Anda di halaman 1dari 62

Azieana

Bab 1
MIER mendengus perlahan apabila mendengar ketukan pada pintu yang bertalu-talu. Ketukan itu sangat mengganggunya. Dengan malas dia menuju ke pintu. Ternganga mulutnya apabila melihat seorang gadis sedang berdiri sambil tersenyum manja di pintu chaletnya. Kay, apa you buat kat sini malam-malam begini? soalnya kehairanan. Namun, gadis itu tetap mengukir senyum seolah-olah tidak mempedulikan pertanyaan Amier tadi. Boleh I masuk? Semua chalet kat sini dah penuh. Jawapan gadis yang berpura-pura sedih itu membuatkan Amier menggaru kepalanya yang tidak gatal. Namun, apabila melihat wajah gadis itu kesejukan di luar, ditambah pula jam yang ketika itu telah menunjukkan pukul sebelas malam, dia tahu dia harus menangani hal ini dengan segera. Lagipun, dia amat mengantuk ketika ini. Masuklah. Thanks. Wajah Kay kembali ceria. Hatinya

Actually... I Love You!

berbunga-bunga bahagia. Tanpa berlengah, Kay terus masuk sambil menjinjing beg kecil yang berada di sebelahnya. Errr... macam mana you boleh tahu I ada kat sini? Tahu pulak chalet I. Ada sesuatu yang you sorokkan daripada I, kan? Atau you sengaja ekori I? Amier memandang wajah Kay. Mukanya tegang dan rasa tidak puas hati mula meraja. Kay hanya mengangkat bahu sambil mengukir senyuman selamba. Amier mendengus kasar. Dia amat tidak suka dengan keadaan yang sebegini. Mier, you tak suka I datang jumpa you ke? Kay menghampiri Amier dengan gaya menggoda. Amier mendengus lagi sambil menghempas kasar punggungnya di kerusi. Kay turut berlabuh di kerusi yang sama, sengaja mendekatkan diri pada Amier membuatkan lelaki itu semakin rimas dengan sikap gedik dan menggoda perempuan itu. Mier, kenapa dengan you ni? You tak suka I datang sini, ya? Soal Kay dengan manja. Kay ikut bangun apabila Amier bangun. Dia mengatur langkah ke arah Amier yang sedang berdiri di tingkap. Tanpa segan, tubuh Amier dipeluk dari belakang. Kay, please.... Amier menolak. Rimas dia dengan sikap perempuan ini. Menggesel dan manjanya, kalah kucing siam. I nak tidur sekarang. Bilik sebelah tu kosong, you boleh tidur kat situ. Good night. Tanpa berlengah, Amier terus berlalu meninggalkan Kay yang terpinga-pinga. Kay mengetap bibir menahan rasa.

Azieana

Bab 2
AY menggeliat di atas katil sambil tersenyum. Perasaannya benar-benar bahagia. Hari ini dia mahu menghabiskan masa bersama jejaka pujaannya. Sudah lama hatinya tertawan kepada jejaka kacak itu. Dia segera bangun dengan penuh semangat. Terus mandi dan membersihkan diri, biar tubuhnya wangi tika menghadap wajah jejaka pujaannya. Agenda pertama ialah mahu menikmati sarapan bersama, kemudian bersiar-siar di tepi pantai sambil berpegangan tangan. Ah! Pasti seronok.... Kay berbisik sendiri sambil tersenyum lebar. Langkahnya segera dihalakan ke pintu bilik Amier. Diketuk beberapa kali namun, tetap tidak berjawab. Mier... Amier, bangun! Segera tangannya memulas tombol pintu bilik Amier. Kosong? Ternganga mulutnya tatkala melihat bilik yang tiada penghuni itu. Beg Amier juga tiada. Kay mengetap bibir. Melayang terus ideanya untuk terus berada di sisi lelaki itu hari ini sedangkan saat itu amat dinanti-

Actually... I Love You!

nantinya. Lagipun, bukan senang menunggu peluang seperti itu. Dia juga tahu bukan dia seorang yang mahu mengambil peluang ini, tetapi ramai lagi. Berderet. Bukan dia tidak kenal siapa Amier yang sememangnya digilai oleh ramai gadis.

MAAF, cik. Encik Amier dah check-out awal-awal pagi tadi dan dia dah settlekan bayaran untuk chalet tu. Begitulah jawapan gadis yang berada di kaunter ketika Kay bertanya. Thanks, ucap Kay sambil mengukir senyum tawar. Perasaannya benar-benar kecewa. Telefon bimbitnya segera diambil daripada beg tangannya. Helo... Mier, you kat mana ni? tanya Kay setelah panggilannya dijawab. I dah nak sampai KL ni... balas Amier. Senada. Kenapa tak bagi tahu I? I ingat kita boleh habiskan masa bersama hari ni.... Rengek Kay yang benar-benar kecewa. Habis rosak segala rancangan yang disusunnya. Sorry, I ada hal. Kay, ada panggilan masuk. Lain kali kita borak lagi. Amier segera mematikan talian. Dia mendengus perlahan. Sangkanya dia dapat merehatkan fikiran, tetapi kedatangan Kay benar-benar membuatkan dia jadi rimas dan lemas. Amier terus memandu memasuki bandar raya Kuala Lumpur. Seketika, wajah Kay terbayang di matanya, dan bibirnya terus mengukir senyum. Dia tahu sangat perangai gadis itu. Pasti ada agenda tertentu yang sedang dirancang oleh gadis itu, sebab itu dia beredar awal-awal walaupun rasa amat terkilan kerana percutiannya telah terganggu.

Azieana

Bab 3
Apabila tidak mendengar apa-apa arahan dari dalam, Amier membuka pintu perlahan-lahan. Dia tersenyum melihat bilik tidur Tengku Riesya Safiya, kemas dan tersusun. Menarik. Sesuai dengan gaya hidup seorang gadis. Dia sedia maklum, sejak dulu Eisya menggemari warna merah jambu. Patung Pink Panther menghiasi katil mewah itu. Amier sudah berura-ura untuk meninggalkan bilik itu namun, bunyi deruan di bilik mandi membuatkan Amier tidak jadi melangkah. Rasanya sudah lama dia tidak berjumpa dengan adik kesayangannya itu. Hmmm... pasti dia terkejut, bisik Amier sendirian sambil tersenyum. Dia lantas merebahkan badannya di atas katil untuk menunggu Eisya keluar. Sebuah majalah remaja dicapai dan dibelek-belek tanpa membacanya. Bunyi nyanyian halus dari dalam bilik mandi membuatkan senyuman Amier kian melebar. Amier menutup majalah yang baru dibeleknya.

MIER mengetuk pintu. Senyap. Dia mengetuk lagi. Eisya, boleh along masuk?

Actually... I Love You!

Langkahnya dihala ke tingkap bilik, melihat suasana luar seketika. Apabila mendengar pintu bilik air dibuka, Amier berpaling semula. Matanya terus menghala pada satu susuk tubuh yang hanya dilitupi tuala separas paha. Tubuh putih yang separuh terdedah itu membuatkan Amier terpempan dan kaku. Dia menelan liur. Sss... siapa awak? Suara gementar gadis yang baru keluar dari bilik air itu membuatkan Amier tersedar daripada khayalannya. Bulat mata gadis itu memandang wajah Amier yang ternyata turut terkejut melihat situasi itu. Errr.... Amier tiba-tiba menjadi gelabah. Begitu juga gadis itu. Dalam keadaan panik, gadis itu segera mencapai bantal, segera ditutup dadanya yang terdedah. Apa awak buat kat sini? Sergah gadis itu, kalut. Wajahnya sudah berona merah menahan malu. Tanpa menunggu jawapan Amier, dia terus berlalu ke bilik air meninggalkan Amier termangu sendirian. Sesaat kemudian, bibir Amier mengukir senyuman.

AMIER berbual di anjung seri, tempat yang menjadi kebiasaan keluarga Datuk Tengku Mahmod dan Datin Halijah berkumpul. Anjung seri dihiasi pokok-pokok bunga hasil kerja tangan Datin Halijah yang menjadi penyeri banglo mewah milik keluarga Datuk Tengku Mahmod. Mier masuk kerja besok, kan? Datuk Tengku Mahmod bersuara sambil memandang wajah Amier yang seperti sedang termenung jauh.

Azieana

Sebenarnya Amier masih mengingati kejadian sebentar tadi. Hatinya tertanya-tanya siapakah gadis yang dilihat berada di bilik adiknya tadi. Cantik. Dia membuat penilaian dalam diam. Mier... apa yang sedang Mier fikirkan? Pertanyaan Datuk Tengku Mahmod membuatkan Amier tersentak. Terpinga-pinga dia menatap wajah papanya yang berkerut kehairanan. Tak ada apa-apa.... Papa tanya apa tadi? Datuk Tengku Mahmod tersenyum. Faham sangat dengan kerenah anak sulungnya, pasti memikirkan perempuan. Papa tanya, Mier masuk kerja, kan besok? ulang Datuk Tengku Mahmod sambil memandang wajah Amier yang ternyata sudah kemerah-merahan. Ya, balas Amier dan segera mencapai majalah yang berada di atas meja. Sengaja mahu menutup rasa malu. Dia tahu, pasti papa sedang membuat penilaian tentangnya. Hai, along! Seorang gadis tiba-tiba muncul menyapa Amier. Dia segera duduk di sebelah Amier. Amier mengukir senyum sambil menyambut huluran tangan gadis itu. Tangan Amier diciumnya mesra. Along cari Eisya kat bilik tadi, tapi Eisya tak ada. Ke mana? tanya Amier memandang wajah adiknya. Eisya ada kat dapur, tolong mama dan Mak Indah, beritahu Eisya. Amier sekadar mengangguk namun, fikirannya tetap memikirkan gadis yang berada di bilik Eisya tadi. Papa dah bagi tahu along? Eisya bersuara sambil memandang wajah papanya.

Actually... I Love You!

Belum, jawab Datuk Tengku Mahmod, ringkas. Ada apa ni... papa? Amier kehairanan. Perkara apa yang ingin disampaikan oleh mereka kepadanya. Begini, papa ingat nak bagi kerja kat kawan Eisya ni kat syarikat kita. Dia dan Eisya ni kawan baik masa belajar kat universiti. Papa dan mama pun dah kenal rapat dengannya. Baik budaknya, beritahu Datuk Tengku Mahmod. Habis tu? Amier tetap memandang wajah papanya. Papa nak Mier interview dia esok. Kalau Mier rasa dia berkelayakan, Mier terima. Papa serahkan kepada Mier untuk buat keputusan. Sekarang nikan susah nak dapat kerja kalau kita tak kenal sesiapa. Amier hanya mengangguk. Bersetuju dengan katakata papanya. Bukan senang hendak dapatkan sebarang pekerjaan sekarang ini kerana terlalu ramai pesaing. Macam mana dengan Eisya, masih tak nak kerja lagi? Orang lain sibuk cari kerja, dia sibuk merayap. Amier memandang Eisya yang sudah mencebikkan bibirnya. Eisya dah dapat kerja pun, bukan kat syarikat papa tapi kat DMaju Holdings. Eisya nak timba pengalaman kat syarikat lain dulu sebelum kerja kat syarikat papa. Eisya tersenyum melirik. Betul ke? Bukannya nak bekerja bersama Izwan? DMaju Holdings tukan milik orang tua Izwan, perli Amier. Datuk Tengku Mahmod sekadar melihat dan mendengar perbualan mereka, tidak teringin untuk masuk campur. Dia tidak kisah di mana pun anaknya bekerja asalkan pekerjaan itu halal dan kebajikan anak-anaknya terjamin.

