Anda di halaman 1dari 24

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)

1.0 PENGENALAN Pelaksanaan Dasar diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010. KPM menggalakkan penyertaan aktif setiap murid agar dapat melahirkan modal insan yang sihat. Dasar ini juga melengkapkan usaha membangunkan sukan untuk kecemerlangan. Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) adalah satu program yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merangkap sebagai Timbalan Menteri Malaysia. Program ini dilancarkan pada 2 Julai 2011 iaitu dengan acara larian serentak seluruh dunia Negara. Pelancaran di peringkat kebangsaan ini dilakukan oleh beliau sendiri di Taiping Perak. Pada ketika ini semua sekolah di seluruh dunia akan melakukan larian ini pada hari tersebut secara serentak sama ada di sekolah masing-masing atau di tempat-tempat yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berkenaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) adalah satu dasar yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama bakat murid yang berpotensi akan digilapkan dan dibangunkan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, Sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan dibawah program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) dan sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang padu. Page | 1 sedemikian, penyertaan murid adalah sangat penting sebagai satu landasan ,mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


Bidang sukan penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid dengan ungkapan Minda Yang Cergas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi Negara. Justeru itu pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan dibawah Program 1M1S bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M1S agar murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat menbentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. Peruntukan Kementerian Pendidikan yang menambah jumlah dana hampir empat kali ganda bagi sekolah rendah dan lima kali ganda bagi sekolah menegah dalam aktiviti kokurikulum menunjukkan kokurikulum meripakan aktiviti yang amat relevan bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan. Penambah dana ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang bukan sahaja dari aspek intelek tetapi juga dari aspek social, rohani dan jasmani melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.

Page | 2

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)

2.0 LATAR BELAKANG Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan bahawa Dasar Satu Murid Satu Sukan harus dilaksanakan didalam sekolah bagi membangkitkan semangat kesukanan dalam diri pelajar. Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memebri tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek rohani emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua Dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberikan perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). sBidang sukan amat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan Minda Yang Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insane yang sihat, cergas dan produktif dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan social serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat muridmurid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. 3.0 PUNCA DASAR 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) DIPERKENALKAN Dasar 1Murid 1Sukan diperkenalkan diwujudkan untuk memberi peluang kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif mahupun yang tidak aktif. Hal ini Page | 3

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


kerana mereka berpendapat bahawa aktiviti sukan ini hanyalah satu aktiviti membuang masa dan adalah lebih baik jika mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap pencapaian akademik mereka yang lebih menjamin masa depan. Menurut Lim Yen Yen (1991), faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum terutamanya aktiviti sukan adalah kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan1. Kebanyakan pelajar tidak berminat untuk menyertai aktiviti sukan disebabkan kurangnya kepuasan ekoran kurangnya kemudahan untuk bersukan, peralatan dan sebagainya. Selain itu, melalui dasar ini, ia dapat memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Hal ini turut disokong oleh Omardin Ashaari (1996) yang menyatakan bahawa salah satu daripada program sukan di sekolah adalah untuk memberi peluang kepada seberapa ramai pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Oleh itu, dalam perkara ini, pengurusan sukan yang baik dan berkesan melambangkan kepimpinan yang berwibawa dan berkualiti. Keberkesanan pelaksanaan aktiviti sukan dan permainan di sekolah bergantung kepada guru yang bertanggungjawab dengan tugas dan melaksanakan aktiviti itu (Abdul Alim Abdul Rahman,1994). Manakala Athanasios laios (1995) dalam artikelnya School Verses non school Sports menyatakan bahawa salah satu keistimewaan sukan di Amerika Syarikat ialah pelajar atau atlet menunjukkan minat atau dedikasi yang mendalam terhadap sukan selain daripada pencapaian akademik, pencapaian sukan turut diambil kira sebagai salah satu kriteria mendapatkan biasiswa seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti. Malah, dasar ini juga mampu untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Sukan merupakan medan bagi para pelajar untuk menonjolkan potensi diri mereka. Sekolah merupakan kilang untuk menghasilkan ramai atlet yang berpotensi dalam sukan dan seterusnya akan meningkatkan produktiviti negara disamping dapat mewujudkan kerjasama dalam masyarakat. Mohd Nor Che Noh (1984) memberi pendapatnya mengenai fungsi sukan. Menurut beliau, sukan adalah sesuatu yang baik dan guru-guru dan penyelaras sukan bertanggungjawab
1

Lim Yen Yen. Remaja Mengabaikan Sukan dlm Dewan Siswa, hlm 19, Jun 1991.

