Anda di halaman 1dari 39

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

1.0 CLOSE DRIBBLE 1.1 Memanaskan badan. Berjogging dari garisan 25 ela ke garisan 50 ela dan ulangi latihan ini sebanyak tiga kali. Berlari anak dengan menggunakan kelajuan yang sama tetapi bergerak mengikut arahan. Lari skip lari sisi jog lari ke belakang dan diulangi sebanyak tiga kali. Memanaskan badan dengan alatan. Menggelecek longgar dari garisan 25 ela ke garisan 50 ela. Ulangi sebanyak tiga kali.

Kalistenik untuk melonggarkan otot dan sendi. Regang tengkuk (tangan bawah dagu tolak ke atas. Tangan atas kepala tekan ke bawah. Tangan di kanan dagu tolak ke kiri dan tangan di kiri dagu tolak ke kanan untuk kelembutan sendi tengkuk). Regangan bahu. Regangan tangan. Regangan pinggang (memutarkan pinggang). Regangan badan (bongkokkan dan luruskan badan). Melonggarkan otot quadericeps dan hamstring. Memutarkan pergelangan kaki. Angkat tumit bertubi-tubi.

1.2 Mekanik Menggelecek Rapat Pegangan tangan Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar, siku dan pergelangan tangan kiri menghadap ke depan. Tangan kanan memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan menghadap keluar. Badan Mata Mata sentiasa memandang bola dan memandang sekilas untuk memastikan ke mana pemain akan bergerak dan untuk mengkaji situasi padang apabila bola di dalam kawalan yang baik. Bola Bola harus berada ke kanan dan di depan kaki kanan dan sentiasa menyentuh kayu hoki. Bongkokkan badan sedikit dan lutut dibengkokkan.

WAJ 3109

Muka Surat 1

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

Kayu Mempunyai sudut yang betul Bahagian rata kepala kayu bersudut sedikit apabila menyentuh bola. Tekanan diberi di bawah bahagian tengah bola, yang akan memberi momentum berlebihan.

1.3 Aktiviti Ansur Maju a. Pemain menggelecek rapat di atas satu garisan yang lurus. A1

A2

b. Pemain menggelecek rapat di antara pemain dalam satu pasukan iaitu : * A1 mengggelecek kepada A2 A2 mengggelecek kepada A3 A3 mengggelecek kepada A4 (Latihan ini boleh diulang beberapa kali)

A3 A 1

A2 A4

c. Pemain menggelecek rapat di antara pemain tetapi bola diberhentikan di tengah jalan. Pada masa yang berhenti pemain dan bola berhenti dengan bola berada berhampiran kaki depan dan kayu di atas bola hoki.

A3 A1

berhenti

A2 A4

WAJ 3109

Muka Surat 2

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

d. Pemain menggelecek rapat dalam satu kawasan berbentuk bulat. Apabila diisyaratkan, pemain meninggalkan bola dan mara ke hadapan untuk menggelecek bola lain yang ditinggalkan oleh rakan. A5 A3 A7 A6 A1 A4 A8 A2 A5

e. Pemain menggelecek rapat di atas garisan D. Pemain menggelecek bola di sepanjang garis D seorang demi seorang tanpa halangan.

f. Pemain menggelecek rapat di antara rakan tetapi menggolekkan bola separuh jalan, berhenti kemudian menggolekkan semula dengan mengundur dua langkah ke belakang dan terus menggerakkan bola ke hadapan.

A3 A1

berhenti

A2 A3 Undur dan terus ke hadapan

g. Pemain menggelecek rapat tetapi mengolekkan bola sesuku jalan dan berhenti, kemudian menggerakkan bola ke kiri tiga langkah dan mengolek semul a ke kedudukan asal menggunkan reverse stick . Kemudian menggerakkan bola ke depan dan berhenti separuh jalan. Pemain mengundur tiga langkah, menggerakkan bola ke hadapan dan berhenti di tiga suku jalan mengulangi pergerakan seperti pergerakan sesuku jalan. Selepas itu terus menggerakkan bola hingga sampai ke garisan penamat dan berhentikan bola.

1.4 Pemainan kecil a. Perlumbaan menggelecek rapat. Pemain akan menggelecek bola secara perseorangan sejarak 25 meter. Pemenang dikira apabila pemain sampai dahulu.

WAJ 3109

Muka Surat 3

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

25 meter A1 A2 A3

b. Permainan : Bola akhir dalam kotak Bil Pemain : Sehingga 12 orang pemain Tujuan : Memperbaiki kawalan bola cara dekat Pengelolaan : 12 pemain bergerak bebas dalam kawasan segiempat. Sambil pemain-pemain bergerak bebas mengawal bola sendiri, mereka cuba mengeluarkan bola pemain lain dari kawasan bermain. Pemain yang bolanya telah dikeluarkan hendaklah menunggu di garisan tepi sehingga hanya seorang pemainyang tinggal. Perhatian jurulatih : Gerak kaki dan posisi badan bagi menentukan pergerakan yang baik untuk mengelakkan pemain lain dan memberi perglihatan yang baik. Pemenang : Pemain yang terakhir yang berada dalam kotak dengan bola berada dalam kawalannya.

