Anda di halaman 1dari 21

1.

Pendahuluan Seorang guru mendapat gelaran cikgu kerana pengiktirafan terhadap

ilmunya. Menjadi seorang guru merupakan satu profesion yang mulia. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion ini merupakan profesion paling utama dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati, seterusnya dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Menurut Kamus Dewan (2005) profesion merupakan suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Menurut Noriati, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah (2010) Professional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion. Pengetahuan akademik sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang guru, Pengalaman dan amali praktikal adalah sesuatu yang amat penting menentukan kejayaan seseorang guru. Keberkesanan penyampaian

pengetahuan adalah hasil sebenar kerja mereka. Ilmu pula merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan masa kini. Tanpa ilmu Negara tidak dapat dimajukan seiring dengan cabaran era globalisasi. Bagi memenuhi aspirasi ini, seorang guru perlu terlebih dahulu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang sempurna. Ilmu perlu bagi mendidik dan melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, (rasional ke rohani), intelek dan sahsiah. Ilmu pengetahuan ini diperolehi dari Institusi Perguruan. Ilmu tanpa pengalaman tentunya tidak melengkapkan seorang guru sebagai guru pakar.

Berdasarkan petikan dari Berita Harian bertarikh 21 November 2012, Kementerian Pendidikan akan menjalankan program berterusan bagi mempertingkatkan tahap profesion perguruan dengan memberi tumpuan kepada keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa. 2.0 Teori Perkembangan Guru Peringkat perkembangan guru bermaksud proses bermulanya

seseorang guru menerima latihan di maktab perguruan, menjalani latihan praktikum sehingga mengajar di sekolah. Proses mengajar di sekolah selama beberapa tahun ini menambahkan tahap penguasaan dan kemahiran seseorang guru. Dalam erti kata lain menjadi seorang guru pakar bukan dapat di capai dalam sekelip mata tanpa melalui proses yang panjang bagi memantapkan ilmu dan menimba pengalaman. Terdapat 2 teori perkembangan guru, iaitu Teori Keprihatinan Fuller 1969 dan Teori Perkembangan Guru Trotter 1986. Fuller (1969) dalam Noriati, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah (2010) , cuba menjelaskan persepsi kebimbangan, masalah, ketidakpuasan dan kepuasan yang di alami oleh guru praperkhidmatan sepanjang tempoh latihan keguruan. Fuller (1969), mendefinisikan Keprihatinan sebagai tanggapan guru yang di anggap sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan ingin membuat sesuatu terhadapnya. Terdapat tiga peringkat guru bermula dari peringkat awal iaitu peringkat Keprihatinan Terhadap Diri atau Kemandirian diri di mana guru memberi tumpuan kepada kemampuan diri dalam menghadapi sesi pengajaran. Seterusnya, Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas. Pada peringkat ini guru lebih cenderung memberi perhatian cara bagaimana mengendalikan tugas pengajarannya dengan baik. Peringkat Ketiga ialah peringkat Impak. Guru mula memberikan perhatian kepada kesan

pengajarannya terhadap pembelajaran pelajar-pelajarnya. Guru mula melihat potensi pelajarnya berbanding kemampuan dirinya. Proses perkembangan ini di lihat sebagai proses semula jadi sebagai seorang guru. Menurut Teori Perkembangan Guru, Trotter, 1986 dalam Noriati, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah (2010), terdapat lima peringkat teori perkembangan guru iaitu peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan peringkat pakar. Bagi mencapai peringkat pakar, seseorang guru perlu melalui pengalaman bertahun-tahun untuk mencapai peringkat guru pakar. Merujuk pernyataan yang telah di beri, Cikgu Aida berada dalam peringkat Cekap. Cikgu Aida perlu mencapai peringkat keterampilan bagi meneruskan peringkat seterusnya. Sebelum cikgu Aida mencapai peringkat cekap, cikgu Aida telah melalui peringkat Novis di mana guru perlu mencapai tahap penguasaan bermula dari cikgu Aida mula mendaftar sebagai pelajar dalam Program Ijazah Perguruan. Seterusnya cikgu Aida perlu melalui peringkat Novis Lanjutan bagi mengumpul dan menambah pengetahuan berbentuk fakta, mengenali dan membetulkan fakta yang sebelum ini tidak difahami. Dari sinilah cikgu Aida menimba pengalaman awal kepada amalan bilik darjah dengan membantu membina keyakinan diri. Bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi cikgu Aida. Pada peringkat Cekap, cikgu Aida telah memperolehi sijil perguruan untuk memenuhi keperluan kelayakan yang ditetapkan. Dalam erti kata lain cikgu Aida telah memperolehi kelayakan Ikhtisas. Cikgu Aida juga perlu memberi fokus yang lebih kepada tahap pembelajaran murid. Cikgu Aida perlu memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus. Pada peringkat ini juga, cikgu Aida telah

memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza-beza. Cikgu Aida juga telah mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi. Dalam peringkat ini juga, cikgu Aida perlu membuat refleksi dan menilai semula amalan harian pengajarannya. Tempoh yang di ambil pada peringkat ini adalah selama dua hingga lima tahun.

Peringkat seterusnya ialah peringkat mahir. Peringkat ini perlu dilalui oleh cikgu Aida selama 10 hingga 15 tahun. Pada peringkat ini cikgu Aida berada dalam peringkat terbaik dalam profesion perguruan. Guru dalam peringkat ini pada kebiasaanya menjadi sanjungan bekas pelajar dan diingati oleh muridnya kerana memberi kesan yang mendalam kepada muridnya. Sebagai guru pada peringkat mahir juga akan dapat mengenalpasti elemenelemen penting di dalam tugas mereka dan mempunyai kemampuan kognitif yang tinggi bagi mencerakinkan dan menganalisis persekitaran

pembelajaran secara kreatif dan tersendiri. Guru mahir juga mempunyai gerak hati ataupun intuisi berdasarkan pengalaman yang banyak bagi membantu seseorang guru seperti cikgu Aida memahami situasi itu. Sekiranya cikgu Aida berada di peringkat ini maka beliau akan dapat mempamerkan gaya pengajaran yang tersendiri. Pengalaman semasa di sekolah adalah penentu utama bagi melihat prestasi dan kualiti pengajaran bagi guru mahir. Selain dari itu guru mahir juga mempunyai kebolehan untuk membimbing dan menjadi mentor kepada guru novis. Perkongsian idea antara cikgu Aida dan guru novis bukan sahaja membantu guru novis tetapi juga kepada cikgu Aida untuk mempertingkatkan tahap kebolehan dan kemahiran yang beliau telah ada. Perkongsian ini boleh dilaksanakan dalam bentuk forum, kursus latihan dalam perkhidmatan, seminar penyelidikan atau perbincangan intelek. Cikgu Aida juga menjadi tempat rujukan kepada guru novis jika terdapat masalah atau kekeliruan dalam pengajaran.

Perbincangan yang dilaksanakan dapat menjana idea baru dan dapat mengatasi masalah yang timbul. Peringkat yang tertinggi dalam perkembangan profesionalisme keguruan adalah peringkat Guru Pakar. Pada peringkat ini, cikgu Aida akan menjadi seperti seorang bintang kerana pengalamannya dapat digunakan secara holistik di mana beliau mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran pengkhususannya. Dalam peringkat ini Cikgu Aida akan menjadi Role Model kepada guru lain dan menjadi sumber rujukan berkaitan bidangnya. Untuk mencapai tahap Guru Pakar, Cikgu

Aida perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuannya secara optimum serta sentiasa peka dengan perubahan system pendidikan pada masa kini.

3.0

Laluan Peningkatan Profesionalisme Guru Matlamat pendidikan Negara adalah untuk membangunkan modal