Page | 4

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


dalam merancang program-program yang dapat membantu pelajar untuk membina kecergasan fizikal dan kemahiran-kemahiran tertentu disamping menggalakkan murid-murid mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu, jika seseorang pelajar itu tidak aktif dalam sesuatu bidang sukan, sekurang-kurangnya dia menggunakan sukan tersebut untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik memandangkan banyak kes dikalangan para pelajar di negara ini yang mengalami obesiti walaupun masih dalam umur yang muda. Maka, cara ini dapat menggalakkan mereka untuk menjaga kesihatan. Hal ini turut disokong oleh Leonard A. De Vries (1996) yang menyatakan bahawa sukan untuk semua adalah bertujuan untuk mendorong pelajar-pelajar bermain dan menikmati sukan serta mewujudkan amalan hidup yang sihat. Walaupun, kemenangan dan kemahiran adalah yang utama dalam dasar ini namun perkara yang paling penting adalah meningkatkan jumlah penyertaan pelajar dan mengekalkan seberapa banyak pelajar untuk bermain adalah faktor yang turut diberi perhatian. Melalui dasar ini juga, ia dapat memupuk perpaduan kaum dikalangan pelajar-pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini. Hal ini kerana melalui penyertaan pelajar di dalam sukan, mereka secara tidak langsung dapat berinteraksi sesama mereka disamping memupuk semangat setiakawan. Keistimewaan sukan berbanding dengan aktiviti lain sebagaimana dinyatakan oleh Vogler dan Schwartz (1993) ialah sifatnya yang membolehkan penyertaan yang meluas dari pelbagai golongan serta peringkat anggota komuniti tanpa mengira usia, jantina atau kaum. Nixon dan Frey (1996) yang memetik Stevenson dan Nixon (1972) menyatakan sukan berfungsi untuk menyatukan ahli masyarakat melalui perkongsian minat dan komitmen. Interaksi dan hubungan sosial yang terjalin dari aktiviti sukan memudahkan anggota komuniti melaksanakan kegiatan kemasyarakatan untuk faedah pembangunan komunitinya. Dalam membahaskan nilai sosial yang ada pada sukan sehingga ia dapat memainkan peranan yang penting dalam pembangunan komuniti, Sport England (1999) merujuk kepada kepelbagaian yang ditawarkan oleh aktiviti sukan sehingga membolehkan setiap individu dari semua peringkat umur, kaum dan sebagainya dapat menyertainya mengikut tahap dan kemampuan yang sesuai dengan mereka. Kemampuan sukan untuk mendapat penyertaan meluas ini memberi potensi besar kepada pengukuhan Page | 5

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


perhubungan untuk mencapai penyatuan sosial, iaitu satu aspek penting untuk membangunkan komuniti. 4.0 KONSEP 1M1S a. Pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. b. Memberikan fokus kepada murid yang tidak aktif dan kurang aktif agar setiap murid terlibat dalam sekurang-kurangnya satu sukan. c. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan lagi tahap yang lebih tinggi. d. Untuk tahun. e. Untuk memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan murid sekolah dan warga sekolah. f. Memberikan akses kepada semua murid utuk mendapat faedah dari bersukan. g. Meningkatkan bilangan murid yang terlibat dalam sukan dengan memberikan fokus kepada murid yang kurang aktif dan tidak aktif supaya terlibat dalam sekurang-kurangnya satu sukan. h. Membangunkan sukan sekolah kea rah meningkat kadar penyertaan murid sekurang-kurangnya 1 jenis sukan. i. Menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan kurikulum kebangsaan. j. Melengkapkan usaha membangunkan sukan untuk kecemerlangan. Bakat dan potensi murid dikenalpasti, diasuh dan ditingkatkan. 5.0 MATLAMAT 1M1S membangunkan modal insan melalui penyertaan yang

menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang

Page | 6

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


a) Untuk tahun. b) Untuk memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan murid sekolah dan warga sekolah. 6.0 OBJEKTIF DASAR 1M1S Berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut;1. Meningkatkan kecergasan jasmani 2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni 3. memupuk perpaduan di antara kaum 4. membentuk budaya sukan di kalangan murid 5. memenuhi naluri semulajadi murid 6. memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 7.0 PRINSIP- PRINSIP SATU MURID SATU SUKAN (1M1S) Dalam melaksanakan dasar 1M1S ini beberapa prinsip haruslah diambil kira atau pertimbangan oleh pihak kementerian pelajaran dan sekolah. Antara prinsipprinsipnya adalah setiap murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah diwajidkan untuk mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan. Hal ini kerana, dasar 1M1S ini telah diwajibkan oleh pihak kementerian pelajaran kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan. Manakala, di peringkat sekolah menengah pihak kementerian telah mewajibkan dasar ini kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Walaubagaimanapun, pihak kementerian juga memberikan galakan atau tidak menghalang murid pra sekolah hingga tahun 3 untuk menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil. 16/2010 bertarikh 1/12/2010). Prinsip Page | 7 membangunkan modal insane melalui penyertaan yang

menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


yang seterusnya adalah, murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan daripada pihak sekolah terlebih dahulu. Prinsip yang ketiga dan perlu dipertimbangkan ialah, asas kepada 1M1S adalah merupakan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Manakala, segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M1S ini. Prinsip seterusnya adalah, mengutamakan penglibatan dan penyertaan yang aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah supaya dapat membangkitkan semangat kesukanan antara pelajar. Disamping itu, prinsip ini juga menyatakan bahawa keterlibatan penyertaan para pelajar dalam sukan adalah merupakan asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid. Hal ini, akan membantu para pelajar dalam menumpukan perhatian terhadap pembelajaran didalam kelas dan juga membantu pelajar lebih aktif dalam pergaulan serta menyihatkan tubuh badan dan bagus untuk kecerdasan minda para pelajar. Selain itu, ibu bapa dan agensi luar dan rakan sebaya juga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan dasar ini iaitu mereka digalakkan untuk menyumbangkan kepada pembangunan sukan di sekolah. Sebagai contoh, sentiasa mengahiri jemputan sukan ke sekolah dan mengikuti acara yang disediakan khas untuk ibu bapa yang hadir. Hal ini, dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan para guru juga akan turut memeriahkan lagi acara sukan yang dianjurkan itu. Prinsip seterusnya, setiap sekolah yang sudah cukup mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendalah mengoptimumkan sebaik mungkin penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid dalam kegiatan sukan. Hal ini kerana, apabila peralatan sukan yang tidak mencukupi akan membuatkan para pelajar untuk tidak berminat dalam menglibatkan diri dalam sukan permainan. Sebagai contoh, ada sesetengah sekolah tidak mempunyai kemudahan yang cukup baik seperti tiang dan jaring untuk permainan bola jaring

