Anda di halaman 1dari 30

1

1.0

Pengenalan

Guru adalah ejen kepada keberkesanan pendidikan sesebuah negara.

Dasar dan

tujuan pendidikan dibentuk oleh kementerian akan dapat dilaksanakan melalui peranan guru. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa positif dan mengamalkan sikap proaktif, berdaya mulia serta berketrampilan. Guru perlu mempunyai kebolehan menyampaikan ilmu pengetahuan dan kepakaran mendidik akal budi pelajarnya. Dalam usaha melahirkan insan kamil selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru mesti menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak didiknya bagi melahirkan insan yang berdisplin dan mulia sebagai seorang manusia yang mempunyai jati diri yang unggul. Guru adalah pembina budaya ilmu serta pembentuk generasi akan datang.

Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain),

pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya.

Ada relevannya mengapa guru Malaysia harus diberi pengiktirafan. Guru kini diasak dengan cabaran yang pelbagai memerlukan mereka terus kekal di dalam arus globalisasi. Konsep langit terbuka banyak mendedahkan pelajar masakini dengan pelbagai perkara samada yang membawa kebaikan ataupun keburukan. Rela atau tidak, guru bertindak sedaya upaya untuk menyeimbangkan keperluan perkembangan minda pelajar agar kekal mengamalkan nilai dan jatidiri serta mengamalkan tatasusila mulia adab ketimuran.

Di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas asasi

merancang dan

melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, janganlah dilupakan ada insan guru yang bersengkang mata menelaah pelajaran demi mengejar segulung ijazah untuk meningkatkan kerjaya di bidang perguruan. Begitulah tabahnya guru-guru yang gigih berusaha menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah pendidikan, malah ada di kalangan mereka yang kini bergelar calon sarjana dan Phd.

Ini tidak termasuk dengan pengorbanan masa syarahan,karnival pendidikan di peringkat sekolah

guru menjalankan aktiviti sehinggalah kebangsaan.

pengembangan bakat dan potensi pelajar melalui pengendalian kejohanan sukan, Segalanya demi ingin melihat modal insan yang dilahirkan seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sikap yang positif serta potensi yang mampu melonjak kecemerlangan

diri. Pengorbanan tersebut menuntut komitmen masa, wang ringgit dan tenaga yang tidak ternilai di samping tidak meminggirkan tugas asasi mereka di bilik darjah.

Ketika berada di sekolah, merekalah ibu dan bapa kepada anak-anak kita. Mengajar, mengendalikan aktiviti, membawa pelajar menyertai aktiviti kokurikulum ke sekolah berhampiran malah menghantar pelajar ke klinik apabila berhadapan dengan saat-saat kecemasan.Begitulah erti keperihatan seorang guru. Apalagi berhadapan dengan seribu satu karenah anak murid yang kini tampil dengan pelbagai keadaan. Isu-isu disiplin dan salah laku pelajar seperti buli umpamanya membuatkan guru kini lebih tertekan dan sentiasa menghadapi risiko kecederaan murid akibat amarah remaja yang tidak ketentuan. Mampukah guru untuk memperhatikan setiap perlakuan anakanak kita bagi setiap saat dan detik?.Itulah sebabnya timbul cadangan pemasangan CCTV di sekolah bagi memantau pergerakan para pelajar. Namun persoalannya selesakah kita berada di bawah pengawasan 24 jam CCTV? . Ia nyata menghilangkan privacy dan hak individu untuk bebas hidup tanpa dikawal dan diperhatikan.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun terutama dalam bidang pendidikan, Malaysia perlu menghadapi pelbagai perubahan dan perkembangan dari segala aspek seperti ekonomi, sosial, dan teknologi. Peranan guru juga sudah berubah dan meningkat. Dunia pendidikan yang pesat berubah dengan penekanan diberikan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Dalam pada itu, guru dalam konteks pendidikan sebenarnya berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu.

Begitulah sedikit sebanyak daripada rentetan cabaran guru-guru di alaf baru. Adakalanya mereka mengeluh akibat pengorbanan yang sering disalah erti oleh pihakpihak tertentu.