Azieana

Alah... two in one, apa salahnya, kan papa? soal Eisya, manja. Datuk Tengku Mahmod hanya mengangguk, mengiakan apa jua keputusan anak perempuan tunggalnya itu. Amboi, seronok berbual nampak! Eisya, Reen mana? celah Datin Halijah yang tiba-tiba muncul membawa dulang berisi kuih bersama Mak Indah yang sedang memegang dulang berisi minuman petang. Ya Allah... lupa pulak. Eisya menepuk dahi sebelum beredar. Jemput minum, bang... Mier. Datin Halijah menyertai mereka sementara Mak Indah terus berlalu ke dalam rumah. Amier mencapai kuih seri muka. Dia tergamam saat tangannya ingin memasukkan kuih ke dalam mulut. Gadis itu! Detik hatinya apabila melihat Eisya muncul bersama seorang gadis manis. Reen, duduklah... pelawa Datin Halijah apabila melihat Reen yang seperti teragak-agak untuk duduk sebaik sahaja muncul di situ. Along, kenalkan ni Nisreen... bestfriend Eisya. Reen, ini along aku, Amier. Eisya memperkenalkan mereka berdua. Amier. perkenalan. Amier menghulurkan tangan tanda

Reen terpaksa menyambut huluran tangan Amier dengan rasa serba salah, selebihnya masih terbit rasa malu apabila mengingatkan kejadian tadi. Sepanjang perbualan petang itu, Reen sekadar

Actually... I Love You!

menjadi pendengar dan pemerhati. Hanya sesekali dia menyampuk perbualan anak-beranak itu. Amier yang menyedari ketidakselesaan gadis manis bertudung itu hanya mengukir senyuman apatah lagi bila sesekali matanya bertembung dengan mata gadis itu. Ada ketikanya dia sengaja mengambil peluang merenung wajah gadis itu membuatkan Reen tidak betah berada di situ. Reen, apesal ni? Kau nampak gelisah je dari tadi. Eisya kehairanan. Selama ini kawannya itu bersikap peramah setiap kali mengunjungi keluarganya namun, lain pula dia hari ini. Mungkin kawan Eisya ni segan dengan along tak? usik Amier yang sememangnya menyedari punca gadis itu bersikap demikian. Segan? Along jangan nak kacau kawan Eisya ni tau. Bukannya Eisya tak tahu perangai buaya darat along tu! Eisya memberi amaran membuatkan Amier ketawa. Eisya, kenapa cakap dengan along macam tu? Tak baik, tegur Datin Halijah. Bukannya mama tak kenal dengan perangai along. Girlfriend dah keliling pinggang... masih ada hati nak kacau kawan Eisya. Eisya menjeling geram, memandang abangnya yang begitu santai tersenyum. Malah sempat mengerling ke arah Reen yang hanya diam membisu. Mereka yang sukakan along, bukannya along yang terhegeh-hegeh suka kat diorang. Sepatutnya Eisya bangga punya abang yang handsome macam along ni... ujar Amier, tidak mahu mengaku kalah. Eisya tahu along ni adalah lelaki yang paling kacak dan bergaya kat KL ni. Tapi Reen ni pun apa kurangnya, berderet-deret lelaki yang sukakan dia.... Saja dia tak nak

10

Azieana

layan, katanya buang masa. Bukan macam along, asyik berpelesiran siang malam, bidas Eisya. Iya? Amier menaikkan keningnya. Sempat dia mengenyit mata ke arah Reen. Makin gelabah gadis itu dibuatnya. Reen terasa tidak selesa apabila namanya turut dibabitkan sama dalam perbualan adik-beradik itu. Uncle, auntie... dah lewat petang ni. Eloklah Reen balik dulu. Reen sudah pun angkat punggung. Dia memberi isyarat mata kepada Eisya supaya menghantarnya pulang. Tak nak tunggu makan malam dulu ke? Datin Halijah bersuara. Tak mengapalah, auntie. Lain kali aje, tolak Reen, lembut. Hmmm... baiklah. Eisya, tolong hantar Reen, ya? Datin Halijah memandang Eisya yang turut bangun. Selepas bersalaman dengan orang tua Eisya, Reen terus mengatur langkah ke bilik Eisya untuk mengambil begnya. Alamak! Sorry ya Reen, kereta aku buat hal tadi... tak boleh start. Rasanya bateri kong. Eisya menepuk dahi sebaik sahaja Reen muncul di hadapannya semula. Along! laung Eisya yang berada di muka pintu. Ketika itu Amier masih enak bersantai bersama orang tua mereka. Apa dia? balas Amier. Nak mintak tolong. Eisya muncul di hadapan Amier sambil tersengih. Tolong apa ni? Tersengih semacam aje. Sengih gatal pun ada, usik Amier, sengaja mengenakan adiknya.

11

Actually... I Love You!

Apa ni along.... Mama, tengok along ni! Ada ke dia kata Eisya ni gatal! Eisya mengadu. Datin Halijah hanya menggeleng kepala. Pening juga dia mengenangkan perangai anak-anaknya. Itu baru dua orang, belum lagi masuk Zafuan. Kalau tidak, pasti bertambah kecoh. Walaupun jarak usia antara Amier dan Eisya tujuh tahun, tetapi kalau bertekak dan mengusik, Amier tetap tidak mahu mengalah. Kemesraan dan gelak ketawa mereka itu membuatkan dia bahagia. Ada apa ni, Eisya? soal Datin Halijah, memandang kedua-dua anaknya silih berganti. Eisya nak mintak tolong along hantarkan Reen ke rumah sewa dia, kereta Eisya buat hal. Papa, nanti papa minta Pak Samat check kereta Eisya, ya? pinta Eisya, manja. Datuk Tengku Mahmod sekadar mengangguk sambil tersenyum. Tolong hantar kawan Eisya? Betul ke ni? Berkerut dahi Amier, berpura-pura tidak memahami permintaan adiknya. Alah... cepatlah along. Kesian kat Reen tu. Dah lama dia tunggu, rengek Eisya. Geram dengan sikap abangnya yang sengaja melengah-lengahkan masa. Okey... tapi dengan syarat... Eisya tolong adjustkan along dengan dia, ya? Amier tersengih. Hish... nak mintak tolong sikit je, demand pulak. Tadi mengaku kata perempuan yang terhegeh-hegeh kat along... ni nak minta Eisya tolong adjust.... Apa kes? Eisya ketawa riang. Amier menarik muka masam. Pantas pipi adiknya dicubit.

12

Azieana

Eisya mengaduh sakit sambil menggosok-gosok pipinya yang sudah kemerahan. Eisya, tak payahlah nak susahkan abang kau pulak. Aku boleh balik dengan teksi.... Reen berasa serba salah apabila melihat Eisya bersama abangnya macam hendak bergaduh pula. Tak ada susahnya, saya tolong dengan ikhlas. Nanti saya pergi ambik kunci kereta, ujar Amier lalu segera masuk ke dalam rumah. Yalah tu, ikhlas... desis Eisya dalam hati. Eisya tersenyum sambil memandang wajah Reen. Reen dan Eisya sudah pun berdiri di sisi kereta BMW X6 hitam milik Amier. Masuklah, pelawa Amier apabila dilihatnya Reen teragak-agak untuk membuka pintu kereta. Kau ikut sekali ya, aku seganlah... bisik Reen perlahan di telinga Eisya. Ketika itu Amier sudah pun menghidupkan enjin kereta. Okeylah... bestfriend punya pasal. Eisya membuka pintu kereta di sebelah Amier dan Reen masuk di bahagian penumpang belakang. Kereta terus meninggalkan pekarangan banglo mewah itu. Hai, sejak bila adik along ni jadi bodyguard pulak? usik Amier sambil menjeling Eisya yang buat muka selamba. Reen cakap dia segan dengan along, itu sebabnya dia mintak Eisya ikut sekali. Lagipun, Eisya takut nanti tak pasal-pasal Reen kena ngap dengan buaya tembaga dari KL ni, sindir Eisya sambil tersenyum nakal. Amier mencebik. Dia sempat mendengar gelak kecil dari tempat duduk belakang. Amier mengerling seketika

13

Actually... I Love You!

melalui cermin pandang belakang. Sebaik sahaja mata dia dan Reen bertembung, cepat-cepat gadis itu menutup mulut dan mengalih pandangannya. Amier tersenyum. Selalu ke kawan Eisya datang rumah kita? tanya Amier. Selalu.... Malam tadi pun Reen tidur kat rumah. Bertahun dah dia kenal dengan keluarga kita. Mama dan papa anggap Reen macam anak angkat dah, beritahu Eisya. Sekali lagi Amier melirik cermin pandang belakang, ingin melihat reaksi Reen yang tidak bersuara sejak tadi. Tapi, kenapa along tak pernah jumpa pun dengan kawan Eisya sebelum ni? Berkerut dahi Amier, kehairanan. Selama bertahun keluarganya mengenali gadis itu, kenapa baru hari ini dia berjumpa? Along, kan duk kat luar negara. Bila balik bukannya duk kat rumah... tapi kondo sendiri. Mana nak jumpa. Amier mengangguk perlahan mendengar penjelasan adiknya itu. Beberapa minit kemudian, Amier sudah memberhentikan keretanya di hadapan rumah teres setingkat. Dia melihat seketika keadaan rumah itu, nampak agak kemas. Awak tinggal berapa orang kat rumah ni? tanya Amier, sekadar ingin tahu. Empat orang, balas Reen. Amier mengangguk. Terima kasih, Encik Amier kerana sudi hantar saya.... Eisya, aku masuk dulu ya! Reen membuka pintu kereta. Reen, panggil Eisya.

14

Azieana

Reen tidak jadi melangkah. Ya. Jangan lupa datang interview esok pukul sepuluh pagi, ya? pesan Eisya. Reen hanya mengangguk dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Tanpa menunggu lama, Amier terus memecut keretanya meninggalkan kawasan perumahan itu. Along, panggil Eisya setelah beberapa minit mereka berlalu meninggalkan kawasan perumahan Seri Mawar. Hmmm.... Cantik tak kawan Eisya tadi? tanya Eisya, sengaja ingin melihat reaksi abangnya. Selama ini taste abangnya, semuanya jenis perempuan yang seksi dan pandai menggoda. Stok geli-geli. Ingin dia menduga pendapat abangnya terhadap perempuan yang bersopan dan bertudung seperti Reen. Cantik. Balas Amier dengan selamba. Matanya terus memandang ke hadapan seolah-olah memberi tumpuan pada pemanduannya sedangkan fikirannya masih terbayangkan pertemuan pertama antara dia dan Reen. Bibirnya tiba-tiba mengorak senyum. Along jangan nak kacau dia tau, dia sorang gadis yang baik dan Eisya sayangkan dia! Eisya memandang abangnya, geram dia melihat senyuman yang terukir di bibir abangnya sebentar tadi. Seolah-olah ada sesuatu yang berada dalam fikirannya. Kalau kawan Eisya tu baik dan Eisya sukakan dia, bolehlah dia jadi kakak ipar Eisya nanti. Kata-kata Amier membuatkan laju tangan Eisya mencubit lengan abangnya.