Page | 8

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


seperti jaring sudah terkoyak atau tidak ada langsung dan ini akan melemahkan semangat para pelajar untuk bermain. Prinsip yang terakhir adalah, pihak sekolah haruslah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah mahupun diluar kawasan sekolah. Segala prosedur dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi oleh pihak sekolah bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan jiwa kepada para pelajar. Sebagai contoh, guru harus memastikan para pelajar tidak bermain bola sepak apabila waktu hujan lebat bagi mengelakkan diri mereka disambar petir. 8.0 PENDEKATAN PERLAKSANAAN 1M1S Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan seperti berikut iaitu segala aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan yang di bawah pengurusan sekolah. Oleh itu, sukan yang ditawarkan dibawah 1M1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Seterusnya adalah, aktiviti sukan di sekolah yang diadakan sepanjang tahun ialah berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah selalunya akan didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. Pendekatan seterusnya pula adalah, mengambil bahagian atau melibatkan diri dalam pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah dan MSSD/ MSSN/ MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti dalam 1M1S. Di antara sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah seperti olahraga, merentas desa, marathon, bola sepak, hoki, bola jaring, bola keranjang, ragbi, squash, sepak takraw, badminton, bola tampar, tenis, pingpong, kriket, softball, baseball, golf, boling padang, tenping bowling, pentaque, memanah, menembak, renang, polo air, diving, jimnastik artistic, jimrama dan sebagainya. Setiap permainan ini adalah bergantung kepada kemudahan yang ada di sekolah tersebut untuk mewujudkannya. Page | 9

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


9.0 STRATEGI PELAKSANAAN 1M1S Dalam Dasar 1M1S, pihak sekolah boleh mengunakan beberapa strategi berikut bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang telah sedia ada di sekolah.Antara saranan strategi tersebut ialah yang pertama setiap sekolah harus melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu.Kedua, sekolah juga harus melaksanakan tinjaun untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam sukan yang dikendalikan tersebut. Selain itu,semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan samada dalam atau luar sekolah dibawah Kelab Sukan dan Permainan haruslah dikenalpasti terlebih dahulu. Tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh murid harus dititikberatkan begitu juga dengan takwim tahunan program sukan sekolah. Guru-guru juga harus merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah yang boleh di muat turun melalui laman web KPM. Disamping itu juga, penyediaan prasaran, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah haruslah sesuai dan selamat. Penglibatan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakan program sukan sekolah haruslah di amik kira dan di pandang positif oleh pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dan guru juga harus diberikan supaya dapat meningkatkan prestasi murid dan guru serta dapat menjadi contoh kepada masyarakat.

10.0 FAKTOR KEARAH KEJAYAAN 1M1S 10.1 a) SUMBER. Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan Page | 10

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


Bagi melaksanakana dasarkan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan sebuah buku panduan kepada guru-guru di sekolah bagi melakasanakan dasar tersebut. Buku panduan ini bukan sahaja sebagai panduan atau rujukan guru-guru di sekolah malah ia juga menjadi rujukan ibu bapa dan murid yang mana masih tidak memahami dasar yang telah diketengahkan oleh kerajaan. Oleh itu, buku panduan yang dikeluarkan telah di muat naik (upload) ke dalam internet supaya semua peringkat yang dimaksudkan tadi dapat memuat turun (download) seterusnya memhami dasar tersebut. Dengan cara tersebut, semua peringkat akan memahami Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) membolehkan kejayaan dasar yang diketengahkan boleh dicapai. b) Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah

Selain Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah unit sukan turut menyediakan buku panduan Olahraga di sekolah dan diedarkan keseluruh sekolah yang terdapat di Malaysia. Tujuan buku panduan ini diterbitkan adalah untuk member panduan kepada guruguru dalam melaksanakan kan Dasar 1 Murid 1 Sukan walaupun di sekolah tersebut tidak terdapat kemudahan sukan yang lengkap. Justeru itu, sukan olahraga yang tidak memerlukan peralatan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan adanya sukan olahraga membolehkan semua pelajar terlibat tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu juga, buku panduan ini membolehkan para guru menganjurkan kejohanan olahraga mengikut peraturan sebenar atau standart yang telah ditetapkan oleh Persatuan Olahraga Kebangsaan. c) Manual Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Sukan

Dengan adanya manual latihan sukan untuk guru penasihat sukan akan membolehkan dasar yang diwujudkan menampakkan kejayaan. Manual latihan sukan ini menyediakan 10 jenis modul iaitu manual latihan Sepak Takraw Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Ping Pong Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Olahraga Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Hoki Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Tampar Sekolah Rendah Page | 11

