Anda di halaman 1dari 24

[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT

Mac 2009 (SYP 5113]

UJIAN KECERDASAN.
1. PENDAHULUAN

Darjah kecerdasan atau dalam bahasa Inggerisnya “Intelligence Quotient” ( IQ )

telah di temui pada 1905 oleh Alfred Binet. Eksplorasi yang telah dilakukan oleh

Binet ini telah menemukan bahawa manusia mempunyai satu tahap kecerdasan

yang mampu membawa manusia ke suatu tahap yang membezakan antara

manusia dengan haiwan. Manusia mampu untuk menghafal, mengingat, mengira

dan semua perkara yang hebat. Kemudian, kajian IQ ini berkembang malah

menjadi satu evolusi yang amat drastik sehinggakan telah lahir satu ujian iaitu

dinamakan IQ test tadi.

IQ Test telah membawa masyarakat di barat kepada satu tahap pemikiran yang

tinggi dan mampu meletakkan seseorang atau individu itu berkembang dari

sudut ilmu pengetahuan. Ini disebabkan perkembangan atau revolusi kehidupan

Eropah telah berubah-ubah dari satu bentuk revolusi kepada satu revolusi yang

lain.

1.1 Definisi Kecerdasan

Toffler, di dalam bukunya The Third Wave ada mengelaskan beberapa

perubahan di dalam dunia Barat menerusi kehidupan mereka. Mereka hidup dari

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 1


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

zaman pertanian, berubah kepada zaman atau revolusi industri kemudian beralih

kepada revolusi IT dan sehingga hari ini.

Perubahan kehidupan mereka amat memerlukan kepada revolusi ilmu dalam

cara mereka berfikir, bertindak, ilmu pengetahuan dan apa sahaja yang berkaitan

dengan kehidupan menurut perubahan tersebut. Kesannya, peningkatan IQ

menjadi teras kepada kehidupan mereka, malah mereka amat amat menitik

beratkan kehebatan IQ dalam melakukan perubahan.

Menurut kamus dewan ,1991:264 (dalam Sidek Mohd Noah,1998) bermaksud

kesempurnaan untuk berfikir, mengerti dan lain-lain seperti ; kepandaian,

kepintaran dan kecerdikan. Atan Long 1978 (dlm Sidek Mohd Noah, 1998)

menyatakan Kecerdasan dapat ditafsirkan sebagai kebolehan untuk melakukan

pemikiran secara mujarad , kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan cara

tindakan terhadap sesuatu situasi yang bermasaalah, Kecerdasan yang umum

termasuk kebolehan untuk melakukan fikiran secara abtrak dan selalunya

tingkah laku menjadi pertunjuk darjah kecerdasan seseorang.

Kecerdasan juga dirujuk kepada kebolehan kognitif seseorang individu yang

dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 2


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

dalam kehidupan sehari-hari . Istilah “ kecerdasan “ mula diperkenalkan oleh Sir

Francis Galton. Galton meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah

bersifat penurunan. Walaupun beliau gagal membina sebuah ujian kecerdasan

tetapi beliaulah yang memperkenalkan konsep “ kecerdasan”.

Menurut (David Wechler ,1975, dlm Sidek Mohd Noah 1998) ; Kecerdasan

adalah kebolehan seseorang individu memahami alam persekitarannya , dirinya

dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong dia menghadapi

cabaran hidup, kebolehan tersebut adalah bersifat sejagat ataupun universal.

1.2 Definisi Kecerdasan berdasarkan Teori:

Binet (1905), memberikan erti kecerdasan sebagai kesanggupan yang

membolehkan seseorang itu menyesuaikan diri dan kebolehan dalam

memberikan pertimbangan yang kritikal terhadap diri sendiri.

Galton (1869), Cartell (1890) dan Hall (1844-1924)- Bersetuju bahawa

kecerdasan adalah diwarisi. Perkembangan darjah kecerdasan (IQ) menusia

pada dasarnya ditentukan dan tidak boleh berubah. Orang yang bijak

datangnya dari keluarga dan keturunan yang bijak juga.