2.0

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN

Isu pendidikan bertaraf dunia. Apabila kita membicarakan mengenai isu pendidikan bertaraf dunia, maka kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang pendidikan berkualiti. Ia merupakan antara ciri utama yang yang akan menentukan taraf sesuatu sistem pendidikan. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, Y.B. Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, telah menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhasrat mewujudkan satu sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia semasa Persidangan Pendidikan Nasional ke-4, di Institut Aminuddin Baki pada 5hb. Ogos 1993. Ini menunjukkan bahawa KPM perlu membuat penambahbaikan terhadap sistem pendidikan, kurikulum, profesion pendidikan, kemudahan fizikal dan kelengkapan. Justeru, pendidikan di negara kita sentiasa melalui proses transformasi dan penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk menjamin kualiti pendidikan pada tahap yang tinggi. Pendidikan merupakan aset penting kepada semua individu untuk

membangunkan sesebuah negara. Oleh itu, tanggungjawab yang diamanahkan ini sudah tentulah perlu digalas oleh setiap individu yang bergelar guru. Guru merupakan profesion yang penting dalam masyarakat. Justeru itu, Bahagian Pendidikan Guru di

bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah memantapkan lagi usaha dalam penyediaan progam dan pembentukan guru di setiap Institut Pendidikan Guru agar mereka ini dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan seperti yang dihasratkan oleh Menteri Pelajaran iaitu pendidikan bertaraf dunia. Ini diperjelaskan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Encik Wan Mustama bin Wan Abdul Hayat ketika wawancara bersama wartawan majalah Pendidik, Bil.30/Nov.2006 yang menyatakan bahawa, Kita berharap guru-guru yang dilahirkan oleh IPG mempunyai kualiti seorang pendidik sejati, penyayang, berkemahiran tinggi dalam bidang ilmu dan pengajarannya, sentiasa mengorbankan masa, tenaga dan jiwa kepada pelajarnya. Setiap waktu guru menjalankan tugas menyebarkan pelbagai maklumat dan mengubah sikap serta kelakuan murid-murid. Keupayaan guru menguruskan segala tugasan dan tangggungjawab tanpa sebarang tekanan merupakan asas pembangunan murid. Tanggungjawab guru yang kian mencabar bukan sahaja datangnya dari dunia pendidikan tetapi juga dari masyarakat yang sentiasa meletakkan tanggungjawab yang tinggi kepada pihak sekolah dan guru-guru khasnya. Untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan, kestabilan emosi amat diperlukan. Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah murid, bebanan kerja dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai, kesemua ini memerlukan kepada perubahan pendangan guru terhadap persekitaran mereka.

2.1

ISU PENDIDIKAN MALAYSIA BERTARAF DUNIA

Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Malaysia di Sidang Pendidikan 2004 beliau Kemuncak menyatakan Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan

Dunia merupakan agenda kerajaan saya. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana penting bagi mencapai masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk

menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau world class akan menentukan kejayaan perubahan insan.(Mohd Najib , 1997 ). Ini adalah antara kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia.

Tepat pada masanya, Wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf dunia berada di dalam lingkungan abad ke -21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online world class is defined as being of the highest caliber in the world . Pada pendapat saya bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :
i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Pembangunan tenaga manusia Kepesatan pertumbuhan ekonomi Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual Pembangunan teknologi dan sains Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil langkahlangkah menyeluruh untuk mempastikan perkara berikut dapat diurustadbir dengan sistematik dan berkesan iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Pendidikan Prasekolah dan Rendah Pendidikan Menengah Pendidikan Tertiari (Tinggi) Program Sokongan Pembiayaan Pendidikan Pengurusan ICT Dalam Pendidikan Selain daripada itu, pihak Kementerian Pelajaran juga perlu merefomasikan pelbagai aspek pendidikan di semua peringkat persekolahan seperti perkara-perkara berikut:
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Kualiti pengajaran Kualiti perkhidmatan Kualiti kurikulum Kualiti penilaian dan pensijilan Kualiti pensyarah Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti Kualiti kepimpinan universiti Kualiti penyeliaan

8
xi. xii.

Kualiti mentoring Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak

dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.

2.1.1 CARA GURU MENGATASI CABARAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, kerajaan perlu menyegerakan untuk menyelesaikan masalah peluang pendidikan tertiari di IPTA dan IPTS yang sedia ada masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat dan keperluan negara yang semakin meningkat. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat tertiari adalah amat kecil jika dibandingkan dengan kohort yang sama di negara-negara maju. Contohnya, berdasarkan data Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) bagi tahun 1996, peratus kemasukan pelajar ke peringkat tinggi bukan ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah 11 peratus di Malaysia berbanding dengan 26 peratus di Amerika Syarikat dan 12 peratus di United Kingdom. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah lima peratus di Malaysia berbanding dengan 41 peratus di Amerika Syarikat dan 39 peratus di United Kingdom. Adalah menjadi cabaran kepada Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan tahap

aksesibiliti kepada pendidikan tertiari sejajar dengan konsep pendemokrasian pendidikan.

Selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, pendidikan tertiari perlu mampu menyediakan peluang bagi mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, latihan, dan latihan semula pada peringkat tertiari. Tahap aksesibiliti ke pendidikan tertiari yang rendah akan menghalang pembelajaran sepanjang hayat di kalangan masyarakat. Cabaran kerajaan ialah untuk menyediakan peluang dan laluan bagi kemasukan individu dan pelajar tercicir ke institusi pendidikan tertiari agar rakyat Malaysia mempunyai pendidikan serta kemahiran ke arah membantu pembangunan negara.

Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan juga dilihat sebagai salah satu cara ke arah memantapkan lagi pendidikan mengikut tertiari. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengkorporatan pengurusan dan universiti yang model-model kepada penswastaan, perkhidmatan pensyarikatan menekankan

keuntungan dan produktiviti.

2.2

ISU KEARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Pembestarian sekolah diilhamkan apabila pemimpin-pemimpin kita melihat

perkembangan ICT di seluruh dunia yang turut mempengaruhi Malaysia. Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru.

10

Cabaran utama proses Pembestarian Sekolah ini ialah melatih guru dan murid agar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (selfaccessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan yang menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007, dasar utama yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan pembestarian sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT. Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah. Perlaksanaan pembestarian sekolah mengambilkira semua inisiatif ICT sedia ada di sekolah seperti projek rintis Sekolah Bestari, projek pengkomputeran dan makmal komputer sekolah, projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dam Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), SchoolNet (projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke internet di semua sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan, pengisian dan latihan.

11

Kementerian Pelajaran

akan menyelaraskan semua inisiatif ICT ini bagi

meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan supaya boleh dilaksanakan secara cekap dan efektif, tanpa pertindihan dan pembaziran.

2.2.1 CARA GURU MENGATASI CABARAN PEMBESTARIAN SEKOLAH Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, Kementerian Pelajaran kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah. Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira ( leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk itu, Kementerian Pelajaran telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian.

12

Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet. Pembekalan peralatan dan kemudahan ICT merupakan isu yang besar kerana terbukti telah melibatkan kos pembelian dan pengurusan yang besar. Banyak wang yang telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan prasarana ini. Penyediaan perisian kursus juga merupakan cabaran kepada pihak

kementerian. Untuk itu, pembangunan perisian telah dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pembestarian sekolah menuntut kepada pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan. Dalam menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini, semua pihak harus mengorak langkah yang proaktif. Perubahan ke arah sistem pendidikan bestari adalah suatu usaha yang amat baik. Adalah menjadi harapan kementerian, melalui pembestarian sekolah ini akan membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi, mengimbang jurang digital antara bandar,

13

luar bandar dan pendalaman, membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT serta membangunkan pendidikan bertaraf dunia. Pembestarian sekolah ini perlu disokong dan dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengatasi cabaran-cabaran yang timbul ke arah menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

2.3

ISU BEBANAN TUGAS GURU

Isu yang sering diperkatakan pada masa kini ialah bebanan tugas guru yang semakin rencam. Menurut Sufean (2004), terdapat banyak isu pendidikan yang melibatkan bidang pentadbiran, teknologi pendidikan, organisasi dan keguruan. Dalam bidang keguruan isu yang ketara ialah bebanan tugas guru. Kesan daripada isu ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah bertindak dengan cara membentangkan isu tersebut kepada Y.A.B. Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin pada 30 Mac 2010. Berdasarkan pembentangan isu ini satu Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Bebanan Tugas Guru (JKMIBTG) telah ditubuhkan untuk tujuan menyemak tugas dan tanggungjawab guru, mengenal pasti bebanan tugas dan mencadangkan tindakan penyelesaiannya. Jawatankuasa Khas ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Don.

Akibat daripada bebanan tugas ini menjadikan tugas utama guru dalam pengajaran dan pembelajaran telah menjadi kurang berkesan. Guru perlu melaksanakan bidang pengurusan, pentadbiran, kerja perkeranian, hal ehwal murid, dan pelbagai aktiviti anjuran agensi lain yang tidak berkaitan langsung dengan fungsi utama guru. Guru juga perlu terlibat dalam pelbagai program yang dijalankan oleh pihak sekolah, jabatan pendidikan daerah dan negeri serta kementerian. Terdapat juga

14

pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan yang menggunakan tenaga guru sebagai penceramah atau fasilitator dalam program yang menyebabkan guru terpaksa meninggalkan kelas dalam jangka masa yang lama.

