Anda di halaman 1dari 9

ULANGKAJI MTE3107 SOALAN OBJEKTIF

1. Pengajaran yang berjaya bergantung kepada perancangan persediaan mengajar yang dirancang dengan rapi. Antara berikut, aspek terpenting dalam menyediakan satu persediaan mengajar adalah A B C D 2. Jadual Waktu Kelas Huraian Sukatan Pelajaran Kemudahan bahan bantu mengajar Kemudahan makmal dan pusat sumber

Rancangan pengajaran yang lengkap harus mengandungi tiga peringkat. Antara berikut, yang manakah bukan satu daripada tiga peringkat tersebut? A B C D Penutup Set Induksi Kerja Rumah Perkembangan

3.

Pengurursan bilik darjah adalah sangat penting bagi guru permulaan. Antara kenyataan berikut, yang manakah benar? A B C D Pengurusan bilik darjah adalah perlu untuk pembinaan kendiri Bentuk pengurusan bilik darjah dinyatakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pengurusan bilik darjah adalah satu bidang pengajaran menggunakan pendekatan kajian Prinsip pengurusan bilik darjah boleh dipelajari oleh seorang guru melalui pengalaman di sekolah

4.

Untuk mendapatkan fakta a + b = b + a, Cikgu Lim telah menunjukkan contohcontoh berikut kepada murid-muridnya:4+2=6 4+3=7 5+4=9 2+4=6 3+4=7 4+5=9

Apakah pendekatan yang digunakan oleh Cikgu Lim? A Induktif B C D Deduktif Pembelajaran Bestari Pembelajaran Koperatif

5.

Antara elemen berikut, yang manakah diperlukan untuk pengajaran Matematik sekolah rendah yang berasaskan kaedah inkuri I II III IV A B C D Guru sebagai pembekal ilmu pengetahuan Murid bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri Murid terlibat dalam aktiviti penyiasatan matematik Guru menekankan penglibatan murid dalam situasi penyelesaian masalah

I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

6.

Untuk menggalakkan sesi perbincangan yang baik, guru harus mengemukakan soalan-soalan yang baik. Antara berikut, yang manakah tidak digalakkan dalam penyoalan? A B C D Menjawab soalan sendiri Memberi murid masa berfikir yang mencukupi sebelum menjawab Mengemukakan soalan yang memerlukan jawapan yang menyeluruh dan bukan jawapan ya-atau-tidak Mengambilkira jawapan dari beberapa pelajar serta menggalakkan mereka untuk mempertahankan pilihan jawapan mereka

7.

Antara berikut, yang manakah bukan satu kelebihan menggunakan kaedah penyiasatan dalam pembelajaran konsep dan proses matematik? A B C D Merangsang pemikiran dan komunikasi matematik Menggalakan pelajar menyelesaikan masalah secara berdikari Memberikan guru masa yang lebih untuk merancang resos pembelajaran dan pengajaran Memberikan peluang kepada murid untuk memainkan peranan sebagai ahli Matematik yang menyiasat berbagai masalah matematik

8.

Seorang murid tidak dapat menukarkan kepada peratus. Apakah demonstrasi yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu murid? A B C D Menggunakan analog untuk menunjukkan jam Menggunakan bikar satu liter untuk menunjukkan kedudukan liter Menggunakan pembaris meter untuk menunjukkan kedudukan meter Menggunakan alat penimbang 1 kilogram untuk menunjukkan kedudukan kilogram

9.

Ciri-ciri berikut mencerminkan pengajaran secara koperatif kecuali A B C D Murid tidak berkongsi bahan pengajaran dan menyiapkan tugasan secara individu Pembelajaran koperatif mengkolaborasikan kemahiran sosial secara pengajaran tidak langsung Semasa belajar, semua ahli kumpulan berkongsi tugasan yang sama dan tiada ketua kumpulan yang formal Pembentukan kumpulan adalah secara heterogenus yang mengambil kira kebolehan dan karaktor murid

10.

Teori Behavioris berasaskan perubahan tingkah laku yang nyata. Antara kenyataan yang berikut, yang manakah berkait dengan Teori Behavioris I II III IV A B C D Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang tetap berasaskan pengalaman Pelajar harus menyelesaikan masalah matematik dengan betul dan dalam tempoh masa yang singkat Pelajar belajar matematik dengan lebih berkesan dengan membuat latih tubi dan penghafalan Pembelajaran adalah berasaskan pengulangan corak aktiviti sehingga ia menjadi automatik

I, II dan III I, III dan IV II, III dan IV I, II, III dan IV

11.

