Anda di halaman 1dari 38

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

1.0

PENGENALAN

Birokrasi adalah merupakan satu struktur organisasi formal yang melibatkan banyak aktiviti dalam mencapai sesuatu matlamat. Terhasilnya birokrasi ini adalah daripada lahirnya sebuah masyarakat yang besar dan kompleks. Pengembangan sesebuah masyarakat yang besar itu akan menimbulkan satu struktur organisasi bagi membentuk sebuah pengurusan yang sistematik. Lalu timbullah birokrasi dalam membina sesuatu prosedur yang perlu diikuti bagi menuju kepada tujuan atau matlamat seperti yang dimahukan.

Konsep birokrasi telah mula dikemukakan oleh penjawat awam Perancis dan ahli physiocrat Vincent de Gournay (1712-1759) pada kurun ke-18.1 Tetapi Max Weberlah yang mula mengembangkan konsep ini dan mengemukakannya selepas membuat kajian yang teliti dan terperinci. Penumpuan Weber dalam melihat birokrasi ini lebih kepada sudut organisasi itu sendiri dimana beliau berpendapat bahawa organinsasi berstruktur akan menjadi lebih baik apabila adanya sistem birokrasi.

Berhubung dengan maksud birokrasi Weber dalam Robbins, 1987 (seperti yang dipetik daripada modul Asas Pentadbiran Awam, UUM) mendefinisikan organisasi berdasarkan dua aspek yang penting iaitu jentera sosial yang akan memaksimumkan kecekapan dalam pentadbiran dan satu organisasi sosial yang mempunyai sifat-sifat tertentu.

J.C.N Raadschelders, Government: A Public Administration Perspective, Library of Congress Cataloging-inPublication Data. 2003, hal. 316.

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

2.0

BIROKRASI DALAM PENTADBIRAN AWAM

Pengkajian Weber berkenaan birokrasi ini adalah sebagai sesuatu yang ideal iaitu satu model yang dibentuk secara hipotesis sebagai satu entiti di mana Weber mengkaji dan meneliti organisasi dari sudut perjalanan dan pergerakan organisasi itu. Penggunaan birokrasi dalam pentadbiran awam amat penting sekali dalam menjaga kualiti pentadbiran disamping membuatkan perjalanan sesebuah organisasi itu lebih sistematik serta memudahkan pekerja memproses tugasan yang diperlukan. Bagi melahirkan suatu proses yang lebih sistematik, memerlukan suatu organisasi itu membuat beberapa prosedur yang perlu diikuti sebelum menuju kepada tujuan atau matlamat yang ingin dicapainya.

Prosedur yang perlu diikuti itulah seringkali dilabelkan sebagai satu proses yang lambat, dan memakan masa yang lama serta menyusahkan, malah merumitkan orang ramai yang ingin berurusan dengan pentadbiran awam. Sebagai contoh, untuk berurusan atas sebab beberapa hal yang penting, pelanggan perlulah mengisi borang yang berkaitan terlebih dahulu disamping menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk pengesahan. Kemudian borang itu akan diproses dan dihantar dari satu bahagian kepada bahagian yang lain sebelum pengesahan dilakukan. Dalam tempoh pemprosesan borang itu, banyak prosedur yang terpaksa dilalui oleh pelanggan sebelum keputusan didapatinya. Perkara ini amat melecehkan untuk ditempuhi oleh pelanggan dalam berurusan kerana prosuder yang birokrasi amat memenatkan. Perlu mengikut dari satu langkah ke langkah yang lain sebelum menuju ke matlamat akhir.

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN Begitu juga sikap sesetengah kita yang tidak ambil berat soal menjawab panggilan telefon yang masuk ke pelbagai jabatan. Walaupun hal ini hanya membabitkan segelintir antara kakitangan awam, namun mewujudkan tanggapan buruk terhadap seluruh kakitangan khidmat awam negara. Ini adalah sebahagian akibat yang kita tidak mahu, juga tidak kita perlukan, kerana ia hanya merencatkan agenda kerajaan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Mengikut Perdana Menteri DatoSri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, birokrasi yang menyusahkan ini perlu kita hapuskan segera dan diganti birokrasi bersifat memudahkan cara.2 Dari sisi organisasi pentadbiran awam pula, ia lebih kepada sesuatu yang mudah untuk

diuruskan kerana melibatkan banyak unit. Maka data akan direkod setiap kali pemprosesan berlaku, jadi sebarang kelompangan yang berlaku semasa urusan sedang berjalan akan dapat dikesan dengan cepat. Jadi, di sini dapat dilihat bagaimana setiap unit yang ada perlu memainkan fungsi yang tersendiri dan amat penting untuk bergerak seiring kerana ketidak fungsiaan yang berlaku kepada salah satu unit akan membuatkan sesuatu urusan itu tergendala lalu menganggu perjalanan organisasi terbabit. Oleh itu, apa yang dimaksudkan oleh Weber didalam konsep birokrasinya adalah perlaksaan individu yang terlibat didalam organisasi itu sendiri yang membawa kepada punca timbulnya kerenah birokrasi dan bukannya prosedur yang perlu diikuti. Jadi perjalanan sesuatu organisasi formal khususnya dalam mencapai matlamatnya mestilah mengambil kira faktor tindak balas terhadap perubahan persekitaran yang memberi kesan kepada perlaksanaan manusia itu sendiri. Maka disini tidak akan timbul lagi masalah berkenaan ketidakcekapan dan ketidak profesionalan pekerja dalam menangani permasalahan ini.

Mohd. Najib Tun Haji Tun Haji Abdul Razak (2011), Perkhidmatan Awam, Meneraju Perubahan Melangkau Jangkaan, Kuala Lumpur: Razak School of Government & Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, hal 75.

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

3.0

TRANSFORMASI DI SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM 3.1 SISTEM PERAKAM WAKTU (PUNCH CARD)

Pada era 1980an perkembangan kualiti di Malaysia telah memperlihatkan penyusunan semula saiz perkhidmatan Awam. Terdapat beberapa langkah transformasi dan penambahbaikan sistem dalam perkhidmatan awam telah dibuat. Sektor awam yang sebelum itu terkenal sebagai lembap dalam memberikan khidmat kepada rakyat. Dalam usaha untuk menggerakkan perkhidmatan awam. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memperkenalkan kad perakam waktu bagi kedatangan dan kepulangan pekerja.

Mengikut maklumat-maklumat daripada Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981, ia menerangkan tentang sistem penggunaan kad perakam waktu (punch card) di pejabatpejabat kerajaan. Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat dan agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan datang dan pulang dari pejabat. Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi mereka. Sistem kad perakam waktu ini diminta dilaksanakan oleh semua pejabat dan agensi Kerajaan Persekutaun, Badan-badan Berkanun dan Kerajaan-Kerajaan Negeri supaya terdapat keselarasan pengawalan selamanya.

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN Daripada panduan yang dikeluarkan oleh Pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, sistem kad perakam waktu digunakan bagi menggantikan sistem mendaftar kedatangan dan kepulangan pegawai-pegawai dan kakitangan pejabat melalui sebuah buku daftar.

Kad itu mempunyai ruangan-ruangan untuk menunjukkan tarikh dan waktu datang serta keluar dari pejabat, untuk memberi keterangan ringkas jika mendapat catitan merah, dan untuk tandatangan ringkas pegawai atasan yang berkenaan jika penerangan yang diberi itu diterima. Jika tidak diterima, tindakan sewajarnya akan diambil. Semua kad perakam itu akan disimpan dalam rak-rak yang terletak berhampiran dengan mesin pengetik waktu yang digunakan.

Selain itu, tanggungjawab dan tugas-tugas pegawai/kakitangan kerajaan dan pegawai pengawas juga mengambil peranan yang penting. Dengan menjalankan sistem Kad Perakam Waktu, tanggungjawab utama semua pegawai/kakitangan di setiap pejabat adalah mematuhi masa waktu bekerja iaitu mereka tidak boleh datang lewat ke pejabat atau keluar untuk pulang sebelum waktu yang sewajarnya. Seseorang pegawai mesti mengetik kad perakam waktu dan tidak boleh membantu mengetik kad perakam waktu untuk pegawai lain.

Kerajaan sedar bahawa sistem penggunaan kad perakam waktu mungkin menghadapi masalah bagi pegawai/kakitangan yang menjalankan tugas di luar waktu biasa, di luar waktu pejabat atau mengikut giliran (shift) yang lain dari waktu biasa. Mereka begitu tidak dikecualikan dari penggunaan sistem kad perakam waktu, tetapi dengan ubahsuaian mengikut budi bicara yang
5

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN lain. Contohnya bagi pegawai/kakitangan yang bekerja di luar waktu biasa dikehendaki juga mengetik kad mereka apabila mereka sampai dan waktu hendak pulang. Walaupun mereka akan mendapat catitan merah kerana tidak mengetik pada masa yang ditetapkan, ini bukanlah bermaksud satu kesalahan yang melanggar peraturan. Mereka hanya perlu mencatatkan dengan jelas waktu kerja mereka yang biasa atas kad tersebut dan disahkan oleh pegawai atasannya.

Pada tahun 2004, terdapat tambahan atas Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981 iaitu garis panduan mengenai penggunaan sistem perakam waktu elektronik di agensi-agensi kerajaan. Penggunaan sistem perakam waktu elektronik disebabkan operasi sistem kerajaan hendak selaras dengan perkembangan teknologi masa kini. Sistem ini menawarkan alternatif yang lebih baik bagi merakam kehadiran dan pergerakan pegawai dan kakitangan di pejabat. Oleh itu, agensi-agensi kerajaan mempunyai pemilihan sama ada terus mengguna sistem kad perakam waktu atau menukar dengan penggunaan sistem perakam waktu elektronik.

Sistem perakam waktu elektronik adalah menggunakan pas keselamatan, kad akses atau sistem cap jari bagi mengurus sistem masuk dan keluar pejabat. Sistem ini terdapat beberapa kelebihan berbanding dengan sistem kad perakam waktu. Antara kelebihan ialah boleh mengawal pergerakan masuk dan keluar pegawai dan kakitangan dengan lebih cekap, boleh meningkatkan disiplin pegawai dan kakitangan, boleh memantau, mengawas dan mengeluarkan laporan waktu pergerakan masuk dan keluar pegawai dan kakitanagn secara elektronik. Dengan adanya sistem ini, pihak pengurusan dapat mengelakkan seseorang pegawai daripada mengetik kad perakam waktu pegawai lain.

