominasi segala aspek. Peradaban barat kini telah menguasai dunia. Banyak perubahan-perubahan peradaban yang dilihat pada remaja atau belia kini. Kebudayaan barat merupakan petaka buruk bagi masyarakat dan peradaban Timur. Masyarakat timur yang menonjol dengan peradaban mulia, sedikit demi sedikit mulai goyah dan mengikuti kebudayaan barat. Negara kita Malaysia juga menerima nasib yang sama. Terdapat banyak budayabudaya baru yang menyerap masuk ke dalam jiwa anak-anak muda yang telah merosakkan akal dan fikiran mereka. Di Malaysia, kita telah digemparkan dengan kemasukkan banyak pengaruh budaya-budaya barat terhadap anak-anak muda kita. Salah satu daripadanya ialah budaya gothik. Budaya ini telah menjadi ikutan atau menjadi trend anak-anak muda sekarang sehingga menimbulkan kerisauan dikalangan masyarakat terutamanya ibu bapa sekarang. Menurut Cr. Haji Hushim Haji Salleh (2012), tanggungjawab sebagai ibu bapa lazimnya mencabar terutama dalam zaman yang moden dan serba canggih ini. Perubahan cara hidup yang mendadak dan anasir-anasir luar yang

mempengaruhi minda tidak dapat dielakkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak pada zaman sekarang mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang datang dari luar skop kekeluargaan. Kawan-kawan, internet, persekitaran sosial yang kurang sihat, penuh dengan godaan membuatkan mereka semakin terdorong megikut rentak hati mereka sendiri. Untuk perbincangan yang selanjutnya, penulis akan memfokuskan tentang budaya gothik iaitu budaya gothik di peringkat global yang menyebabkan kegelisahan masyarakat dan negara serta menganalis setiap permasalahanpermasalahan yang timbul dan menghubungkait dengan proses sosialisasi serta mengemukakan cadangan penyelesaian.

2.0 DefinisI / Konsep / Pengertian Budaya Gothik Apakah itu budaya gothik ? Sebelum kita melihat maksud istilah gothik ini, kita perlu melihat apakah yang dimaksudkan dengan budaya agar isu ini dapat dikupas sedalam-dalamnya. Budaya atau kebudayaan berasal daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal. Secara amnya, ianya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Dalam pengertian yang lebih luas ianya bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan perkara semula jadi yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Menurut Kroeber dan Kluckhohn (1985), budaya boleh didefinisikan melalui beberapa cara. Budaya menurut definisi deskriptif ialah cenderung melihat budaya sebagai keseluruhan komprehensif yang menyusun keseluruhan hidup sosial sekaligus menunjukkan sejumlah bidang kajian yang membentuk budaya. Budaya menurut definisi historis ialah cenderung melihat budaya sebagai warisan yang diperturunkan dari generasi satu ke generasi berikutnya. Budaya menurut definisi normatif pula boleh mengambil 2 bentuk. Yang pertama, budaya adalah aturan atau jalan hidup yang membentuk pola-pola perilaku dan tindakn yang konkrit. Yang kedua, menekankan peranan kumpulan nilai tanpa merujuk pada perilaku. Budaya menurut definisi psikologi ialah cenderung memberi tekanan pada peranan budaya sebagai piranti pemecahan masalah yang membuat orang boleh berkomunikasi, belajar, atau memenuhi keperluan material maupun emosionalnya Menurut Prof . Dr. Abdul Samat Musa (2003), budaya mencakupi pengetahuan , kepercayaan, kesenian , moral, undang-undang, adat istiadat, sistem ekonomi, sistem kemasyarakatan, bahasa, sistem pengetahuan dan agama. Kebudayaan dipengaruhi oleh alam sekeliling, sama ada berbentuk kebendaan atau bukan kebendaan. Ia tidak bersifat statik tetapi dinamik, di mana ia berubah mengikut perkembangan kemajuan manusia dan persekitaran, berdasarkan pencapaian dari segi teknologi. Kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi banyak mengubah cara hidup manusia dan bertanggungjawab melahirkan sesuatu yang baru yang tidak ada sebelumnya.
5

