Anda di halaman 1dari 16

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

PENUBUHAN (KESKTUUM)

KESATUAN

KAKITANGAN

TEKNIKAL

UUM

1.0 PENGENALAN

Menurut Akta Kesatuan Sekerja 1959, kesatuan sekerja di Malaysia didefinasikan sebagai sebuah persatuan atau gabungan majikan atau pekerja yang bekerja di Malaysia. Menurut peruntukan ini, keahlian sesuatu kesatuan sekerja dalam sektor awam atau swasta hendaklan terdiri daripada pekerja atau majikan dalam ketukangan, pekerjaan atau industri yang tertentu atau seakan-akan sama. Pekerja-pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana mereka sedar bahawa secara kolektif mereka akan berada dalam kedudkan yang membolehkan mereka meminta gaji yang lebih tinggi dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik daripada majikan mereka.

Sejarah penubuhan kesatuan sekerja bermula di Britain hasil daripada perkembangan pesat pembukaan kilang dalam pelbagai bidang dan cabnag industri. Kesatuan sekerja mula mendapat hak pada tahun 1915 seterusnya menjadi ikutan di seluruh dunia. Fokus utama penubuhan kesatuan sekerja adalah untuk menjaga kebajikan pekerja seperti isu gaji, keselamatan dan kesihatan pekerja, kuliti hidup, pembangunan sumber manusia dan lain-lain isu yang melibatkan pekerja. Menurut Balakrishnan (2003) menyatakan fokus kesatuan sekerja adalah seperti untuk memperluaskan ruang antara

NO.MATRIK : 192973

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

pembahagian

pendapatan

dengan

kekayaan

dalam

masyarakat,

memperkembang sektor informal dalam pasaran buruh, kemerosotan keselamatan dalam sistem pekerjaan, upah benar dan faedah minimum pekerja menurut undang-undang, isu pengangguran dan guna tenaga, peningkatan dari segi kadar kemiskinan, hilangnya ciri demokrasi dan juga hak kesatuan sekerja tempat kerja dan penswasta tanpa mengambil kira kesan-kesan sosial terhadap golongan pekerja.

Antara kesatuan sekerja yang bersifat nasional ialah seperti Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kerajaan (CUEPACS), Kesatuan Guru-Guru (NUTP),

2.0 PERANAN KESATUAN SEKERJA

Peranan kesatuan sekerja amat penting dalam memainkan peranan membela nasib pekerja. Peranan kesatuan sekerja secara umumnya dapat dilihat dalam kontek membela pekerja-pekerja dari segi isu hak gaji minimum, hak-hak pekerja dari segi keselamatan, kesihatan, kebajikan, pembangunan diri dan hak-hak yang lain. Antara isu-isu yang diperjuangkan dan memainkan peranan kesatuan sekerja adalah seperti berikut :

NO.MATRIK : 192973

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

2.1

Penetapan gaji minimum dan gaji maksimum

Terdapat perbezaan yang ketara di antara gaji terendah dalam sektor swasta dan sektor awam meskipun jenis pekerjaan dan deskripsi tugas hampir sama. Kesatuan sekerja berperanan

mengangani masalah ini dengan meminta kerajaan menetapkan gaji minimum yang lebih tinggi sesuai dengan peredaran masa agar para pekerja dapat menikmati hidup yang lebih selesa terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar yang menanggung kos sara hidup yang tinggi. Kerajaan Malaysia baru-baru ini bersetuju untuk mengeluarkan pekeliling agar gaji minimum sektor awam dan swasta dinaikan menjadi RM 900.00 sebulan. Ini adalah salah satu kejayaan yang dimainkan oleh CUEPACS dalam isu gaji minimum yang telah lama diperjuangkan.

2.2

Membantu menangani kegawatan ekonomi

Kesatuan sekerja boleh membantu kerajaan dalam menangani krisis ekonomi yang melanda negara dengan menyertai Jawatankuasa Bertindak NGO Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara. Kesatuan sekerja juga boleh mengadakan kegawatan kempen-kempen ekonomi dan

menyedarkan

ahli-ahlinya

mengenai

NO.MATRIK : 192973

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

mendorong

mereka

membeli

barangan

perlu

sahaja

selain

meningkatkan amalan membeli barang tempatan dan menjimatkan tenaga elektrik, petrol dan air. Dalam kegawatan ekonomi juga, isu majikan membuang pekerja juga sering terjadi dan kesatuan boleh mengambil tindakan supaya majikan memberi pampasan yang sewajarnya kepada pekerja yang diberhentikan. Isu penamatan pekerja asing pula perlu ditangani dengan adil supaya pihak luar tidak memandang negara ini sebagai majikan yang kejam.

