Anda di halaman 1dari 17

2011

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PETAK SERATUS
KAJIAN TINDAKAN
Penggunaan petak seratus yang berterusan dapat membantu murid-murid yang kurang mampu menghafal sifir untuk memudahkan dan mempercepatkan prisesa mencari jawapan soalan yang diajukan. Pendekatan yang digunakan telah Berjaya menghasilkan peratus lulus seratus peratus bagi kelas akhir tersebut.

PANITIA MATEMATIK
SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB (2 ) JALAN TELIPOT, 15150 KOTA BHARU, KELANTAN) 12/26/2011

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PETAK SERATUS

Oleh : Panitia Matematik (Sekolah Kebangsaan Zainab (2) 15150 Kota Bharu, Kelantan

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 6 Bestari melalui pendekatan PETAK 100. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting dalam Matematik. Seramai sepuluh orang murid Tahun 6 Bestari dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam mencongak fakta asas darab. Kesukaran mengingat fakta asas darab menyebabkan murid-murid mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab ini.Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu pada setiap hari Rabu dan Khamis selama sejam bagi setiap sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid. Semua murid kumpulan sasaran saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 6 Bestari. Kelas 6 Bestari merupakan kelas yang lemah dan murid-muridnya kurang berupaya untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 menyebabkan peratus kelulusan tidak mencapai sasaran. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah fakta asas darab (sifir). Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan mencongak secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak, saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh markah antara 20% hingga 45% sahaja. Hal yang demikian mengecewakan saya. Dua orang (20%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan mereka boleh menjawab hampir tepat. Pada pendapat saya, keadaan ini seringkali berlaku berlaku kepada kelas yang lemah terutama apabila berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi alasan tidak membawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan tersebut. Daripada temu bual secara tidak formal saya dapati kaedah mencongak yang saya jalankan selama ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk menangani masalah ini.
ms/2

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir atau kukuhnya mereka dalam mencongak fakta asas darab maka saya mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas darab yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting terutamanya soalan yang melibatkan penyelesaian masalah atau soalan Kertas 1. Melalui kajian tindakan Petak 100, saya cuba merealisasikan kata-kata bahawa Mathematics is fun and easy.

2.0 FOKUS KAJIAN Kumpulan sasaran saya merupakan murid yang tidak dapat mencongak dengan tepat dan cepat apabila diberi soalan yang berkaitan dengan darab. Mereka masih lagi termenung dan lambat memberi respon jika soalan yang berkaitan sifir diajukan kepada mereka. Saya menggunakan pendekatan Petak 100 dalam kajian ini. Kemahiran mencongak fakta asas darab adalah sangat penting dalam Matematik.Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik, maka kesukaran menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa yang ditetapkan akan timbul. Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab supaya kaedah ini dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas darab.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 6 Bestari dengan cepat dan tepat.

3.2

Objektif Khusus 3.2.1 Murid dapat memadankan soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya dengan tepat atau sebaliknya. 3.2.2 Murid boleh mencongak fakta asas darab secara bertulis dengan tepat dan cepat. 3.2.3 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran. 3.2.4 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya terdiri daripada sepuluh orang murid Tahun 6 Bestari yang didapati mempunyai masalah mencongak fakta asas darab. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang lemah dalam mencongak fakta asas darab.

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/3

5.0.PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH 5.1.1 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra. 5.1.2 Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. 5.1 3 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat. 5.1.4 Ujian Pra Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan objektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian. Tempoh masa menjawab adalah 15 minit.

5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH 5.2.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada dua orang murid Tahun 6 Bestari .Teknik hafalan fakta asas darab berbeza-beza antara seorang murid dengan murid yang lain. Lima orang (50%) daripada mereka menggunakan jari manakala tiga orang (30%) lagi membaca secara berturutan. Pada pendapat saya, kaedah mencongak fakta asas darab merupakan jalan terbaik kepada muridmurid saya berbanding kaedah lain bagi membantu mereka mencapai gred yang baik dalam Matematik. 5.2.2 Temu Bual Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati semua (100%) murid meminati mata pelajaran Matematik. Tiga orang (30%) meminati tajuk Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000. Lima orang (50%) mengatakan mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab dengan alasan susah,(banyak sangat dan mudah lupa. Dua orang (20%) mengatakan teknik hafalan yang mereka amalkan membosankan.