Walaupun mungkin terdapat perbezaan pandangan dikalangan sarjana tentang budaya, tetapi mere boleh dikatakan bersetuju bahawa budaya merupakan ciptaan manusia. Manusia mempunyai roh dan jiwa, pancaindera rasa dan naluri. Budaya ialah cara hidup dan kebiasaan cetusan jiwa manusia. Budaya mempunyai hungan yang rapat dengan tamadun dan kesenian. Menurut Laura Johanna Schwobel (2006), secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa istilah gothic pula adalah berkaitan dengan suatu suku kaum purba, gaya tertentu seni bina dan seni, genre tertentu sastera dan pergerakan subbudaya. Dalam Encarta Dictionary 2006, istilah gothik ini memiliki beberapa pengertian. Pertama, gothik sebagai gaya kesenibinaan bangunan yang muncul di abad pertengahan. Gaya ini berkembang di Eropah Barat antara abad ke-12 dan ke-15 yang dicirikan dengan bangunan berbentuk lancip menyerupai mata panah, dinding penopang yang mengambang dan siling yang tinggi dan berbentuk kurva. Biasanya ia banyak ditemui di gereja-gereja katederal. Kedua, sebagai gaya seni abad pertengahan. Ini bermaksud bahawa semua seni diidentifikasi atau diusahakan mengadopsi atau meniru gaya abad pertengahan termasuk didalamnya terdapat gaya muzik, lukisan, dan ukiran yang banyak dilakukan orang pada abad ke-12 dan ke-15. Ketiga, sesuatu yang disandarkan pada karakter abad pertengahan yang telah disebutkan di atas. Pada pengertian yang ketiga ini, gothik telah menjadi simbol atau identiti yang disandarkan pada abad pertengahan. Keempat, istilah untuk menyebut genre wayang cereka yang menakutkan. Ianya merupakan sebuah genre wayang cereka yang dicirikan dengan kesuraman, kemurungan dan kegelapan atau sering juga dengan jalan cerita yang aneh atau sesuatu plot yang luar biasa yang memaparkan tentang kesendirian yang mencekam, seperti runtuhan istana atau bangunan lain. Sebagai contohnya penggambaran filem seram seperti Count Draculla, Van Helsing, The Crow, Frankenstein, dan sebagainya. Kelima, segala sesuatu yang berhubungan dengan semua ciri-ciri di atas, baik bahasa ataupun budaya.

3.0 Sejarah Budaya Gothik Gothik sebenarnya lebih kepada satu medium ideologi. Sejarah permulaannya sebenarnya berasal dari "VisiGoth", yang merupakan nama salah satu puak barbari dari Jerman, puak yang menghuru-harakan kerajaan Rome ketika itu. Ideologi tersebut terus berkembang secara sekular ke dunia artistik dengan penggayaan yang gelap dan gloomy dan boleh dilihat pada senireka bangunan-bangunan zaman pertengahan abad, seperti di Andalusia dan Sepanyol. Puak VisiGoth ( atau Gothik ) mula melebarkan ideologi mereka ke seluruh benua Eropah, dari Scandinavia hingga ke Russia, dan mereka juga bermigrasi ke serata dunia dan meninggalkan ideologi seni mereka. Manakala definisi Gothik secara budaya bagi pencinta Gothik adalah sebagai gambaran depresi, marah, kelam, benci, sedih kecewa dan kegelapan. Semua perasaan ini dijadikan sebagai satu budaya trend dan muzik.

4.0 Kajian Lepas Berkaitan Budaya Gothik Menurut Laura Johanna Schwobel (2006) dalam kajiannya Finnish Gothic Subculture berkata bahawa antara amalan-amalan ahli gothik ialah suka untuk minum minuman keras, menghisap rokok dan tidur sepanjang hari. Bukan itu sahaja mereka juga suka untuk ke kelab malam untuk berjumpa dengan ahli-ahli mereka. Di samping itu, mereka juga suka untuk melayari internet untuk menyebarkan budaya gothik mereka. Mereka juga terlibat dengan amalan-amalan ritual yang berunsurkan syaitan. Menurut Clarke, J. et al (1976) dalam kajiannya Resistance Through Rituals, gaya Gothik adalah dilengkapi dengan satu siri ritual dalam kategori ritual badan. Ritual badan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu sementara, separa kekal dan kekal. Pada tahap yang sementara, solekan digunakan untuk mewujudkan kelihatan berbeza daripada tanah perkuburan. Warna putih digunakan untuk menghapuskan apa-apa kesan warna dari muka, memberi ahli-ahli gothik kemunculan kematian iaitu makhluk yang kembali dari kubur. Mata biasanya menyerlahkan dengan penggunaan celak hitam dan pembayang mata gelap. Gincu hitam atau gincu merah digunakan pula untuk meningkatkan kesan yang pucat seperti mayat. Sebahagian minoriti kecil ahli gothik memilih untuk dilihat seperti pontianak. Ini dapat dilihat dengan pemakaian gigi taring tajam yang menyeruapai pontianak. Ahkir sekali, ianya digabungkan dengan kanta sentuh berwarna (terutamanya merah) untuk menutup warna semula jadi mata pemakai, memberi pandangan yang hanya boleh digambarkan sebagai jahat. Pada tahap separa kekal pula, mereka membawa kepada perihal gaya rambut dan perbuatan menindik badan. Gaya rambut mereka meniru seakan-akan orang Punk dan Mohican. Rambut berwarna adalah perkara biasa untuk mereka. Ahli Gothik suka sama ada hitam atau berambut perang nyata. Ada juga diantara mereka menunjukkan kecenderungan yang ketara ke arah sambungan rambut berwarna, warna biru, putih, merah. Bukan itu sahaj, ada juga ahli Gothik cenderung untuk memilih rambut panjang hitam belakang disikat atau berkerut. Terdapat seolah-olah tiada korelasi antara gaya rambut dan jantina di dunia Goth. Mereka juga menindik badan terutamanya muka. Menindik badan telah menjadi suatu bahagian penting dalam upacara agama sejak zaman berzaman. Ia telah digunakan untuk
8

