Anda di halaman 1dari 7

SJH 3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH SOALAN PERBINCANGAN SEMASA SESI INTERAKSI TUTORIAL / KULIAH 1.

Membincangkan tentang latar belakang, bentuk, elemen merentas kurikulum dan kurikulum berasaskan standard dalam KSSR. Latar Belakang Transformasi Kurikulum Kebangsaan Keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 6 / 2008. Dipengerusikan oleh Y. B. Menteri Pelajaran. Pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan peringkat sekolah rendah. Bertujuan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi : memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan semasa untuk menghadapi cabaran abad ke 21. Fokus transformasi : kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan turut mengambil kira kemahiran menaakul, kreativiti dan inovasi, teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi, KPM melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju : memastikan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. KPM dapat input dari pelbagai pihak berkepentingan (Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri,
1

akademik

dan

ibu

bapa)

untuk

membangunkan konsep kurikulum persekolah rendah berasaskan standard. Konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 3 / 2009 pada 2 Oktober 2009. KPM bangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) serta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kurikulum Pendidikan Khas turut terlibat dibangunkan. Pelaksanaan rintis dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara, bertujuan memastikan kurikulum itu mantap. Hasrat KSSR Melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. KSSR berteraskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR mengguna pakai 4 tonggak pendidikan UNESCO iaitu i ii iii iv Belajar untuk mengetahui ( learning to know ) Belajar untuk bertindak ( learning to do ) Belajar untuk hidup bersama ( learning ti live together ) Belajar untuk membentuk peribadi ( learning to be )

Murid yang mengikuri KSSR akan mempunyai asas asas berikut : Insan yang seimbang dari segi intelek,rohani, emosi, jasmani dan sosial. Warga negara yang bertanggungjawab. Warganegara yang boleh berperanan diarena global ( Global Player ). Pekerja ilmu.
2

Prinsip KSSR Mengekalkan kesemua prinsip KBSR kerana sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip prinsip tersebut adalah seperti berikut : i Pendekatan Bersepadu Unsur unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabung untuk wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. ii Perkembangan Individu Secara Menyeluruh Semua mata pelajaran berperanan memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial ( potensi murid dikembang secara bersepadu ). iii Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid Beri peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang. iv Pendidikan Seumur hidup Menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pendidikan sepanjang hayat. Bentuk Kurikulum Konsep Tunjang Diperkenalkan dalam KSSR. Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Terdapat 6 tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
3

Tunjang menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Senarai 6 tunjang ialah seperti berikut :1. Tunjang Komunikasi Penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis serta nilai tambah menaakul. Bertujuan menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah BM,BI,BC,BT,BA,BCSK, BTSK,Bahasa Iban,Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai. 2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, nakat dan apresiasi. Disiplin ilmu aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ; kreativiti, bakat dan apresiasi ialah Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik. 3. Tunjang Kemanusiaan Penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang masyarakat dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan. 4. Tunjang Keterampilan Diri Penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Bertujuan memberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam
4

kegiatan kokurikulum serta meningkatkan 5. Tunjang Sains dan Teknologi Penekanan kepada penguasaan: -

potensi diri

sebagai

pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik. Pengetahuan , kemahiran dan nilai dalam matematik. Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Disiplin ilmu dalam Tunjang Literasi sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi ( RBT ) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ). 6. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai Penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang merangkumi Pendidikan Islam ( murid Islam ) dan Pendidikan Moral ( murid bukan Islam ). Fokus KSSR Selepas 6 tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. Beri penekanan kepada 4M ( membaca, menulis, mengira dan menaakul ) Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Tahap 1 Pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Literasi dan numerasi ditekankan untuk membolehkan murid kuasai 4M. Ditekankan juga kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK. Tahap 2 Penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan dan perkembangan sahsiah. Organisasi Kurikulum KSSR
5

Diorganisasikan dalam bentuk modular. Dikenali sebagai modul kerana mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu. Mata pelajaran turut diorganisasikan secara modular. Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri lengkap ( self contained ). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

Organisasi Tahap 1 Kurikulum diorganisasikan dalam :-

1. Modul Teras Asas Merangkumi bidang pembelajaran asas. Modul Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani dan Modul Pendidikan Kesihatan. Mesti dipelajari oleh semua murid. 2. Modul Teras Tema Menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat 2 modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi( DST ). Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi ( RBT ) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ). Mesti dipelajari oleh semua murid. 3. Modul Elektif Pilihan disiplin pilihan yang ditawarkan kepada murid. BA, BCSK, BTSK, Bahasa Iban, dan Bahasa Kadazandusun. Ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa. Pemilihan dibuat oleh pihak sekolah, sekurang kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek; i Penyediaan guru
6

ii iii

Permintaan daripada murid Prasarana sekolah

Organisasi Tahap 2 Diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul.

Anda mungkin juga menyukai