1.5 Aktiviti Gerak Kendur a. Berlari anak dari garisan gola ke garisan gol sambil mengangkat kaki, lari sisi dan lari ke belakang. b. Regangan otot dan sendi c. Menarik nafas.

WAJ 3109

Muka Surat 4

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

2.0 INDIAN DRIBBLE Kelecek cara ini adalah asas bagi semua gerakan dengan bola dalam permainan hoki. Pemain-pemain yang dapat menguasainya akan memperolehi kepuasan dan berupaya bertindak cemerlang. Bagaimanapun tidak ada gunanya seorang pemain menunjukkan kelecek 'India' yang 'cantik' sekiranya tiada pemain lawan yang berhampiran. Pemain-pemain mestilah melaksanakan kelecek India di hadapan badan dengan cara menggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang melintang badan dan dengan cara silih berganti memainkan bola menggunakan hadapan dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu belakang dan ke hadapan ke atas bola. Tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas dan digabungkan dengan tangan kiri untuk melakukan ketekan untuk menukar arah gerakan bola.

2.1 CARA INDIAN DRIBBLE 1. Pegangan Kayu: Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas. Muka kayu pandangkan ke luar sambil buku jari tangan kiri pandangkan badan pemain. Tangan kanan memegang kayu di bawah sedikit. Tangan kiri memusing kayu sambil tangan kanan membantunya sahaja. Bola ditarik ke kanan atau ke kiri oleh kayu dengan meluncur bola. 2. Bola: Bola hendaklah berada lebih kurang 30cm di hadapan kaki kanan. Ia kemudian ditolak ke kaki kiri dan apabila bola sampai. Kayu meluncurkan bola dan tariknya balik kepada kaki kanan. 3. Kaki dan Badan: Kedudukan kaki adalah kangkang dan badan dibongkokkan ke hadapan dengan bola lebih kurang 60cm di depan. Pada awalnya gerakan bola dari kanan ke kiri adalah secara perlahan dan kemudiannya secara pantas. Jika kaki kanan di hadapan maka bola berada di kanan dan jika kaki kiri bergerak ke hadapan maka bola ditarik ke kiri
WAJ 3109 Muka Surat 5

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

juga. Seorang pemain harus ingat, bahawa bola mestilah di hadapannya semasa bergerak dan badan pula condong ke depan. Kayu sentiasa berhampiran dengan bola dan ini membolehkan pemain mengawal bola pada setiap masa.

WAJ 3109

Muka Surat 6

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

3.0 MENOLAK DAN MENERIMA Teknik yang telah diberikan oleh pensyarah kami, Tn. Haji Musah bin Ahmad, ialah menolak dan menerima. Mengikut Manual Program Mengenal Pasti Bakat Sukan (TID) yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM), teknik menerima didefinisikan sebagai kebolehan menerima dan mengawal bola menggunakan pegangan forehand dan jarak kawalan ialah dalam lingkungan setengah meter dari badan. Mengikut dokumen tersebut juga, rasional di sebalik pengajaran teknik tersebut ialah kerana penerimaan bola dengan baik dapat mempengaruhi tindakan seterusnya. Bagi menerima bola, pemain perlu memegang kayu dengan pegangan biasa, iaitu tangan kiri memegang di bahagian atas dan tangan kanan pada bahagian tengah kayu.

Teknik Pegangan

Kangkangkan kaki seluas bahu dan bengkokkan lutut. Aturkan kayu hoki di depan dan dengan menggunakan strong stick, dan dengan muka depan kayu hoki, sambut bola sambil muka depan kayu bengkok ke hadapan sedikit supaya bola tidak melantun apabila terkena kayu. Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah
WAJ 3109 Muka Surat 7

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

satu kemahiran yang sangat penting kepada pemain. Ia adalah satu kemahiran yang sangat perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak. Mengikut Manual Program Mengenal Pasti Bakat Sukan (TID) yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM), teknik menolak didefinisikan sebagai kebolehan membuat hantaran menolak bola ke sasaran dengan menggunakan pegangan forehand dan rasional di sebalik pengajaran dan pembelajaran teknik ini adalah disebabkan hantaran merupakan kemahiran yang penting dalam sukan hoki. Bagi menolak bola pula, dengan menggunakan muka depan kayu hoki, tolak bola ke depan dengan kuasa yang diperlukan. Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sema seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan.

WAJ 3109

Muka Surat 8

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

4.0 MENOLAK DAN MENAHAN 4.1 Kemahiran Menolak Kemahiran menolak merupakan kemahiran asas dalam pemainan hoki. Kemahiran ini adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola. 4.1.1 Kebaikan dan Cara-Cara Kemahiran Menolak Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari oleh pihak lawan terutamanya untuk clearance dan jaringan gol. Kelebihan kemahiran ini dapat melindungi niat pemain kerana pihak lawan sukar untuk menjangka arah bola akan dihantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menolak: i. Pegangan- Pemain meletakkan tangan kiri di atas kayu hoki. Tangan kanan pula diletakkan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat. ii. Postur badan- Pemain berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibuka seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Berat kaki di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa menolak bola. iii. Bola- Bola diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di belakang dan menyentuh bola. Pemain mengikut lajak kayu hoki ke arah bola bergerak.