Antara tugas guru yang menjadi rutin pada masa kini ialah mengurus kebajikan dan kesihatan murid seperti dengan teliti. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan Skim Makanan Tambahan, biasiswa dan Skim Pinjaman Buku Teks yang mesti diuruskan Guru juga dibebani dengan pengurusan aset dan inventori yang merupakan bidang tugas kakitangan pejabat. Tugas untuk memasukkan data murid dan guru juga diserahkan kepada guru. Selain itu guru juga terlibat secara langsung dalam aktiviti kokurikulum untuk melatih pelajar dalam bidang sukan, permainan dan unit beruniform. Guru juga dipertanggungjawab untuk menjadi guru pengiring atau pengadil dalam aktiviti yang dijalankan sehingga tidak dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan masalah bebanan tugas guru berpunca daripada beberapa faktor kemanusian itu sendiri. Berdasarkan laporan daripada Jawatankuasa Khas didapati 14 faktor yang menyebabkan isu ini berlaku. Punca yang ketara disebabkan kurangnya jawatan pembantu pejabat dan stor yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal kurikulum serta kemudahan sekolah. Tugas perkeranian adalah di luar bidang tugas hakiki guru. Namun begitu guru terpaksa memasukkan segala data daripada pelbagai borang kerana kurangnya kerani di sekolah berbanding dengan bilangan murid yang ramai. Masalah penggunaan format borang yang berbeza turut menyumbang kepada peningkatan beban tugas guru. Bentuk format borang yang pelbagai dan kurang sistematik menyebabkan banyak berlaku pertindihan maklumat. Maklumat yang dikehendaki sebenarnya sama tetapi terpaksa mengisi borang lain kerana terdapat tambahan satu atau dua perkara sahaja. Tindakan ini menyebabkan guru mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja.

15

Faktor desakan daripada perkhidmatan lain seperti dari Jabatan Kesihatan yang meminta guru membuat pemeriksaan berat, mata dan sebagainya kepada murid-murid menjadikan tugas guru semakin bertambah. Hal ini menjadi rumit lagi kerana ia di luar bidang kepakaran dan kemahiran guru untuk membuat pemeriksaan tersebut.

Kurangnya tenaga terlatih dalam bidang kokurikulum menyebabkan guru terlibat sama sehingga meninggalkan kelas. Bagi mencapai matlamat Satu Murid Satu Sukan juga akan memberi impak kepada guru untuk memberi lebih komitmen dalam bidang kokurikulum. Sekolah juga sering dibebani dengan aktiviti anjuran agensi luar yang memerlukan perkhidmatan dan kerjasama guru. Jika sekolah dilantik menjadi tuan rumah dan pengurusan acara, guru mestilah membuat persiapan terbaik sehingga meninggalkan kelas dalam jangka masa yang lama. Akibat daripada tindakan tersebut murid-murid akan terus ketinggalan dan kurang minat untuk belajar.

2.3.1 CARA GURU MENGATASI CABARAN BEBANAN TUGAS GURU Masalah bebanan tugas guru yang bertambah perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Sehubungan dengan tugas perkeranian, satu sistem data yang sistematik perlu disediakan dengan menggunakan pengurusan ICT berkesan. Guru perlu diberi latihan dalam kemahiran dalam pengurusan maklumat akademik dan pentadbiran. Segala data perlu diselaraskan dan dikumpul dalam satu pengkalan data yang khusus untuk semua tujuan. Langkah ini akan menjimatkan masa dan meringankan beban tugas guru. Penambahan bilangan pembantu tadbir juga perlu diatasi bersesuaian dengan kadar murid di sekolah tersebut. Tindakan yang telah diambil ialah menempatkan 100 jawatan pembantu tadbir N17 di 50 sekolah gred A

16

yang menjadi perintis untuk mengurangkan tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan oleh guru. Pihak kementerian perlu menyediakan tenaga terlatih dalam bidang sukan dan permainan supaya guru dapat menumpukan bidang keutamaannya dahulu. Pihak sekolah juga harus membuat tapisan jika dilantik menjadi pengurus sesuatu program jika ia tiada memberi faedah kepada pelajar. Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia, Datuk Azam waktu guru mengajar terlalu banyak. lebih berkesan lagi. Langkah seterusnya ialah dengan mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pengecilan dan penggabungan jawatankuasa dapat mengurangkan bebanan dan dengan ini guru dapat menumpukan tugas hakiki. Bilangan peperiksaan dan ujian yang dilaksanakan perlu dikaji semula. Peperiksaan dalaman yang terlalu banyak menyebabkan guru terbeban untuk menyemak dan ia menunjukkan bahawa sistem persekolahan negara berorientasikan peperiksaan. Seterusnya, kursus penting yang perlu dihadiri oleh guru juga perlu diselaraskan dengan lebih sistematik agar tidak berlaku pertindihan yang menyebabkan ramai guru keluar dalam masa yang sama. Guru juga dapat mengurus masa dengan lebih cekap dan merancang untuk mengikuti program pembangunan profesionalisme dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya segala bebanan tugas guru akan dapat diatasi dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak untuk memahami antara satu sama lain. Guru memikul amanah yang besar untuk memenuhi tuntutan kemajuan negara dan membentuk keperibadian insan yang mulia. Amanah ini merupakan satu cabaran yang besar untuk digarap oleh insan guru dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik yang berkualiti. Mohd Atan, menyarankan kementerian menambah nisbah penempatan guru di sekolah daripada 1.7 kepada 2 kerana jumlah Bilangan murid di dalam kelas juga perlu dikecilkan supaya guru dapat memberi tumpuan dan memantau tugasan murid dengan