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN Kesimpulannya, sistem perakam waktu membantu dalam meningkatkan kualiti kerja dalam pejabat-pajabat kerana ia membolehkan semua pegawai/kakitangan mendisiplinkan diri dengan menepati waktu bekerja, dan memudahkan pejabat-pejabat memantau dan mengawas waktu pergerakan masuk dan keluar pegawai/kakitangannya.

3.2

SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)

Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah dilaksanakan di sektor perkhidmatan awam Malaysia bermula pada tarikh 1 November 2002, menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002. Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah bagi untuk menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB).3 Sistem Saraan Malaysia mengunakan penilaian berasaskan kemahiran telah membuat beberapa peningkatan dalam Sistem Saraan Baru (SSB) seperti perubahan sistem penilaian prestasi dan Anugerah perkhidmatan cemerlang, peningkatan peluang kemajuan kerjaya, pengubahsuaian struktur gaji dan elaun serta peningkatan syarat-syarat perkhidmatan.

Pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) pada tahun 1992 telah mengundang banyak rungutan dan kritikan terhadapnya. Walau bagaimanapun jika ditinjau dari segi perancangan dan pembaharuan-pembaharuan yang diwujudkan dalam SSB, SSB dilihat sebagai satu sistem saraan yang baik dan mampu memenuhi kehendak kesemua pihak iaitu kerajaan, kakitangan awam dan pihak rakyat khususnya. Namun demikian sebagaimana pelaksanaan sistem saraan berasaskan merit di negara-negara lain, SSB juga menghadapi pelbagai kontroversi terutamanya dari segi sitem penilaian prestasi dan pengagihan ganjaran. Pelaksanannya walaupun diterima baik oleh anggota-anggota awam pada awalnya namun kemudiannya rungutan demi rungutan telah
3

Lembaga Penyelidikan Ungang-Ungang (2009). Manual Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia. Anggot Persatuan Penerbit Buku Malaysia Petaling Jaya. h. 20.

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN kedengaran. Keberkesanan pelaksanaan SSB juga mendapat halangan oleh sifat perkhidmatan awam itu sendiri yang bukan sahaja terlalu besar tetapi masih dibelenggu oleh kerenah birokrasi. (Utusan Malaysia, 1993, 4 Februari)4

Sistem Saraan Malaysia (SSM) diperkenalkan bagi menggantikan SSB dengan usaha kerajaan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam negara bersesuaian dengan keperlukan mewujudkan pekerja berilmu dan berkemahiran yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju. Ia juga memastikan perkhidmatan awam kekal, relevan dan mampu melaksanakan peranannya dengan berkesan serta berupaya menghadapi keperluan dan cabaran semasa. Selain itu, menangani ekspektasi pelanggan yang sentiasa meningkat. Akhir sekali memastikan perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai yang berintegriti, telus dan mempunyai akauntabiliti selaras dengan keperluan good governance.

Melalui Sistem Saraan Malaysia (SSM) kakitangan awam akan dinilai dari segi peningkatan kompetensi dan pengetahuan seseorang kakitangan awam dan tidak lagi bergantung kepada laporam penilaian prestasi tahunan semata-mata. Antara objektif utama SSM termasuklah:

1. Menjadikan kakitangan awam lebih peka (responsif) terhadap persekitaran. 2. Merarik, membangun, menggalak dan mengekalkan kakitangan yang berkaliber. 3. Menggalakkan pendidikan yang berterusan. 4. Melahirkan pekerja yang berilmu pengetahuan.

Muhamad Ali Embi (2005). Sistem Saraan Di Malaysia: Sistem Saraan Berasaskan Merit. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur. h. 59.

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN Berdasarkan kepada rungutan dan komen yang dihadapi oleh SSB yang telah dibincangkan sebelum ini beberapa perubahan telah dibuat ke atas SSM termasuklah pergerakan gaji tahunan, penilaian prestasi dan pemberian anugerah. Dalam bajet 2012 kerajaan telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sistem ini diperkenalkan untuk mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berpr estasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan. Selain itu, terdapat beberapa penambahbaikkan dari segi struktur gaji, kaedah time-based bagi guru dalam kenaikan pangkat, kenaikan gaji tahunan dan sebagainya. Namun sistem ini tidak dipersetujui oleh CUEPACS serta kakitangan awam untuk dilaksanakan dan menimbulkan kontroversi. CUEPACS dengan lantang menyuarakan ketidakpuasan hati dan mendakwa SBPA perlu diteliti semula agar ianya tidak merugikan perkhidmatan awam. Maka, kerajaan telah mengkaji semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Selepas pertimbangan semakan semula, Perdana Menteri DatoSri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pemansuhan SBPA dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan ditambah baik.5

3.2.1

Pergerakan Gaji Tahunan

Pergerakan gaji tahunan di bawah SSM secara umumnya tidak lagi menggunakan pergerakan melintang, menegak, mendatar dan statik tetapi diubah kepada dua jenis pergerakan gaji sahaja iaitu pergerakan gaji biasa dan anjakan gaji. Pergerakan gaji biasa ialah pergerakan satu tingkat mata gaji yang lebih dikenali sebagai pergerakan mendatar di bawah SSB. Pergerakan ini lebih bersifat automatik iaitu kakitangan awam akan tetap menerima

Johari Ibrahim & Haika Khazi (2012, 9 Mac). Gaji, COLA nail. Berita Harian. h. 1&2.

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN pergerakan ini setiap tahun kecuali mereka yang mempunyai masalah prestasi. Manakala anjakan gaji pula akan diterima apabila kakitangan awam lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan juga mendapat markah penilaian prestasi yang tinggi. Akan tetapi sistem PTK ini telah dimansuhkan dalam Pembentangan Bajet 2011. Ia dihentikan berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.6 Ada banyak cara lain untuk mengukur kompetensi kakitangan awam, lebih baik fokus pada integriti. Jika integriti tinggi, prestasi cemerlang dan produktiviti bagus, ada peluang naik pangkat dan gaji terutama badan beruniform dan penguatkuasaan seperti tentera dan polis. Daya kreativiti dan inovatif kakitangan awam juga perlu diambil kira dalam penilaian untuk naik pangkat dan gaji kerana bukan semua boleh berfikiran seperti itu. Disiplin dan kerajinan juga harus diambil kira. Semua itu disekat dalam PTK. Walau bagaimanapun anjakan gaji dan kenaikan pangkat masih tertakluk kepada syarat-syarat lain yang telah ditetapkan seperti laporan penilaian prestasi tahunan dan perakuan ketua jabatan. 3.2.2 Pemberian Ganjaran

Dari segi ganjaran pula, Anugerah Prestasi Cemerlang (APC) tidak dihubungkan dengan kenaikan gaji tahunan sebagaimana yang berlaku di bawah SSB. Kakitangan yang mendapat anugerah cemerlang hanya akan dibayar sekali pembayaran ganjaran sebanyak RM1000 dan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang.7 Mereka juga akan diberi peluang dan keutamaan untuk memajukan diri seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja. Berdasarkan Pekeliling Kemajuan

6 7

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2010, Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan. Perkara 3 & 4. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002. Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam, Perkara 9.

10

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002 bertajuk Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

3.3

KUMPULAN MENINGKATKAN MUTU KERJA (KMK)

Program Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja atau KMK telah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dan kesedaran mengenai peranan setiap anggota perkhidmatan awam serta sumbangan mereka dalam peningkatan kualiti terutama dalam proses penyelesaian masalah dan pembinaan semangat berpasukan perlulah terus dimantapkan. Oleh yang demikian, menyedari akan hakikat ini, dalam usaha memantapkan lagi pelaksanaan KMK, Dasar Kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam telah menyediakan sebuah garis panduan untuk membimbing para agensi kerajaan untuk melaksanakan program KMK dalam setiap organisasi masing-masing. Peranan KMK dalam usaha membuat perubahan yang menyeluruh dalam perkhidmatan awam masih relevan walaupun telah wujud sejak dahulu lagi dan ianya penting kerana ia melibatkan seluruh anggota dalam sesebuah organisasi. Walaupun KMK hanyalah merupakan sebuah kumpulan kecil di kalangan anggota tetapi memberikan sumbangan yang besar dan bermakna kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi itu.

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) merupakan sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisa masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja, dan mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan, dan mereka melaksanakan keputusan setelah dipersetujui oleh pihak pengurusan. Mutu kerja bermakna
11

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN pencapaian prestasi kerja yang tinggi serta membanggakan dan dapat memuaskan semua pihak, sebagaimana yang telah ditetapkan, "Mutu" merangkumi mutu pengurusan, mutu perkhidmatan, prosidur, hasil kerja, sumber-sumber, personel, kerja berkumpulan, kecekapan, kekesanan, sikap, persekitaran tempat kerja, kepimpinan, maklumat, kebolehan menyelesaikan masalah, kesopanan, penggunaan sumber-sumber pengurusan, prestasi dan lain-lain lagi. Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kementerian, Siti Robani Yusuf berkata: Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) ini bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja kakitangan jabatan dan agensi kerajaan di bawah kementerian ini melalui pembentangan idea dan inovasi masing-masing. (Utusan Malaysia, 2009, 23 November) Selain itu, KMK juga memainkan peranan yang penting dalam membantu pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah organisasi, berperanan mewujudkan semangat kerja berkumpulan, menerapkan nilai kerja yang positif, memupuk semangat kekitaan dan kerjasama di kalangan anggota, memberi kepuasan di kalangan anggota, mewujudkan keyakinan, melahirkan semangat kepimpinan dan menanamkan rasa tanggungjawab serta menggalakkan daya kreativiti di kalangan anggota. Jerry Hisrhberg, pengasas dan Presiden Nissan Design International menyebut keadaan ini sebagai Pergeseran Kreatif.8 Penerapan dan pengwujudan nilai-nilai murni ini akan memberi sumbangan besar ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa KMK dijadikan salah satu daripada pendekatan kepada pelaksanaan dan amalan kerja dalam memperkukuh dan meningkatkan sistem dan cara kerja di dalam organisasi kerajaan di setiap peringkat.

M.Z. Azmie (2006). Sepakat daripada perspektif pengurusan organisasi. Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd. Kuala Lumpur. hal 13.

12

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN 3.3.1 Matlamat

Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja melalui: i. ii. iii. iv. v. vi. Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja. Semangat bekerja secara berkumpulan. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif. Penglibatan dan minat terhadap kerja. Dorongan kerja yang tinggi. Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, jabatan/pejabat dan negara.

3.3.2

Prinsip-prinsip Asas KMK

KMK adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas seperti berikut: i. Pekerja-pekerja diiktirafkan sebagai sumber yang paling bernilai disamping lainlain sumber pengurusan. ii. iii. iv. v. vi. Memajukan pekerja sebagai ahli jabatan/pejabat yang berguna. Penyertaan dan sokongan dari semua peringkat. Bekerja secara berkumpulan Kreativiti sentiasa digalakkan.

3.3.3

Faedah-faedah daripada KMK

Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi hasil dari pelaksanaan KMK. Di antaranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah: i. ii. iii. iv.
13

Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan. Memupuk kerjasama di kalangan pekerja. Memberi kepuasan bekerja. Menambah dorongan untuk bekerja.

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN v. vi. vii. viii. Memberi keyakinan mengenai kebolehan diri sendiri. Mengasah bakat kepimpinan di kalangan pekerja-pekerja. Menggalakkan daya kreativiti di kalangan pekerja. Memperbaiki sistem dan cara kerja.

Proses ini adalah mustahak kerana penyelesaian masalah melalui KMK perlu dibuat secara sistematik dengan melalui kaedah step by step.

3.3.4

Faktor-Faktor Menyokong Kejayaan Perlaksanaan KMK

Berdasarkan kepada apa yang telah dibincang sebelum ini, perlaksanaan program KMK dalam sesebuah organisasi dan jabatan adalah sangat relevan dan bertepatan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti bagi memperbaiki khidmatnya. Untuk melihat

14

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN sejauh mana program ini berjaya dalam perlaksanaannya terdapat beberapa faktor yang perlu ada bagi menyokong kewujudannya dalam sesebuah institusi maupun jabatan. Terdapat Sembilan (9) faktor yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan KMK dan ini ada dinyatakan dalam pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 7 tahun 1991 dan yang pertama adalah sikap yang positif dan kedua kesungguhan dan komitmen dari pihak pengurusan atasan. Ini termasuklah kesediaan pihak pengurusan untuk meluangkan masa dan tenaga dalam melaksanakan program ini. Tanpa komitmen dan sokongan pengurusan atasan akan menyumbang kegagalan program KMK, oleh itu perlunya sokongan dari semua peringkat. Sistem latihan yang berkesan juga akan dapat menyumbangkan kepada kejayaan program KMK kerana dengan adanya bimbingan fasilitator dan ketua yang sesuai dan berkesan akan dapat membimbing ke arah kejayaan KMK yang seterusnya meyumbangkan kepada peningkatan kualiti serta produktiviti jabatan. Sistem latihan penting untuk memberikan latihan secara berterusan dan memastikan peranan KMK relevan mengikut keperluan semasa seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan dengan mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KMK dalam sector awam. Kurangnya latihan akan memudaratkan perancangan KMK yang telah dibuat bagi membantu sesebuah jabatan atau institusi itu. Pewujudan sistem pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK juga perlu. Antara contoh tanda sokongan adalah seperti adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti alat-alat tulis, projektor overhed, transparensi, bilik perbincangan dan sebagainya. KMK dianggap sebagai usaha jangka panjang. KMK haruslah dimulakan secara kecil-kecilan dahulu supaya ianya dapat kekalkan secara berpanjangan. Perkembangan mengenai KMK harus
15

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN diketahui oleh semua pihak. Kebolehan Jawatankuasa Pemandu bagi merancang, melaksana, menyelaras dan mengambil tindakan terhadap perakuan-perakuan. Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster, slogan dan risalah-risalah. Selain daripada itu, disiplin juga menyumbang kepada kejayaan perlaksanaan KMK. Disiplin dalam konteks KMK ialah dengan mematuhi peraturan dan kod etika yang utama, Peraturan atau kod etika seperti menepati jadual mesyuarat, menepati masa mesyuarat KMK, berakhlak semasa mesyuarat KMK dengan menghormati rakan serta buah fikiran setiap ahli KMK yang diutarakan dalam mesyuarat, tidak menyalahgunakan KMK dengan menjadikan ia tempat melepaskan geram ke atas pihak pengurusan, atasan atau pihak pentadbir. Selain itu adalah penting untuk mematuhi tatasusila atau Code of Conduct KMK yang telah dipersetujui oleh setiap ahli kerana tanpa disiplin KMK hanya akan menjadi tempat bertikam lidah yang akhirnya akan menimbulkan konflik dan mengakibatkan perpecahan dalam sesebuah jabatan dan agensi.

3.4

AMALAN 5S SEKTOR AWAM

Amalan 5S berasal daripada perkataan Jepun dan setiap huruf permulaanya bermula dengan huruf S iaitu Seiri (sisih), Seiton (susun), Seiso (sapu), Seiketsu (seragam) dan Shitsuke (sentiasa amal). Ia diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

16

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN Ia juga merupakan pendekatan yang berkesan untuk memotivasikan pekerja, meningkatkan produktiviti dan persekitaran tempat kerja. 5S juga adalah alat peningkatan produktiviti yang diperkenalkan di Jepun oleh Dr. Thuchiya. Ianya bermula pada tahun 1986 dan pertama kalinya telah diperkenalkan di Singapura. Pada masa yang sama, 5S juga telah diperkenalkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico. Perkara ini telah dibawa dengan aktif oleh KAZIO STHUSIA dari Japan Productivity Centre (JPC) pada tahun 1997.

i.