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/4

5.2.3 Soal Selidik Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Mencongak Fakta Asas Darab Hingga 9 x 9 BIL 1 2. 3. 4. 5. PERKARA Minat mata pelajaran Matematik Minat Tajuk Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000 (Tetapi tidak berupaya mencongak fakta asas) Mudah lupa fakta asas darab. Bosan menghafal fakta asas darab Berupaya menjawab hampir tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan. SETUJU BIL. 10 3 5 2 10 % 100 30 50 20 100 TIDAK SETUJU BIL. 0 7 5 8 0 % 0 70 50 80 0

Jadual 1 menunjukkan tiga orang (30%) murid saya tidak berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Lima orang murid (50%) mudah lupa fakta asas darab hingga 9 x 9. Begitu juga,dua orang murid (20%) berasa bosan menghafal fakta asas darab. Oleh kerana mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9, maka semua (100%) murid saya bersetuju dapat menjawab hampir tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab dipanjangkan. 5.2.4 Ujian Pra Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 6 Bestari Dalam Ujian Pra GRED A B C D E JUMLAH MURID UJIAN BILANGAN 0 1 6 3 0 10 PRA % 0.0 10.0 60.0 30.0 0.0 100

Jadual 2 menunjukkan enam orang ( 60%) murid mendapat gred C dan tiga orang (30%) mendapat gred D. Murid-murid ini dikenalpasti kurang berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Jumlah murid yang kurang berupaya menguasai kemahiran tersebut adalah serius jika tidak diambil tindakan segera untuk menanganinya memandangkan fakta asas darab hingga 9 x 9 merupakan asa penting dalam Matematik.

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/5

TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Aktiviti-akiviti tersebut ialah : 5.3.1.1 AKTIVITI 1 ( Penggunaan Petak 100 Fakta Asas Darab ) 1) Aktiviti ini adalah aktiviti secara individu yang melibatkan murid menjawab soalan kuiz dalam tempoh masa 15 minit . 2) Aktiviti kuiz ini dijalankan mengikut konsep Petak 100 di mana murid dikehendaki melengkapkan Petak 100 berdasarkan lajur sepertimana dikehendaki soalan kuiz. 3) Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi aktiviti berbentuk individu. 5.3.1.2 AKTIVITI 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 5 minit ) 1) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid-murid diberi satu set soalan yang mengandungi 60 soalan. 2) Soalan Cepat Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9. 4) Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit. 5) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. 5.3.1.3 AKTIVITI 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 4 minit ) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2. Set soalan yang diberi kepada murid-murid 2) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 4 minit. 3) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

5.3.1.4 AKTIVITI 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab - 3 minit ) 1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2 dan 3. 2) Soalan-soalan yang sama diberikan kepada murid-murid. 3) Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 3 minit. 4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/6

5.3.2 Bahan-bahan yang digunakan dalan kajian ini adalah: 1) Aktiviti 1 ( Penggunaan Petak 100 Fakta Asas Darab ) i. Kertas Petak 100 ii. Borang analisa pencapaian individu iii. Jam

2) Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab 5 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab. ii) Borang analisa pencapaian individu. iii) Jam 2) Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab 4 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab ii) Borang analisa pencapaian individu. iii) Jam. d) Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab 3 minit ) i) Lembaran kerja yang mengandungi 60 soalan Fakta Asas Darab. ii) Borang analisa pencapaian individu. 5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian. a) Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 4 minggu mulai 13 Februari 2011 hingga 10 Mac 2011. b) Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai hari Ahad hingga Khamis. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. c) Penyelidik sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan dan murid-murid juga turut terlibat dalam membuat pemerhatian, temubual dan soal selidik. d) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan. Pemerhatian dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran, melalui latihan bertulis dan ujian pra.

e) Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan murid sasaran ini. Borang soal selidik (Multiple Intelligence Checklist ) diedarkan kepada murid-murid dan mereka menjawab. Tujuan menjalankan sesi soal selidik agar murid lebih bebas dan berani menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. f) Temubual ( Pupil Learning Behaviours Checklist ) dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas kajian dilaksanakan untuk mendapatkan respon murid terhadap mata pelajaran Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ujian Pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala Ujian Pos dibuat pada akhir tempoh kajian. Ujian Pos diberikan kepada kumpulan murid sasaran. Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi murid.

g)

h) Ujian Pra mengandungi 10 soalan yang melibatkan soalan pendaraban di bawah tajuk Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1000 000. Soalan Ujian Pra sama dengan soalan Ujian Pos.