Pendekatan Konstruktivis perlu ditekankan dalam pembelajaran matematik. Yang manakah menepati pendekatan tersebut? A B C D Pembelajaran matematik perlu dilakukan melalui latih tubi dan praktis Murid membuat refleksi serta membina kefahaman konsep semasa aktiviti hands on Unit pembelajaran matematik diajar mengikut sub unit atau sub kemahiran bagi setiap topik Murid digalakkan dan diberi motivasi dengan insentif seperti pujian, hadiah dan gred yang baik

12.

Semua ciri-ciri berikut berkait dengan pendekatan Humanistik dalam pembelajaran matematik kecuali A B C D Pendekatan algebra digalakkan dalam penyelesaian masalah Kesedaran tentang sejarah matematik sebagai satu usaha (endeavor) manusia Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan kendiri Aktiviti pembelajaran dan pengajaran dikaitkan dengan kehidupan harian demi memupuk kemahiran hidup murid

13.

Seorang murid Tahun Tiga diminta menandakan rajah berlorek yang mewakili pecahan dengan betul. Jawapan pelajar itu ditunjukkan di bawah

Antara yang berikut yang manakah yang masih tidak sempurna dalam pemahaman pelajar tersebut tentang pecahan? A B C D Pengetahuan sedia ada tentang bentuk 2-D Pemahaman pelajar tentang konsep pecahan Pengetahuan fakta tentang penamaan pecahan Pengetahuan prosedural tentang melorek bahagian dari keseluruhan

14.

En. Daud mengajar penambahan nombor dua digit dengan kaedah lattice. Antara berikut, jenis pengetahuan mana yang En. Daud gunakan untuk mengajar penambahan nombor dua digit tersebut? A B C D Pengetahuan fakta Pengetahuan algoritma Pengetahuan pedagogi Pengetahuan konseptual

15.

Pengetahuan matematik dibina daripada konkrit ke abstrak. Pilih urutan yang betul untuk membina pengetahuan tentang nombor bulat. I II III IV A B C D Nilai tempat Pra nombor Nombor awalan Operasi nombor Pra nombor Nilai tempat Pra nombor Nombor awalan Nombor awalan Nombor awalan Nilai tempat Nilai tempat Operasi nombor Pra nombor Operasi nombor Operasi nombor

Nilai tempat Operasi nombor Nombor awalan Pra nombor

16.

Untuk membina konsep penambahan 3 + 2 seorang murid memulakan pengiraan dengan tiga biji guli dan menambah (add in) guli satu demi satu sambil menyatakan empat dan lima. Konsep penambahan ini adalah A B C D Membilang ke atas (counting on) Membilang berterusan (continuous counting) Membilang keseluruhan (counting altogether) Membilang nombor ganjil (counting odd numbers)

17.

Kecerdasan ini merangkumi kebolehan mempunyai gambaran yang tepat tentang perasaan dan mood sendiri serta motivasi dan juga kapasiti untuk disiplin diri Pernyataan di atas merujuk kepada A B C D Kecerdasan ruang Kecerdasan interpersonal Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan logik-matematik

18.

Permainan matematik memberi peluang kepada murid berfikir dan mengaplikasi konsep serta kemahiran matematik. Bagaimanakah permainan mengasah kemahiran komunikasi murid sambil mereka mempelajari matematik? A B C D Permainan menerapkan disiplin dalam murid Murid cuba mengalahkan lawan mereka supaya dapat menang Permainan mengembangkan sikap murid menjadi lebih berdikari Murid menerang dan membuat justifikasi tentang tindakan atau pergerakan mereka kepada pemain-pemain lain

19.

Setiap guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif, selesa dan selamat untuk menggalakkan serta meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah. Pilih situasi yang mengambarkan pernyataan di atas A B C D Puan Aminah menggalakkan kolaborasi antara murid-muridnya Cik Chong melantik murid-murid yang aktif sebagai wakil kumpulan Encik David memberi peluang kepada murid-muridnya untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran dari internet Encik Ramu mengambil kira kepelbagaian kecerdasan serta gaya belajar murid bagi menyediakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dan menyeronokkan

20.

Dalam melaksanakan tugasan yang menarik dan mencabar, berasaskan ilmu dan realiti seperti projek, guru perlu memberi bimbingan (scaffoldings). Di antara jenis bimbingan (scaffoldings) yang disarankan adalah I II III IV A B C D Panduan tentang resos Pengawasan dan penilaian Perbincangan guru-kumpulan tentang keperluan tugasan Pengajaran isi kandungan atau kemahiran bila diperlukan

I, II dan III I, III dan IV I, II dan IV II, III dan IV

SOALAN STRUKTUR 1. a) Satu rancangan pengajaran yang lengkap harus mengandungi tiga tahap iaitu induksi set, perkembangan dan penutup. Nyatakan tiga aspek yang perlu dimasukkan dalam tahap perkembangan

i) ii) iii) b)

_______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

Satu ciri pengajaran berpusatkan murid adalah minat murid terhadap pembelajaran matematik dapat ditingkatkan. Terangkan dua lagi ciri pengajaran berpusatkan murid. i) _______________________________________________________ _______________________________________________________

ii)

_______________________________________________________ _______________________________________________________

c)

Nyatakan tiga kaedah pengajaran berpusatkan murid i) ii) iii) _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

2. a) Amalan pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam bilik darjah matematik untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Nyatakan empat ciri asas dalam pembelajaran koperatif. i) ii) iii) iv) _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

b)

Murid sering menghadapi kesukaran dalam mempelajari fakta asas matematik. Aktiviti permainan boleh digunakan oleh guru untuk membimbing murid menguasai fakta asas ini. Berikan tiga kelebihan menggunakan permainan dalam pembelajaran dan pengajaran matematik. i) _______________________________________________________ _______________________________________________________ ii) _______________________________________________________ _______________________________________________________ iii) _______________________________________________________ _______________________________________________________

3.

Tiga jenis pengetahuan matematik iaitu pengetahuan fakta, konsep dan algoritma perlu dikuasai oleh pelajar bagi memahami konsep dan idea matematik. a) Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik, berikan satu contoh untuk menjelaskan setiap satu daripada tiga jenis pengetahuan yang dinyatakan i) fakta: _______________________________________________________ ii) konsep: ____________________________________________________ iii) algoritma: __________________________________________________

b)

Pelajar menggunakan algoritma standard atau algoritma alternatif bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan. Tunjukkan penyelesaian masalah yang diberi dengan menggunakan keduadua algoritma yang dinyatakan di atas. Masalah: Syed mempunyai 236 keping setem. Dia membeli lagi 125 keping setem. Berapakah bilangan setem yang dimiliki oleh Syed sekarang?

Algoritma standard:

Algoritma alternatif:

4.

a)

Perbezaan individu perlu diambilkira dalam penulisan rancangan pengajaran. Nyatakan empat perbezaan antara murid yang mempengaruhi pembelajaran matematik dalam bilik darjah.

i) ___________________________________________________________ ii) ___________________________________________________________ iii) ___________________________________________________________ iv) ___________________________________________________________

b)

Bagi mana-mana tiga perbezaan yang anda nyatakan di atas, jelaskan dengan contoh bagaimana ia mempengaruhi perancangan dan pengajaran matematik.

i)

__________________________________________________________ __________________________________________________________

ii) ___________________________________________________________ __________________________________________________________ iii) ___________________________________________________________ __________________________________________________________

SOALAN ESEI.

1.

a)

Konsep penolakan mempunyai beberapa makna yang sangat berkait rapat dengan situasi harian. Nyatakan dua makna bagi penolakan. Bincangkan perbezaan bagi dua makna tersebut dengan memberikan contoh-contoh masalah yang sesuai.

b)

Cikgu Lim ingin mengajar kemahiran penolakan dengan mengumpul semula menggunakan bahan maujud (konkrit). Nyatakan dua pengetahuan sedia ada yang perlu dikuasai oleh murid untuk mengikuti pelajaran ini. Nyatakan tiga bahan maujud yang sesuai digunakan untuk menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah 65 27 = _____

2.

a)

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pedagogi mengenai cara muridmurid mempelajari matematik. Guru-guru matematik digalakkan menggunakan pendekatan ini dalam pembelajaran dan pengajaran matematik. Banding dan bezakan bilik darjah konstruktivis dengan bilik darjah tradisional dari segi ciri fizikal, jenis aktiviti pembelajaran, peranan guru dan peranan murid.

b)

Terangkan dengan ringkas pendekatan Humanistik dalam pembelajaran matematik. Jelaskan dengan satu aktiviti yang berasaskan mana-mana topik matematik sekolah rendah, bagaimana pendekatan Humanistik boleh digunakan dalam bilik darjah.

3.

a) b)

Nyatakan tiga contoh seni kreatif dan aktiviti rekreasi matematik yang digunakan oleh guru matematik. Jelaskan dengan contoh resos yang sesuai, tiga kriteria yang harus diambilkira apabila guru matematik memilih resos untuk aktiviti rekreasi matematik. Nyatakan empat nilai moral yang boleh diterapkan melalui aktiviti rekreasi matematik.

c)

Anda mungkin juga menyukai