Anda di halaman 1dari 57

Akhlak

1.KONSEP AKHLAK Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk. Dari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di kalangan orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang diakui bersama oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut pandangan mereka. Islam merangkumi aqidah, dan syariat mengandungi roh akhlak. Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Islam itu akhlak yang baik". Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia."

2.PENGERTIAN AKHLAK
Menurut bahasa: Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-khulq) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah: Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4) Menurut istilah: Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan: Akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk. Menurut Islam: Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan

segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya. Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut: Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi bagi mencapai keredhaan Allah . Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

3.

PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL @ETIKA

i) Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja. ii) Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain manakala moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja. iii) Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah saw manakala moral ditentukan oleh manusia. iv) Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif, subjektif dan sementara.

ANTARA CONTOH PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL


1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.

2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi suatu lumrah bai masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak. 3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.

4.

SKOP AKHLAK ISLAM

Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain. a) Akhlak dengan Allah : Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt ialah : -Beriman kepada Allah : iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya. -Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah : iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt. -Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu meminta taubat atas kecuaiannya. -Mencari keredhaan Tuhannya : iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam segala usaha dan amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan keredhaan manusia walaupun kadang kala terpaksa membuat sesuatu kerja yang menyebabkan kemarahan manusia. -Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan nawafil. -Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah : Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya." b) Akhlak dengan manusia : -Akhlak dengan Rasulullah : iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa nabi Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalah kepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnah yang baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan. -Akhlak dengan ibubapa : iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa. Berbuat baik di sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku. Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud : " Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa."

-Akhlak dengan guru : Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: "Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya." Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan terhormat dan dapat mengatasi berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di akhirat. -Akhlak kepada jiran tetangga : Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jiran tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu mereka seperti membunyikan radio kuat-kuat, tidak membuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakiti hati mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidak sopan dan sebagainya. Malah berbuat baik terhadap jiran tetangga dalam pengertiannya itu dapat memberikan sesuatu pemberian kepada mereka sama ada sokongan moral atau material. -Akhlak suami isteri : Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan gaulilah olehmu isteri-isteri itu dengan baik." -Akhlak dengan anak-anak : Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Kanak-kanak lelaki disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-baik dan dihindarkan ia daripada perkara-perkara yang memudharatkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik." -Akhlak dengan kaum kerabat : Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum kerabat." c) Akhlak terhadap makhluk selain manusia : -Malaikat :Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati para malaikat dengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihat. -Jin : Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullah melarang membuang hadas kecil di dalam lubang-lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulangtulang itu adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin." -aiwan ternakan : Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh mereka dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah ketika hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah penyembelihan dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang lain. -Haiwan bukan ternakan : tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan seperti mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya. -Alam : Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang boleh merosakkan kehidupan manusia dan kehidupan lainnya.

5.SUMBER AKHLAK ISLAM


Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ini ditegaskan leh Rasulullah saw dalam sepotong hadith yang bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan

hanya semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)."

6.KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM


Akhlak mempunyai kedudukan yang paling penting dalam agama Islam. Antaranya : -Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." Pernyataan Rasulullah itu menunjukkan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam. -Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana akhlak yang baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Tiada sesuatu yang lebih berat dalam daun timbangan melainkan akhlak yang baik." -Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya." -Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk boleh merosakkan pahala. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Akhlak yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan ais (salji) dan akhlak merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." -Akhlak merupakan sifat Rasulullah saw di mana Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya engkau seorang yang memiliki peribadi yang agung )mulia)." Pujian allah swt terhadap RasulNya dengan akhlak yang mulia menunjukkan betapa besar dan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam. Banak lagi ayat-ayat dan hadith-hadith Rasulullah saw yang menunjukkan ketinggian kedudukan akhlak dan menggalakkan kita supaya berusaha menghiasi jiwa kita dengan akhlak yang mulia. -Akhlak tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana dalam sebuah hadith diterangkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw : "Wahai Rasulullah, apakah itu agama?" Rasulullah menjawab : "Akhlak yang baik." -Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada neraka sebaliknya akhlak yang buruk menyebabkan seseorang itu jauh dari syurga. Sebuah hadith menerangkan bahawa, "Si fulan pada siang harinya berpuasa dan pada malamnya bersembahyang sedangkan akhlaknya buruk, menganggu jiran tetangganya dengan perkataannya. Baginda bersabda : tidak ada kebaikan dalam ibadahnya, dia adalah ahli neraka." -Salah satu rukun agama Islam ialah Ihsan, iaitu merupakan asas akhlak seseorang muslim. Ihsan iaitu beribadat kepada allah seolah-olah kita melihatNya kerana walauun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita.

7.KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa. Oleh itu salah satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng. Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak manusia telah runtuh berpunca daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum arak, membuang anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati, menindas, suka memulau kaum yang rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak berakhlak dan tidak ada bezanya dengan manusia yang tidak beragama. Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga. Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ianya lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya." Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman Rasulullah saw. Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan rumahtangga, masyarakat belia yang mundur dan boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Presiden Perancis ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata : "Kekalahan Perancis di tangan tentera Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan akhlak." Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah laku atau akhlak yang ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi seseorang sebagaimana aqidah merupakan tunjang agama, syariat merupakan cabang dan rantingnya manakala akhlak adalah yang mewarnai seperti bunga-bungaan yang menyerikan hiasan pokok tersebut. Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia wujud di dalam diri seseorang hasil daripada didikan kedua ibu bapa atau penjaga serta pengaruh dari masyarakat sekeliling mereka. Jika sejak kecil kita didedahkan dengan akhlak yang mulia, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari hinggalah seterusnya. Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu. Jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang dibina di atasnya.

Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh Mohamad Abu Zahrah dalam kitabnya Tanzim al-Islam Li alMujtama' menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan.

8.CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM


-Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri dari akhlak yang buruk. Yang menjadi ukuran baik dan burukna adalah syarak, iaitu apa yang diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk. -Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain manusia. -Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. -Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa dalam neraka.

9. PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA


Akhlak adalah sesuatu perilaku yang boleh diubah dan dibentuk, contohnya Saidina Umar al-Khattab, sebagaimana keadaan beliau semasa berada di zaman jahiliyyah berbanding keadaannya sesudah memeluk agama Islam. Dari sini dapat disimpulkan bahawa akhlak merupakan sesuatu yang semulajadi tetapi ianya perlu dibentuk. Terdapat beberapa cara untuk membentuk dan membina akhlak mulia. Antara cara-cara itu ialah melalui : a) Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang yang beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang jika tidak disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya dengan melaksanakan segala perintah Allah yang berupa ibadah kerana kesemua perintah Allah tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifatsifat terpuji. Lantaran itu setiap ayat al-Quran menyeru manusia berbuat baik dan mencegah manusia daripada melakukan perbuatan mungkar. Biasanya didahului dengan panggilan "Wahai orang-orang yang beriman" kemudian barulah diikuti dengan perintah atau larangan. Iman yang teguh tetap memerlukan akhlak yang teguh. Jika berlaku kemerosotan akhlak di kalangan manusia, puncanya adalah kelemahan iman dan tertakluk kepada kefasikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seseorang.

Pendidikan iman bolehlah disimpulkan sebagai suatu pemulihan tenaga keimanan seseorang supaya dapat mempertahankan diri manusia daripada segala kerendahan dan keburukan serta dapat mendorong manusia ke arah kemuliaan.

b) Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidik Berkualiti Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang ditangani oleh ibu bapa. Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi bagi pendidikan berbentuk formal. Ibu bapa seharusnya mempunyai keperibadian dan akhlak yang mantap sebagai pendidik dan pembinbing seperti lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan, sabar, lapang dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya. c) Mengambil Rasulullah saw Sebagai Contoh Rasulullah adalah contoh teladan dan ikutan yang paling tepat bagi semua peringkat kehidupan. Bersesuaian dengan itu, Allah swt telah berfirman bahawa Nabi Muhammad saw diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak di kalangan mereka. Firman Allah yang bermaksud : "Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu contoh ikutan yang baik bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat serta sentiasa menyebut dan memperingati Allah dalam masa senang dan susah." Contoh-contoh akhlak Rasulullah saw : 1. Akhlak Rasulullah saw dengan Allah swt -Mengabdikan diri setiap detik dan masa kepada Allah dengan penuh kepatuhan, ketaatan, kecintaan dan kesyukuran yang tidak berbelah bagi terhadap Allah di samping redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah kepadanya. -Melaksanakan kewajipan yang wajib atau difardhukan serta amalan-amalan sunat seperti bangun malam mengadakan Qiyamullail, berpuasa sunat, zikir, istighfar, doa, tasbih, tahmid dan sebagainya. 2. Akhlak Rasulullah saw dengan sesama manusia -Akhlak Rasulullah saw meliputi aspek kekeluargaan, soaial, ekonomi, politik dan sebagainya. Dari aspek kekeluargaan, Rasulullah saw berjaya mewujudkan suasana yang harmoni dan Rasulullah saw pernah bersabda : "Rumahku adalah syurgaku." -Rasulullah saw merupakan seorang yang bertanggungjawab, sentiasa memberi kasih sayang, berlemah lembut dan bertolak ansur terhadap semua ahli keluarganya. -Rasulullah saw juga selalu berbincang dengan para sahabat dan menghargai pandangan yang diberikan oleh mereka. -Begitu juga akhlak dan sikap Rasulullah saw terhadap orang bukan Islam iaitu menghormati mereka, bersopan santun dan memberi haknya kepada mereka terutama dari segi kejiranan. Contohnya kisah baginda dengan seorang wanita Yahudi (jirannya) yang akhirnya wanita

