Anda di halaman 1dari 1

KEMALANGAN JALAN RAYA Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa kesemasa.

Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta,lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negarakita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan rayayang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpuncadaripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri. Contoh kecuaian yang berlaku adalahseperti memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Akibat hendak segera sampai kedestinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan.Akibatnya kenderaan dipandu dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang beradadalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan. Kesalahanlain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had lajuyang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkankeselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasa dilakukan oleh golongan remaja. Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkahyang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harusmembuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu danmenyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaanundang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalanraya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah inidengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan rayayang lain.Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Merekatidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikankeselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaianmenjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam.Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku danhal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak.Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yangdapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demikesejahteraan bersama.