0 PENGENALAN Setiap manusia mempunyai perkembangan yang tersendiri seperti perkembangan fizikal, mental, fikiran, bahasa, dan banyak lagi.
perkembangan yang mempengaruhi manusia bermula dari mereka bayi sehinggalah kanak-kanak dan seterusnya alam dewasa. Perkembangan yang ada pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Hal ini disebabkan kerana perkembangan yang ada pada kita tidak dapat dipupuk tetapi ianya dapat dilihat jelas dengan mata kita sendiri. Pelbagai perubahan yang akan terjadi sepanjang perkembangan manusia terjadi. Sesuatu organisma itu akan terus berkembang tanpa ada had masanya iaitu dari manusia itu lahir sehingga ke akhir hayat. Ianya berubah mengikut peredaran masa. Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh (2007) berpendapat bahawa pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Menurut beliau, perkembangan kognitif melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran,. Maka, dapat disimpulkan bahawa sesuatu perkembangan itu penting untuk menjadikan seseorang terutamanya kanak-kanak berkelakuan baik sepanjang masa. Seperti yang diketahui, perkembangan kanak-kanak melibatkan pelbagai perkembangan.
Antaranya ialah fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi dan kendiri kanakkanak. Dalam tugasan ini, saya akan merungkaikan dengan lebih jelas mengenai perkembangan kanakkanak dari segi kognitif, fizikal, sosioemosi, bahasa dan kendiri.saya juga akan menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak serta implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan membincangkan perkembangan kanak-kanak berdasarkan kajian kes yang telah saya lakukan.
Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang lebih awal.(Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, 2009)
bersifat kualitatif
perubahan stabil
perubahan berterusan
2.1 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Jadual 1: Konsep Perkembangan Kanak-Kanak TOKOH PENDAPAT TOKOH Perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioSantrock (2008) emosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Konsep pembangunan, teratur, perubahan yang tahan Paul Eggan & Don lama dalam diri seseorang pelajar terdiri daripada Kauchak (1997) gabungan kematangan. Perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah Crow & Crow yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling Karl G. Garrison berkaitan antara perkembangan jasmani dan adalah pembelajaran, pengalaman dan
pembelajaran.
Semua
perkembangan
mengikut urutan semulajadi dan bersifat sejagat. D.S Wright & Ann Taylor Charls Darwin Perubahan berlaku dalam warisan hayat. Jika sistem saraf sesuatu organism kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah lama. Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara
kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku Atan Long kerana sifat baru berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada percambahan
hingga akhir hayat. Beltes, Reese & Dengan bertambahnya umur, perubahan revolusi yang lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral dan fizikal. Perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan Mohd. Nazar (1990) umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik.
Nesseroade (1977)
Jadual 1 di atas merupakan rumusan bagi konsep perkembangan kanak-kanak. Terdapat beberapa konsep perkembangan kanak-kanak yang diutarakan oleh tokoh-tokoh dunia. Menurut Santrock (2008), beliau mentafsirkan perkembangan seseorang individu itu atau kanak-kanak itu sebagai perubahan dari segi biologi, bahasa, fizikal, kognitif, sosio-emosi dan kendiri seseorang kanak-kanak itu. Perubahan itu terjadi sejak mereka bayi hinggalah mereka dewasa. Ini bermaksud perkembangan itu terjadi untuk sepanjang hayat dan tidak akan berhenti sehinggalah riwayat mereka tamat. Dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak oleh Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) pula menyimpulkan bahawa perkembangan itu ialah suatu perubahan yang kualitatif dan tidak dapat diukur secara kualitatif.
Perkembangan harus dilihat sebagai sifat baru yang lain daripada sifat yang terdahulu. Perkembangan yang dimaksudkan ialah perubahan baru yang terjadi dalam hidup seseorang kanak-kanak seharusnya diambil kira dan dapat membezakannya daripada perubahan lama yang terjadi dahulu. Paul Eggan & Don Kauchak (1997) pula mengatakan, the concept of development, the orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning, experience and maturation. Penyataan itu bermaksud sesuatu perkembangan itu terjadi atas kombinasi pembangunan, keteraturan dan perubahan yang tahan lama dalam diri seseorang individu atau kanak-kanak. Menurut Mok Soon Sang (2008) pula, perkembangan merupakan suatu proses berterusan yang berlaku dari peringkat lahir sehingga peringkat kematangan. Hal ini bermaksud seseorang kanak-kanak atau individu itu akan terus mengalami perubahan dari segala segi walaupun usia mereka semakin bertambah. Crow & Crow pula mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku secara kualitatif. Perubahan yang dimaksudkan lebih cenderung ke arah kognitif, rohani, moral serta sosial. Hal ini bermaksud perubahan tersebut lebih abstrak dan bukannya kuantitatif. Selain itu, tokoh Karl G. Garrison berpendapat bahawa
perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara satu sama lain iaitu tindakan jasmani dan tindakan pembelajaran. Perkembangan yang terjadi hasil daripada kombinasi dua tindakan tersebut selalunya mengikut urutan semulajadi dan bersifat universal. Maksudnya di sini, perubahan atau perkembangan yang terjadi bergantung kepada fizikal atau 4
jasmani mereka yang secara tidak lansung berkaitan dengan proses mereka memperolehi dan mengasah perubahan tersebut. D.S Wright & Ann Taylor pula mentafsir perkembangan sebagai transformasi yang berlaku sepanjang hayat dan tidak akan berhenti sehingga tamat riwayat seseorang individu atau kanak-kanak itu. Di samping itu, Charls Darwin yang juga merupakan pengasas teori revolusi menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak itu mengambil masa yang lama untuk mencapai tahap kematangan jika sistem saraf mereka kompleks. Sistem saraf mempunyai peranannya dalam bentuk keperibadian dan tingkah laku seseorang individu atau kanak-kanak. Justeru itu, tahap kematangan mereka dapat dilihat dari tingkah laku, keperibadian dan pemikiran mereka. Tokoh Atan Long pula mengutarakan pendapat mengenai perkembangan yang hampir sama dengan Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. Pendapat beliau ialah perkembangan merupakan perubahan yang kualitatif tetapi tidak dapat diukur secara kualitatif. Sebaliknya ianya dapat diukur apabila sifat baru berlaku semasa perkembangan terjadi dan akan berterusan hingga ke akhir hayat. Selain itu, Beltes, Reese & Nesseroade (1977) mentafsir perkembangan sebagai perubahan atau revolusi yang berlaku seiring dengan bertambahnya pertambahan umur seseorang individu atau kanak-kanak. Perubahan revolusi yang terjadi melibatkan perubahan sahsiah, kognitif, moral dan fizikal. Sebagaimana yang diketahui, setiap peringkat umur mempunyai perubahan atau perkembangan yang tersendiri. Manakala, teori tokoh Mohd. Nazar (1990) pula sedikit berlainan dengan teori tokoh Beltes, Reese & Nesseroade (1977). Teori yang dikemukakan oleh beliau ialah perkembangan merupakan perubahan yang terjadi dengan seiring dengan peredaran masa. Apabila dikatakan perubahan masa, ianya merangkumi umur dan perubahan biologi.
