Anda di halaman 1dari 5

(A)

ANALISIS KEHENDAK SOALAN TUGASAN

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

Perisian kursus bagi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dikategorikan kepada beberapa jenis seperti tutorial, latih-tubi, permainan, tunjuk cara, simulasi dan ujian. Berdasarkan modul, nota dan pencarian maklumat, anda dikehendaki menerokai manamana laman web.

(1)Muat turun satu perisian kursus berbentuk PPBK yang berkaitan (2)nilai kesesuaian perisian kursus itu sebagai alat bantu
dan jalankan

dengan subjek anda dan

pengajaran-pembelajaran berdasarkan aspek-aspek berikut:

(a) Rancang terhadap

satu soal selidik kekuatan


dan

penilaian sumatif

kelemahan perisian berkenaan mengikut kriteria

pemilihan perisian kursus iaitu:

(i) Isi kandungan (ii) Aspek teknikal


(iii)

Dokumentasi

(10 markah)

(b) Sediakan penulisan ilmiah mengenai

klasifikasi kategori perisian kursus


(15 markah)

yang dimuat turun berserta dapatan penilaian yang dilaksanakan.

(c) Berdasarkan perisian kursus yang dimuat turun, sediakan

satu brosur untuk

mempromosikan penggunaan perisian berkenaan di kalangan pelajar


(5 markah) UMUM - Kalau dianalisis kehendak soalan, boleh didapati pelajar diminta melakukan DUA perkara,iaiatu, yang pertama, memuat turun sesuatu perisian untuk PPBK dan yang kedua, melakukan penilaian kesesuaian.

- Oleh sebab itu, pelajar perlu mencari sumber internet untuk memuat turun sesuatu bahan pengajaran atau pembelajaran yang direka bentuk dari Powerpoint , flash atau perisian-perisian yang lain.

- Cuba gunakan search yang lebih flesibel seperti menaip Powerpoint+Matematik untuk mencari bahan powerpoint yang berkaitan dengan matematik. Terdapat banyak blog individu yang dibangunkan oleh guru yang mungkin mengandungi bahan yang dikehendaki. Ada juga platform yang menyimpan sumbangansumbangan bahan pengajaran seperti www.Slideshares.net

- Bahan-bahan yang dimuat turun tidak semestinya sesuai, tepat dan lengkap. Kerana anda akan menjalankan penilaian mengikut kritiera yang anda bentuk dengan bantuan modul topic 9.

- Saya bercadang supaya pada masa sekarang, inilah punca bahan yang utama, iaitu muat turun dari internet. Sesiapa yang telah mendapat punca muat turun, sila sebarkan maklumatnya.

BAHAGIAN (a) - Bahagian (a) tugasan meminta anda membaca topik 9, berkenaan dengan penilaian perisian serta indictor dan ciri-ciri penilaian untuk membentuk soal selidik anda. Rujuk Jadual 9.1 untuk panduan. Sepatutnya modul pembelajaran mengandungi lampiran soal selidik yang dimaksudkan. Tetapi tidak. Saya telah mengemukakan pertanyaan kepada OUM dan masih belum mendapat jawapannya. Mungkin pelajar ingin juga mendapatkan maklum balas dari OUM sendiri.

- Soalan tidak menyatakan pihak responden yang diperlukan untuk menjalankan soal selidik. Kalau ikut modul, tiga pihak yang diperlukan iaitu, pakar, pelajar dan guru. Untuk tujuan tugasan ini, terpulanglah kepada bijak sana dan kreativiti pelajar: dinilain oleh anda sendiri sahaja atau dinilai oleh ketiga-tiga pihak yang berlainan. Kerana methodologi yang berbeza akan memberi flesibiliti semasa menulis laporan.

- Dinasihatkan pelajar membaca tentang instrument penilaian koswer dari internet atau buku penyelidikan untuk memahami secara kasar berkenaan dengan skala likert dan cara analisis.

- Panjang cerita kalau saya nak terangkan cara membentuk instrument dan menganalisis dapatan mengikut kaedah statistik. Dengan itu, saya ingin mengcadangkan bentuk soal selidik di bawah.