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


dan Sekolah Menengah, Bola Sepak Sekolah dan Sekolah Menengah, Bola Keranjang Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Jaring Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Baling Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Badminton Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dan 1 modul bagi murid keperluan khas. Manual diwujudkan supaya membantu guru-guru sukan supaya dapat membimbing murid-murid dalam bidang sukan yang mereka ceburi. Bagi melaksanakan dasarkan ini secapat mungkin,guru-guru sukan boleh mendapatkan semua modul-modul yang dikeluarkan oleh kementerian melalui laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. 10.2 TENAGA PENGAJAR a) Dalam Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Sukan menjayakan dasar ini, kementerian telah melantik 6 Institut

Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Sukan di seluruh Malaysia bagi melatih guru pelatih sama ada bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Dengan latihan secukupnya diberikan kepada guru pelatih ketika di institute berkenaan membolehkan tenaga pengajar yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah nanti akan lebih mantap dari segi penguasan teori mahupun teknikal. b) Latihan Dalam Perkhidmatan

Selain itu, kejayaan dasar 1 Murid 1 Sukan juga turut boleh dicapai dengan tenaga pengajar yang mencukupi. Oleh itu, kementerian juga turut melatih guru-guru sebagai jurulatih sukan menerusi Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Kursus ini diadakan ketika waktu cuti hujung minggu atau sewaktu cuti sekolah. Ia bertujuan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran guruguru yang sedia ada di sekolah. Usaha sama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengn Kementerian Pelajaran Tinggi juga dilaksanakan bagi melatih guru-guru yang sedang berkhidmat bagi mendapat latihan sukan di institut pengajian awam. Dengan itu, pengetahuan dan kemahiran guru-guru tersebut akan meningkat. Seterusnya, kementerian juga bercadang supaya jawatan jurulatih sukan diwujudkan sebagai satu kerjaya baru di sekolah. Ini merupakan satu langkah kementerian supaya dengan wujudnya jawatan Page | 12

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


jurulatih sukan di sekolah akan dapat membimbing guru-guru yang ada dari segi pengetahuan dan pelaksanaan sebarang aktiviti sukan yang hendak dilaksanakan.

10. 3 KEMUDAHAN DAN PRASARANA SUKAN Untuk menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan, kerajaan perlu menaiktarafkan kemudahan dan prasarana sukan di Malaysia. Hal ini kerana, kemudahan dan prasarana sukan seperti padang, peralatan bersukan dan sebagainya perlu berada di dalam keadaan yang baik dan teratur bagi membolehkan murid menggunakan peralatan dan padang tersebut untuk melakukan aktiviti sukan. Pada masa kini, kebanyakan sekolah tidak mempunyai padang yang baik dan ada sesetengah sekolah mempunyai padang yang kecil khususnya di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Sekolah-sekolah sebegini terpaksa bergantung dengan padang atau stadium yang terletak di luar kawasan sekolah bagi menjayakan aktiviti sukan seperti Sukan Tahunan dan sebagainya. Selain itu juga, sekolah turut menghadapi masalah dengan

Gambar 2: Peralatan Sukan di Sekolah Gambar 1: Padang Sekolah

peralatan permainan yang tidak bersesuaian dan ada juga yang tidak berada di dalam keadaan yang sempurna. Keadaan ini akan menjejaskan kegiatan sukan di kalangan murid disebabkan kesukaran untuk mendapatkan tempat dan peralatan untuk melaksanakan aktiviti sukan tersebut. Lantaran daripada itu, sekolah terpaksa memohon peruntukan

daripada pihak kementerian untuk membina padang dan menyediakan Page | 13

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


peralatan untuk bersukan di sekolah mereka. Dalam keadaan ini, kerajaan boleh membantu menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan tersebut dengan memberikan tambahan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina padang permainan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai padang permainan ataupun memiliki saiz padang yang kecil dan juga menyediakan jumlah peralatan permainan yang mencukupi kepada murid sekolah. Ini akan menggalakkan penglibatan murid yang berkesan di dalam menjayakan dasar ini kerana padang dan peralatan bersukan merupakan salah satu elemen penting di dalam melakukan aktiviti bersukan. Dengan penambahan peruntukan daripada Kementerian tersebut, ini akan menjayakan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan tersebut baru-baru ini. 10.4 PERUBAHAN MINDA

