Anda di halaman 1dari 14

SULIT 02/1

02/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
Mei
2009
1 jam

PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN TIGA
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009

BAHASA MELAYU
Kertas 1
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak
Soalan 1 – 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

1 ”Novel yang __________ baca itu ditulis oleh novelis terkenal tanah air,” kata Ani
kepada Nurul.

A kita
B kami
C kamu
D kalian

2 Natasha telah ___________ sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kelas


Aliran Agama negeri Johor.

A dinobatkan
B dilaungkan
C dihebohkan
D diumumkan

3 Roda basikal adik _________ kerana terlanggar tiang elektrik.

A condong
B bongkok
C bengkok
D serong

4 Hamidah sering teringat ________ ibunya di kampung sejak memasuki sekolah


berasrama penuh.

A akan
B pada
C kepada
D dengan

5 Negara Malaysia _______ dijajah oleh beberapa kuasa barat sebelum mencapai
Kemerdekaan suatu ketika dahulu.

[Lihat sebelah
02/1 SULIT
A dapat
B pernah
C masih
D harus

6 Sebaik-baik sahaja tiba, ahli keluarga ___________ dengan nenek yang sedia
menanti di anjung rumah.

A bersenyum-senyuman
B berbertegur-teguran
C bersalam-salaman
D bermaaf-maafan

7 Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan mengadakan ___________ untuk mendapatkan


reaksi masyarakat tentang penggunaan tali pinggang penumpang belakang.

A soal siasat
B soal jawab
C soal selidik
D soal balas

Soalan 8 – 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8 Teluk Danga yang terletak tidak jauh dari Bandaraya Johor Bahru ialah taman
A B C
rekreasi yang paling popular di sini. Tiada kesalahan
D

9 Air matanya berguguran bila mendapat berita tentang kematian tunangnya.


A B C
Tiada kesalahan
D
[Lihat sebelah
02/1 SULIT
10 Para pelajar diingatkan supaya berhati-hati ketika membuat uji kaji yang merbahaya.
A B C
Tiada kesalahan
D

11 Sejak kemangkatan permaisuri, baginda sultan tidak mahu makan lalu gering,
A B C
Tiada kesalahan
D

12 Terbukti cemerlang pelajar itu apabila ketekunan dan kesungguhannya


A B C
mengulang kaji pelajaran membuahkan hasil. Tiada kesalahan
D

13 Doktor-doktor pakar sedang menjalani pembedahan jantung untuk menyelamatkan


A B
kanak-kanak yang menghidapi jantung berlubang. Tiada kesalahan
C D

14 Tiap orang penjawat awam harus menjalankan tugas masing-masing dengan jujur
A B C
dan amanah. Tiada kesalahan
D
Soalan 15 – 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Ibu mengangkat kain-kain yang sudah kering di ampaian.


II Lebihan ikan yang tidak terjual itu dijadikan ikan kering oleh ibu.
III Kering hatinya apabila melihat kanak-kanak hampir dilanggar kereta di
simpang jalan itu.
IV Salina tidak dapat meminjamkan wang kepada sahabatnya kerana dia sendiri
sudah kering sekarang ini.

[Lihat sebelah
02/1 SULIT
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

16 I Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab kita tidak harus


mengacau ketenteraman negara.
II Pembantu rumah saya sedang mengacau tepung untuk dibuat kuih kegemaran
keluarga kami.
III Peristiwa pahit yang dialami sepuluh tahun lalu masih mengacau fikirannya.
IV Penggembala mengacau kambing-kambingnya masuk ke dalam kandang.

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

17 I Pihak berkuasa telah mengadakan pemeriksaan yang ketat di kawasan


sempadan bagi menghalang kes penyeludupan.
II Pihak polis telah melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk
mengesan pekerja-pekerja asing yang bekerja tanpa permit.
III Sebahagian besar daripada pelajar-pelajar sekolah itu mendapat keputusan
cemerlang dalam pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
IV Doktor telah mengadakan pemeriksaan yang rapi terhadap pesakit yang akan
menjalani pebedahan itu.

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 18 – 21

[Lihat sebelah
02/1 SULIT
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

18 Adik melompat ke kiri dan ke kanan untuk mengelakkan dirinya daripada terkena
balingan bola ketika bermain dengan rakan-rakannya.

A melompat ke kiri kanan


B melompat ke kiri dan kanan
C melompat kiri dan ke kanan
D melompat ke kiri dan ke kanan
19 Beribu- ribuan penonton membanjirikan Dewan Canselor, Universiti Malaya untuk
menyaksikan Pertandingan Pidato antara Universiti.

A Ribuan penonton membanjiri


B Beribu penonton membanjirkan
C Beribu-ribu penonton membanjiri
D Beribu-ribuan penonton membanjirkan

20 Pemandangan di Pulau Langkawi yang nian indah pada waktu petang kami rakam
untuk dijadikan kenangan.

A nian indah di
B indah nian di
C indah nian pada
D nian indah pada

21 ” Kerja ini mesti disiapkan oleh awak sebelum pulang ke rumah, ” kata Cikgu
Ramesh kepada Azmi.