menandakan peralihan dari remaja ke dewasa oleh masyarakat purba. Dalam masyarakat kontemporari, menindik telinga, bagi sebahagian besar, telah menjadi satu norma yang diterima, untuk lelaki serta wanita. Menindik hidung telah menjadi satu norma yang diterima di kalangan budaya belia, sekali lagi untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Di Amerika Syarikat, menindik hidung masih disukai dalam semua tetapi bandar-bandar yang terbesar dan paling kosmopolitan. Ada juga diantara mereka menindik di seluruh badan mereka termasuk hidung, telinga, mulut, alat kelamin dan juga puting. Pada tahap kekal pula ia membawa kita kepada perlakuan membuat tatu pada badan. Seperti tindikan badan, tatu mempunyai asal-usul mereka dalam masyarakat kuno sejak sekurang-kurangnya dua atau tiga ribu tahun yang lalu. Tatu telah menjadi sebagai tanda yang telah menghiasi masyarakat di seluruh dunia. Dari Maori kepada Inuit dan dari Afrika ke Samoa, tatu telah digunakan untuk menandakan makna yang pelbagai. Ianya telah digunakan dalam masyarakat pahlawan untuk menandakan kemenangan, kekalahan atau perbuatan yang luar biasa

kepahlawanan. Ianya juga telah digunakan untuk menyatakan kegembiraan atau kesedihan, dalam upacara ritual dan upacara agama tradisional, dalam

menyampaikan beberapa maksud, dan untuk menunjukkan hubungan atau keahlian sejenis kumpulan rahsia. Jenis-jenis yang paling terkenal adalah tatu digunakan untuk menandakan peralihan dari satu fasa atau kitaran hidup yang lain iaitu sebagai upacara inisiasi.

5.0 Permasalahan Namun begitu, permasalahannya mula timbul apabila gothik telah muncul sebagai sebuah subkebudayaan pada masyarakat moden dan banyak berkembang pada masayarakat yang usianya remaja. Kemunculannya bukanlah dalam bentuk apresiasi terhadap gaya-gaya seni bina abad pertengahan tetapi lebih banyak muncul dalam pengertian genre fizikal yang menakutkan. Gambaran tentang kesuraman, kemurungan, kegelapan, kesendirian dan hal-hal lain yang mencekam. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika anak-anak muda telah mula berpakaian dan berperangai seperti pengikut gothik pada zaman dahulu.

Terdapat ahli gothik yang fanatik terhadap budaya gothik ini. Mereka mengamalkan amalan sedih dan tidak bersemangat, kurang bertoleransi dan pemikiran yang sempit, sering dikaitkan dengan jenayah, sering dikaitkan dengan tindakan membunuh diri, pemabuk dan menyalahi undang-undang, percaya kepada kehidupan selepas kematian iaitu menjadi pontianak, sering menghina diri sendiri iaitu menyeksa tubuh mereka sendiri, berpakaian hitam dan putih,dan menggunakan alat solek pada wajah. Amalan-amalan tersebut mungkin dapat diterima di negaranegara barat, akan tetapi amalan tersebut tidak dapat diterima oleh negara kita iaitu Malaysia kerana ia bertentangan dengan nilai moral kita di sini. Menurut Abd Hamid (2004), tahap moral dapat diukur dari tiga perspektif asas. Pertamanya dari perspektif peribadi. Seseorang itu akan menimbangkan dahulu setiap gerak-langkah yang akan diambilnya, tentang kesannya ke atas dirinya di masa akan datang. Apakah tindakan tersebut akan mendatangkan manfaat atau mendatangkan mudarat. Baharulah kita mengukur tahap moral seseorang pada perspektif sejagat. Ia mengukur tindakan seseorang pada nilaian masyarakat sejagat atau sekeliling. Jika sesuatu perlakuan itu bersesuaian dengan masyarakat sejagat dan dipersetujui, maka ia dianggap akan memberi kebaikan kepada persekitaran pelakunya. Ketiga baharulah kita membicarakan tahap moral pada perspektif mutlak. Ini merujuk kepada tahap moral yang dipandu oleh kepercayaan seseorang itu kepada kuasa yang terulung atau tertinggi. Ia akan menggalakkan seseorang itu memegang prinsip-prinsip moral kerana keyakinannya bahawa ini adalah kehendak the superior power atau lebih tepat dipanggil Yang Maha Kuasa iaitu Allah Tuhan Rabbul Jalil, Pencipta dan Pemilik sekelian alam. Oleh yang demikian, penulisan yang seterusnya penulis akan mengupas tentang kedatangan budaya gothik di peringkat global yang meresap masuk ke negara kita Malaysia khususnya kepada golongan remaja yang mengakibatkan kebimbangan masyarakat dan negara kita.

10

6.0 Analisis Isu

6.1 Faktor Kedatangan Budaya Gothik di Malaysia

Penciptaan

televisyen

nyata

banyak

mempengaruhi

kehidupan

seharian manusia. Marican dan Mohamed (1995) menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara, maksud media massa di sini adalah surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalah barat memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidup yang tidak sihat seperti black metal, punk, gothic dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Kebudayaan Barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan (role model) yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia.

Menurut Roosfa Hashim (2004), unsur asing sudah amat menebal dalam kebanyakan majalah remaja. Terdapat banyak sekali majalah remaja berbahasa Melayu dalam pasaran kita masa kini. Sebahagiannya masih dapat bertahan dengan bahan-bahan tempatan dan dapat pula mengawal kandungannya daripada unsur-unsur budaya asing. Sebahagiannya

memasukkan sedikit sebanyak bahan-bahan asing kerana tuntutan pasaran iaitu mereka cuba bertolak ansur dalam memenuhi kehendak pembaca. Sebahagian yang lain menerbitkan sepenuhnya bahan yang berunsurkan budaya asing dalam majalah masing-masing. Ini menunjukkan bahawa majalah-majalah yang dipasarkan di Malaysia semuanya telah terdedah dengan budaya asing. Sebagai contohnya, majalah-majalah komik di Malaysia seperti Gempak, Kreko dan lain-lai yang telah menerapkan fahaman Gothik dalam lukisan watak di dalam komik mereka.

11

6.2 Punca Terjebaknya Kepada Budaya Gothik di Malaysia Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan remaja hangat diperkatakan, secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan isu-isu remaja secara langsung dan tidak langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik pandai, orang

perseorangan dan lain-lain. Menurut Hashim bin Haji Bedu (2008), daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Apabila masalah keruntuhan remaja dibincangkan soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada guide line dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada budaya ini, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan.
12

Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan kawan. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial. Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi. Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya budaya ini dalam kalangan remaja. Walaunpun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja, boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tapi tidak diperduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas difikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan

mereka.Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah budaya ini.

13

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anakanak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih

mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh just take for granted. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian

menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini .Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.

14

6.3 Kesan Budaya Gothik Pada Masyarakat dan Negara Banyak permasalah telah timbul apabila datangnya budaya gothik di Malaysia. Menurut Roslee Ahmad (2008), pada masa kini timbul satu aliran baru di Malaysia yang melanda golongan remaja iaitu pengaruh gaya hidup Gothik. Budaya Gothik merupakan satu lagi subbudaya negatif yang dibawa dari barat yang bermula dengan era Black Metal, kemudian beralih kepada punk, diikuti dengan Skinhead dan gaya hidup Gothik. Menurut Roslee Ahmad (2008), remaja Gothik merupakan golongan remaja yang berumur belasan tahun, masih bersekolah, dan berbangsa Melayu daripada golongan masyarakat kelas biasa. Faktor kesibukan dan kurang perhatian ibu bapa mengakibatkan remaja bebas mencari keseronokan mengikut naluri remaja. Mereka dikaitkan dengan remaja yang menghadapi tekanan perasaan, kemurungan dan masalah psikologi. Bagi mengisi jiwa yang kosong, mereka tampil dengan etika pakaian tersendiri untuk memperlihatkan dunia kegelapan mereka. Remaja yang terlibat dengan Gothik adalah kerana mahu mengisi kekosongan jiwa dan keseronokan. Mereka mengamalkan perlakuan seks bebas dengan faktor suka sama suka. Mereka mengamalkan seks bebas dilokasi tertentu seperti di bahagian tangga bangunan kosong, lorong gelap belakang bangunan, dan tandas awam. Amalan seks bebas yang dibawa oleh kumpulan Gothik ini adalah manifestasi bahawa golongan remaja kini memerlukan Pendekatan Kaunseling Islam sebagai wahana untuk menangani kemelut keruntuhkan akhlak yang sedang dialami oleh mereka. Menurut Prof. Dr. Azizi Hj Yahaya pula, masalah yang timbul ialah tiadanya identiti diri yang kuat. Tiadanya identiti diri yang kuat akan menimbulkan banyak implikasi yang sering dikaitkan dengan isu sosial seperti kecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada kelainan, masalah penggunaan masa senggang, ketandusan wawasan hidup, usaha mendapatkan publisiti, dan manifestasi atau sindrom sosial ketidakupayaan remaja menghadapi perubahan dan pemodenan dalam masyarakat yang begitu cepat berubah. Bermula dari perkara pokok yang menjadi tunjang wujudnya permasalah ini iaitu tiadanya identiti diri yang kuat, remaja tersebut akan begitu mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling baik dari segi fizikal, mental ataupun rohani. Misalnya bermula dari pengaruh mahu
15