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 3


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

Persoalannya ialah apa itu “kecerdasan”? Adakah kecerdasan merujuk kepada

keupayaan untuk belajar? Kebolehan untuk menyesuaikan diri kepada

situasi- situasi yang baru? Kemahiran penaakulan atau mengeluarkan idea-

idea abstrak atau kemampuan menyelesaikan masalah?. Kesemua takrif-takrif ini

telah di bicarakan tetapi masih tiada lagi yang di tetapkan hingga kini samada

bagi ahli psikologi professional atau untuk kebanyakkan orang awam ( lay

Person) .

Secara umumnya kecerdasan kerap dirujuk kepada keupayaan dalam

menyelesaikan masalah secara praktikal, kebolehan lisan kecekapan dalam

bersosial dan penyesuaian diri yang berkesan kepada sesuatu persekitaran

dan situasi-situasi baru serta perubahan yang berlaku didalamnya.

Dua perkara utama kecerdasan dalam pengukuran pendidikan khas adalah:

i) Verbal Intelligence: Keupayaan untuk memahami dan menyelesaikan

masalah asas dalam bahasa.

ii) Nonverbal Intelligence : keupayaan untuk memahami dan menyelesaikan

masalah visual dan menggambarkan masalah (spatial problems)

2. Ujian kecerdasan

2.1 Ujian Kecerdasan Standart Binet.

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 4


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

Alfred Binet merupakan pengasas Ujian Kecerdasan.pada tahun 1908

‘Mencipta Mental Age’. Beliau mendapat gelaran ‘father of intelligence

testing’. Bersahabat dengan Theodore Simon untuk membina alat ujian untuk

mengenal pasti kanak-kanak yang lambat dalam pembelajaran.

Item soalan yang dibina merangkumi aspek:-bahasa, kemahiran

menyimpan maklumat, mengesan fakta yang diingat, kebolehan untuk

memahami arahan.

( SUMBER : Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) Psikologi

Pendidikan. Malaysia : McGraw Hill)

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 5


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 6


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

2.2 Ujian Kecerdasan Wechsler

Pengenalan kepada ujian kecerdasan

Wechsler mendefinisikan kecerdasan sebagai agregat atau kapisiti global ke

atas tingkah laku individu untuk berfikir secara rasional dan menangani

persekitaran dengan efektif (Gregory,2007).

Global kerana ia mengkategorikan tingkahlaku individu sebagai

keseluruhannya. Agriget pula kerana ia mengubah elemen atau kemampuan

yang berbeza kretiria.

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 7


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

Ringkasnya, kecerdasan menurut Wechsler merujuk kepada kebolehan

kognitif seseorang individu yang dipelajari daripada pengalaman untuk

membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari.

Menurut Wechsler , kecerdasan merupakan faktor umum (g factor) yang

memberikan asas kepada kebolehan-kebolehan spesifik yang lain. Dengan

kata lain, sekiranya seseorang secara umumnya adalah cerdas, ia juga

berkemungkinan besar dapat mengembangkan kebolehan muzik,kesenian

dan lain-lain lagi.

Wechsler memulakan kerjanya pada ujian pertama nya tahun 1932

Ada 3 skala Ujian Kecerdasan Wechsler iaitu:-

i. Prasekolah – Wechsler Preschool

ii. Sekolah rendah

iii. Orang dewasa

KRONOLOGI UJIAN KECERDASAN WECHSLER

1- The Wechsler – Bellevue Intelligence Scale (1939)

2- Wechsler Preschool and Primary Scale of Intelligence (WPPSI,1944)

untuk 3-7 tahun.

3- Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC, 1949)

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 8


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

4- Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS, 1955) untu 16 tahun ke atas

5- Wechsler Intelligence Scale For Children (WISC, 1974)

6- Wechsler Adult Int elligence Scale- Revised (WAIS-R,1981) untuk 16

hingga 74 tahun

7- Wechsler Intelligence Scale for children . edisi ke3 (WAIS-III ,1991) untuk

7-16 tahun.

8- Wechsler Adult Intelligence Scale- 3rd edition (WAIS-III, 1997)

9- Wechsler Preschool & Primary Scale of Intelligence –III (WPPSI-III, 2002)

10-Wechsler Intelligence Scale For Children IV,(WISC-IV, 2003)

Ujian Kecerdasan Wechsler merupakan ujian individu yang sering digunakan

di USA bagi mengukur kecerdasan seseorang.

Ujian ini telah disemak beberapa kali dan akhirnya dinamakan sebagai

Wechsler Adult Intelligence Scale- 3rd edition (WAIS-IIIR ).

Ujian yang dibina oleh David Wechsler berbeza dengan Ujian Kecerdasan

Stanford Binet.Wechsler lebih banyak melihat keupayaan-keupayaan yang

lain seperti keupayaan untuk mengendalikan kehidupan seharian individu di

dalam ujian kecerdasan beliau.

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 9


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

Ujian Kecerdasan Stanford Binet pula menekankan mengenai keupayaan

bertutur serta sesuatu yang abstrak. Menurut David Wechsler (1975),

kecerdasan adalah kebolehan seseorang individu memahami alam

persekitarannya, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh

menolong dia menghadapi cabaran hidup. Kebolehan ini adalah bersifat

sejagat ataupun universal

3. Isu-isu berkaitan alat pengukuran ujian kecerdasan.

Menurut Maarof Ridzuan (2002), isu ini berlaku apabila ujian-ujian

kecerdasan yang menimbulkan banyak konflik. Misalnya ujian kecerdasan

digunakan untuk kemasukan pelajar ke sekolah dan juga universiti, memilih

calon yang sesuai untuk pekerjaan tertentu. Walaupun hubungan posiastif di

antara ujian IQ dan pencapaian akademik, hubungan skor IQ dan status

pekerjaan adalah tidak jelas. Skor bagi ujian IQ ini bukanlah penentu

muktamad kepada pencapaian masa depan seseorang individu. Ini kerana

kejayaan juga bergantung kepada usaha, motivasi serta sikap seseorang

bukan hanya IQ semata-mata. Penyalahgunaan IQ juga berlaku:

i. Hanya skor IQ sahaja digunakan untuk menilai pelajar dan menerima

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 10


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

mereka ke sekolah-sekolah ataupun university.

ii. Bias di antara mereka yang kaya dan miskin. (terutama bagi ujian IQ yang

awal)

iii. Ujian IQ tidak dapat mengukur motivasi dan sikap seseorang individu.

3.1 Adakah pengukuran kecerdasan itu stabil?

Perbezaan antara manusia biasa (ordinary person) dengan manusia luar

biasa (a genius) adalah manusia biasa tidak tahu apakah yang ada pada

MINDA SEPARA SEDAR-nya, TETAPI manusia hebat/genius (a genius)

telah menggunakan pengetahuan tersebut.” Imam Jafar Sadiq (as)

Kecerdasan sebenarnya tidak stabil. Ini adalah kerana walaupun

kecerdasan dikatakan sesuatu yang diperolehi secara genetic, ia masih

boleh diperbaiki melalui persekitaran tempat kita dibesarkan. Menurut

Richard Weinberg (1989). Baka tidak menetapkan tingkahlaku. Ianya

membentuk reaksi-reaksi yang menjadi pemangkin kepada pengalaman

yang diperolehi daripada persekitaran.

Menurut Maarof Ridzuan (2002) Kajian yang membandingkan golongan

yang kaya dengan golongan yang miskin membuktikan kecerdasan boleh

diperbaiki dan ditingkatkan sekiranya mendapat rangsangan yang sesuai.

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 11


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

Kajian yang dilakukan oleh Scarr-Weinberg mengukuhkan lagi pendapt

bahawa kecerdasan boleh diperbaiki. Kajian yang dilakukan terhadap

130 kanak-kanak yang berkulit hitam dan dipelihara oleh keluarga yang

kaya, berpelajaran tinggi serta kelas menengah mendapat skor ujian

kecerdasan sebanyak 110, iaitu 10 markah lebih daripada kanak-kanak

berkulit putih. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa

kecerdasan adalah tidak statik atau stabil kerana ia boleh dipengaruhi

oleh faktor persekitaran sosial yang baik yang meransang kepadag

kepada potensi kecerdasan yang tinggi bukan sahaja kerana pengaruh

baka.