15

Actually... I Love You!

Walaupun terasa sedikit pedih dengan cubitan itu namun, Amier tetap ketawa riang.

REEN termenung di tingkap biliknya. Otaknya ligat memikirkan situasi yang bakal dihadapinya esok. Dia perlu membuat persediaan untuk menghadapi temu duga esok. Sudah tiga kali dia menghadiri temu duga, tetapi tiada satu pun jawapan yang diterima. Semuanya berlalu begitu sahaja, sedangkan dia amat memerlukan pekerjaan untuk menolong ibu di kampung. Kesian ibu. Setiap pagi terpaksa bangun awal menyiapkan nasi lemak untuk diletakkan di warung. Itulah rutin ibu sejak berbelas-belas tahun lalu untuk membantu arwah ayah. Tiba-tiba ingatannya terimbau tentang kejadian petang tadi. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan Amier selepas lelaki itu melihat dirinya yang terdedah? Malunya hanya Allah yang tahu. Agaknya kalau dia dapat kerja di syarikat milik Datuk Tengku Mahmod, pasti dia akan selalu bertembung dengan Amier. Di mana dia nak sembunyikan mukanya? Reen memejamkan mata seketika namun, wajah Amier bersama senyuman nakalnya terlayar dalam fikiran. Cepat-cepat Reen membuka matanya semula sambil melepaskan keluhan.

16

Azieana

Bab 4
ENGAN mengenakan baju kurung berwarna biru tua bercorak kecil dan tudung warna putih dihiasi bunga berwarna biru, Reen melangkah menghampiri meja seorang gadis di bahagian kaunter pertanyaan. Assalamualaikum. Reen segera menghulur salam. Gadis manis itu mendongak, senyuman terukir di bibirnya seraya menjawab salam yang diberi. Ya, ada apa yang boleh saya bantu? Gadis itu memandang wajah Reen. Reen memberitahu tujuan kedatangannya. Gadis itu segera memberitahu tempat yang harus dituju. Terima kasih, ucap Reen dan berlalu menuju ke lif. Sebaik sahaja keluar dari lif, Reen menuju ke satu sudut yang menempatkan seorang gadis manis. Assalamualaikum, saya Nur Nisreen. Saya datang untuk diinterview.

17

Actually... I Love You!

Waalaikumussalam.... Okey, you jumpa dengan Puan Surihani. Errr... itu mejanya. Selepas mengucapkan terima kasih, Reen menuju ke tempat yang dinyatakan. Assalamualaikum... saya Nur Nisreen Ahmad. Saya datang untuk interview, suara Reen untuk kesekian kalinya. Terasa penat juga asyik mengucapkan perkataan yang sama. Dikira dan dicongak, selepas ini dia akan mengutarakan ayat yang sama lagi. Oh... Cik Nur Nisreen ya. Errr... sekejap, ya. Surihani segera menekan interkom. Selamat pagi, bos. Cik Nur Nisreen dah sampai untuk diinterview. Suruh dia masuk. Baik, bos. Surihani bangun dan mengajak Reen mengikutinya masuk ke dalam bilik yang tertera nama Tengku Amier Asyraf bin Datuk Tengku Mahmod, CEO. Selepas mengetuk pintu beberapa kali, tombol pintu dibuka. Surihani mempersilakan Reen masuk. Reen sempat meneliti sekilas bilik mewah itu, susun atur yang kemas menempatkan set sofa kulit. Terdapat beberapa buah lukisan pemandangan dan ayat al-Quran digantung di dinding. Akhirnya mata Reen tertumpu pada seorang lelaki yang sedang asyik menatap komputer riba di hadapannya. Encik Amier, ini Nur Nisreen, beritahu Surihani apabila melihat Amier begitu ralit menatap komputer ribanya. Hmmm... okey. Hanya kata-kata yang ringkas keluar daripada bibir lelaki itu tanpa memandang ke arah mereka yang sedang berdiri menghadapnya.

18

Azieana

Surihani memandang wajah Reen sambil mengukir senyum. I keluar dulu. Surihani terus keluar meninggalkan Reen terkulatkulat berdiri seorang diri menghadap wajah lelaki di hadapannya yang sedikit pun tidak menghiraukan kemunculannya. Reen mula resah. Sampai bila dia harus menjadi pak pacak di hadapan lelaki itu sedangkan tidak ada tandatanda yang menunjukkan lelaki itu menghargai tujuan kehadirannya hari ini? Buat penat aje aku jadi jaga tak bergaji, rungut Reen dalam hati. Maaf, encik... kalau encik sibuk, saya datang lain kali saja untuk interview. Akhirnya Reen memberanikan diri untuk bersuara. Kata-kata Reen itu membuatkan lelaki itu tiba-tiba memandangnya. Reen terkedu namun, lelaki itu kelihatan agak tergamam seolah-olah baru menyedari kewujudannya. Errr... sorry. Jemput duduk, pelawa Amier namun, matanya masih tetap menghadap komputer riba di atas meja. Terima kasih, ucap Reen dengan penuh sopan. Biasalah... mesti kena bersopan sebab nak minta perhatian supaya dapat peluang kerja. Ingat senang ke nak dapat sebarang kerja hatta nak jadi tukang cuci tandas sekalipun? Reen duduk di kerusi menghadap lelaki yang masih sibuk melayan komputer ribanya. Betul ke dia ni betul-betul sibuk? Entah-entah sibuk layan Facebook dengan girlfriend je, rungut Reen dalam hati. Sesekali matanya ralit menatap wajah lelaki di hadapannya, lelaki itu juga yang menghantarnya semalam walaupun pertama kali mereka berjumpa. Memang kacak orangnya, berkulit putih, hidung mancung, berambut

19

Actually... I Love You!

keperangan, pendek kata memang mantap. Patutlah ramai perempuan terhegeh-hegeh mendekatinya. Sekali pandang wajahnya tak ada ciri-ciri lelaki Melayu, tapi macam mana dia boleh jadi abang Eisya sedangkan mereka tak ada iras langsung? Confuse aku! Takkan aku nak tanya dia pasal kaitannya dengan Eisya, nanti macam aku pulak yang interview dia, kan haru namanya tu! Omel Reen dalam hati. Maaf, Cik Nisreen kerana terpaksa menunggu lama. Saya terpaksa uruskan sesuatu yang perlukan pemerhatian segera. Amier memandang Reen dengan tibatiba membuatkan Reen terpinga-pinga. Terkejut. Oh... tak mengapa, balas Reen dengan suara gementar. Sebenarnya dia masih lagi segan untuk berhadapan dengan lelaki itu apabila mengingatkan apa yang berlaku di bilik Eisya semalam. Reen tertunduk apabila Amier tiba-tiba mengukir senyum. Hisy... apa senyum-senyum ni? Mesti dia fikirkan pasal semalam. Ni yang buat aku malu ni! Gerutunya dalam hati. Reen makin menundukkan wajahnya. Cuba menyembunyikan wajah yang dirasakan semakin panas. So, awak tahu, kan kenapa kita berjumpa hari ini? Amier membetulkan kedudukannya. Reen mengangguk perlahan. Ini dokumen saya untuk rujukan Encik Amier. Amier menyambut huluran gadis manis itu. Isi kandungan yang terdapat dalam fail hitam tebal itu dibelek dan diteliti satu per satu sambil kepalanya mengangguk perlahan. Hmmm... Cik Nur Nisreen Ahmad. Amier menutup folder yang berada di hadapannya. Kini dia memberikan tumpuan sepenuhnya menatap wajah Reen.

20

Azieana

Reen mula gelisah. Tangannya terasa sejuk, rasa hendak terkencing pun ada. Ada ke patut dia tenung aku macam aku ni anak patung kat supermarket? Saja je nak buat aku makin menggelabah, bisik hatinya. Sekarang ni awak kerja apa? tanya Amier. Matanya tetap memandang wajah ayu di hadapannya. Makin lama wajah itu dipandang, hatinya makin terusik. Siang hari saya kerja di butik, malam saya mengajar tuisyen dari rumah ke rumah. Bulat mata Amier mendengar jawapan Reen. Dah berapa lama awak kerja macam tu? Selepas saya tamat belajar kira-kira lima bulan lalu, beritahu Reen, jujur. Berkerut dahi Amier mendengarnya. Awak tak penat ke kerja siang dan malam macam tu? Bila masa awak berehat? selidik Amier sambil membezakan antara dirinya dan gadis itu. Ada juga masa saya berehat... tapi apa nak buat. Keluarga saya orang miskin, banyak bergantung kepada saya terutama selepas ayah meninggal sebelum saya masuk universiti. Terkedu Amier mendengar kata-kata itu. Kagum dia dengan ketabahan gadis itu. Baiklah, awak diterima bekerja di sini sebagai assistant manager mulai minggu depan. Saya akan minta Surihani uruskan semuanya. Amier terus membuat keputusan. Hah? Reen terkejut. Begitu aje? Macam ni ke temu duga? Encik Amier, saya tak nak kehadiran saya di

21

Actually... I Love You!

syarikat ini menimbulkan umpatan kerana saya mengenali keluarga Encik Amier. Segan pula Reen untuk menerima jawatan itu walaupun dia berharap memperoleh kerjaya yang baik supaya dapat membantu ibunya di kampung. Tak. Awak diterima kerja di sini kerana awak berkelayakan. Saya dah tengok sijil-sijil awak tadi. Awak tak perlu risau akan hal itu, terang Amier lalu terus menekan interkom. Hani, masuk kejap. Tidak lama kemudian Surihani muncul sambil mengukir senyum. Kenalkan, ini Surihani... setiausaha saya. Dia akan uruskan surat dan akan beritahu skop kerja awak nanti sebelum awak bertugas minggu depan. Hani, Cik Nur Nisreen ni akan bekerja sebagai assistant manager menggantikan Badri. You tolong uruskan untuk dia, beritahu Amier. Surihani mengangguk dan mengukir senyuman sebaik sahaja berbalas pandang dengan Reen. Baik, bos. Ada apa-apa lagi? Itu saja. Putus Amier. Baiklah, I keluar dulu. Surihani terus melangkah keluar dari bilik bosnya itu. Amier bangun dan berjalan menghampiri kerusi yang diduduki oleh Reen. Reen juga turut bangun. Berdebar-debar juga hatinya saat Amier berdiri betul-betul berhadapan dengannya. Well... selamat menyertai Dynamic Holdings. Amier menghulurkan tangan. Hesy, ni yang aku tak suka ni! Keluh Reen dalam hati. Lambat-lambat Reen menyambut huluran tangan itu.