kelihatan sama dengan rakan-rakan sebaya, seseorang itu cenderung untuk berpakaian dan mempunyai perilaku atau perlakuan yang hampir sama dengan kelompok rakan mereka kerana mahu mempunyai rasa kekitaan dan diterima oleh rakan. Oleh itu, timbullah masalah seperti remaja secara membuta-tuli menyertai kumpulan seperti kumpulan Punk, Gothik dan sebagainya. Ini bertepatan dengan pendapat Ab. Alim (1994), yang menyatakan bahawa manusia merupakan makhluk yang mempunyai

keinginan untuk berinteraksi dan membentuk kelompok sosial mereka sendiri. Malangnya tindakan yang tidak disertakan dengan fikiran dan timbangan yang wajar berlandaskan etika dan prinsip diri yang kukuh akan membuatkan seseorang remaja itu mudah terpengaruh. Apa yang mendukacitakan adalah apabila pilihan yang dibuat adalah salah kerana memberikan kesan negatif terhadap diri remaja tersebut. Ini adalah kerana biasanya kumpulan Punk dan Gothik yang dinyatakan di atas biasanya menjerumuskan remaja dengan anasir yang kurang sihat seperti budaya memberontak dengan berpakaian yang tidak bersesuaian dengan budaya timur dan mereka biasanya akan menghabiskan masa bersama-sama dengan ahli kumpulan yang lain dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan wujudlah gejala melepak. Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Gothik mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihakpihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.

16

6.4

Langkah-Langkah Mengatasi Menurut Wirdatul Jannah Mohamad (2013), perbincangan mengenai

keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan iaitu remaja perlu mendekatkan diri dengan Allah SWT. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama para ulama dan orang yang arif tentang agama. Orang yang mendekatkan diri kepda tuhan akan sentiasa berada di dalam ketenangan. Oleh yang demikian, mereka tidak akan melakukan perkara yang membuang masa dan sia-sia. ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka. Bak kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Selain itu, menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka. Disamping tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model yang terbaik kepada anak-anak mereka. Selai itu, pilihlah rakan sebaya yang baik. Berkawanlah dengan kawan yang dapat membantu dalam pelajaran, mengajak kepada kebaikan dan positif. Menurut Azizi Yahya (2008), di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejuran, kemesraan dan lain-lain "para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Faktor ini banyak menimbulkan pengeseran di antara para remaja dan ibu bapa. Para remaja merasakan ibu bapa sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibu bapa pula berasa keliru dengan tingkahlaku dan tindak tanduk remaja dan sebarang usaha untuk menegakkan identiti diri dianggap
17

sebagai menentang. Kekeliruan ini memburukan pengeseran dan akhirnya menimbulkan masalah. Apabila remaja menemui masalah seperti ini, ia memerlukan seorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat panduan dan pertolongan. Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Peranan media massa dengan memberi kempen atau rancangan yang menghidupkan jiwa dan rohani ke arah keimanan kepada Allah SWT. Media massa diertikan sebagai alat perhubungan yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dalam sama yang singkat (Mokhtar Muhamad Abdullah, 1998). Encik Hamdan Adnan dalam artikelnya yang bertajuk 'Media Massa dan Pengguna' mentakrifkan media massa sebagai alat yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Media massa terdiri daripada media elektronik iaitu radio, televisyen, alat rakaman, tayangan gambar dan alat-alat komunikasi yang berasaskan elektronik dan media cetak iaitu akhbar, majalah, buku, risalah, brosur dan seumpamanya. Oleh yang demikian, media-media ini seharusnya menghidupkan tontonan televisyen terhadap perkara yang dapat membentuk jiwa dan rohani ke arah keimanan kepada Allah. Bukan itu sahaja, Lembaga Penapisan Filem (LPF) harus menapiskan filem-filem Barat yang mempunyai unsur negatif untuk mengekalkan budaya ketimuran Malaysia. Tidak dinafikan penonjolan budaya yang ditampilkan dalam filem Barat banyak terselit adegan ganas, gothik, perang, dadah dan arak, lucah, tidak bersopan sering menjadi ikutan remaja. Unsur-unsur sebegini tidak harus menjadi sumber hiburan yang ditonjolkan dalam filem. Unsur-unsur seperti ini harus dipantau dengan teliti oleh pihak berwajib agar perkara-perkara yang ingin merosakkan anak bangsa kita tidak akan ditayang di dalam negara kita. Kesimpulan, setiap invividu itu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi diri yang bermoral dan berakhlak mulia.Tanggungjawab bersama dalam melahirkan masyarakat harmoni dan beretika serta berdisiplin perlu dititikberatkan dalam menjalani kehidupan seharian.