2.3

Menangani isu pekerja wanita

Pada hari ini, pekerja wanita memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Kesatuan sekerja melihat isu pekerja wanita seperti kurangnya wanita memegang jawatan-jawatan penting dan pengurusan dan pembuat keputusan, gangguan seksual di tempat kerja dan kebajikan pekerja wanita seperti cuti bersalin dan menjaga anak. Namun, di Malaysia, CUEPACS telah berjaya mendesak kerajaan untuk memberi cuti bersalin yang lebih panjang iaiatu sehingga 3 bulan, melantik wanita sebagai pengurus-pengurus dan pegawai-pegawai tinggi di jabatan-jabatan kerjaan dan menyediakan pusat-pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk memudahkan ibubapa yang berkerja.

NO.MATRIK : 192973

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

2.4

Mempercepatkan penyelesaian pertikaian perdagangan

Menurut

statistikJabatan

Perhubungan

Industri,

bilangan

pertikaian perdagangan yang berlaku adalah melebihi 700 kes setiap tahun dan hanya sekitar 500 kes dapat diselesaikan. Dalam hal ini, kesatuan sekerja memainkan peranan dalam mendesak kerajaan mempercepatkan proses penyelesaian dengan mencadangkan

pindaan kepada Akta Perhubungan Industri 1967. Kesatuan sekerja juga berperanan dalam menyeru ahli-ahli kesatuan mendokong cita-cita kerajaan dengan mempelajari ilmu sistem maklumat dan computer yang boleh meningkatkan

keberkesanan pentadbiran kerajaan menerusi kerajaan elektronik, sekolah bestari dan sebagainya. Ahli-ahli kesatuan yang mahir dalam penggunaan computer sewajarnya melatih pekerja-pekerja yang kurang mahir untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dengan penggunaan komputer dan sistem maklumat.

NO.MATRIK : 192973

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

3.0

PROSEDUR MENUBUHKAN KESATUAN SEKERJA

Penubuhan sesebuah kesatuan sekerja mestilah tertakluk kepada peraturan dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Bagi menubuhkan Kesatuan Kakitangan Teknikal UUM sebagai sebuah kesatuan sekerja yang berdaftar dan sah dari segi undang-undang negara, beberapa langkah perlu diambil. Langkah pertama ialah membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia untuk mendaftarkan kesatuan tersebut. Menurut Seksyen 8 Akta Kesatuan Sekerja 1959, tiap-tiap kesatuan sekerja yang ditubuhkan perlu mohon untuk didaftarkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh ia ditubuhkan. Permohonan kepada Ketua Pengarah dalam borang yang telah ditetapkan dan ditandatangan oleh sekurang-kurangnya tujuh orang anggota kesatuan yang diantaranya terdiri darpada pegawai-pegawai kesatuan. Perkara-perkara dan butir-butir berikut hendaklah dilengkapkan apabila memohon pendaftaran iaitu : 1) yuran pendaftaran 2) satu salinan beretak kaedah-kaedah kesatuan sekerja yang

ditandatangan oleh anggota yang membuat permohonan 3) suatu penyata yang mengandungi butiran berikut : i) ii) nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang membuat permohonan nama kesatuan sekerja itu dan alamat ibupejabatnya

NO.MATRIK : 192973

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

iii) nama, umur, alamat dan jawatan pegawai-pegawai kesatuan sekerja itu dan maklumat lain mengenai pegawai-pegawai yang diperlukan supaya diberi oleh Ketua Pengarah dalam sesuatu kes

Setelah Ketua Pengarah menerima sessuatu permohonan, kesatuan tersebut akan didaftarkan dan diberikan sijil pendaftaran yang sah.

4.0

PROSEDUR MENGADAKAN PERUNDINGAN DENGAN MAJIKAN

Setelah penubuhan Kesatuan Kakitangan Teknikal UUM telah diluluskan dan didaftarkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan, agenda pertama yang ingin dilakukan ialah mengaakan perundingan dengan majikan untuk membincangkan isu-isu seperti kenaikan pangkat kakitangan teknikal, keselamatan kakitangan di tempat kerja bagi yang bekerja di tempat dan norma kerja yang berisiko tinggi, isu pakaian seragam yang lewat dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan, elaun lebih masa, kebajikan dan lain-lain isu yang ingin dibangkitkan oleh kakitangan. Justeru itu, Presiden dan jawatankuasa tertinggi kesatuan perlu mengambil tindakan-tindakan yang perlu dalam mengatur perbincangan dengan Pendaftar UUM untuk mengadakan satu perjumpaan secara formal.

Sebelum

kesatuan

menjemput

Pendaftar

untuk

satu

majlis

perundingan, kesatuan sendiri perlu mengadakan perjumpaan dengan semua

NO.MATRIK : 192973

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

ahli untuk memberi ruang kepada semua ahli menyatakan dan menyuarakan apakah isu-isu yang berbangkit di kalangan mereka. Ini dapat memberi gambaran yang jelas tentang permasalahan dan isu-isu berkaitan kakitangan yang akan dibawa dalam perundingan bersama Pendaftar. Borang soal selidik dan juga cadangan boleh juga diberi kepada kakitangan sebagai bukti setiap individu menyatakan keperluan dan kehendak mereka dari majikan. Biasanya perjumpaan dengan ahli menjadi hangat dengan isu-isu yang dibangkitkan terutamanya berkaitan kebajikan kakitangan seperti elaun lebih masa yang sering dipotong dan lewat dibayar, beban kerja yang terlalu banyak akibat majlis-majlis di universiti yang begitu banyak diadakan dan ketiadaan ruang kepada kakitangan untuk menghadiri kursus-kursus dan seminar di luar kampus akibat kekangan tugas.

Presiden dan Setiusaha serta Ahli Jawatankuasa kesatuan perlulah mencatatkan setiap isu yang timbul dan membuat kertas kerja untuk dibincangkan dalam perjumpaan dengan Pendaftar. Setelah semuanya disiapkan, Presiden akan membuat temujanji dengan Pendaftar untuk mendapatkan tarikh dan masa yang sesuai untuk mengadakan perbincangan antara jawatankuasa kesatuan bersama Pendaftar. Setelah itu, surat jemputan akan dikeluarkan kepada Pendatar dan setiap ahli jawatnkuasa untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Presiden dan ahli jawatnkuasa mestilah bersedia dengan alasan-alasan yang kukuh mengenai apa sahaja perkara yang dibangkitkan dan yakin untuk bersemuka dengan Pendaftar.

NO.MATRIK : 192973

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

4.1

Perlaksanaan Perundingan

Dalam mengadakan perundingan antara kakitangan dan majikan, tidak dapat lari dari dua bentuk perlaksanaan perundingan iaitu perundingan distributif dan perundingan intergratif. Perundingan distributif ialah proses tawar-menawar antara pekerja dan majikan yang dan terdapat satu pihak yang memberi dan satu pihak lagi menerima. Biasanya pekerja banyak meminta kepada majikan seperti kenaikan gaji, tuuntutan elaun dan lain-lain faedah kepada mereka dan majikan kadangkala terpaksa menurut kehendak pekerja bagi memastikan hak dan kehendak mereka dipenuhi demi kebaikan bersama. Namun terdapat juga pihak majikan yang menerima

kebaikan dan pekerja terpaksa menurut seperti menggantikan tuntutan elaun lebih masa kepada cuti ganti bagi menjimatkan kewangan.

Perundingan distributif biasanya menjadi isu yang panas kerana satu pihak pasti mengalami kerugian dan satu lagi mendapat keuntungan hasil dari perlaksaaan sesuatu perkara yang dipersetujui berama. Bagi mencapai kata sepakat, pihak yang mengalami kerugian perlu mengalah dan pihak yang satu lagi akan menggunakan elemen paksaan atau kepentingan mereka untuk mendapat kelebihan di atas sesuatu permintaan tersebut.

NO.MATRIK : 192973

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

Perundingan intergratif atau koperatif pula ialah dimana tiada mana-mana pihak yang rugi atau untung. Kedua-dua mendapat manfaat dan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk keduadua belah pihak. Ini juga disebut win-win situation atau situasi menang-menang. Contohnya jika pekerja mohon untuk kenaikan gaji, majikan boleh memberi kenaikan gaji dengan syarat produktiviti ditingkatkan dan memaksimukan waktu bekerja. Jika kedua-dua pihak bersetuju, maka perlaksaan tersebut akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Tawar-menawar ketika perundingan diadakan adalah satu perkara yang sangat kritikal dan sangat penting dalam meningkatkan kecekapan dan penambahbaikan kepada organisasi.