Secara keseluruhannya, pada pendapat saya, perkembangan kanakkanak ialah perubahan kualitatif dan biologi yang melibatkan masa dan umur kanak-kanak tersebut dari peringkat lahir sehinggalah sepanjang hayatnya serta meliputi perubahan yang menyeluruh.
Fizikal
Kognitif
Sosial PERKEMBANGAN
Emosi
Secara umumnya, aspek perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada empat jenis iaitu perkembangan fizikal, perkembangan sosial, perkembangan kognitif dan perkembangan emosi.
I.
Perkembangan fizikal Perkembangan fizikal ialah proses perubahan yang melibatkan kemahiran psikomotor dalam diri seseorang individu atau kanak-kanak. Perkembangan yang melibatkan kemahiran psikomotor ini sebenarnya melibatkan penggunaan seluruh anggota badan untuk melakukan aktivitiaktiviti fizikal. Contohnya tangan, kaki utuk memegang pensil, menendang bola, berlari, berjalan dan banyak lagi kemahiran fizikal. Perkembangan fizikal juga melibatkan koordinasi badan selain melibatkan pergerakkan motor. Apabila seseorang bayi berubah beransur-ansur menjadi seorang kanakkanak, mereka akan mengalami proses perkembangan fizikal. Secara keseluruhannya, perkembangan fizikal merujuk kepada pertumbuhan anggota badan mereka, kemahiran motor yang melibatkan anggota badan tersebut dan koordinasi bagi kemahiran motor kasar dan motor halus.
II.
yang melibatkan pemikiran seseorang individu atau kanak-kanak. Bagi Siti Hawa Munji dan Marof Redzuan dalam buku mereka yang bertajuk Pengantar Psikologi mentafsirkan perkembangan kognitif sebagai perubahan pemikiran dan intelek seseorang individu atau kanak-kanak tersebut. Pada pendapat saya, perkembangan kognitif ini menjurus kepada perubahan yang berlaku dalam otok mereka dan proses - proses pemikiran yang terjadi dalam otak mereka. Kemahiran yang melibatkan pemikiran ialah kemahiran 3M iaiti membaca, menulis dan mengira. Kemahiran yang melibatkan otok bekerja pula ialah proses pengamatan, penaakulan, mengingat, memberi pendapat, menganalisis dan sebagainya. Semua proses tersebut akan membantu seseorang individu atau kanak-kanak itu berfikiran kreatif dan kritis dan menjana pemikiran mereka untuk berpandangan jauh.
III.
yang melibatkan emosi dan cara seseorang individu atau kanak-kanak itu mengawal dan mengurus emosi mereka. Pensyarah Psikologi Perkembangan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Antarabangsa Malaysia, Dr. Mastura Badriz, berkata Ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka. Perkembangan emosi merupakan salah satu cara kanak-kanak untuk mengekspresikan buah pemikiran mereka serta perasaan mereka.
IV.