Yahudi tersebut telah memeluk Islam atas keprihatinan, kesabaran dan kemuliaan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah saw. -3. Akhlak Rasulullah saw dengan makhluk lain. -Rasulullah saw begitu peka dan prihatin terhadap makhluk yang lain seperti haiwan, tumbuha-tumbuhan dan alam sekitar. -Rasulullah saw menasihati umatnya supaya berlaku ihsan kepada haiwan dan binatang ternakan serta tidak menzalimi atau menyiksa mereka. Demikian juga tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. 10.FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK a) Persekitaran Faktor persekitaran banyak mempengaruhi pembentukan peribadi seseorang. Antaranya ialah : -Individu yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup yang berakhlak, maka jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak baik. -Kehadiran teknologi canggih dalam media massa sama ada bercetak atau elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembentukan akhlak seseorang iaitu melalui adegan-adegan ganas dan berunsur seks yang boleh merosakkan jiwa mereka. -Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling juga merupakan faktor yang membentuk keperibadian dan akhlak seperti tingkah laku, tutur kata dan cara bertindak. -Permasalahan keluarga yang melibatkan ibu bapa contohnya pergaduhan dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial seperti lari dari rumah, menyertai rakan sebaya mahupun kumpulan yang rosak akhlaknya sehingga membawa kepada pergaulan bebas, perzinaan, pengambilan dadah, pelacuran (bohsia) dan seumpamanya. -Budaya masyarakat yang cenderung ke arah liberalisme juga membawa masyarakat kini mudah terjeba dengan budaya rock, rap, lepak dan seumpamanya. b) Nafsu Nafsu adalah anugerah Allah swt kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia. Manusia yang terlalu menurut kehendak nafsunya akan terdorong untuk melakukan keburukan. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal, sudah asti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat kini.

c) Syaitan Satu lagi musuh ghaib yang sentiasa mendampingi manusia dengan memperalatkan nafsu manusia iaitu syaitan. Fungsi syaitan adalah sebagai agen perosak akhlak manusia berlaku sejak Nabi Adam a.s. dan berterusan hingga ke hari kiamat. Kesimpulannya setiap manusia yang hidup terpaksa menghadapi ujian dan cubaan hidup dalam usaha melatih diri menjadi manusia yang berakhlak dan bersedia menghadapi segala rintangan.

Cara-cara mengatasi dan memperbaiki akhlak : -Menguatkan nilai-nilai aqidah dan keimanan dalam jiwa. -Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat buruk dan keji. -Mempelajari huraian atau penjelasan al-Quran dan Hadith serta penafsirannya oleh para ulama mengenai akhlak terpuji untuk membersihkan jiwa. -Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadah berupa solat, puasa dan lain-lain dan menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk dan keji. -Berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berakhlak mulia kerana kawan atau jiran memberi kesan atau pengaruh dalam pembinaan akhlak seseorang. -Mempelajari kehidupan para nabi, sahabat, ulama atau auliya dan menjadikan kehidupan mereka sebagai contoh teladan dalam kehidupan kita. -Dalam segala tindak tanduk kita hendaklah sentiasa mengikuti dan menggunakan akal fikiran dan janganlah mengikut perut dan hawa nafsu kita. -Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah swt agar dilengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Wallahu a'lam

http://www2.islamgrid.gov.my/akhlak-1

MORAL DI ANTARA PANDANGAN BARAT DAN ISLAM

From: Ibnu Lazim Date: 05 May 1999 Time: 13:25:43 Comments Kerapkali kita mendengar orang mengatakan perbuatan itu tidak bermoral, orang ini tidak bermoral atau kesalahan ini kesalahan moral sahaja, sehingga kadang-kadang pengertian moral itu sendiri tidak dapat kita fahami dengan jelas. Kita kadang-kadang juga gagal membezakan apakah sebenarnya moral itu menurut pengertian Islam dan pengertiannya dari sudut pandangan orang-orang Barat dan bukan Islam. Sebenarnya di antara kedua-dua pandangan itu mempunyai perbezaan yang bersifat mendasar terhadap persoalan tersebut. Ahli-ahli sosiologi Barat memperkatakan moral itu adalah sesuatu yang relatif sifatnya. Sesuatu kelakuan atau perbuatan boleh dianggap bermoral mengikut situasi dalam sesuatu masyarakat, di samping mengambil kira soal

tempat dan di zaman mana perbuatan itu berlaku. Misalnya upacara minum air tapai dan seterusnya meniduri salah seorang anak gadis Iban adalah suatu penghormatan terhadap tetamu dari luar. Perkara itu dianggap bermoral oleh ahli-ahli sosiologi Barat kerana ia merupakan adat resam orang Iban dan tidak seorang pun dari masyarakat itu memperkatakan perbuatan sedemikian tidak bermoral. Tetapi apabila perkara tersebut misalnya berlaku dalam masyarakat Melayu, hal itu menyebabkan pelakunya akan dituduh tidak bermoral, kerana ia adalah melanggar tatasusila dan peraturan hidup orang-orang Melayu. Dari dua keadaan di atas, kita dapat menarik satu kesimpulan bahawa moral itu mengikut sarjana-sarjana Sains Kemasyarakatan adalah berubah nilainya mengikut keadaan masa dan tempat. Sesuatu perkara yang tidak dianggap bermoral dalam sesuatu masyarakat mungkin dianggap bermoral menurut masyarakat lain. Begitu juga soal tempat dan masa. Perbuatan " Striking" misalnya dianggap bermoral pada suatu ketika dulu, di mana perbuatan itu dilakukan oleh masyarakat Barat untuk menunjukkan satu protes sosial atau untuk menunjukkan satu sikap keberanian yang luar biasa. Tetapi perbuatan itu mungkin tidak dianggap bermoral lagi pada zaman ini kerana perubahan sikap dan pandangan hidup. Dari contoh di atas, sarjana-sarjana sains sosial memutuskan bahawa moral itu adalah sesuatu yang sering berubah-ubah sama seperti berubahnya pandangan hidup mereka dari suatu ketika ke suatu ketika. Kedudukan dan pentafsiran tentang moral ini amat berlainan sekali jika kita tinjau dari sudut pandangan Islam. Islam adalah satu cara hidup yang mana moral adalah salah satu dari perkara yang paling asas. Sebuah masyarakat Islam tidak akan dapat berdiri tanpa satu konsep moral yang jelas. Sebab itu Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya aku dibangkitkan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia". Moral dalam istilah Barat adalah akhlak dalam istilah Islam. Kedua-duanya adalah sinonim. Moral atau akhlak mengikut panafsiran Islam adalah sesuatu kelakuan yang baik berlandaskan ukuran Syariah, satu ukuran yang tetap yang tidak berubah mengikut keadaan dan waktu. Pendek kata tidak ada faktor luaran yang boleh mempengaruhi pandangan atau kriteria moral dalam Islam yang mana inilah perbezaan yang paling jelas di antara moral dalam pandangan Islam dan moral dari sudut pandangan sarjana-sarjana Sains Kemasyarakatan Barat.

Mengikut kriteria Islam, moral atau akhlak adalah kelakuan atau perbuatan yang selari atau tidak melanggar batas- batas peraturan akhlak yang ditetapkan oleh syariah Islam sepertimana yang banyak dihuraikan dalam disiplin Ilmu Tasauf. Sesuatu yang tidak berakhlak mengikut pandangan Islam adalah juga tidak berakhlah untuk masyarakat Islam, tidak kira samada ia masyarakat Arab atau masyarakat Melayu, India atau sebagainya. Penilaian ini juga tidak berubah mengikut zaman yang tertentu. Sesuatu yang tidak berakhlak pada sesuatu zaman adalah juga tidak berakhlak mengikut zaman lain, walaupun perbezaan zaman itu menjangkau beberapa abad lamanya. Menurut akal rasional, pandangan Islam terhadap akhlak ini adalah sesuatu yang paling wajar memandangkan sifat-sifat tabi'i manusia itu yang tidak berubah walaupun di mana dia berada, dalam masyarakat mana dia hidup atau dalam zaman mana dia dilahirkan. Dengan demikian kriteria moral dalam Islam jauh lebih sempurna berbanding dengan kriteria moral mengikut selera Barat . Kesempurnaan pandangan moral dalam Islam itu adalah sesuai dengan sifat semula jadi manusia yang tidak berubah mengikut keadaan, tempat dan zaman. Ia juga melambangkan kesempurnaan Islam termasuk kesempurnaan penciptaNya yang mencipta manusia itu sendiri. Ini memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama fitrah untuk semua manusia sesuai dengan sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud " Setiap anak yang dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia Yahudi atau Nasrani atau Majusi."
http://reformis99.tripod.com/_disc8/0000007b.htm

Peranan Ibubapa dalam Pendidikan Anak-anak


46 8 Rate This

Materi Diskusi Konvensyen Keibubapaan Peringkat Negeri Sabah anjuran Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional ( MAPIN ) Begeri Sabah/Daerah Semporna pada 26 hingga 28 Jun 2009, di Seafest Hotel, Semporna.

PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK DARI PERPSPEKTIF QURAN DAN HADITH Professor Madya Dr. Ammar Fadzil Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Islam menerusi al-Quran dan Sunnah merupakan agama yang bersifat universal dan komprehensif. Ia bukan sahaja meliputi aqidah, shariah dan akhlak tetapi juga meliputi pendidikan keluarga dan anak-anak. Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi pada pandangan masyarakat dan agama. Fungsi ibubapa dalam membentuk anak-anak sukar dicari ganti. Melalui mereka anak-anak mengenal kasih sayang, nilai-nilai kehidupan dan erti kasih sayang. Islam sendiri menuntut supaya ibubapa diberikan kedudukan yang tinggi dalam institusi keluarga dan masyarakat. Arahan berterimakasih diletakkan pada tempat yang pertama selepas ibadah kepada Tuhan kerana perngorbanan insaniah yang tidak berbelah bagi begitu juga keutamaan memberikan bantuan didahulukan ibubapa di atas yang lain. Ibubapa merupakan salah satu elemen tanpanya tidak wujud apa yang dipanggil masyarakat atau komuniti manusia. Ia berterusan membekalkan generasi baru kepada masyarakat. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan masyarakat dan tamadun manusia masa hadapan. Baik dan buruk tamadun yang dilahirkan adalah ditentukan oleh ibubapa selain dari faktor-faktor utama seperti suasana dan sistem pemerintahan. Perubahan dan permasalahan yang sentiasa berlaku dewasa ini menghasilkan cabaran yang getir kepada ibubapa dalam memastikan peranan mereka sebagai pembentuk tamadun manusia dapat ditunaikan dengan sempurna. Kertas ini tidak dapat mengupas dan menjawab segala persoalan yang terbuku namun diharapkan dapat memberikan input yang berguna kepada konvensyen yang diadakan pada hari ini. Mengikut Islam peranan ibubapa amat besar. Merekalah yang bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak-anak. Peranan mereka sebagai pembina utama dan pertama anak-anak sukar dicari penggalang ganti. Mereka bertanggungjawab memperkenalkan kepada anak-anak nilai kasih sayang, erti kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab. Dalam sebuah hadis disebut Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibubapanya yang

menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi Fitrah di sni bermaksud Islam oleh itu setiap anak-anak dilahirkan sebagai seorang Muslim maka ibubapanya yang bertanggungjawab memberikan ajaran agama yang sempurna supaya anak tersebut kekal di atas fitrah Islamnya dan memastikan anak tersebut tidak dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang akan merosak dan menjejaskan fitrah kejadiannya. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumahtangga dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak (Riwayat Muslim) Ibubapa bukan sahaja berfungsi sebagai ejen penambah zuriat manusia dan memperbanyakkan umat Islam dalam konteks agama Islam, mereka bukan sahaja menginginkan zuriat yang mewarisi perjalanan hidup mereka dan melahirkan anak soleh malah lebih daripada itu mereka berfungsi sebagai centerpusat yang melahirkan generasi atau jil yang meneruskan kecemerlangan umat Islam sebagai ummattan wasatan ummat terbaik ummat contoh kepada seluruh manusia surah al-Baqarah ayat 143 dan demikianlah Kami jadikan kamu ummat pertengahan Tujuan pertama dan kedua lebih bersifat kepentingan individu tetapi tujuan ketiga bersifat universal dan lebih berkemasyarakatan. Kesemua ibubapa secara naturalnya menginginkan anak-anak yang soleh ..Jika sekiranya engkau memberi kami anak yang soleh tentulah kami akan selalu bersyukur (al-A`raf ayat 189) dan di dalam hadis riwayat Muslim apabila mati anak Adam terputus darinya melainkan tiga perkara anak soleh, ilmu bermanfaat dan sadaqah jariah

Di dalam surah al-Furqan ayat 74 Ya Tuhan kami anugerahkan keapda kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa manakala surah Maryam ayat 6 yang akan mewarisi aku Al-Quran seterusnya dengan tegas mengingatkan ibubapa akan tugas mereka yang amat penting seperti yang disebut dalam surah al-Tahrim ayat 6 Wahai orang-orang yang beriman perliharalah diri-diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka dan di dalam surah al-Anfal ayat 28 ibubapa juga diingatkan supaya berwaspada dengan keluarga dengan firmannya Sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah ujian ujian yang menguji ibubapa adakah mereka menunaikan tanggungjawab dan memberikan kepada anak-anak hak mereka yang sepatutnya. Oleh itu ibubapa mestilah menyedari dan memahami kepentingan tiga perkara ini; penyambung zuriat, anak soleh dan generasi ummatan wasatan dan menganggapnya sebagai satu tugas dan amanah yang dipikulkan ke atas mereka oleh agama mereka. Mereka mesti menganggap ianya sebagai satu amanah besar yang mesti dipikul dan ditunaikan serta tidak boleh dipertanggunggjawabkan kepada pihak lain. Jikalau kita hendak menjangkau kepada peranan yang lebih luas iaitulah memastikan bahawa anak-anak tersebut mampu menyambung kesinambungan tamadun ummat manusia. Tetapi apakah syarat-syarat kesinambungan tersebut? Malik Bennabi seorang pemikir Islam terkenal berbangsa Algeria menyatakan dalam bukunya Mushkilat al-Hadarah Shurut al-Nahdah (Permasalahan Tamadun Asasasas Kebangkitan)[1] bahawa tamadun mempunyai tiga unsur utama: manusia, tanah[2] yang diduduki dan masa yang dimiliki oleh manusia.[3] Manusia menurutnya berhadapan dengan berbagai masalah yang berbeza antara satu dengan lain. Ia berkait rapat dengan individu dan organisasi masyarakat. Individu mempunyai tiga peranan utama yang bakal mencipta tamadun dan sejarah masa hadapan: halatuju, budaya dan harta.[4] Halatuju mestilah jelas dan menampakkan kesatuan fikiran dan tujuan, budaya mestilah mampu menggabungkan elemen masa lampau dan masa hadapan meninggalkan yang negatif dan mengambil yang positif yang semestinya berpaksi dan bersumberkan

wahyu. Budaya dalam erti yang luas ialah himpunan sifat-sifat akhlak dan nilai kemasyarakatan yang diterima oleh individu seawal kelahirannya di alam nyata.[5] Teori Malik Bennabi ini memperlihatkan kepada kita betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap individu masyarakat dan tidak terkecuali mereka yang dipanggil ibu bapa. Kepentingan menitik beratkan pembangunan anak-anak merupakan amalan yang dipelopori oleh ulama-ulama Islam sejak zaman silam berasaskan ajaran Islam bersumberkan Quran dan Sunnah. `Uqbah bin Abi Sufyan ketika menghantar anaknya kepada seorang guru berpesan beliau kepada guru tersebut dengan katakatanya : Hendaklah perkara pertama ketika engkau memperbaiki anakku ialah memperbaiki dirimu, sebab matanya akan menurut matamu, yang baik pada mereka ialah apa yang engkau pandang baik, yang buruk di sisi mereka ialah apa yang engkau pandang buruk, ajarkan mereka jalan kehidupan orang bijak pandai, tunjukkan akhlaq orang-orang mulia, engkau boleh mengancam dia dengan diriku, pereloklah perilakunya tanpaku, jadilah seperti seorang doktor yang tidak memberikan ubat sebelum mengetahui penyakitnya, janganh engkau sampai cuai kerana kekurangan yang ada padaku sebab aku telah menyerahkan dia atas kesempurnaan yang ada padamu. Pada zaman khalifah Abbasiah al-Mansur, beliau telah menghantar seorang utusan ke penjara bertanyakan banduan-banduan penjara apakah yang kamu rasa berat dari apa yang kamu rasakan sekarang. Jawapan yang diterima ialah : tiada apa pun yang kami rasakan amat pedih selain daripada kami terhalang untuk mendidik anak-anak kami. Cabaran Masa Kini Ibu bapa pada hari ini berhadapan dengan berbagai cabaran di dalam mendidik anak-anak. Mereka dituntut untuk memastikan anak-anak dibesar dan diberikan pendidikan yang merangkumi pembentukan akal, jasmani, ruhani, akhlak dan sosial. Suasana persekitaran memberikan tekanan kepada ibubapa dalam menangani cabaran tersebut. Keperluan menambahkan pendapatan memerlukan kedua ibubapa bekerja telah mengurangkan masa bersama dengan anak-anak. Justeru itu mereka terpaksa mencari alternatif lain seperti mengambil pembantu

rumah, menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau ke sesi persekolahan tambahan untuk memastikan kepentingan pendidikan anak-anak terjaga. Kewujudan masalah sosial juga turut merunsingkan ibubapa. Gejala dadah, melepak, merempit dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti maksiat merupakan fenomena yang mencemaskan ibubapa. Tambahan pula media menyiarkan sitcom yang boleh menyumbangkan kepada penglibatan anak-anak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Sebagai contoh mengikut kajian yang dilakukan oleh Hashim Bedu dan rakan-rakannya Keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam keluarga;isu dan cabaran jenayah syariah bagi negeri Johor meningkat dari setahun ke setahun. Mereka mengklasifikasikan punca-punca jenayah seperti berikut : perasaan ingin tahu dan mencuba, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa dan sikap keluarga, ibubapa mengamalkan sikap terlalu mengongkong dan mengabaikan pendidikan rohani dan agama. Nooh Gadot dalam kertas kerjanya Masyarakat, Pendidikan dan Pembentukan Keluarga Islam Berkualiti menyatakan bahawa keluarga Islam menghadapai masalah pergaulan dan cara hidup seperti kelemahan komunikasi dalam keluarga, salah laku perhubungan, generasi muda tidak menghormati yang tua dan ibubapa kurang memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Seterusnya beliau menegaskan keluarga Islam berhadapan dengan dua cabaran dalaman dan luaran. Dalaman seperti kehidupan yang tidak berasaskan iman, takwa dan ihsan, ilmu pengetahuan tidak mencukupi, tidak ada role model dalam keluarga, hubungan kekeluargaan yang renggang, tidak ada suasana keislaman dalam keluarga, pembahagian masa tidak sekata di kalangan ahli keluarga, faktor kemiskinan manakala cabaran luar ialah penglibatan ibu bapa dalam aktiviti luar sehingga menjejaskan tanggungjawab di rumah, pergaulan dengan kumpulan yang rendah akhlak, pengaruh media massa dan tidak bijak memilih kerjaya yang bersesuaian dengan ibu bapa. Sheikh Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Tarbiyatul Awlad fil Islam[6] menyenaraikan punca keruntuhan moral anak-anak antaranya kepada kemiskinan, pergaduhan sesama ibu dan bapa, perceraian yang mengundang kesusahan kepada ibu yang menjaga anak-anak, masa lapang yang tidak terisi, pengaruh rakan-rakan, diplomasi buruk ibu bapa kepada anak-anak dan ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak. Kemiskinan akan mendorong kanak-kanak keluar

