Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN Boneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai

patung.Biasanya boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan pra sekolah yang dijadikan sebagai bahan bantuan mengajar. Selain itu boneka adalah salah satu hiburan untuk orang zaman dahulu seperti wayang kulit. Boneka juga boleh dijadikan alat permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan. Perkataan boneka telah berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa Portugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu boneka yang di hasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi masyarakat Yunani dan Romawi kuno, mereka menggunakan boneka untuk upacara keagamaan manakala masyarakat Mesir kuno pula menggunakan boneka sebagai gantian korban manusia. Selain daripada alat permainan kanak-kanak, boneka juga digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupun mistik seperti upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir, pemanggilan roh dan sebaginya. Untuk membuktikan kebenaran boneka digunakan untuk upacara keagamaan pada masa dulu, boneka seringkali dijumpai di makam-makam kuna atau situs-situs sejarah mahupun pra sejarah.

DEFINISI BONEKA Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), boneka adalah patung misalnya orang atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya. Zurinah dan Mohamad Iman (2004), pelbagai bentuk boneka boleh dihasilkan sama ada daripada kertas atau kain. Setiap kali bercerita, boneka dijadikan modul penceritaan. Dengan ini segala bentuk penceritaan lebih mudah difahami. Kemudian kanak-kanak menggunakan boneka tersebut untuk melahirkan watak-watak yang berbeza. Cara ini juga lebih berkesan terutama untuk memastikan imaginasi kanakkanak dapat dilahirkan melalui pencerita. Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula,

boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneka yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentukmacam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi. JENIS JENIS BONEKA Terdapat beberapa jenis boneka antaranya boneka sarung tangan / jari. Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dan lain lain.

Boneka Lidi ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

Boneka seterusnya ialah boneka wayang kulit. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai.

Boneka Tongkat ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh ramarama dan bunga.

Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian- bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik- tarik untuk membuat angota badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang.

Boneka kertas diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh: beruang dan rambutan.

Boneka pinggan kertas pula diperbuat daripada pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.

Boneka penuh. Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.

AKTIVITI BONEKA

Guru boleh mengaplikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna,pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa.Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita.Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini.Pertama guru perlu memilih bercerita dahulu dengan mencipta skrip ,kemudian guru perlu membina boneka berdasarkan watak watak dalam cerita tersebut.Kedua,guru menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih member kebebasan kepada guru di samping menggalakan daya kreativiti pendengan murid murid.Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang,guru perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu,sama ada memanjangkan atau memendekan skripnya.Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak kanak.Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu guru menyampaikan ceritanya. Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka.Variasi suara perlu difikirkan kesesuaiannya dengan boneka yang akan digunakan.Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita.Walaubagaimanapun guru boleh menggunakan boneka tanpa pentas.Kedudukan boneka boleh disesuaikan mana mana sudut. di

PERSEMBAHAN BONEKA Sewaktu mempersembahkan boneka aspek yang perlu diambil kira ialah persekitaran tempat pertunjukan boneka.Seeloknya dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan kanak kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka. Faktor kedua ialah susun atur boneka.Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau sudut komponen kreativiti dan estetika.Tempat

persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu.Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan. Teknik penyampaian juga boleh digunakan dengan menggunakan boneka.Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah guru menggerak lakonan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan kanak kanak tanpa menggunakan pentas.Guru juga boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggerakanlakonkan boneka.Cara kedua ini disesuiakan dengan pentas boneka.Semasa bercerita,gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah olah boneka berkomunikasi dengan kanak kanak.Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas ,jarak serta pertukaran masa dan waktu.Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik. Semasa membuat persembahan boneka,pelbagai jenis pentas boleh

digunakan.Jenis jenis pentas tersebut adalah pentas kerusi iaitu susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan pentas.Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang.Rentang kain hitam sebagai tirai.Guru sebagai pemain boneka duduk di belakang kain semasa mengeraklakonkan boneka. Pentas rentang yang dibuat dari kain hitam yang diikat pada dinding juga boleh digunapakai semasa persembahan boneka.Selain itu,pentas tingkap ,dimana tingkap terbuka digunakan sebagai pentas.Guru duduk diluar dan murid di dalam

kelas.Manakala pintu juga boleh dijadikan pentas seperti tingkap.Kain ,papan atau

kertas tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah pintu.Pemain boneka berada di luar dan penonton di dalam. Selain itu,meja juga boleh dijadikan pentas.Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian depan.Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka.Pentas berlipat juga boleh digunakan menggunakan rangka kayu atau kotak sebagai bingkainya kemudian ditutup dengan kain.Berikut beberapa contoh pentas boneka.

KEPENTINGAN BONEKA Selathurai Nadeson (1982), menerangkan bahawa pepatung (puppet show) boleh digunakan untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu, memberi arahan, mengucapkan sesuatu yang lucu, bercerita, menyoal dan juga untuk mencipta situasisituasi drama yang melibatkan kanak-kanak. Pepatung akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperkayakan dan menambahkan kemahiran bahasa dan juga memberi peluang untuk perkembangan kemahiran imaginatif. Zaharatullaili (2006) telah menjalankan kajian mengenai penggunaan boneka telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Boneka merupakan salah satu bahan bantu yang dapat menarik minat dan perhatian kanakkanak terhadap pembelajaran kerana sifat semula jadi kanak-kanak itu yang sukakan boneka. Bermain dengan boneka dapat memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi masing-masing berdasarkan tahap kebolehan dan kemahiran mereka. Kajian beliau mendapati teknik penggunaan boneka yang berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak. Azizah (1995), menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai cara belajar yang tersendiri. Mereka suka meneroka perkara-perkara baru yang menarik perhatian mereka. Perkara-perkara ini boleh merangsang pemikiran mereka. Mereka belajar dengan membuat learning by doing, aktiviti yang mereka sendiri lakukan sangat penting. Mereka suka mencari dan mendapatkan maklumat dari diri mereka dan alam sekeliling. Mereka belajar dari tindakan mereka sendiri. Kanak-kanak juga suka mengikut contoh orang dewasa. Satu daripada strategi yang sesuai dalam pembelajaran kanak-kanak ialah bermain sambil belajar. Levy (1984), yang telah membuat kajian semula terhadap kajian-kajian lepas yang melibatkan hubungan main dengan perkembangan bahasa telah membuat kesimpulan seperti berikut. i. ii. iii. Main memberangsangkan inovasi dalam bahasa Main memperkenalkan dan menerangkan perkataan dalam konsep Main menghubungkaitkan penggunaan dan praktis bahasa yang baru

iv. v.

Main memperkembangkan kesedaran metalinguistik Main menggalakkan pemikiran secara lisan Kajian beliau mendapati main dapat memperkembangkan bahasa kanak-kanak.

Penggunaan boneka merupakan salah satu cara kanak-kanak bermain. Kanak-kanak dapat menigkatkan meningkatkan keupayaan komunikasi dan bilangan

perbendaharaan kata dengan bermain boneka.

Kesimpulannya, Loy (2004) menyifatkan teater boneka sebagai belajar melalui bermain. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa boneka sarung tangan sangat menarik dan mudah dikendalikan oleh kanak-kanak serta dapat menarik minat dan memikat hati kanak-kanak. Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan

perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanakkanak.