Anda di halaman 1dari 4

Laporan Teknik Vokal Oleh: Mohd Faiq bin Ab.

Latif (T1MU1 PISMP Ambilan Januari 2012, IPG Kampus Pulau Pinang)

Pada 29 Jun 2012 dan 01 Julai 2012 yang lalu, bertempat di Gereja St. George telah diadakan persembahan koir oleh dua pasukan koir yang terkenal iaitu Operafest Childrens Choir of Malaysia dan The Philippine Madrigal Singers. Persembahan yang dibawa oleh kedua-dua pasukan ini sangat menarik dan amat memberangsangkan. Masing-masing mempunyai kriteria-kriteria penarik dan teknik yang tertentu. Kumpulan dari Operafest Children dianggotai oleh kumpulan kanakkanak yang masih muda dan kupulan Madrigal Singers dianggotai oleh orang dewasa, lelaki dan wanita. Antara teknik vokal yang penting dapat diamati dari awal sehingga akhir persembahan ialah postur badan. Postur berdiri diperlihat dengan begitu jelas oleh kumpulan koir kanak-kanak Operafest. Hal ini adalah kerana mereka hanya berdiri sepanjang persembahan koir mereka. Postur berdiri mempunyai ciri-ciri penting yang telah ditonjolkan. Kepala berada dalam keadaan tenang di mana dagu adalah searas dengan lantai. Berdiri juga dalam keadaan yang tidak lurus di mana dapat dilihat ketenangan dalam mengambil nafas dan menyanyi. Seterusnya, keadaan tangan diletakkan pada belakang tubuh. Pada pandangan saya, ia adalah bertujuan memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan yang terkawal dan badan mereka berada dalam postur yang betul semasa menyanyi. Namun sekiranya ahli koir adalah dalam kalangan yang dewasa, tangan tidak perlu diletakkan di belakang tetapi di sisi kerana mereka sudah mempunyai disiplin sendiri. Selain itu, sekiranya tedapat pergerakan-pergerakan semasa sedang menyanyi, ia telah dirancang dengan begitu baik. Tiada lompatan dilakukan semasa menyanyi. Hal ini bagi mengelakkan kesilapan pic dan konsentrasi mungkin terganggu pada penyanyi kanak-kanak. Sementelahan, postur duduk pula ditunjukkan oleh pasukan koir Madrigal Singers. Sepanjang persembahan mereka hanya duduk dan tiada postur berdiri ditunjukkan. Persembahan ini juga menarik di mana kawalan suara, not, pic dan pernafasan dilakukan dengan begitu baik sekali. Semasa menyanyi, kaki dibuka
1

sedikit dan punggung berada dalam satu per tiga daripada permukaan kerusi. Tapak kaki diletakkan rata di atas lantai pada posisi yang sangat seimbang agar boleh menyokong keseluruhan badan semasa duduk. Kelihatan juga bahagian abdomen rata dan bersedia semasa menyanyi. Bahu dalam keadaan relaks dan dada tidak terlalu ke hadapan. Tambahan pula, tangan penyanyi sentiasa berada di atas paha tanpa memegang apa-apa skor. Kepala, dagu adalah selari dengan lantai dan tidak berada dalam keadaan terlalu mendongak ataupun menunduk. Seterusnya ialah tentang pernafasan. Teknik pernafasan yang dikesan adalah sangat baik. Ia menunjukkan kematangan dalam cara pernafasan untuk menyanyi. Untuk koir kanak-kanak, disebabkan oleh nafas mereka tidaklah panjang seperti dewasa, maka frasa yang dinyanyikan juga tidak terlalu panjang. Adalah menjadi satu tanggungajawab yang sangat penting untuk guru atau jurulatih koir untuk memastikan frasa yang sesuai bergantung kepada pernafasan ahli koirnya. Berbalik kepada koir dewasa, didapati mereka dapat menguasai cara pernafasan dengan baik sekali. Hal ini dapat dilihat melalui frasa-frasa yang dinyanyikan panjang dan tidak tergantung atau berhenti tiba-tiba. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka telah menguasai pernafasan dengan baik apatah lagi mereka menyanyi dalam keadaan duduk. Mereka menggunakan diafragma sebagai support kepada suara mereka. Apatah lagi, apabila ingin menyanyi not yang tinggi atau belting notes semestinya amat sukar dalam keadaan duduk dan ia hanya dapat dicapai dengan teknik lontaran suara dibantu pernafasan yang betul. Di samping itu, pemilihan suara juga amat sesuai dalam kedua-dua pasukan koir. Untuk koir kanak-kanak, suara alto dan soprano sahaja digunakan. Pertama adalah kerana semua ahli adalah perempuan. Kedua kerana faktor usia mereka yang kecil dan membataskan renj suara yang lebih luas lagi. Mereka telah dibahagikan dengan baik oleh jurulatih mengikut kemampuan. Susunan suara alto dan soprano juga disusun mengikut lagu dan ada strategi mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, semasa lagu Panis Angelicus, penyanyi soprano berdiri di belakang suara alto. Sebaliknya, dalam pasukan koir The Philippine Madrigal Singers, mereka telah membahagikan penyanyi kepada empat suara iaitu soprano, alto, tenor dan bes (SATB). Hal ini adalah kerana penyanyi koir terdiri daripada penyanyi dewasa yang telah mampu untuk menyanyi dalam renj yang lebih luas. Kawalan suara penyanyi soprano kadang kala tidak dapat dikawal dengan baik terutamanya apabila
2