insan kelas pertama

yang bakal menerajui pembangunan negara pada

masa depan. Kejayaan pendidikan Negara sangat bergantung kepada guru yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan pendidikan Negara. Guru mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan pelajarnya mendapat pendidikan yang berkualiti. Namun pendidikan yang berkualiti hanya dapat diperolehi daripada seorang guru yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di dalam bidangnya. Apabila prestasi guru meningkat secara tidak langsung ia akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajarnya. Nor Hartini binti Saari (Berita Harian) dalam tulisannya memuatkan kajian yang dijalankan di Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an yang menunjukkan relatif guru berpendidikan tinggi dapat meningkatkan pencapaian murid sebanyak 50 peratus dalam tempoh tiga tahun berbanding guru berprestasi rendah. Maka dengan itu, KPM telah merancang pembangunan pendidikan dengan memberi keutamaan kepada pembangunan kualiti guru dan pemimpin dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dengan matlamat menjadikan profesion keguruan dihormati serta dipandang tinggi . Oleh itu, guru perlulah berusaha untuk menyemai sifat sifat seorang guru yang profesional serta meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Antara sifat dan kualiti profesional seorang guru seperti yang telah digariskan oleh KPM ialah suka membaca, ingin tahu, kemahiran bertutur, daya ingatan, daya usaha dan pengetahuan ikhtisas. Namun usaha kerajaan untuk memartabatkan profesion keguruan hanya akan sia sia jika mendapat sokongan daripada para guru sendiri. tidak

Justeru, peluang untuk para guru menjalani latihan kemahiran berterusan serta laluan kerjaya telah terbuka luas selain dapat meningkatkan lagi mutu PdP dalam perkhidmatan seorang guru Justeru, dalam meningkatkan profesionalisme perguruan hingga ke peringkat Guru Pakar, Cikgu Aida mempunyai banyak pilihan dan sokongan yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Antara laluan dan program perkembangan profesionalisme keguruan yang boleh Cikgu Aida jalani ialah melalui Penyelidikan dan Kajian Tindakan, Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan ,Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran di dalam kelas oleh Pengetua/ Guru Besar, Kerjasama Profesional/ Kolaborasi, Pembelajaran Sepanjang Hayat : Budaya Ilmu dan Globalisasi Pendidikan 3.1. Penyelidikan dan Kajian Tindakan Menurut Mook Soon Sang ( 2010 ) Penyelidikan Tindakan adalah satu bidang soal selidik dan kajian yang berbentuk refleksi kendiri yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik atau individu. Stenhouse (1975) dalam Zaim (2012) berpendapat bahawa jika guru hendaklah merealisasikan aspirasi negara mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik. Di bawah konteks perkembangan profesionalisme keguruan , penyelidikan tindakan ini boleh digunakan untuk mengkaji masalah-masalah pendidikan dan membaiki keadaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Para guru yang telah diberi pendedahan berkaitan Kajian Tindakan, perlu menjalankan penyelidikan supaya aspirasi negara untuk membina insan yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbina secara intrinsik. Dengan menjalankan penyelidikan dapat menggalakkan guru membuat refleksi terhadap masalah-masalah yang berlaku semasa sesi PdP seterusnya mengesan dan membaki kelemahan dan kekurangannya. Donald Schon (1983) dalam Zaim (2012) menekankan amalan refleksi sebagai asas dan saluran untuk perkembangan ilmu professional. Elliott (1993) dalam Zaim (2012) menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seorang pengkaji. Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkuami konsep guru sebagai

penyelidik dan pengamal refleksi. Proses ini melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. Dari pandangan-pandangan di atas, jelaslah bahawa penglibatan guru secara berterusan sebagai penyelidik boleh meningkatkan keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbangkan kepada kualiti pendidikan. Dengan menjalankan penyelidikan tindakan, guru dapat

meningkatkan kemahiran perancangan, pemerhatian, mengumpul data, menganalisis, menilai, menginterpretasi, membuat refleksi serta merumus demi meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan imejnya dalam profesion keguruan. Selain itu, guru berpeluang mengubah dan mencuba sesuatu kaedah dan teknik mengajar baharu yang lebih sesuai dan hasil dapatan yang diperoleh didokumentasikan dalam bentuk tulisan. Ini bukan sahaja merupakan bahan rujukan yang penting bagi guru sendiri, tetapi juga sebagai sumbangan idea baharu untuk dirujuk oleh rakan sejawat dan guruguru di sekolah lain. 3.2. Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran di dalam kelas oleh Pengetua/ Guru Besar. Keberkesanan pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti PdP oleh guru-guru di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik dari pihak Pengetua/ Guru Besar dengan tujuan

mempertingkatkan keberkesanan proses PdP guru di sekolah. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua dan Guru Besar adalah pelaksana utama kurikulum dan penyeliaan PdP di sekolahnya. Ianya bertujuan mempertingkatkan daya profesionalisme melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses PdP. Melalui penyeliaan Cikgu Aida dapat berkongsi dengan Pengetua/ Guru Besar berkaitan pengetahuan dan pengalaman untuk menilai 2 guru-guru dalam