dari rumah mencari wang untuk keperluan dirinya yang akan mendedahkan mereka kepada sarang-sarang penjenayah natijahnya akan melahirkan masyarakat yang anggota masyarakatnya penjenayah-penjenayah muda. Ibu bapa yang sentiasa bergaduh terutamanya di hadapan anak-anak akan menyebabkan anak-anak resah dan tidak gembira. Perceraian ibu bapa kebiasaannya menyebabkan anak-anak kehilangan bapa dan memaksa ibu-ibu keluar mencari nafkah. Maka anak-anak yang sudah kehilangan bapa akn terasa kekurangan masa bersama ibu mereka lantas mereka akan mencari alternatif untuk mengisi kekosongan yang ada dalam jiwa mereka. Begitu juga jika anak-anak mempunyai masa lenggang yang banyak dan ibu bapa tidak memenuhi masa anak-anak mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah akan mempengaruhi kanak-kanak mengisi masa mereka mengikut cara mereka sendiri. Islam memberi peringatan yang keras tentang kesan negatif yang bakal menimpa mereka yang tersilap memilih kawan seperti dalam ayat 28-30 surah al-Furqan Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersamasama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Quran ketika Al Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia. Sabda Nabi: Seseorang itu bergantung kepada agama saudaranya maka hendaklah dia melihat ssiapa yanag menjadi saudaranya. Sikap ibu bapa dan cara diplomasi mereka yang tidak berhikmah menyebabkan anakanak menjadi tertekan dan beremosi kerana anak-anak juga manusia yang diberikan akal yang mampu berfikir dan boleh menilai lantas mereka akan mempersoalkan sikap ibu bapa mereka yanag tidak rasional. Kanak-kanak berkemungkinan mengambil jalan pintas melawan ibu bapa, lari dari rumah dan menyimpan dendam kepada ibu bapa mereka. Pernah satu ketika Umar ibn alKhattab mengatakan kepada seorang ayah yang tidak menunaikan tanggungjawabnya Kamu datang berjumpa aku mengadu anakmu yang derhaka sedangkan kamu terlebih dahulu derhaka kepadanya, kamu berlaku buruk kepadanya sebelum dia berlaku buruk kepadamu. Ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak menjadikan anak-anak mereka seolah-olah tidak beribu bapa ibarat anak-anak yatim. Benarlah kata penyair Arab bukanlah yatim itu mereka yang

ayahnya tidak menanggungnya dan meninggalkannya sesungguhnya yatim itu ialah ibunya yang sibuk dan ayahnya yang sibuk. Ibu bapa perlu menjadi seperti seorang peladang yang sentiasa mengambil berat terhadap benih pokok yang disemainya Dia perlu menjaganya, membaja, menyiram air, membersihkan duridurinya dan memotong ranting-ranting yang patah. Dia perlu memastikan benih tersebut dapat menghasilkan buah masak dan ranum. Jangan jadikan anak-anak seperti benih terbiar diterbangkan angin ibarat debu beterbangan di udara. Dr Muhammad Sayyid Yusuf dalam bukunya Manhaj al-Quran fi Islah alMujtama` menyenaraikan sebab kepincangan masyarakat kepada 3 punca utama: berpaling dari ajaran agama, tertipu dengan godaan syaitan dan perancangan jahat musuh yang ingin melihat kehancuran umat Islam. Musuh Islam terutamanya Yahudi mengganggap antara kekuatan umat Islam terletak kepada keutuhan institusi keluarga oleh itu mereka menjadikan matlamat mereka antaranya meruntuhkan kehidupan berkeluarga dan merosakkan sistem pendidikannyya. Oleh itu sebahagian besar program-program media massa yang dipaparkan memperlihatkan unsur-unsur dan budaya-budaya negatif yang boleh mempengaruhi nilai akhlak anak-anak dan remaja. Sebaliknya budaya mulia yang ingin dilihat dalam kehidupan anak-anak dan remaja sebagai jil dan generasi masa hadapan future generation ialah seperti yang ditegaskan oleh Malik Bennabi ialah budaya yang bersumberkan wahyu kerana ianya merupakan suatu yang quddus dan datangnya dari Tuhan. Mengikut perspektif Islam, budaya terdiri dari tiga unsur aqidah, ibadah dan akhlak oleh itu semesti ketiga-tiga perkara ini diberikan penekanan dalam pembentukan personaliti anak-anak. Tuntutan materialisma masakini mempengaruhi ibubapa memberikan tekanan kepada anak-anak untuk mencatat kejayaan cemerlang dalam bidang akademik lantas mengabaikan aspek spriritual atau keagamaaan maka lahirlah anak-anak yang cemerlang akademik tetapi kosong jiwanya, remaja cemerlang tetapi runtuh akhlak. Sepatutnya kecemerlangan akademik mestilah diimbangi dengan kecemerlangan spiritual spiritual excellence. Islam melalui al-Quran dan Hadith

menuntut supaya keseimbangan atau balance dalam semua aspek kehidupan, bukan sahaja aspek material tetapi kerohanian juga mesti dititikberatkan. Oleh itu peranan ibu bapa pada masa ini merupakan sebahagian dari jihad yang dituntut dalam Islam. Hadith Nabi ada menyebut bermaksud barangsiapa bersabar dalam membesarkan anak-anak perempuan maka baginya balasan syurga. Penyelesaian Masalah dan Aspek Pendidikan Anak-anak Apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian di sini ialah apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibubapa dalam mengatasi masalah dan menangani cabaran yang dihadapi. Anak-anak perlu diberikan kefahaman tentang peranan dan tujuan utama mereka berada di alam maya ini. Kewujudan mereka bukannya untuk mengecapi keseronokan yang bersifat sementara tetapi memahami dan menghayati kedatangan mereka seperti yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam risalahnya Qimah al-Insan wa Ghayah Wujudihi fi al-Islam adalah untuk beribadat, membangunkan bumi Tuhan dengan sebaiknya dan menjadi khalifah Tuhan di bumi ini. Oleh itu ada tiga perkara utama yang perlu ditekankan dalam pembentukan diri dan jiwa anak-anak iaitu pemantapan iman dan ibadah, ilmu dan pengukuhan nilai akhlak mulia. Selain daripada tiga perkara asas ini, ibu bapa perlu mengambil kira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya. Secara umumnya aspek-aspek pendidikan anak-anak terbahagi kepada aspek iman, akhlak, jasmani, minda, rohani, sosial, emosi dan seksologi. Ciri-ciri Pendidikan Dalam Islam Sebelum kita berbicara mengenai aspek-aspek pendidikan anak-anak yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa terlebih kita merenung apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan dan apakah ciri-ciri pendidikan Islam. Definisi dan Aspek Pendidikan Pendidikan dari segi bahasa ialah membina, memperbaiki dan menyempurnakan. Dari segi teknikal ia bermaksud membina fungsi badan, akal, akhlak sehingga sempurna melalui latihan dan pembudayaan. Di dalam Islam

pendidikan bermaksud mempersiapkan individu Muslim yang beriltizam dengan agama dan berakhlak dengan akhlak Islam dari segi hati, ruh, jasad, akal, akhlak dan sikap.[7] Untuk memahami konsep pendidikan dalam Islam terutamanya al-Quran dan Hadis memerlukan kita meneliti keseluruhan isi kandungannya. Al-Quran dalam surah al-Muminun umpamanya memasukkan elemen tawhid. Ibadat, akhlak, menjaga kehormatan diri dan tanggungjawab kepada masyarakat melalui sistem zakat dan penjagaan amanah. Surah al-Furqan menyebut takwa, takut kepada azab neraka, bersedekah, memelihara kehormatan diri dan memberikan kesaksian yang adil sebagai ciri-ciri peribadi unggul. Pendidikan Islam akan dapat difahami dengan lebih jelas apabila kita memahami ciri-cirinya. Cirinya yang pertama ialah Rabbaniyyah yang bermaksud ianya dari Allah. Ini merangkumi dua perkara iaitu sumber dan tujuan. Dari segi sumbernya ia menyedarkan kita bahawa sumber pendidikan Islam tertinggi ialah al-Quran dan Hadith dan bukannya bersumberkan akal dan nafsu manusia. Manusia tidak mencipta asas-asas pendidikan Islam tetapi tugasnya ialah menerima, memahami dan menyesuaikan perlaksanaannya di dalam sistem kehidupan dan pendidikan. Dari segi hala tuju pendidikan ia bermaksud mengukuhkan ikatan hubungan dengan Tuhan dan mencari redhanya. Ayat 6 surah al-Inshiqaq bermaksud Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras untuk menemui Tuhanmu maka kamu akan menemuinya. Ciri kedua ialah pendidikan Islam itu bersifat sempurna dan komprehensif. Tidak ada kekurangan dalam sistem pendidikan Islam kerana ianya bersumberkan dua sumber utama iaitu Quran dan Hadith. Ia meliputi semua aspek pendidikan yang berasaskan kepada tiga prinsip utama iaitu tawhid yang sebenar, meliputi semua aspek pendidikan dan ibadah kepada Allah. Ciri ketiga ialah keseimbangan yang bemaksud keseimbangan antara akhlak individu dan masyarakat dan negara manakala ciri keempat ialah komitmen iaitu pendidikan Islam bukan terletak pada teorinya sahaja tetapi ianya sesuatu yang

mesti dilaksanakan kerana perlaksanaan merupakan manifestasi iman seseorang individu dan masyarakat. Ciri terakhir ialah ia bersifat realistik sesuatu yang dapat dilaksanakan. Pendidikan Islam ialah sesuatu yang mampu dilaksanakan dan bukannya sekadar teori yang indah dilafazkan tetapi sukar dipraktiskan. Secara umumnya sebahagian pakar bersetuju bahawa pendidikan anak-anak mestilah bermula dari zaman awal kelahiran mereka. Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.[8]Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. Mengikut pandangan pakar psikologi Barat Freud, pengalaman kanak-kanak pada zaman kecilnya akan mempengaruhinya di masa hadapan. Pada pandangan sebahagian sarjana Islam teori pendidikan anak-anak bermula semasa perkahwinan ibu dan bapa kepada anak-anak tersebut. Oleh itu sebahagian pemikir Islam membahagikan pembentukan peribadi anak-anak kepada sekurang-kurangnya tiga peringkat. Sebelum kelahiran, selepas kelahiran sehingga umur 10 atau 11 dan dari 11 sehinggalah ke alam remaja dan mampu berdikari. Mengikut Dr al-Mabruk Uthman Ahmad dalam bukunya Tarbiyatul Awlad wal Aba fil Islam peringkat sebelum lahir merangkumi pemilihan pasangan suami isteri, persediaan mereka untuk bergelar ibubapa yang bukan sahaja bersifat biologi iaitu

melahirkan anak tetapi turut bersifat kepertanggungjawaban iaitu menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Suasana yang kondusif sepatutnya disediakan oleh ibubapa berdasarkan kepada kemampuan supaya unsur-unsur positif dapat dimasukkan dan unsur-unsur negatif dielakkan. Perkara-perkara yang boleh merosakkan anak-anak semasa dalam kandungan sebagai contoh merokok dan meminum arak semestinya dihindari sesuai dengan tanggungjawab mereka yang besar sehingga dirakamkan pengorbanan ibu dalam al-Quran. Dalam surah Luqman ayat 14 Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam dua tahun . Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kamu kembali. Pemilihan pasangan suami isteri yang baik dan menepati kehendak agama akan menjadikan perkahwinan itu satu medan di mana ibu berperanan sebagai sebuah sekolah yang menjaga dan mendidik anak-anak manakala bapa bertanggungjawab menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan. Kerja sama yang dimainkan oleh kedua belah pihak suami dan isteri akan memudahkan tugas dan amanah mendidik anakanak menjadi mudah dan bersistematik. Islam menekankan pemilihan pasangan mestilah berasaskan agama, akhlak dan keturunan yang baik supaya anak-anak yang dilahirkan itu akan mewarisi sifat-sifat yang baik dan adat yang mulia. Umar ibn al-Khattab suatu ketika pernah berkata sebagai menjawab soalan apakah hak seorang anak ke atas bapanya hendaklah ia memilih ibu bagi anaknya, mencari nama yang elok dan mengajarnya al-Quran. Pendidikan Iman Iman merupakan asas kepada segala ibadah bahkan asas segala kebaikan. Kanakkanak sebaik saja dapat memahami mesti diajar asas-asas iman, rukun-rukun agama dan prinsip shariat Islam. Kanak-kanak mesti diajar kefahaman jelas tentang Islam, diajar mengenal Tuhan dan Rasul diajar supaya menerima Islam sebagai satu-satunya agama yang benar dan sistem kehidupan yang dapat menjamin kebahagian dan kesempurnaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Al-Quran begitu menitik beratkan pemantapan dan pengukuhan aqidah serta pembersihannya dari segala unsur negatif yang bertentangan dengan kesucian

aqidah. Aqidah yang benar menjamin kepada manusia tafsiran yang tepat dan komprehensif tentang konsep kewujudan alam dan manusia. Penyelewengan aqidah akan membawa kepada penyelewengan ibadat dan adat serta kerosakan akhlaq individu dan masyarakat. Mengikut Sayyid Sabiq bencana pertama yang menimpa masyarakat Islam ialah kelemahan aqidah. Kelemahan aqidah membawa kepada kelemahan individu, keluarga, masyarakat, negara dan segenap cabang kehidupan. Iman yang dituntut kepada setiap individu dan yang diajar kepada anak-anak mestilah iman yanag sebenar seperti yang diturunkan oleh Tuhan dan dijelaskan oleh Rasulnya. Anak-anak mestilah diajar konsep iman dengan jelas dan tanpa kerumitan supaya timbul di dalam perasaan diri mereka rasa kasih kepada Tuhan dan Rasulnya. Apabila mereka sudah kenal dan kasih sudah tentulah mudah bagi mereka menerima dan mempraktiskan segala ajaran dan arahan agama yang datang dari Tuhan dan Rasul. Individu tanpa agama dan iman ibarat sehelai bulu yang beterbangan di udara, ianya tidak akan tetap dan tidak mengenal hala tuju dan tidak akan berhenti di satu destinasi yang tetap. Iman yang mantap dan benar akan menggerakkan anak-anak dan individu untuk beribadat dan melakukan amalan dan perbuatan yang baik. Iman tidak sempurna tanpa amal dan amal tidak sah tanpa iman. Al-Quran sering mengaitkan iman dengan amal sebagai satu benda yang saling bertaut rapat ibarat pepatah melayu aur dengan tebing. Amalan dan perbuatan yang baik akan melahirkan nilai dan kesan yang positif. Al-Quran menegaskan sebagai contoh amalan solat dan zakat akan menghalang seseorang dari melakukan kejahatan dan membersihkan diri dari sifat-sifat keji. Islam mengarahkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka sembahyang apabila berusia tujuh tahun. Kepentingan solat selain daripada ianya sebagai tiang agama, ia berupaya menanam dalam diri anak-anak pengertian taat, penyempurnaan haq Tuhan, bersyukur, berserah kepada Tuhan, dan pembersihan jiwa, fisikal dan akhlak. Kata Imam al-Ghazali : Anak-anak ialah amanah, hatinya yang bersih ibarat satu jawhar, jika dibiasakan dengan kebaikan akan bahagia dunia dan akhirat jika dibiasakan dengan kejahatan rosak dan binasalah dia

Pendidikan Akhlak Yang dimaksudkan dengan pendidikan akhlak ialah himpunan nilai-nilai akhlak yang perlu diajar kepada anak-anak sebaik sahaja mereka boleh memahami dan mencapai umur tamyiz (discernment). Dimaksudkan dengan akhlak pada Imam alGhazali ialah tingkah laku yang dilakukan oleh sesorang secara spontan dan bersahaja. Konsep akhlak dalam Islam ialah ianya mencerminkan kualiti iman yang ada pada sesorang individu. Sebagai Muslim ia sedar bahawa segala perbuatannya baik atau buruk jika tidak mendapat balasan di dunia ini akan pasti mendapat balasan di hari kemudian. Dalam surah Ahzab ayat 21 Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu seri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah Kanak-kanak yang terdidik di atas asas iman yang benar dan kasih kepada Tuhan dan Rasul akan mendapati pada dirinya kesediaan untuk melakukan segala perkara yang bersifat positif dan akan menolak segala perkara yang bersifat negatif. Dia akan sentiasa merasakan bahawa Tuhan bersama dia, melihat dan menyaksikan segala perbuatan dia. Kaitan akhlak dengan agama bukan sahaja konsep Islam tetapi ianya diakui oleh bukan Islam. Ghandi sebagai contoh menyatakan : Sesungguhnya agama dan akhlak satu benda yang satu dan tidak dipisahkanAgama ibarat ruh bagi akhlak dan akhlak ibarat atmosfer bagi agama Kant menyatakan : Tidak ada akhlak tanpa tiga kepercayaan; Tuhan, ruh dan Hari Pembalasan. Akhlaq berperanan sebagai salah satu rukun utama pembentukan peribadi unggul dan juga pembinaan keluarga dan masyarakat yang bertamadun. Tidak mungkin kita dapat melihat suatu masyarakat contoh dan mithali yang saling bertoleransi, memahami, aman tetapi kosong nilai-nilai akhlaq mulia yang ada pada masyarakat tersebut dan juga individu. Dewasa ini masyarakat Islam dan Melayu khususnya berhadapan dengan berbagai masalah sosial anak-anak. Terbaru pendapat pakar psikiatri mengatakan remaja berumur lingkungan 15 tahun selalu berhadapan dengan masalah sehinggakan sudah ada percubaan untuk membunuh diri hanya

disebabkan cinta tidak diterima kekasih.[9] Jika hendak diperturunkan di sini senarai tingkah laku dan masalah akhlak remaja amatlah banyak. Bukan sahaja anak-anak menderhaka kepada orang tua mereka tetapi pernah kedengaran anakanak yang mendera sehingga peringkat membunuh orang tua mereka. Perkara ini tidak akan berlaku jika remaja tersebut diberikan tembok iman, ilmu dan akhlaq yang kukuh. Benarlah ungkapan syair yang masyhur: Innama al-umam al-akhlaqu ma baqiyat, fain hum dzahabat akhlaquhum dzahabu (suatu ummat akan kekal bersama akhlaqnya; bila akhlaqnya hancur, hancurlah mereka bersamanya). Dalam pembikinan akhlaq anak-anak, tidak cukup dengan tumpuan kepada akhlaq luaran tetapi dalaman atau rohani dan spiritual mesti dititikberatkan. Imam alGhazali, pemikir Islam agung silam menekankan: Sesungguhnya sifat yang lahir pada hati akan memperlihatkan kesannya pada anggota-anggota zahir sehinggakan anggota-anggota badan tidak akan bergerak melainkan mengikut kehendak hatinya. Oleh itu pembentukan karektor anak-anak tidak boleh ditumpukan hanya kepada kecerdasan akal sahaja tetapi mesti mesti meliputi aspek emosi dan juga spiritual. Anak-anak mesti diajar akhlaq individu seperti berpuas hati, sabar, bersyukur dan diajar akhlaq bermasyarakat seperti benar, penyantun, amanah, toleransi, merendah diri dan menepati janji. Sabda Nabi : Keajaiban bagi seorang Muslim dalam urusannya, sesungguhnya semua urusannya adalah baik belaka. Ini hanyalah untuk mukmin sahaja. Jika berada di dalam kegembiraan dia bersyukur, jika ditimpa musibah dia bersabar (Riwayat Muslim) Memandangkan pendidikan dalam Islam menitik berat pemerhatian observation sepatutnya ibu bapa dalam aspek pendidikan akhlak memandang serius empat isu utama : bercakap bohong, mencuri, mencela dan menyeleweng dari ajaran agama. Keempat perkara tersebut merupakan antara perkara utama yang dilarang oleh Islam dan banyak ayat Quran dan Hadith Nabi yang melarang keras perbuatan tersebut. Sebagai contoh dalam kes bohong Nabi ada menyebut : Jauhilah kamu membohong, sesungguhnya membohong membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka, dan adalah hamba itu berbohong dan sentiasa

berbohong sehingga Allah mengecapnya sebagai pembohong. (Bukhari dan Muslim). Apa yang dibimbangi terdapat fenomena di mana ibu bapa sering menunjukkan contoh yang tidak baik terhadap anak-anak dengan berbohong walaupun tujuan mereka ialah untuk melakukan islah atau pembaikan. Abu Dawud dan al-Baihaqi meriwayatkan dari Abdullah bin `Amir bahawa suatu hari ibunya memanggilnya dan Rasulullah berada bersama mereka. Rasulullah bertanya kepada Abdullah apakah yang kamu hendak berikan kepadanya? Jawabnya aku ingin memberikannya sebiji tamar. Rasulullah menjawab Jikalau engkau tidak memberikannya sesuatu engkau akan dicap sebagai pembohong. Islam meletakkan beberapa asas dalam pembentukan akhlak antaranya : tidak mengikut budaya asing yang bercanggah dengan agama, hedonisma, mendengar muzik atau nyanyian yang melalaikan, menyerupai wanita, bertabarruj dan melihat benda yang haram. Oleh itu dapat disimpulkan di sini akhlak anak-anak boleh terjejas jika ibu bapa mengambil mudah dan tidak memberikan perhatian terutamanya kepada perkaraperkara berikut seperti yang disebut oleh Abdullah Nasih `Ulwan iaitu tidak memerhati pergaulan anak-anak, tidak menapis rancangan tv dan filem, membenarkan mereka membaca majalah-majalah yang tidak sepatutnya dibaca, mengambil mudah urusan pakaian dan aurat anak-anak, tidak mengawasi pergerakan mereka ke dan pulang dari sekolah serta perpustakaan kecil mereka. Kata pujangga Bagaimana kamu menangisi keadaan anak kamu sedangkan kamu yang membunuhnya, telah pergi dia tetapi apakah yang kamu lakukan? Pendidikan Jasmani Kanak-kanak semasa dalam proses pembesaran sehingga ke peringkat pra sekolah perlu diberikan pendidikan jasmani bertujuan membina dan memantau perkembangan fizikal. Oleh itu, antara perkara-perkara yang berkaitan dengan jasmani yang disebut dalam Quran dan hadith seperti kewajipan memberi nafkah, mempraktiskan sistem pemakanan dan rehat yang baik. Nabi berpesan apabila

sesorang hendak tidur hendaklah dia berwudu dan berbaring ke kanan dan membaca doa. Selain daripada perkara tersebut, anak-anak mestilah dipelihara dari sebarang penyakit dan perlulah mereka diubati apabila ditimpa penyakit dan mengamalkan konsep yang disarankan dalam hadis La darar wa la dirar tidak ada kemudaratan dan memudaratkan, membiasakan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menguatkan fizikal dan gemarkan mereka dengan kehidupan yang bersifat berani dan berjuang seperti dalam hadis Berikan perhatian kepada perkara yang bermanfaat, pohon pertolongan dengan Allah dan janganlah kamu menjadi lemah. Kepentingan jasmani diisyaratkan dalam Quran dalam surah Yusuf ayat 11-12 Biarkanlah dia (Yusuf) pergi bersama kami esok pagi, agar dia (dapat) bersenangsenang dan (dapat) bermain-main, dan sesungguhnya kami pasti menjaganya. Keinginan naluri kanak-kanak untuk bermain dieksploitasi sepenuhnya oleh saudara-saudara Yusuf untuk memujuk ayah mereka memberikan keizinan untuk Yusuf keluar bersama abang-abangnya. Dalam sunan Tirmidhi permainan kanak-kanak memberikan kekuatan kepada akalnya semasa dewasa. Sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina menyarankan supaya kanak-kanak kecil semestinya dibiarkan belajar berjalan dengan sendiri tanpa dipaksa kerana paksaan akan menjejaskan kekuatan tulang kaki. Apabila seorang anak bangun dari tidur dia mestilah dimandikan kemudiannya dibiarkan bermain untuk seketika kemudiannya diberikan sedikit makanan, kemudiannya bermain kemudiannya mandi dan selepas daripada itu diberikan makanan. Imam al-Ghazali berpendapat kanak-kanak perlu dibenarkan bermain selepas belajar untuk menghilangkan penat. Mencegah mereka dari bermain dan memaksa mereka belajar sepanjang ahri akan mematikan hati dan menganggu kecerdasan. Sebaik sahaja boleh bercakap dan memahami arahan anak-anak perlu diajar adab dan akhlaq seperti adab makan dan minum. Ibu bapa perlu bersikap tegas dalam mengawal fizikal anak-anak segala tindakan mereka yang boleh merosakkan tubuh badan dan kesihatan perlulah dilarang. Di sini kita dapat melihat sebahagian ibu bapa yang tidak bertegas dan membiarkan

anak-anak mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan bukan sahaja dari segi kesihatan bahkan juga merugikan wang. Perbuatan-perbuatan seperti merokok dan pergaulan bebas akan mengundang berbagai masalah kesihatan dan sosial. Di sini saya suka mencadangkan agar pihak berwajib bersikap lebih tegas dalam mewujudkan zon bebas merokok dan menjadikan masyarakat Malaysia zero smoking. Program-program hiburan perlu dikemaskinikan supaya elemen-elemen yang baik dipaparkan dan elemen-elemen negatif yang menggalakkan anak-anak kepada pergaulan bebas mestilah dimonitor dengan serius. Pendidikan Minda dan Aqal Di dalam menangani cabaran mendidik anak-anak sebagai future generation tidak dapat dinafikan ilmu memainkan peranan yang besar dalam mewarnai corak kehidupan anak-anak. Yang dimaksudkan dengan pendidikan minda atau aqal di sini ialah membina fikiran anak-anak supaya mereka mengenal ilmu-ilmu bermanfaat, budaya ilmu, pola-pola pemikiran dan tamdaun sehingga berkembang fikiran dan berilmu. Ia juga bermaksud pengetahuan dan juga skil yang bukan sahaja perlu ada pada anak-anak sebagai satu tuntutan tetapi ibu bapa juga perlu mempunyai ilmu-ilmu asas dan skil dalam membantu dan merangsangkan proses pembelajaran dan pendidikan anak-anak. Antara kerosakan akhlak anak-anak adalah berpunca daripada kecuaian memberi pendidikan.[10] Anak-anak perlu dibekalkan dengan dua cabang ilmu: ilmu agama dan ilmu duniawi. Ilmu agama sebagai tuntutan seorang Muslim dan ilmu duniawi sebagai memenuhi tuntutan kehidupan. Apabila proses pembelajaran dan pendidikan terbantut atau tidak lengkap ianya akan mempengaruhi sikap anak-anak. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah sebahagian dari remaja yang bermasalah adalah dari kalangan mereka yang terpinggir dari arus pembangunan dan perkembangan ilmu. Pengajian mereka tersekat setakat sekolah menengah dan masa remaja mereka terdedah kepada gejala-gejala tidak sihat.

Ada tiga perkara pokok yang mesti ditekankan dalam pendidikan akal anak-anak iaitu tanggungjawab memberikan ilmu, pembinaan pemikiran Islam dan kesihatan mental. Dalam proses pendidikan ini ibu bapa pelu mengambil kira ilmu yang dianggap fardu ain dan fardu kifayah dan mengamalkan pendekatan awlawiyyat priority keutamaan iaitu ilmu apa yang perlu diajar dahulu dan bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak. Di sini konsep tadarruj atau gradualberansur-ansur perlu dipraktiskan kerana kanak-kanak tidak mampu menerima semuanya pada satu waktu. Mewujudkan perpustakaan kecil di dalam rumah adalah salah satu kaedah yang boleh merangsangkan minat untuk membaca. Penekanan yang serius tentang kepentingan ilmu inilah yang telah mengangkat martabat umat Islam satu ketika dahulu sehingga diiktiraf oleh bukan Islam. Seorang orientalis Belanda ada menyatakan : Tidak dapat dijumpai di Andalus seorang yang buta huruf sedangkan di Eropah ramai yang tidak tahu membaca dan menulis kecuali golongan elit sahaja. H.R.Gibb menyatakan melalui kajian yang mendalam (oleh Muslim) metod penyelidikan meresap masuk ke Eropah pada zaman pertengahan. Ibu bapa perlu membuat pemerhatian adakah anak-anak mereka menguasai ilmuilmu fardu `ayn dan fardu kifayah dan cuba menimbulkan kesedaran anak-anak tentang pertaliannya dengan agama. Adakah kita boleh berbangga apabila anakanak kita mampu menceritakan tentang tamadun Barat tetapi tidak berupaya menerangkan tentang tamadun Islam. Ibu bapa perlu mengambil perhatian berat kepada persekolahan anak-anak mereka bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah. Kemudahan sekolah, kurikulum dan ko kurikulum mestilah dipantau supaya pembinaan peribadi anak-anak dan perkembangan ilmu selaras dengan kehendak ibu bapa dan seperti yang dituntut dalam Islam. Pendidikan Sosial