17

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

1.0

PENDAHULUAN Pendidikan merupakan asset penting kepada semua individu dan aspek penting

dalam pembangunan sesebuah negera. Pembangunan modal insan menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah Negara. Untuk membentuk manusia yang simbang dalam menghadapi kesan globalisasi memerlukan kepimpinan yang sesuai dengan keperluan semasa. Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi pelajar. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigm dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Sama ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara guru menyediakan diri untuknya.

18

Tekanan emosi sememangnya berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang paling ketara ialah ketidakupayaan guru untuk berdaya tindak ke atas isuisu pendidikan yang berlaku dalam dunia yang pesat berubah. Ini kerana gelombang pembangunan pesat yang berlaku di negara ini dan juga seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru semakin meningkat. Selain itu kepelbagaian tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan emosi. Banyak kajian menunjukkan isu-isu pendidikan seperti masalah disiplin pelajar yang berleluasa, bebanan tugasan, masalah kekurangan guru, kekurangan bilik darjah, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan sistem sokongan sosial yang kuat dan rangkaian masalah yang lain yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan boleh menggugat kesejahteraan guru. Sekiranya isu-isu tersebut tidak diatasi segera ia boleh menyebabkan guru merasa dan memohon untuk meletak jawatan atau memohon untuk bersara awal.

2.0

STRES

Keadaan yang semakin mencabar dan kompleks ini menyebabkan munculnya sindrom baru yang menyerang manusia iaitu stres. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), mendifinisikan stres sebagai keadaan resah, cemas dan tegang. Keadaan seperti ini berlaku akibat tekanan mental atau fizikal yang dialami oleh individu. Menurut Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah (2007), stres ialah tekanan atau desakan. Ini merupakan satu reaksi mental dan fizikal terhadap semua pemasalahan yang dihadapi dalam kehidupan.

19

Stres boleh dikatakan unik kerana setiap orang mempunyai persepsi dan pengamatan yang berbeza serta menghasilkan tindakbalas berbeza. Persepsi amat penting dalam menangani suatu masalah kerana ia`mempengaruhi pemikiran dan tindakan kita sama ada positif atau negatif. Apabila kita gagal mengurus dan bertindak balas terhadap sesuatu masalah ia akan membawa kepada impak negatif tetapi sekiranya kita pandai mentafsir dan bijak mengurus, ia akan menjadi impak yang positif, Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dalam Petua Menangani Stres (2007).

Tekanan atau stres juga merupakan suatu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ialah Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmonis dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbangkan khidmat kepada masyarakat. (Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000) 2.1 Punca Stres

Fenomena stres dalam kalangan guru di Malaysia kini sedang hebat dibincangkan. Kajian lepas mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi stres yang tinggi (Cooper 1995, Hart et., 1995) dalam Mokhtar (1998), dipetik dari http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf. Antara punca-punca stres yang dialami oleh golongan pendidik adalah corak pentadbiran sekolah. Ini berlaku kerana adanya pentadbir yang melaksanakan pertadbiran di sekolah dengan menggunakan cara autokratik dan juga mengamalkan sikap pilih kasih. Perkara ini berlaku biasanya ketika pengagihan tugas dan jawatan guru di awal tahun persekolahan. Pentadbir yang mengamalkan sikap seperti ini secara terang-terangan bersikap tidak adil dalam pengagihan tugas yang menyebabkan sebilangan guru mendapat bebanan tugas yang berat berbanding rakan-rakan lain. Selain itu, guru yang

20

mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang juga menjadi mangsa kerana terpaksa melayan kerenah pentadbir sementara guru-guru lain cuci tangan.

Selain daripada masalah yang disebutkan, isu stres guru juga berpunca daripada suasana di tempat kerja yang tidak selesa dan kurang kondusif. Suasana dan tempat yang kita duduki akan memberi kesan kepada penampilan, reaksi dan tindakan kita. Justeru, tumpuan utama perlu diberikan untuk mengurangkan kesan negatif yang dihadapi oleh guru seperti masalah kebisingan, kelas yang terlalu padat, penyediaan perabot yang tidak bersesuaian dan tidak mencukupi serta suasana persekitaran yang kusam supaya motivasi guru untuk bekerja sentiasa tinggi seperti yang dinyatakan oleh Syed Ismail & Ahmad Subki dalam Guru dan Cabaran Semasa (2011).