WAJ 3109

Muka Surat 9

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

4.2 Kemahiran Menahan Kemahiran menahan juga merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalam permainan hoki. 4.2.1 Cara-Cara Kemahiran Menahan Berikut adalah cara-cara kemahiran menahan: i. Pegangan kayu hoki- Tangan kiri pemain diletakkan di hujung kayu dengan tangan belakang menghala ke luar manakala siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan pula memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan. ii. iii. Mata- Mata pemain memandang ke arah bola. Postur badan- Badan pemain harus berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit.

WAJ 3109

Muka Surat 10

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

5.0 MEMUKUL DAN MENAHAN Prosedur aktiviti 1. Memanaskan badan Kandungan Amali Tindakan - berlari 2 pusingan -membuat regangan badan

2. Kemahiran asas -pukulan push pass

-mengajar tentang kedudukan kaki, kayu hoki dan tangan -mengajar tentang teknik pukulan push pass

-pukulan slap shot

Amali

-mengajar tentang kedudukan kaki, kayu hoki dan tangan -mengajar tentang teknik pukulan slap shot

-pukulan drive

-mengajar tentang kedudukan kaki, kayu hoki dan tangan -mengajar tentang teknik pukulan drive

3. Membuat latih tubi

Amali

-menyediakan alatan yang digunakan seperti skitel dan bola hoki. -mengajar tentang cara memukul menggunakan

WAJ 3109

Muka Surat 11

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

teknik-teknik yang telah diajar. -menyuruh murd-murid membuat amali bersama rakan-rakan yang lain secara sendiri.

4. Permainan kecil

Amali

-mengadakan satu permainan kecil bagi meningkatkan lagi pemahaman terhadap teknik pukulan yang telah diajar.

5. Aktiviti cooling down

Amali

-setelah tamat permainan, cikgu akan membuat aktiviti penyejukan badan.

WAJ 3109

Muka Surat 12

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

6.0 SERANGAN BALAS/COUNTER ATTACK Pengenalan kepada counter attack Counter attack bermaksud serangan balas. Tujuan serangan ini adalah untuk memerangkap lawan pada "keadaan kurang bersedia". Contohnya: Apabila mereka memberikan bola di bahagian tengah atau serangan, pemain lawan akan cenderung untuk menjadi lebih jauh ke tengah daripada biasa dan mungkin tidak dapat dengan cepat menyesuaikan diri dengan corak pertahanan.(turun ke bawah semula) Menyerang balas mungkin melibatkan satu atau dua penyerang berhampiran

garisan separuh padang dengan harapan bahawa melalui bola boleh dimainkan untuk menjerat lawan yang tidak/kurang bersedia.

6.1 Kemahiran Menjaringkan Gol

Pemain A dan B memukul bola (bola tenis atau mana-mana bola yang sesuai) secara bergilir-gilir ke arah gol. Penjaga gol dikehendaki menjaga gawang daripada dibolosi.

Pemain A menggelecek bola ke dalam bulatan D sehingga ke arah kon penanda. Apabila sampai ke kon penanda, pemain dihendaki menolakl ke arah gol dan diselangseli dengan pemain B secara berterusan. Penjaga gol perlu mengawasi gawangnya daripada dibolosi.

WAJ 3109

Muka Surat 13

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

A mengelecek ke dalam B dan memukul/menolak ke dalam gol pada sudut kiri penjaga gol diikut B ke sudut kanan penjaga gol. Diikuti dengan pemain B,C dan D. Penjaga gol dikehendaki menjaga gawang daripada dibolosi.

Pemain menolak bola ke arah larian pemain X. Pemain X menahan dan mengelecek ke arah bulatan D dan memukul bola ke arah gol. Penjaga gol dikehendaki menjaga gawangnya daripada dibolosi.

WAJ 3109

Muka Surat 14

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

7.0 PENJAGA GOL .Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi sebarang pelindung bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan warnanya daripada yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya mahupun daripada pasukan lawan. Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective headgear) kecuali semasa mengambil (bukan mempertahankan penalti strok. Peralatan pelindung keepala yang sesuai : helmet berpelindung muka dan menutup seluruh kepala termasuk bahagian belakang dan kerongkong disyorkan. Pelindung kepala yang direka bentuk dan diluluskan untuk permainan hoki ais biasanyamemenuhi keperluan kebanyakkan penjaga gol. Penjaga gol juga dinasihatkan meemakai lain-lain peralatan pelindung (misalnya untuk melindungi badan, tangan, siku, paha, lutut dan sebagainya) pada setiap masa. Berikut ialah peralatan pelindung yang dbenarkan untuk kegunaan penjaga gol: pelindung tubuh, ped kaki, penendang (kicker), sarung tangan dan pelindung untuk bahagian paha, lengan (upper arm), lengan (forearm) dan siku. Pad, penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar mempunyai bahagian tepi yang kasar atau tonjolan. Pad: lebar maximum semasa dipasang kepada kaki penjaga gol ialah 300mm. Pelindung tangan: lebar maksimum 228 mm semasa diletakkan di atas permukaan yang rata dan menghala ke atas; panjang maksimum 355mm; diukur dari bawah ke penghujung. Tiada pengubahsuaian/ tambahan bagi membolehkan kayu melekat kepada pelindung tangan semasa kayu tidak dipegang.