Perkembangan sosial Akhir sekali ialah perkembangan sosial. Perkembangan sosial ini
ialah hubungan yang terjalin antara seseorang individu dengan individu yang lain atau dalam sesuatu kelompok masyarakat. Hubungan sosial yang terjadi antara mereka adalah sesuai dengan suasana sekitarnya dan norma masyarakat. Perkembangan sosial ini juga melibatkan kemahiran
Beransur dari Hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran Prinsip-Prinsip Asas Perkembangan Kanak-Kanak
keadaaan umum
kepada spesifik
Terdapat lima prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah proses perkembangan kanak-kanak terjadi mengikut aturan yang tersendiri. Ini bermaksud susunan terjadinya sebuah
perkembangan itu tetap sama bagi setiap individu dan tidak ada yang berbeza. Cuma yang berbezanya masa sesebuah perkembangan itu terjadi. Ada kanak-kanak yang mengalami perkembangan tersebut terlebih dahulu daripada kanak-kanak lain, tetapi hakikatnya perkembangan yang akan mereka alami sama sahaja. Urutannya tidak akan berubah. Contohnya, bayi 9
akan belajar duduk dahulu sebelum merangkak, merangkak sebelum berdiri dan seterusnya berjalan. Ada bayi yang sudah boleh berjalan ketika mereka berumur satu tahun dan ada yang berumur dua tahun. Selain itu, apabila dikatakan mengikut urutan, perkembangan tersebut bermula dari yang konkrit kepada yang abstrak. Misalnya, pemikiran kanak-kanakbermula daripada yang konkrit sebelum mereka berganjak ke arah pemikiran logik. perkembangan kanak-kanak terjadi melalui proses yang Maka,
melibatkan
Prinsip yang kedua ialah pertumbuhan dan perkembangan yang terjadi kepada kanak-kanak bermula dari keadaan yang umum dan seterusnya kepada keadaan yang spesifik. Prinsip ini membawa maksud sesuatu perubahan itu terjadi secara keseluruhan dan seterusnya akan berubah kepada keadaan yang tertentu. Otot-otot badan yang terlibat juga mengalami keadaan yang sedemikian rupa seperti pemggunaan otot-otot besar terlebih dahulu dan kemudian barulah penggunaan otot-otot halus. Contoh yang pertama ialah pada mulanya, bayi akan mengenggam botol susu mereka dengan menggunakan tangan sahaja. Seiring dengan peredaran masa, bayi tersebut akan belajar mengenggam botol susu mereka menggunakan jari tangan mereka. Contoh yang kedua ialah kanak-kanak yang baru belajar memegang pensil akan memegang pensil dengan tapak tangan. Tetapi dengan bantuan, mereka dapat memegang pensil
Di samping itu, perkembangan kanak-kanak juga mengutarakan prinsip yang ketiga iaitu proses perkembangan dan pertumbuhan terjadi secara berterusan. Hal ini bermaksud, perubahan yang terjadi atas diri kanak-kanak itu tidak akan berhenti dari peringkat fertilasi ovum oleh sperma sehinggalah peringkat kematian dan sesuatu perubahan itu akan terus berlaku sepanjang hayatnya. Sepanjang pertumbuhan dan perkembangan itu terjadi, mereka akan memperoleh kemahiran baru. Kemahiran yang sedia ada pada diri 10
kanak-kanak
tersebut
akan
menjadi
asas
kepada
mereka
untuk
Prinsip yang keempat ialah setiap individu mempunyai kadar perkembangan yang berbeza antara satu sama lain walaupun mempunyai corak dan susunan perkembangan yang hampir sama. Ini bermaksud, tahap perkembangan kanak-kanak itu berbeza. Tahap perkembangan mereka dapat dilihat dengan dari segi umur dan masa. Bukan semua kanak-kanak mampu mencapai perkembangan yang sama pada umur dan masa yang sama. Misalnya, bayi Azlina dapat berjalan ketika bayinya berumur satu tahun. Tetapi bayi Rasidah masih lagi merangkak walaupun umur bayi mereka sama. Ini menunjukkan kadar perkembangan dan pertumbuhan mereka tidak sama walaupun aturan perkembangan mereka sama. Maka dapat
disimpulkan bahawa kadar perkembangan bagi setiap kanak-kanak di dunia ini berbeza antara satu sama lain.
Akhir
sekali,
prinsip
perkembangan
yang
diutarakan
ialah
perkembangan yang terjadi adalah hasil interaksi antara kematangan dan pembelajaran. Kaitan yang mengait kematangan dan pembelajaran ialah fizikal dan mental. Kematangan bermaksud sesebuah potensi yang ada dalam diri setiap individu. Potensi yang dikatakan dipengaruhi oleh pengaruh genetik iaitu baka. Misalnya berjalan, berlari, dan banyak lagi. Tahap kematangan tersebut dicapai melalui pembelajaran yang kanak-kanak itu peroleh daripada persekitaran mereka. Hasil pembelajaran yang mereka perolehi, mereka akan meniru perbuatan atau perlakuan yang menjadi kebiasaan orang di sekitarnya. Mereka akan berusaha sehinggalah mereka dapat melakukan perlakuan tersebut dan mencapai kepuasan yang maksimum. Justeru, dapat disimpulkan bahawa perkembangan kanak-kanak terjadi hasil daripada interaksi di antara kematangan dengan pembelajaran.
11
Mikrosistem
Baka
Persekitaran bidang
Makrosistem
Perkembangan kanak-kanak tidak terjadi begitu sahaja. Pasti ada sesuatu yang menyebabkannya berkembang. Ini bermaksud ada faktor ysng mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Sepertimana yang anda ketahui, perkembangan kanak-kanak sangat berbeza antara satu sama lain dari segi fizikal, emosi, sosial dan kognitif. Bidang yang mengkaji kesan baka dan persekitaran terhadap perkembangan kanak-kanak ialah bidang genetik tingkah laku. Dua faktor utama yang mempengaruhi perkembangan kanakkanak ialah faktor baka dan persekitaran.
12
2.3.1 FAKTOR BAKA Pada pendapat saya, baka merujuk kepada keturunan, biologi dan karekter yang diwarisi daripada ibu bapa. Apabila berlakunya fertilisi ovum oleh sperma, trait ibu bapa yang terkandung dalam gen-gen akan diwarisi oleh anak-anak mereka. Setiap individu mempunyai baka yang unik berdasarkan trait yang diwarisi oleh mereka. Ianya jelas sekali mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, baka yang boleh diwarisi oleh kanak-kanak ialah ketinggian, warna kulit, bentuk badan, rambut, warna bebola mata, bentuk telinga, hidung dan sebagainya.
Terdapat
baka.
Secara
umumnya baka dapat ditafsirkan sebagai perwarisan atau trait diwarisi oleh anak-anak oleh ibu bapa masing-masing. Trait tersebut terkandung di dalam gen ibu bapa tersebut. Gen tersebut terdiri daripada nukleoprotien yang akan menentukan ciri-ciri baka yang akan diterima oleh anak-anak nanti. Menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor dalam bukunya Psikologi Pendidikan
menyatakan bahawa baka ialah faktor dalaman yang ada pada individu semenjak mereka berada di dalam kandungan lagi. baka merujuk kepada ciriciri biologi atau gen yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. (Haliza Hammzah & Joy N. Samuel; 2009) Menurut Norman L. Munn, dan Ee Ah Meng (1996) pula, baka ditafsirkan sebagai ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Selain itu, R. Hilgard pula menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Amran Schienfed mentafsirkan baka sebagai penentu persamaan ibu bapa dengan anak-anaknya, dalam kalangan ahli keluarga yang dilihat dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.
Faktor atau pengaruh genetik pada asalnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889). Beliau melakukan kajian menggunakan eksperimen terhadap perubahan warna bunga kacang hijau di kebun. 13
Penemuan beliau dalam pengaruh baka dalam sesebuah perkembangan sangat penting sebagai penentu ciri-ciri pokok anaknya. Faktor baka atau gen terdiri daripada nukleoprotien yang berperanan dalam menentukan ciri ang diwarisi oleh seorang anak. Gen tersebut terletak di gen yang merupakan benang halus dan terdapat dalam nukleus sel sperma dan sel ovum. Sebenarnya kromosom terdiri daripada dua jenis iaitu DNA dan RNA. DNA dan RNA mempunyai karekter unik masing-masing. Setelah proses fertilisi terjadi, zigot akan terbentuk dan ianya akan menerima 23 kromosom daripada ibu bapa mereka. Di situ, akan terjadi pertukaran kromoson antara kromosom ibu bapa tersebut. Proses tersebutlah yang akan membuatkan setiap individu itu unik dan membezakan mereka antara satu sama lain. Sebagai contohnya, dari segi fizikal, sudah terbukti bahawa ciri fizikal luaran diwarisi daripada ibu bapa. Contohnya, warna rambut, warna kulit, ketinggian, saiz dan bentuk badan serta organ deria. Manakala apabila dilihat dari segi emosi, seseorang individu itu akan cenderung untuk mewarisi emosi salah seorang ibu bapanya atau kedua-duanya. Contohnya, emosi yang panas baran bapa akan turun kepada anaknya. Dari segi mental pula, kecerdasan kanak-kanak itu dipengaruhi oleh tahap kecerdasan ibu bapa mereka.
14
15
2.3.2 FAKTOR PERSEKITARAN Apa itu faktor persekitaran ? Persekitaran dapat ditafsirkan sebagai pengalaman seseorang individu yang terjadi di sekitarnya. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa perkembangan itu terjadi kepada anak-anak. Persekitaran yang dimaksudkan ialah persekitaran sebelum lahir dan persekitaran selepas lahir. Faktor yang mempengaruhi perkembangan anakanak sebelum kelahirannya ialah pemakanan si ibu, kesihatan si ibu, gaya hidup si ibu, kesan x-ray semasa ultrasound, emosi ibu apabila
mengandungkan anaknya, serta umur si ibu ketika mengandung. Faktor yang mempengaruhi selepas kelahiran bayi pula ialah pemakanan yang diambil semasa bayi, taraf sosio ekonomi keluarga si bayi, tahap pendidikan keluarga kanak-kanak tersebut, pengaruh rakan sebaya di sekolah dan sikap masyarakat di sekelilingnya.
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), persekitaran individu terdiri daripada lima lapisan iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Eric Bronfenbrener telah
mengutarakan bahawa beliau memfokuskan persekitaran individu sebagai faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Lapisan
teori
Ekologi
Bronfenbrenner
yang
pertama
ialah
mikrosistem. Lapisan persekitaran ini merangkumi persekitaran yang terdekat dengan kanak-kanak tersebut. Misalnya, ibu bapa, rakan, guru, keluarga dan sebagainya. Daripada pemerhatian yang dapat kita lihat dalam persekitaran kanak-kanak, kanak-kanak itu lebih banyak bergaul dengan golongan yang terdekat dengan mereka seperti ibu bapa dan rakan. Masa yang terluang dalam hidup kanak-kanak lebih kepada ibu bapa, rakan-raakn dan sebagainya. Sebagai contohnya, tindakan ibu bapa untuk mengenali rakan sebaya anak-anak mereka dengan lebih dekat akan membantu dalam memberi perkembangan yang positif dalam kehidupan sosialnya.
16
Seterusnya ialah lapisan persekitaran yang kedua iaitu mesosistem. Mesosistem merupakan perkaitan di antara dua mikrosistem. Misalnya, perhubungan keluarga dengan sekolah, perhubungan keluarga dengan rakan sebaya, perhubungan sekolah dengan pihak berkuasa, perhubungan keluarga dengan pihak berkuasa dan banyak lagi. Bronfrenbrenner menyatakan bahawa kanak-kakan seharusnya diberikan lebih galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain dalam sistem mesosistem ini. Hal ini kerana ianya membantu kanak-kanak dalam membangunkan perkembangan yang positif berbanding kanak-kanak yang kurang
berkesempatan. Sebagai contohnya, kerjasama di antara pihak sekolah da pihak polis akan dapat membendung gegala negatif yang berlaku dalam kalangan pelajar dan ini secara tidak lansung akan membantu kanak-kanak dalam perkembangan sosialnya dan kemajuan akademiknya.
Selain itu, ekosistem yang merupakan lapisan ketiga dalam teori Ekologi Bronfenbrenner juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ekosistem bermaksud persekitaran luar. Maka, dapat disimpulkan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran luar yang terdiri daripada masayrakat di sekitarnya. Walaupun kanak-kanak bersifat pasif dalam penglibatan mereka dengan persekitaran mereka, tetapi mereka akan tetap terpengaruh dengan tindakan yang diambil oleh masyarakat ekosistem. Sebagai contoh, penglibatan Persatuan Rakan Muda dengan pihak sekolah mampu membantu kanak-kanak dalam
Di samping itu, perkembangan kanak-kanak juga dipengaruhi oleh makrosistem persekitaran yang Ekologi juga merupakan lapisan keempat dalam teori
Bronfenbrenner.
Perkembangan
kanak-kanak
dpiengaruhi oleh pendedahannya terhadap elemen sosiobudaya dan sosioekonomi. Maka, dapat disimpulkan bahawa makrosistem bermaksud pengaruh elemen-elemen sosiobudaya dan 17 kedudukan sosioekonomi
terhadap
perkembangan
dan
peertumbuhan
kanak-kanak.
Misalnya,
sosiobudaya seperti jantina, adat resam, agama, etnik, nilai-nilai dan sebagainya serta kedudukan sosioekonomi yang berat sebelah. Contonya, dalam kehidupan seharian kita, kita dapat lihat bahawa warga bumiputera lebih diberi kelayakkan untuk masuk ke universiti tempatan berbanding warga bukan bumiputera. Selain itu, sejak dari zaman dahulu lagi kaum lelaki diberi kuasa yang lebih dominan dalam pendidikan dan pekerjaan.
Lapisan yang terakhir ialah kronosistem. Kronosistem bermaksud pengaruh sosiohistorikal terhadap perkembangan kanak-kanak. Seiring dengan peredaran zaman, dunia kita juga semakin maju berbanding dengan zaman dahulu kala. Kakalu dahulu, kanak-kanak hanya belajar dengan menggunakan batu dan arang, kini mereka belajar dengan mengunakan kertas dan pensil. Sumber teknologi juga semakin bertambah maju sperti adanya telivisyen, komputer riba, majalah dan sebagainya. Sepertimana yang kita ketahui, pendedahan kepada sumber teknologi mempengaruhi kanakkanak baik secara positif atau negatif. Kadar perkembangan kanak-kanak akan meningkat jika mereka terdedah kepada sumber teknologi yang sihat. Tetapi sebaliknya akan berlaku jika mereka terdedah kepada sumber teknologi yang negatif.
Secara kesimpulan, persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Kelima-lima aspek tersebut emainkan peranan penting dalanm persekitaran dan perkembangan kanak-kanak.
18
19
Nama Umur Jantina Tarikh lahir Tempat lahir Asal Nama bapa Pekerjaan bapa Nama ibu Pekerjaan ibu Bilangan adik beradik Anak ke Berapa Hobi Cita-cita Sekolah Berat Tinggi Keistimewaan
: : : : : : : : : : : : : : : : : :
Mohamad Iszafran Bin Mohomad Mazlan 3 tahun Lelaki 12 April 2009 Hospital Besar Sarikei Sarawak Mohamad Mazlan bin Iswandi Jurutekik Ukur Salpiah binti Ruji Supervisor Nguikee 5 Bongsu Melukis dan mewarna Doktor Prasekolah Taman Bunga Raya 25 kg 60 cm Cepat memahami situasi sekitarnya
20
3.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF RESPONDEN Semua kanak-kanak mempunyai tahap kognitif yang tersendiri. Setiap kanak-kaak berbeza tahap kognitifnya walaupun berada pada usia yang sama. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Dalam kajian kes saya, saya telah mengkaji responden saya yang bernama Iszafran atau lebih dikenali sebagai Zafran. Hasil kajian yang saya perolehi adalah berpandukan pemerhatian keatas kehidupan sehariannya dan juga ujian yang dikenakan keatasnya.
Zafran sudahpun mencecah umur 3 tahun. Dia sangat suka makan terutamanya gula-gula. Dia akan makan apa sahaja yang berbentuk bulat dan berwarna-warni. Pada suatu hari, Zafran telah menemui satu biji pil yang berwarna merah dan hampir sahaja ditelannya. Mujurlah ibunya melihat peristiwa tersebut dan sempat mencegahnya. Peristiwa tadi menunjukkan Zafran mempunyai kognitif yang intuitif dalam pengamatan terhadap sesuatu objek. Dia hanya memahami objek tersebut hanya melalui ciri-ciri yang
Nampak jelas dan nyata. Perkara ini selari dengan konsep skema dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Zafran mempunyai satu skema sahaja iaitu apa-apa sahaja objek yang berbentuk bulat dan berwarna warni adalah gula-gula dan dapat dimakan. Oleh sebab itulah apabila dia melihat pil ibunya di atas meja, dia menyangka pil tersebut adalah gula-gula yang berbentuk bulat dan berwarna merah. Kognitif Zafran ini dipengaruhi oleh sikap ibu bapanya sendiri. Ibu bapanya kurang menggalakkan interaksi anaknya dengan persekitaran mereka. Mereka tidak mendedahkan kepada Zafran mengenai makanan yang tidak boleh dimakan dan boleh dimakannya.
Selain itu, Zafran merupakan seorang budak yang kreatif. Perkara ini dapat dibuktikan dengan hasil lukisan dan warna yang dibuat olehnya. Lukisan yang dilukis penuh dengan imaginasi dan dia menggunakan warna yang ceria dan kontra ketika mewarnakan lukisannya. Sesuai dengan teori Piaget yang mengatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat pra operasi (221
7 tahun) akan menunjukkan sikap egosentrik. Egosentrik yang dimaksudkan ialah kanak-kanak tersebut mempunyai pemahaman tersendiri terhadap alam sekitarnya. Salah satu faktor yang mempengaruhi kreativiti Zafran ialah melalui kematangan biologi. Pemikirannya yang kreatif itu dipengaruhi oleh pemikiran ayahnya yang bersifat kreatif juga. Saya mendapati ayahnya seorang yang pandai melukis objek yang sangat berimaginasi. Maka, kemahiran kognitifnya dipengaruhi oleh kematangan biologi ataupun baka.