A mesti awak siapkan


B awak mesti siapkan
C mesti disiap oleh awak
D mesti disiapkan oleh awak

[Lihat sebelah
02/1 SULIT
Soalan 22 – 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

22 Orang tua itu berkata, "Wahai pemuda yang baik hati, terima kasih kerana
sudi membantu pak cik yang tidak berdaya ini".

A Pemuda yang baik itu berharap agar orang tua yang tidak berdaya itu
mengucapkan terima kasih kepadanya kerana kesudiannya menerima
bantuan.
B Orang tua mengharapkan pemuda yang baik hati itu akan berterima kasih kerana
membantu dirinya yang tidak berdaya.
C Dengan rasa terharu orang tua itu mengucapkan terima kasih kerana kesudian
pemuda itu membantunya yang tidak berdaya.
D Orang tua itu mengalu-alukan kesudian pemuda itu kerana hendak membantu
dirinya yang tidak berdaya.

23 Kondominium yang runtuh itu telah mengakibatkan beratus-ratus nyawa


penghuninya yang tidak sempat menyelamatkan diri terkorban.

A Beratus-ratus nyawa penghuni bangunan tinggi itu telah terkorban begitu sahaja
apabila bangunan yang runtuh itu tidak dapat diselamatkan.
[Lihat sebelah
02/1 SULIT
B Keruntuhan kondominium itu telah menyebabkan kematian beratus-ratus orang
penghuninya yang tidak sempat menyelamatkan diri.
C Penghuni kondominium itu tidak sempat melarikan diri sehingga menyebabkan
bangunan itu runtuh lalu menimpa mereka.
D Beratus-ratus nyawa penghuni kondominium itu terkorban apabila kondominium
tersebut runtuh tanpa disedari.

24 Untuk meninggikan mutu pengeluaran hasil pertanian, pengetahuan


bioteknologi diperlukan.

A Pengetahuan bioteknologi diperlukan bagi meningkatkan mutu pengeluaran


hasil pertanian.
B Untuk meninggikan pengeluaran pertanian, hendaklah menggunakan
pengetahuan bioteknologi.
C Mutu pengeluaran hasil pertanian semakin meningkat kerana pengetahuan
bioteknologi digunakan.
D Petani perlulah memiliki pengetahuan bioteknologi untuk meningkatkan
pengeluaran pertanian mereka.

Soalan 25 – 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Beratus-beratus buah rumah telah musnah oleh kerana puting beliung.


II Semua calon yang menghadiri temu duga dikehendaki berpakaian kemas.
III Tempat kedua dalam perlumbaan motosikal itu dimenangi oleh pelumba
Malaysia.
IV Kebanyakan peserta yang menyertai kem motivasi itu adalah pelajar tingkatan
tiga dan tingkatan lima.

A I dan III sahaja


B II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

26 I Sekalian rakyat itu pun berkumpul di hadapan istana untuk mendengar titah
[Lihat sebelah
02/1 SULIT
Sultan.
II Semua pengusaha pasar raya dinasihati supaya meletakkan tanda harga di
premis mereka.
III Beberapa orang pelajar di sekolah itu dikejar ke hospital pagi tadi kerana
disyaki keracunan makanan.
IV Ribuan penonton membanjiri Stadium Shah Alam untuk menyaksikan
perlawanan akhir Liga Perdana.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

27 I Daun-daun kering berguguran ke tanah selepas angin kuat bertiup di kawasan


tepi pantai itu
II Penduduk di negeri itu bermuram durja semenjak kemangkatan raja yang
disayangi mereka.
III Pelbagai persembahan budaya dari beberapa buah negara Asean
dipersembahkan pada malam itu.
IV Cincin emas pemberian rakan karib Nabilah masih disimpannya walaupun
mereka telah terputus hubungan.

A I dan III sahaja


B II dan IV sahaja
C I, II da IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 28 – 30

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan berikut.

[Lihat sebelah
02/1 SULIT
10

28. Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai daripada pelbagai peringkat latar
belakang untuk mencari sumber pendapatan di samping menjadi pusat perniagaan
antarabangsa. Oleh sebab itu , banyak orang bertumpu di sana untuk mencuba
nasib mereka.
Situasi ini dapat dikaitkan dengan

A rajin dan usaha tangga kejayaan


B cendawan tumbuh selepas hujan
C sirih pulang ke gangang
D ada gula adalah semut

29. Peribahasa genggam bara api biar sampai menjadi arang bermaksud

A pekerjaan yang sukar perlulah dibuat dengan bantuan orang lain supaya dapat
disiapkan dengan segera.
B pekerjaan yang susah perlulah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh
sehingga selesai.
C melakukan sesuatu haruslah dengan bersungguh-sungguh sehingga beroleh
kejayaan
D menggenggam sesuatu biar dengan kuat supaya tidak terlepas ke tangan
orang lain.