18

7.0 Ringkasan Kajian

Penyelidik/ Penulis Abd Hamid

Kajian / Tajuk Wajah moral masyarakat Melayu pasca moden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi

Tahun 2004

Assoc. Prof. Dr. Azizi Hj Yahaya

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Gejala Melepak Di Kalangan Remaja

Azizi Yahaya

Pengaruh Negatif Rakan Sebaya

2008

Clarke, J

Resistance Through Rituals

1976

Cr. Haji Hushim Haji Salleh

Peranan Ibu Bapa Di Masa Kini

2012

Hashim bin Haji Bedu

Keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam keluarga; isu dan cabaran

2008

Kroeber dan Kluckhohn Laura Johanna Schwobel Mokhtar Muhammad Abdullah

Culture Study Finnish Gothic Subculture Teknologi komunikasi dan proses pembentukan masyarakat bermaklumat: satu analisis semula peranan media elektronik dl malaysia

1985 2006 1998

Prof. Dr. Abdul Samat Musa

Islam dan kebudayaan : batas pengkaryaan dan amalan

2003

Roosfa Hashim
19

Bentuk-bentuk budaya

2004

asing dalam majalah dan komik remaja di pasaran tempatan. Roslee Bin Ahmad Spiritual Practices of Counselors and Suggestion of Islamic Counselling Approach Model to Prevent Problems with Students Sexual Behaviour. Wirdatul Jannah Mohamad Hiburan Melampau Punca Keruntuhan Akhlak Remaja 2013 2008

8.0 RUMUSAN Isu terjebak dengan budaya gothik bukanlah satu isu baru sebaliknya telah wujud sejak dahulu lagi. Sejak sebelum merdeka sehinggalah sekarang, masalah ini terus berlaku dan masih belum selesai. Secara ringkasnya, terdapat pelbagai amalan pengikut Gothik ini. Antaranya ialah amalan sedih dan tidak bersemangat, kurang bertoleransi dan pemikiran yang sempit, sering dikaitkan dengan jenayah, sering dikaitkan dengan tindakan membunuh diri, pemabuk dan menyalahi undang-undang, percaya kepada kehidupan selepas kematian iaitu menjadi pontianak, sering menghina diri sendiri iaitu menyeksa tubuh mereka sendiri, berpakaian hitam dan putih,dan menggunakan alat solek pada wajah. Amalan-amalan tersebut mungkin dapat diterima di negara-negara barat, akan tetapi amalan tersebut tidak dapat diterima oleh negara kita kerana ia bertentangan dengan nilai moral kita di sini. Permasalahannya mula timbul apabila amalan-amalan ini menjadi trend dan ikutan anak-anak muda di negara kita. Ini menyebabkan mereka telah terlibat dengan perkara yang menyalahi dari moral kebiasaan di sini. Bukan itu sahaja, terdapat juga amalan yang telah menyalahi dan menyimpang dari ajaran agama kita iaitu agama Islam. Terdapat dua faktor utama kedatangan budaya ini ke Malaysia.

20

Pertama ialah peranan media massa dan yang kedua ialah peranan majalah. Keduadua faktor ini telah menjadi sebagai ejen penyebaran utama budaya Gothik ini. Antara kesan yang kita dapat lihat dengan terjebaknya anak muda terhadap budaya Gothik ini ialah mereka telah terlibat dengan gaya hidup bebas iaitu mengamalkan seks bebas, clubbing dan lain-lain lagi. Mereka juga yang telah terjebak dengan budaya ini kelihatan seperti seseorang yang telah hilang identity asalnya. Mereka bukan sahaja telah berubah dari segi pemakaian mereka malahan dari segi pemikiran dan cara mereka bersosial. Selain itu, kesan yang paling teruk dapat dilihat ialah terjadi keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Terdapat remaja yang kelihatan liar apabila mendekatkan diri dengan budaya Gothik ini. Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil. Antaranya ialah mendekatkan diri kepada tuhan. Manusai apabila kembali kepada penciptanya akan menemui jalan yang terbaik dalam hidup mereka. Mereka yang mendekati tuhan akan merasakan diri menjadi tenang dan ketenanganlah yang akan memberikan pedoman kepada seseorang dalam meneruskan kehidupan. Ibu bapa juga perlu peka terhadap anak-anak mereka. Di samping itu, rakan yang baik akan memastikan bahawa anak kita menjadi seorang yang baik. Kesimpulannya, terdapat banyak cabaran dalam mendidikan anak bangsa di masa sekarang. Zaman telah berubah, minda telah berubah dan manusia telah berubah. Mudah-mudah perubahan yang berlaku adalah perubahan kearah modal insan kelas pertama yang diidamkan oleh semua warga Malaysia.