Bahagian A: ISI KANDUNGAN Kelemah an KETEPATAN Perisian ini bebas daripada kesilapan Maklumat terkini bahan 1 2 3 4 Kekuat an 5

Pendapat yang tidak berat sebelah. Sesuai kebudayaan agama dengan dan

Keputusannya kemudian dijumlahkan dan dicari peraturan atau kekerapannya untuk menentukan kecerungan sesuatu item atau sesuatu komponen. Dan keputusannya ialah ianya sesuai atau tidak. Tidak ada laporan yang perlu disediakan untuk (a). tetapi soal selidik yang telah dilengkapi perlu dilampirkan sebagai dokumen sokongan. Analisisnya dalam bentuk jadual analisis dan graf analisis perlu dibentangkan dalam penulisan bahagian (b).

Bahagian (b)

Anda perlu menentukan sub topic bahagian ini. Mungkin dimulakan dengan penerangan berkenaan dengan PPBK, kriterianya, keberkesanannya, penggunaan dsb. Kemudian kaitkan bahan muat turun dan laporkan kerangka reka bentuk keseluruhan kemudian terperinci bahan tersebut dan cuba kaitkan dengan kategori yang bersesuaian (latih tubi, permainan) Satu bahagian lagi perlu diperuntukan untuk Analisis kesesuaian. Mula dengan pembentangan dapatan penilaian dalam bentuk jadual diikuti dengan graf(sekiranya perlu), kemudian nyatakan dapatan keseluruhan, mengikut item, mengikut komponen atau mengikut bahagian(isi kandungan, teknikal, dokumentasi). Kemudian, anda perlu ada bahagian PERBINCANGAN dimana, anda akan membincangkan kesesuaiannya, kalau sesuai mengapa, kalau tak sesuai- mengapa dan cadangan penambahbaikannya. Contoh, kalau bahan tersebut tiada disediakan hasil pembelajaran, dan penilaian sumatif tidak dapat dijalankan, mungkin anda akan cadangkan beberapa hasil pembelajaran yang bersesuaian dan bagaimanakah hasil tersebut dapat dicapai mengikut cadangan anda. Bahagian Rumusan akan memberi kesimpulan kesesuaian bahan, ciri-ciri kekuatan dan kelemahan dan apa jua maklumat yang mengingat kembali pembaca. Pastikan anda merujuk kepada bahan modul, jurnal, nota, bahan elektronik dan rujukan sesuatu petikan perlu dicatat dan dicatitkan rujukannya di belakang.

Bahagian (c) Daripada bahan yang telah dimuat turun, anda diminta menyediakan suatu brosur untuk diedarkan kepada pelajar, matlamatnya ialah memberi tahu fungsi , kegunaan, kepentingan dan lokasi bahan tersebut . Anda boleh menggunakan apa jua cara atau pendekatan (manual atau elektronik) supaya brosur terebut boleh diperbanyakkan untuk diedarkan kepada pelajar. Microsoft Office menyediakan PUBLISHER yang mempunyai templet brosur untuk digunakan. Microsoft Word boleh juga digunakan

untuk insert grafik dan teks yang sesuai. Photoshop boleh juga digunakan untuk mengedit, insert, layer kominasi grafik yang lebih menarik. Anda boleh menggunakan corak black and white atau warna.

Yang perlu dihantar kepada TUTOR BERSEMUKA:

Hard copy: 1. Laporan lengkap (ring bind) mengikut template OUM (tuliskan nama dan matrik disebelah kanan atas muka hadapan) 2. Lampiran soal selidik yang telah dilengkapi 3. Cetakan bahan analisis (SPSS atau Excel kalau ada) 4. Lain-lain dokumen yang dirasai perlu

Soft copy (dalam bentuk CD) 1. Laporan lengkap 2. Bahan PPBK yang dimuat turun 3. Soal selidik (draf) 4. Brosur

**sebarang pertanyaan boleh dibincangkan dalam E-TUTOR Mr Tan.