WAJ 3109

Muka Surat 15

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

8.0 PENGENALAN/SEJARAH HOKI Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. Permainan ini telah diperkenalkan pada 1890-an di peringkat antarabangsa dan telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1928 di Amsterdam. Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu. Hoki dipercayai wujud di Paris, Greece dan Rome sekitar tahun 500 S.M. Hoki dikenali sebagai shinty di Scotland, commock di England, banty di Wales dan hoquet di Perancis. Pada pertengahan tahun 1800-an, hoki menjadi popular di sekolah sekolah sekitar England dan beberapa kelab hoki telah ditubuhkan seperti Kelab Hoki W imbledon pada tahun 1883 dan Bla cheath pada tahun 1861.Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis sebagai bola untuk hoki. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan dengan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hoki pula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semula jadi di hujungnya. Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah berukuran 91.40 meter panjang dan 55.00 meter lebar, manakala pintu gol didirikan menggunakan dua tiang gol berjarak 3.66 meter. Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey Assiciatioin (BHA) pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Pada tahun 1894, perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsung antara England dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain. Seterusnya, di Asia, hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo. Pada tahun 1926, perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan, iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah
WAJ 3109 Muka Surat 16

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kesannya, pasukan kebangsaan mendapat peluang untuk turut serta dalam kejohanan dan pertandingan yang diadakan diperingkat antarabangsa. Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Setelah itu, pada 1953, persatuan ini didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Kini, pertubuhan sukan ini lebih dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan penyertaan daripada semua negeri sebagai ahli persekutuan termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis Diraja. Persatuan ini mempunyai

pertandingannya sendiri iaitu Pertandingan Piala Sultan Azlan Shah, yang secara rasminya merupakan salah satu pertandingan peringkat antarabangsa pertama Malaysia. Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali. Selain itu, sebuah yayasan telah ditubuhkan untuk menjaga kebajikan para atlit dan untuk memberi bantuan kepada atlet yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian. Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Hal ini demikian kerana pada tahun itu pasukan negara turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne, Australia. Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956. Di samping itu, Malaysia menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Piala Dunia yang mula diadakan pada tahun 1971. Pada tahun 1975, negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, yang mana Malaysia menduduki tempat keempat. Manakala, pasukan negara sering mendapat tempat ketiga dalam Sukan Asia, di belakang India dan Pakistan. Menerusi Sukan SEA pula, Malaysia mengungguli kejohanan tersebut.

WAJ 3109

Muka Surat 17

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

9.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN HOKI 9.0 Undang-undang Asas Hoki 9.1 Peralatan Terdapat pelbagai peralatan digunakan dalam permainan hoki. Antaranya ialah padang, bulatan jaringan, pintu gol, tiang-tiang bendera, bola, kayu hoki, kasut dan alatan penjaga gol.

Padang

Padang hoki berbentuk segi empat tepat dengan ukuran 91.40 panjang dan 55 meter lebar. Garis panjang dikenali sebagai garisan tepid an garisan kebar dikenali sebagai garisan belakang. Lebar bagi semus garisan ialah 75mm.

WAJ 3109

Muka Surat 18

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

Bulatan jaringan

Bulatan garisan ialah satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan berukuran 14.63 meter. Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang. Kawasan ini dikenali sebagai kawasan D. Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan. Pintu gol

Pintu gol hoki terletak di tengah-tengah garisa belakang. Ia diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar
WAJ 3109 Muka Surat 19

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

(crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.66 meter. Ketinggian tiang tersebut berukuran 2.14 meter. Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0m 7.5m. Semua tiang gol harus dicat putih. Tiang-tiang bendera

Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut. Ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain. Bola

WAJ 3109

Muka Surat 20

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

Bola hoki adalah keras, pejal atau kosong. Permukaannya licin. Biasanya, bola hoki berwarna putih. Namun warna lain boleh diterima dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Berat bagi bola hoki ialah 156 g (minimum) dan 163 g (maksimum). Ukuran lilit bola hoki adalah 224 mm (minimum) dan 235 mm (maksimum). Kayu hoki

Sebatang kayu hoki yang baik perlulah rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan. Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola. Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan. Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk J atau U. Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu. Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya. Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam, tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g. Kasut Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut

yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut
WAJ 3109 Muka Surat 21

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain. Alatan penjaga gol

Penjaga gol harus dilengkapi dengan pelbagai alatan seperti ped kaki, sarung tangan, pelindung dada, ped-ped bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped dan pelindung kemola (hanya untuk penjaga gol lelaki). Ped kaki harus dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut dan dipasang bersama kickers. Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana ped-ped disambungkan kepada kickers diatas pergelangan kaki. Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk suatu permainan. Sarung tangan diperbuat daripada kulit dan plastic. Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 160 km sejam. Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh. Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang.

WAJ 3109

Muka Surat 22

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

9.2 Peraturan Asas Komposisi Pasukan Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap. Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli. Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa. Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain. Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan.

Mengganti Pemain Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan. Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang diambil. Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum keluar. Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki padang. Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun, permainan akan

diberhentikan sekiranya ingin menggantikan penjaga gol. Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.

Ketua Pasukan Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam kalangan mereka. Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten. Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian pemain dibuat dengan betul. Pakaian dan Peralatan Pemain Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan lawan. Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli
WAJ 3109 Muka Surat 23

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

pasukan sendiri dan pasukan lawan. Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke.

Perlawanan dan Keputusannya Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa. Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat tambahan perlulah mendapat persetujuan

kedua-dua pihak. Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang. Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri.

Permulaan Permainan Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak diserang. Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan. Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat hantaran tengah. Ciri-ciri hantaran tengah: - dilakukan di tengah padang - bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut. - apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli. - selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter. Kelakuan, Aksi dan Gerakan yang tidak dibenarkan Pemain tidak boleh bermain bola dengan back stick. Pemain tidak boleh terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan. Pemain tidak dibenarkan menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau mengangkat tinggi

WAJ 3109

Muka Surat 24

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

kayu hoki. Pemain tidak dibenarkan menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan. Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk menjaringkan gol. Kayu hoki tidak boleh melebihi paras bahu. Pemain tidak boleh lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang sedang menerima bola tinggi. Namun pemain berkenaan boleh menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di atas padang. Penyerang tidak boleh memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka menahan gol. Pemain tidak dibenarkan menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut atau penalti. Pemain tidak boleh membuang masa dengan sengaja. Pemain tidak dibenarkan menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan mana-mana bahagian badan. Pada masa yang sama, mereka tidak dibenarkan menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola. Pemain tidak boleh membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain atau pengadil. Bagi penjaga gol, mereka tidak boleh baring di atas bola. Penjaga gol tidak dibenarkan bermain tanpa alat keselamatan. Penjaga gol tidak boleh menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki atau mana-mana bahagian badan.

WAJ 3109

Muka Surat 25

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

9.3 Isyarat Pengadil Selain daripada peraturan-peraturan asas, semua jurulatih dan pemain harus mengetahui isyarat-isyarat yang digunakan oleh pengadil-pengadil. Pemain-pemain harus diajar isyarat-isyarat ini supaya mereka akan mempunyai satu kelebihan penalti menentang pihak lawan atau dengan cepat mengambil tindakan menahan jikalau mereka dikenakan denda.Anda mesti menyedari dan meningati bahawa pasa masa perlawanan, pengadil akan hanya meniup wisel dan memberi isyarat. Pengadil tidak akan melaungkan faul-faul, arahan-arahan atau penalti. Isyarat isyarat yang biasa digunakan semasa perlawanan. Isyarat Sepakan Huraian Pengadil sebelah menaikan kaki dan

menyentuhnya dengan sebelah tangan. Halangan Pengadil pergerakan membuat pusingan

(circular movement ) di hadapan dengan tangan. Halangan ketiga oleh Pihak Pengadil lengan bersilang bawah badannya sebelah

(forearm) di bahagian badannya.

Gol dijaringkan

Pengadil

memberi

siulan panjang (gives a long whistle) dan kedua-

menunjukkan dua
WAJ 3109

lengan secara
Muka Surat 26

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

mendatar tengah padang Ofsaid

kearah

(i) Pengadil berdiri di garisan keputusan

(Line of decision) dan menunjukan mendatar garisan (ii) Selepas itu, akan arah tangan mengikut

pengadil menunjukan pukulan percuma. Pukulan Ke dalam

Pengadil menggunakan sebelah tangan untuk menunjukan garisan

(atau tempat) pukulan akan diambil dan

menaikkan tangan lain secara mendatar

kearah pukulan yang akan diambil. Pukulan Percuma Pengadil menaikkan tangannya akan sebelah secara

mendatar menunjukkan arah di mana pukulan akan di ambil Pukulan 16 ela Pengadil ke arah memandang di mana

pukulan akan di ambil dengan mendepa.


WAJ 3109 Muka Surat 27

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

Penjuru

Pengadil

menunjukan

sebelah tanganya ke bendera sudut yang

lebih dekat, tempat di mana melintasi belakang. Penjuru penalti Pengadil kedua-dua secara kearah gol. Strok Penalti Pengadil menunjukkan sebelah tangannya ke tempat penalti dan menunjukan tangannya mendatar bola telah garisan

mengangkat lagi udara.

sebelah ke

tangannya

WAJ 3109

Muka Surat 28

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

10.0 DEFEND/PERTAHANAN Tujuan pertahanan ialah untuk menghalang lawan daripada menjaringkan gol, merebut kembali bola daripada penyerang lawan dan Melancarkan serangan balas. Strategi pertahanan ialah satu lawan satu, pukulan sudut penalty, pukulan sudut, pukulan ke dalam dan pukulan percuma. Strategi Pertahanan Satu Lawan Satu bermaksud setiap pemain pertahanan (X) mengawal setiap seorang penyerang lawan (Y). Pemain pertahanan meluru ke arah penyerang bila bola telah dipukul. Pemain pertahanan mengawal kawasan tertentu (zon) yang ditetapka. Mengawal penyerang lawan apabila mereka memasuki zon masing-masing. Strategi pertahanan pukulan sudut Penalti ialah pemain pertahanan ditanda dari 1-5. Selain itu, Pemain bertanda 1 bergerak dengan pantas ke arah penyerang bertanda A dan cuba menghalangnya daripada memukul bola ke arah gol. Pemain lain bertanda 2, 3, 4 dan 5 bergerak ke sasaran masing-masing untuk mengawal penyerang lawan yang lain. Strategi pertahanan pukulan sudut mempunyai prinsip yang sama dengan pukulan sudut penalty. Pemain pertahanan menutup kawasan bulatan menjaring. Setelah itu, pemain penyerang bergabung dengan pertahanan untuk mengawal penyerang lawan daripada menjaringkan gol. Strategi pertahanan pukulan ke dalam bermaksud setiap pemain pertahanan mengawal pemain lawan yang akan menerima bola daripada pemain yang membuat pukulan ke dalam. Mereka juga menghalang dan cuba merampas bola daripada lawan yang menerima bola. Strategi pertahanan pukulan Percuma ialah pemain pertahanan berdiri 5 meter daripada bola. Mereka berfungsi mengawal penyerang lawan daripada menerima bola yang dipukul.

WAJ 3109

Muka Surat 29

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

11.0 PENALTY CORNER Dalam kemahiran asas hoki, terdapat banyak kemahiran yang perlu dikuasai. Antara kemahiran yang perlu dikuasai permain hoki adalah sudut penalti. Kemahiran ini adalah salah satu aspek penting dalam hoki. Hal ini demikian kerana dalam kebanyakan permainan hoki, bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti. Terdapat dua jenis penalti. Dua jenis pernalti yang dimaksudkan ialah sudut penaliti dan strok penalti. Dalam permainan hoki, sudut penalti diberikan kepada penyerang-pernyerang apabila penahan-penahan melanggar peraturan-peraturan hoki yang telah ditetapkan. Peraturan adalah dimaksudkan dalam hoki adalah pemain dengan sengaja melakukan tindakan melanggar peraturan-peraturan yang telah disebutkan dahulu dibawah tajuk FAUL di dalam 25 ela kawasan penahan di luar bulatan dan juga di dalam bulatan. Di samping itu, terdapat perkara-perkara penting yang perlu dipastikan semasa mengambil sudut penalti. Antaranya adalag pukulan masuk dikira dari garisan gol di kawasan D dan hanya penjaga gol serta empat pemain pertahanan berada dalam kawasan D semasa sudut penalti. Selain itu, pemain pertahanan hendaklah berada di belakang garisan gol sehingga bola ditolak masuk oleh penyerang pihak lawan. Seterusnya adalah pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan berada dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki dalam kawasan bermain. Manakala bagi pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisan kawasan D sehingga bola ditolak masuk.. Manakala dalam strok penalti, penalti diberi kepada pihak penyerang di bawah syarat-syarat berikut. Antara syarat ialah apabila pemain pertahan melakukan faul sengaja di dalam bulatan serta apabila pemain pertahanan melakukan faul tidak sengaja dalam bulatan tetapi melalui tindakannya menghalang penyerang daripada menjaringkan gol mungkin berjaya. Syarat terakhir ialah apabila pemain pertahanan terus-menerus melanggar peraturan sudut penailiti apabila pasukan penyerang cuba untuk melakukan sudut penalty yang diberikan kepada mereka.

WAJ 3109

Muka Surat 30

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

Strok penalti adalah satu strok tolak, cedok yang diambil dari kawasan 7 ela di depan tengah gol. Strok penalty boleh diambil oleh pemain-pemian daripada pasukan penyerang termasuk penjaga gol. Penyerang boleh mengambil strok apabila pengadil meniup wisel dan penyerang pada masa tersebut hanya boleh mengambil satu langkah ke hadapan untuk melakukan strok dan menyentuh bole sekali sahaja. Konklusinya, adalah penting sebagai seorang pemain hoki menguasai kemahiran asas termasuk sudut dan strok penalti. Hal ini demikian tanpa penguasan penalti, kemahiran seseorang pemain hoki adalah tidak lengkap

WAJ 3109

Muka Surat 31

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

12.0 JENIS-JENIS TAKEL

1. Takel Jab

Untuk takel ini, kayu hoki dipegang dengan kuat dalam tangan kiri dengan sisi kayu yang rata (flat side) menghadap ke atas. Kayu hoki dipegang secara ringan di depan badan dengan tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki. Tapak tangan kanan menghadap ke atas.