21

9.0 PENUTUP Akhlak manusia memang boleh berkembang dan boleh dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui latihan amali dan amalanamalan menjernihkan batin. Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan

umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda ( maksudnya ) : "Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun. Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil , maka puasa, zikir dan tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang. Dengan itu, budaya sonsang seperti Gothik dapat dihindari. Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya. Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman:

Maksudnya :
22

"Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tandatanda kebesaran Kami kepada kaum yang bersyukur." Surah al 'Araf, ayat 58 : Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan. Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini. Allah SWT berfirman:

Bermaksud; "sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah, mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah." Surah al Ahzab, ayat 21.

23

Antara

mekanisme

yang

digunakan

oleh

Islam

dalam

membentuk

penganutnya serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai nilai kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan. Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jenterajentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika negara tidak

melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang. Melalui puluhan kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal. Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh media massa, sekolah, rakan sebaya, masjid atau surau dan sebagainya. Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan
24

hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya. Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan

kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya. Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas, memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi, memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya dan membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

25

Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat. Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv, filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan. Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah budaya Gothik yang semakin berleluasa, khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini.

26

10.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek bagi Kursus Isu-Isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-Nilai Murni (ELM 3104) dalam masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada pensyarah pembimbing iaitu Ustaz Ahmad Shidki bin Mat Yusoff dan Ustaz Mohamad Kamil bin Jaafar di atas bimbingan dan tunjuk ajar mereka dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam mencari dan mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tugasan ini serta perbincangan yang dilakukan bagi mencambahkan idea menyempurnakan tugasan ini. Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekian Terima Kasih

27

11.0 REFLEKSI Alhamdulilah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak memberi bantuan serta nasihat dari pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Ahmad Shidki Bin Mat Yusoff dan Ustaz Kamil. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mencari maklumat dan mengumpul maklumat tentang isu moral iaitu gothik. Banyak maklumat telah saya perolehi setelah pergi ke perpustakaan. Di sana, terdapat banyak bahan ilmiah tentang subjek ini yang dapat saya gunakan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Bukan itu sahaja, di perpustakaan terdapat bahan bacaan tentang proses sosialisasi yang menjadi perkaitan di dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun begitu, kekeliruan tentang fakta sering berlaku kerana kurangnya pemahaman yang mendalam terhadap fakta tersebut. Antara cabaran yang telah saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah kurangnya pemahaman tentang bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini. Penulisan akademik merupakan satu bentuk penulisan yang baru diperkenalkan pada diri saya. Saya kurang mahir dalam membuat penulisan akademik kerana ia memerlukan ketelitian dalam mengumpul maklumat dan data serta membuat penulisan. Setelah melakukan beberapa perbincangan bersama rakan serta pensyarah masalah ini dapat diatasi. Bukan itu sahaja, dalam menyiapkan tugasan ini, saya berdepan masalah dalam memilih bahan yang harus dimasukkan dalam tugasan ini. Setelah melakukan kolaborasi, jalan penyelesaian telah dapat dicapai. Selain itu, saya juga telah berkolaborasi dengan beberapa orang rakan tentang tugasan yang diberikan ini. Pada mulanya saya tidak dapat untuk mengenalpasti apakah isu yang harus saya fokuskan dalam tugasan ini. Dengan bantuan rakan sekelas saya iaitu saudari Siti Aishah Nabihah Binti Osman, saya dapat memfokuskan tugasan saya kepada satu isu yang lebih spesifik. Beliau telah memberikan saya sekeping keratan akhbar yang menjadi isu gothik di peringkat global yang dapat saya gunakan dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau juga telah memberikan saya sedikit tunjuk ajar dalam memulakan tugasan ini.

28

Disamping itu saya juga sempat berkolaborasi bersama rakan saya iaitu saudara Wan Mohd Firdaus dari kelas RBT1 melalui Facebook. Pada mulanya saya tidak pasti tentang isi kandungan yang harus ada di dalam tugasan ini. Dengan bantuan beliau, beliau telah menerangkan kepada saya dengan lebih lanjut tentang isi kandungan yang harus ada di dalam tugasan agar dapat menjadikan ia tugasan yang terbaik. Selain itu, saya juga hadapi kesukaran dalam bentuk bahasa. Banyak bahan rujukan yang saya perolehi adalah di dalam bentuk bahasa Indonesia. Walaupun bahasanya mempunyai laras bahasa yang agak sama dengan bahasa kita iaitu bahasa Malaysia, akan tetapi terdapat juga perkataan yang membuat saya keliru dalam mentafsir makna ayat yang ditulis. Saya terpaksa membuat semakan perkataan di laman sesawang Dewan Bahasa Dan Pustaka bagi mendapatkan makna yang tepat agar mesej ayat yang disampaikan tidak disalah tafsir oleh saya. Dalam melaksanakan tugasan ini, banyak input yang bermakna telah saya perolehi dan ia telah dapat meningkatkan kefahaman saya tentang isu moral yang berlaku secara global yang memberi kesan pada negara kita. Input ini telah saya perolehi dengan melakukan pembacaan ketika mencari maklumat di perpuastakaan dan ketika mengumpul data untuk melakukan penulisan akademik. Bukan itu sahaja, saya juga melakukan pembacaan di internet bagi menambahkan ilmu dan mengumpul data untuk penulisan akademik. Di samping itu, saya juga melakukan kolaborasi bersama rakan. Dengan itu, satu penyelesaian kepada masalah yang timbul di fikiran dapat dihilangkan. Bukan itu sahaja, ketika melakukan tugasan ini, saya juga sempat membaca jurnal tentang proses sosialisasi yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya. Walaupun begitu sibuk dengan tugas utama sekarang iaitu sedang berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu, saya telah belajar sesuatu perkara yang telah saya fahami setelah sekian lama. Pengurusan masa yang berkesan akan membantu kita dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Ditambah dengan tugas sebagai seorang guru di sekolah dan sebagai seorang pelajar di institut ini maka seharusnya pengurusan masa yang betul harus diamalkan. Pengurusan masa yang betul membantu kita dalam mengurus diri dan tugas yang akan kita tempuhi.
29

Kesimpulannya, walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, ia akan menjadi satu panduan yang sangat berguna kepada saya dalam menempuhi dunia pembelajaran yang sentiasa berubah mengikut zaman. Saya juga berharap agar segala ilmu pengetahuan yang saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini dapat diaplikasikan dalam dunia pendidikan yang sebenar. Di samping itu, saya mempelajari sesuatu yang tersirat dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya menghadapi kekangan dalam masa dalam menyiapkan tugasan ini, namun dengan pengurusan masa yang efektif, kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.

30

12.0 BIBLIOGRAFI Abd Hamid, (2004). Jurnal Wajah moral masyarakat Melayu pasca moden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi. Diakses dari http://repo.uum.edu.my/2158/ pada 5 Julai 2013 Assoc. Prof. Dr. Azizi Hj Yahaya. Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Gejala Melepak Di Kalangan Remaja. Diakses dari http://eprints.utm.my/21098/1/Faktorfaktor_part1.pdf pada 5 Julai 2013 Azizi Yahaya. Pengaruh Negatif Rakan Sebaya. Diakses dari http://eprints.utm.my/10388/1/29.9_Pengaruh_Negatif_Rakan_Sebaya.pdf pada 5 Julai 2013 Clarke, J, (1976) Jurnal Resistance Through Rituals Cr. Haji Hushim Haji Salleh, (2012).Peranan Ibu Bapa Di Masa Kini. Diakses dari hushimmotivational.com/dl/peranan-ibu-bapa.pdf pada 5 Julai 2013 Hashim bin Haji Bedu, (2008).Keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam keluarga; isu dan cabaran. Diakses dari http://eprints.utm.my/6511/1/HashimBedu2008_KeruntuhanAkhlakGejalaSosial Keluarga.pdf pda 5 Julai 2013 Kroeber dan Kluckhohn, (1985).Culture Study Laura Johanna Schwobel, (2006). Finnish Gothic Subculture. Diakses dari https jyx.jyu.fi dspace bitstream ... urn nbn fi jyu-200 06.pdf ... pada 5 Julai 2013 Mokhtar Muhammad Abdullah,(1998).Teknologi komunikasi dan proses pembentukan masyarakat bermaklumat: satu analisis semula peranan media elektronik dl malaysia. Diakses dari http://eprints.uitm.edu.my/3741/ pada 5Julai 2013 Prof. Dr. Abdul Samat Musa, (2003). Islam dan kebudayaan : batas pengkaryaan dan amalan. Diakses dari

http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/5875/Islam%20dan%20Kebud ayaan%3B%20Batas%20Pengkaryaan%20dan%20Amalan.pdf?sequence=1 pada 5 Julai 2013

31

13.0 LAMPIRAN

32