30 Peribahasa yang dikaitkan dengan orang berpengetahuan yang menyembunyikan


kemampuan dan kebolehan diri di khalayak ramai ialah

A seperti lembu dicucuk hidung


B seperti belut pulang ke lumpur
C seperti lintah menghisap darah
D seperti harimau menyembunyikan kuku

Soalan 31 - 35
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Syahadan, maka Raja Iskandar Syah pun berpindahlah dari tempat itu, pergi ke
suatu tempat. Maka baginda berbuat kota di sana. Pada siang harinya didirikan orang kota
itu, serta malam buruk; maka dinamai orang Kota Buruk tempat itu datang sekarang.
Maka Raja Iskandar Syah pun pindah dari sana berjalan mendarat: berapa hari berjalan

[Lihat sebelah
02/1 SULIT
maka terus ke Sungai Ujung. Maka dilihat baginda tempat itu baik, maka ditinggalkan
seorang menteri di sana, itulah sebabnya di Sening Ujung itu bermenteri datang sekarang
ini. Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan berbalik dari sana ke tepi pantai. Pada suatu
sungai di tepi laut; dan mana sungai itu Bertam. Maka Raja Iskandar pun berdiri di bawah
sepohon rendang. Maka baginda pun berburu, maka anjing perburuan itu pun diterajang
oleh pelanduk putih, jatuh ke air. Maka titah Raja Iskandar Syah, ”Baik tempat ini,
sedang pelanduknya lagi gagah; baiklah kita berbuat negeri di sini.”
Maka sembah segala orang besar-besar, ”Benarlah, tuanku, seperti titah Duli Yang
Dipertuan itu.”
Maka disuruh baginda perbuat negeri pada tempat itu. Maka Raja Iskandar
bertanya, ”Apa nama kayu ini, tempat kita bersandar?”
Maka sembah orang, ”Kayu Melaka namanya, tuanku.”
Maka titah baginda, ”Jika demikian, Melakalah nama negeri ini.”
Maka Raja Iskandar Syah pun diamlah di Melaka. Adapun Raja Iskandar tatkala
diam di Singapura tiga puluh dua tahun, maka Singapura alah oleh Jawa: maka kararlah
baginda di Melaka.
(Dipetik daripada prosa Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka,
Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP halama 35 – 36)

31 Maksud rangkai kata kararlah baginda ialah


A sakit baginda
B berjuang baginda
C tinggal tetap baginda
D sihat walafiat baginda
32 Dari manakah Raja Iskandar Syah mendapat ilham bagi menamakan negeri itu?

A Mimpi yang dialami baginda


B Anjing perburuan baginda
C Sebatang sungai
D Sepohon kayu

33 Berdasarkan petikan, Raja Iskandar Syah digambarkan seorang

A yang suka berpindah.


B yang suka bersiar-siar.
C yang gemar berjenaka.
D yang gemar bersuka ria.
[Lihat sebelah
02/1 SULIT
12

34 Latar masyarakat yang digambarkan melalui petikan di atas ialah

A keluarga raja
B masyarakat desa.
C masyarakat primitif.
D raja dan pembesarnya.

35 Apakah klimaks dalam prosa ”Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka”?

A Anjing raja ditendang oleh pelanduk.


B Negeri Melaka telah berjaya dibuka.
C Raja Kecil Besar bermimpi bertemu Rasulullah.
D Sultan Iskandar menemukan sebatang pokok.

Soalan 36-40

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

MATA AYAH

Kujabat mesra tangan ayah


urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyun, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.
[Lihat sebelah
02/1 SULIT
13

Tapi matanya, mata yang menatapku


kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah


akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah


merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan dia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

( Dipetik daripada antologi, Seuntai Kata untuk Dirasa,


Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka )

36 Frasa kolam-kolam derita dalam sajak bermaksud

A pengalaman yang dirasai


B kekecewaan yang ditempuhi
C kepedihan hidup yang dilalui
D kesedihan yang dialami

37 Mengapakah penyajak pulang ke kampung?

A Untuk membawa ayah ke bandar


B Untuk membantu ayahnya di sawah
C Untuk menjaga ayahya yang sudah tua
D Untuk menikmati beras baru

38
Kujabat mesra tangan ayah
[Lihat sebelah
02/1 SULIT
14

Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam baris sajak di atas ialah

A metafora
B simile
C sinkof
D hiperbola

39 Apakah tema yang terdapat dalam sajak Mata Ayah?

A Ketabahan untuk memartabatkan diri.


B Pengorbanan ayah membesarkan anaknya.
C Kesungguhan dalam meneruskan perjuangan.
D Keprihatinan anak terhadap penderitaan ayahnya.

40 Pengajaran yang terdapat dalam sajak ialah

A kita hendaklah tinggal berjauhan daripada ayah.


B kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ayah.
C kita hendaklah menziarahi ayah yang telah tua dan uzur.
D kita hendaklah pulang bercuti ke kampung untuk merasai penderitaan ayah.

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah
02/1 SULIT

Anda mungkin juga menyukai