Menyedari kanak-kanak pada peringkat umur awal memiliki daya keinginan untuk membuat keputusan dan pilihan sendiri ibubapa semestinya sudah bersedia menanam di dalam diri anak-anak mereka nilai-nilai sosial. Nilai-nilai sosial tersebut seperti kasih sayang, berlaku adil dan lemah lembut. Nabi pernah berkata kepada Aishah bermaksud: Wahai Aishah! Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan sukakan lemah lembut (Riwayat Muslim). Tidak dapat dinafikan kekuatan sesuatu masyarakat terletak kepada kekuatan individunya. Anka-anak-anak perlu ditanam dan dilatih bersifat dengan sifat-sifat bermasyarakat yang berasaskan kepada pertama asas personaliti yang baik seperti taqwa, persaudaraan, kasih sayang, berkorban, pemaaf, berani bercakap benar, kedua menjaga hak orang lain seperti hak ibu bapa, saudara, guru, kawan-kawan dan orang yang lebih dewasa, ketiga komitmen kepada akhlak bermasyarakat seperti adab makan dan minum, memberi salam, meminta izin, menghadiri majlis, berbual, bergurau, mengucap tahniah, menziarahi orang sakit, mengucap tahniah dan mendoakan orang yang bersin dan keempat bersikap mengambil berat iaitu bersifat kritikal terhadap isu-isu sosial seumpamanya seperti sifat menghormati pendapat majoriti dan menyuruh dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Pendidikan psikologi dan emosi Yang dimaksudkan dengan pendidikan psikologi ialah mendidik anak-anak sebaik mereka mampu berfikir dan memahami sifat berani, keyakinan dan ketenangan diri. Aspek ini merupakan aspek yang penting yang kadang kala dipandang remeh oleh ibubapa. Perasaan gembira, suka, marah, bermusuh dan takut adalah sebahagian dari keadaan yang menguji emosi anak-anak. Matlamat penekanan aspek psikologi ini ialah membentuk peribadi anak-anak dan menanamkan keyakinan diri sehingga mereka mampu berdikari. Ibu bapa perlu membiasakan anak-anak dengan sifat-sifat terpuji dan memastikan mereka terpisah dari sifatsifat buruk yang boleh mempengaruhi psikologi. Dua faktor yang mempengaruhi emosi kanak-kanak; pertama tindak balasnya terhadap saudara-sauadaranya yang lebih tua dan kedua sikap ibubapa yang tidak

dapat difahami oleh anak-anak seperti sifat ayahnya yang berubah dari penyayang kepada seorang yang bengis. Terdapat lima perkara ibu bapa perlu awasi dan hindarkan dari anak-anak. Malu, takut, rendah diri, dengki dan marah. Perasaan malu dapat dikesan pada peringkat awal usia anak-anak. Mereka malu untuk bertemu dengan orang yang mereka tidak biasa berjumpa dan kadangkadang sikap malu ini diwarisi dari ibu bapa mereka. Sikap menyendiri dan tidak suka bercampur dengan masyarakat yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan mendorong anak-anak untuk menunjukkan sikap yang sama. Kanak-kanak perlu dibiasakan memasyarakatkan diri, bergaul dengan orang lain tetapi dalam keterbasan yang tidak menafikan dari diri mereka sifat-sifat mulia. Kebiasaan orang-orang Melayu dalam menghormati orang-orang tua melarang anak-anak mereka dari duduk bersama. Sikap seperti ini mungkin baik tapi dari segi yang lain akan menyebabkan anak-anak besrikap terlampau malu dan segan sehinggakan apabila mereka dewasa kelak tidak ada keyakinan diri dan tidak mampu berhadapan dan berkomunikasi dengan penuh konfiden. Perasaan rendah diri merupakan satu bentuk emosi disebabkan oleh ketidaksempurnaan fizikal badan, bentuk pendidikan dan suasana ekonomi. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perasaan rendah diri iaitu hina diri, membezakan antara anak-anak, kecacatan, keyatiman dan kemiskinan. Ada ibu bapa yang sering menggunakan perkataan yang tidak baik bagi menggambarkan kesalahan kecil anak-anak di hadapan saudara-saudaranya seperti budak jahat, penipu, pemalas dan pencuri atau memarahi anak-anak di hadapan rakan-rakan mereka. Sikap ibu bapa yang terburu-buru dan mudah hilang sabar akan membuatkan anak-anak memberontak, irihati, tidak hormat orang tua dan dendam. Bagaimana mungkin kita mengharapkan mereka mempunyai sikap yang baik seperti taat, kasih sayang dan menghormati orang tua jika kita telah membibitkan dalam jiwa mereka perasaan-perasaan negatif tersebut. Sepatutnya ibu bapa menggunakan berbagai pendekatan bijaksana bersesuaian dengan kesalahan dan peringkat umur anak-anak. Di sinilah pentingnya kebijaksanaan ibu bapa iaitu meletakkan sesuatu bersesuaian dengan tempatnya. Anas bin Malik berkhidmat kepada Nabi selama sepuluh tahun sejak berusia 10 tahun. Tidak

pernah Nabi memarahi dan mengherdiknya. Kadang-kadang Nabi memanggilnya dengan namanya, ketika yang lain dengan panggilan yang lembut Unais dan saat yang lain dipanggil wahai anakku. Pernah satu ketika Anas diminta pergi ke kedai di dalam perjalanannya dia berhenti untuk berjumpa dengan rakan sebayanya. Tiba-tiba dia merasakan seseorang memegang bahunya lantas dia berpaling dan mendapati orang tersebut ialah Nabi. Dia menyangka Nabi akan memarahinya tetapi apa yang dia dengar ialah Wahai anakku adakah kamu dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusanmu? Perasaan takut dan marah ialah dua unsur negatif yang biasa melanda kanakkanak. Mengikut ahli psikologi kebanyakan perasaan takut merupakan satu benda yang dihasilkan oleh diri manusia sendiri. Takut terbahagi kepada tiga; takut secara semulajadi, resah dan fobia. Sikap ibubapa yang tidak bijaksana dalam berurusan dengan anak-anak atau keruntuhan rumahtangga boleh menjadi penyebab kepada perasaan takut yang akhirnya berkemungkinan akan mengganggu emosi kanak-kanak. Antara nasihat Nabi ialah Permudahkan jangan menyusahkan, tenangkan dan jangan kecoh. Terlalu memanja anak-anak juga merupakan antara faktor yang boleh menyebabkan anak-anak hilang keyakinan diri dan berasa malu. Metod pendidikan Islam Ada beberapa metod yang dicadangkan oleh pakar-pakar pendidikan Islam. Antaranya ibadah, menyuruh dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran, hikmah, bercerita, perdebatan, membuat perbandingan, targhib dan tarhib, menanam adat-adat yang baik dan menggunakan peristiwa-peristiwa yang berlaku dan hukuman. Ibadat Ibadat merupakan metod pendidikan yang sempurna merangkumi semua aspek jasmani dan rohani individu dan masyarakat kerana pembentukan insan dan pembinaan peribadinya amat berhajat kepada amalan-amalan dan tingkah laku

yang baik. Ibadat-ibadat seperti solat, zakat, puasa dan haji menanam sifat-sifat mulia yang perlu ada pada individu dan masyarakat. Contoh Tauladan Manusia dan anakanak khususnya perlu diikat dengan contoh tauladan yang baik supaya mereka boleh melihat sample dan menjadikannya sebagai ikutan. Terdapat anak-anak yang menjadikan artis-artis dan ahli-ahli sukan sebagai idola dan pujaan mereka sedangkan mereka ini kosong nilai-nilai akhlaknya. Ibu bapa perlu memperkenalkan kepada anak-anak bahawa Rasul, para sahabatnya dan orangorang alim dan bijaksana sahaja yang sepatutnya dijadikan contoh tauladan kerana akhlak mereka yang tinggi. Amr bi ma`ruf dan nahi munkar Mengajak manusia kepada kebaikan dan menegah dari keburukan satu metod yang baik dan berkesan kerana ia membangkitkan dalam diri anak-anak perasaan mengambil berat terhadap anggota masyarakat dan juga menyedarkan diri yang lalai akan kesalahan dan kekurangan diri. Pendidikan dengan hikmah dan kebijaksanaan Kanak-kanak jika bersesuaian cara nasihatnya akan menerima dan mengikut perkara yang dinasihatkan khususnya jika nasihat tersebut datang dari orang yang dikasihinya. Hikmah bermaksud meletakkan sesuatu kena dengan tempatnya. Menggunakan perkataan yang lemah lembut pada tempatnya menghukum anak-anak bersesuaian dengan keadaan dan kesalahannya adalah hikmah. Pengajaran dengan nasihat dan bimbingan dengan penuh hikmah dan kasih sayang seperti mana pesanan Luqman kepada anak-anaknya. Pesanan memperlihatkan kepada anak-anak betapa besarnya harapan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Menyertakan senda gurau di dalam pengajaran untuk menggerakkan otak, menghilangkan jemu serta menimbulkan keinginan untuk bermesra-mesraan.

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah memintanya seekor unta sedekah supaya dia menggunakannya untuk mengangkat barang-barang rumahtangganya. Maka berkata Rasulullah Aku akan memberimu anak unta untuk mengangkat barang itu. Lelaki itu berkata Wahai Rasulullah! Apa yang dapat aku buat dengan anak unta itu? Jawa Rasullullah Bukankah unta itu melahirkan anak unta? Bercerita Mengajar anak-anak dengan membawa cerita-cerita akan meninggalkan kesan di dalam jiwa dan tersemat di dalam akal. Kaedah-kaedah ini digunakan oleh Quran dan hadith antaranya ayat 176 surah al-A`raf Dan ceritakanlah cerita-cerita itu kepada mereka moga-moga mereka memahami. Surah Yusuf umpamanya berkaitan kisah adik-adik beradik yang penuh dengan dengki dan diatasi dengan kasih sayang dan ikhlas kepada Allah. Mendidik dengan pendekatan berdialog Cara menyampaikan cerita mestilah ada kepelbagaian seperti bercerita secara dialog, cerita secara mengemukakan soalan. Satu ketika Nabi bertanya kepada para sahabatnya: Tahukah kamu siapa dia seorang Muslim itu? Jawab Sahabat : Allah dan RasulNya saja yang lebih mengetahui. Sabda Nabi: Seorang Muslim itu ialah siapa yang terselamat kaum Muslimin yang lain dari lidahnya dan tangannya. Targhib dan tarhib Targhib ialah membuatkan seseorang suka kepada sesuatu dan tarhib membuat seseorang membenci atau lari dari sesuatu. Targhib seperti menceritakan kepada anak-anak balasan dan hasil yang baik jika mereka berakhlak mulia dan tarhib menceritakan kepada anak-anak keburukan yang bakal berlaku jika mereka tersilap jalan. Ibu bapa boleh menggunakan gambar-gambar bagi menggambarkan apa yang mereka ceritakan kepada anak-anak. Menanam dalam jiwa anak-anak adat-adat dan perbuatan yang baik