4.2

Strategi Perundingan Berkesan

Bagi menjamin keberkesanan sesuatu rundingan, kedua-dua belah pihak iaitu ahli jawatankuasa kesatuan yang mewakili pekerja dan Pendatar di pihak majikan perlu bijak dalam memenuhi setiap tuntutan. Justeru, sebelum sesuatu rundingan diadakan, pihak jawatnkuasa kesatuan sendir perlulah mengadakan perbincangan bersama kakitangan untuk menentukan isu-isu yang betul-betul memerlukan perhatian dan tindakan dari Pendaftar. Jika isu-isu yang lapuk dan remeh dibawa bersama ke meja rundingan, satu imej yang kurang baik ditonjolkan kepada Pendaftar menunjukan pihak kesatuan

NO.MATRIK : 192973

10

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

tidak menjalankan kajian atau berbincang dahulu sesama ahli. Ini menunjukan kelemahan kesatuan kepada majikan yang boleh menyebabkan isu-isu lain yang lebih penting tidak diberi perhatian. Ahli jawatankuasa kesatuan perlu menunjukan kematangan dan

kebijaksanaan dalam isu seperti mengetahui isu-isu semasa dan perkembangan di organisasi yang serupa mengenai kelebihankelebihan yang mereka perolehi, syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam membuat sesuatu tuntutan, prosedur-prosedur yang terlibat serta implikasi dari kewangan dan perundangan serta tertakluk di bawah perkhidmatan awam di Malaysia.

Bagi pihak majikan pula, tidak semestinya menerima bulat-bulat cadangan dan usul yang dibangkitkan. Pihak majikan perlu bijak untuk memberi cadangan balas ke atas sesuatu tuntutan yang dibangkitkan agar setiap tuntutan yang dipenuhi itu akan mendatangkan situasi menang-menang kepada kedua-dua belah pihak. Setiap tuntutan mestilah rasional dengan kedudukan kewangan organisasi dan tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Awam Malaysia. Pihak majikan juga tidak boleh sewenang-wenangnya meolak sesuatu tuntutan tanpa mengkaji kebaikan dan keburukan serta keperluan tuntutan tersebut. Pihak majikan juga harus sabar dan tenang dalam memenuhi setiap tuntutan dari pekerja dan tidak perlu melenting dan menggunakan kuasa yang ada untuk tidak menyokong atau menolak sesuatu

NO.MATRIK : 192973

11

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

tuntutan. Sekiranya sesuatu tuntutan itu perlu ditolak akibat kekangan dari pihak majikan, ianya mestilah disertakan dengan alasan yang kukuh dan meyakinkan kakitangan bahawa tuntutan tersebut tidak dapat dilaksanakan dan lebih baik lagi majikan mencadangkan tindakan alternatif untuk menggantikan sesuatu tuntutan yang ditolak. Contohnya jika tuntutan lebih maa yang terlalu tinggi dan tidak dapat dibayar oleh majikan, maka majikan boleh mengusulkan cuti ganti bagi kepada kaitangan tersebut.

4.3

Tindakan-Tindakan Sekiranya Perundingan Tiada Penyelasaian

Sekiranya perundingan antara majikan dan pekerja tidak menemui jalan penyelesaian dan kedua-dua pihak berkeras dengan keputusan masing-masing, Jabatan Perhubungan perkara tersebut perlu dirujuk kepada Malaysia (JPPM). JPPM

Perusahaan

memainkan peranan penting dalam memelihara dan mengekalkan perhubungan perusahaan yang harmoni di antara para majikan, warga pekerja dan kesatuan sekerja.

Bagi merealisasikan tujuan ini, setiap pertikaian antara majikan dan pekerja atau kesatuan sekerja mereka perlu ditangani dengan baik dan berkesan agar pihak-pihak yang bertikai berpuashati dengan kaedah dan sistem penyelesaian yang dilaksanakan. Kegagalan

NO.MATRIK : 192973

12

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

menangani pertikaian perusahaan denganbaik boleh mencetuskan suasana yang menggugat keharmonian organisasi. Salah satu usaha yang boleh diambil ialah melalui rundingan damai.