Sisih (Seiri).

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

ii.

Susun (Seiton).

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.

17

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN iii. Sapu (Seiso).

Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

iv.

Seragam (Seiketsu).

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

v.

Sentiasa amalkan (Shitsuke).

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia.

18

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

3.4.1 i.

4 objektif utama amalan 5S yang telah dikenalpasti adalah :Membina budaya Kaizen di tempat kerja. Membina kerjasama melalui penyertaan semua. Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia. Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju.

ii. iii. iv.

3.4.2

Kitaran Pelaksanaan 5S

19

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

3.4.3

Faedah Melaksanakan 5S

Pelaksanaan Amalan 5S akan menghasilkan pelbagai faedah dan kesan positif kepada pengurusan organisasi termasuk dalam aspek pengurangan kos, kawalan stok/ inventori, urusan penyelenggaraan serta sistem dan proses kerja. Faedah-faedah Amalan 5S adalah seperti berikut:-

20

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan), Khairur Rizal Ramli dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan (PDT Kuantan), amalan 5S adalah konsep mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih teratur dan selesa sepanjang masa selain kaedah kerja akan lebih produktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos.9

Melalui Amalan 5S, warga Jabatan/Agensi secara bersama akan membina disiplin dan etika kerja yang baik bagi menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti. Amalan 5S juga memupuk semangat kerja berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi dan dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian Jabatan/Agensi kepada para pelanggan dan seterusnya membawa

kepada peningkatan imej Jabatan/Agensi. Oleh itu, diharap panduan ini dapat membantu Jabatan/Agensi melaksanakan pengurusan persekitaran yang berkualiti melalui Amalan 5S dan membudayakannya secara berterusan sehingga menjadi satu amalan kepada Jabatan/Agensi dan ia juga merupakan satu transformasi dalam birokrasi di Malaysia dimana dapat kita lihat kualiti di dalam sektor awam di negara kita.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pahang (2012, 27 Ogos). PDT Kuantan terima sijil 5S kekal reputasi cemerlang. Utusan Malaysia

21

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

3.5

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN RUANG PEJABAT DAN BANGUNAN

Kerajaan telah menawarkan perkhidmatan pembersihan dan pencucian ruang pejabat dan bangunan kepada syarikat-syarikat swasta. Syarikat yang dilantik bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan permbersihan dan pencucian ruang pejabat dan bangunan secara menyeluruh kepada semua sistem berkaitan keselesaan pengguna dan pelanggan. Memberikan perkhidmatan servis higenik dan servis antiserangga. Kepelbagaian fungsinya yang seimbang antara kepintaran operasi, lebih menekankan perkhidmatan yang cekap, taktikal kepada pentadbiran dan peraturan organisasi dan strategik kepada kesesuaian antara objektif bagi fasiliti dan korporat. Gabungan ketiga-tiga fungsi ini mampu menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi dan perniagaan dengan menyediakan daya penyesuaian kepada perubahan, peningkatan kualiti dan mengawal kos sesuatu aktiviti. Perkhidmatan kontrak pembersihan di pejabat kerajaan ini memudahkan organisasi

menyelenggara segala urusan pembersihan seperti pencucian tandas, lantai, ruang pejabat, bangunan dan landskap. Ia menambahbaik dan mengemaskini perkhidmatan di semua pejabat awam seperti Institusi-institusi Pendidikan/Sekolah, Kementerian Kesihatan dan jabatan/agensi lain. Segala urusan pengambilan pekerja, bayaran gaji pekerja, keselamatan, pembelian barangbarang pencuci ditanggung oleh kontraktor. Kontraktor memastikan pemeriksaan tapak bulanan daripada pengurus kawasan yang memastikan pembersihan adalah pada standard tertinggi yang mungkin.

22

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN Syarat-syarat kontrak menyatakan kontraktor hendaklah memastikan supaya pekerja-pekerja adalah terdiri daripada Warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun, pekerja warganegara asing juga boleh diterima dengan syarat peraturan-peraturan Imigrisen dan lain-lain undang-undang yang berkaitan yang membolehkan mereka bekerja di Malaysia telah dipatuhi. Pembayaran terhadap kontrak perkhidmatan berdasarkan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh kontraktor. Sekiranya kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah kurang memuaskan, pemotongan bayaran akan dikenakan selaras dengan peruntukan dalam dokumen kontrak berkaitan. Sebagai contoh Jabatan Agensi Nuklear Malaysia dibawah Kementerian Sains & Teknologi telah melantik syarikat Perniagaan MHE Extreme untuk pencucian bangunan di Kompleks agensi tersebut. Tempoh kontrak yang ditetapkan adalah setiap dua tahun sekali. Kontraknya akan disambung setelah tamat tempoh dua tahun dengan syarikat yang sama atau ditawarkan kepada syarikat yang lain berdasarkan kepada servis dan harga yang berpatutan. Mengikut perjanjian bayaran dibuat secara ansuran bulanan mengikut penilaian prestasi kerja. 3.6 KERAJAAN ELEKTRONIK UNTUK TINGKATKAN PERKHIDMATAN

Kerajaan Elektronik mendorong Perkhidmatan Awam untuk mempertingkat lagi mutu perkhidmatannya kepada orang ramai melalui sistem dan kaedah kerja yang lebih flesible, pantas menangani masalah dan kekangan serta lebih transparent. Sistem ini dapat memenuhi hasrat kerajaan supaya Perkhidmatan Awam negara ini berkemampuan menawarkan tahap perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pelanggannya dan beberapa prosedur dikurangkan.

23

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

3.6.1

Pengurusan Pembayaran Bil Secara Elektronik (eSPKB)

Sistem pembayaran eSPKB (Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elekronik) merupakan proses pembayaran bil-bil secara elektronik. Membantu dalam proses kawalan bajet, memantau perbelanjaan PTJ dan mempercepatkan proses penyediaan dokumen kewangan. Dengan adanya pengantaramukaan sistem eSPKB dengan Sistem GFMAS, urusan pembayaran dapat depercepatkan. Penggunaan kad pintar Kerajaan Elektronik untuk askes ke sistem bagi menjamin kawalan proses pembayaran. Sebelum sistem eSPKB dilaksanakan bayaran dibuat secara manual dimana prosesnya mengambil masa yang lama dan tidak berapa efektif.

Carta Aliran Integrasi E G-AG

24

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

3.6.2

Penggunaan Sistem HRMIS

HRMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia bermula dari pelantikan penjawat awam hingga mereka bersara. HRMIS merupakan satu pendekatan baru

pengurusan sumber manusia yang komprehensif dan bersepadu bagi mengatasi pelbagai halangan pengurusan dalam sektor awam. (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005). Penilaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT), pengurusan cuti, penilaian kompetensi, perolehan sumber manusia, pengurusan rekod peribadi, pengurusan saraan faedah & ganjaran, penamatan perkhidmatan dan sebagainya telah dimodul dalam sistem HRMIS. Ia memudahkan urusan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih teratur dan sistematik.

25

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

3.7

PELAKSANAAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam digerakkan oleh keperluan untuk menyesuai dan mensejajarkan peranannya dengan perubahan yang pesat dalam persekitaran ekonomi yang sosial. Matlamat utama ialah untuk menyediakan jentera pentadbiran yang cekap dan berkesan bagi membolehkannya memberi sumbangan bermakna kepada pencapaian wawasan negara. Perkhidmatan awam sedar bahawa untuk mencapai matlamat ini ia perlu beralih dari tradisi birokrasi yang terikat dengan peraturan dan prosedur yang ketat dan sturuktur pentadbiran yang mempunyai lapisan hierarki yang banyak kepada sebuah pentadbiran yang fleksibel dan lebih responsif kepada keperluan dan perubahan semasa. Kerajaan telah melaksanakan MS ISO 9000 di sektor awam bagi mempertingkatkan lagi produk dan perkhidmatan yang konsisten kualitinya.

Definisi kualiti dibawah MS ISO 9000 ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan tersirat. ISO yang bermaksud equal ialah satu nama samaran bukan akronim untuk Internasional Organisation for Standardization (IOS). International Organization for standardization adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland. MS ISO 9000 adalah sistem pengurusan kualiti berasaskan prinsip kepastian kualiti menyediakan rangka kerja ke arah mewujudkan amalan pengurusan yang berkesan dikenal pasti melalui pengiktirafan asas pelaksanaan TQM.

26

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN Pelaksanaan MS ISO 9000 di sektor awam seharusnya mendatangkan pulangan yang diharapkan. Ini bergantung pada organisasi dan pekerjanya yang komited, yakin dan bersungguh-sungguh melaksanakan standard quality yang diharapkan oleh para pelanggan. Antara kelebihan MS ISO 9000 ini adalah seperti berikut: Satu standard bertulis yang menjelaskan garis panduan dan keperluan asas dalam satu sistem pengurusan kualiti. Sistem kerja yang terancang berasaskan keperluan piawaian antarabangsa Sistem kerja yang terancang, akan mempunyai proses-proses yang dikenalpasti, proses-proses tersebut. didokumenkan, dilaksanakan dan dikawal. Meningkatkan keupayaan pihak pengurusan dalam membuat keputusan. Mengawal pembekal dengan lebih berkesan. Mengawal kos kualiti bagi kerja-kerja yang berulang-ulang dan yang tidak berkualiti. Meningkatkan produktiviti dan mengurangkan pembaziran dan pembuatan semula.

Semua agensi kerajaan dapat melaksanakan MS ISO 9000, sekurang-kurangnya bagi satu bidang utama atau the core buseness process. Terdapat beberapa agensi yang telah melaksanakannya. Terdapat agensi yang telah memulakannya lebih awal dan telah mendapat Sijil MS ISO 9000 daripada SIRIM iaitu Sinagama, Institut Penyelidikan Nuklear Malaysia (MINT).10 Kini dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia. Pembangunan MS ISO 9001 dan MS ISO/IEC 17025 di Agenci Nuklear Malaysia merupakan suatu asas bagi meningkat dan menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) bagi proses-proses dan makmal-makmal yang terlibat dengan pelanggan dalam pembekalan produk dan perkhidmatan. Usaha yang besar telah dijalankan
10

Abdul Halim Ali (2006). Ke Arah Kecemerlangan dan Kesejahteraan Perkhidmatan Awam di Alaf Baru. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). hal. 13.