3.2 Adakah kecerdasan diwarisi?

Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan

semasa ia dilahirkan. Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti

Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford

dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa kecerdasan

adalah diwarisi. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa

nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu

dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta saudara

sedarah sebelumnya. Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-

ciri daripada ibu bapanya tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada

nenek atau moyangnya. Sternberg (1985) yang mengatakan kecerdasan

yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran. Borich dan

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 12


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

Tombari, (1997) percaya bahawa kecerdasan yang diwarisi tidak dapat

dipertingkatkan melalui pengajaran.

Howard Gardner (1983), mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah

diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut

ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga

andai seseorang anak didapati sangat pintar belum pasti ibubapanya

terdiri daripada ahli bijak pandai. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa

mendapati ada di antara anak-anak yang lemah daya ingatannya adalah

dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.

Kecerdasan seseorang boleh dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan

sekiranya individu itu diberi peneguhan atau pengajaran. Anastasi (1958)

dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya

berbahas yang mana faktor yang lebih penting dalam kecerdasan, yang

pentingnya ialah bagaimana kedua-dua faktor persekitaran dan baka

dapat dipertingkatkan dalam proses perkembangan manusia.

3.3 Adakah terdapat perbezaan kecerdasan dari segi jantina?

Perbezaan jantina sangat penting dalam masyarakat Asia. Kanak-kanak

lelaki sejak kecil lagi telah ditanamkan sifat berani dan dianggap

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 13


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

semangat keluarga. Keluarga yang tiada anak lelaki dianggap satu

kekurangan besar dalam setengah masyarakat Asia. Oleh itu, biasanya

ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi kepada anak lelaki untuk

berjaya dalam pelajaran. Tapi fenomena yang biasa terdapat di sekolah

ialah murid lelaki lebih nakal dan susah untuk mematuhi disiplin.

Sementara murid perempuan pula lebih rajin, mematuhi disiplin dan lebih

berjaya dalam pelajaran.

Biasanya perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan social kanak-

kanak lelaki biasanya lebih lambat dua tahun berbanding dengan kanak-

kanak perempuan sebelum akil baligh. Selepas akil baligh barulah

pertumbuhan mereka bertambah pesat.

Satu kajian telah dijalankan perkaitan di antara, skor ujian kecerdasan dan

kebolehan akademik umum, kajian oleh Maccoby dan Jacklin, 1974

(dalam Banks dan Thompson, 1995) mendapati pelajar perempuan lebih

baik dalam kecerdasan lisan atau bahasa. Sementara pelajar lelaki pula

lebih baik dalam kecerdasan ruang atau ‘ visual-spatial.’ Ini bermakna

pelajar perempuan lebih baik dalam perbendaharaan kata, tugasan

mengeja perkataan dan membaca. Sementara pelajar lelaki pula lebih

baik skornya untuk tugasan membaca peta,teka silang kata,teka-teki atau

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 14


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

tugasan berkaian dengan ruang. Pelajar lelaki juga lebih tinggi

pencapaian dalam matematik seperti dalam tugasan geometri.

3.4 Apakah faktor persekitaran yang mempengaruhi kecerdasan?

Ramai ahli psikologi berpendapat bahawa terdapat factor persekitaran

yang mempengaruhi kecerdasan.

Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu ketika berlaku

dalam persekitaran sosio-budaya yang mempengaruhi pemikirannya.

Kebanyakan daripada kemhiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada

interaksi social kanak-kanak dengan ibu bapa, guru , orang dewasa lain

dan rakan sebayanya. Vygotsky telah menyatakan bahawa bayi lahir

dengan beberapa fungsi asas mental ( Elementary mental functions) iaitu

perhatian sensasi, persepsi dan memeori yang kemudiannya berubah

menerusi konteks dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit

dikenali fungsi mental yang tinggi (Higher Mental Functions).