Dalam melahirkan murid yang cemerlang bukan sahaja di dalam pelajaran tetapi juga di dalam kegiatan kokurikulum, perubahan minda bukan sahaja di kalangan murid malah ibu bapa dan guru juga perlu dilakukan dimana guru dan ibu bapa khususnya perlu menyedari bahawa kegiatan kokurikulum sangat penting di dalam mencergaskan minda pelajar selain melahirkan murid yang sihat dan bertenaga untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, badan yang sihat akan membolehkan murid menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka di dalam kelas. Justeru itu, guru dan ibu bapa perlu memberikan perhatian kepada aspek kokurikulum

dan bukannya kurikulum semata-mata.


Gambar 3: Pakaian Sukan di Sekolah

Page | 14

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


Dalam pada itu, bagi memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak sekolah mewakili pihak kementerian perlu memberikan taklimat awal mengenai Dasar 1 Murid 1 Sukan ini di mana di dalam taklimat ini, pihak sekolah perlu menjelaskan mengenai objektif pelaksanaan dasar ini kepada murid, guru dan juga ibu bapa bagi mengelakkan salah faham timbul di kalangan mereka. Selain itu juga, pihak sekolah juga perlu memberi penerangan mengenai misi dan tujuan pelaksanaaan dasar tersebut. Ini akan membolehkan penyebaran maklumat mengenai dasar yang dijalankan ini dilakukan secara menyeluruh dengan adanya taklimat sebegini. Taklimat ini boleh diadakan sewaktu mesyuarat tahunan yang dijalankan disekolah pada setiap tahun sebagai contoh. Selain daripada itu juga, penstrukturan semula Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum perlu dibuat untuk membolehkan sistem pengurusan sukan di sekolah boleh dilakukan secara sistematik dan tersusun. Hal ini kerana, dengan adanya organisasi yang terancang akan membolehkan aktiviti sukan dapat di susun dengan terancang dan juga sistematik. Selain daripada itu juga, penghebahan mengenai surat siaran pekeliling pakaian sukan sekolah perlu disebarkan kepada semua guru di sekolah bagi memberikan kebenaran untuk membolehkan murid memakai baju sukan sewaktu berada di sekolah dan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 10.5 INSENTIF UNTUK MURID DAN GURU. a. Penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan Penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan adalah bertujuan untuk

menghasilkan maklumbalas secara langsung yang menjadi input kepada usaha penambahbaikan aktiviti yang dijalankan serta bagi meningkatkan penglibatan dan pencapaian murid. Penilaian markah bagi aktiviti sukan adalah berasaskan kepada kehadiran serta penyertaan secara aktif setiap murid dalam aktviti di bawah Program Sukan Sekolah. Selain itu, tumpuan juga diberi kepada kehadiran dan penyertaan murid dalam aktiviti Kelab Sukan/Permainan. Penilaian aktiviti sukan juga akan dijalankan secara berperingkat. Page | 15

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


Aspekaspek penilaian adalah seperti berikut : ASPEK PENILAIAN Kehadiran Jawatan Disandang Penglibatan Pencapaian JUMLAH PERATUS MARKAH 50 10 20 20 100

Pengenalan kepada sistem merit dikalangan pelajar, misalnya setiap kali pelajar mengikuti aktiviti sukan akan diberikan merit. Pada akhir tahun, pelajar yang mempunyai merit tertinggi akan menerima anugerah. Hal ini sekaligus dapat merangsang minat murid untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan. Anugerah juga akan diberikan kepada murid yang cemerlang dalam pencapaian sukan mereka.

b) Penilaian untuk guru Penilaian untuk guru khususnya guru sukan juga dijalankan yang mana setiap guru yang terlibat dalam menguruskan sesuatu aktiviti sukan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun ke peringkat kebangsaan akan diberikan insentif atau anugerah sebagai penghargaan atas usaha dan khidmat mereka. Dengan cara ini, guru akan rasa lebih dihargai dan bersemangat dalam menjalankan tugas mereka. Page | 16

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)

10.6 JARINGAN KERJASAMA Antara faktor lain yang menjadi faktor kepada kejayaan 1 murid 1 sukan ini ialah dengan adanya jaringan kerjasama daripada pelbagai kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Sukan Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelancongan. Dengan adanya jaringan kerjasama ini, segala kemudahan dan peruntukan untuk menjayakan sesuatu aktiviti sukan akan mudah dilaksanakan.