Masalah disiplin dan tingkah laku negatif murid juga menjadi penyumbang utama kepada masalah stres dalam kalangan guru-guru. Masalah disiplin murid di sekolah pada hari ini berada pada paras yang agak serius walaupun kadangkala kenyataan ini telah ditolak oleh pihak-pihak tertentu. Guru kerapkali berhadapan dengan situasi sebegini dan adalah menyedihkan apabila masalah ini masih lagi belum mampu diselesaikan sepenuhnya. Mereka terpaksa melayan ramai murid yang mempunyai pelbagai kerenah yang terdiri daripada latar belakang serta tahap pencapaian dan kebolehan yang berbeza. Kesukaran menghadapi masalah disiplin murid di sekolah adalah punca menyebabkan guru tidak bersemangat untuk bekerja.

Sistem pendidikan yang pesat berubah bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan proses globalisai dalam usaha merealisasikan wawasan 2020 banyak memberi kesan kepada guru. Kini, pihak guru perlu berhadapan dengan permintaan yang berbagai dan kompleks yang boleh membebankan guru. Guru akan merasa stress hasil dari ketidakupayaan mereka untuk berdaya tindak ke atas perubahanperubahan yang pantas berlaku seperti perubahan kurikulum dan kaedah pengajaran.

21

Guru-guru juga berada dalam dilema memandangkan guru terpaksa memenuhi berbagai permintaan seperti permintaan dari masyarakat.

Oleh kerana terdapat perubahan demi perubahan dalam sistem pendidikan, maka ini telah memberi kesukaran kepada sebahagian guru untuk menyesuaikan diri dengan perubahan hingga wujudnya tekanan dalam menjalankan tugas. Tekanan yang dihadapi itu seterusnya akan memberi kesan kepada emosi, psikomatik dan fizikal guru. Justeru itu, NUTP telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi mengambil alih tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan oleh guru-guru sendiri (Utusan Malaysia, 21 Jun 2009). Langkah yang diambil ini adalah bertujuan bagi memastikan guru-guru dapat memberi sepenuh komitmen kepada tugas-tugas mengajar. Sehubungan itu, guru-guru tidak terbeban lagi dengan tugas-tugas luar seperti menguruskan hal-hal sosial pelajar yang merangkumi aktiviti ko-kurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas. Ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.

2.2

Kesan Stres

Stres dalam kalangan guru boleh dinyatakan sebagai keadaan yang tidak selesa, berperasaan negatif seperti marah, bimbang, tekanan serta berasa kecewa yang semuanya berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Guru yang

menghadapi tekanan kerja yang tinggi biasanya akan menyebabkan ketidakpuasan kepada kerja, suka mengelak dan sering mengabaikan kerja.

Guru yang berdepan dengan masalah stres merupakan individu yang tidak dapat mengawal emosi terhadap transfomasi budaya pendidikan di mana ia bukan sahaja

22

untuk memberikan ilmu pengetahuan tetapi mereka juga perlu mendidik murid-murid menjadi masyarakat yang berguna bagi menjayakan Wawasan 2020 seperti yang dihasratkan. Keadaan ini juga boleh memberikan kesan ke atas kesihatan guru seperti keletihan dan kemurungan, sakit kepala, tekanan darah tinggi, pengambilan alkohol, merokok dan juga menghadapi masalah tidur. Stres yang berlanjutan juga akan melemahkan mental dan fizikal seseorang guru seperi yang dinyatakan oleh Dato Dr. Hj. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria dalam Petua menangani Stres (2007). Ternyata bahawa stres sememangnya menganggu gaya dan kesejahteraan hidup guru. Beban tugas guru ini dapat dinyatakan telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menjadi nadi utama tugas guru telah dipandang remeh. Proses pengajaran dan pembelajaran terganggu kerana guru terpaksa menyiapkan tugasan lain yang perlu disiapkan terlebih dahulu. Guru tidak dapat memberi tumpuan dan fokus dalam menyampaikan ilmu dan kemahiran dengan sepenuhnya. Masa untuk guru berehat juga terbatas kerana segala kerja akan dibawa balik untuk disiapkan di rumah.

Keadaan ini menyebabkan ramai guru yang mengalami tekanan dan mengalami masalah rumah tangga. Tumpuan terhadap diri dan keluarga terjejas kerana guru kurang mahir dalam pengurusan masa. Guru juga tidak dapat membuat perancangan dan tindakan yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu belajar juga sukar untuk disediakan dan akhirnya pengajaran guru kurang menarik dan membosankan.

Guru menggunakan masa yang banyak untuk menyelesaikan tugas lain. Peruntukan masa bersama murid juga berkurangan. Keadaan ini akan menyebabkan hubungan murid dengan guru semakin renggang. Guru tidak mempunyai masa untuk bersama-sama menyelesaikan masalah dan akhirnya murid bertindak sendirian.

23

2.3

Cadangan Cara Mengatasi Stres

Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.

Demikianlah juga dengan isu ini.

Pihak-pihak tertentu harus mengambil langkah untuk menyelesaikannya. Sebagai langkah pertama, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah pencegahan seperti menganjurkan bengkel, seminar serta kursus-kursus berhubung dengan masalah tekanan yang berlaku di kalangan guru. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Selain daripada itu, pihak pentadbir juga perlu memainkan peranan mereka. Mereka boleh memberi dorongan dan menunjukkan keyakinan kepada guru bahawa mereka mampu melakukannya walaupun sebelum ini guru tersebut tidak pernah mengajar subjek itu. Selain daripada itu, pembelajaran yang seratus peratus berpusatkan kepada guru perlu dihindarkan. Guru perlu menggalakan murid-murid menjalankan aktiviti yang mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja. Ini secara tidak langsung menyokong kepada Teori Pembelajaran Konstruktivisme.

Selain itu terdapat juga beberapa cadangan yang difikirkan sesuai bagi mengurangkan stres warga pendidik. Antaranya peranan pihak pentadbir untuk menganjurkan program yang berkaitan dengan pengurusan stres seperti seminar atau bengkel. Mengadakan program-program yang berunsur keagamaan. Seterusnya mewujudkan hubungan yang harmoni dalam kalangan staf, di mana keputusan yang hendak diambil mestilah atas persetujuan semua. Di samping itu, sebagai pentadbir mestilah peka dan prihatin terhadap kemampuan dan kebolehan staf mereka supaya mereka dapat melaksanakan segala tugasan dengan positif dan rasa dihargai. Pentadbir juga disarankan agar sentiasa mengamalkan sikap demokratik bagi membentuk sebuah organisasi yang dikagumi.

24

Beriadah merupakan salah satu aktiviti yang amat baik diamalkan untuk mengurangkan stres. Melalui aktiviti riadah membolehkan badan kita`menjadi segar dan seterusnya akan melahirkan otak cerdas. Selain itu amalan pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Pengambilan pemakanan sihat juga perlu diberikan panduan dan perhatian kapada warga guru agar amalan hidup sihat dapat diterapkan.

Selain daripada cara penyelesaian tekanan yang dicadangkan di atas, cara menolak tanggungjawab tambahan juga merupakan salah satu cara penyelesaian masalah. Terdapat beberapa jenis stres yang boleh disingkirkan oleh guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Seorang guru perlu belajar cara untuk mengatakan tidak atau tidak mahu sama ada dalam kehidupan peribadi atau profesional. Guru boleh menolak tanggungjawab tambahan jika guru berkenaan tidak dapat menghadapinya atau tidak berkemampuan melaksanakannya kerana menanggung sesuatu tugas tambahan yang tidak terdaya akan menyebabkan stres.

Sehubungan itu, elakkan orang yang menyebabkan stres juga merupakan salah satu cara menangani stres yang baik. Seseorang guru boleh cuba untuk mengelakkan individu yang boleh menyebabkan stres kepadanya. Guru boleh mengurangkan masa berhubungan dengan individu yang menyebabkannya menghadapi stres. Sebaliknya, tambah dan kuatkan hubungan atau jaringan dengan rakan-rakan sekerja atau rakan lain untuk menlindungi guru daripada stres.

Apabila dalam stres, guru boleh berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai. Jika punca stres guru disebabkan oleh hubungan sosial dengan rakan sekerja, maka keutamaan guru adalah membina perkaitan yang kukuh dan hubungan yang boleh memuaskan hati guru. Antara cara membantu menenangkan stres adalah mengadakan perjumpaan dengan rakan semasa

25

makan tengah hari atau makan malam, menghantar e-mel kepada rakan, membantu rakan secara sukarela dan sebagainya.

Di samping itu, guru juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam kumpulan perbincangan dan atau forum. Terdapat banyak forum guru di laman web di mana guru bukan sahaja boleh meluahkan perasaan atau kekecewaan tetapi mendapatkan nasihat daripada guru berpengalaman yang mengalami masalah-masalah yang sama.

Salah satu cara lagi demi mengurus stres adalah dengan mengawal cara seseorang memberikan respons terhadap stres yang dihadapi ataupun mengubah perspektif beliau terhadap stres. Menguruskan stres bermaksud seseorang bertindak atas diri dari segi mengambil alih pemikiran, emosi, jadual, persekitaran dan cara menghadapi sesuatu masalah. Pengurusan stres melibatkan perubahan terhadap situasi stres yang dihadapi, mengambil masa untuk berehat dan menenangkan diri.