Untuk melakukan takel, pemain pertahanan menerpa ke depan dengan tangan kiri memegang kayu hoki. Kayu hoki mencucuk (jab) bola dan memaksa bola bergerak ke belakang kayu hoki penyerang. Pada masa ini, pemain pertahanan mengambil satu langkah lagi ke depan, tangan kanan kembali ke kayu hoki dan dapat mengawal bola.

Ini bukan satu takel yang kuat tetapi mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain pertahanan mempunyai jarak yang lebih baik untuk melakukan takel ini.

2. Takel Forehand

Ia adalah takel yang umum. Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan (forehand side) badannya, kadang-kadang dekat kakinya dan kadang-kadang sejauh 5-6 kaki di sebelah kanannya. Pemain pertahanan melakukan takel ini (semasa berhenti atau semasa berlari bersama-sama dengan penyerang).

Kayu hoki dipegang dengan pegangan biasa iaitu dengan tangan kiri di hujung kayu hoki dan tangan kanan di bahagian tengah kayu hoki. Posisi bersedia diambil dengan kaki kiri ke depan sedikit, kerana ini akan membolehkan pemain pertahanan menukar posisinya dengan cepat. Biasanya satu gerakan mengelirukan dilakukan dengan badan atau kayu hoki dihalakan ke kiri supaya penyerang terpaksa bergerak ke kanan pemain pertahanan. Pemain pertahanan kemudian mengatur masa takelnya. Kadang-kadang
WAJ 3109 Muka Surat 32

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

takel ini dibuat bersama-sama dengan takel jab sebagai satu kombinasi. Pemain pertahanan melakukan satu takel jab di sebelah kiri dan diikuti dengan

takel forehand semasa penyerang bergerak ke sebelah kanan.

Kebiasaannya, pemain pertahanan akan melakukan takel ini semasa bergerak atau semasa berlari bersama-sama dengan seorang penyerang. Pemain pertahanan harus belajar memandang bola, mengekalkan jarak yang betul, bergerak masuk dengan cepat dan mengatur masa takelnya dengan baik. Ini kerana agak sukar untuk melakukan takel sambil berlari dengan pantas. Oleh itu, ia memerlukan banyak latihan.

3. Takel Reverse Stick

Takel ini agak sukar untuk dilakukan kerana ia dilakukan di sebelah kiri pemain pertahanan dengan kayu di tangan kiri. Ini biasanya merupakan sisi yang lemah bagi pemain. Peraturan permainan juga tidak membenarkan pemain melakukan sentuhan badan atau sentuhan kayu dengan kayu.

Untuk membuat takel yang kemas, pemain pertahanan mesti memastikan bahawa penyerang tidak bergerak mendahuluinya. Takel harus dibuat sebelum penyerang melepasi garisan badan pemain pertahanan.

Kemahiran melakukan takel dengan baik adalah mengatur masa takel dan menyerkap bola menggunakan reverse stick, akan memaksa penyerang berlari melepasi bola. Gunakan kesempatan ini untuk merendahkan kayu hoki dan mendatar ke tanah, seterusnya melakukan takel.

WAJ 3109

Muka Surat 33

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

KEMAHIRAN TAKEL

Kemahiran takel dalam hoki adalah untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan dengan cara yang baik. Terdapat 3 jenis takel dalam hoki iaitu takel jap, takel forehand dan takel reverse stick. Untuk takel jab, kayu hoki dipegang dengan kuat dalam tangan kiri dengan sisi kayu yang rata (flat side) menghadap ke atas. Kayu hoki dipegang secara ringan di depan badan dengan tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki. Tapak tangan kanan menghadap ke atas. Untuk melakukan takel, pemain

pertahanan menerpa ke depan dengan tangan kiri memegang kayu hoki. Kayu hoki mencucuk (jab) bola dan memaksa bola bergerak ke belakang kayu hoki penyerang. Pada masa ini, pemain pertahanan mengambil satu langkah lagi ke depan, tangan kanan kembali ke kayu hoki dan dapat mengawal bola. Ini bukan satu takel yang kuat tetapi mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain pertahanan mempunyai jarak yang lebih baik untuk melakukan takel ini.

Takel forehand pula ialah takel yang umum. Ia biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan (forehand side) badannya, kadang-kadang dekat kakinya
WAJ 3109 Muka Surat 34

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

dan kadang-kadang sejauh 5-6 kaki di sebelah kanannya. Pemain pertahanan melakukan takel ini semasa berhenti atau semasa berlari bersama-sama dengan penyerang. Kayu hoki dipegang dengan pegangan biasa iaitu dengan tangan kiri di hujung kayu hoki dan tangan kanan di bahagian tengah kayu hoki. Posisi bersedia diambil dengan kaki kiri ke depan sedikit, kerana ini akan membolehkan pemain pertahanan menukar posisinya dengan cepat. Biasanya satu gerakan mengelirukan dilakukan dengan badan atau kayu hoki dihalakan ke kiri supaya penyerang terpaksa bergerak ke kanan pemain pertahanan. Pemain pertahanan kemudian mengatur masa takelnya. Kadang-kadang takel ini dibuat bersama-sama dengan takel jab sebagai satu kombinasi. Pemain pertahanan melakukan satu takel jab di sebelah kiri dan diikuti dengan takel forehand semasa penyerang bergerak ke sebelah kanan. Kebiasaannya, pemain pertahanan akan melakukan takel ini semasa bergerak atau semasa berlari bersama-sama dengan seorang penyerang. Pemain pertahanan harus belajar memandang bola, mengekalkan jarak yang betul, bergerak masuk dengan cepat dan mengatur masa takelnya dengan baik. Ini kerana agak sukar untuk melakukan takel sambil berlari dengan pantas. Oleh itu, ia memerlukan banyak latihan.