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/7

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN Murid-murid didedahkan dengan Petak 100 Fakta Asas Darab selama 4 minggu pada setiap hari Ahad hingga Khamis. Aktiviti ini dijalankan selama sejam setiap hari bermula dari 13 Februari 2004 hingga 10 Mac 2011. Setiap helaian petak 100 terdiri daripada beberapa petak yang tidak lengkap , di mana murid dikehendaki melengkapkan petak yang telah dikosongkan berdasarkan soalan kuiz fakta asas darab dan hasil darab fakta asas darab

Rajah 1 : Contoh PETAK 100 X 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Rajah 2 : PETAK 100 ( Aturan Mengisi Petak 100) x 1 2 3 4 5 6 7 8 9 5 10 15 20 1 2 3 4 5 5 10 15 20 25 30 35 40 45 30 35 40 45 6 7 8 9

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/8

5.4.1 Aktiviti dan Pemerhatian 1) Berdasarkan pemerhatian guru, kumpulan sasaran murid-murid ini mula menunjukkan minat kepada pendaraban fakta asas darab setelah mengisi dari lajur senang kepada lajur yang lebih susah. 2) Murid-murid bersaing untuk menghabiskan helaian petak 100 dalam masa yang telah ditetapkan. 5.4.2 Refleksi Saya berpendapat bahawa pendekatan belajar sambil bermain berjaya merangsang minat murid-murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x9. Mereka berupaya melengkapkan kesemua petak yang ada dalam jangka masa yang ditentukan. Di samping itu, suasana ketika aktiviti dijalankan begitu ceria,harmonis dan memberikan keseronokan kepada murid-murid. Sekiranya adamasa terluang, mereka tidak lagi membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mereka mengisi masa tersebut dengan mengisi atau membuat petak 100. 5.4.2 Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab 5 minit ) Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut ialah langkah-langkah bagi aktiviti 2. i. Guru mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60 soalan. Guru menerangkan cara-cara menjawab. ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 5 minit. iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid.

1) Pemerhatian Ujian Cepat Kira Fakta Asas darab dijalankan setiap kali selepas aktiviti 1 dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap fakta asas darab. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran ini dapat menjawab kesemua 60 soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan semua jawapan ialah betul. Mereka dapat menjawab dengan lebih tenang dan dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu. Jadual 3: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 5 minit ) Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul. ( minit: saat ) 1:15 1:14 1:10 1:12 1:11 1:00 1.00 0:58 0:58 0.59
ms/9

Murid-murid Kumpulan Sasaran Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10
Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

2) Refleksi Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka mampu menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih membanggakan mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut dan mempunyai lebihan masa untuk menyemak jawapan.

5.4.3 Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab 4 minit ) i. Guru mengedarkan set soalan yang sama seperti dalam aktiviti 2. ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 4 minit. iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. 1) Pemerhatian Kumpulan murid sasaran ini dapat menyiapkan soalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit. Mereka dapat menjawab semua soalan lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu.

Jadual 4: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab (4 minit) Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul. ( minit: saat ) 1:13 1:14 1:10 1:12 1:13 1:05 1.00 0:55 0:58 0.58

Murid-murid Kumpulan Sasaran Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10

2)

Refleksi

Saya berasa puas hati kerana mereka dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit.

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/10

5.4.4 Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab 3 minit ) i) Guru mengedarkan set soalan yang sama. Murid dikehendaki menjawab soalan dalam tempoh masa 3 minit. ii) Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. 1) Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid-murid kumpulan sasaran ini dapat menyiapkan soalan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan. Mereka dapat menyiapkannya lebih awal daripada tempoh masa yang ditetapkan. Hasil dapatan daripada borang analisa pencapaian individu.

Jadual 5: Pencapaian Murid Dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab ( 3 minit ) Tempoh masa menjawab terpantas bagi semua jawapan betul. ( minit: saat ) 1:00 1:05 1:00 1:00 1:05 0:58 0.59 0:50 0:50 0.50

Murid-murid Kumpulan Sasaran Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10

2) Refleksi Saya berasa sungguh gembira kerana semua murid ini dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab. Latih tubi yang diberikan secara berterusan dapat memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran mereka.

5.5 REFLEKSI KAJIAN 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid. Berdasarkan maklumat Ujian Pra dan Ujian Pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-murid dalam Ujian Pos.

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/11

Jadual 6: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pos dan Ujian Pra UJIAN GRED A B C D BIL 0 1 6 3 PRA % 0 10 60 30 UJIAN BIL 0 4 6 0 POS % 0 40 60 0

Graf 1 : Perbandingan Murid-murid Secara Individu Antara Ujian Pra dan Ujian Pos

7 6 5 4 3 2 1 0 A B C D Ujian Pra Ujian Pos

BIL. MURID

GRED

Graf 1 menunjukkan peningkatan secara individu. Sepuloh orang (100%) murid telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Mereka telah mencapai peningkatan gred dengan menjawab semua soalan dengan betul dalam Ujian Pos berbanding Ujian Pra.