Pada peringkat awal kebolehan kanak-kanak membentuk ingatan

(memory) terhad oleh kekangan biologi. Namaun, melalui budaya kanak-

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 15


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

kanak dibekalakan dengan alat untuk membuat adaptasi dalam fungsi

asas mental. Setiap didikan asas yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah

akan menjadi teras kepada perkembangan peribadi anak-anak. Apabila

anak-anak telah memasuki era yang lebih luasbterutamanya di sekolah,

pengaruh dan contoh luar turut menyumbang peranan terhadap

perkembangan kognitif dan kecerdasan anak-anak.

Pengaruh yang paling kuat selain daripada ibu bapa adalah rakan sebaya

dan guru-guru di sekolah. Rakan sebaya dan guru-guru kadang-kala dalat

menyumbang usaha merangsang dan mencungkil kecerdasan minda

anak dengan suasana yang cukup menggalakkan. Mereka juga ingin

memperluaskan bakat dan minat, mengenali lebih banyak perkara dan

mengalami lebih banyak pengalaman untuk memperkayakan minda. Di

sini letaknya peranan rakan dan guru-guru. Sebenarnya kanak-kanak

perlu menjalani perkembangan emosi yang seimbang dan sihat untuk

membolehkan tahap inteleknya dan mentalnya bekembang dengan

sempurna. Keseimbangan ini memberikan ruang yang cukup untuk

bermain dan berinteraksi terutamanya dengan rakan-rakan.

Dalam masyarakat Barat untuk mengigatkan sesuatu kanak-kanak dilatih

untuk mencatat nota, sementara dalam masyarakat orang Asli seperti

Senoi, untuk mengigat semula jalan menghala ke suatu tempat, kanak-

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 16


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

kanak digalakan untuk mencantas dahandahan poko atau ikat tali pada

pokok, sebagai penanda laluan. Jadi, setiap budaya memindahkan cara

hidup kepada kanak-kanak melalui interaksi social termasuk strategi

mengingat atau cara menggunakan mental untuk berfikir.

Oleh sebab setiap masyarakat memindahkan system kepercayaan dan

nilai kepada anak-anak bermakna setiap budaya juga membekalkan

perkara yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak. Tema Teori Vygotsky ialah

perkembangan kognitif individu berlaku dalam konteks social. Oleh itu,

menurut pandangan Vygotsky perkembangan kognitif individu

termasuklah penguasaan tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh

budaya atau masyarakat di mana mereka tinggal.

Mengikut Vygotsky, setiap peringkat umur perkembangan kognitif individu

berlaku dalam dua peringkat iaitu Tahap Sosial dan Tahap Individu

(Peribadi)

i. Tahap Sosial

Tahap social ialah suatu maklumat atau suatu ilmu diperolehi oleh individu

melalui interaksi dengan ibu bapa, guru, keluarga dan rakan sebaya.

Melalui mereka individu belajar ilmu pengetahuan dan cara untuk

mencapai tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat.

Antara peranan yang dimainkan oleh rakan-rakan dalam membantu

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 17


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

kepada perkembangn inteleks seseorang kanak-kanak ialah di mana

kanak-kanak dapat belajar tentang cara bertingkah laku dan cara

menjalani kehidupan melalui rakan-rakannya.

Rakan sebaya akan dapat membantu kanak-kanak melihat kehidupan dari

kaca mata yang berbeza . Ini membolehkan kanak-kanak dapat belajar

dengan lebih banyak. Pertengkaran semasa bermain akan mengajar

mereka tentang beberapa kemahiran baru termasuk disiplin, cara bergaul

dan cara memenangi hati orang lain. Tidak semua rakan dapat membantu

kea rah inteleks mereka . Jesteru itu ibu bapa harus berhati-hati dalam

membantu anak bergaul dan memilih rakan-rakan. Guru merupakan

model pembelajaran kepada kanak-kanak. Mereka menjadi panduan

utama kepada kanak-kanak untuk membentuk strategi kea rah intelektual

yang tinggi.