WAJ 3109

Muka Surat 35

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

Akhir sekali, takel reverse stick agak sukar untuk dilakukan kerana ia dilakukan di sebelah kiri pemain pertahanan dengan kayu di tangan kiri. Ini biasanya merupakan sisi yang lemah bagi pemain.

Peraturan permainan juga tidak membenarkan pemain melakukan sentuhan badan atau sentuhan kayu dengan kayu. Untuk membuat takel yang kemas, pemain pertahanan mesti memastikan bahawa penyerang tidak bergerak mendahuluinya. Takel harus dibuat sebelum penyerang melepasi garisan badan pemain pertahanan.

\
WAJ 3109 Muka Surat 36

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

Kemahiran melakukan takel dengan baik adalah mengatur masa takel dan menyerkap bola menggunakan reverse stick, akan memaksa penyerang berlari melepasi bola. Gunakan kesempatan ini untuk merendahkan kayu hoki dan mendatar ke tanah, seterusnya melakukan takel.

KEPENTINGAN TAKEL

Selalunya, kemahiran merebut tidak diajar dan pemain-pemain Malaysia adalah sangat lemah dalam kemahiran ini. Merebut adalah penting untuk memperoleh bola. Walaubagaimanapun, kadang-kadang penahan tidak berjaya memperoleh bola, tetapi dia boleh memaksa penyerang mengurangkan kelajuannya atau kehilangan kawalan bola dan membuat kesilapan atau memaksa bola terkeluar daripada kawasan bermain. Ini adalah penting kerana ia memberi masa untuk pemain pertahanan menyusun semula barisan pertahanan dan bersedia menghadapi serangan.

WAJ 3109

Muka Surat 37

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

PERKARA-PERKARA UNTUK DIINGATI

Perkara-perkara berikut perlu diingati apabila seseorang pemain pertahanan hendak merebut bola daripada pihak lawan:

Melihat bola dan jangan mengalihkan perhatian disebabkan oleh pergerakan kayu hoki atau tubuh badan yang dilakukan dengan tujuan membuat gerakan yang mengelirukan.

Kekalkan kepala kayu hoki di tanah supaya mengurangkan jaraknya daripada bola. Ini membolehkan penahan bergerak dengan cepat sebaik sahaja dia mendapat peluang.

Letakkan kayu hoki di tempat yang membolehkan pemain pertahanan bergerak dengan selesa untuk merebut bola daripada penyerang atau di dalam keadaan yang akan memaksa penyerang bergerak dengan cara tertentu dan ke arah tertentu. Sebagai contoh, anda mungkin meletakkan kayu hoki dalam keadaan yang akan memaksa penyerang menolak bola ke kiri dan menggunakan reverse stick atau memaksanya bergerak ke tempat tertentu yang boleh

menyebabkannya berada dalam keadaan kurang selesa atau tersepit.

Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya penyerang melakukan kesilapan-kesilapan.

Jangan berdiri dengan tapak kaki secara rata. Pemain pertahanan biasanya berdiri seperti ahli tinju dengan sebelah kakinya berada di hadapan, supaya dia boleh bergerak ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan dengan mudah. Gerakan kaki adalah penting untuk merebut bola dengan baik.

Cuba berada di sebelah penyerang anda. Jika pemain pertahanan terpaksa menggunakan reverse stick untuk merebut, ia berada dalam keadaan yang merugikan.

Pemain pertahanan tidak seharusnya merebut bola apabila penyerang mengawal bola dengan sepenuhnya. Ia sepatutnya mendesak penyerang dan memaksanya melakukan kesilapan-kesilapan sebelum anda merebut bola tersebut.

WAJ 3109

Muka Surat 38

WAJ 3109 PERMAINAN HOKI

2012

Pergerakan pemain-pemain pertahanan tidak seharusnya dapat diteka oleh penyerang. Mereka mesti mengatur masa takel dengan baik dan bergerak dengan cepat dan pantas. Takel itu mesti dilakukan dengan baik supaya penyerang tidak boleh menolak pemain pertahanan atau kayunya ke tepi dan meneruskan serangannya.

Di atas padang tiruan, semasa merebut di sebelah kanan (merebut dengan tangan kanan) atau di sebelah kiri (merebut dengan reverse stick) kayu hoki boleh digunakan dengan mendatar di atas padang. Untuk membolehkannya berbuat demikian pemain pertahanan mesti membongkokkan badannya lebih rendah ke tanah.

WAJ 3109

Muka Surat 39

Anda mungkin juga menyukai