bidang iaitu bidang pertama ialah Organisasi iaitu, Iklim Kelas dari segi organisasi kelas, kawalan murid, komunikasi, motivasi, sikap murid , kebersihan dan perhiasan; Penyeliaan Gerak Kerja; penilaian prestasi; profil

murid dan Panitia Mata Pelajaran di mana ciri bidang organisasi tersebut merupakan petunjuk yang boleh membantu keberkesanan PdP. Bidang kedua yang akan diselia ialah bidang Pengajaran dan Pembelajaran dari segi Rancangan pengajaran iaitu objektif dan isi kandungan; persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya;

penyampaian isi pelajaran;teknik bersoaljawab; interaksi guru-murid dan penggunaan masa. Selepas penyeliaan Cikgu Aida dan Pengetua/Guru Besar akan mengadakan perbincangan yang berfokuskan maklumat-maklumat prestasi berkaitan kelemahan dan kekuatan pengajaran pembelajaran. Tindakan susulan akan dirancang bagi meningkatkan keberkesanan PdP di mana beberapa perubahan perlu dibuat supaya Cikgu Aida dapat mencapai objektif pencerapan bagi meningkatkan kemahiran profesionalisme

keguruannya. 3.3. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan Latihan ikhtisas selama beberapa tahun tidak boleh menjamin Cikgu Aida sudah terlatih untuk selamanya. Sebaliknya, jika Cikgu Aida tidak mempunyai sikap untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan selepas dilatih, Cikgu Aida akan ketinggalan dan profesion keguruan mungkin akan kehilangan martabatnya. Sikap ingin belajar perlu di pupuk kerana ia amat penting untuk guru itu sendiri di samping memenuhi hasrat kerajaan bagi memartabatkan profesion perguruan. Peluang untuk meningkatkan diri perlu bagi Cikgu Aida dengan menerima lebih banyak pendedahan kepada perkembangan terkini dalam bidang pendidikan melalui latihan supaya maklumat yang diperolehi boleh disampaikan kepada lebih ramai guru yang lain. Ini adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah kompleks, iaitu guru bukan sahaja perlu mempertingkatkan pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan martabat profesion perguruan. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi PdP dalam bilik darjah. Ini bermaksud sistem latihan perguruan yang yang terdahulu telah dianggap tidak begitu relevan untuk digunakan untuk

mencapai matlamat pendidikan yang sering berubah seiring dengan peredaran masa. Oleh itu, latihan dalam perkhidmatan merupakan satu cabang bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Justeru, dalam memperkukuhkan aspek kemahiran guru, Cikgu Aida digalakkan untuk terus melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi PdP dalam bilik darjah. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah awal dengan menggalakkan guru-guru meningkatkan tahap penguasaan akademik. Kementerian telah

menyediakan ruang dan peluang bagi guru-guru meneruskan pembelajaran hingga ke peringkat PHD. Cikgu Aida boleh mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan seperti Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu. Antara program peningkatan Profesionalisme keguruan ialah

Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) dan Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang dijalankan dalam mod cuti. Program ini adalah bertujuan untuk memastikan seratus peratus guru mempunyai ijazah pertama menjelang tahun 2020. Selain itu Kementerian Pelajaran Malaysia turut menyediakan pelan tindakan Pembangunan Profesionalisme

Berterusan untuk memantapkan Program Pengsiswazahan Guru untuk meningkatkan tahap kelayakan pendidikan guru/pemimpin melalui perkongsian pintar awam swasta. ( Pelan Strategik Interim, Kementerian Pendidikan Malaysia 2011-2020). Latihan dalam perkhidmatan dapat menjadikan Cikgu Aida guru yang lebih berkemahiran aras tinggi seterusnya dapat membantu melahirkan masyarakat High Order Thingking (HOT) secara kritis, kreatif dan inovatif. Proses melahirkan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi ini merupakan sebahagian pelaburan besar pendidikan untuk menjamin kemajuan ekonomi dan kesejahteraan negara