Misalnya, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung pada 2 julai 2011 di seluruh negara yang berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah adalah hasil daripada jaringan Page | 17

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


kerjasama Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Sukan Negara serta beberapa lagi kementerian lain. 11.0 KEBAIKAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S) Terdapat pelbagai kebaikan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Antaranya ialah berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berperibadian mulia. Oleh itu, 1M1S secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar Satu Murid Satu Sukan adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walaubagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Selain itu, Dasar Satu Murid Satu Sukan dapat memupuk budaya bersukan dikalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Aktiviti bersukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang mengidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan mengidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri sendiri. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar Satu Murid Satu Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.

Page | 18

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


Di samping itu, Dasar Satu Murid Satu Sukan berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan tolenrasi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Ini membuktikan Dasar satu murid satu sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara kebaikan yang lain ialah Dasar Satu Murid Satu Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Selain itu mereka juga lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk bersukan. Akhir sekali, Dasar Satu Murid Satu Sukan berupaya mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang Berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu Page | 19

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Chong Wee dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.

12.0 KEBURUKAN DAN KELEMAHAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S) Asas kepada pengukur kejayaan seseorang individu di Malaysia adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik. Sebahagian besar masyarakat di Malaysia lebih mentingkan prestasi akademik yang cemerlang agar memperoleh status yang lebih berprestij. Mengikut Falsafah Pendidikan, pendidikan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERIS). Walaupun terbukti nilai-nilai positif dalam kegiatan sukan dan rekreasi, kebimbangan terhadap gangguan prestasi akademik masih tetap wujud. Dasar satu murid satu sukan yang dilancarkan oleh kerajaan memberikan banyak maklumbalas yang positif dan tidak kurang juga yang negatif. Masyarakat Malaysia berpendapat penglibatan murid secara aktif terutamanya dalam bidang sukan ini akan memberi kesan yang negatif ke atas prestasi akademik mereka. Segelintir masyarakat berpendapat bahawa pelajar yang aktif bersukan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran. Prestasi akademik yang merosot sering dikaitkan dengan kegiatan sukan yang diceburinya. Kegagalan dalam bidang pelajarann selalunya dirujuk kepada kepada masa yang banyak dihabiskan untuk bersukan dan melakukan kegiatan riadah seperti aktiviti rekreasi. Pandangan sebegini seringkali kedengaran terutamanya dari pihak ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling. Banyak kajian yang dijalankan terhadap dasar satu Page | 20

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


murid satu sukan ini dan didapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti gerak kerja kokurikulum yang lain tidak menjejaskan prestasi akademik asalkan mereka tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik. Selain itu juga terdapat beberapa kajian yang dilakukan mendapati

pencapaian akademik pelajar yang aktif bersukan adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar yang tidak aktif bersukan walaupun tahap kecerdasan adalah sama. Mengikut beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah menghargai aktiviti kokurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Ini menunjukkan dasar satu murid satu sukan akan lebih berjaya jika dilaksanakan secara berkesan di peringkat sekolah menengah. Kajian juga menunjukkan bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan mendatangkan implikasi yang negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Terdapat beberapa faktor lain yang terlalu personal seperti pengaruh keluarga, sikap, suasana pembelajaran di rumah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh pensyarah atau guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran, minat dan aspirasi pelajar itu sendiri. Kesimpulannya, ini telah menunjukkan bahawa dasar satu murid satu sukan ini sebenarnya tidak mendatangkan banyak kesan yang negatif. Malah, ia sebenarnya banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri untuk membahagikan masa antara sukan dan akademik. Selain itu juga, kelemahan dasar ini juga wujud dalam kalangan pelajar dan guru sekolah itu sendiri. Ramai pelajar yang beranggapan kegiatan kokurikulum ini tidak penting dan banyak membuang masa. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program-program yang tidak sempurna. Contohnya, terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sesemangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru yang terlibat. Kesannya pelajar tidak berminat untuk melibatkan diri dan tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka menganggap pelajaran adalah lebih penting berbanding sukan, kerana kecemerlangan akademik menjamin masa depan yang cerah. Terdapat juga guru-guru sekolah yang memberikan alasan untuk tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ini apabila mereka mersakan bahawa aktiviti kokurikulum ini membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah dan terlalu banyak tanggunggjawab. Kebanyakan guru Page | 21