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/12

Jadual 7: Perbandingan Sesi Temubual Sebelum dan Selepas Kajian SEBELUM ITEM BIL Minat mata pelajaran Matematik Minat tajuk Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000 Berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 Teknik hafalan membosankan mereka Seronok belajar sambil bermain 10 3 5 2 10 YA % 100 30 50 20 100 BIL 0 7 5 8 0 TIDAK % 0 70 50 80 0 BIL 10 8 7 0 10 YA % 100 80 70 0 100 BIL 0 2 3 0 0 SELEPAS TIDAK % 0 20 30 0 0

Jadual 7 menunjukkan enam orang (100%) murid berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Mereka (100%) juga tidak berasa bosan dengan teknik pengajaran saya berbanding sebelum kajian dijalankan. Keadaan ini menunjukkan Petak 100 Fakta Asas Darab dapat merangsang minat murid terhadap mata pelajaran Matematik dan tajuk Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1000 000.

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, keempat-empat aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kumpulan sasaran saya. Mereka bukan sahaja dapat bermain malah dapat menjalani suasana pembelajaran dalam suasana yang terkawal. Aktiviti 1 (Petak 100 Fakta Asas Darab) mendorong minat murid-murid terhadap mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hal ini demikian kerana naluri kanak-kanak yang sememangnya sangat cenderung kepada permainan menyebabkan pendekatan yang saya kaji ini mendapat sambutan yang baik daripada mereka. Terdapat peningkatan pencapaian dalam tempoh masa mereka bermain. Mereka berjaya melengkapkan Petak 100 dalam tempoh masa 4 minit 16 saat sahaja berbanding pada peringkat awal kajian iaitu 11 minit 25 saat. Apabila mereka telah menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9, maka mereka dapat menjawab soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab (Aktiviti 2, 3 dan 4) dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tenang dan berkeyakinan. Tempoh masa menjawab paling pantas bagi semua jawapan betul adalah 51 saat.

5.5.3 Refleksi Keseluruhan Saya rasa bersyukur kerana kajian tindakan yang saya jalankan ini telah berjaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya dapat menyelesaikan soalan Matematik yang melibatkan pendaraban dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat muridmurid terhadap mata pelajaran Matematik dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Mathematics is fun and easy.

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/13

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat murid-murid, maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Soalan-soalan Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab perlu ditambah kepada 100 soalan meliputi semua fakta asas darab hingga 9 x 9 dan ujian dijalankan mengikut tempoh masa yang difikirkan sesuai. Selain itu, pendekatan yang sama juga akan saya gunakan kepada fakta asas tambah, tolak dan bahagi dalam kajian seterusnya.

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/14

TOV BIL NAMA MURID M 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.


ATIQ AFIFA BT AHMAD FADZIL NIK NUR MAHABBAH BT NIK MAHAMED NOR NOR SYAFIRA SHAZREEN BT MOHD SHUKERI NUR DALILA T FAZMI NUR SYASYA SHAZWINA BT ALI KHAN NURFATIN ANIERA NATASHA BT MD. SHUKERI NURUL BT ZULKIFLEE NURUL HANIS NABILA BT CHE ABDULLAH SITI SUHAILAH BT AZIZ TG AZARINE LONG BT TG LONG HANIFF

ETR

ANALISA PENCAPAIAN MURID 6 BESTARI 2011 UBB 1 UBB 2 UBB 3

PERCUBAAN

PRA UPSR

UBB 5

UPSR 2011 M G C B B A B B A B B B 2 7 1 0 0 100.0


ms/15

G C D D C C C C C D C 0 0 7 3 0 70.0

M 59 40 50 67 57 57 60 79 48 59

G C C C B C C B B C C 0 3 6 0 0 90.0

M 34 28 33 43 31 36 31 45 29 24

G D D D C D D D C D D 0 0 2 8 0 20.0

M 30 24 26 41 31 36 33 41 16 38

G D D D C D D D C E D 0 0 2 7 1 20.0

M 35 26 27 44 34 50 50 41 29 28

G D D D C D C C C D D 0 0 4 6 0 40.0

M 33 41 26 55 45 55 60 45 25 35

G D C D C C C B C D D 0 1 5 2 0 60.0

M 30 28 18 58 49 44 50 43 25 36

G D D E C C C C C D D 0 0 5 4 1 40.0

M 50 43 49 60 56 60 60 65 50 48

G C C C B C B B B C C 0 4 6 0 0 100.0

42 25 34 48 40 40 43 57 32 42

BILANGAN

A B C D E

% LULUS
Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 6 Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan Matematik 1999 (27 30 September 1999), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Matematik Tahun 6, Dewan Bahasa dan Pustaka & Edusystem Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Mazniyah Md Jaafar, Muhammad Hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Modul Minda Bitara ,Brain Network USM , Pusat Sains Neurokognitif BRAINetwork , Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM.

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/16

SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB (2 ) JALAN TELIPOT, 15150 KOTA BHARU, KELANTAN)


SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

JALAN TELIPOT, 15150 KOTA BHARU, KELANTAN

KAJIAN TINDAKAN
PANITIA MATEMATIK

11

Kajian Tindakan Panitia Matematik/zby/nzy

ms/17