Selain itu, Zafran mempunyai kemahiran menaakul yang melebihi had umurnya. Walaupun begitu, dia hanya mampu menaakul situasi yang mudah sahaja. Daripada kajian yang saya buat, Zafran mampu mengerjakan dengan mudah aktiviti padanan corak yang diberikan oleh guru prasekolahnya. Dia mampu memadankan gambar haiwan dengan badan haiwan dengan betul. Bertepatan denga teori Piaget, penaakulan dalam keseimbangan merupakan salah satu cara yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mengadaptasikan situasi yang dialaminya sesuai dengan pengalaman yang diperolehi. Daripada pemerhatian saya terhadap cara hidup Zafran, saya mendapati persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kognitifnya. Setiap petang, abangnya akan bermain patung yang berbentuk haiwan bersamanya. Bapanya juga sering membuka siaran Discovery Channel untuknya setiap malam. Maka tidak hairanlah jika dia mengetahui padanan kepala haiwan dengan badan haiwan masing-masing. Ini bermaksud dia dipengaruhi oleh sumber teknologi yang ada di sekitarnya.
Di samping itu, Zafran juga boleh mengidentifikasikan sesuatu objek dalam bahasa Inggeris. Contohnya, apabila ditunjuk kerusi, dia akan menyebutnya sebagai chair, televisyen sebagai television dan buku sebagai book. Dia juga boleh bernyanyi dalam bahasa Inggeris biarpun sebutannya masih lagi tidak betul. Ini menunjukkan dia faham akan apa yang dia lihat. Ini juga menunjukkan perkembangan kognitifnya berkembang dengan baik. Ini selaras dengan teori Piaget yang mengatakan bahawa proses asimilasi dan 22
akomodasi berlaku apabila kanak-kanak berdepan dengan situasi yang baru. Dalam kes ini, Zafran cuba untuk mengadaptasikan dirinya dalam persekitaran baru di sekolah apabila dia dimasukkan ke dalam prasekolah. Faktor yang mempengaruhi kondisi kognitif responden ialah pengalaman sosial yang diperolehinya. Semenjak dihantar ke prasekolah, penglibatan guru prasekolah telah mendatangkan kesan baik terhadap kognitifnya.
Tambahan pula, Zafran juga sudah boleh menulis huruf-huruf dan perkataan yang mudah seperti epal dan kerusi. Ini menunjukkan kognitifnya mewakili sesuatu dengan simbol mudah seperti gambar, bahasa atau isyarat. Kemahiran dia menulis boleh dikatakan agak baik untuk peringkat umurnya. Perkembangan yang dilalui oleh Zafran selaras dengan teori Vygotsky yang mengatakan pemikiran kanak-kanak berkembang akibat pergaulan dengan orang lain dan dengan bimbingan orang yang lebih mahir, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran dengan lebih baik. Dalam kes ini, perkembangan kognitif Zafran dalam menulis dipengaruhi oleh pergaulannya dengan rakanrakan di sekolah, guru prasekolahnya serta abangnya yang sentiasa mengajarnya menulis huruf-huruf mudah. Maka, dapat dirumuskan bahawa faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif Zafran ialah interaksi sosial yang berlaku di sekitarnya sepertimana yang diutarakan oleh Vygotsky.
Selain daripada pemerhatian saya terhadap responden, saya juga telah melakukan beberapa ujian untuk mengkaji kognitif kanak-kanak tersebut. Ujian pertama yang telah saya jalankan ialah mengenai bilangan daun. Saya telah menggunakan daun yang sama saiz dan daripada pokok yang sama sebagai bahan eksperimen. Ujian yang dilakukan hampir sama dengan ujikaji yang dilakukan oleh Piaget. Saya menggunakan 12 helai daun dan menyusunnya dalam dua baris yang sama panjang. Saya telah menanyakan soalan yang berikut kepada responden, Adakah bilangan daun tersebut berada dalam baris yang sama? Responden menjawab ya. Tetapi apabila salah satu baris daun tersebut diubah menjadi panjang, responden 23
mengatakan bahawa baris yang lebih panjang mempunyai bilangan daun yang lebih banyak daripada baris yang satu lagi.
Rajah 5: Daun yang digunakan sebagai eksperimen Eksperimen tersebut telah menunjukkan bahawa responden tidak dapat melakukan proses keterbalikan secara mental. Hal ini kerana responden lebih menumpukan kepada keadaan fizikal (panjang baris daun) daripada konsep abstrak iaitu bilangan daun dalam satu baris. Responden melihat baris baru sebagai bilangan daun yang ditambah kepada baris lama. Ini menunjukkan responden masih tidak dapat menguasai kemahiran proses keterbalikan memandangkan usianya yang baru mencecah 3 tahun.
Ujian kedua yang dilakukan oleh saya terhadap respon untuk mengkaji perkembangan kognitifnya ialah memadankan huruf besar dan huruf kecil. Memandangkan responden sudah pun memasuki prasekolah, maka saya rasa ujian ini sesuai untuk mengkaji perkembangan kognitif responden. bahan yang saya guna dalam ujian ini adalah seperti di bawah.
24
Daripada ujian yang telah dilakukan, responden dapat mengenalpasti huruf besar dan pasangannya, huruf kecil dengan betul. Responden hanya melakukan kesilapan untuk huruf L,l dengan huruf I,i. Daripada ujian tersebut, saya mendapati responden mempunyai tahap kognitif yang baik untuk kanak-kanak seusianya kerana ia mampu mengenal padanan huruf dengan cepat untuk beberapa buah huruf. Kemahiran responden dalam proses mengenalpasti berada pada tahap yang baik. Hal ini kerana responden sering terdedah dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang mudah di prasekolah seperti nyanyian huruf-huruf mudah dan sebagainya. Ini membuktikan persekitaran mempengaruhi perkembangan
Kesimpulannya, daripada pemerhatian dan ujian yang dilakukan ke atas responden, saya mendapati responden lebih terdedah kepada pengaruh persekitaran yang ada disekelilingnya. Perkembangan kognitif yang
25
3.3 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF RESPONDEN Setelah mengetahui ciri-ciri dan faktor-faktor yang mempengaruhi responden yang saya kaji, maka saya dapat mengenalpasti implikasi perkembangan kognitif responden terhadap proses pengajaran dan
pembelajarannya. Berdasarkan umur responden (3 tahun) yang berada di peringkat pra operasi dan berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget, terdapat beberapa kesan perkembangan kognitif responden terhadap proses pengajaran dan pembelajaran responden. Antaranya ialah
penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit, arahan yang diberi pendek dan ringkas, responden sukar untuk memahami sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain, penggunaan perkataan, aktiviti P&P dan pengalaman pembelajaran responden.
