Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGHARGAAN 2.0 PENGENALAN 3.0 TUJUAN DAN FUNGSI 4.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT 5.

0 PROSES MEREKA BENTUK 5.1 PENGENALPASTIAN MASALAH 5.2 SENARAI PELBAGAI IDEA PENYELESAIAN MASALAH 5.3 MENGUMPUL MAKLUMAT DAN DATA 6.0 LAKARAN 6.1 LUKISAN ORTOGRAFIK 6.2 LUKISAN ISOMETRIK 7.0 ALATAN TANGAN 8.0 BAHAN KEMASAN 9.0 PERANCANGAN KERJA 10.0 11.0 NILAI BAJET

1.0 PENGHARGAAN Syukur dan Alhamdulilah kerana saya dapat menyiapkan folio bagi projek rekabentuk House of Fun: Snake and Ladder dalam masa yang telah ditetapkan. Projek ini telah diberikan pada 15 Julai 2013 oleh Encik Abdul Manaf bin Bejau selaku pensyarah pembimbing bagi kursus RBT3116 iaitu Proses dan Kaedah Rekabentuk.

Berterima kasih kepada Encik Abdul Manaf diatas penerangan dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Ilmu yang disampaikan oleh beliau banyak memberi kebaikan demi memastikan tugasan dan projek ini dapat disiapkan dengan sempurna.

Selain itu, rakan-rakan juga banyak membanty dari segi penambahan idea-idea yang kreatid dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Kerjasama yang ditunjukkan amat membanggakan walaupun tugasan ini dilaksanakan secara individu.

Oleh itum saya berharap segala pengalaman dan kemahiran yang saya peroleh sepanjang tempoh menyiapkan folio dan projek ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0 PENGENALAN

Secara umumnya seperti apa yang kita ketahui matapelajaran Kemahiran Hidup telah diperkenalkan dan diajari untuk semua murid di Malaysia. Tidak kira murid-murid di sekolah rendah mahupun menengah. Begitu juga dengan murid-murid yang berada di aliran pendidikan khas seperti murid-murid istimewa atau perkataan lain kurang upaya(OKU). Mereka juga tidak juga terlepas daripada pendedah dengan matapelajaran Kemahiran Hidup. Ini menunjukkan bahawa pihik kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil berat mengenai kepentingan matapelajaran Kemahiran Hidup.

Pada masa kini, kita dapat lihat pihak kerajaan juga turut memperuntukkan berbilion-bilion ringgit kepada Sektor Pendidikan untuk memajukan bidang Kemahiran Hidup ini. Hasilnya kita dapat lihat banyak Sekolah-Sekolah Teknik dan Vokasional, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran (MARA), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan sebagainya lagi dibangunkan dengan satu matlamat berdasarkan subjek Kemahiran Hidup.

Matapelajaran Kemahiran Hidup ini merupakan satu matapelajaran yang amat penting dimana dengan mempelajari matapelajaran ini murid-murid akan mendapat menggunakan segala ilmu yang dipelajari untuk kehidupan harian yang baik di rumah mahupun untuk memasuki alam pekerjaan. Sebagai contoh di dalam matapelajaran Kemahiran Hidup setiap murid akan belajar pelbagai benda yang sering digunakan dalam kehidupan seharian seperti memasak, membasuh, pertunkangan, elektrik dan elektronik, bercucuk tanam, penternakan dan keusahawanan. Semua pelajaran ini sudah tentu dapat diaplikasikan di dalam kehidupan harian mereka.

Oleh sebab itum sebagai seorang pendidik perlulah menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang meluas. Selain itu juga sebagai pendidik juga perlu bersikap kreatif, inovatif seta lebih proaktif dalam mengharungi arus perubahan zaman. Selaras

dengan perkembangan teknologi terkini, kita dapati murid-murid pada masa kini lebih bijak, berdaya saing serta maju ke hadapan sehinggakan ada dikalangan murid-murid yang boleh melangkaui kebolehan guru.

Kesimpulannya dengan memperlajari Kursus RBT3116 iaitu Proses dan Rekabentuk ini saya berharap ianya dapat menambah ilmu pengetahuan baru kepada saya. Dengan tugasan projek rekabentuk ini sedikit sebanyak ianya dapat memberi pengalaman baru kepada saya dalam bidang rekabentuk, biarpun sekadar satu projek. Dengan menghasilkan projek ini, sekali gus ianya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup.

3.0 TUJUAN DAN FUNGSI

Tujuan utama menghasilkan projek House of Fun: Snake and Ladder adalah membantu guru-guru menggunakan kaedah ataun pendekatan baru bagi murid-murid pada masa kini. Dimana menurut Kurt Squire dan Henry Jenkins (2003), guru memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan kanak-kanak terutama melalui permainan yang berfokus kepada permainan dalam pembelajaran mereka dapat membentuk interaksi dan kehidupan yang baik dalam komuniti. Jadi kaedah permainan adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Manakala fungsi projek House of Fun: Snake and Ladder mempunyao pelbagai fungsi serta mempunyai ke lebihan tersendiri iaitu: a. Ringan agar mudah dibawa atau dialihkan b. Tahan lama serta kuku c. Mempunyai nota-nota ringkas mengenai subjek tertentu d. Mempunyai permainan Snake and Ladder e. Harga yang berpatutan.

4.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

Antara Objektif Utama didalam kerja kursus ini adalah:

a. Memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar sambil bermain b. Penghasilan produk atau bahan baru bagi mengatasi masalah proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas dan sebagainya. c. Projek yang dihasilkan akan memberi manfaat dan kebaikan kepada guru yang ingin menggunakannya. d. Memberi kemudahan kepada guru yang ingin mengajar.

Antara Matlamat Utama didalam kerja kursus ini adalah: Matlamat projek yang saya cuba laksanakan adalah untuk menghasilkan Alat Permainan Pendidikan yang dapat memenuhi jiwa kanak-kanak yang sentiasa ingin berhibur. Rekabentuk yang di ilhamkan haruslah mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan sesuai dengan peredaran zaman. Kaedah pengajaran yang hanya berpusatkan guru menyebabkan murid kurang kemahiran untuk berfikir dan menjana idea-idea baru. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran berlandaskan permaina dapat meningkatkan ingatan murid dan membina hubungan komunikasi diantara rakan-rakan mereka dan tidak dilupakan guru yang mengajar.

5.0 PROSES MEREKA BENTUK

5.1 PENGENALPASTIAN MASALAH Pada masa kini guru banyak menggunakan kaedah lama iaitu cakap dan salin semula dan penggunaan LCD sahaja. Ini menyebabkan murid-murid cepat berasa bosan dan memikirkan guru yang mengajar subjek tersebut tidak begitu menarik. Kesannya ialah penyampaian yang dilaksanakan oleh guru tersebut gagal dan mungkin juga memberi kesan negatif kepada keputusan peperiksaan murid dan masalah displin didalam diri murid. Jadi dengan penciptaan House of Fun: Snake and Ladder ini diharapkan dapat membantu guru membina satu proses pengajaran yang berkesan. Selain itu ianya juga dapat membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu matapelajaran.

5.2 SENARAI PELBAGAI IDEA PENYELESAIAN MASALAH

5.3 MENGUMPUL MAKLUMAT DAN DATA

6.0 LAKARAN

6.1 LUKISAN ORTOGRAFIK

Lukisan ortografik adalah lukisan pelan Lukisan ortografik terbina di atas paksi ortografik Paksi ortografik terdiri daripada: o satu garisan tegak dan satu garisan mendatar yang bersilang antara satu sama lain. o satu garisan condong/serong yang bermula daripada titik silang garisan tegak dan garisan mendatar.

Konsep lukisan ortografik. a. Lukisan ortografik dilukis dengan anggapan semua arah pandangan dalam garisan lurus dan selari dengan dua paksi utama iaitu paksi x dan paksi y b. Garisan dalam lukisan ortografik mempunyai fungsinya sendiri. Oleh itu ketebalan dan kehitaman garisan amat penting. c. Terdapat dua jenis unjuran iaitu - unjuran sudut pertama - unjuran sudut ketiga

Rajah 1.1 menunjukkan pandangan-pandangan bagi lukisan ortografik.

6.2 LUKISAN ISOMETRIK

Lukisan isometrik adalah lukisan 3 dimensi Lukisan isometrik terbina di atas paksi isometrik

Paksi isometrik terdiri daripada - satu garisan mendatar - satu garisan tegak - dua garisan condong/serong bersudut 30

Rajah 1.3 menunjukkan paksi isometrik

7.0 ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

JENIS ALATAN 1. Pembaris Keluli

MAKLUMAT Mengukur dan menanda jarak,membina garisan lurus,serta memindahkan ukuran.

Dibuat daripada keluli yang tidak berkarat. Saiz 300 mm (12) panjang.

2. Sesiku L Membuat garisan lurus dan bersudut tepat. Menguji dengan muka atau tepi kepersegian. Menguji kerataan permukaan kayu. Berbentuk huruf L dan terdapat dalam pelbagai saiz. Saiz yang biasa digunakan adalah 20 cm (8 inci). Bilah dan tonggak dibina bersudut 90O. 3. Gunting

4. Pisau Pemotong

5. Cutting Mat 6. Jarum Tangan Terdapat dalam pelbagai warna mengikut warna
kain yang hendak dijahit. Benang akan digunakan untuk jahitan tangan dan juga jahitan mesin. Gunakan warna benang yang sama untuk menjahit pakaian ataupun warna yang lebih lembut.

Jenis Bahan
1. Kad Board

Maklumat

2. Gam

3. Kain 4. Pelekat
5. Benang Jahit

8.0 SENARAI BAHAN

9.0 PERANCANGAN KERJA Carta Aliran Perancangan Projek House of Fun: Snake and Ladder

MENGENALPASTI MASALAH

PENGUMPULAN DATA/ MAKLUMAT

LAKARAN IDEA

PEMILIHAN IDEA TERBAIK MEMBUAT ANGGARAN KOS PROJEK PEMILIHAN BAHAN DAN PERALATAN YANG SESUAI

PEMBINAAN PROTOTAIP

PENGUJIAN PROTOTAIP

PENGUBAHSUAIAN

10.0

NILAI

Di bawah ini disenarai beberapa perbandingan yang dapat di buat ( kebaikan/ kelebihan dan keburukan/ kekurangan ) idea- idea yang dinyatakan.

House of Fun: Snake and Ladder Kebaikan/ kelebihan .Rekabentuk yang menarik. Penggunaan bahan yang sesuai. Mempunyai bahan-bahan ilmiah yang berguna. .Kos sederhana.

Set Snake and Ladder Kos yang rendah.

Keburukan/ kekurangan

Rekabentuk kurang menarik. Tiada bahan ilmiah dan hanya permainan sahaja.

11.0

BAJET

Bil. 1 2 3 4

Items Gam UHU Gam Kad Board Kain Sifon

Harga (RM) 2.00 1.00 7.00 2.00 Jumlah (RM)

Unit 2 1 3 1

Harga (RM) 4.00 1.00 21.00 2.00 28.00

12.0

RUJUKAN