Anda di halaman 1dari 11

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah.

Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya. Soalan: 1. Sekarang ini, masyarakat kita telah disedari betapa pentingnya intranet sebagai sumber pendidikan dalam kehidupan mereka. 2. Polis melapurkan bahawa jalan itu sudah boleh melalui kenderaan berat. 3. Encik Adham menangkap belot di kawasan sawah padi punyaannya. Jawapan: 1. Sekarang ini, masyarakat kita telah menyedari betapa pentingnyainternet sebagai sumber pendidikan dalam kehidupan mereka. 2. Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat. 3. Encik Adham menangkap belut di kawasan sawah padi kepunyaannya.
Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 2:51 PTG Tiada ulasan:

Reactions:

Praktis 20
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya. Soalan: 1. Stadium itu telah penuhi oleh penuntun ketika kejohanan sepak takraw yang diadakan baru-baru ini. 2. Tindakan pihak berkenaan mengehatkan had laju kenderaan bertujuan untuk dikurangkan kemalangan jalan raya. 3. Tok penghulu senantiasa bermuafakatkan dengan anak-anak buahnya tentang projek penternakan ikan ayer tawar yang akan dilaksanakan di kampung itu. Jawapan: 1. Stadium itu telah dipenuhi oleh penonton ketika kejohanan sepak takraw yang diadakan baru-baru ini. 2. Tindakan pihak berkenaan mengehadkan had laju kenderaan bertujuan untukmengurangkan kemalangan jalan raya. 3. Tok penghulu senantiasa bermuafakat dengan anak-anak buahnya tentang projek penternakan ikan air tawar yang akan dilaksanakan di kampung itu.
Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 2:44 PTG Tiada ulasan:

Reactions:

Praktis 19

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya. Soalan: 1. Kakak mengibas perabut kayu jati yang tidak digunakan itu dengan sehelai tuala untuk menghilang habuk. 2. Langkah pehak berkuasa membuat penyerbuan yang berterusan menghapuskan kegiatan cetak rompak di negara ini. 3. Jerubu tebal itu diselubungi kawasan sekitar kerana ada kebakaran di hutan berdekatan. Jawapan: 1. Kakak mengibas perabot kayu jati yang tidak digunakan itu dengan sehelai tuala untuk menghilangkan habuk. 2. Langkah pihak berkuasa membuat serbuan yang berterusan menghapuskan kegiatan cetak rompak di negara ini. 3. Jerebu tebal itu menyelubungi kawasan sekitar kerana ada kebakaran di hutan berdekatan.
Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 2:06 PTG Tiada ulasan:

Reactions:

Praktis 18
Gariskan istilah yang tidak tepat dalam frasa dan ayat di bawah ini dan kemudian buatkan pembetulan. Soalan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jawapan: 1. 2. 3. 4. 5.

memanjat bukit/gunung durian jatuh pemberian Tuhan Pak Mat telah mati. Tuan puteri sedang mandi. menyeberang jalan melintas sungai naik pokok kubur raja Sultan sedang tidur. mendaki bukit/gunung durian gugur anugerah Tuhan Pak Mat telah meninggal dunia. Tuan puteri sedang bersiram.

6. 7. 8. 9. 10.

melintas jalan menyeberang sungai memanjat pokok makam raja Sultan sedang beradu.

Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 1:59 PTG Tiada ulasan:

Reactions:
SABTU, 15 JUN 2013

Praktis 17
Gariskan istilah yang tidak tepat dalam frasa dan ayat di bawah ini dan kemudian buatkan pembetulan. Soalan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jawapan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Raja Ali telah meninggal dunia. Hang Jebat mengaruk. Kepalanya terlanggar pada dinding. Kerjanya memelihara kanak-kanak. melempar batu ke arah kucing rumah bertingkat Air sungai itu menuruni ke lembah. Sultan menyampaikan pingat. kebun durian kerja menjolok kelapa Raja Ali telah mangkat. Hang Jebat mengamuk. Kepalanya terantuk pada dinding. Kerjanya mengasuh kanak-kanak. membaling batu ke arah kucing rumah pangsa Air sungai itu mengalir ke lembah. Sultan menganugerahkan pingat. dusun durian kerja mengait kelapa

Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 11:35 PTG Tiada ulasan:

Reactions:

Praktis 16

Gariskan istilah yang tidak tepat dalam frasa dan ayat di bawah ini dan kemudian buatkan pembetulan. Soalan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jawapan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

membaling peluru baginda berucap memotong lalang mengubati pesakit kapal terbang jatuh membaling lembing menaiki kuda/motosikal sedang melihat televisyen membawa kereta mengangkat barang di atas kepala melontar peluru baginda bertitah menebas lalang merawat pesakit kapal terbang terhempas merejam lembing menunggang kuda/motosikal sedang menonton televisyen memandu kereta menjunjung barang di atas kepala

Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 11:30 PTG Tiada ulasan:

Reactions:

Praktis 15
Gariskan istilah yang tidak tepat dalam frasa dan ayat di bawah ini dan kemudian buatkan pembetulan. Soalan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

memotong rambut memasak nasi menjalin benang untuk dijadikan tali menahan lukah di sungai memimpin basikal memegang beg tangan menggigit nasi

8. 9. 10. Jawapan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

membetulkan kereta Kereta itu merempuh lembu. Obor-obor tercampak di pantai. menggunting rambut menanak nasi memintal benang untuk dijadikan tali memasang lukah di sungai menuntun basikal membimbit beg tangan mengunyah nasi membaiki kereta Kereta itu melanggar lembu. Obor-obor terdampar di pantai.

Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 11:24 PTG Tiada ulasan:

Reactions:

Praktis 14
Gariskan istilah yang tidak tepat dalam frasa dan ayat di bawah ini dan kemudian buatkan pembetulan. Soalan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Jawapan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

merasa buah-buahan banyak belanja untuk memperbaik Kereta yang dibawa diceritakan oleh akhbar Lori tersebut terkeluar di selekoh itu. telah hadir ke rumah orang kaya itu untuk mencuri terpaksa bekerja kerana kesesakan wang anggota pengakap menjalani perkhemahan itu polis akan berlaku tegas terhadap mereka menikmati buah-buahan banyak kos untuk memperbaik Kereta yang dipandu dilaporkan/disiarkan oleh akhbar Lori tersebut terbabas di selekoh itu. telah menceroboh ke rumah orang kaya itu untuk mencuri terpaksa bekerja kerana kesempitan wang anggota pengakap mengikuti perkhemahan itu

9.

polis akan bertindak tegas terhadap mereka

Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 11:19 PTG Tiada ulasan:

Reactions:

Praktis 13
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan sama ada kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Soalan: 1. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini. 2. "Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini," wasiat pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia. 3. Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong. [6 markah] Jawapan: 1. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian tuanmerasmikan/melancarkan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini. 2. "Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini!"nasihat/pesan/amanat/seru pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia. 3. Kelawar yang bergayutan pada dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong. [6 markah]
Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 11:09 PTG Tiada ulasan:

Reactions:

Praktis 12
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan sama ada kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Soalan: 1. Kapal terbang yang membawa rombongan haji itu baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antara bangsa Kuala Lumpur. 2. Pegawai-pegawai penguat kuasa telah merampas berpuluh bungkus cakera padat cetak rompak dari pemilik kedai itu. 3. Abang Syarifah menghadiahi baju berwarna laut biru kepada kawan baiknya itu. [6 markah] Jawapan:

1. Kapal terbang yang membawa jemaah/bakal haji itu baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 2. Pegawai-pegawai penguat kuasa telah merampas berpuluh-puluh kotak cakera padat cetak rompak dari pemilik kedai itu. 3. Abang Syarifah menghadiahkan baju berwarna biru laut kepada kawan baiknya itu. [6 markah]
Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 10:59 PTG Tiada ulasan:

Reactions:

Praktis 11
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan sama ada kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Soalan: 1. Agenda perbincangan pada pagi ini sudah diserahkan oleh Sarah pada saya untuk diedarkan. 2. Projek itu dijangkakan akan sudah sepenuhnya pada tahun depan dan akan dirasmikan oleh Menteri Perdana. 3. Semalam dia tidak betul tidur kerana diganggu oleh mimpi yang paling menakutkan sekali. [6 markah] Jawapan: 1. Agenda mesyuarat pada pagi ini sudah diserahkan oleh Sarah kepada saya untuk diedarkan. 2. Projek itu dijangkakan akan siap sepenuhnya pada tahun depan dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri. 3. Semalam dia tidak lena tidur kerana diganggu oleh mimpi yang paling menakutkan/menakutkan sekali. [6 markah]
Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 10:54 PTG Tiada ulasan:

Reactions:

Praktis 10
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan sama ada kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Soalan:

1. Jalan pintas sering diharungi oleh murid-murid yang hendak pergi sekolah pada waktu pagi. 2. Bapa saya memeriksa semua fail-fail yang diingini oleh ketua jabatannya semalam. 3. Kerja-kerja mencekup sotong sesuai dilakukan di waktu malam sahaja. [6 markah] Jawapan: 1. Jalan pintas sering digunakan/dilalui oleh murid-murid yang hendak pergike sekolah pada waktu pagi. 2. Bapa saya memeriksa semua fail yang dikehendaki/diminta oleh ketua jabatannya semalam. 3. Kerja-kerja mencandat sotong sesuai dilakukan pada waktu malam sahaja. [6 markah]
Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 10:40 PTG Tiada ulasan:

Reactions:

Praktis 9
Dalam setiap ayat di bawah terdapat dua kesalahan sama ada kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Soalan: 1. Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dirantau ini. 2. Cita-citanya untuk memanjangkan pelajaran ke universiti belum tercapai lagi oleh kerana hidupnya yang susah itu. 3. Mariamah makan goreng pisang sambil menghiris bawang dengan menggunakan parang. [6 markah] Jawapan: 1. Kementerian Pendidikan Malaysia berhasratmenjadikan/meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikandi rantau ini. 2. Cita-citanya untuk melanjutkan/meneruskan/menyambung pelajaran ke universiti belum tercapai lagi oleh sebab hidupnya yang susah itu. 3. Mariamah makan pisang goreng sambil menghiris bawang dengan menggunakan pisau. [6 markah]
Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 10:33 PTG Tiada ulasan:

Reactions:
ISNIN, 15 OKTOBER 2012

Nota 1 - Menukar Ayat


Menukar Ayat: 1. Cakap ajuk kepada cakap pindah 2. Cakap pindah kepada cakap ajuk 3. Dialog kepada cakap pindah 4. Cakap pindah kepada dialog Perubahan-perubahan yang perlu dilakukan: 1. Kata Ganti Nama Diri saya - dia kami - mereka kita - mereka awak - dia kalian - mereka kau/engkau - dia dia - dia beliau - beliau 2. Kata Ganti Tempat di sini - di sana di situ - di sana 3. Kata Ganti Tunjuk begini - begitu ini - itu 4. Kata Tanya mengapa - sebab di mana - tempat bagaimana - cara berapa hari - tempoh berapa ringgit - harga bila - masa 5. Masa sekarang - pada masa itu/pada ketika itu esok - pada hari keesokannya hari ini - pada hari itu pagi tadi - pagi itu semalam - semalamnya 6. Kata Seru Cis - dengan marah Amboi/Wah - dengan kagum Aduh - mengerang kesakitan Eh - dengan hairan Oh - dengan terkejut/hairan/kecewa

Wahai - Menyeru 7. Kata Perintah Jangan - melarang Sila masuk - menjemput Tolong - meminta pertolongan/bantuan 8. Kata Singkatan nak - hendak tak - tidak mau - mahu dah - sudah 9. Bahasa Arab Alhamdulillah - mengucapkan kesyukuran/bersyukur 10. Unsur-unsur Slanga dan Dialek Jom - mengajak satsat - sebentar bergebang - berbual kosong

Peringatan!!!!!
1. Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan perbualan. 2. Struktur ayat perlu betul dan pengolahan hendaklah baik mengikut susunan teks asal dan lancar. 3. Jangan mencampuradukkan bentuk cakap ajuk dan cakap pindah sekali gus. 4. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan, dan penggunaan kata.
Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 9:27 PG Tiada ulasan:

Reactions:
JUMAAT, 12 OKTOBER 2012

Praktis 8 - Peribahasa (Baharu)


Format baharu SPM: Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan. bagai lebah menghimpunkan madu

belakang parang kalau diasah lagikan tajam genggam bara api biarlah sampai jadi arang di mana ada kemahuan di situ ada jalan

(Soalan sebenar kertas percubaan BM SBP 2012)

Cadangan jawapan: Harkamal merupakan murid tingkatan lima yang rajin berusaha dalam pelajaran kerana dia memang bersikap bagai lebah menghimpunkan madu. Sebelum ini, Harkamal lemah dalam beberapa mata pelajaran. Walau bagaimanapun, Harkamal sedar bahawa belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Oleh sebab itu, Harkamal mahu membaiki kelemahannya dalam pelajaran yang lemah sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh hal yang demikian, dia akhirnya berjaya memperbaik prestasinya sehingga mendapat 10 A+ dalam peperiksaan percubaan kerana dia mengamalkan prinsip di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Anda mungkin juga menyukai