22

Azieana

Kalau tidak sambut nanti dikata biadab, kalau sambut pun... susah juga. Mereka berdua, kan bukan muhrim? Mana boleh salam. Semalam dia terpaksa sebab tidak mahu memalukan orang tua Eisya. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Reen cepat-cepat menarik tangannya daripada terus digenggam oleh Amier yang memandangnya dengan pandangan yang cukup menggoda. Sure.... Amier tersenyum. Reen mengatur langkah menuju ke pintu sambil diperhati oleh Amier. Amier benar-benar ceria dengan pertemuan itu. Ada sesuatu yang mula bertandang di perdu hatinya. Macam ada iras-iras simbol bentuk love gitu walaupun agak samarsamar.

23

Actually... I Love You!

Bab 5
payahlah Reen risau.

ERJALAH baik-baik. Ibu nak Reen jaga diri, ya.... Pasal ibu dan adik-adik, tak

Itulah kata-kata Puan Saloma setelah Reen menelefonnya minggu lepas untuk memberitahu bahawa dia sudah mendapat pekerjaan baharu. Kini, sudah seminggu dia bekerja di Syarikat Dynamic Holdings. Semua staf syarikat itu melayannya dengan baik. Hai, Reen. Tak nak keluar lunch ke? Tiba-tiba muncul wajah Saerah di muka pintu. Gadis yang bekerja sebagai pembantu kewangan itu tersenyum melihat Reen yang masih lagi mengelamun. Tidak sedar akan kemunculannya. Weh! Jauhnya mengelamun. Dah sampai benua mana ni? sergah Saerah sambil menepuk bahu Reen. Terpinga-pinga gadis itu dibuatnya. Saerah tergelak kecil. Seronok pula melihat wajah Reen yang blur macam tu. Nampak cute!

24

Azieana

Sorry... Reen tak sedar Irah masuk tadi. Reen cuba mengawal rasa malu apabila tertangkap sedang mengelamun jauh. Hmmm... ini pasti teringatkan boyfriend, usik Saerah. Hesy... tak adalah. Reen cuma teringatkan ibu kat kampung. Jomlah kita keluar. Mereka berjalan kaki untuk ke tempat makan yang sememangnya menjadi kunjungan staf Dynamic Holdings. Restoran yang berhadapan dengan syarikat mereka menyediakan pelbagai juadah dan harganya pun berpatutan. Saerah dan Reen mendapatkan tempat setelah membayar harga makanan mereka. Sambil mereka berbual kosong. Banyak juga cerita yang dalam pengetahuan Saerah, maklum sahaja sudah tahun dia bekerja di situ. Tiba-tiba telefon bimbit Saerah berbunyi. Helo... hai sayang! Ceria sahaja suara Saerah menjawab panggilan telefon daripada tunangnya. Saerah yang begitu asyik berbual itu membuatkan Reen mengeluh perlahan. Dia mengacau perlahan minumannya dengan straw sambil matanya melilau, melihat sekitar restoran yang menjadi kunjungannya sejak minggu lepas. Dia mengukir senyum apabila matanya bertembung dengan Kamal dan Badri yang sedang makan selang beberapa meja daripadanya. Sejak hari pertama dia masuk kerja, Badri sering mengusiknya. Badri memang seorang lelaki yang peramah dan baik, sebab itu dia tidak kisah dengan usikan Badri. Malah lelaki itu tidak lokek dengan ilmu. Dengan senang hati Badri akan menjelaskan sesuatu perkara sekiranya dia tidak duduk makan berada empat

25

Actually... I Love You!

faham. Maklum sahaja, sebelum ini Badri pernah memegang jawatan sebagai penolong pengurus sebelum dinaikkan pangkat menjadi pengurus bahagian sumber manusia. Tiba-tiba tumpuan mata Reen terhenti pada satu sudut yang agak terlindung dengan pokok yang menjadi hiasan restoran itu. Kelihatan Amier sedang menikmati hidangan sambil berbual mesra dengan seorang gadis, nampak cukup bergaya penampilannya. Ehem! Saerah berdeham mematikan pandangan Reen ke sudut itu. Reen, awak pun ada hati jugak ke kat Encik Amier tu? usik Saerah secara tiba-tiba. Dia perasan sedari tadi tumpuan Reen menghala ke arah Amier dan gadis yang bersamanya. Eh, mana ada. Dia tukan bos kita, tak adanya dia nak pandang Reen yang serba kekurangan ni, sangkal Reen membuatkan Saerah terusan memandangnya. Reen jadi keliru dengan renungan mata Saerah. Reen, betul ke awak ni tak ada boyfriend? soal Saerah ingin tahu. Gelengan Reen membuatkan Saerah mengerutkan dahi. Boleh percaya ke orang macam Reen ni tak ada boyfriend? Tapi, kalau tak ada pun okey jugak. Saerah tibatiba tersenyum. Apa maksud awak ni, Irah? Kalau tak ada boyfriend lagi, eloklah Reen couple dengan Encik Amier tu. Sama cantik dan sama padan, sakat Saerah. Mencerlung mata Reen melihat senyuman nakal Saerah. Awak ni Irah, jangan nak malukan Reen boleh tak?

26

Azieana

Pipit dan enggang tak boleh terbang bersama. So, mulut tu jangan nak gatal-gatal canang kat semua orang. Nanti Reen jugak yang malu. Tidak dapat dibayangkan bila tiba-tiba semua orang menuding jari ke arahnya atas tuduhan cuba menggoda bos atau dituduh mempunyai cita-cita tinggi untuk bergandingan dengan CEO Dynamic Holdings. Seram sejuk tubuhnya kalau terpaksa mempertahan diri daripada terus menjadi bahan umpatan manusia sedangkan dia sedikit pun tidak mempunyai perasaan terhadap lelaki itu. Reen, takkanlah Reen tak terpikat dengan lelaki handsome, kaya, bergaya, berkedudukan, romantis macam Encik Amier tu? Pendek kata Encik Amier macam one in a million, tau! Rugi kalau Reen tolak. Irah, jangan nak buat cerita mengarut boleh tak? Buat masa ni, Reen tak fikir pasal tu. Reen nak tumpukan perhatian pada kerja sebab Reen nak bantu keluarga. Tegas suara Reen membuatkan Saerah terkesima. Merah muka Reen menahan marah. Memang sejak dulu dia tidak suka membicarakan soal itu sebab tumpuannya lebih untuk keluarga daripada memikirkan diri sendiri. Sorry, Irah tak bermaksud nak buat Reen marah. Tapi nikan lumrah kehidupan. Setiap orang berhak untuk bercinta... mencintai dan dicintai. Kadang-kadang cinta tu datang tanpa kita sedar walaupun selama ni kita menolak kehadirannya. Saerah mengeluh. Cuba membuat Reen faham maksud yang ingin disampaikan. Reen pun mintak maaf, Irah. Reen tak bermaksud nak marahkan Irah.... Ujar Reen dengan rasa bersalah kerana telah mengecilkan hati Saerah tanpa sengaja. Sudahlah, dah nak dekat pukul dua. Reen belum

27

Actually... I Love You!

solat lagi. Baik kita beredar sekarang. Reen terlebih dulu bangun, diikuti oleh Saerah. Amier yang turut berada di situ sempat melihat Reen beredar bersama temannya. Buat seketika, dia tidak mengendahkan apa yang sedang diperkatakan oleh gadis yang berada di hadapannya. Pandangannya terus menghala mengekori setiap langkah yang diatur oleh Reen. Gadis yang berada di hadapan Amier mendengus kuat. Geram dengan sikap lelaki di hadapannya. Apa tidaknya, dia yang cantik lagi seksi berada di hadapan lelaki itu tidak dipandangnya, tetapi mata lelaki itu begitu ralit melihat gadis bertudung itu. Apa istimewa gadis itu berbanding dirinya? Getus hati gadis yang berada di hadapan Amier sambil mengetap bibir dengan rasa membahang.

28

Azieana

Bab 6
UDAH lenguh kakinya berdiri di perhentian bas itu namun, yang ditunggu belum muncul tiba. Sudah lebih setengah jam dia terpacak di situ. Nasib baik tidak keseorangan, ada tiga orang perempuan lagi sedang menunggu bersama-samanya. Dua daripadanya begitu asyik berbual, manakala seorang lagi sepertinya, kelihatan cukup resah menanti bas yang tidak kunjung tiba. Sudah tidak terbilang berapa kali matanya mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya. Kalaulah matanya ini boleh bersuara, pasti turut menyatakan betapa jemunya dia memandang benda yang sama. Agaknya bas mogok hari ini. Reen membuat andaian sendirian. Terasa menyesal kerana menolak pelawaan Adli tadi yang telah menawarkan diri untuk menghantarnya pulang. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba terdengar bunyi nyaring hon sebuah kereta yang berhenti betul-betul di hadapannya. Hampir melatah dia dibuatnya.

29

Actually... I Love You!

Reen... jom masuk, pelawa lelaki itu dari dalam keretanya setelah menurunkan cermin kereta. Terima kasih aje, Encik Amier. Saya sedang tunggu bas, kejap lagi sampailah. Reen bersuara, menolak ajakan lelaki itu. Masuklah, nanti saya hantar awak balik. Amier sudah pun keluar dari keretanya. Reen jadi serba salah. Tiga orang perempuan yang berada di situ begitu ralit memandang wajah kacak Amier. Apa lagi lelaki itu muncul bersama kereta mewah, hampir hendak keluar biji mata pun ada. Tersenyum Reen melihat gelagat mereka. Please.... Segan pula Reen hendak menolak ajakan lelaki itu apabila Amier sudah pun membuka pintu kereta untuknya di bahagian penumpang. Dengan perasaan berat hati dia meloloskan diri masuk ke dalam kereta BMW X6 warna hitam itu. Belum pun sempat Amier masuk ke dalam kereta, bas yang ditunggu oleh Reen muncul. Hon dibunyikan kerana kereta Amier menghalang laluan bas. Tanpa berlengah, Amier terus menurunkan brek tangan, menukar gear dan kereta terus meluncur di jalan raya. Saya minta maaf kalau saya menyusahkan Encik Amier, kata Reen setelah hampir lima minit mereka samasama membisu. Tak ada susahnya, saya memang cari awak tadi. Tak sangka jumpa awak kat bus stop, balas Amier, memandang wajah Reen sekilas sambil mengukir senyum. Dia kembali memberi tumpuan pada pemanduannya.

30

Azieana

Kenapa Encik Amier cari saya? Saya ada buat salah ke? Berkerut dahi Reen, kehairanan apabila mengetahui lelaki itu mencarinya. Apa lelaki ini mahu sampai mencarinya? Dadanya berdebar tiba-tiba. Berbagai-bagai fikiran jahat menerjah kotak fikiran. Rasa seram sejuk pula. Namun, segala perasaan tidak enak itu segera ditepis apabila kedengaran gelak kecil daripada bibir lelaki itu. Eisya call saya tadi. Dia mintak saya bawak awak balik ke rumah kami. Katanya dah lama tak jumpa awak sejak awak kerja kat Dynamic Holdings. Amier memandang seketika wajah Reen. Dia yakin gadis itu tidak percaya dengan apa yang dikatakannya. Jangan ingat saya sengaja ambil peluang. Kalau tak percaya, awak cakap dengan Eisya. Serentak itu Amier mengeluarkan telefon bimbit daripada poket bajunya lalu didailnya. Assalamualaikum. Eisya, along ni. Emmm... dia ada dengan along sekarang ni. Eisya cakap dengan dia.... Amier menghulurkan telefon bimbitnya ke arah Reen. Nak tak nak Reen mencapai telefon itu dan terus menekap ke telinga. Assalamualaikum.... Reen memberi salam. Waalaikumussalam... Reen, aku dah banyak kali call kau tapi, tak dapat. Itu sebabnya aku mintak along aku cari kau dan mintak dia bawak kau balik rumah. Mama dan papa aku dah rindukan kau. Becok suara Eisya di hujung talian. Okey. Kita jumpa kat rumah nanti ya, bye... Reen segera menghulur kembali telefon bimbit milik Amier. So, sekarang awak percaya, kan? Amier mengukir senyum.

