Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Tarikh: 10 September 2013 Masa: 8.30 pagi 9.

.30 pagi Tahun: 3 Berlian Bil.Murid: 30 orang Tema: Keselamatan Tajuk: Jaga Keselamatan Diri Standard Kurikulum: 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard Pembelajaran: 2.2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. Kemahiran Linus : Asas 3: 2.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata tertutup. Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

Kumpulan Menguasai: 1. Membaca teks dan mengenal pasti frasa yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. 2. Melengkapkan teks dengan frasa yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. Kumpulan Tidak Menguasai: 1. Menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup. 2. Melengkapkan ayat dengan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.

Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum: Ilmu : Kokurikulum Nilai Murni : Keberanian, Kebersihan mental dan fizikal Pendidikan Alam Sekitar : TMK : Kreativiti : Imaginasi dan visualisasi Elemen Keusahawanan : Keinginan kepada maklumbalas segera

Strategi: Pembelajaran koperatif dan direktif KB : Penyoalan, membuat hubung kait KP : Verbal linguistik, interpersonal, ruang dan kinestatik BCB : Mengumpulkan maklumat dan memproses maklumat Pembelajaran kontekstual : Menghubungkaitkan isi pelajaran dengan amalan keselamatan dalam kehidupan seharian. Pembelajaran konstruktivisme

Sistem Bahasa Sebutan dan Intonasi Konsep 5 P:


Bahan Bantu Belajar Jenis Petikan Teks Lagu Jagalah Keselamatan Lembaran Kerja Bilangan 30 1 30

1 2 3

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah mendengar perkataan digraf dan konsonan bergabung.

ISI PELAJARAN Lagu Jagalah


Keselamatan

AKTIVITI

CATATAN

Set induksi: Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik Muzik Strategi P & P: Konstruktivisme

Soalan guru: Siapakah yang selalu bermain di taman permainan pada waktu petang? Apakah permainan yang biasa yang kamu main? Apakah peraturan yang kamu perlu patuhi semasa bermain di taman permainan? Apakah yang akan terjadi jika mengabaikan keselamatan ketika bermain?

1.Murid mendengar dan menghayati lagu sambil melihat paparan pada skrin. 2. Guru menyoal murid tentang pengalaman atau pengetahuan mereka tentang keselamatan diri. 3. Guru mengaitkan perbincangan dengan tajuk pelajaran.

Teks Petikan Lampiran 1

Langkah 1: 1. Guru membimbing murid membaca teks yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

Gaya pembelajaran: Visual, auditori

2. Guru berbincang dengan murid tentang cara menjaga keselamatan diri. Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik

Langkah 2: Kumpulan M: 1. Membaca teks dan frasa yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. Kumpulan TM: 2. Guru membimbing murid menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup. Strategi P&P: Koperatif Elemen: Kreativiti Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik Interpersonal Ruang

Lembaran kerja

Langkah 3:(10 minit) 1. Guru memberikan penerangan tentang perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung serta suku kata tertutup. Kumpulan M Murid melengkapkan teks dengan frasa yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. Kumpulan TM: Murid melengkapkan ayat dengan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.

Digraf : Khabar , syiling, gabung Konsonan Bergabung: Traktor , skrip , drama

Strategi: Direktif Pendekatan Deduktif Kemahiran Belajar: Mengumpulkan maklumat Elemen: Kreativiti Kemahiran Belajar: Mengumpulkan maklumat

Penutup: Penutup Kognitif: Langkah keselamatan yang perlu dilakukan semasa melakukan aktiviti. Dengan bimbingan guru, murid membuat rumusan tentang keseluruhan pelajaran pada hari ini. Murid menyanyikan lagu Jagalah Keselamatan secara beramai-ramai. Kemahiran Belajar: Kemahiran berfikir Kecerdasan Muzik

Jagalah Keselamatan Adikku semua Jaga keselamatan Di luar rumah Atau di mana sahaja

Di taman permainan Jangan berlumba-lumba Ikutlah giliran Main dengan gembira

Di dalam rumah Jangan memanjat-manjat Ikutlah kata ibu Agar adik selamat

Adikku semua Jaga keselamatan Jika berwaspada Adik akan selamat

Irama lagu Saya Ada Kuda

Lampiran 1: Mari Baca

Sekolah Kebangsaan Bestari akan mengadakan program motivasi semasa cuti semester. Program ini diadakan selama empat hari dan khusus untuk murid tahun tiga. Murid yang menyertai program ini hendaklah mematuhi syarat yang tercatat dalam borang penyertaan. Borang penyertaan boleh diambil di bilik khidmat kaunseling

Lembaran kerja (M)

KESELAMATAN DIRI SEMASA PROGRAM MOTIVASI

Sepanjang tempoh _________ murid perempuan akan ditempatkan di ______. Blok B pula _________ murid lelaki. Murid dilarang keluar dari kawasan _____________ pada waktu malam. Kebajikan dan keselamatan diri murid akan diuruskan oleh enam orang guru yang bertugas. Murid dikehendaki melaporkan sebarang masalah kepada guru berkenaan.

Blok A

dikhaskan untuk

program motivasi

blok masing-masing

Lembaran kerja (TM) :

Isikan tempat kosong dengan suku kata tertutup yang diberikan.


1. Sekolah Kebangsaan Bestari akan mengadakan program motivasi semasa cuti ___________. 2. Program ini diadakan selama ___________ hari dan khusus untuk murid tahun tiga. 3. Murid yang menyertai program ini hendaklah mematuhi syarat yang tercatat dalam ___________ penyertaan. 4. Borang penyertaan boleh diambil di bilik __________ kaunseling.