Anak-anak dari semenjak kecil perlu ditunjukkan adat dan perbuatan yang baik dan dijauhkan dari mereka adat dan perbuatan yang keji. Anak-anak perlu dibiasakan dengan menghormati orang tua, bersopan santun, tidak pemarah dan dengki. Menggunakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling Ibu bapa perlu mengaitkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dengan akhlak anakanak. Tunjukkan kepada mereka dan berikan mereka kefahaman Hukuman Mendidik anak-anak dengan menghukum merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan apabila didapati mereka tidak mengikuti arahan. Hukuman yang diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka adalah berbeza dan tidak sama dengan undang-undang dikenakan ke atas masyarakat. Ibu bapa perlu mengambil pendekatan-pendekatan berhikmah dalam menghukum anak-anak antaranya dengan memberikan nasihat dengan lemah lembut dan kasihan belas. Dalam sebuah hadis Hendaklah anda bersifat lemah lembut dan jangan sekali-kali bersikap keras. Ibn Khaldun dalam bukunya al-Muqaddimah menyatakan bahawa kekerasan yang berterusan dengan anak-anak akan menjadikannya lemah semangat, jiwanya memberontak, kecergasannya akan hilang, menjadi malas dan suka berdusta. Ibu bapa juga boleh menghukum anak-anak dengan menunjukkan raut wajah yang tidak senang seperti memalingkan muka dari mereka, menunjukkan perasaan marah. Wahai Abu Dharr! Tidak patut engkau mengatanya dengan menyebut ibunya. Sesungguhnya engkau masih terpengaruh dengan cara-cara jahiliyyah (al-Bukhari). Ibu bapa juga boleh memulaukan anakanak dengan cara tidak bercakap dengan mereka untuk sesuatu tempoh. Memukul anak-anak mungkin merupakan cara terakhir seperti dalam hadis Suruh anakanak kamu mengerjakan sembahyang seusia tujuh tahun dan pukullah mereka apabila telah mencapai umur sepuluh dan pisahkanlah antara mereka di tempat tidur. Kesimpulan dan Cadangan

Pendidikan anak-anak merupakan satu jihad dan memerlukan pengorbanan dari ibu bapa. Ibu bapa terlebih dahulu perlu mencerminkan budaya sihat dan tauladan yang baik supaya menjadi ikutan anak-anak. Anak-anak adalah cermin kepada ibu bapa. Kita tidak mahu ibu bapa yang ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. Surah ayat 3-4 bermaksud : Wahai orang-orang beriman kenapa kamu kata apa yang kamu tidak lakukan ? amatlah besar dosanya di sisi Allah sekiranya kamu mengatakan apa yang kamu tidak buat Syair Arab ada menyebut la tanha `an khuluqin wa tatiya mithalhu `aar `alaika idha fa`alta `azim. Kerajaan dan pihak yang berwajib perlu memperbanyakkan dan mempertingkatkan kualiti SA (Sekolah Agama) atau diubahsuai dan mengukuhkan kurikulum pelajaran supaya menjadi seimbang dengan mengambil kira potensi pelajar dan tuntutan arus perdana dan kewajipan agama.

[1] Malik Bin Nabi, Mushkilat al-Hadarah Shurut al-Nahdah, Dimashq, 2000. [2] Tanah mengikut Malik Bennabi ialah dari segi nilainya pada masyarakat. Nilai tanah sesuatu tanah bergantung kepada nilai sesuatu masyarakat tersebut. [3] Beliau melihat masa sebagai sebatang sungai bisu yang melalui setiap masyarakat manusia yang kadangkala tidak disedari manusia. Hanya sebahagian sahaja yang mengambil manfaat darinya. Beliau mempersoalkan sikap masyarakat Islam Arab yang malas bekerja dan tidak menggunakan waktu sebaiknya sedangkan masa merupakan suatu yang tidak dapat dipisahkan dari tamadun. [4] Malik Bennabi membincangkan harta sebagai satu modal sebagai satu respon kepada teori kapitalis. [5] Secara amnya istilah kebudayaan merujuk kepada segala hasil ciptaan insan dalam usaha menyesuaikan dirinya bagi menghadapi keadaan alam sekililingnya. Ianya juga sebagai pola-pola kehidupan.- zakaria setapa. [6] Juzuk pertama.

[7] Dr Khalid Muhammad Muharram, Bina al-Shakhsiyyah min Khilal al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. [8] http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/ [9] Kosmo, 10hb Jun 2009 [10] Keluarga Islam: Kemahiran Keibubapaan dan Cabran Semasa, Suntingan Azrina Sobian, IKIM, hlmn. 53 http://mattanjo.wordpress.com/mapin/peranan-ibubapa-dalam-pendidikan-anak-anak/

Minggu Keenam (Konsep Akhlak Dalam Islam)


Home Skima Tarbiyyah Peringkat Satu Skima Tarbiyyah Peringkat Dua Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga Ayat Hafazan Bahan-bahan Usrah Catatan Usrah Mingguan Artikel Pilihan Subhaanallah

KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM


OBJEKTIF

1.

Ahli usrah memahami pengertian akhlak menurut pandangan Islam. 2. Ahli usrah mengetahui cirri-ciri akhlak Islam serta dapat mengaitkannya dengan kehidupan seharian. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pengertian akhlak bahasa dan istilah Pengertian akhlak menurut Islam Skop dan ruang lingkup akhlak dalam Islam Perbezaan di antara akhlak dan moral Akhlak yang agung akhlak Al-Quran Kesyumulan akhlak Islam lahiriah dan rohaniah meliputi aqidah dan syariat 7. Ciri-ciri akhlak Islamiyyah
Menurut bahasa: Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (alakhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (alkhuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku,

KANDUNGAN

PENGERTIAN AKHLAK

matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu

sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4) Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia
bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala: hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tandatanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190) tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang Menurut istilah: Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang

mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan AsSunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya. Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).
Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua

lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak. Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat. Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya. Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cubamenerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini. Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.

Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa. Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut: Dilakukan dengan sedar dan niat. Dilakukan denganikhtiar sendiri. Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.
PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL

Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau buruk. Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan normanorma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan oandangan

umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan

temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat. Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti. Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan

sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang. Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif. Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu

Aqliyy.

Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lain: Beriman kepada Allah Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanah Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat Keadilan syara Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsipprinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif.

Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat.
AKHLAK YANG AGUNG

Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:

Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-Qalam:4)

dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani mahupun rohani. Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia.
KESYUMULAN AKHLAK ISLAM

Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam. Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini. Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah. Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeethhadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam merumuskan kedudukan akhlak sebagai:

Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik. Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya.
CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH

Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah: Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.

Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang
dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah merangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan

peribadi seseorang.

Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak

dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan. Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut. Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara. Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.
BAHAN RUJUKAN

1. 1. 2.

ILHAM Bahan kendiri PJJ

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN

Jelaskan pengertian akhlak menurut pandangan Islam. Apakh ciri-ciri akhlak Islamiyyah dan berikan contohnya?

http://noradila.tripod.com/id98.html

PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DALAM MASYARAKAT.

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan, secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat secara langsung dengan isuisu remaja secara langsung dan tidak langsung seperti pihak kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah,

pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Apabila masalah keruntuhan remaja dibincangkan soalan yang biasa ditanya ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku?

PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK.

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba Pengaruh Rakan Sebaya Pengaruh Media Massa Sikap Keluarga

Pengaruh Budaya Barat.


Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah dengan amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di negara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia. Pengaruh barat ini dapat dilihat yang mana semakin menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya golongan muda-mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran muzik dan budaya Barat seperti Black Metal, Punk danSkinhead. Aliran-aliran ini jelas sama sekali bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Pengaruh Skinhead.
Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak. Sejak tahun 1990 lagi, budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang, ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads.

Budaya Punk.

Golongan punk dan skinhead seolah-olah bersatu, kerena mempunyai semangat yang sama.Punk juga boleh diertikan sebagai ideologi hidup yang mencakup aspek sosial dan politik.Punk lebih terkenal dari hal fesyen yang dikenakan dan tingkah laku mereka.

Pengaruh Black Metal.


Merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Antaranya adalah ia mencemuh agama. Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh agama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal. Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada agama.

Ancaman Penagihan Dadah.


Ancaman Penagihan Dadah masih kekal sebagai musuh pertama negara sehingga kini. Walaupun agak keterlaluan untuk mengaitkan penagihan dadah ini dengan gejala keruntuhan akhlak, namun semua berpunca daripada fenomena akhlak yang tidak diurus dengan bijaksana sehingga seseorang itu terjerumus ke lembah kehancuran ini. Masalah ini amat berbahaya dan perlu ditangani secara berterusan.

Isu Mat Rempit.


Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai mat rempit bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya. Remaja merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini.

Isu Pembuangan Bayi.


Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di Negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta nak-anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu. Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa beliau belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala

pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu bekerjasama dalam menangani isu ini. Isu pembuangan bayi merupakan isu yang besar dan perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa seorang kanakkanak yang tidak berdosa.

KESAN DAN CABARAN TERHADAP FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK.

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.

Kesan Ke atas Individu.


Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.

Kesan Ke atas Keluarga.

Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah katakata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah: Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia. Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian.

Kesan Ke atas Masyarakat.


Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah: - Masyarakat

di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
- Kadar - Wujudnya

- Perasaan

Kesan Ke atas Negara.


Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada

masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Antara kesan yang akan berlaku ialah: Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang yang tinggi di kalangan masyarakat. Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam peningkatan dalam kadar jenayah.

KESIMPULAN.

Keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembargemburkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda untuk mencemerlangkan negara bangsa. Inilah antara yang menjadi isu dan cabaran besar pemimpin

dan semua pihak untuk menentukan negara dan rakyat benar-benar menepati kecemerlangan 54 tahun kemerdekaan http://qaseh.ucoz.com/blog/gejala_sosial_dalam_masyarakat/2011-03-11-1

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA: PUNCA DAN PENYELESAIAN

336 Votes

Pengenalan Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Pengertian masalah sosial remaja

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan. Statistik Gejala Sosial Remaja Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal ( Utusan Malaysia, Januari 1992). Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes

membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India. Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.

Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes). Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja. Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993). Punca Keruntuhan Akhlak Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut; 1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan

sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak. Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anakanaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita

seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa. 2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas. 3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah. Cara Mengatasi Masalah

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan: 1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilainilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak. 2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. 3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. 4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. 5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI Kesimpulan Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/03/22/masalah-sosial-di-kalangan-remaja-punca-danpenyelesaian/