Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
: Jumaat : Pendidikan Islam : 3 Cemerlang : 10.00 10.30 pagi : 23 orang : Jawi : Perkataan berimbuhan apitan.
Pengetahuan sedia ada : murid sudah tahu membaca perkataan berimbuhan awalan dan Akhiran. Hasil pembelajaran : di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
a) Murid dapat menyebut perkataan berimbuhan apitan dengan betul. b) Murid dapat membaca dan mengeja perkataan berimbuhan apitan dengan betul. c) Murid dapat membuat dan membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan apitan dengan betul. Aktiviti P & P : 11) Set induksi 22) Aktiviti : Bersoal jawab Penggunaan alat bantu Penggunaan papan putih Pengukuhan
Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan
Guru meminta semua murid membaca doa Guru memanggil beberapa murid ke depan kelas, dan memberikan kepada mereka beberapa keping kad imbas huruf. Guru mengarahkan murid yang memegang kad imbas huruf tersebut menayangkan kad tersebut kepada semua murid yang berada dalam kelas. Semua murid membaca huruf yang berada tertera di atas kad imbas tersebut. Guru mengarahkan muridmurid supaya menyusun huruf-huruf menjadi satu perkataan. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang hendak di ajar pada hari ini.
Soalan : 1. Huruf apakah yang kamu semua dapat lihat yang dipegang oleh rakan kamu di depan? 2. Sebutkan huruf tersebut satu persatu. 3. Melalui huruf yang telah kamu semua lihat, cuba kamu sambungkan huruf tersebut menjadi satu perkataan.
Langkah 1 ( 7 minit)
Kad imbasan : Perkataan berimbuhan apitan. 1. Mewarnai 2. Kumpulan 3. Melakukan 4. Warna 5. Melepasi 6. Pelaku
Guru menayangkan beberapa kad imbasan yang mengandungi beberapa perkataan berimbuhan apitan. Guru menyuruh murid menyebut dan membaca perkataan yang ditayangkan. Guru bertanyakan kepada murid perkataan imbuhan awalan dan akhiran yang terdapat pada perkataan berimbuhan apitan tersebut.
Langkah 2 ( 7 minit ) Kata dasar : 1. Warna 2. Lepas 3. Laku 4. Diri 5. Sakit 6. Yakin 7. Kumpul Langkah 3 ( 7 minit ) Lembaran kerja murid
Guru menayangkan beberapa keping kad yang mengandungi perkataan berimbuhan berimbuhan apitan. Guru meminta beberapa orang murid menyebut dan membacakan perkataan yang ditayang. Guru meminta murid memberikan kata dasar bagi perkataan berimbuhan apitan yang dipamerkan di papan putih.
Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan diberikan 6 keping kad yang mengandungi perkataan dasar. Murid dikehendaki meletakkan imbuhan apitan kepada kata dasar tersebut.
Nilai :
Murid juga dikehendaki membina ayat ringkas daripada perkataan berimbuhan tersebut. Setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit. Penutup ( 3 minit ) Lembaran kerja Rumusan. Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid-murid Murid dikehendaki membuat lembaran kerja tersebut sebagai latihan di rumah. Guru merumuskan tajuk yang diajarkan pada hari ini.
Cermat, bekerjasama.
Nilai : Bersungguhsungguh