Selepas menghadiri dan mengikuti kursus dalam perkhidmatan itu, Cikgu Aida perlu berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada rakanrakan sejawat dengan menjalankan kursus dalaman di sekolahnya. Dengan cara ini ilmu pengetahuan dan kemahiran pendidikan dapat disebarkan kepada guru-guru yang tidak berpeluang mengikuti kursus pendidikan tersebut. Selain itu, bagi mempertingkatkan kompetensi Pegawai Perkhidmatan (PPP), Dasar Sumber Manusia Sektor Awam 2005 menyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 yang menyatakan Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun. Selain itu, KPM juga telah mengambil beberapa pendekatan dengan memperkenalkan konsep latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah bagi mendukung konsep lets manager manage. Pelaksanaan latihan secara on-site dan school based telah dilaksanakan bagi mengatasi

masalah guru meninggalkan kelas. Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan Cikgu Aida kepada inovasi terkini, meningkatkan profesionalisme keguruan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, mewujudkan sistem nilai dan amalan yang mantap dan memartabatkan profesion perguruan. 3.4. Kerjasama Profesional/ Kolaborasi Menurut Mook Soon Sang (2010) Kerjasama membawa maksud saling membantu, manakala professional ialah orang yang mempunyai kelayakan akademik serta ikhtisas dalam sesuatu perkerjaan. Sebagai contoh, seorang guru terlatih boleh digolongkan sebagai seorang yang professional kerana dia mempunyai kedua-dua kelayakan akademik dan ikhtisas. Konsep pengurusan ilmu secara kolaboratif sebenarnya mendorong Cikgu Aida untuk meningkatkan profesionalisme dengan memberikan yang terbaik melalui perkongsian dan mencari maklumat yang baru. Fullan dan Hargreaves (1992) dalam Zaim (2012) menjelaskan bahawa konsep `collaberative di dalam pekerjaan akan memberikan lebih pendekatan untuk

menjadikan pendidik lebih profesionalisme terutama di kalangan mereka yang baru berkhidmat. Langkah -langkah yang dijalankan oleh Fullan dan Hargreaves merupakan cadangan yang sama dengan konsep pengurusan ilmu iaitu menggalakkan pendidik bekerjasama menjalankan idea yang dicipta untuk mencapai matlamat mereka berkaitan dengan projek dan pembangunan pelajar seperti sering bertukar pendapat, kerjasama di dalam seminar, forum, mesyuarat, atau perjumpaan yang diadakan oleh pihak

sekolah bagi tujuan pembangunan profesionalisme guru. Selain itu menganjurkan perjumpaan secara tetap bertujuan

berbincang mengenai masalah pelajar bertukar pendapat serta berkongsi pengalaman mengajar, nota pelajaran, menggubal soalan-soalan ujian dan meneliti semula penilaian dan pencapaian pelajar, dan menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu mengajar melalui Panitia Mata Pelajaran yang telah dibentuk. Selain itu, Cikgu Aida boleh meningkatkan kemahiran mengajar dengan merancang aktivti penilaian sebaya di antara guru mata pelajaran. Cikgu Aida juga harus mengadakan Latihan Dalaman dengan tujuan berkongsi pengalaman dan kemahiran mengajar. 3.5. Pembelajaran Sepanjang Hayat : Budaya Ilmu Menurut Boon Pong Ying, dalam perkembangan diri, guru harus

mengamalkan konsep belajar seumur hidup. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman,

pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang pendidikan. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran. Bagi membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, kerajaan Malaysia juga menggalakkan institusi pengajian tinggi swasta mengambil bahagian dalam menggalakkan guru menyambung pengajian. Kerajaan telah membenarkan pusat pengajian swasta untuk menyediakan latihan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru sekolah rendah dan menengah. Pusat pengajian swasta akan bertanggungjawab untuk