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


yang mengendalikan kegiatan kokurikulum ini juga kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

13.0 PENUTUP Hasrat bagi pembangunan jasmani murid telah diterjemahkan melalui dasar 1M1S. Perlaksanaan dasar Satu Muris Satu Sukan (1M1S) ini adalah sangat baik sekali demi menerapkan semangat cintakan sukan dalam diri para pelajar kita. Hal ini kerana, dasar ini telah mewajibkan kepada seorang pelajar untuk menyertai atau melibatkan dalam satu sukan dan dalam kata lain dasar ini melibatkan semua murid dalam semua sukan. Namun, terdapat juga pengecualian untuk pelajar yang mengalami masalah kesihatan. Tetapi para pelajar yang mengalami masalah kesihatan boleh menyertai aktiviti sukan yang lebih ringan seperti bowling padang dan sebagainya. Penglibatan para pelajar dalam sukan member peluang kepada murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan yang berasaskan learning through play. Perlaksanaan ini juga dapat membawa kebaikan kepada semua pelajar kerana semua pelajar dapat menyertai dalam anjuran sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelaksaan dasar 1M1S juga bukan sahaja dapat mengilapkan bakat murid malah dapat juga memupuk modal insan dalam diri pelajar serta membantu Page | 22

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


membantu mereka dalam bersosial atau berkawan. Dasar ini juga turut akan menyumbangkan kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat kefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat akan cintakan negara. Seterusnya, dasar ini juga akan menjadi tunjang kepada sukan di sekolah dalam merealisasikan perlaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk dan Sukan untuk Kecemerlangan di sekolah. Slogan Sukan untuk Semua

Kecemerlangan di sekolah adalah merupakan inisiatif yang menyokong kearah pembangunan modal insan yang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka panjang. Justeru, penglibatan dan kerjasama dari semua pihak adalah harus bagi menjayakan dasar ini disekolah. Hal ini kerana, kerajaan mahu melahirkan pelajar yang bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi bijak juga dalam bersukan serta melahirkan pelajar yang sihat tubuh badan dan minda juga dapat melahirkan atlit untuk negara dalam mengaharumkan nama sekolah dan juga negara dipersada dunia.

RUJUKAN Abdul Alim abdul Rahim. 1994. Pengurusan Kokum. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Bahagian Sukan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya. 2011. Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S). Perpustakaan Negara Malaysia . De. Vries Leonard A. The Role of Education, School Sports and Community in Malaysian Sports. Konvensyen Sukan Kebangsaan. 11-13 April. Langkawi. Kedah.

Page | 23

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2012 (TT00603)


Laios A. 1995. School Versus Non-school Sports. International Journal of Educational Management. Vol 9 no.1. 4.9. Lim Yen Yen. Jun 1991. Remaja Mengabaikan Sukan dalam Dewan Siswa. Mohamed Nor Che Noh.1996. The Role of Sports For All Malaysian Sports. Konvensyen Sukan Kebangsaan. 11-13 April. Langkawi. Kedah.

Omardin Ashaari. 1996. Pengurusan Sekolah Satu Panduan Lengkap. Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Zaini bin Arshad. 2003. Sukan Massa sebagai Mekanisme Pembangunan Komuniti: Satu Kajian Kes Mengenai Pemahaman dan Pendekatan . UPM. Selangor. Tesis.

Page | 24