31

Actually... I Love You!

Reen hanya mendiamkan diri. Pandangannya segera dialih ke luar cermin. Segan pula hendak memandang wajah lelaki itu mengenangkan apa yang difikirkannya sebentar tadi. Secara tak langsung bibirnya mengukir senyum. Dan tanpa sedar, senyumannya itu menarik perhatian Amier yang ketika itu sempat mengerling ke arahnya.

REEN masih lagi kaku di dalam kereta BMW X6 milik Amier. Amier sudah pun keluar dari keretanya dua minit lepas tanpa menghiraukan Reen yang berada di dalam keretanya. Ya Allah.... Berkerut dahinya melihat Reen yang masih berada di dalam kereta sedangkan dia sudah pun mengunci kereta itu. Sorry... mohon Amier sambil membuka pintu untuk Reen. Reen terpinga-pinga. Entah apa maksud maaf daripada lelaki itu, dia sendiri kurang pasti. Sorry, for what? Saya dah kunci kereta tadi, terlupa yang awak masih ada kat dalam, balas Amier sambil tersengih. Malu di atas kealpaannya sendiri. Oh.... Ringkas jawapan Reen. Biarlah Amier beranggapan begitu sedangkan sejak tadi dia yang bersalah kerana begitu asyik melayan perasaan hingga tidak sedar mereka sudah sampai di pekarangan banglo mewah milik keluarga Eisya. Silakan, pelawa Amier ramah, memberi laluan untuk Reen berjalan di hadapannya. Kehadiran Reen disambut oleh Eisya dan orang

32

Azieana

tuanya. Tubuh Reen segera dipeluk erat oleh Eisya sebelum Reen menyalami tangan orang tua Eisya. Reen, kau tidur kat sini ya, malam ni? pujuk Eisya sebaik sahaja mereka selesai menikmati makan malam. Errr... sebenarnya... Alah... pasal pakaian kau tu, tak perlu risau. Janji kau sudi tidur kat sini. Eisya cepat-cepat bersuara untuk memujuk. Datuk Tengku Mahmod dan Datin Halijah hanya tersenyum. Mereka sendiri mengalu-alukan kedatangan Reen, malah cukup gembira sekiranya Reen turut bermalam di rumah mereka. Hanya Amier sahaja yang diam membisu, sekadar memerhatikan adiknya yang beria-ia memujuk Reen. Eisya, lain kali ya aku tidur kat sini. Bukan tak sudi tapi, kesian Atikah tinggal sorang malam ni. Jasmeen dan Maryam balik kampung, beritahu Reen. Eisya segera menarik muka masam. Kecewa kerana pelawaannya ditolak. Sudahlah, Eisya... Reen boleh datang tidur kat sini lain kali. Kesian kawan dia tidur sorang malam ni, pujuk Datin Halijah. Eisya, anak perempuan tunggalnya itu cukup manja orangnya. Sentiasa menarik muka masam kalau keinginannya tidak dipenuhi, tetapi dia cepat terpujuk kalau kena dengan caranya. Okey. Tapi janji tau, minggu depan kau tidur kat sini, kata Eisya masih memujuk. Dia mengukir senyuman tatkala Reen mengangguk perlahan. Pantas tubuh Reen dipeluk erat. Amier hanya tersenyum, rasa seronok melihat

33

Actually... I Love You!

kemesraan dua sahabat itu. Dalam diam, dia turut kagum dengan sikap Reen. Lembut, peramah dan sentiasa senyum sepanjang perbualan itu. Malah dalam diam dia turut memuji kecantikan gadis itu. Selama dia mengenali ramai gadis, inilah pertama kalinya dia benar-benar tertarik dengan perwatakan dan sikap seorang gadis. Malah keluarganya turut menyayangi gadis itu. Kalau boleh, calon isterinya nanti akan memenuhi ciri-ciri itu. Ah! Jauhnya aku melalut. Entah kenapa aku banyak memikirkan tentang gadis ini sedangkan dia tak ada kenamengena dalam hidup aku. Amier berbicara dalam hati sambil memandang wajah Reen tanpa gadis itu sedari. Mama, papa... Mier balik dulu. Amier bangun dan menyalami tangan kedua-dua orang tuanya. Mier tak nak tidur kat sini ke? Berkerut dahi Datin Halijah. Sangkanya Amier akan tidur di situ kerana esok hari Sabtu. Mier nak jumpa kawan. Jumpa kawan ke... jumpa girlfriend? usik Eisya. Tahu sangat dengan perangai kasanova abangnya. Mama rasa dah sampai masanya Mier kahwin. Umur pun dah tiga puluh satu tahun. Jangan asyik bertukar girlfriend aje. Rimas mama dengar orang asyik cerita pasal Mier, tau. Amier pura-pura tidak peduli dengan kata-kata mamanya. Dia sekadar tersengih. Sempat dia melirik ke arah Eisya yang tersenyum simpul. Seronok mendengar Datin Halijah meleterinya. Belum masanya, ma. Lagipun Mier belum jumpa perempuan yang sesuai lagi, balas Amier dengan selamba seraya beredar.

34

Azieana

Datin Halijah menggelengkan kepalanya. Tahu sangat dengan jawapan anak sulungnya. Itu sahaja jawapan yang sering diutarakan setiap kali dia dibangkitkan soal kahwin. Jawapan standard. Kalau boleh, rasanya ingin sahaja dirakamkan jawapan itu agar bila soalan itu ditanyakan semula kepada anak bertuah itu, jawapan itu boleh diputarkan kembali kepadanya. Belum masanya lagi ataupun belum jumpa perempuan yang sesuai dengan jiwanya? Pening Datin Halijah mengenangkan sikap anak bujangnya yang seorang itu. Risau betul mama dengan perangai along tu. Perempuan yang macam mana yang dia nak? rungut Datin Halijah. Datuk Tengku Mahmod hanya mendiamkan diri, malas mahu masuk campur urusan jodoh anaknya. Semuanya diserahkan kepada Amier untuk memilih jodohnya sendiri. Asalkan perempuan itu seorang yang baik dan dapat membimbing Amier ke arah kebaikan kerana dia tahu sikap Amier. Bukan dia tidak pernah tegur, malah dia sudah penat menegur. Akhirnya dia mengambil keputusan mendiamkan diri dan berharap agar Amier akan dipertemukan dengan perempuan yang bisa membentuknya ke jalan yang diredai Allah. Dia tahu Amier banyak menyimpang jauh daripada mengingati Allah, tetapi dia sudah tidak berdaya untuk membentuk sikap Amier. Dulu, bukan dia tidak memberi didikan agama, tetapi anaknya semakin melupakan kewajipannya kepada Allah sejak belajar di luar negara. Mungkin kerana pergaulannya ataupun pengaruh persekitaran.

35

Actually... I Love You!

SELEPAS makan malam dan menonton wayang, Amier menghantar Julia pulang. Masing-masing diam seketika di dalam kereta. Mier, I gembira sangat malam ni. Dah lama you tak ajak I keluar. Setiap kali I call, you asyik cakap sibuk je.... Julia menyentuh bahu kiri Amier. Lelaki itu tidak mempedulikan kata-katanya itu dan lebih memberikan tumpuan pada pemanduannya. Tangan Julia mengelus-elus wajah tampan Amier. Wajah yang sentiasa menjadi igauan tidurnya sejak dia mengenali lelaki itu dua bulan yang lalu. Mier.... Julia merengek manja apabila merasakan dirinya tidak dipedulikan walaupun mereka berdekatan. Hmmm.... Mier, I nak tahu status hubungan kita. I benarbenar sayangkan you. I nak hubungan kita ni lebih daripada kawan. I want to be your girl. Mata Julia memberi tumpuan pada wajah Amier walaupun lelaki itu tidak sedikit pun memberi perhatian kepada kata-katanya sebentar tadi. Julia, dari awal lagi I jelaskan pada you... hubungan kita sekadar teman biasa. I tak nak ikatan yang lebih dari tu... bukan hanya pada you sorang, tapi mana-mana perempuan yang mendekati I. I tak nak sebarang komitmen dengan mana-mana perempuan. Begitu jugak you. Sesiapa aje you boleh buat kawan sepanjang kita berkenalan. I tak ada halangan, jelas Amier. Julia mengeluh kecewa. Namun, dia tidak mahu berputus asa untuk terus memenangi hati lelaki pujaannya. Tapi... I want to be your special one. Rengek Julia lagi. Tangan kiri Amier dicapai dan digenggam erat. Amier sekadar membiarkan.

36

Azieana

Dah sampai, you masuklah. I pun dah penat... I nak balik berehat. Amier bersuara. Dia cukup rimas dengan perempuan yang suka merengek-rengek. Baginya, semua perempuan yang didampinginya hanya sekadar teman untuk berbual dan menghiburkan diri. Tidak lebih daripada itu. Julia keluar dari kereta dengan perasaan kecewa. Dia tahu hanya malam ini sahaja dia berpeluang untuk bersama lelaki itu. Belum tentu malam esok dia mempunyai peluang yang sama. Pasti perempuan lain yang mengambil tempatnya.

37

Actually... I Love You!

Bab 7
EJAK kebelakangan ini mamanya sering mengajukan soal jodoh untuknya. Amier makin rimas. Itu menjadi salah satu faktor kenapa dia jarang balik ke banglo orang tuanya. Teringat dia akan bebelan mamanya tempoh hari. Sampai bila Mier nak membujang ni? Perempuan keliling pinggang. Tak elok Mier buat perangai macam tu. Mengecewakan perasaan orang. Mama takut suatu hari nanti Mier yang akan kecewa! Datin Halijah membebel. Risau betul dia dengan sikap Amier yang tidak pernah mempedulikan nasihatnya. Memang tidak dinafikan anaknya itu mempunyai wajah yang cukup tampan, tetapi dia tidak mahu anaknya itu menyalahgunakan ketampanannya untuk mengecewakan perasaan orang lain. Kalau boleh, dia tidak mahu dengar sikap dan perangai anaknya menjadi buah mulut temantemannya. Ma... Mier sekadar berkawan dengan mereka.