Kesan yang pertama mengikut teori Piaget ialah penggunaan bahan bantu belajar yang bersifat lebih konkrit. Zafran bukan berada di peringkat umur yang membolehkan ianya berfikir sesuatu yang abstrak dan melakukannya dalam bentuk yang abstrak. Responden masih terlalu muda untuk sesuatu yang abstrak. Maka, responden harus didedahkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit. Sepertimana yang dikaji sebelumnya, kemahiran 3M responden masih lagi lemah dalam sesetengah perkara seperti kemahiran mengira. Maka, guru atau ibu bapa harus menggunakan bahan yang bersifat konkrit untuk mengajarnya mengira. Hal ini supaya responden dapat melihat gambaran sebenar mengenai proses kiraan yang dilakukan. Maka, implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ialah mereka harus mengguna bahan bantu mengajar yang konkrit terhadap responden.
Selain itu, ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, responden haruslah diberi arahan yang ringkas dan pendek sahaja sesuai dengan peringkat umur dan tahap kognitifnya. Responden tidak dapat menerima arahan yang banyak dan padat dalam suatu masa. Responden 26
tidak akan dapat menangkap intipati yang ingin disampaikan. Maka, pihak pengajar haruslah memberi arahan yang pendek dan ringkas kepada responden supaya dia dapat melakukan arahan tersebut. Sebagai contohnya, guru harus memberitahu sesuatu peristiwa itu berlaku mengikut kronologi dalam cara yang sistematik dan dapat ditafsir oleh responden. Contohnya, apabila guru ingin responden untuk tidak berbuat bising di perpuskataan, beliau akan berkata Tolong diam . Responden secara automatic ak an memahami mesej yang ingin desampaikan.
Memandangkan usia responden yang masih terlalu muda, responden menghadapi kesukaran dalam memahami sesuatu perkara dalam sudut pandangan orang lain. Hal ini kerana, pada peringkat umurnya dan
kognitifnya yang bersifat egosentrik, responden selalu beranggapan bahawa semua orang yang berada di sekitarnya mempunyai perspektif yang sama dengannya. Oleh sebab itulah guru haruslah mengambil kira dan menyelami cara pandangan responden terhadap sesuatu perkara. Perkara ini akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan. Sebagai contohnya, guru harus memberi nasihat dalam bentuk yang difahami oleh responden. Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan
kognitifnya ketika berumur 3 tahun membuatnya sukar untuk memahami sesuatu perkara dalam konteks yang difahami oleh orang lain.
Implikasi lain yang terjadi ke atas responden ialah dia cenderung untuk menggunakan perkataan yang hanya difahami oleh mereka dan perkataan tersebut membawa banyak makna. Guru mestilah peka terhadap penggunaan perkataan yang digunakan oleh responden. Guru harus mengkaji perkataan yang sering digunakan oleh responden dan rakan seusianya supaya apabila berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran nanti, guru mampu untuk menggunakan perkataan yang membawa maksud yang sama bagi respoden dan juga dirinya. Maka, objektif pembelajaran dapat dicapai. Sebagai contoh, responden menyatakan bahawa tekaknya 27
kering yang bermaksud sakit tekak baginya tetapi bagi guru responden hanya haus. Maka, guru harus lebih peka terhadap penggunaan perkataan responden.
Dalam kes kajian saya, Zafran sering diberi aktiviti hands-on semasa di sekolah. Maka, guru harus memberi peluang untuk responden membuat aktiviti hands-on sendiri dan membiarkan mereka mengambil pengalaman daripadanya. Contohnya aktiviti hands-on yang pernah dibuat oleh responden saya ialah mewarna pemandangan senja menggunakan krayon. Kesannya, responden saya kelihatan yakin dalam aktiviti hands-on yang diberi kepadanya. Hal ini kerana, responden saya merasakan bahawa gurunya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadapnya untuk melakukan aktiviti sendiri. Ianya sekaligus akan membantu responden saya untuk berdikari.
Saya
juga
dapat
mengesan
implikasi
perkembangan
kognitif
responden saya terhadap proses pengajaran dan pembelajarannya melalui teori Vygotsky. Antaranya ialah galakan daripada rakan sebaya dalam proses P&P responden dan memberi arahan yang bermakna kepada responden.
Implikasi yang pertama berdasarkan teori Vygotsky ialah guru harus menggalakkan penglibatan rakan sebaya terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran responden. Hal ini kerana pada usia yang muda, responden bukan sahaja memerlukan bimbingan daripada ibu bapa dan guru tetapi juga daripada rakan sebaya yang lebih mahir daripadanya. Apatah lagi bagi responden saya yang sudah pergi ke prasekolah walaupun umurnya baru sahaja 3 tahun, berbeza dengan rakan sekelasnya yang berusia 4 dan 5 tahun. Penglibatan responden saya dengan rakannya yang lebih mahir dalam mewarna telah membantu kemahiran mewarnanya untuk menjadi lebih kreatif. Guru prasekolah responden harus membentuk satu kumpulan
Mereka dapat bertukar pendapat dan berkongsi kemahiran serta imaginasi mereka.
