Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Kuasa kerana laporan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan

Moral ini akhirnya dapat kami sempurnakan dengan jayanya. Kami bertambah bersyukur kerana proses penyediaan laporan kerja kursus ini juga telah membekalkan banyak input berguna kepada kami berdua. Di samping melakukan penyelidikan dan analisis, kami dapat mempelajari banyak perkara baru yang kami temui amat berharga serta sukar untuk didapati jika tidak ditimba dengan serius.

Melaksanakan kerja kursus ini bermaksud mengisi dan memperkasakan lagi ilmu sedia ada pada diri kami masing-masing. sambil menyelam minum air. Itulah prinsip yang kami pegang ketika melakukan sesuatu perkara. Dalam konteks pelaksanaan kerja kursus ini, kami ingin belajar dan diajar. Diasuh melalui kerja, mantap kerana mengkaji. Kerja yang kami laksanakan ini bukan untuk meraih markah semata-mata. Kami mahu menjadikan kerja ini sebagai sebagai aset penjana minda kritis yang dapat kami budayakan melalui tabiat suka berfikir.

Daripada analisis yang kami laksanakan ke atas gejala sosial remaja atau anakanak sekolah ini, kami dapati bahawa gejala ini sememangnya berbahaya dan perlu dibendung dalam kadar yang segera. Semua masa yang ada dalam diri anak-anak kita seharusnya diisi oleh perkara-perkara yang berfaedah. Gejala melepak yang timbul telah merosakkan diri anak bangsa Malaysia khususnya.

Oleh yang demikian, kami dapat melihat bahawa peranan ibu bapa dan anggota masyarakat sememangnya amat diperlukan. Ibu bapa secara amnya dapat memainkan peranan dengan meningkatkan pemantauan ke atas aktiviti harian anak-anak mereka. Jangan biarkan anak-anak terjerumus ke dalam lembah kelam akibat kecuaian dan sikap lepas tangan seperti yang diamalkan oleh segelintir ibu bapa. Kita harus mempertahankan anak-anak muda kita daripada cengkaman pengaruh-pengaruh kuning dari luar. Ingat, kanak-kanak adalah aset terpenting yakni modal insan yang akan bakal menerajui tonggak pemerintahan negara di masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai