Anda di halaman 1dari 2

Skema Jawapan Latihan Biologi Soalan 1 a) i P : mitokondria Q : kloroplas ii P tempat berlakunya proses respirasi Q memerangkap cahaya matahari untuk

uk proses fotosintesis

b)

i pancreas ii berfungsi membungkus, mengangkut dan memproses protein (enzim lipase, amylase, protesase)

c) proses di P ialah respirasi manakala proses di Q ialah fotosintesis Proses di P berlaku dalam haiwan dan tumbuhan manakala proses di Q berlaku dalam tumbuhan sahaja

d) Tumbuhan akan mati kerana tidak mendapat makanan dan tidak dapat melakukan proses fotosintesis

Soalan 2 a) i fosfolipid ii bersifat membrane separa telap iaitu membenarkan hanya molekul kecil merentasinya tetapi menghalang molekul besar merentasinya iii gas oksigen/karbon dioksida kerana bersaiz kecil dan tidak bercas atau asid lemak/gliserol/hormone jenis steroid/vitamin larut lemak (A,D,E,K) kerana molekul ini bersifat hidrofobik dan larut dalam lipid b) tidak larut dalam lipid/molekul bersaiz besar/ molekul berkutub seperti air yang tertarik kepala hidrofilik dan bergerak menerusi protein liang c) racun yang larut dalam air akan diangkut ke dalam sel melalui osmosis. Racun tersebut menghalang proses respirasi yang berlaku dalam mitokondria. Tiada tenaga yang dapat dihasilkan, oleh itu pengangkutan bahan R secara pengangkutan aktif yang memerlukan tenaga tidak dapat dijalankan. d) Ion diangkut ke dalam sel melalui pengangkutan aktif dengan bantuan protein pembawa. Ion akan melekat pada tapak aktif protein pembawa dan ATP dihidrolisiskan . tenaga yang terhasil akan mengubah bentuk protein pembawa dan membebaskan ion ke bahagian dalam sel.

Mini Essays 7. Larutan gula yang pekat adalah hipertonik terhadap sel-sel buah. Oleh itu, air dari dalam sel akan keluar dan menyebabkan bacteria yang terdapat di atas permukaan buah tidak dapat membiak kerana ketiadaan air. 8. Hemolisis merujuk kepada keadaan sel darah merah yang pecah akibat kemasukan air yang terlalu banyak ke dalam sel darah merak apabila direndam dalam larutan yang hipotonik seperti air suling Krenasi merujuk kepada keaadan sel darah merah yang mengecut akibat pergerakan air keluar dari sel darah kerana direndam dalam larutan yang hipertonik seperti larutan garam yang pekat 9. a) Baja yang berlebihan dalam tanah mewujudkan keadaan yang hipertonik dalam tanah berbanding sel akar tumbuhan. Air akan meresap keluar dari sel akar ke dalam tanah menyebabkan tumbuhan layu kerana kekurangan air dan akhirnya mati. c) kesegahan (tugor) penting kepada tumbuhan herba (tidak berkayu) kerana ia dapat memberikan sokongan kepada tumbuhan tersebut. Kesegahan terhasil kerana kandungan air di dalam vakuol menekan dinding sel tumbuhan dan memberikan kesan kesegahan kepada tumbuhan. Sekiranya sel kehilangan air dari sel, tumbuhan akan menjadi layu. 10 a) osmosis ialah proses peresapan molekul air dari kepekatan tinggi (kepekatan zat terlarut rendah) ke kawasan kepekatan rendah (zat terlarut tinggi). Osmosis dikatakan special diffusion (resapan istimewa) kerana ia merujuk kepada molekul air sahaja yang bergerakk secara resapan. b) kecerunan kepekatan merujuk kepada keadaan di mana terdapat dua keadaan larutan yang berbeza kandungan zat terlarut di dalam pelarut. Contohnya larutan garam pekat mengandungi jumlah zat terlarut yang lebih banyak berbanding larutan garam yang cair. Air cenderung meresap dari kepekatan tinggi (zat terlarut rendah) ke kepekatan rendah (zat terlarut tinggi)

Activity 9 Resapan berbantu Dibantu oleh protein liang dan protein pembawa Tidak memerlukan tenaga Dari kepekatan tinggi ke kepakatan rendah Mengikut arah kecerunan kepekatan Sehingga kedua-dua belah larutan mencapai keseimbangan Molekul kecil (gas O2 & CO2) Molekul larut lemak (vitamin A,D,E,K) Ciri Keperluan protein Keperluan tenaga Arah pergerakan bahan Arah kecerunan kepekatan Kesan pengangkutan bahan Contoh bahan yang diangkut Pengangkutan aktif Dibantu oleh protein pembawa Memerlukan tenaga Dari kepekatan rendah ke kepekatan tinggi Melawan kecerunan kepekatan Menyebabkan pengumpulan bahan terlalu banyak di satu bahagian, tetapi kurang di bahagian lain Ion seperti ion sodium (Na2+ ) ion potassium (K+)

Anda mungkin juga menyukai