Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU 2012

1. Tajuk Kajian 2. Nama Penyelidik 3. Nama Sekolah : Program Sehari Selembar Benang---Memperkaya Kosa Kata pelajar Tahun 5C : Chan Huan Yuan / Suhaidah : SJK(C) CHUNG HUA No. 1A, Persiaran Anggerik Eria, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu: Sewaktu saya menyemak karangan pelajar Tahun 5C, saya berasa sungguh terkejut kerana saya dapati tahap penguasaan kosa kata di kalangan pelajar agak terhad. Mereka menggunakan perkataan yang biasa mereka gunakan dan berulang-ulang apabila ingin menghuraikan tentang sesuatu perkara. Isi karangan yang ditulis juga tidak berkembang. Memandangkan saya merupakan guru yang baru dalam mata pelajaran ini, apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar memperkaya kosa kata mereka? Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu pelajar saya? Setelah berbincang, kami dapati pelajar hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab soalan. Apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini? Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang mempunyai kosa kata yang terhad. Saya berpendapat lemahnya penguasaan kosa kata di kalangan mereka ialah disebabkan kurang membaca, dan tidak mengaplikasikan kosa kata yang pernah belajar. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat menjawab dengan baik dalam penulisan.

5. Fokus Kajian : Saya hanya fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata. Pelajar saya mempunyai kosa kata yang terhad. Mereka melakukan banyak kesilapan apabila menulis ayat. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah: Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat. Pelajar menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat menjadikan ayat itu tidak gramatis. Pelajar tidak menjawab soalan bina ayat kerana tidak dapat mengaplikasikan perkataan berdasarkan gambar. Tidak dapat membuat huraian yang menarik semasa menulis karangan.

6. Objektif Kajian

: i) Objektif Umum Meningkatkan prestasi sekolah dengan peningkatan peratus kelulusan Bahasa Melayu. ii) Objektif Khusus Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh pelajar. Meningkatkan keupayaan mengaplikasikan perkataan baru dalam ayat yang dibina oleh pelajar. Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan merujuk kamus bagi meningkatkan penguasaan kosa kata mereka. Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang dalam penulisan.

7. Kumpulan Sasaran : Kajian ini melibatkan 36 orang murid Tahun 5C.

8. Tindakan yang dicadangkan i) Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut: Ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang diberi bagi menganalisis kelemahan penguasaan kosa kata. Latihan karangan pelajar bagi mengesan kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat penggunaan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah bagi mengesan penguasaan kosa kata murid. ii. Program Sehari Selembar Benang Cara Pelaksanaan: Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari beserta definisi dan contoh ayat dalam perhimpunan pagi. Pelajar mencatat dalam buku catatan khas. Guru menampal perkataan pada papan kenyataan. Guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan perkataan dalam karangan yang ditulis - 2 minggu sekali. Guru menganalisis karangan pelajar

9. Langkah Pelaksanaan Kajian: Bil Aktiviti 1 2 3 4 5 6 7 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. Menulis kertas cadangan / proposal kajian. Merancang tindakan Menghantar kertas cadangan ke PPD Melaksanakan tindakan Membincangkan masalah yang timbul dalam kajian ini semasa menyuarat panitia. Menulis laporan kajian. : RM 80

10. Kos Kajian

Anda mungkin juga menyukai