Rundingan da,\mai atau conciliation adalah proses untuk mencari jalan penyelesaian ke atas sesuatu pertikaian antara dua pihak yang melibatkan pihak ketiga (Hj. Md. Sabri, 2001). Tugas JPPM sebagai pihak ketiga dalam rundingan damai bagi sebarang pertikaian yang berlaku di antara majikan dan pekerja yang tidak menemui jalan penyelesaian. Tugas ini dipikul demi memastikan perhubungan perusahaan dan keharmonian sesebuah organisasasi. Proses

penyelesaian pertikaian perusahaan dan rayuan pemulihan kerja dijalankan oleh JPPM mengikut prosedur seperti berikut :

1) Langkah Pertama Perundingan yang diadakan di antara kesatuan/pekerja dengan majikan di peringkat syarikat mengikut prosedur kilanan (grievance procedure) yang ditetapkan di dalam perjanjian kolektif atau mengikut prosedur yang sedia ada di syarikat (jika tiada perjanjian kolektif)

NO.MATRIK : 192973

13

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

2) Langkah Kedua : Rundingan Damai (Conciliation) Sekiranya penyelesaian tidak tercapai melalui langkah pertama, tindakan berikut boleh diambil : i) Mana-mana pihak boleh melaporkan kepada JPPM untuk meminta bantuan bagi menyelesaikan pertikaian yang telah wujud ii) Bagi pekerja yang tidak berpuashati dengan penamatan perkhidmatannya pula perlu memfailkan representasi kepada JPPM untuk dipulihkan semula ke jawatan aalnya dalam tempoh 60 hari selepas ditamatkan perkhidmatan sekiranya mereka ditamatkan perkhidmatan atau menganggap telah ditamatkan perkhidmatan oleh majikan secara tidak adil.

JPPM di peringkat negeri/daerah akan membantu kedua-dua pihak majikan dan pekerja mencari jalan penyelesaian yang segera sebagaimana yang dinyatakan di bawah Subseksyen 20(2) APP 1967. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas mengenai langkah yang perlu diambil bagi mencari jalan penyelesaian yang segera, namun amalan yang dilaksanakan ialah menjalankan rundingan damai bagi mencari jalan penyelesaian secara damai. Bagaimanapun, Subseksyen 19A dan 19B APP 1967 secara tidak langsung menyatakan prosiding perdamaian boleh dilakukan oleh menteri dan perwakilan dalam prosiding rundingan damai.

NO.MATRIK : 192973

14

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

5. RUMUSAN

Kesatuan sekerja merupakan mediaum yang terbaik bagi pekerja menyuarakan pendapat dan menuntut hak-hak mereka kepada majikan. Boleh dikatakan setiap organisasi samada swasta mahupun jabatan kerajaan mempunyai kesatuan kerja masing-masing bagi memastikan kakitangan mereka dapat menyuarakan tuntutan dan sebagainya secara sah dan mengikut undang-undang.

Peranan kesatuan sekerja adalah penting dalam menjaga kepentingan beberapa pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup supaya negara dapat membangun dengan pantas dalam merealisasikan wawasannya. Pergerakan kesatuan sekerja berpendapat bahawa pekerja-pekerja bukan semata-mata faktor

pengeluaran. Mereka sewajarnya dihargai sebagai rakan kemajuan dan perlu dilayan berdasrakan pengiktirafan dan status mereka dalam masyarakat. Kesatuan sekerja berharap kerajaan dan majikan tidak meminta kesatuan sekerja menjadi rakan hanya pada waktu-waktu sukar dan mengetepikan atau mengabaikan pekerja-pekerja apabila keaadaan ekonomi merudum. Walaubagaimanapun, dalam menjayakannya, semua kesatuan sekerja yang wujud di negara ini perlulah bersatu padu dan mengelakan pertelingkahan sesama mereka.

NO.MATRIK : 192973

15

GMGM 3073 PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

RUJUKAN

Goh Chen Chuan (1998). Akta Pekerjaan Dan Undang-Undang Buruh Malaysia. Leeds Publication,. Kula Lumpur Kamal Halili Hassan (1990). Hubungan Undang-Undang Majikan Dan Pekerja. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Wu Min Aun (1985). Undang-Undang Perhubungan Perusahaan Di Malaysia. Heinemann (Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. www.http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/11 Kesatuan Sekerja www.http://gakumip.blogspot.com/2008/09/ Peranan kesatuan

NO.MATRIK : 192973

16

Anda mungkin juga menyukai