Di sekolah juga pelajar-pelajar akan bersosialisasi. Pengaruh teman dan

rakan sebaya adalah begitu kuat dalam membentuk kognitif mereka.

Gabungan antara institusi iaitu sekolah dengan ibu bapa dan rakan

sebaya serta dibantu oleh suasana yang sentiasa positif sudah tentu

dapat menyumbang lahirnya anak yang pintar dari segi kognitifnya.

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 18


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

ii. Tahap Individu

Tahap individu atau peribadi ialah kefahaman peribadi seseorang individu

bertukar maklumat atau pengetahuan dan percakapan social kepada

percakapan individu (peribadi). Maklumat yang diterima ditukar kepada

skema individu. Otak hemisfera ini berfungsi untuk mengawal dan

menguasai aktiviti-aktiviti logical dan akademik seperti bahasa dan

matematik. Sementara otak hemisfera kanak-kanak pula menguasai

perkara-perkara yang berkaitan dengan imaginasi dan kreariativiti seperti

muzik, imaginasi objek dan sebagainya. Kedua-dua hemisfera tidak perlu

berfungsi secara seragam dan harmoni untuk memastikan tingkat

keintelektulan yang tinggi. Kecerdasan pengalaman ialah individu yang

mempunyai kebolehan dalam menemui celik akal berkebolehan untuk

membentuk idea baru.

Piaget (1936) berpendapat yang setiap manusia cuba sedaya upaya

untuk mengatur dan memahami rangsangan luaran yang memberi

pengalaman kepadanya dalam bentuk skema. Borich & Tombari (199&)

mendefinisikan skema satu rangka kognitif yang berkembang khusus

dengan peningkatan umur. Satu daripada skema yang terawal ialah

skema menghisab. Tiap-tiap skema bertambah melalui pengalaman dan

pembelajaran iaitu dengan perkaitan yang terjalin dalam diri individu.

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 19


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

Mengikut Piaget ( 1936) kebolehan inilah asas kepada perkembagan

kognitif manusia.

Menurut Howard Gardner dan R.j . Sternberg, Kecerdasan boleh

dipertingkat melalui pendidikan dan latihan. Mereka berpendapat bahawa

ujian piawai bukan cara yang terbaik untuk mengukur kecerdasan.

Sebaliknya mereka berpendapat bahawa cara terbaik untuk mengukur

kecerdasan ialah melihat individu menyelesaiakan sesuatu masalah

dalam budayanya. Mereka percaya bahawa kecerdasan sangat

dipengaruhi oleh budaya di mana seseorang itu hidup. Oleh itu, kajian

kecerdasan mesti mengambil kira cara penyesuaian individu kepada

persekitarannya. Contohnya, tingkah laku kecerdasan orang Eskimo perlu

mengambil kira bagaimana mereka menyesuaikan diri kepada kehidupan

yang sejuk dan sukar di Kutub Utara dan bukan kepada tahap pencapaian

pendidikan mereka.

Faktor persekitaran lain yang mempengaruhi kecerdasan makanann ialah

berkaitan dengan zat makanan sewaktu dalam kandungan. Bahan

makanan yang seimbang yang diambil oleh ibu sewaktu mengandung

banyak mempengaruhi perkembangan fizikal dan juga mental kanak-

kanak . Kekurangan zat makanan serta makanan yang mengandungi

dadah berlebihan.

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 20


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

Vitamin tambahan seperti vitamin B Kompleks juga mempengaruhi

kecerdasan terutama dalam menjana saraf otak kanak-kanak. Vitamin

seimbang yang diterima oleh kanak-kanak akan membantu kanak-kanak

membesar dipengaruhi olehan baik.

Tahap kecerdasan juga dan dipengaruhi oleh rangsangan persekitaran

deria motor. Ransangan yang diberi oleh ibu bapa akan membantu

system saraf otak kanak-kanak untuk berkembang dengan baik. Sebagai

contoh, kanak-kana yang diberi pendedahan terhadap alam sekitar akan

lebih peka kepentingan tumbuh-tumbuhan serta haiwan yang berada di

sekeliling mereka. Ini secara tidak langsung akan menamba pegetahuan

mereka serta merangsang saraf-saraf otak untuk berfikir dengan lebih

kritis.

Satu lagi faktor yang mempengaruhi kecerdasan ialah saiz keluarga dan

susunan kelahiran. Menurut Zajonc (1983 dalam Linda L.D, 1987)

bilangan ahli keluarga serta susunan kelahiran memainkan peranan

dalam perkembangan kecerdasan seseorang individu. Menurut beliau

kanak-kanak yang mendapat perhatian dari orang yang lebih tua akan

membesar dengan teratur. Di dalam kes ini, anak sulung merupakan

mereka yang mendapat kelebihan.

Plumbum dikenali sebagai bahan beracun yang terdapat di kawasan-

kawasan perindustrian, cat yang telah lama serta makanan dalam tin yang

disalut dengan plumbum. Kehadiran plumbum dalam tubuh badan

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 21


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

manusia akan menyebabkan perkembangan otak manusia terbantut.Ia

berfungsi secara tidak langsung dengan menekan sistem saraf yang

mengawal keupayaan untuk memberi tumpuan serta memanjangkan rasa

letih dan bercelaru kepada individu yang mengambilnya.

Penutup

Manusia yang cerdas adalah mereka yang berjaya menyelesaikan

masalah-masalah yang mereka hadapi. Dengan itu, kecerdasan

merupakan perkara penting yang harus diberikan perhatian oleh semua

pihak. Ibubapa terutamanya, perlu mengambil berat akan corak

pemakanan serta kualiti persekitaran tempat tinggal mereka bagi

menjamin kecerdasan yang baik untuk anak-anak. Keadaan ini bukan

sahaja perlu dibentuk semasa kanak-kanak tersebut sedang membesar

tetapi ianya perlu disemai sejak awal kandungan lagi.

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 22


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

RUJUKAN:

1. Abdullah Nasih Ulwan.(1988a). Tarbiyyatul Awlad Fil-Islam

(Terjemahan: Pendidikan Anakanak dalam Islam oleh Syed Ahmad

Semait. Jilid Satu). Pustaka Nasional Pte. Ltd. Singapura.

2. Gamal Abdul Nasir Zakaria. (2003). Prinsip-prinsip pendidikan Islam:

Ibnu Sahnun, Al-Qabisi, Ibnu Khaldun. PTS Publications & Distributor.

Bentong.

3. Gardner, H. (1993). The unschooled nmind: How children think and

how schools should teach. Basic Books.

4. Gardner, H.(2005). Multiple lenses on the mind. Paper presented at

the ExpoGestion Conference, Bogota Colombia, May 25, 2005.

http://www.pz.harvard.edu. Akses pada 17 Julai 2006.

5. Gardner, H. (1999). Intelligence Reframed: Multiple Intelligences for

the 21 century, New York: Basic Books.

6. Maarof Ridzuan dan Haslinda Abdullah (2002), Psikologi,Kuala

Lumpur. Mc Graw Hill.

7. Mohd. Sidek Noah ( 2001 ). Psikologi Sosial. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

8. Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS). Retrieved 08 January 2009

from Wikipedia, the free encyclopedia

http://en.wikipedia.org/wiki/Wechsler_Adult_Intelligence_Scale

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 23


[PSYCHOLOGICAL TESTING AND ASSESSMENT
Mac 2009 (SYP 5113]

9. Alkhausar (2000). Implikasi Baka Terhadap Perkembangan

Manusia.Ogos,30-2007,09:07:06,-0700.

http://alkauthar.blogspot.com/2007/08/implikasi-kepada-

perkembangan-manusia.html

10. Mahirppb, SK KIONSOM INANAM (2008). Pelbagai Kecerdasan.

Mei,21-2008,22:13:08,-0700.

http://ilyasak.blogspot.com/2008/05/teori-kecerdasan-pelbagai.html

Kerja Kumpulan Feb’09[Type text] Page 24

Anda mungkin juga menyukai