menentukan bidang subjek khusus mereka contohnya, Bahasa Melayu atau pra sekolah. Manakala cara pembelajaran yang akan digunakan contohnya, secara bersemuka, e-pembelajaran dan model campuran. Bagaimanapun, pihak swasta mesti mematuhi standard kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan MQA untuk latihan guru . Kementerian Pendidikan pula, akan membuka ruang untuk pelantikan guru sektor awam dari kalangan graduan institusi-institusi ini. Pusat pengajian swasta ini dipilih melalui proses permintaan untuk cadangan, di mana yang pertamanya telah dilancarkan pada penghujung tahun 2010. Merujuk Program Transformasi Ekonomi, Hala Tuju Untuk Malaysia dalam Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Enjin Pembangunan, Malaysia mempunyai tiga pengusaha besar dalam ruang pendidikan dalam talian, iaitu e-Universiti Asia, Universiti Wawasan dan Universiti Terbuka. Ini merupakan laluan permulaan yang mantap untuk memartabatkan profesion perguruan. Universiti Terbuka telah ditubuhkan pada 2000 menerusi gabungan 11 universiti awam. Ia bertujuan untuk memberi penyelesaian pendidikan fleksibel supaya setiap rakyat Malaysia boleh mendapat akses kepada pendidikan tertiari. Universiti Wawasan pula telah ditubuhkan pada 2007 dan ia memberi perhatian khusus kepada kursus-kursus ijazah Pendidikan Dewasa dan pensijilan dalam sains pengurusan dalam teknologi. Kementerian Pelajaran juga telah menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru. Ianya bukan saja memartabatkan profesion perguruan tetapi sebagai satu transformasi dalam bidang pendidikan. Pelan ini di lihat mampu melahirkan guru berkemahiran abad ke21 dan untuk melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat. Cabaran kehidupan hari ini menyebabkan guru perlu menyediakan murid yang mampu berdaya saing. Kemampuan ini terletak kepada kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada tahap tinggi, iaitu kritis, kreatif, inovatif dan imiginatif.

Budaya ilmu ini boleh dioperasikan dalam enam jenis bidang iaitu melalui budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya berkarya, bermusyawarah dan refleksi. Budaya membaca iaitu rajin membaca dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan serta mengembangkan daya fikir sendiri. Maka dengan itu alternatif lain yang digunakan bagi menggantikan latihan selama 7 hari

seperti yang terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005, adalah melalui kaedah pambacaan buku-buku ilmiah. Pembacaan buku ilmiah dan penulisan sinopsisnya ini perlu dibentangkan dalam

mesyuarat atau perhimpunan bulanan yang dipengerusikan oleh ketua jabatan. Secara tidak langsung Cikgu Aida dapat menambah ilmu pengetahuan guru melalui pembacaan buku ilmiah. Budaya berfikir pula ialah sentiasa berusaha meningkatkan dan memperkayakan pemikiran diri sendiri melalui proses analisis, sintesis dan kritis. Budaya belajar pula ialah sentiasa berusaha menambah dan mengembangkan ilmu pengetahuandan melalui berbagai proses

pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal. Budaya berkarya ialah sentiasa berusaha menyebarkan ilmu

pengetahuan atau kemahiran dengan lisan ataupun secara bertulis sebagai sumbangan untuk dimanfaatkan oleh ahli-ahli masyarakatnya. Budaya bermusyawarah iaitu pengurusan dan proses membuat keputusan tentang hal pendidikan dijalankan secara muafakat atau musyawarah dalam semangat berpasukan. Budaya refleksi ialah proses penilaian kendiri, menimbangkan hasil dapatan daripada kajian kes pendidikan dengan tujuan menyedari dan memahami kekuatan dan kelemahannya dan mencari ikhtiar untuk mengatasi kelemahan tersebut. Oleh itu Cikgu Aida perlu perlu mengamalkan budaya ilmu sepanjang hayat bersesuaian dengan hadith Nabi yang bermaksud menuntut ilmu dari

buaian hingga ke liang lahad yang bermaksud menuntut ilmu itu tiada hentinya daripada kecil hinggalah ke akhir hayat. Perkembangan kendiri melalui proses pendidikan sepanjang hayat akan membolehkan guru melengkapi ilmu dan kemahiran terkini supaya Berjaya melaksankan tugas sebagai pendidik yang beriwbawa demi merealisasikan MIsi Kementerian Pelajaran serta aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 3.6. Globalisasi Pendidikan Globalisasi bermaksud merentasi sempadan dan media. Dengan adanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), pemerolehan ilmu telah tidak terhad dalam bangku sekolah sahaja, tetapi juga melalui internet antarabangsa. Menurut Prof Michael Gibbons (2003). Setiausaha Agung Persatuan Universiti Komanwel, globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan pengajaran yang berkualiti di mana ia akan membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada yang baharu, mengikut hasil dapatan penyelidikan yang terkini. (Mook Soon Sang, 2010). Untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan, Malaysia telah mengambil beberapa langkah positif seperti menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) dan sekolah-sekolah bestari, mereformasikan kurikulum sekolah seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) pada 2011, serta penswastaan pendidikan tinggi dengan memberi peluang penubuhan kolej universiti swasta di dalam negeri. Untuk menjadi seorang guru pakar, Cikgu Aida perlu bersifat dinamik iaitu sentiasa responsive dan berupaya menyesuaikan diri untuk

menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Cikgu Aida mesti bersedia berubah mengikut perubahan era globalisasi. Ledakan ilmu pengetahuan hari ini merangkumi dunia tanpa sempadan dan mencabar kredibiliti guru dalam mendidik pelajar. Oleh itu Cikgu Aida perlu bersedia dengan ilmu pengetahuan yang lengkap bagi menangani segala

kemungkinan. Cikgu Aida hendaklah berorientasikan maklumat, iaitu bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baharu yang berkaitan

dengan pendidikan bagi meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini dengan mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. . Menurut Mohd Azrone Sarabatin dan Amin Ridzuan Ishak (Berita Harian, 2012) dengan memetik kata-kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, program Pembangunan Profesional Berterusan untuk guru akan dipertingkat dengan tumpuan kepada keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah bermula tahun 2013. Beliau berkata ia

bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa. 3.7. Kesimpulan laluan Peningkatan Profesionalisme Keguruan Kesimpulannya, segala usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk memartabatkan profesion keguruan haruslah dipuji kerana menjadi laluan guru untuk memartabatkan profesion perguruan. Oleh hal yang demikian semua pihak terutamanya pihak guru di Malaysia itu sendiri haruslah menyokong segala rancangan dan projek dalam usaha memartabatkan profesion keguruan kerana dalam zaman baharu ini profesion keguruan merupakan suatu profesion yang semakin mencabar. Ditambah lagi dengan para pelajar dan murid yang semakin matang dan maju dalam menongkah arus kehidupan yang serba maju dan moden sekarang. Justeru itu semua pihak haruslah memainkan peranan mereka agar usaha untuk memartabatkan profesion keguruan akan mencapai matlamatnya. Hasil dari perbincangan di atas, jelas menunjukkan cikgu Aida mempunyai banyak pilihan bagi meningkatkan tahap profesionalismenya sehingga mampu menjadi guru pakar. Cikgu Aida perlu mengikuti laluan yang betul dan membuat pilihan yang tepat.

4.0

Cabaran dan Transformasi Pendidikan Masa Kini Menurut Prof. Dr Muhammad Naquib[1] ( dalam Syiju Salju, 2012)

beliau telah mendefinisikan pendidikan sebagai menanam sesuatu ke dalam diri manusia. Oleh sebab itu, untuk menanam sesuatu ke dalam diri

manusia adalah cabaran hebat yang di galas oleh guru. Misi dan hala tuju pendidikan Negara semakin pesat setelah terbentuknya wawasan 2020. Cabaran globasisasi turut sama menjadi cabaran kepada pendidikan Malaysia seiring dengan pembangunan Negara. Menurut Abdul Said Ambotang (2013), pada abad ke -21, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Oleh itu, cabaran negara dalam sistem pendidikan adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau Kekonomi. Kesannya, cabaran ini telah mendorong negara untuk

membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-Worker, celik dan mahir dalam ICT, yang mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global serta memiliki jati diri yang tinggi. Perubahan yang amat hebat dan pantas telah menyebabkan sistem pendidikan di Malaysia dalam abad ke-21 turut berubah selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Menurut Dato Seri Mohd Najid Tun Abdul Razak (dalam Syiju Salju, 2012) pendidikan bertaraf dunia bermaksud usaha-usaha strategik dalam menglobalisasikan pendidikan, mencari ilmu pengetahuan tidak kira dimana dan membuka minda untuk menghadapi cabaran. Hal ini menjadikan profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru terhadap agama, bangsa dan negara. Melalui cabaran dan transformasi yang dihadapi oleh guru-guru di Malaysia menjadikan guru seperti Cikgu Aida di hormati dan di segani. Hal ini berlaku kerana mereka yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya. Cikgu Aida memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan transformasi dalam perpaduan kaum bagi mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

Sebagai guru, Cikgu Aida ialah ejen keberkesanan dalam cabaran dan transformasi pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar. Perkembangan bidang sains dan teknologi turut menjadikan bidang pendidikan semakin mencabar. Oleh itu jelaslah di sini bahawa dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan terhadap penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Menurut David Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers Their Description, Comparison, And Appraisal (dalam Rizuan Kamis, 2012) berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan

berkeyakinan. Cikgu Aida juga sebenarnya berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, setiap guru juga berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, Cikgu Aida memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Cikgu Aida harus berdepan dengan cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan. Tetapi orang di luar sana membuat kesilapan besar kerana tanggapan salah mereka, jika mereka kaji dan selidik bahawa profesion keguruan mempunyai cabarannya sendiri dan memerlukan persediaan yang

secukupnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Profesion keguruan menjurus cabaran yang dihadapi di kawasan sekolah amnya dan cabaran

dalam pengajarannya khususnya. Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, berkata, dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Persepsi masyarakat yang menyatakan bahawa guru ibarat ibu bapa kedua secara tidak langsung menggambarkan tanggungjawab yang besar kepada golongan pendidik. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada guru untuk mengajar anak mereka supaya cemerlang dalam bidang akademik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut Cikgu Aida sebagai guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.Aida juga perlu menanamkan sikap mahupun sifat aktif dan

bersikap terbuka bagi melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya.

Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020. Sebagai seorang guru yang mempunyai inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab Cikgu Aida perlulah menyesuaikan dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara bagi meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi. Cabaran global dan transformasi yang kini memerlukan guru seperti Cikgu Aida mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. Menurut Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu.

Seperti mana yang kita ketahui dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri bagi membangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi dalam sesi pengajaran mahupun pembelajaran terhadap murid-muridnya. Cikgu Aida merupakan ikon guru dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. Oleh itu, latihan perguruan yang dipraktkikan di institusi pengajian dapat membantu Cikgu Aida menonjolkan peranannya dengan lebih efisyen dan berdaya saing bagi menempuh dunia moden ini disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam Cikgu Aida cuba melakukan transformasi diri dengan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, Cikgu Aida juga harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan oleh pihak yang

bertanggungjawab, secara tidak langsung Cikgu Aida akan

dapat dilatih

untuk mengkaji semula, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan kreatif. Cikgu Aida akan memperoleh banyak manfaat apabila menyertai pakej latihan yang dicadangkan kerana ia akan peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, sebagai guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, Cikgu Aida akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kualiti dalam e-pembelajaran. Selain membangunkan dan mempersiapkan diri Cikgu Aida supaya menjadi guru yang kreatif dan berinovasi, Cikgu Aida berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah.

Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah bagi menarik minat dan tumpuan murid-murid untuk terus memberikan rangsangan yang baik ketika Cikgu Aida mengajar di dalam kelas. Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Oleh itu bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan transformasi pendidikan masa kini menuntut agar Cikgu Aida menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah. Guru yang peka dan mahir dalam selok belok pengajaran dan

pembelajaran perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Oleh itu, Cikgu Aida harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar

pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini. Sekiranya Cikgu Aida dapat melaksanakan cabaran dalam

transformasi pendidikan ini maka kesan transformasi yang ketara yang dapat diramalkan adalah seperti murid akan bersama-sama dapat menghayati dan menerima ideologi dan visi ke arah menzahirkan wawasan sekolah. Sementara itu, setelah Cikgu Aida memberikan contoh imej kepimpinan yang baik maka ia turut akan menjadi ikutan terhadap murid-muridnya. Harapan yang dan pencapaian yang tinggi terhadap murid melalui kata-kata motivasi daripada guru serta amalan hidup dan bimbingan daripada guru secara berterusan. Selain itu, Cikgu Aida berpasukan sehingga murid juga akan dapat melihat kerjasama menghasilkan sesuatu yang

berjaya

menjangkaui kemampuan diri murid-muridnya.Hakikat sebenarnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti

pengajaran Cikgu Aida bagi memastikan peranannya selari dengan cabaran dan transformasi pendidikan masa kini.