menyanyikan not-not yang tinggi contohnya dalam lagu Earth Song lagu asal Michael Jackson (1985-2009). Namun begitu, kawalan suara bes, tenor dan alto sangat mantap dan dapat diberi penghargaan yang sewajarnya. Penyanyi alto dan soprano akan bertukar status apabila tiba lagu yang tertentu. Begitu juga dengan susunan mereka. Hal ini adalah kerana ia akan membantu untuk menyeragamkan lontaran suara dan bagi mengelakkan pic yang salah oleh percampuran suara yang pelbagai. Dalam pada itu, pemilihan repertoire juga turut menjadi satu faktor yang amat penting bagi melancarkan persembahan. Sepanjang persembahan, kedua-dua buah pasukan ini menyanyikan repertoire dengan baik sekali. Untuk pasukan koir kanakkanak, mereka telah memilih repertoire yang telah disusun sesuai mengikut aras suara serta pengalaman mereka. Maka, hasil yang ditonjolkan amat

memberangsangkan. Manakala, repertoire yang dipilih oleh pasukan koir Madrigal Singers menunjukkan kematangan dari segi aras yang tinggi dan pemilihan lagu yang sesuai dengan kelebihan vokal (SATB) mereka. Kelebihan ini tidak membataskan mereka untuk mempersembahkan apa-apa repertoire sekalipun dari repertoire beraras rendah hinggalah tinggi. Selain itu, lihat pula dari aspek artikulasi. Kedua-dua pasukan koir ternyata telah dilatih dengan baik supaya sebutan huruf, perkataan dan suara yang dikeluarkan adalah jelas dan lunak didengari. Seperti sedia maklum, teknik yang tepat adalah perlu supaya alat artikulasi digunakan secara optimum tanpa merosakkannya. Didapati cara menyebut perkataan dan huruf adalah sangat jelas dengan pergerakan bibir yang amat bulat. Justeru, sebutan yang terhasil adalah lebih bulat. Apabila tiba di sesuatu not yang tinggi ataupun belting note, penyanyi soprano atau alto masih dapat mengekalkan keadaan peti suara supaya dalam keadaan tenang. Hal ini sangat penting supaya resonan yang berkualiti dapat dihasilkan. Sekiranya kord vokal tidak berada dalam keadaan relaks, kemungkinan besar akan berlaku kerosakan kord vokal dan menimbulkan ketegangan yang melampau kepada peti suara dan penyanyi tidak akan dapat meneruskan nyanyian. Melihat pula kepada aspek ekspresi. Pelbagai jenis ekspresi dapat dilihat sepanjang kedua-dua pasukan koir membuat persembahan. Ekspresi yang ditunjukkan bergantung kepada repertoire yang dinyanyikan. Sebagai contoh, apabila lagu Earth Song dinyanyikan, terdapat ekspresi serius dan marah yang
3

ditunjukkan oleh penyanyi. Ekspresi ini ditonjolkan dengan muka penyanyi dan penekanan pada suara. Hal ini memberikan satu perasaan serius dan bersungguhsungguh dalam usaha menyampaikan makna repertoire itu. Sementelahan, brochure atau pamplet yang diedarkan sangat mudah untuk dilihat dan senang dibaca. Atur cara program yang tersusun dan tepat masanya amat memuaskan hati bagi sesiapa sahaja yang mengikutinya. Warna, tulisan dan corak/gaya penyusunan memainkan peranan yang penting dan ia juga satu daya penarik untuk penonton yang hadir. Sekiranya pamplet yang disediakan dalam warna dan corak yang menarik, ia menggambarkan persembahan yang bakal

dipersembahkan menarik dan penonton tidak sabar untuk menyaksikannya. Akhir kalam, sesuatu persembahan vokal memerlukan latihan dan persediaan yang amat teliti dalam semua aspek. Hal ini adalah bagi memastikan hasil yang dikeluarkan amat berkualiti dan memuaskan. Malahan, kord vokal juga perlu dijaga sedari awal agar dapat digunakan sehingga hari esok. Justeru, sebagai seorang bakal guru yang akan mengajar anak-anak murid pada masa akan datang, ilmu perlulah dipertingkatkan dan pengalaman perlu dicedok di mana sahaja daripada individu yang mahir lagi arif bagi menghasilkan manusia yang peka akan selok belok vokal.

Disediakan oleh,

________________________ (MOHD FAIQ BIN AB. LATIF)