38

Azieana

Sekadar keluar makan dan tengok wayang je, tak lebih dari tu. Mier sekadar nak mengenali mereka, Mier berhak buat pilihan. Bagi Mier, kahwin hanya sekali... bukan berkali-kali. Semua perempuan yang Mier kenal hanya mahukan apa yang Mier miliki, bukannya ikhlas terhadap Mier. Mier hanya mahukan perempuan yang simple, menyayangi Mier kerana diri Mier. Bukan kerana apa yang Mier ada ataupun apa yang keluarga Mier miliki, jelas Amier mengenai pendiriannya terhadap perempuan yang didampinginya. Mama tengok, semua perempuan yang Mier kenal tu perangainya tak elok pun. Kadang-kadang berbulu mata mama tengok. Merengek-rengek, manja tak bertempat. Melilit-lilit macam kucing siam. Kenapa perempuan yang macam tu Mier berkawan kalau Mier tak nak mereka jadi teman hidup Mier? Tersenyum Amier mendengar komen mamanya. Mier, kan dah cakap... mereka tu cuma kawan biasa. Itu sebabnya Mier tak nak serius dengan mereka, balas Amier. Habis, sampai bila Mier nak buat perangai macam tu? Tak baik, tau... pujuk Datin Halijah. Sampai Mier jumpa perempuan yang betul-betul mendebarkan perasaan Mier dan Mier rasakan dialah jodoh yang terbaik untuk Mier. Jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. Jawapan Amier membuatkan Datin Halijah menggeleng kepala. Risau betul dengan sikap anaknya yang satu ini. Dia sudah tidak kuasa lagi hendak berdebat fasal isu ini. Tidak akan ada kesudahannya. Sudahnya dia sendiri yang makan hati dengan sikap si anak. Amier menyandarkan badan di kerusi, matanya

39

Actually... I Love You!

dipejam seketika. Di usia tiga puluh satu tahun ini, sepatutnya dia sudah memikirkan soal rumah tangga. Bukannya keseronokan semata-mata. Sudah ramai kawan yang seusia dengannya mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Sesekali dia terasa iri hati dengan kebahagiaan mereka. Bukan dia tidak teringin, tetapi hatinya belum tersentuh dengan mana-mana perempuan setakat ini. Ketukan di pintu membuatkan Amier kembali ke alam realiti. Begitu jauh dia mengelamun. Masuk, panggilnya. Pintu dikuak perlahan. Tumpuan Amier terarah kepada gadis yang baru melangkah masuk. Amier terpegun seketika. Gadis itu nampak cukup manis dan menarik dengan mengenakan sepasang baju kurung berwarna ungu dan tudung yang dipakai menyerlahkan lagi penampilan gadis itu. Amat sesuai dengan kulitnya yang putih bersih. Ada apa, Reen? Amier memulakan bicara. Dia memberi tumpuan kepada gadis itu. Reen menghampiri meja Amier, ada keluhan kecil kedengaran. Tanpa berlengah, Amier mempersilakan gadis itu duduk. Wajah Reen yang kegelisahan itu dirasakan terlalu comel untuk ditatap. Amier membuat andaian. Encik Amier.... Reen gugup untuk memulakan bicara. Kenapa ni? Amier bersuara. Kasihan pula melihat wajah comel yang dalam kegelisahan itu. Sorry, kalau saya ni mengganggu. Errr... Encik Amier sibuk ke? Tak ada ganggunya. Awak ada masalah ke? Mata Amier terus terpaku menatap wajah di hadapannya.

40

Azieana

Renungan Amier itu membuatkan Reen semakin gelisah. Dia menelan liur. Sebenarnya saya nak minta cuti. Akhirnya terluah juga apa yang telah dipractice sebentar tadi. Minta cuti? Kenapa? Terpegun Amier mendengar permintaan itu. Rasanya gadis itu baru sahaja bekerja di Dynamic Holdings. Tidak sampai pun dua bulan bekerja sudah memohon cuti? Errr... ada hal keluarga. Saya minta maaf, Encik Amier. Saya tahu tak sepatutnya saya memohon cuti dalam masa terdekat ini kerana saya baru saja bekerja, tapi ini melibatkan keluarga saya, jelas Reen. Lama Amier merenung wajah Reen, cuba mencari kebenaran. Gadis itu tertunduk, wajahnya muram. Hmmm.... Berapa hari awak nak cuti? soal Amier. Reen mendongak, wajahnya kembali membuatkan Amier juga mengukir senyum. ceria

Sehari aje, hari Selasa saya masuk kerja semula. Begitu semangat Reen bersuara. Okey. Saya akan luluskan cuti awak untuk hari Isnin. Tapi pastikan hari Selasa awak masuk kerja. Jangan nak pandai-pandai tambah pulak. Reen mengangguk walaupun Amier sekadar mengusiknya. Borang cuti yang berada di tangan Reen sudah diteliti oleh Amier sambil mengangguk perlahan. Kalau macam tu, saya keluar dulu. Terima kasih ya, Encik Amier.... Ucap Reen sambil menghadiahkan sebuah senyuman. Terpaku Amier melihat senyuman manis itu.

41

Actually... I Love You!

Walaupun Reen telah lama beredar, tetapi senyuman tetap terukir di bibir Amier. Entah kenapa dia suka melihat senyuman itu. Seolah-olah memberi satu ilham dan semangat untuknya meneruskan kerja hari ini.

42

Azieana

Bab 8
MIER memberhentikan keretanya di pekarangan banglo milik orang tuanya. Petang itu dia hanya berpakaian simple, berseluar jean dan T-shirt berkolar warna merah. Mier.... Datin Halijah yang sedang menuruni tangga terus memanggil Amier. Mama.... Amier segera mencium tangan mamanya sebelum dia melabuhkan punggung di sofa. Datin Halijah turut duduk di sebelah Amier. Papa mana? tanya Amier. Pada waktu begini selalunya, papanya sentiasa ada di ruang tamu membaca surat khabar. Papa ada kat bilik bacaan, kejap lagi turunlah tu. Mier dari mana ni? Datin Halijah melihat penampilan anaknya. Jumpa kawan. Kawan? Datin Halijah merenung Amier.

43

Actually... I Love You!

Yup. Anuar. Ini... mama mesti fikir Mier pergi berpelesiran, ya? Kami dah janji nak pergi gym la, mama. Amier ketawa. Yalah... kalau hari minggu mana nak lekat duk kat rumah, asyik merayap aje. Bebelan mamanya hanya disambut dengan senyuman oleh Amier. Dia sudah lali dengan ayat tersebut. Mana Eisya? Tak nampak batang hidung pun. Takkanlah petang-petang begini asyik membuta.... Amier sengaja mengalih tajuk perbualan. Dia tidak mahu isu tentang dirinya terus menjadi tajuk utama perbualan mereka. Eisya keluar dengan Izwan tadi. Mier... mama nak mintak tolong sikit. Minta tolong apa, ma? tanya Amier, memandang wajah mamanya yang kelihatan tidak menampakkan macam ada sebarang masalah. Mier masih ingat tak dengan Lisa? Amier merenung wajah mamanya kehairanan. Apa kena-mengena gadis itu dengan dia? Wajah Datin Halijah nampak ceria apabila menyebut nama gadis itu. Hmmm... ini tak lain tak bukan, pasti nak cari jodoh untuk aku, desis Amier dalam hati. Lisa? Lisa mana pulak ni, ma? Amier tiada mood untuk berbicara kalau mamanya hanya memikirkan soal jodoh untuknya. Lisa, anak sepupu mama. Dulu, masa kecik-kecik selalu dia datang ke mari. Tapi dah lama dia berhijrah bersama ibunya ke London. Jarang balik sini. Sekarang ni Lisa dah jadi seorang model yang berjaya....

44

Azieana

So, apa kena-mengena dengan pertolongan mama tadi? Sekarang ni dia dah ada kat KL, baru sampai semalam. Jadi, mama nak Mier jemput dia datang rumah. Dah lama mama tak jumpa dia, jelas Datin Halijah. Amier mengangguk perlahan. Tahulah dia apa maksud mamanya tadi. Dia cuba membayangkan wajah seorang budak masa kecil dulu, tetapi dia tidak dapat membayangkan bagaimana muka gadis yang bernama Lisa itu. Assalamualaikum. muncul memberi salam. papanya. Asyik berborak nampak? Mier, dah solat asar ke? Dah lewat ni... tegur Datuk Tengku Mahmod memulakan bicara. Amier terpinga-pinga. Mier uzur hari ni, pa. Esok ajelah Mier solat, balas Amier membuatkan orang tuanya terkedu. Astaghfirullahalazim... budak ni! Geram betul Datuk Tengku Mahmod dengan perangai anak bujangnya yang seorang ini. Memang tak makan saman. Datin Halijah yang berada di sisinya juga mengeluh panjang. Papa tak tahu pulak orang lelaki yang sihat tubuh badan macam Mier ni... tiba-tiba boleh uzur. Sindiran Datuk Tengku Mahmod membuatkan Amier tersengih. Mier, ajal dan maut di tangan Allah. Jangan ingat kita ni masih muda... ada banyak masa untuk bertaubat. Mati Datuk Tengku Mahmod

Amier segera bangun dan menyalami tangan

45

Actually... I Love You!

ni bukan kita yang tentukan masanya, nasihat Datuk Tengku Mahmod. Mier tahu, pa... jawab Amier sambil menggarugaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau dah tahu, kenapa tak tunaikan? Jangan lupa, tanggungjawab kita yang paling penting adalah tanggungjawab kita kepada Allah, kata Datuk Tengku Mahmod lagi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Okeylah. Mier naik atas dulu. Akhirnya Amier bangun, tidak kuasa mendengar syarahan papanya. Kalau nak tunggu, boleh sampai masuk waktu maghrib. Bertuahlah kalau dia tu naik untuk solat. Entah apa yang dia nak buat kat dalam bilik tu. Risau betul abang dengan anak bujang sorang tu. Dah berbuih mulut abang cuba nasihatkan dia tentang tanggungjawab pada Allah, tapi dia buat dek aje. Datuk Tengku Mahmod melahirkan rasa terkilannya sebaik sahaja Amier berlalu menuju ke biliknya. Kita berdoa aje semoga dia cepat berubah. Pujuk Datin Halijah. Jah, abang sayang semua anak abang. Tapi, kenapa Amier tu susah sekali untuk dibentuk? Abang cukup risau dia tetap takkan berubah walaupun kita dah tak ada. Datuk Tengku Mahmod melahirkan rasa risaunya. Abang, Jah yakin... sampai saatnya dia akan berubah. Nanti pasti ada sesuatu yang akan membuatkan dirinya berubah tanpa dipaksa. Semuanya kuasa Allah, kita hanya mampu berdoa. Datin Halijah memegang erat tangan suaminya. Menyalurkan kekuatan. Datuk Tengku Mahmod memandang isterinya. Akhirnya dia mengukir senyum. wajah

46

Azieana

Bab 9
ELBAGAI andaian yang sedang bermain dalam fikiran Amier. Dia tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa anak sepupu mamanya. Sampai di muka pintu apartmen yang diberitahu oleh mamanya, dia menarik nafas panjang. Tangannya terus menekan loceng beberapa kali. Beberapa minit kemudian, pintu dibuka. Seorang gadis sedang berdiri di hadapannya. Sama-sama kaget dan terpaku. Amier menelan liur. Gadis di hadapannya membuatkan dia benar-benar gelabah. Apa tidaknya, penampilan gadis itu cukup membuatkan hati lelakinya bergelora. Berambut keperangan melepasi bahu dan tubuhnya lebih banyak terdedah daripada yang ditutup. Dengan hanya memakai top dan seluar jean lusuh separas paha. Errr... you must be Amier. Anak Auntie Halijah? Gadis di hadapannya terlebih dahulu bersuara. Bibirnya mengukir senyum. Yes, and youre Lisa, right?

47

Actually... I Love You!

Yup. Come in. Lisa mempelawa Amier masuk. Auntie ada bagi tahu yang you akan jemput I. I tak sangka pulak you ni handsome. Pertama kali jumpa, I dah jatuh suka. Lisa tidak teragak-agak langsung memuji. Teruja menatap wajah Amier. Agak lama dia menatap wajah lelaki di hadapannya itu sambil mengukir senyuman. Rasanya tidak sia-sia dia bertemu lelaki itu. You nak minum apa? No, thanks, balas Amier ringkas. Dia sengaja melirik ke arah jam tangan, memberi isyarat agar Lisa segera bersiap. Rasa tidak selesa kalau duduk berlama di situ. Risau kalau apa yang tidak diingini berlaku. Okey, you duduk sekejap... I tukar pakaian. Lisa yang memahami maksud Amier segera berlalu ke bilik. Beberapa minit kemudian, Lisa keluar semula dengan memakai gaun pendek berwarna biru. Tampak menyerlah penampilannya walaupun agak seksi. Lisa mengukir senyum. Bangga kerana penampilannya berjaya menarik perhatian Amier. Amier segera bangun. Shall we? Amier bersuara dan mendahului Lisa berjalan ke arah pintu. Mereka beriringan menuju ke lif dan terus ke tempat parkir kereta. Tanpa berlengah, Amier terus memecut laju keretanya meninggalkan pekarangan apartmen itu. Maaf ya, sebab menyusahkan you datang menjemput I. Sebenarnya, agak lama I tak balik KL. Rindu jugak dengan suasana di sini. Saudara-mara I pun ramai yang tinggal kat Malaysia. Actually, I tak sangka ada saudara yang kacak macam you ni. Kalau tahu, I akan selalu balik sini. Lisa bersuara setelah melihat Amier hanya mendiamkan diri dari tadi. Dia kemudiannya sengaja merapatkan diri pada

48

Azieana

Amier yang sedang memberi tumpuan pada pemanduan. Tangannya diletakkan pada bahu kiri Amier. Lisa, you hanya baru tengok I. Kat luar sana masih ramai lagi lelaki yang lebih kacak dan bergaya daripada I, balas Amier, tidak ingin menonjolkan diri terutama kepada perempuan yang baru dikenali. Oh... really? ujar Lisa. Lagaknya seperti terlalu teruja. Kemudian dia tergelak riang. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah orang tua Amier, Lisa banyak bercerita tentang aktivitinya sebagai model. Mulutnya begitu becok mempromosikan dirinya. Amier tersenyum sendiri. Dia cukup tidak suka dengan perempuan yang berlagak dan suka menonjolkan diri serta menganggap dialah yang terbaik. Dia rimas. Ramai perempuan yang dikenalinya bersikap sedemikian. Akhirnya mereka sampai di pekarangan banglo mewah Datuk Tengku Mahmod. Silakan... pelawa Amier. Dia sengaja berjalan mendahului Lisa. Dia tidak mahu Lisa memegang tangannya seperti yang dilakukan oleh gadis itu semasa di dalam lif tadi. Dia takut orang tuanya salah anggap. Kedatangan Lisa disambut mesra oleh Datin Halijah. Lisa dan Datin Halijah berpelukan. Mereka berdua kemudiannya rancak berbicara. Datin Halijah memang mesra dengan sesiapa sahaja. Itulah keistimewaan Datin Halijah selain daripada penampilannya yang sentiasa bergaya membuatkan dia disenangi oleh saudara-mara dan teman-teman. Setelah lewat petang, barulah Amier menghantar Lisa pulang semula ke apartmennya.

49

Actually... I Love You!

Sorry, I hanya boleh hantar you sampai sini, kata Amier apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia memandang sekilas skrin telefonnya sebelum mematikan panggilan tanpa mahu dijawab. Lisa yang masih belum keluar dari kereta mengeluh kecewa. Never mind. Thanks for your lift, ujar Lisa. Malam besok I ada show kat hotel. I harap you sudi datang. I reservedkan kad jemputan ni untuk you. Lisa mengeluarkan sampul putih daripada beg tangannya, segera diserahkan kepada Amier. I tak boleh janji, tapi I akan cuba datang, kata Amier sekadar untuk tidak mengecewakan hati Lisa sedangkan dia cukup tidak berminat dengan majlis seperti itu. Telefon Amier berbunyi lagi. Kalau tadi dia terus matikan, kali ini dia segera menekan punat berwarna hijau. Yes, Rya... sorry, I ada hal tadi. Right now Im busy okay. Ill call you back, okay... I promise. Okay. Bye. Amier mematikan talian. Dia menyimpan kembali telefon di dalam poket bajunya. Lisa merenung penuh minat. Hatinya tertanyatanya siapakah perempuan yang bernama Rya tadi. Girlfriend? Lisa memandang wajah Amier. Ada terselit rasa cemburu apabila mendengar Amier menyebut nama perempuan lain di hadapannya walaupun ini kali pertama dia bertemu dengan lelaki itu. Sementelah lelaki itu bukan sesiapa untuknya melainkan saudara yang sudah lama tidak bertemu. Nope. Hanya kawan.

50

Azieana

Entah kenapa hati Lisa lega mendengar jawapan itu. Bibirnya mengukir senyum. Okey, I keluar dulu dan jangan lupa datang tau. Amier hanya mengangguk perlahan. Amier.... Lisa merenung wajah Amier. I harap you boleh temankan I keluar lain kali... boleh, kan? Banyak tempat yang I teringin nak pergi dan lawati. Lagipun I ada masa sebulan kat sini. Of course... kalau I tak sempat pun masih ramai lagi saudara-mara kita yang boleh bantu you kat sini. Nanti I boleh bagi tahu mereka. Thanks again. Bye. Ucap Lisa. Sebaik sahaja Lisa keluar dari keretanya, Amier terus memecut keluar dari kawasan apartmen itu. Ada beberapa agenda yang sedang berada dalam fikirannya saat ini.

PUAN SALOMA yang baru pulang menghantar nasi lemak di warung Pak Akob melepas penat di tangga. Peluh membasahi wajah, dikibas dengan kertas surat khabar lama yang digunakan untuk menutup bungkusan nasi lemak yang diisi di dalam raga merah empat segi. Dia berpaling ke belakang melihat pintu yang terbuka luas. Dilihatnya Reen sedang menyapu ruang tamu yang sedikit berdebu. Dia tersenyum, gembira dengan kepulangan anak sulungnya itu. Biasanya waktu begini hanya dia yang menjadi penghuni tunggal rumah kayu itu. Anak bongsunya, Nasuha ke sekolah dan anak tengahnya Nazifah kini melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia di Johor. Nisreen,

51

Actually... I Love You!

anak sulungnya ini banyak membantu dia menguruskan soal perbelanjaan rumah sejak kematian suaminya lima tahun lalu. Ibu... ibu nak air? Reen muncul di muka pintu. Dia baru sedar kepulangan ibunya kerana asyik membersihkan ruang tamu. Panggilannya itu menyedarkan Puan Saloma daripada lamunan. Ibu nak air? soalnya lagi. Kali ini Reen duduk di tangga sebelah ibunya. Kejap lagi. Reen dah makan? Puan Saloma memandang wajah Reen. Belum. Reen tunggu ibu, balas Reen lalu mencapai tangan ibunya. Kenapa tak makan? Kalau perut tu kosong, masuk angin... kan susah, suara Puan Saloma agak terkejut. Reen tunggu ibu. Dah lama Reen tak makan sama dengan ibu. Sesekali balik kampung dapatlah buat pengubat rindu. Reen memeluk bahu ibunya, mesra. Puan Saloma tersenyum bangga. Kalau macam tu... jom, temankan ibu sarapan. Puan Saloma bangun, diikuti oleh Reen. Mereka berdua masuk ke dalam rumah menuju ke dapur. Macam mana dengan kerja Reen sekarang? soal Puan Saloma selepas menghabiskan suapan pertamanya. Baik, alhamdulillah. Semuanya berkat daripada Allah dan pertolongan daripada keluarga Eisya, balas Reen. Hmmm... baguslah. Sekurang-kurangnya ibu rasa lega sebab Reen dah dapat kerja yang boleh menjamin masa depan Reen. Sebelum ni, ibu risau sebab Reen buat dua tiga kerja dalam masa yang sama. Ibu nak Reen fikirkan kesihatan Reen juga.

52

Azieana

Reen tahu.... Ibu janganlah risau. Ibu pun janganlah terlalu membebankan diri ibu. Ibu pun perlukan rehat yang cukup. Sekarang ni Reen dah ada pekerjaan dan pendapatan yang baik, Reen akan bantu ibu dan adik-adik. Kata Reen dengan penuh bersemangat. Ibu tahu. Selama ini pun Reen dah bantu ibu dan adik-adik sejak arwah ayah tak ada... cuma ibu risaukan Iffah. Dia tu boros sangat berbelanja. Tak pandai nak berjimat cermat. Puan Saloma mengeluh perlahan apabila mengenangkan anak keduanya itu. Reen diam. Dia akui akan hal itu. Kadang-kadang dia rasa marah dengan sikap Nazifah yang tidak memikirkan soal keluarga mereka. Antara mereka tiga beradik, Nazifah yang paling boros sekali, mungkin sebab dia terlalu dimanjakan oleh arwah ayah dulu.

53

Actually... I Love You!

Bab 10
Teguran Badri di muka pintu mematikan lamunan Reen. Terkulat-kulat dia cuba mengawal perasaan malu dan gelabah apabila ditangkap dalam keadaan demikian. Memang I sedang fikirkan pasal you tadi, balas Reen, cuba mengambil perhatian lelaki itu walaupun bukan itu yang membuatkan dia termenung tadi. Really? Lelaki itu bersuara. Agak teruja mendengar jawapan gadis manis di hadapannya. Segera langkah diatur menuju ke meja Reen. Tanpa dipelawa, dia melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Reen. Menghadap wajah Reen sambil tersenyum. Reen turut tersenyum, rasa lucu dengan gelagat Badri. Lelaki itu memang begitu, suka bertandang ke biliknya semata-mata untuk mengusik kalau dia tidak sibuk dengan kerjanya. Namun, Reen tidak kisah dengan perangai Badri. Lelaki itu senang menghulurkan sebarang sumbangan dan

AI, jauh termenung nampak? Teringatkan I ke?

