Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH LINGUISTIK Apakah linguistik itu? Mungkin itulah pertanyaan dasar yang harus kita jawab terlebih dahulu.

Linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau studi ilmiah mengenai bahasa. Terdapat beberapa definisi linguistik dari beberapa ahli. Antaranya ialah Chaer (2007) mendefinisikan linguistik sebagai ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya. Beliau juga menyebut bahawa kata linguistik ( berpadanan dengan linguistics dalam bahasa Inggeris, linguistique dalam bahasa Perancis dan linguistiek dalam bahasa Belanda ) diturunkan dari kata bahasa Latin lingua yang bererti bahasa, didalam bahasa -bahasa Roman iaitu

bahasa-bahasa yang berasal dari bahasa Latin. Terdapat kata yang serupa atau mirip dengan kata Latin lingua itu seperti lingua dalam bahasa Italia, lengue dalam bahasa Sepanyol, langue ( dan langage ) dalam Perancis. Begitupun dalam bahasa Inggeris yang mengadopsi kata language dari kata langage bahasa Perancis. Lyons (1981) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan suatu ilmu yang objeknya adalah bahasa manusia yang dikaji secara ilmiah. Alan dan Corder (1957) menekankan definisi linguistik dari sudut bahasa, baik sebagai objek formal kajian mahupun metodologinya. Dalam kamus Webster (1981) linguistik didefinisikan sebagai ilmu yang mempelajari empat hal iaitu satuan-satuan bahasa, hakekat bahasa, struktur bahasa dan perubahan bahasa. Dalam bahasa Perancis, kita menemukan dua istilah berbeza iaitu langue dan langage. Langue diertikan sebagai bahasa tertentu seperti bahasa Perancis, Inggeris, Jawa dan sebagainya. Sedangkan langage diertikan sebagai bahasa secara umum iaitu bahasa yang terdapat dan digunakan manusia pada umumnya. Dalam pendefinisian langage tersebut dapat diambil contoh dalam sebuah ungkapan Manusia memiliki bahasa, sedangkan binatang tidak . selain dua istilah tersebut, bahasa Perancis memiliki satu istilah lagi untuk menggambarkan bahasa iaitu parole. Chaer (2007) menyebutkan bahawa parole adalah bahasa dalam wujudnya yang nyata dan konkrit iaitu berupa ujaran. Oleh sebab itu, ketiga istilah tersebut dapat digambarkan sebagai langage iaitu sistem bahasa manusia secara umum, langue iaitu sistem bahasa tertentu dan parole iaitu wujud bahasa konkrit yang digunakan masyarakat sehari-hari.

Ilmu linguistik disebut juga dengan linguistik umum ( general linguistic ). Ertinya linguistik tidak hanya menyelidiki suatu langue tertentu tanpa memperhatikan cirri-ciri bahasa lain. Sebagai contoh, sulit bagi kita untuk memahami morfologi bahasa Indonesia jika tidak memahami morfologi bahasa-bahasa lain .Memang,morfologi bahasa Indonesia jika tidak memahami morfologi bahasa-bahasa lain. Memang, morfologi bahasa Indonesia seharusnya dianalisis hanya dengan bahasa Indonesia, akan tetapi bahan itu saja tidak memberikan pengertian kepada kita bagaimana struktur morfologi pada umumnya.dengan kata lain,sasaran linguistik bukan hanya terfokus pada langue sahaja tetapi juga pada langage yang lebih umum. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN LINGUISTIK Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi,budaya dan politik. Kegiatan ke 6 sebelum

dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-socrates, iaitu pada abad

masihi.Falsafah bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan masyarakat ketika itu. Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yuinani ialah Plato dan Aristotle , iaitu murid Plato. Plato merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai satu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan

persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa., iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengamekui tentang adanya sistemkala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi sebagai alat,khususnya untuk retorik dan puisi .Beliau menganggap bahawa bahasa itu tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Sejarah ilmu bahasa ( linguistik ) dimulai dari linguistik tradisional, tatabahasa tradisional menganalisis bahasa melaui filsafat. Dalam perkembangannya lebih dikenali sebagai Liguistik Zaman Yunani. Sejarah mengenai bahasa pada zaman Yunani

dimulai sejak abad 5 SM sampai lebih kurang abad ke 2 masihi. Pada masa itu terdapat masalah yang menjadi pertentangan antara bahasa bersifat alami ( fisis ) dan bahasa bersifat konvensi ( nomos ). Fisis ialah bahasa yang memiliki asal usul , sumber dan prinsip-prinsip abadi sedangkan konvensi bererti makna-makna kata dalam bahasa yang diperoleh dari tradisi dan kebiasaan. Setelah jatuhnya Yunani, muncullah kerajaan Romawi yang kemudian

dilanjutkan sejarah ilmu linguistik zaman Romawi dengan tokohnya Varro dan karyanya De Lingua Latina yang terbahagi kepada beberapa bidang ( etimologi, morfologi ). Linguistik zaman pertengahan dilanjutkan lagi di mana para pengkaji bahasa mendapat perhatian yang sepenuhnya dari para falsafah skolastik dan bahasa latin menjadi bahasa lingua franca kerana digunakan sebagai bahasa gereja, bahasa diplomasi dan bahasa ilmu pengetahuan. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi.

Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Pada zaman Renaisans linguistik dianggap sebagai pembukaan abad pemikiran moden. runtuh. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani Tahukah anda mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian

dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa, pada zaman ini lebih kepada sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang Walau

menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa.

bagaimanapun, sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. Para pengkaji zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu eleman untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka, hasil sesuatu tulisan itu baik sekiranya tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasteraan. Pada zaman ini, teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman

pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka dapat mengesan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Pada zaman Arab, bahasa berkembangan pesat di Bagdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-

Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Linguistik pada zaman India pula, menggunakan bahasa Sanskrit dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut

berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dalam aspek fonetik ,morlogi dan sintaksis. Sumbangan

terpenting ahli-ahli pada zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut

mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama, hampir semua

bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. Sekitar abad ke-19, merupakan permulaan kepada linguistik moden. Bidang

bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan buktinya. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka

mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui pinjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini wujudlah rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan berfleksi. Hukum baharu mula wujud dan dikenal sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Pengkaji ilmu bahasa zaman moden lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian-kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkornis dan diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan suatu teori baharu iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.