27

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN dalam latihan kakitangan untuk membiasakan diri dengan ISO 9001 dan ISO / IEC 17025 keperluan. Beberapa audit telah dijalankan untuk terus mengkaji mata proses yang kritikal, tindakan pembetulan dan hasil.

Menurut Tan Sri Samsudin Osman bekas Ketua Setiausaha Negara, tujuan melaksanakan standard (piawaian) MS ISO 9000 adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan. Dengan pematuhan kepada semua keperluan dalam standard ini, sesebuah agensi kerajaan berupaya mewujudkan satu sistem pengurusan yang lebih kemas dan teratur yang boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.11

11

http://www.utusan.com.my/utusan/info (2001, 20 Ogos). Pembaharuan Perkhidmatan Awam. Utusan Malaysia.

28

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN 3.7.1 Kaedah Pelaksanaan Standard MS ISO 9000:2008 Dalam Sektor Awam. Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dalam Sektor Awam, 11 kaedah pelaksanaan dicadangkan dan perlu diikuti oleh agensi- agensi Kerajaan yang ingin melaksanakan standard ini untuk pertama kali atau yang ingin beralih dari versi standard MS ISO 9001:2000 kepada versi standard MS ISO 9001:2008. Langkah-langkah pelaksanaan ini adalah seperti dalam rajah berikut:-

29

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

3.7.2 Konsep ISO 9000

Di dalam melaksanakan MS ISO 9000 di dalam perkhidmatan awam, terdapat beberapa pekeliling yang boleh kita jadikan sebagai bukti pelaksanaannya. Antara pekeliling berikut adalah : Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996: Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam. Garispanduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam. Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002: Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam.
30

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

4.0

KESIMPULAN

Melihat kepada kesediaan dan kesungguhan agensi-agensi kerajaan melaksanakan pelbagai program pembaharuan, kami mempunyai penuh keyakinan bahawa Perkhidmatan Awam mampu untuk terus maju dan dapat menangani cabaran masa depan. Hasrat Perkhidmatan Awam untuk meningkatkan kecemerlangannya tidak mungkin dapat dicapai sepenuhnya tanpa sokongan dan dorongan yang berterusan daripada pemimpin-pemimpin negara dan kerjasama erat daripda pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan dan media massa. Langkah kerajaan memperkenalkan inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah satu titik permulaan ke arah merealisasikan hasrat melonjakkan perkhidmatan awam ke taraf global selaras dengan moto Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Dalam mengharungi cabaran menterjemahkan misi transformasi ini sebagai tindakan yang praktikal, elemen kreativiti wajar diberikan penekanan oleh anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu melihat sesuatu masalah atau isu dari sudut pandang yang rencam tanpa mengambil pendekatan yang stereotaip.

Program GTP dilaksanakan sebagaimana mekanisme holistik untuk memastikan perkhidmatan awam terus relevan di sisi rakyat dan mengurangkan kerenah birokrasi. Hakikat yang perlu diterima semua pihak ialah setiap penambahbaikan memerlukan perubahan. Walau bagaimanapun, tidak semua perubahan yang berlaku akan menghasilkan penambahbaikan. Oleh

31

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN itu, hanya perubahan yang dirancang dengan teliti dan realistik mampu mewujudkan impak yang tinggi terhadap perkhidmatan awam.

RUJUKAN Buku Abdul Halim Ali (2006). Ke Arah Kecemerlangan dan Kesejahteraan Perkhidmatan Awam di Alaf Baru. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

J.C.N Raadschelders (2003). Government: A Public Administration Perspective. USA: Library of Congress Cataloging-in-Publication Data. Lembaga Penyelidikan Ungang-Ungang (2009). Manual Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia. Anggot Persatuan Penerbit Buku Malaysia Petaling Jaya. h. 20. Mohd. Najib Tun Haji Tun Haji Abdul Razak (2011). Perkhidmatan Awam, Meneraju Perubahan Melangkau Jangkaan. Kuala Lumpur: Razak School of Government & Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Muhamad Ali Embi (2006). Cabaran Melaksanakan Sistem Saraan Berasaskan Merit Di Sektor Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

M.Z. Azmie (2006). Sepakat daripada perspektif pengurusan organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.

Modul Asas Pentadbiran Awam, UUM

Surat Khabar Johari Ibrahim & Haika Khazi (2012, 9 Mac). Gaji, COLA naik. Berita Harian. h. 1 & 2

32

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN 2011, 2 Februari. Amalan 5S di semua kem PLKN menjelang 2013. Utusan Malaysia. h. 26

Internet http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pahang (2012, 27 Ogos). PDT Kuantan terima sijil 5S kekal reputasi cemerlang. Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/info (2001, 20 Ogos). Pembaharuan Perkhidmatan Awam. Utusan Malaysia. Pekeliling

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002. Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam, Perkara 9. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2010. Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan. Perkara 3 & 4. Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981

33

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

6.0

LAMPIRAN

34

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

Johari Ibrahim & Haika Khazi (2012, 9 Mac). Gaji, COLA naik. Berita Harian. h. 1 & 2

2011, 2 Februari). Amalan 5S di semua kem PLKN menjelang 2013. Utusan Malaysia. h. 26
35

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

Kontrak Perkhidmatan Pencucian bangunan

36

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

37

GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN

38