Akhir sekali ialah responden harus diberikan arahan yang bermakna setiap kali dia melakukan sesebuah aktiviti. Dalam hal ini ibu bapa dan guru memainkan peranan yang besar. Contohnya ibu bapa ketika di rumah. Si ibu menyuruh responden untuk mencuci tangan sebelum makan. Tetapi si ibu harus memberitahu alasan yang munasabah dan bermakna untuk responden. Responden perlu mencuci tangan sebelum makan kerana ia akan menghilangkan kuman yang ada pada tangannya. Kalau tidak mereka akan sakit kerana mereka seperti memakan kuman tersebut. Bagi guru pula, guru boleh mengaitkan pengajaran yang diberi dengan kehidupan seharian responden. Dalam kajian saya terhadap responden, Zafran, gurunya sering mengaitkan nilai-nilai murni yang diajarnya dengan kehidupan masyarakat yang ada di sekitarnya. Contohnya, budaya ziarah menziarahi dalam
29
3.4 RUMUSAN / CADANGAN Kesimpulannya, daripada pemerhatian saya terhadap responden dan keluarga serta persekitarannya dan ujian yang telah dijalankan ke atas responden, perkembangan kognitif responden lebih banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Terlalu banyak peranan persekitaran yang telah membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Saya mendapati responden mampu memberi respons yang cepat terhadap sesuatu perkara serta mampu mengenal pasti padanan huruf dan gambar-gambar tertentu.
Walaubagaimanapun, responden masih tidak mampu untuk melakukan prose keterbalikan dan menaakul dengan baik. Kemahiran responden dalam menulis juga boleh bertambah baik jika dibantu seperti bantuan ibu bapa dan guru.
Pada pandangan saya, cadangan yang terbaik ialah melalui peranan ibu bapa. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih dalam
perkembangan kognitif responden seperti melihat responden melakukan kerja rumah dan membimbing mereka. Hal ini kerana responden masih boleh dibentuk kognitifnya memandangkan usianya masih lagi muda. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peranan ibu bapa dalam memastikan responden memakan makanan yang seimbang juga penting. Hal ini kerana pemakanan yang tidak sihat akan mempengaruhi otak dan pemikiran responden. Saya mendapati kedua-dua ibu bapa responden bekerja dan tiada masa untuk menyediakan makanan yang sihat terhadap responden, sebaliknya hanya menyediakan makanan tin. Sudah sewajarnya ibu bapa menyediakan persekitaran yang selesa dan kondusif untuk responden. Pihak prasekolah juga harus sering melakukan aktiviti sukaneka. Hal ini kerana ianya akan mewujudkan gaya hidup yang sihat dan sekaligus akan mencerdaskan minda responden. Ini secara tidak lansung akan membantu mempertingkatkan kognitif responden. Selain itu, guru juga harus
berada di sekolah. Guru juga harus sentiasa mendedahkan responden kepada sumber teknologi yang bermanfaat kepada responden dan menjaga pergaulan sosialnya dengan rakan-rakannya di sekolah. Peranan sekolah tersebut akan membantu memperkembangkan kognitif mereka ke arah yang positif dan meningkatkan kadar responsnya terhadap sesuatu perkara. Kesimpulannya, ibu bapa dan pihak sekolah harus sentiasa bekerjasa bagai aur dengan tebing untuk sentiasa memastikan responden dan kanak-kanak yang lain mendapat pelajaran yang sempurna dan memastikan mereka berada dalam persekitaran yang positif sama ada di dalam rumah ataupun di luar rumah. Ini secara tidak langsung akan memperkembangkan tahap kognitif responden dan kanak-kanak yang lain dan pemikiran mereka dapat berkembang dengan baik.
31
4.0 REFLEKSI Saya telah membuat tugasan individu bagi Perkembangan Kanak-Kanak. Saya juga telah membuat kajian kes terhadap seorang kanak-kanak sebagai responden bagi perkembangan kognitif dalam Perkembangan Kanak-Kanak. Semasa membuat tugasan dan kajian, saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada diri saya. Semasa membuat tugasan ini, saya menggunakan pelbagai kaedah dalam menghasilkan tugasan yang baik. Semasa membuat kajian juga saya telah menggunakan pelbagai kaedah dalam menemuranmah responden saya. Saya juga melakukan kajian berdasarkan pemerhatian dan penglibatan ibu bapa responden dalam proses temu ramah tersebut. Semasa menjalankan keduadua tugasan, saya telah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang saya kesan melalui tugasan dan kajian yang saya buat.
Antara kekuatan yang saya dapati ialah saya mampu meningkatkan kemahiran saya dalam menggunakan kemahiran teknologi moden seperti Microsoft Word dan kompenan yang terdapat di dalam perisian tersebut. Saya juga mampu untuk mengurus masa saya dengan lebih bijak. Saya juga mampu meningkatkan kemahiran komunikasi saya dengan ahli masyarakat di sekeliling saya. Contohnya ketika saya berbual dengan ibu bapa responden.
Antara kelemahan yang dapat saya kenal pasti ialah saya masih lagi tidak mampu untuk membuat tugasan saya dalam bentuk yang sistematik. Walaupun rakan rakan saya mengatakan hasil tugasan saya sistematik tetapi saya masih lagi merasakan sebaliknya. Saya juga masih lagi belum boleh untuk membuang rasa malu ketika berkomunikasi dengan orang lain. Perasaan gentar dan gemuruh itu tetap ada setiap kali berdepan di hadapan orang yang tidak dikenali.
32
RUJUKAN a) Buku
Haliza Hamzah & Joy N. Samuel (2008). Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Edisi Kedua). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-kanak (Edisi Pertama). Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
b) Tesis
Nurazimah bt Alang. (2010). Perkembangan Fizikal, Emosi Dan Sosio KanakKanak Pintar Cerdas. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perak Darul Ridzuan.
Kami Guru Malaysia. (2008). Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan. http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/faktor-yangmempengaruhi-perkembangan.html. Dilayari pada 15 Febuari 2012.
33
34