Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG VICTORIA, 09400 PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS CADANGAN

KARNIVAL BAHASA TAMIL


ANJURAN :
Persatuan Bahasa Tamil, SJK (T) Ladang Victoria,

2013

KERTAS CADANGAN KARNIVAL BAHASA TAMIL 2013 SJK (T) LADANG VICTORIA, 09400 PADANG SERAI, KEDAH.

1.0

PENDAHULUAN : Karnival Bahasa Tamil 2013 merupakan salah satu program dalam Perancangan Tahunan Persatuan Bahasa Tamil SJK (T) Ladang Victoria. Karnival Bahasa Tamil 2013 ini dilaksanakan oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim sebagai salah satu projek bagi memenuhi syarat fasa praktikum kedua. Karnival ini memartabatkan lagi minda pelajar secara tidak langsung dalam aspek Bahasa Tamil. Pertandingan Menyanyi, Kuiz Sastera dan Tatabahasa Bahasa Tamil dan Pertandingan Syarahan adalah antara tiga aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini. Unsur perpaduan juga diterapkan dalam program ini kerana dapat merapatkan hubungan sesama para pelajar tanpa mengira kelab dan persatuan kokurikulum. Hasilnya, ia memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan para pelajar serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

2.0

BUTIRAN PROGRAM : 2.1 2.2 Tajuk Tarikh : : Karnival Bahasa Tamil 2013 31 Julai 2013, Rabu ( Pertandingan Menyanyi )

: 28 Ogos 2013, Rabu ( Kuiz Sastera dan Tatabahasa ) : 11 September 2013, Rabu ( Pertandingan Syarahan ) 2.3 2.4 2.5 3.0 Masa Lokasi : : 1.30 petang 3.00 petang SJK (T) Ladang Victoria : Semua pelajar dari kelab dan persatuan

Kumpulan Sasaran

MATLAMAT : Program ini dijalankan dengan matlamat untuk memartabatkan dan

mengekalkan penggunaan Bahasa Tamil dalam kalangan para pelajar.

4.0

OBJEKTIF :
4.1

Mencungkil bakat para murid dalam aspek Bahasa Tamil. Mencungkil bakat menyanyi peserta. Menghayati lagu motivasi yang terdapat di dalam karya Bahasa Tamil. Meningkatkan keyakinan dalam diri untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang.

4.2 4.3 4.4

4.5 4.6

Mengukuhkan lagi kefahaman murid mengenai sastera dan tatabahasa. Menilai tahap penguasaan minda para pelajar dalam sastera dan tatabahasa Bahasa Tamil.

4.7

Melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam mengutarakan hujah-hujah yang bernas dengan teratur.

4.8 4.9

Melahirkan pelajar yang bertatasusila semasa berhujah. Mengeratkan hubungan silaturrahim serta semangat kerjasama antara murid.

5.0

ORGANISASI : Bagi menjayakan program ini, sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada guru Persatuan Bahasa Tamil bersama guru pelatih IPSAH telah dibentuk.

5.1

URUSETIA PROGRAM

Penaung Penasihat

: :

Kamalavalli A/P Varathan ( Guru Besar ) Pn. Aru. Tamilmathi ( Ketua Persatuan Bahasa Tamil )

Penolong

1. Pn. S. Kaliani 2. Pn. V. Nirmala

Penyelaras Program ( Guru Praktikum IPSAH)

1. Parames A/P Mariappan 2. Mathavi A/P Muniandy

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN : BIL Hadiah Pertandingan Menyanyi Kuiz Sastera dan PERKARA KUANTITI HARGA

1.

RM 7 x 9

RM 63.00

Tatabahasa Sijil 2. Penyertaan Penghargaan RM 0.50 x 30 RM 6.00 Pertandingan Syarahan

Bahan Fotostat 3. Kuiz Sastera dan RM 0.05 x 500 RM 25.00

Tatabahasa 4. Pertandingan Syarahan RM 100.00 RM 204.00

Makanan RM 2 x 50 JUMLAH

7.0 PENUTUP : Program ini sewajarnya perlu mendapatkan kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakan karnival ini. Karnival ini penting untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang dari segi semua aspek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, kami amat berharap bahawa pihak tuan akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya dengan meluluskan permohonan ini serta memberikan peruntukan bagi melaksanakan program ini dengan jayanya. Kerjasama daripada tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh, . ( PARAMES A/P MARIAPPAN ) Penyelaras Program, Karnival Bahasa Tamil 2013.

Disemak oleh, . ( PN. ARU. TAMILMATHI ) Ketua Persatuan Bahasa Tamil, SJK (T) Ladang Victoria.

Disahkan oleh, ( PN. SARATHAMANI A/P SUBRAMANIAM ) Penolong Kanan Kokurikulum, SJK (T) Ladang Victoria.

Anda mungkin juga menyukai