54

Azieana

tidak pernah berkira dengan sesiapa jua. Sikapnya itu amat disenangi oleh semua staf di syarikat itu. Betul, you sedang fikirkan pasal I tadi? Badri bertanya lagi. Hatinya berbunga riang. Sejak pertama kali menatap wajah Reen, hatinya sudah terpaut. Apatah lagi bila sudah mengenali gadis itu. Selain cantik, Reen juga seorang gadis yang bersopan santun, baik dari segi pergaulan mahupun percakapan. Sesuai benar dengan keinginan ibunya yang mahukan dia memilih calon isteri yang sebegini. Macam ni, Bad... Encik Razif mintak you gantikan I untuk pergi ke Punchak Jaya petang nanti, beritahu Reen sambil memandang wajah Badri. Kenapa I yang kena ganti you pulak? Bukan ke selama ni you yang submit kertas kerja untuk projek kat Punchak Jaya tu? Badri agak tercengang. Reen mengeluh perlahan. Ini arahan daripada Encik Razif. I kena tolong Rita uruskan hal dengan Sutera Inn. Alah... Bad, you jangan risaulah. I dah sediakan semua bahan untuk rujukan you. Cuma, you perlu study sekejap aje. I yakin you boleh uruskan. Selama nikan I memang respect kat you... pujuk Reen. Akhirnya Badri akur. Terselit rasa bangga kerana dirinya sedang dipuji. Bukan sebarang orang yang memujinya, tetapi Nisreen. Gadis idamannya. Sebenarnya, dia sedikit pun tak kisah untuk menggantikan posisi itu, apalagi yang memintanya ialah Reen. Hati Badri mula berbunga riang. Okey. You punya pasal, I terima. Badri mengukir senyum sambil mengenyit mata. Reen turut tersenyum lega kerana Badri sudi menerima dan dia memang yakin lelaki itu pasti tidak akan menolak.

55

Actually... I Love You!

Terima kasih, ya Bad. Nanti I belanja you makan kat warung mamak hujung jalan sana, boleh? ujar Reen. No problem. Bukan senang nak ajak you keluar makan, macam mimpi pulak bila you yang ajak I keluar makan. Badri ketawa riang. You dah banyak tolong I selama ni... tapi maaf ya, hanya kat warung mamak hujung jalan tu aje I mampu belanja you, kata Reen. No hal. Yang penting makanannya sedap dan tempat tu bersih. Balas Badri. Telefon Badri tiba-tiba berbunyi. Dia mencapainya daripada poket baju. Melihat seketika nama yang tertera di skrin. Excuse me... I keluar dulu. Bad... nanti I suruh Nani hantarkan fail tu kat meja you. Badri mengangguk dan terus beredar.

SELEPAS membayar di kaunter, Reen terus melangkah keluar dari kedai Seven Eleven. Melilau matanya mencari kelibat kereta Myvi milik Atikah. Sebentar tadi Atikah berjanji untuk menunggunya di hadapan kedai itu. Reen mengeluarkan telefonnya. Setelah beberapa saat menunggu, panggilannya berjawab. Helo... Tikah. Aku kat depan Seven Eleven ni, hah... aku dah siap beli. Kau lambat lagi ke? Okey, aku tunggu kat sini. Kalau boleh cepat sikit tau. Dah berintik nak hujan ni. Okey... bye. Reen mendongak ke langit. Gelap. Dia menyandarkan badan ke tiang batu berhampiran. Tangannya

56

Azieana

dihulur menadah rintik-rintik hujan. Sesekali matanya meliar, melihat keadaan sekitar. Takut pula rasanya berdiri keseorangan di situ. Tiba-tiba tumpuannya terarah ke sebuah kereta. Berkerut dahinya memandang ke arah kereta mewah yang diparkir tidak jauh dari tempat dia berdiri. Masih boleh nampak siapa penghuni kereta di dalamnya. Encik Amier... sebutnya perlahan. Dia dapat melihat dengan agak jelas Amier bersama seorang gadis. Bukan main manja lagi lagak gadis di sisi Amier itu. Tidak lama kemudian mereka keluar dari kereta itu. Berjalan beriringan dan dengan selamba gadis itu memeluk lengan Amier erat sambil merapatkan tubuhnya. Kelihatan Amier sekadar membiarkan, malah nampak seronok diperlakukan demikian. Langkah mereka berdua semakin hampir ke arahnya. Kemudian, Amier kelihatan sedikit terkejut melihat dia sedang berdiri keseorangan di situ. Reen, awak buat apa sorang-sorang kat sini? tegur Amier. Risau dia melihat Reen berdiri keseorangan pada waktu malam begini. Dia juga risau apabila memikirkan tanggapan Reen terhadapnya kalau melihat aksi dia bersama gadis di sebelahnya tadi. Saya tunggu kawan, balas Reen, ringkas. Kalau boleh dia mahu lelaki itu segera beredar. Kawan? Lambat ke lagi kawan awak tu nak datang? Amier turut melilau melihat sekitar tempat itu. Katanya kejap lagi sampai, ujar Reen. Jomlah, sayang... rengek gadis di sebelah Amier. Sejak tadi gadis itu asyik menjeling ke arah Reen. Sikit masa lagi pasti jadi juling. Cemburu barangkali melihat Amier bercakap dengannya.

57

Actually... I Love You!

Suri... you masuk dulu, kejap lagi I datang, kata Amier, memandang gadis yang masih melekat di sisinya. Tapi.... Suri melahirkan rasa terkilan. Kelat wajahnya mendengar arahan Amier yang kedengaran agak tegas. Apesal ni? Tadi bukan main mesra lagi you layan I, tiba-tiba berubah pulak bila jumpa perempuan lain! tempelak Suri dengan rasa geram. Please... I nak temankan kawan I ni sekejap. Nanti I masuk, suara Amier tetap kedengaran tegas membuatkan Reen dan Suri sama-sama terkedu. Tak apalah, Encik Amier. Kesian pulak kawan Encik Amier tu. Reen melahirkan rasa tidak selesa apabila Amier menawarkan diri menemaninya di situ dan membiarkan gadis itu merajuk. Dilihatnya panjang muncung Suri melahirkan rasa tidak puas hati. Wajahnya bertambah kelat. Tak apa... Suri, tadi you kata nak beli barang kat Seven Eleven. Kenapa tak masuk lagi? Amier merenung tajam ke wajah Suri, tidak menghiraukan wajah Suri yang sudah berubah kelat. Suri mendengus kasar dan terus masuk ke dalam Seven Eleven. Reen sempat memandang wajah Amier, lelaki itu hanya buat muka selamba membuatkan Reen tersenyum sendirian. Hah... itu pun kawan saya. Kereta Myvi putih milik Atikah sudah pun muncul di hadapan mereka. Amier turut mengeluh lega. Terima kasih, Encik Amier. Saya pergi dulu. Emmm... hati-hati, ya?

58

Azieana

Sebaik sahaja Reen melangkah masuk ke dalam kereta, Amier masuk ke dalam Seven Eleven. Hai... kau berdating kat sini ke dengan abang Si Eisya tu? Atikah bersuara. Agak terkejut apabila dia sampai, Reen sedang berdiri bersama Amier di situ. Eh, tak adalah. Terserempak tadi. Dia tunggu girlfriend dia kat dalam tu. Atikah mengangkat bahu. Tanpa berlengah, dia menjatuhkan brek tangan dan memasukkan gear. Hai... tersenyum sorang ni, apa hal? tegur Atikah, menjeling sekilas ke arah Reen. Nak senyum pun tak boleh? Kalau aku nangis nanti, kang satu kerja pulak kau nak pujuk, bidas Reen, menempelak usikan Atikah. Yalah... tadi tu macam senyum orang nak menggatal aje, balas Atikah sambil mencebik. Pantas tangan kanan Reen singgah di lengan Atikah. Mengaduh gadis itu menahan kesakitan. Sorry! pinta Reen sambil menggosok-gosok lengan Atikah. Rasa bersalah pula. Alah, aku usik aje. Hairan tengok kau tiba-tiba tersenyum. Teringatkan abang Eisya, ya? Hesy... mana ada! Saja kau nak kenakan aku ya, dalih Reen walaupun apa yang diujarkan oleh Atikah adalah benar. Terdetik rasa hairan di hatinya kerana Amier begitu prihatin, sanggup menunggu bersamanya sedangkan kekasihnya dibiarkan keseorangan. Kau ada beli barang yang aku kirim tak? tanya Atikah sambil memandang seketika plastik yang berada di atas ribaan Reen.

59

Actually... I Love You!

Ada.... Nanti kita singgah kat kedai makan. Rasa laparlah pulak, kata Reen. Lapar? Aku pun lapar jugak. Ingatkan malam ni nak diet... tapi tak boleh tahan. Rasa macam terbau-bau aje nasi goreng USA kat hidung aku ni, kata Atikah sambil tergelak kecil. Kawan punya pasal... malam ni aku belanja kau makan. Macam mana dengan Maryam dan Jasmeen? Tibatiba Reen teringatkan dua lagi rakan rumah sewanya. Mereka berdua tu bukannya budak kecik, tahulah mereka cari makan sendiri. Atikah bersuara. Hmmm... betul jugak. Dah nak jadi mak orang pun, kan? sambung Reen sambil tergelak, diikuti oleh Atikah. Samalah dengan kau.... Kata Atikah. Kau pun! Reen tak mahu kalah. Kau tak rasa ke yang abang Si Eisya tu syok kat kau? Atikah mula mengubah topik perbualan. No comment.... Aku tak nak fikirkan pasal dia. Dia tu buaya, perempuan keliling pinggang. Tak mahu aku jadi salah sorang girlfriend dia. Aku nak kau hati-hati. Nanti kau terjerat dengan buaya tu... naya kau. Atikah tergelak. Reen menarik muka masam. Serta-merta wajah Amier terbayang di matanya dan segera wajah itu diusir. Kalau boleh dia tidak mahu ada kaitan dengan lelaki itu. Cukuplah sekadar mengenalinya sebagai seorang bos. Tidak lebih daripada itu. Titik.

60

No. ISBN:- 978-967-0448-46-6 Jumlah muka surat:- 708 Harga Runcit:- S/M: RM23, S/S: RM26 Harga Ahli:- S/M: RM19, S/S: RM22 Sinopsis:Tengku Amier mula tertarik dengan Nisreen sejak pertemuan pertama di rumah orang tuanya. Nisreen kemudiannya bekerja di Dynamic Holdings yang mana Tengku Amier adalah CEO syarikat itu. Terdesak untuk mendapatkan semula tanah yang telah digadai oleh ayahnya, Nisreen terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Tengku Amier. Untuk itu dia telah membuat perjanjian bahawa perkahwinan mereka tidak akan diketahui sesiapa kecuali keluarga mereka sahaja. benar Kehadiran Haris, seorang duda anak satu benarmembuatkan Nisreen buntu untuk membuat

keputusan. Apatah lagi bila lelaki itu melamarnya sebagai isteri. Perlukah dia berterus terang tentang siapa dirinya yang sebenar? Sebenarnya siapakah yang Nisreen cintai? Sebenarnya... cinta itu satu pengorbanan. Kerana aku cintakan dia, aku sanggup lakukan apa saja untuknya. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan ACTUALLY... I LOVE YOU! di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:PENERBITAN KAKI NOVEL SDN BHD) ke alamat berikut:Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd No. 31-1, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 5337/6337 Faks:- 03-4149 7337