Sebagai guru, penulisan jurnal juga boleh membantu kita untuk mengenalpasti punca stres dan cara menanganinya. Contohnya, dalam jurnal tersebut catatkan punca stres yang dihadapi, bagaimana anda rasa secara fizikal dan emosi dan bagaimana kita bertindak balas terhadap respons dan perkara yang boleh menenangkan kita. Maka jurnal tersebut boleh menjadi bahan rujukan pada masa akan datang jikalau kita menghadapi masalah yang sama. Mengikut Waxler(2009), guru seharusnya berfikir secara positif dan satu cara terbaik adalah menyebutkan pemikiran-pemikiran yang positif setiap hari. Contohnya, setiap hari guru perlu menyatakan kata-kata positif tentang tugasnya, pelajarnya dan rakan sekerjanya. Seseorang guru akan berasa kagum tentang impaknya kepadanya sepanjang hari bertugas.

26

Selain itu, cara penyelesaian yang lain yang boleh diambil oleh kita sebagai seorang guru apabila menghadapi stres adalah menguruskan tugas dengan sistematik supaya tidak terlalu terbeban. Jangan cuba mencapai terlalu banyak tugas dalam masa yang singkat. Oleh sebab guru berhasrat mencapat terlalu banyak tugas dalam sehari maka situasi tersebut akan menyebabkan mutu kerja merosot. Kesannya ialah hasil yang dicapai merupakan satu tekanan kepada guru. Maka, guru perlu mengutamakan tugas-tugas yang penting dan rancang apa yang boleh dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

27

3.0

Kesimpulan

Profesion keguruan merupakan satu bidang yang mencabar pada ketika ini. Di mana ia sentiasa mengalami transfomasi dalam pendidikan yang tidak pernah selesai. Perkara ini memerlukan pengorbanan dari setiap individu yang bergelar guru bagi memartabatkan profesion keguruan. Guru-guru juga harus sentiasa bersikap positif dalam menghadapi setiap cabaran dalam dunia pendidikann pada masa ini bagi mengelakkan mereka sentiasa berada dalam keadaan stres. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka Wawasan 2020 seperti yang dihasratkan tidak akan kesampaian.

Sesungguhnya segala isu seperti stres dan bebanan tugas guru yang berlaku dalam profesion perguruan dapat diatasi apabila semua pihak memainkan peranan dan berganding bahu untuk menyelesaikan secara bersama. Pihak kementerian juga berusaha dengan melakukan pelbagai langkah untuk menangani isu-isu yang berlaku dalam kalangan guru. Ini menunjukkan kementerian mengambil berat terhadap bidang perguruan dan sentiasa berusaha menjaga kepentingan para guru. Sebagai contoh, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata satu pelan latihan sedang dibangunkan untuk dilaksanakan bagi mengurangkan kekerapan guru meninggalkan kelas untuk berkursus. Guru bertanggungjawab dan berperanan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri dalam masyarakat Bangsa Malaysia.

28

Peribahasa Melayu yang mengatakan, Berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi, telah menunjukkan begitu tingginya martabat guru di mata masyarakat. Guru perlu mempunyai kualiti peribadi yang mulia seperti sabar, ikhlas, amanah, adil dan sebagainya agar menjadi model yang utama kepada murid. Langkah ini akan menjadikan anak didiknya yang cemerlang dalam ilmu dan peribadi. Diharapkan segala pemasalahan yang berlaku dapat diatasi oleh semua guru. Seorang guru hendaklah menilai dirinya dan sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu yang terbaik demi merealisasikan matlamat menjadi negara maju. Negara memerlukan tenaga manusia berkualiti, berpendidikan tinggi serta memiliki kemahiran dalam bidang tertentu. Generasi yang berkualiti akan dapat membangunkan negara mengikut acuan sendiri yang lebih berjaya dengan nilai-nilai agama dan budaya sendiri.

29

RUJUKAN

Dato Dr Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria (2007). Petua Menangani Stres. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2009-2010 Edisi pelancaran (2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidik. Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2011). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Raja Maria Diana bt Raja Ali (2011). Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Puteh . Muat naik pada 15 Jun 2012 dari: http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf Cara mengatasi stres. Capaian pada 08 Jun 2012 dari laman sesawang: http://search.babylon.com/? q=cara+mengatasi+stress&babsrc=HP_ss&s=web&rlz=0&as=3&ac=0 Kesan stress. Capaian pada 08 Jun 2012 dari laman sesawang:

http://search.babylon.com/? q=kesan+stres&babsrc=HP_ss&s=web&rlz=0&as=0&ac=0

30

Tanggungjawab dan peranan guru. Capaian pada 08 Jun 2012 dari laman sesawang: http://www.scribd.com/dec/852754/tanggungjawab-dan- peranan-guru